|
|
- Suparman Wibowo
- 6 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1
2
3
4
5
6 GARIS PANDUAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 1. TUJUAN 1.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memberi panduan mengenai tatacara pelaksanaan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). 2. LATAR BELAKANG 2.1 Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, Bantuan Persekolahan dan bantuan latihan dan bimbingan. 2.2 Kajian semula kenaikan kadar telah dilaksanakan pada tahun 2007 seperti Jadual berikut: Jenis Bantuan Bantuan Persekolahan TAHUN 2006 (RM) 2007 (RM) Bantuan Am Sek. Rendah = 300 Sek. Menengah = 400 Sek. Rendah = 500 Sek. Menengah = Bermula tahun 2008, Bantuan Persekolahan telah dipinda nama kepada Bantuan Am Persekolahan (BAP) manakala Bantuan Am dipinda nama kepada Bantuan Bulanan (BB). Garis Panduan KWAPM 1
7 3. PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA ekasih 3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.7/2008 bertarikh 8 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan supaya semua agensi menggunakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (ekasih) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan menyalur dan mengagih bantuan serta penerima projek sama ada oleh Ketua Isi Rumah (KIR) mahu pun Ahli Isi Rumah (AIR). 3.2 Selaras dengan keputusan tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil.2 Tahun 2008 pada 24 Disember 2008 telah memutuskan bahawa mulai tahun 2009, murid yang layak menerima bantuan KWAPM adalah berdasarkan kepada KIR yang berdaftar dengan ekasih dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja. 3.3 ICU, JPM melalui surat siaran bertarikh 4 Februari 2010 rujukan UPP:BPK.177/174/1Klt.2(46) memaklumkan bahawa Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data ekasih sebagai rujukan utama untuk memberi program/ projek dan bantuan pembasmian kemiskinan. 4. TAFSIRAN 4.1 Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud daripada kalangan ahli isi rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah tempat kediaman tersebut. Garis Panduan KWAPM 2
8 4.2 Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman. 4.3 Pendapatan Isi Rumah (IR) bermaksud semua bentuk pendapatan ibu bapa/penjaga dan ahli Isi Rumah daripada sumbersumber berikut: Gaji dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan, nafkah, pencen, royalti, faedah dan dividen; Sumbangan tetap daripada agensi kerajaan atau pihak swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Pungutan Zakat; Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja; dan Kiraan purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian atau pendapatan daripada perniagaan. 4.4 PERKAPITA bermaksud jumlah pendapatan Isi Rumah dibahagikan dengan bilangan Isi Rumah. 5. ASAS KELAYAKAN BANTUAN KWAPM A. Murid 5.1 Warganegara Malaysia (penentuan kewarganegaraan seperti di Lampiran A). Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, pengesahan taraf kewarganegaraan mesti diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi murid Orang Asli/Penan, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) boleh diguna pakai. Garis Panduan KWAPM 3
9 5.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. 5.3 KIR berdaftar dengan Sistem ekasih dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja. 5.4 Pendapatan Isi Rumah murid mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa. Sehingga kini, PGK Nasional yang diguna pakai adalah berdasarkan PGK Nasional Tahun 2007 seperti berikut: Kategori (Lokasi/Murid) Pendapatan Bulanan Isi Rumah/Perkapita * Miskin Miskin Tegar Semenanjung Malaysia Sarawak Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan RM720 bulanan/rm180 perkapita RM830 bulanan/rm190 perkapita RM960 bulanan/rm200 perkapita RM430 bulanan/rm100 perkapita RM520 bulanan/rm115 perkapita RM540 bulanan/rm110 perkapita Nota: * Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa. 5.5 Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/ Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/biasiswa kerajaan negeri/yayasan/ swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan menerima bantuan KWAPM. 5.6 Bagi murid Berkeperluan Khas (OKU), mereka tidak layak dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun OKU oleh KPM sebanyak RM sebulan. Garis Panduan KWAPM 4
