GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)

Murid yang layak memohon bantuan yuran adalah terdiri daripada:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2016 KEPADA PELAJAR DAN IPT

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

PINDAAN KEPADA: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA TAHUN 2014 (KEPADA PELAJAR)

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

PEKELILING BIASISWA BIL. 1 TAHUN PEMBERIAN BANTUAN MURID/PELAJAR DI BAWAH KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018


TERIMAAN DAN PUNGUTAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

PERMOHONAN PENCERAHAN MENGENAI PEKELILING DAN PERATURAN

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 KEPADA PELAJAR DAN IPT

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

PERATURAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PERATURAN BAYARAN KHAS TAHUN 2017

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

PANDUAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN (LEPASAN SEKOLAH)

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

B. OBJEKTIF UMUM. Memahami maksud konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SENARAI SEMAK 4. LIMA (5) SET DOKUMEN PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU YANG TELAH DIMETERIKAN 6. SALINAN KAD PENGENALAN PENJAMIN PERTAMA & KEDUA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 1/1997 (Pengurusan Wang) PEJABAT BENDAHARI PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN PANJAR WANG RUNCIT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2016

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KEWANGAN. angkasa MUKA : 1 DARI 5 BIL. SEMAKAN : 7 TARIKH : UNIT : AKAUN DAN KEWANGAN TAJUK : PENYEDIAAN BAYARAN BILANGAN : PRO/KEW/PPK-01

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2014 PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2014

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) UNTUK BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN)

1. Permohonan menjalankan kajian hanya menggunakan Borang BPPDP 1.2. (mulai 1 Sep. 2015)

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

(Borang ini perlu diserahkan kembali kepada pemohon selepas didapati lengkap dan mendapat pengesahan Pihak Zakat)

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA 2012

BORANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA (TPSEPK)

PANDUAN PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

جباتن فربندهارأن TAKLIMAT WANG PENDAHULUAN RAMPAIAN (E59116) Jabatan Perbendaharaan JABATAN PERBENDAHARAAN KEMENTERIAN KEWANGAN.

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

BORANG PERMOHONAN UBAHSYARAT LESEN KENDERAAN BARANGAN LESEN PEMBAWA A / C

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN DI BAWAH SEKSYEN 34(6)(ha) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

K U M P U L A N W A N G S I M P A N A N P E K E R J A SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PERMOHONAN PENGELUARAN MENGURANG / MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP 2.0) DAN BANTUAN YURAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

BORANG PERMOHONAN MEMBAHARUI LESEN KENDERAAN BARANGAN LESEN PEMBAWA A / C

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

Transkripsi:

GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 1

GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN 1. PENDAHULUAN Pada 27 Oktober 2017, Kerajaan Malaysia semasa pembentangan Bajet Tahun 2018 telah meluluskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM100.00 seorang kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000.00 dan ke bawah. 2. OBJEKTIF BAP bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid. 3. KRITERIA KELAYAKAN Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut: 3.1. Murid warganegara Malaysia; 3.2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun semasa dalam kalangan isi rumah Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 2

berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah; dan 3.3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK). 4. TEMPOH PELAKSANAAN Tempoh pelaksanaan BAP 2018 adalah mulai Januari sehingga Jun 2018 bagi sesi persekolahan tahun 2018. Senarai semak proses penyaluran Bantuan Am Persekolahan 2018 adalah seperti berikut: i. Lampiran A1 - Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN); ii. Lampiran A2 - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); dan iii. Lampiran A3 - Sekolah. 5. KADAR Murid yang menerima BAP akan diberi sebanyak RM100.00 bagi setiap murid. 6. AGIHAN BANTUAN Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK secara berperingkat mulai 12 Januari tahun semasa. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 3

7. TANGGUNGJAWAB 7.1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 7.1.1. Mengeluarkan Surat Siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan 2018 kepada Murid Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (BAP 2018 SK SBK). 7.1.2. Menyalurkan bantuan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)/ Akaun Khas PPD bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK. 7.1.3. Memantau pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan. 7.2. Bahagian/Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 7.2.1. Memaklumkan kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/sekolah di bawah seliaan masing-masing mengenai pelaksanaan bantuan ini dengan mengedarkan Surat Siaran dan Garis Panduan BAP 2018 SK SBK. 7.2.2. Memantau status pelaksanaan bayaran BAP oleh sekolah di bawah tanggungjawab Bahagian/JPN (melalui PPD) masing-masing menggunakan Senarai Semak Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 4

