Hidup Berhemah Labur Berhemah Labur Syariah

dokumen-dokumen yang mirip
Pelaburan Berasaskan Syariah

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

Akaun Pelaburan Wafiyah

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

APAKAH PROFIL ANDA? DAN OPSYEN HADAPAN PASARAN DIGABUNGKAN AMANAH

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

PUBLIC ISLAMIC ASIA TACTICAL ALLOCATION FUND PUBLIC DANA ALOKASI TAKTIKAL ASIA ISLAMIK (PIATAF)

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Amanah Saham Panduan Pelabur

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

FKLI. indeks pasaran ekuiti. benchmark di Malaysia +32.4% +3.76% +8.5% +16.5% +24.7% Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Consultant Anda : Haire Kahfi, Mobile : , TAKAFULINK EDUCATION TP212/1/L

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

PRUlink global fund (Foreign)

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS

Akaun Pelaburan Waheed

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Akaun Semasa Mudarabah

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

Akaun Pelaburan Bertempoh

THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Shariah-based Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Berlandaskan Syariah)

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Risalah Maklumat Dana

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

TAKAFUL IKHLAS GROWTH FUND

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Risalah Maklumat Dana

Risalah Maklumat Dana

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah FCPO. Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah. Didagangkan di Bursa Malaysia

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Risalah Maklumat Dana

Transkripsi:

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia Hidup Berhemah Labur Berhemah Labur Syariah i-saham Saham Patuh Syariah i-indeks Indeks Patuh Syariah i-etf Dana Dagangan Saham Patuh Syariah i-reit Amanah Pelaburan Hartanah Patuh Syariah Didagangkan di Bursa Malaysia-i Didagangkan di Bursa Malaysia-i Didagangkan di Bursa Malaysia-i Didagangkan di Bursa Malaysia-i

Anda Jenis Pelabur Yang Mana Satu? Patuh Syariah Tidak patuh Syariah WARAN PASARAN HADAPAN DAN OPSYEN MENGINGINKAN PERTUMBUHAN PENDAPATAN DAN PERTUMBUHAN YANG SEIMBANG i-saham i-etfs SEKURITI DIGABUNGKAN ETBS i-reits AMANAH PERNIAGAAN KONSERVATIF UNTUK PENDAPATAN YANG STABIL Setiap pelabur mempunyai matlamat yang berbeza, dan pendekatan anda untuk mencapai matlamat tersebut bergantung kepada keinginan risiko/ pulangan pelaburan anda. Anda boleh mengenal pasti anda jenis pelabur yang mana satu dalam carta ini dan di samping produk yang terdapat dalam brosur ini, anda juga boleh mempertimbangkan produk-produk lain untuk dimasukkan dalam portfolio pelaburan anda. Pelbagai Pilihan untuk Setiap Pelabur di Bursa Malaysia 02

Pelaburan Syariah Kewangan Islam secara amnya merujuk kepada transaksi pasaran kewangan, operasi dan perkhidmatan yang mematuhi peraturan, prinsip, falsafah dan kod amalan Islam. Undang-undang dan peraturan agama memerlukan sesetengah jenis aktiviti, risiko atau ganjaran, sama ada dilarang sama sekali atau digalakkan. Ini termasuk aktiviti-aktiviti pelaburan patuh Syariah yang dilaksanakan oleh para pelabur..01.02.03.04 Secara amnya, pelaburan berprinsipkan kewangan Islam tidak boleh menbenarkan: RIBA (faedah/bunga) Lebihan yang dicaj ke atas pinjaman, harga tertangguh atau hutang yang tertunggak. Perkhidmatan kewangan konvensional adalah berdasarkan riba (faedah). GHARAR (ketidakpastian kontrak) Ketidakpastian dalam kontrak yang melibatkan pihak-pihak yang berkontrak, perihal subjek, harga, dan sebagainya. Untuk keadilan dan kesamarataan pertikaian masa hadapan perlu dielakkan di kalangan pihak-pihak yang terlibat di dalam kontrak. MAYSIR (perjudian) Elemen eksploitasi. Permainan berunsurkan nasib semata-mata di mana satu pihak memperolehi manfaat atas kehilangan kepada pihak satu lagi contohnya perjudian dan tikaman. Lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan Insuran konvensional. Makanan dan minuman tidak-halal atau produk-produk berkaitan. Produk-produk atau aktiviti berkaitan-tembakau. Hiburan yang bertentangan dengan Syariah. Dagangan saham sekuriti tidak patuh Syariah. Lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan. 03