10 5.7 Murid yang bertukar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah tidak layak menerima bantuan KWAPM kerana MRSM tidak berada di bawah pentadbiran KPM. 5.8 Bagi murid yang KIRnya belum berdaftar dengan ekasih, pihak sekolah perlu menasihatkan KIR untuk mendaftar dengan sistem tersebut. B. Perkiraan Perkapita 5.9 Perkiraan perkapita adalah seperti berikut: MURID LAYAK Kriteria Semenanjung Sabah & WP Labuan Sarawak Kelayakan Perkapita RM RM RM Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM1, RM1, RM1, Bilangan Isi Rumah Pengiraan Perkapita = RM1,251 / 12 = RM = RM1,251 / 10 = RM = RM1,251 / 12 = RM Kriteria MURID TIDAK LAYAK Semenanjung Sabah & WP Labuan Sarawak Kelayakan Perkapita RM RM RM Pendapatan Bulanan Isi Rumah RM1, RM1, RM1, Bilangan Tanggungan Pengiraan Perkapita = RM1,251 / 6 = RM = RM1,251 / 5 = RM = RM1,251 / 6 = RM Garis Panduan KWAPM 5
11 6. JENIS DAN KADAR BANTUAN 6.1 Jenis dan kadar bantuan adalah seperti berikut: Bil. Kelayakan Murid Jenis Bantuan Kadar Bantuan 1. Miskin 2. Miskin Tegar BAP dan BB BAP dan BB Sekolah Rendah: RM setahun dan *BB = RM setahun (RM25.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: RM setahun dan *BB = RM setahun (RM30.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Rendah: BAP = RM setahun dan *BB = RM setahun (RM50.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: BAP = RM setahun dan *BB = RM setahun (RM60.00 sebulan x 10 bulan) * Nota: Jumlah amaun bagi BB adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM. 6.2 Bantuan Kewangan yang diterima boleh diagihkan oleh Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui cara berikut: Bil Jenis Bantuan Cara Agihan 1. Bantuan Am Persekolahan (Pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid) a) Masuk ke akaun murid; atau b) Barangan; atau c) Tunai Garis Panduan KWAPM 6
12 2. * Bantuan Bulanan (Wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian murid) a) Masuk ke akaun murid; atau b) Tunai * Nota: Boleh dibayar secara bulanan atau sekaligus 6.3 Sekiranya murid yang menerima Bantuan Bulanan tidak hadir ke sekolah dalam tempoh tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah seperti bencana alam, kemalangan dan kesihatan, murid tersebut hendaklah diberikan surat amaran terlebih dahulu. Jika murid masih tidak hadir ke sekolah selama tujuh (7) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah selepas itu, Kementerian berhak untuk memberhentikan bantuan yang telah diberikan kepada murid berkenaan walau pun telah berdaftar dengan ekasih. Ini termasuklah murid Orang Asli/Penan dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Wajib 2003 untuk semua murid Malaysia. Perkara ini hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Bahagian Kewangan KPM dan ibu bapa/penjaga murid berkenaan. 7. TATACARA PERMOHONAN 7.1 Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem ekasih dan disahkan sebagai Kategori Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan. 7.2 Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem ekasih, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web Pembayaran bantuan KWAPM hanya boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan disahkan berada dalam kategori Miskin (M) atau Miskin Tegar (MT). Garis Panduan KWAPM 7
13 7.3 Bagi murid Orang Asli, data penerima KWAPM akan diambil daripada sistem edamak yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang diintegrasikan ke dalam sistem ekasih. 7.4 Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan), pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) seperti di Lampiran B dan dikemukakan ke KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1). 8. JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH 8.1 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan keahlian seperti berikut: i. Penolong Kanan HEM/guru yang menguruskan KWAPM; ii. iii. dua (2) orang wakil PIBG (selain guru/kakitangan sekolah); dan Ketua Kampung (sekiranya berkaitan). 8.2 Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah adalah seperti berikut: menentukan bayaran BAP sama ada dalam bentuk wang tunai, pemberian barangan atau dikredit ke akaun murid; Garis Panduan KWAPM 8
14 8.2.2 memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas; memastikan dan mengesahkan murid yang layak menerima bantuan berdasarkan senarai penerima; dan melaporkan kepada KPM sekiranya terdapat keraguan pada status Miskin atau Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam ekasih. 8.3 Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah bertanggungjawab mematuhi kriteria dan peraturan yang ditetapkan oleh KPM dari semasa ke semasa. 8.4 Sekiranya pihak KPM mendapati terdapat sebarang unsur penipuan atau ketidakjujuran dalam proses pendaftaran ke dalam sistem ekasih, urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana pihak yang terlibat, pihak berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah). 9. TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 9.1 Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. 9.2 Bahagian Kewangan, KPM akan menghantar surat kepada JPN untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank sekolah/ppd. Sekolah/PPD hendaklah menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Kewangan, KPM. Garis Panduan KWAPM 9