Bahgaian/JPN - Status Pelaksanaan Bayaran BAP 2018 seperti di Lampiran A1. 7.2.3. Menyenaraikan sekolah-sekolah yang memerlukan perkhidmatan eskot polis bagi urusan pengeluaran wang melebihi RM10,000.00 dan memohon secara rasmi perkhidmatan tersebut kepada Ketua Polis Negeri. 7.2.4. Menyelaraskan permohonan peruntukan tambahan bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dan mengemukakan permohonan kepada Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM selewatlewatnya pada 31 Mac 2018 menggunakan Borang Permohonan Tambahan BAP 2018 seperti di Lampiran B1. 7.2.5. Memastikan lebihan peruntukan dipulangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 7.2.6. Menghantar Ringkasan Laporan Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan seperti di Lampiran B2 kepada Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM selewatlewatnya pada 31 Mac 2018. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 5

7.3. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) 7.3.1. Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai pelaksanaan bantuan ini dengan mengedarkan Surat Siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan 2018. 7.3.2. Memantau status pelaksanaan bayaran BAP oleh sekolah di bawah tanggungjawab PPD/JPN masing-masing dengan menggunakan Senarai Semak seperti di Lampiran A2. 7.3.3. Memastikan jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun KWK sekolah adalah betul. 7.3.4. Memastikan sekolah mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) atas nama Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 7.3.5. Memastikan wang bantuan diagihkan kepada pelajar dalam tempoh 14 hari selepas tarikh ia dikreditkan ke akaun KWK sekolah. 7.3.6. Memantau pihak sekolah dalam pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan. 7.3.7. Menghantar Ringkasan Laporan Pembayaran BAP 2018 Peringkat PPD kepada JPN seperti di Lampiran B2a Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 6

selewat-lewatnya pada 10 Mac 2018. Satu salinan juga perlu dikemukakan kepada Cawangan Bantuan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 7.3.8. Mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada JPN menggunakan borang seperti di Lampiran B1a selewat-lewatnya pada 10 Mac 2018. 7.3.9. Memaklumkan keperluan perkhidmatan eskot polis secara rasmi kepada JPN untuk tindakan JPN memohon kepada Ketua Polis Negeri dalam urusan pengeluaran wang melebihi RM10,000.00. 7.3.10. Menyelaras pengagihan peruntukan yang diterima ke sekolah-sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK dalam tempoh tujuh (7) hari selepas peruntukan dikreditkan ke akaun PPD. 7.4. Sekolah 7.4.1. Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan sebagaimana kriteria yang telah di gariskan di perenggan 3 melalui Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). 7.4.2. Memastikan ibu/bapa/penjaga mengemukakan dokumen pengesahan pendapatan seperti berikut; Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 7

i. slip gaji terkini atau penyata cukai pendapatan terkini bagi ibu bapa yang mempunyai majikan; atau ii. sekiranya ibu/bapa/penjaga tidak mempunyai dokumen di atas, mereka perlu melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan seperti di Lampiran C1. Maklumat pendapatan yang dikemukakan hendaklah mendapat pengesahan daripada salah seorang daripada: a. Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Profesional); b. Pengerusi JKKK; c. Penyelia Pembangunan Mukim; d. Penghulu; e. Penggawa; atau f. Ketua Kampung. 7.4.3. Sekolah boleh menangguhkan agihan bantuan, sekiranya ibu/bapa/penjaga tersebut gagal mengemukakan dokumen berkenaan. 7.4.4. Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK dan menyelenggara Akaun Subsidiari. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 8