i-saham Saham Patuh Syariah Didagangkan di Bursa Malaysia-i Lebih daripada 600 buah syarikat adalah patuh Syariah i-saham Bursa Malaysia sebagai sebuah bursa saham bersepadu menawarkan pelbagai saham patuh Syariah yang berkualiti. Kaedah Penyaringan Sekuriti yang dibangunkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menentukan sekuriti yang disenarai dan didagangkan di Bursa Malaysia adalah patuh Syariah. Semakan semula bagi pematuhan Syariah dijalankan ke atas sekuriti syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan semasa tawaran awam pra-penyenaraian syarikat-syarikat. Setiap syarikat awam yang tersenarai disemak semula berdasarkan penyata kewangan teraudit tahunan yang terbaru. Senarai sekuriti patuh Syariah dikemaskini dan diterbitkan setiap Mei dan November. 04

MPS menggunapakai penilaian kuantitatif dan kualitatif: Tanda aras aktiviti perniagaan Sumbangan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan kumpulan dan keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat akan dikira dan dibandingkan dengan tanda aras aktiviti perniagaan yang relevan seperti berikut: (i) Tanda aras lima peratus Tanda aras lima peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/ aktiviti berikut: perbankan konvensional; insurans konvensional; perjudian; arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya; babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya; makanan dan minuman tidak halal; hiburan tidak patuh Syariah; tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya; pendapatan faedah2 daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara); dividen 3 daripada pelaburan tidak patuh Syariah; dan aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah. Sumber: Securities Commission (www.sc.com.my) 05

Bagi perniagaan/ aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/ aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada lima peratus. (ii) Tanda aras 20 peratus Tanda aras 20 peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/ aktiviti berikut: jual beli saham; pembrokeran saham; sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah; dan aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah. Bagi perniagaan/ aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/ aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 20 peratus. Tanda aras nisbah kewangan Bagi tanda aras nisbah kewangan, MPS mengambil kira perkara berikut: (i) Tunai ke atas jumlah aset Tunai yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun dan instrumen konvensional, manakala tunai yang ditempatkan dalam akaun dan instrumen Islam tidak diambil kira dalam pengiraan ini. (ii) Hutang ke atas jumlah aset Hutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah, manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan ini. Sumber: Securities Commission (www.sc.com.my) 06

Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen berteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat, mestilah kurang daripada 33 peratus. Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, MPS juga mengambil kira aspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti syarikat dari perspektif pengajaran Islam. 2, 3 Pendapatan faedah dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah akan dibandingkan dengan perolehan Kumpulan. Walau bagaimanapun, sekiranya aktiviti utama syarikat ialah pemegangan pelaburan, dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah akan dibandingkan dengan perolehan Kumpulan dan keuntungan sebelum cukai Kumpulan. Sumber: Securities Commission (www.sc.com.my) 07

i-indeks Indeks Patuh Syariah Didagangkan di Bursa Malaysia-i i-indeks Bursa Malaysia telah melancarkan tiga petunjuk indeks untuk menjejak prestasi sekuriti patuh Syariah, iaitu Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah (FBM EMAS Shariah), Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah (FBM Hijrah Shariah), Indeks FTSE Bursa Malaysia Small Cap (FBM Small Cap Shariah) dan Indeks FTSE Bursa Malaysia MidS Cap Shariah (FBM MidS Cap Shariah). Indeks-indeks ini direka untuk pengwujudan produk-produk berstruktur, dana penjejak indeks dan dana-dana dagangan Bursa atau sebagai penanda aras prestasi. Komponenkomponen ini disaring dan dinilai dari segi modal pasaran, apungan-bebas dan kecairan. Semakan semula ini dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember. FBMS FBM EMAS Shariah Indeks ini terdiri daripada komponen FBMEMAS patuh Syariah yang memenuhi keperluan penyaringan MPS. FBMHS www.ftse.com FBM Hijrah Shariah Indeks ini terdiri daripada 30 buah syarikat patuh Syariah yang terbesar dalam FBMEMAS yang disaring oleh perunding Syariah global, Yasaar Ltd dan MPS. 30 Komponen-komponen www.ftse.com FBMSCAP FBM Small Cap Shariah Indeks ini terdiri daripada komponen Indeks modal kecil FTSE Bursa Malaysia yang patuh Syariah menurut kaedah penyaringan MPS. 08 FBM www.ftse.com MidS Cap Shariah Indeks ini terdiri daripada komponen Indeks modal sederhana dan Indeks modal kecil FTSE Bursa Malaysia yang patuh Syariah menurut kaedah penyaringan MPS.