15 9.3 Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan KWAPM. 9.4 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Resit Kew.38 hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan KWAPM. 9.5 Sekolah/PPD hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke atas transaksi melalui akaun bank kerajaan sepertimana keputusan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bank-Bank Bil.1/2006 bertarikh 25 Januari 2006 di para 3.5 Minit Mesyuarat tersebut - Tiada caj dikenakan bagi semua transaksi dengan Kerajaan. 9.6 Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah. 9.7 Bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini, sekolah adalah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank murid. Walau bagaimanapun sekiranya pengagihan dilaksanakan secara tunai, tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah mudah, selamat dan mengikut peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah boleh memilih kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut : Garis Panduan KWAPM 10
16 9.7.1 Pengeluaran wang tidak melebihi RM2, boleh dibuat oleh Pengetua/Guru Besar tanpa guru pengiring; atau Pengeluaran wang dari RM2, hingga RM10, oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan. 9.8 Potongan yang dibenarkan daripada bantuan KWAPM adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2009 Bayaranbayaran Tambahan Persekolahan : Bayaran Tambahan Persekolahan adalah meliputi; Kokurikulum; Kertas Ujian Dalaman; Sukan Tahunan Sekolah; Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral; Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM); dan Insurans Takaful Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Garis Panduan KWAPM 11
17 10. MURID PINDAH SEKOLAH 10.1 Bagi murid yang bertukar sekolah, prosedur berikut perlu dipatuhi: Sekolah Asal Sekolah Baru Bil Ada KWK Tiada KWK Ada KWK Tiada KWK Tindakan Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru. - Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun Khas PPD yang baru. - PPD baru uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid. - Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal. - PPD asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru. - Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal PPD asal pindahkan peruntukan ke akaun PPD baru. - PPD baru akan uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid. Nota: - Surat makluman hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM bagi setiap tindakan yang dilaksanakan. - Sekiranya murid tidak dapat dikesan, PPD hendaklah mengembalikan peruntukan tersebut ke Bahagian Kewangan KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober tahun semasa. Garis Panduan KWAPM 12
18 11. LEBIHAN PERUNTUKAN 11.1 Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar (bagi sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober tahun semasa Cek tersebut perlu ditandatangani seperti berikut: Bagi lebihan peruntukan yang bernilai kurang RM10, kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 2 orang pegawai; manakala Bagi lebihan peruntukan yang bernilai lebih RM10, kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3 orang pegawai Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan dari tarikh ia dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117). 12. KES-KES KECEMASAN 12.1 Bagi kes-kes kecemasan, permohonan boleh dibuat oleh pihak sekolah melalui JPN/PPD yang berkenaan bagi kes-kes yang berlaku dalam tahun semasa sahaja. Pihak JPN/PPD perlu membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan beserta dokumen sokongan seperti laporan polis, laporan perubatan dan sebagainya ke Bahagian Kewangan, KPM dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh kejadian mengikut format Borang Kecemasan KWAPM (Rujuk Lampiran C). Garis Panduan KWAPM 13