7.4.5. Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke akaun KWK. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM. 7.4.6. Mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/ penjaga/murid dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh bantuan diterima. 7.4.7. Sebarang perubahan nombor akaun bank sekolah atau bank hendaklah dimaklumkan dengan segera dengan mengemukakan salinan slip buku akaun/ salinan slip deposit bank kepada Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan disalinkan kepada PPD/Bahagian/JPN berkenaan. 7.4.8. Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah TIDAK DIBENARKAN. 7.4.9. Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai RM100.00 sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. 7.4.10. Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani Senarai Akuan Penerimaan/ Penolakan Bantuan dengan Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 9

disaksikan oleh dua (2) orang guru seperti di LAMPIRAN C2. 7.4.11. Menghantar Akuan Penerimaan/ Penolakan Bantuan LAMPIRAN C2 kepada PPD selewat-lewatnya 15 Februari 2018. 7.4.12. Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, peruntukan akan disalurkan ke sekolah melalui Akaun Khas PPD. 8. TATACARA PENGELUARAN WANG TUNAI 8.1. Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa. 8.2. Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut: 8.2.1. Pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/ Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau 8.2.2. Bagi pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000.00, Pengetua/ Guru Besar adalah dinasihatkan mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis jika perlu berdasarkan Arahan Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 10

Perbendaharaan (AP 137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan. 9. MURID BERPINDAH SEKOLAH 9.1. Sekolah perlulah mengecop MURID INI TELAH DIBAYAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2018 dalam Borang Perpindahan Sekolah sekiranya murid tersebut telah menerima BAP sebelum berpindah sekolah. Ini bagi mengelakkan pertindihan agihan bantuan di sekolah baharu; atau 9.2. Sekiranya murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima BAP di sekolah lama murid tersebut bersekolah, beliau hendaklah menuntut bantuan ini di sekolah baharu. 10. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN 10.1. Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan ini, pihak sekolah diminta mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah seperti wang Kumpulan Sumbangan Wang Awam (SUWA) dan peruntukanperuntukan lain, sekiranya peruntukan asal tidak mencukupi. 10.2. Pihak Bahagian/JPN hendaklah memastikan sebarang permohonan peruntukan tambahan daripada sekolah dikemukakan melalui PPD/Bahagian/JPN kepada Kementerian Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 11

selewat-lewatnya pada 31 Mac 2018. Sebarang permohonan peruntukan tambahan yang dihantar oleh pihak sekolah terus kepada Bahagian Kewangan, KPM TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 10.3. Bahagian/JPN/PPD yang bertanggungjawab hendaklah memastikan tidak berlaku keciciran bagi sekolah-sekolah di bawah seliaan masing-masing dalam mengemukakan permohonan peruntukan tambahan. 10.4. Bahagian/JPN perlu menyemak dan memastikan tiada pertindihan atau permohonan berulang bagi permohonan yang diterima daripada PPD sebelum mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan, KPM pada atau sebelum 31 Mac 2018. 10.5. Manakala bagi permohonan kes tercicir, permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM selewatlewatnya pada atau sebelum 30 April 2018. Mana-mana permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 11. LEBIHAN PERUNTUKAN 11.1. Pengetua/Guru Besar dikehendaki mengembalikan lebihan peruntukan kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun 2018. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 12

12. PENUTUP 12.1. Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuatkuasa. 12.2. Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2018 hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan. 12.3. Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan program ini, boleh diajukan kepada pegawai/kakitangan Bahagian Kewangan, KPM seperti berikut: i) YM Tunku Latifah Tunku Ahmad No. Telefon : 03-88847002 Emel : tunku_latifah@moe.gov.my ii) Puan Poziah binti Mahmood No. Telefon : 03 8884 7213 Emel: poziah.mahmood@moe.gov.my ALAMAT: Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 13

LAMPIRAN A1 SENARAI SEMAK BAHAGIAN/JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) STATUS PELAKSANAAN BAYARAN BAP 2018 Bil. Perkara Tarikh Catatan 1. Menerima Surat Siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Am Persekolahan (BAP) 2018 daripada Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Memaklumkan dan mengedarkan Surat Siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Am Persekolahan (BAP) 2018 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). 3. Menyenaraikan sekolah-sekolah yang memerlukan perkhidmatan eskot polis bagi urusan pengeluaran wang bantuan yang melebihi RM10,000.00. 4. Memantau kekurangan / lebihan peruntukan bantuan; Sekiranya terdapat lebihan peruntukan, JPN hendaklah memastikan sekolah memulangkan lebihan peruntukan tersebut kepada Kementerian selewatlewatnya pada 31 Mac 2018; Sekiranya peruntukan tidak mencukupi, JPN haruslah menyelaraskan permohonan peruntukan Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 14