PASARAN UTAMA 98% MODAL BESAR (KLCI) TOP 100 MODAL SEDERHANA (MID 70) MODAL KECIL BELUM MATANG Indeks FBM EMAS Shariah adalah satu indeks penanda aras yang mengaplikasi prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh MPS. Petunjuk Indeks Industri EMAS Saringan oleh MPS Indeks FBM EMAS Shariah / Indeks FBM Small Cap Shariah / Indeks FBM MidS Cap Shariah Saringan oleh MPS dan Saringan oleh Yasaar Indeks FBM Hijrah Shariah Perladangan Kelapa Sawit Asian Palm Oil Plantation (MYR & USD) Syarikat-syarikat patuh Syariah ini disaring untuk Indeks FBM Hijrah yang terdiri daripada 30 buah syarikat patuh Syariah yang terbesar dalam Indeks FBM EMAS Shariah yang disaring pada tahap selanjutnya. Ini adalah untuk mendapatkan 30 buah syarikat patuh Syariah yang terbesar dalam Indeks FBM EMAS Shariah bagi memenuhi Indeks FBM Hijrah Shariah. Saringan ke atas Aktiviti-aktiviti Berkait Kelapa Sawit 98% teratas dari Asia Pasifik luar Jepun, Australia & New Zealand Universe ACE Source: FTSE 09

i-etf Dana Dagangan Saham Patuh Syariah Didagangkan di Bursa Malaysia-i APAKAH ITU DANA DAGANGAN BURSA SAHAM PATUH SYARIAH (i-etf)? i-etf melabur dalam satu kelompok saham atau instrumen patuh Syariah yang menjejaki prestasi satu indeks. i-etf disenarai dan didagang di bursa saham..01.02.03.04 MENGAPA MELABUR DALAM i-etf? KEPELBAGAIAN Dapatkan pendedahan kepada satu kelompok sekuriti dalam satu transaksi tunggal. Ia juga adalah satu cara yang efisien untuk mendapatkan kepelbagaian serantau dan antarabangsa. KOS RENDAH i-etf tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang lebih rendah (<1% berbanding dengan dana terurus). BERDAGANG SEPERTI SAHAM Sama seperti saham, anda boleh membeli dan menjual pada bila-bila masa sepanjang hari dagangan. TELUS SEPENUHNYA Harga boleh didapati secara masa sebenar sepanjang hari dagangan. Portfolio pelaburan adalah telus sepenuhnya memandangkan ia menjejaki satu indeks. 10

SEGALANYA MENGENAI PELABURAN DALAM i-etf Apakah yang saya perlu bayar semasa membeli dan menjual i-etf? Sama seperti membeli dan menjual saham, para pelabur perlu membayar komisyen pembrokeran, duti setem, yuran penjelasan dan GST, di mana berkenaan. Apakah yang menentukan harga i-etf? Harga pasaran i-etf biasanya amat hampir dengan Nilai Aset Bersih (NAV) dana itu iaitu nilai pasaran saham-saham terlibat dan sebarang pendapatan bersih yang belum diagih. Walaubagaimanapun, harga i-etf boleh dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran dalam pasaran. Apakah pulangan yang dijangkakan? Pulangan pelaburan biasanya setimpal dengan prestasi harga dan kadar pulangan petunjuk-petunjuk indeks yang terlibat. 11