19 12.2 Bantuan kes-kes kecemasan terbahagi kepada 2 jenis: i) Ketua Isi Rumah (KIR) hilang punca pendapatan (Contoh: KIR meninggal/sakit tenat yang tidak berupaya menyara keluarga/hilang upaya, ibu yang ditinggalkan, tanaman musnah akibat banjir dan bencana alam); ii) KIR tidak hilang punca pendapatan (Contoh: kebakaran rumah dan tanah runtuh yang tidak menyebabkan hilang punca pendapatan) Bagi kes-kes di atas, had kelayakan pendapatan dan jenis bantuan yang disalurkan di bawah kes-kes kecemasan adalah tertakluk seperti jadual berikut:- Bil. Jenis Bencana Had Kelayakan Pendapatan Bantuan Am Persekolahan Bantuan Bulanan ** Hilang Punca Pendapatan Tidak Hilang Punca Pendapatan < RM1,500 * Mengikut kadar Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional X Nota: * RM1,500 adalah kelayakan pendapatan untuk mendaftar dalam sistem ekasih ** Nilai Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Tabung KWAPM 12.4 Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh JPN/PPD sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen sokongan seperti berikut: Garis Panduan KWAPM 14
20 a) Borang seperti di Lampiran C yang disahkan oleh JPN/ PPD; b) Laporan siasatan yang disahkan oleh JPN/PPD; c) Laporan Polis; d) Laporan perubatan (jika berkaitan); e) Sijil Kematian (jika berkaitan); dan f) Gambar Kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan). 13. KELULUSAN KHAS 13.1 Sebarang isu berkaitan tatacara pemberian bantuan KWAPM ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM untuk pertimbangan dan kelulusan khas. 14. PENUTUP 14.1 Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan Perbendaharaan (AP) dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah Semua dokumen bagi memperakaunkan urusan terimaan dan bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan. Garis Panduan KWAPM 15
21 14.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan KWAPM, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian Kewangan, KPM melalui talian atau secara bertulis ke alamat berikut:- Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 6-7, Blok E12, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, PUTRAJAYA. (u.p: Cawangan Bantuan) Garis Panduan KWAPM 16
BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID
BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011 GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 2012 Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 1 GARIS
Lebih terperinciLAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)
LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP) 1 KANDUNGAN Pendahuluan Bab A Kadar Dan Maksud Belanja Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)
Lebih terperinciTABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA
TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN TABUNG KEBAJIKAN, KESATUAN......... NATIONAL UNION OF JOURNALISTS PENINSULAR...... MALAYSIA...... KESATUAN
Lebih terperinciUNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan) 1. Surat Ikatan Akaun Amanah (yang kemudiannya ini disebut sebagai Surat Ikatan ) ini dibuat pada tarikh di
Lebih terperinciTATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Nama dan Alamat TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN 1. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa bagi Tingkatan, Unit Berunifom, Kelab / Persatuan, Sukan / Permainan
Lebih terperinciJABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :
JABATAN BENDAHARI PERMOHONAN MEMBUKA AKAUN AMANAH SUBSIDIARI Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh : UPSI/BEN/APK/B-03 Bendahari Universiti Pendidikan Sultan Idris Melalui : Tuan, PERMOHONAN MEMBUKA AKAUN AMANAH
Lebih terperinciPEKELILING BIASISWA BIL. 1 TAHUN PEMBERIAN BANTUAN MURID/PELAJAR DI BAWAH KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)
Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Semua Pegawai Pelajaran Gabungan, Semua Pegawai Pelajaran Daerah / Daerah Kecil Semua Pengetua Sekolah Menengah / Model Khas, Semua Guru Besar, Y.Bhg. Datuk/ Dato
Lebih terperinciMurid yang layak memohon bantuan yuran adalah terdiri daripada:
A. KRITERIA PERMOHONAN Kelayakan Murid RINGKASAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA / PUSAT PENDIDIKAN KHAS (Pindaan 2015) Murid yang layak memohon bantuan yuran adalah terdiri
Lebih terperinciPERMOHONAN PENCERAHAN MENGENAI PEKELILING DAN PERATURAN
PERMOHONAN PENCERAHAN MENGENAI PEKELILING DAN PERATURAN 1. PENURUNAN KUASA MENANDATANGANI RESIT PEJABAT LAMPIRAN 1 Peraturan: Jadual Arahan Kerja Pegawai Pengawal Bagi Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan
Lebih terperinciTajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,
Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah, huraikan bagaimana anda menangani masalah tersebut dengan mengambilkira
Lebih terperinciSURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1 Oktober 2016 Diedarkan kepada: Semua Ketua Pusat
Lebih terperinciPERATURAN BAYARAN KHAS TAHUN 2017
ANM(T) 81/10/6/10 (33) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2017 PERATURAN BAYARAN KHAS TAHUN 2017 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT 1.