Bil. Perkara Tarikh Catatan tambahan kepada Kementerian selewatlewatnya pada 31 Mac 2018 dengan mengisi Lampiran B1. 5. Memastikan PPD menghantar Ringkasan Laporan Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (PPD) 2018 seperti di Lampiran B2a kepada JPN selewat-selewatnya pada 10 Mac 2018. 6. Memastikan PPD menghantar salinan Lampiran B2a kepada Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM. 7. Menghantar Ringkasan Laporan Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2018 Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri seperti di Lampiran B2 kepada Kementerian selewat-lewatnya pada 31 Mac 2018. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 15

LAMPIRAN A2 SENARAI SEMAK PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) STATUS PELAKSANAAN BAYARAN BAP 2018 Bil. Perkara Tarikh Catatan 1. Menerima Surat Siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Am Persekolahan (BAP) 2018 daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). 2. Mengedarkan Surat Siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Am Persekolahan (BAP) 2018 kepada sekolah-sekolah di bawah tanggungjawab Pejabat Pendidikan Daerah. 3. Memantau jumlah kemasukan peruntukan ke akaun KWK sekolah adalah betul. 4. Memastikan sekolah telah mengeluarkan resit rasmi Pejabat (RP.01) atas nama Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Memastikan wang bantuan telah di agihkan kepada pelajar yang layak dalam tempoh 14 hari selepas tarikh ia dikreditkan ke akaun KWK sekolah. 6. Memantau kekurangan / lebihan peruntukan bantuan; Sekiranya terdapat lebihan peruntukan, PPD hendaklah memastikan sekolah memulangkan lebihan peruntukan Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 16

Bil. Perkara Tarikh Catatan tersebut kepada Kementerian selewat-lewatnya pada 31 Mac 2018; Sekiranya peruntukan tidak mencukupi, PPD haruslah menyelaraskan permohonan peruntukan tambahan kepada Kementerian melalui JPN selewatlewatnya pada 10 Mac 2018 dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B1a. 7. Memastikan sekolah menghantar senarai akuan penerimaan atau penolakan (Lampiran C2) kepada PPD selewat-lewatnya pada 15 Februari 2018. 8. PPD perlu menghantar Ringkasan Laporan Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2018 seperti di Lampiran B2a kepada JPN dan satu salinan kepada Cawangan Bantuan, KPM selewat-selewatnya pada 31 Mac 2018. PERINGATAN 1. PPD perlulah memastikan akaun bank sekolah yang dikemukakan adalah betul dan tepat; dan 2. PPD perlulah memastikan sekolah mengemukakan salinan penyata Penyata Bank bersama-sama dengan Lampiran C2 Borang Akuan Penerimaan Atau Penolakan Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2018 Peringkat Sekolah. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 17

LAMPIRAN A3 SENARAI SEMAK SEKOLAH STATUS PELAKSANAAN BAYARAN BAP 2018 Bil. Perkara Tarikh Catatan 1. Guru Besar/Pengetua menerima Surat Siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Am Persekolahan (BAP) 2018 daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). 2. Guru mengenalpasti murid-murid yang layak menerima BAP berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Pelaksanaan BAP 2018 melalui system Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). 3. Guru memastikan ibu/bapa/penjaga mengemukakan dokumen pengesahan pendapatan : slip gaji terkini; atau penyata cukai pendapatan terkini; atau borang pengesahan pendapatan seperti di Lampiran C1 (sekiranya tiada dokumen seperti di atas). 4. Mengeluarkan resit rasmi Pejabat (RP.01) atas nama Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke akaun KWK. 5. Guru Besar/Pengetua mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu/ bapa/ penjaga/ murid dalam tempoh 14 Sekolah boleh menangguh-kan bayaran sekiranya ibu/bapa/ penjaga gagal mengemukakan dokumen berkenaan Memaklumkan PPD untuk memohon perkhidmatan Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 18

