KUIH SIPUT RANGUP TRADISI BONDA KEREPEK BONDA Bahan- bahan yang digunakan : Masa selama 40 minit 500 gram tepung gandum 150 gram majerin 2 sudu besar udang kering 2 ulas bawang putih, hiris nipis 1 sudu besar rempah kari 1 sudu besar serbuk cili 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih 1 biji telur 5 tangkai daun kari 1 sudu kecil garam 150 ml air 1
1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan. 2. Cairkan mentega dan sejukkan. 3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi. 4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup. 5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras. Rehatkan doh seketika. 7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi. 8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. 2
KEREPEK PISANG KASIH BONDA Bahan-bahan digunakan : Pisang nipah yg dah agak-agak tua (kuantiti mengikut kehendak anda) Minyak secukupnya untuk menggoreng Sedikit serbuk kunyit Garam dan gula sebagai perasa ( larutkan kedua dalam air suam) 1.Panaskan minyak 2. Masukkan sedikit serbuk kunyit dalam minyak ( untuk naikkan seri kerepek nanti) 3. Apabila minyak dah agak panas, sagat pisang yang telah dikupas kulitnya terus dalam minyak supaya tak melekat antara satu sama lain 4. Masukkan 1 atau 2 sudu air garam dan gula tadi 5. Gorengkan sampai masak, kemudian angkat dan toskan. Boleh rasa masin manisnya, kalau tawar tambah lagi sukatan gula dan garamnya 3
KEREPEK UBI BIASA AIR TANGAN BONDA Ubi Kayu Garam Minyak 1.Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. 2. Kemudian sagat ubi nipis-nipis di dalam besen yang berisi air garam. 3. Toskan ubi seketika. (Boleh juga sagat ubi terus kedalam minyak yang panas dan ditabur sedikit garam ) 4. Gorengkan ubi di dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan. Kemudian angkat dan toskan. 5. Simpan di dalam bekas kedap udara. 4
KEREPEK BAWANG RAHSIA BONDA 700 gm tepung gandum 170 gm bawang merah yang dikisar halus 2 ½ sudu makan serbuk kari Garam secukup rasa Air secukupnya Minyak menggoreng secukupnya 1. Bahagikan tepung gandum kepada dua bahagian. Iaitu sebahagiannya diuli bersama air dan garam sehingga menjadi doh yang lembut 2. Sebahagian tepung lagi diuli dengan bawang, serbuk kari, minyak, dan air sehingga menjadi doh yang lembut 3. Canai seketul bahagian doh putih dengan seketul doh daripada campuran bawang 4. Tindihkan kedua-dua bahagian dan gulung dengan kemas 5. Potong nipis-nipis dan goreng di dalam minyak yang panas 6. Goreng sehingga perang, angkat dan toskan. Simpan dalam bekas kedap udara 5
KEREPEK UBI PEDAS CINTA BONDA KEREPEK BONDA 2 kg ubi kayu 1/2 kg gula pasir 1 cawan air asam jawa @ secukupnya Minyak secukupnya Garam secukup rasa Bahan-bahan yang perlu dikisar : 1/2 kg cili kering - dibersihkan 3 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah 1.Kupas ubi kayu dan hiris nipis dengan menggunakan alat penghiris makanan 2. Panaskan minyak dalam kuali dan pastikan minyak yang banyak lalu goreng ubi kayu tadi hingga keperangan. Kemudian, angkat dan toskan 3. Panaskan minyak lagi dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau 4. Masukkan gula,garam serta air asam jawa 5. Gaulkan dengan rata dan masak sehingga mendidih dan pekat.kemudian, tunggu sehingga bahan tumisan sejuk seketika 6. Masukkan ubi kayu yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga semua sebati 7. Angkat dan sejukkan dan boleh masukkannya ke dalam bekas yang kedap udara. 6
KEREPEK CHEESE RESEPI BONDA 1 paket kulit popia Serbuk Cheese yang secukupnya (terpulang kepada anda) Sedikit serbuk cili Minyak yang mencukupi untuk menggoreng 1.Kulit popia dipotong kecil-kecil (mengikut kesesuaian) 2. Panaskan minyak dan goreng kulit popia dengan api yang sederhana sehingga kekuningan. Kemudian angkat dan toskan 3. Goreng pula secara berperingkat (sedikit demi sedikit) sehingga habis. Selepas itu, sejukkan sebentar 4. Ambil sebahagian dari kulit popia yang sudah digoreng itu dan masukkan ke dalam bekas 5. Masukkan serbuk cheese, gula kastor, dan juga serbuk cili. Kemudian, goncangkan atau gaulkan supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese 6. Simpan kerepek cheese itu di dalam bekas yang kedap udara 7