Lebih terperinciBantuan Makanan Prasekolah 50, ,893 53,100. Bantuan Makanan Asrama 977, ,453 1,000,000. Yuran Khas Sekolah (YKS) 35,000 5, 942, ,000
JENIS BANTUAN PERSEKOLAHAN PERBELANJAAN 2008 (RM 000) ANGGARAN BIL. MURID MENDAPAT FAEDAH 2009 (ORANG) PERUNTUKAN 2009 (RM 000) Elaun Murid Berkeperluan Khas (OKU) (Peruntukan 2009 meningkat disebabkan
Lebih terperinciKEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
S/K.KEW/PK/KP/9999/020101/02 JLD.5(SJ.1)(5 ) KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN BIL. 1 TAHUN 2013 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha
Lebih terperinciBAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN
BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN 3.1 Pendahuluan 3.1.1 Semua urusan terimaan hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditentukan oleh Perbendaharaan, Pekeliling-pekeliling atau Surat-surat Pekeliling atau
Lebih terperinciBAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN
BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN 4.1 Pendahuluan 4.1.1 Semua urusan kewangan hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditentukan oleh Perbendaharaan, Pekeliling-pekeliling atau Surat-surat Pekeliling atau
Lebih terperinciPEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN
PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur pengambilan Pekerja
Lebih terperinciPERATURAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018
ANM(T) 81/10/6/10 (34) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2017 PERATURAN BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BIL. KANDUNGAN MUKA
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira
KP 2.7/2013 KERAJAAN MALAYSIA Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN... 2 KP 2.7/2013 Kehilangan Dan
Lebih terperinciTATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN
1 TATACARA TERIMAAN WANG 1.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGAWAL Pegawai Pengawal hendaklah memberi kuasa secara bertulis kepada Bendahari untuk memungut wang Universiti. Rekod perwakilan kuasa hendaklah disimpan
Lebih terperinciB. OBJEKTIF UMUM. Memahami maksud konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
2 B. OBJEKTIF UMUM Memahami maksud konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan Memahami peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah dalam pengurusan kewangan Mengetahui dan memahami perkara-perkara yang
Lebih terperinciPANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
KP(IPG)8585/600/20/(19) PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Lebih terperinciSURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN
1 / 12 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) bertujuan untuk
Lebih terperinciINDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI Jabatan Audit Negara INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN /JABATAN / AGENSI KERAJAAN
Lebih terperinciSENARAI TUGAS GURU BESAR
SENARAI TUGAS GURU BESAR A. Pentadbiran: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan
AM 1.1 KERAJAAN MALAYSIA Pengurusan Aset Kerajaan PERBENDAHARAAN MALAYSIA AM 1.1 KANDUNGAN PENDAHULUAN PENGURUSAN ASET... 2 AM 1.1 Pengurusan Aset Kerajaan... 2 1. Tujuan... 2 2. Tanggungjawab Pegawai
Lebih terperinciUNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Ruj. Kami Ruj. Tuan Tarikh : Diisi oleh Pemegang Akaun/Ketua Projek : Kosongkan : kosongkan Bendahari Universiti Malaysia Sabah. Melalui: (Nama Dekan Dan Nama SPIU) (Tandatangan
Lebih terperinciPROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP 2.0) DAN BANTUAN YURAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO
PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP 2.0) PEMBERIAN GERAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO DAN BANTUAN YURAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO PENGENALAN Pemberian Geran Prasekolah Pendidikan Khas
Lebih terperinciPENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI
1 PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI Bajet bermaksud perancangan kewangan bertujuan untuk melaksanakan dasar tertentu di mana perbelanjaan dijeniskan mengikut kategori seperti emolumen, perkhidmatan & bekalan,
Lebih terperinciPENGURUSAN KUMPULANWANG AMANAH
PENGURUSAN KUMPULANWANG AMANAH DISAMPAIKAN OLEH : WAN SALINA WAN SULAIMAN TIMBALAN BENDAHARI KANAN BAHAGIAN AKAUN AMANAH PEJABAT BENDAHARI UiTM 1 PENGURUSAN KUMPULANWANG AMANAH 1. PENGENALAN Definisi 2.
Lebih terperinciPANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS
PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas Cetakan Pertama Ogos 2010 Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang,
Lebih terperinciJPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009
JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009 DASAR DAN PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN DAN PELEPASAN DENGAN IZIN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1.0 NAMA 1.1 Institusi Pembangunan Felo, Universiti Teknologi Malaysia dengan nama ringkasnya IPF. Selepas ini disebut IPF. 2.0 ISTILAH
Lebih terperinci(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.