Bil. Perkara Tarikh Catatan hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima. 6. Guru memastikan ibu/ bapa/ penjaga/ murid menandatangani senarai akuan penerimaan atau penolakan seperti di Lampiran C2 dengan disaksikan oleh dua (2) orang guru. 7. Sekolah menghantar senarai akuan penerimaan atau penolakan (Lampiran C2) kepada PPD selewat-lewatnya pada 15 Februari 2018. eskot polis secara rasmi sekiranya jumlah peruntukan yang akan dikeluarkan melebihi RM10,000.00. PERINGATAN 1. Sekolah hendaklah memaklumkan Cawangan Bantuan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan SEGERA sekiranya terdapat PERUBAHAN PADA NOMBOR AKAUN BANK SEKOLAH atau BANK dengan mengemukakan salinan slip buku akaun/ salinan slip deposit bank; 2. Pengagihan bantuan BAP mestilah dalam bentuk wang tunai RM100 sepenuhnya. Sebarang pemotongan bagi apa-apa tujuan adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI; dan 3. Pengagihan bantuan BAP selain daripada bentuk wang tunai adalah TIDAK DIBENARKAN; Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 19

BORANG PERMOHONAN PERUNTUKAN TAMBAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 BAHAGIAN/JABATAN PENDIDIKAN NEGERI LAMPIRAN B1 Bil. Nama PPD Nama Sekolah Kod Sekolah 1. No. Akaun Sekolah Jumlah Murid/ Penerima BAP Jumlah Diterima Jumlah Dibelanja Jumlah Tidak Mencukupi Catatan 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 20

15. 16. 17. JUMLAH KESELURUHAN Adalah dengan ini saya mengesahkan bahawa semua sekolah dibawah JPN ini telah disemak dan dikenalpasti keperluan peruntukan bagi BAP 2018 dan hanya sekolah-sekolah tersenarai di atas yang masih memerlukan peruntukan tambahan. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh : Disahkan oleh : (Tandatangan) (Tandatangan) Nama :. Nama : No. K/P :. No. K/P : Jawatan :. Jawatan : Tarikh :. Tarikh : Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 21

BORANG PERMOHONAN PERUNTUKAN TAMBAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAMPIRAN B1a Bil. Nama Sekolah Kod Sekolah 1. No. Akaun Sekolah Jumlah Murid/ Penerima BAP Jumlah Diterima Jumlah Dibelanja Jumlah Tidak Mencukupi Catatan 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 22

Bil. Nama Sekolah Kod Sekolah 15. No. Akaun Sekolah Jumlah Murid/ Penerima BAP Jumlah Diterima Jumlah Dibelanja Jumlah Tidak Mencukupi Catatan 16. JUMLAH KESELURUHAN Adalah dengan ini saya mengesahkan bahawa semua sekolah dibawah PPD ini telah disemak dan dikenalpasti keperluan peruntukan bagi BAP 2018 dan hanya sekolah-sekolah tersenarai di atas yang masih memerlukan peruntukan tambahan. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh : Disahkan oleh : (Tandatangan) (Tandatangan) Nama :. Nama : No. K/P :. No. K/P : Jawatan :. Jawatan : Tarikh :. Tarikh : Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 23

LAMPIRAN B2 RINGKASAN LAPORAN PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI Nama JPN Alamat Telefon & Faks email : : : : : Nota: Rumusan ini hendaklah diisi oleh pihak Bahagian/JPN dan dikemukakan kepada Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bil. PPD Bil Murid/ Penerima BAP 2018 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jumlah BAP Dibayar Tambahan Lebihan Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 24

Bil. PPD Bil Murid/ Penerima BAP 2018 8. Jumlah BAP Dibayar Tambahan Lebihan 9. 10. 11. 12. JUMLAH KESELURUHAN Disediakan oleh : Disahkan oleh : (Tandatangan) (Tandatangan) Nama :. Nama : No. K/P :. No. K/P : Jawatan :. Jawatan : Tarikh :. Tarikh : Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 25