Berapakah unit pelaburan minimum? i-etf didagangkan dalam lot dagangan minimum sebanyak 100 unit. Adakah i-etf membayar dividen? Kebanyakan i-etf membayar dividen kepada pemegang mereka samada secara setengah tahun sekali atau secara tahunan. Anda adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada polisi pengagihan dalam prospektus atau dokumen tawaran i-etf itu. Bagaimanakah transaksi dalam i-etf diselesaikan? Dalam kaedah yang sama seperti transaksi saham iaitu tidak melebihi 3 hari pasaran selepas tarikh transaksi (T+3). Adakah terdapat sebarang risiko? Ya, melabur dalam i-etf adalah sama seperti saham, di mana ia tertakluk kepada turun naik harga pasaran. Prestasi i-etf mungkin dipengaruhi secara langsung oleh pasaran dan saham-saham berlandaskan Syariah yang terlibat. Apakah yang saya harus lakukan sebelum melabur dalam i-etf? Sebelum melabur, anda dinasihatkan untuk mengambil tahu mengenai: Objektif dan strategi pelaburan i-etf Maklumat terlibat yang dijejaki oleh i-etf tersebut Polisi dividen Yuran dan caj-caj yang harus ditanggung oleh pelabur Maklumat dagangan i-etf Maklumat mengenai syarikat pengurusan 12

PERBANDINGAN PRODUK Kepelbagaian dengan satu sekuriti ETFs Stocks Unit Trust Penyebaran harga masa sebenar Beli dan Jual melalui Broker Broker Agent Pembelian ETF / Saham / Saham Amanah T+3 T+3* Bayaran Muka * T+3 bermaksud hari ke-3 pasaran / perniagaan selepas tarikh dagangan. KOS DAGANGAN Caj Jualan Komisyen Pembrokeran / Yuran Penutup / Duti Setem ETFs Stocks Unit Trust <1% <1% - YURAN PENGURUSAN ETFs Stocks Unit Trust Yuran pengurusan <1% - 1-2% * Yuran pengurusan adalah satu ciri standard ETF dan saham amanah. Yuran pengurusan dicerminkan dalam Nilai Aset Bersih (NAV) dan harga unit ETF atau saham amanah itu. 13

i-reit Amanah Pelaburan Hartanah Patuh Syariah Didagangkan di Bursa Malaysia-i i-reit Cara yang paling mudah untuk melabur dalam hartanah berskala besar Hartanah atau harta adalah satu kelas aset utama dalam satu portfolio pelaburan. Sebelum i-reit diperkenalkan, seseorang pelabur mungkin melabur dalam saham hartanah dan/atau hartanah fizikal untuk mendapatkan pendedahan dalam sektor hartanah. Anda kini mempunyai satu lagi pilihan iaitu melabur dalam i-reit dengan membayar hanya sebahagian daripada harga hartanah itu. Dalam kata lain, i-reit menyediakan satu cara untuk melabur dalam hartanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli hartanah tersebut secara langsung. i-reit secara amnya menawarkan anda satu aliran pendapatan yang stabil dan kadar pulangan pengagihan yang menarik. 14

Memahami i-reit: Apakah itu i-reit? Amanah Pelaburan Hartanah Patuh Syariah (i-reit) adalah dana atau saham amanah yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial patuh Syariah yang menjana pendapatan seperti (kompleks membelibelah, hospital, perladangan, hartanah perindustrian, dan blok-blok pejabat). Sebuah syarikat pengurusan untuk i-reit dibenarkan untuk memotong sebahagian daripada pengagihan yang dibayar kepada pemegang sahamnya daripada pendapatan korporat yang dikenakan cukai. Walaubagaimanapun, untuk menikmati status bebas-cukai ini, i-reit tersebut mesti mempunyai kebanyakan daripada aset dan pendapatannya terikat kepada hartanah dan mengagihkan sekurang-kurangnya 90% daripada jumlah pendapatannya kepada pelabur/pemegang unit secara tahunan. i-reit disenaraikan di Bursa Malaysia dan didagangkan seperti i-saham. 15

Mengapa melabur dalam i-reit? Manfaat melabur dalam i-reit yang tersenarai: Mampu-milik: Kos pelaburan dalam i-reit cuma melibatkan sebahagian kecil daripada kos pelaburan langsung dalam hartanah. Anda boleh bermula dengan pelaburan awal yang minimal sahaja. Kecairan: i-reit adalah lebih cair berbanding dengan hartanah fizikal. Unit-unit i-reit yang tersenarai boleh ditukar kepada tunai dengan mudah memandangkan mereka didagangkan di Bursa Malaysia. Aliran pendapatan yang stabil: i-reit lebih cenderung untuk membayar pendapatan yang lebih kerap (sama seperti dividen), yang diperolehi daripada sewa sedia ada yang dibayar oleh penyewa yang menduduki hartanah i-reit itu. Pendedahan kepada hartanah berskala besar: Anda boleh memperolehi manfaat hartanah atas dasar pro-rata melalui i-reit kerana ia merupakan satu pelaburan berkualiti yang mampu dimiliki. Pengurusan profesional: Anda mendapat manfaat dengan memiliki i-reit dan aset-aset di dalamnya yang diuruskan oleh pengurus profesional yang akan menambah nilai untuk kadar pulangan yang lebih tinggi. 16