(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu. Tugas setiausaha 48. (1) Setiausaha hendaklah menjalankan
Lebih terperinciKEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI
KK/BP/WAI/10/718/685/1 KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai
WP 3.3/2013 KERAJAAN MALAYSIA Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN KEMUDAHAN PENDAHULUAN DIRI DAN PENDAHULUAN PELBAGAI... 2 WP 3.3/2013 Tatacara
Lebih terperinciMAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PEKELILING KEWANGAN MKM BILANGAN 2/2009 (PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.4 TAHUN 2009) PERATURAN MENGENAI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH 1. TUJUAN Pekeliling ini bertujuan
Lebih terperinciSURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN
1 / 15 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAHAGIAN A: PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) bertujuan untuk menjelaskan asas-asas yang digunakan bagi
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI
UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI TAMAN DESA JAYA TAMAN EHSAN TAMAN USAHA JAYA TAMAN BUKIT DESA DAN TAMAN DAYA Diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan
Lebih terperinciPEKELILING BENDAHARI BIL : 1/1997 (Pengurusan Wang) PEJABAT BENDAHARI PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN PANJAR WANG RUNCIT
PEKELILING BENDAHARI BIL : 1/1997 (Pengurusan Wang) PEJABAT BENDAHARI No Rujukan Fail : 100-BBI(PTA. 6/6) Tarikh Kuatkuasa : 26 April 1997 Semua Ketua Bahagian/Kajian/Pusat/Unit/Provos ITM Cawangan/Penggawa
Lebih terperinciBAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN
BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN Pembekalan, Prosedur Pengantian dan Pembelian adalah elemen penting dalam pengurusan makmal. Bagi melaksanakan amalan tersebut prosedur, peraturan-peraturan,
Lebih terperinciKenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?
17 Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful? Halaman 1 andungan Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Apakah jenis produk
Lebih terperinciBAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR
BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR 12.1 Pendahuluan 12.1.1 Universiti akan mengenakan yuran dan caj kepada pelajar pada setiap kemasukan semester atau pengajian. 12.1.2 Pelajar adalah bertanggungjawab untuk
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013
JPA 334/2/3-55(GAJI) Klt.4 No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013 PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM TUJUAN 1. Pekeliling
Lebih terperinciGARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN
GARIS PANDUAN JABATAN BENDAHARI GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN UPSI (ISO)/BEN/P05/GP01 DISEDIAKAN OLEH : DILULUSKAN OLEH : NAMA : ROHAYU BINTI WAN GHAZALI NAMA : KHADIJAH BINTI HAMDAN JAWATAN
Lebih terperinciGaris Panduan Pelaksanaan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH. Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
2015 Garis Panduan Pelaksanaan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia i Isi Kandungan 1 Pengenalan 1 2 Modul-Modul 2.1 Modul 1 2.2 Modul Guru 2 2.3 Modul Murid
Lebih terperinciNORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR
NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR 2 KANDUNGAN Pengenalan Kewajipan Pegawai Pertubuhan Pengendalian Mesyuarat Agung Pengendalian Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Penyelenggaraan Rekod-Rekod
Lebih terperinciNo. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER
KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS XXXXX (SECARA eperolehan) KOD TENDER TEMPOH KONTRAK NO. CADANGAN
Lebih terperinciUPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01
M / S : 1 / 19 1.0 TUJUAN Untuk memastikan urusan penamatan perkhidmatan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris dilaksanakan mengikut peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa. 2.0 SKOP Prosedur
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018
ANM(T) 81/10/6/10 (32) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2017 TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA 0 BIL. KANDUNGAN
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009
JPA/PEN/228/11/5 ( 7 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009 TAWARAN OPSYEN SEMULA KEPADA PEKERJA PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN YANG TELAH MEMILIH SKIM KUMPULAN
Lebih terperinciTERIMAAN DAN PUNGUTAN
TERIMAAN DAN PUNGUTAN OBJEKTIF Menjelaskan dasar-dasar pengurusan, sistem dan peraturan serta arahan-arahan yang berkuatkuasa. Meningkatkan kompetensi dalam merancang, mengawal dan melaksanakan terimaan
Lebih terperinciBIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan
SOKONGAN KEWANGAN PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: SOK/KEW/BR042/AKN SURAT PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN AMANAH BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN AKAUN 1. Buku Daftar Permohonan Pembukaan Akaun Amanah 2. Cop tarikh
Lebih terperinciBAB 6 PENGURUSAN ASET
BAB 6 PENGURUSAN ASET 6.1 Pendahuluan 6.1.1 Aset adalah harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan Universiti yang dibeli atau yang disewa beli dengan wang Universiti melalui peruntukan mengurus,
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT
JPA(BGE)223/5/4-3 No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian
Lebih terperinciISU- U I - SU KOKUR U I R KUL U U L M
ISU-ISU KOKURIKULUM 1. Pelantikan Guru Penasihat Pelantikan Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Perintah Am Seseorang Guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri
Lebih terperinciPanduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan
Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan Kandungan Muka Surat Prakata ii Panduan Umum Terhadap Kawalan Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti oleh JAN
Lebih terperinciKELAYAKAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK PESARA (Awam Persekutuan) BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
KELAYAKAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK PESARA (Awam Persekutuan) BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 1 Pengenalan Seseorang pesara Kerajaan atau keluarganya akan berkelayakan mendapat
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun
PS 5.1/2013 KERAJAAN MALAYSIA Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun PERBENDAHARAAN MALAYSIA KP 5.1/2013 KANDUNGAN PELAKSANAAN JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN...