LAMPIRAN B2a RINGKASAN LAPORAN PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH Nama PPD JPN Alamat Telefon & Faks email : : : : : : Nota: Ringkasan laporan ini hendaklah diisi oleh pihak PPD dan dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri sebagai laporan. Satu salinan hendaklah dikemukakan kepada Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bil. Nama Sekolah Kod Sekolah 1. 2. 3. 4. 5. No. Akaun Sekolah Bilangan Murid/ Penerima BAP Jumlah BAP Dibayar Tidak Mencukupi Lebihan Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 26

Bil. Nama Sekolah Kod Sekolah 6. No. Akaun Sekolah Bilangan Murid/ Penerima BAP Jumlah BAP Dibayar Tidak Mencukupi Lebihan 7. 8. 9. 10. JUMLAH KESELURUHAN Disediakan oleh : Disahkan oleh : (Tandatangan) (Tandatangan) Nama :. Nama : No. K/P :. No. K/P : Jawatan :. Jawatan : Tarikh :. Tarikh : Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 27

LAMPIRAN C1 BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN TAHUN 2018 (IBU/ BAPA/ PENJAGA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN 1: MAKLUMAT BAPA Nama : No. K.P : No. K.P Lama/ Tentera/ Polis Pekerjaan : : No. Telefon : Pendapatan Bulanan Kasar : Pendapatan Bersih Bulanan BAHAGIAN 2: MAKLUMAT IBU : Nama : No. K.P : No. K.P Lama/ Tentera/ Polis Pekerjaan : : No. Telefon : Pendapatan Kasar : Pendapatan Bulanan Bersih Bulanan BAHAGIAN 3: MAKLUMAT PENJAGA (diisi sekiranya murid tinggal dengan penjaga) Nama : No. K.P : No. K.P Lama/ Tentera/ Polis Pekerjaan : : : No. Telefon : Pendapatan Bulanan Kasar : Pendapatan Bersih Bulanan : Saya dengan ini mengesahkan maklumat yang diberikan ini adalah BENAR menurut Akta Akuan Berkanun 1960. Sekiranya saya didapati memberi dan mengesahkan maklumat yang tidak benar, saya boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 193, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda. Tandatangan Ibu/ Bapa/ Penjaga Nama : No. K.P : Tarikh PERINGATAN: Maklumat pendapatan yang dikemukakan ini hendaklah telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Professional/ Pengerusi JKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/ Penghulu/ Penggawa/ Ketua Kampung atau yang setaraf dengannya). Salinan pengesahan terkini (untuk APDM dan sebagainya) boleh digunapakai untuk permohonan ini. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 28

LAMPIRAN C2 BORANG AKUAN PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 PERINGKAT SEKOLAH Kod Sekolah : Nama Sekolah : Alamat : Diterima : : Diagih : Telefon/Faks : Lebihan : Email : Keperluan : Tambahan No Akaun Bank : Nama Bank : Bil. Nama Murid Darjah/ Menerima ( ) Nama Hubungan Tarikh Tandatangan Tingkatan / Menolak (X) Penerima Dengan Murid 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 29

Bil. Nama Murid Darjah/ Menerima ( ) Nama Hubungan Tarikh Tandatangan Tingkatan / Menolak (X) Penerima Dengan Murid 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18 19. 20. JUMLAH KESELURUHAN Adalah dengan ini disahkan bahawa sekolah ini telah menerima peruntukan bagi Bantuan Am Persekolahan (BAP) 2018 sejumlah RM untuk diagihkan kepada seramai murid. Daripada jumlah tersebut, seramai murid telah menerima dan orang murid telah menolak BAP tersebut. Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 30

Dengan itu pihak sekolah ingin mengisytiharkan bahawa terdapat lebihan peruntukan sebanyak RM untuk dipulangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia; atau Dengan itu, pihak sekolah ingin mengisytiharkan bahawa peruntukan yang diterima adalah tidak mencukupi dan masih memerlukan sebanyak RM untuk diagihkan kepada seramai orang murid. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh : Disahkan oleh : Disahkan oleh :. (Guru Penyedia) (Saksi 1) (Saksi 2) Nama : Nama : Nama : No. K.P. : No. K.P. : No. K.P. : Jawatan : Jawatan : Jawatan : Tarikh : Tarikh : Tarikh : Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 31