Apakah pertimbangan yang diperlukan dalam pelaburan? Selain daripada risiko pasaran am disebabkan oleh ekonomi, politik, pasaran modal dan dividen, anda harus peka tentang aspek-aspek yang berikut: Kualiti pengurusan dan struktur korporat i-reit, terutama sekali pengurus i-reit itu (rekod pencapaian dan reputasi yang baik). Objektif dan strategi pelaburan i-reit. Kualiti hartanah, termasuk faktor-faktor seperti pajakan, kadar penyewaan dan lokasi hartanah. Polisi pengagihan pulangan dan peraturan percukaian. Apakah jenis pulangan yang boleh dijangkakan dari i-reit? Pulangan kepada pemegang unit i-reit boleh didapati dalam bentuk: Pengagihan pendapatan berdasarkan kepada polisi pengagihan yang dinyatakan dalam surat ikatan i-reit; dan/ atau Keuntungan modal yang mungkin timbul daripada peningkatan harga i-reit. 17

Indikator prestasi i-reit Kadar Pulangan Pengagihan: Kadar pulangan biasanya diterbitkan dalam bahagian perniagaan surat khabar harian utama. Ia diperolehi daripada fomula berikut Kadar Pulangan Pengagihan = Pengagihan pendapatan yang dibayar kepada seorang pemegang unit i-reit Harga i-reit yang dibayar oleh pemegang unit (atau harga pasaran semasa i-reit itu) Lain-lain indikator yang boleh didapati dalam laporan tahunan adalah termasuk: Nilai Aset Bersih (NAV): Nilai satu i-reit adalah berdasarkan kepada pemegangan hartanah nyata yang sebenar. Ini dikira melalui jumlah aset sesebuah syarikat selepas ditolak semua liabilitinya. Nisbah perbelanjaan pengurusan: Peratusan perbelanjaan operasi seperti yuran pengurusan, dan sebagainya yang dikenakan ke atas NAV. Jumlah pulangan: Perubahan dalam harga sesuatu i-reit untuk tempoh bawah semakan ditambah dengan sebarang pengagihan pendapatan yang diterima semasa tempoh itu Produk-produk patuh Syariah didagangkan seperti produk-produk konvensional, tertakluk kepada peraturan-peraturan dagangan, pembayaran dan penyelesaian yang sama (T+3). Bagaimana untuk bermula: Anda perlu membuka satu akaun CDS dan satu akaun dagangan Syariah dengan sebuah organisasi Islam yang mengambil bahagian iaitu seorang broker berdaftar yang menyediakan perkhidmatan pembrokeran saham Islam. Untuk maklumat lanjut, lawati www.bursamalaysia.com 18

#labursyariah Penafian Risalah ini telah disediakan untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat yang terkandung tidak menjadikannya sebagai nasihat perundangan, kewangan, dagangan atau pelaburan dan ia juga tidak membuat sebarang pengesyoran atau pengiktirafan berkenaan produk yang dinyatakan di sini. Walaupun langkah berhati-hati telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat dalam risalah ini, Bursa Malaysia tidak menjamin atau mewakili, secara tersurat atau tersirat terhadap keterlengkapan maklumat di sini. Bursa Malaysia tidak menerima sebarang liabiliti untuk sebarang keputusan dagangan/pelaburan yang dibuat berdasarkan atas maklumat ini. Anda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat bebas dan/ atau merujuk kepada undang-undang, peraturan dan kaedah yang relevan sebelum membuat dagangan dan/ atau pelaburan. BURSA MALAYSIA BERHAD (30632-P) Exchange Square, Bukit Kewangan 50200 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : +(603) 2732 0067 Fax : +(603) 2072 4261 Email: icm@bursamalaysia.com www.bursamalaysia.com IKUT KAMI DI @ICM_Bursa