Lebih terperinciPELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)
PK 1.2 KERAJAAN MALAYSIA PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN PK 1.2 PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) DALAM PEROLEHAN
Lebih terperinciLANGKAH-LANGKAH PERLU PERSEDIAAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN 2017 ( Ringkasan Eksekutif )
LANGKAH-LANGKAH PERLU PERSEDIAAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN 2017 ( Ringkasan Eksekutif ) 1 Tiada Kutipan Bayaran Awal Tahun Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2011 - Garis Panduan
Lebih terperinciBORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN KKLW
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN KKLW BORANG BPK BANTUAN BAGI PERSEDIAAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) / MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM), PUSAT MATRIKULASI, INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN
Lebih terperinciGARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING
GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING I. PENGENALAN 1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan-peraturan Jawatankuasa Pelaburan Asing (Foreign Investment
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU 1. PENDAHULUAN Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang syarat dan proses tuntutan bayaran balik Baucar
Lebih terperinciPERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD
1.0 TAJUK PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD 1.1 1.2 Peraturan-peraturan ini adalah dinamakan Peraturan-peraturan Tabung Kebajikan Bersama Koperasi Kakitangan
Lebih terperinciATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.
ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN Tajuk 1. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi. Tafsiran 2. Melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan
Lebih terperinciMAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
1 MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN) 2006 PADA menjalankan kuasa- kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen No. 35 Tahun
Lebih terperinciLPP(A)5/10 Jld.18 ( 12 ) LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG PEKELILING KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2015
No.Siri: PKP 3/2015 LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG PEKELILING KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2015 KEBENARAN PEGAWAI-PEGAWAI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG YANG BERKHIDMAT DI PERTUBUHAN PELADANG UNTUK MENERIMA
Lebih terperinciKOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN
KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN 1. Tajuk 2. Tafsiran 3. Tujuan 4. Modal Operasi Dan Sumber Kewangan 5. Jenis-jenis Pinjaman
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada staf Universiti berkaitan pengurusan dana endowmen
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam
WP 10.3/2013 KERAJAAN MALAYSIA Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN PENGURUSAN WANG AWAM... 2 WP 10.3/2013 Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam... 2
Lebih terperinci(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:
(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam Disediakan Oleh: Jawatankuasa Penaja Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Universiti Selangor Kampus
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84) FASAL 1: NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM
Lebih terperinciPEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI
PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI 0 GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN PELAKSANA (SOKONGAN) 1 ISI KANDUNGAN Mukasurat 1.0 DEFINISI ISTILAH KENAIKAN
Lebih terperinciTATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
AM TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 1. Undang Undang Kecil ini hendaklah dibaca bersama dengan Perlembagaan. Undang undang ini membentangkan
Lebih terperinciRekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.
Rekod 10. Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha. Penyata akaun 11. Lembaga hendaklah menyerahkan pada tiap-tiap
Lebih terperinciGARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI
GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI 1. PENDAHULUAN Garis panduan ini mula dikuatkuasakan tahun 1976 dan telah melalui beberapa pindaan selaras dengan keperluan semasa. 2. DEFINISI NO TERMA DEFINISI
Lebih terperinciBAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU SEBAGAI TAMBAHAN BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Lebih terperinciKELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.
KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976. UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN FASAL 1: NAMA DAN ALAMAT 1.1 Kelab ini dinamakan KELAB SUKAN BANK RAKYAT, KUALA LUMPUR ringkasnya
Lebih terperinciPEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009
No Rujukan Fail : 100-BBI(PTA.6/6) Tarikh : 20 Mei 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009 PEJABAT BENDAHARI Dekan Fakulti/Ketua Bahagian/Pusat/Akademi UiTM Shah Alam Pengarah Kampus UiTM Cawangan Ketua Bahagian/Unit
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas
PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas Selepas ini disebut Pertubuhan. FASAL 2 ALAMAT (1) Alamat
Lebih terperinciPEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2007 PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2016 KEPADA PELAJAR DAN IPT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2016 KEPADA PELAJAR DAN IPT GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA 2016 1. PENDAHULUAN Pada 23 Oktober 2015, YB
Lebih terperinciPEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN
Rujukan kami : UMT/BEND/100 4/8 (26) Tarikh : 1 Januari 2013 Bersamaan : 18 Safar 1434H Semua Ketua Pusat Tanggungjawab Universiti Malaysia Terengganu Y. Bhg. Dato / Prof. / Tuan / Puan, PEKELILING BENDAHARI
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013
BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI Mesyuarat agung 23. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta, Peraturan, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa dan
Lebih terperinciPROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982
SECARA RINGKAS PROFIL AUDIT DALAM Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982 Perlaksanaan Audit Dalam di Universiti berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 1979 (dibatalkan) dan Surat
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA
GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA Disediakan Oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Edisi keluaran 1 Tarikh kuatkuasa 1/10/2015 1 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Mukasurat 1.0 Tujuan 3 2.0
Lebih terperinciGARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.
GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI. 1.0 TATACARA PERMOHONAN i. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Borang Tabung
Lebih terperinciUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 Semua Pengurus Bahagian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Y.Bhg. Dato /Prof./Tuan/Puan, PEKELILING BENDAHARI
Lebih terperinciPANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 12 OKTOBER 2016 HAK MILIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Lebih terperinciOBJEKTIF KUALITI ANGKASA
LAMPIRAN 2 OBJEKTIF KUALITI ANGKASA Memberi perkhidmatan dengan sadik, amanah dan telus serta berkualiti melalui : 1. Program pelajaran dan penerangan kepada koperasi-koperasi dengan cekap dan berkesan.
Lebih terperinciGARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1 GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH
Lebih terperinciPEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 14/1992 ( PENGURUSAN WANG ) PEJABAT BENDAHARI PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN PANJAR WANG RUNCIT
PEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 14/1992 ( PENGURUSAN WANG ) PEJABAT BENDAHARI No. Rujukan Fail : 400-BBI ( PENG. WANG 6/61 ) Tarikh Kuatkuasa : 26 Disember 1992 Kepada Semua Penolong Bendahari Kanan Penolong
Lebih terperinciTarikh : SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2009
Ruj. Kami : KP(PP) 0137/44/ ( 15 ) Tarikh : 22 Sya aban 1430H 13 Ogos 2009 Semua Ketua Jabatan/Bahagian Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y. Bhg. Datuk/Dato /Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN
Lebih terperinciPEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM
KK/BP 10/173/291 Jd. 2 (57) PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Kerajaan Negeri PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS
Lebih terperinciBAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.
Tajuk dan mula berkuatkuasa BAHAGIAN I PERMULAAN 1. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad. (2) Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuatkuasa
Lebih terperinciPENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04
PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04 NO. KELUARAN 05 TARIKH KUATKUASA 06 JUN 2013 DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH NAMA Mohd As ri Bin Chik Mejar (K) Zolkarnain Bin Hj. Jobshi
Lebih terperinciDiluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
ASET ALIH MUKA SURAT : 1/13 ASET ALIH Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT Jawatan: REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014 SALINAN
Lebih terperinciKANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan
KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan 2.0 INTERNATIONAL INVITATION PROGRAM 2.1 Definisi 2.2 Tempoh 2.3 Destinasi 2.4 Pegawai Bertanggungjawab
Lebih terperinciSYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA
Lampiran A SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA Matlamat Program Menyediakan biasiswa kepada pensyarah-pensyarah
Lebih terperinci