ULASAN BUKU. Siti Zubaidah Ismail (2016), Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, 219 hlm., ISBN

dokumen-dokumen yang mirip
Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

Undang-Undang Malaysia

D.R. 50/96 RANG UNDANG-UNDANG PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1996

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SENARAI KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG DIKENAKAN HUKUMAN SEBAT

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

Tatacara Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang Jenayah Syariah : Analisis Perundangan Dan Amalan Di Malaysia

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

MUZAKARAH ILMIAH HAKIM-HAKIM SYARIE NEGERI PULAU PINANG LANGKAWI, 26 NOVEMBER 1996 PERANAN HAKIM

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

JADUAL FI DAN KOS PENTADBIRAN TIMBANG TARA PANTAS KLRCA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

Undang-Undang Malaysia

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Undang-Undang Malaysia

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

BAB II PROFIL MAHKAMAH SYARIAH SHAH ALAM SELANGOR. A. Sejarah Singkat Mahkamah Syariah Shah Alam Selangor

PROSEDUR PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Nota Editor 27 KANUN (1) Farid Sufian Shuaib dan Ainul Jaria Maidin 1 NOTA EDITOR

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA 30 MAC 2015 (ISNIN)

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Bab 4. Pelaksanaan Permohonan Perintah Faraid Menurut Undang-undang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

LMCK1621 ETIKA & PROFESIONAL SET 6 SESI /2017 TUGASAN BERKUMPULAN 1 NAMA PENSYARAH PROF. MADYA DR. WAN ZAWIAH BINTI WAN ZIN NAMA AHLI KUMPULAN

Transkripsi:

164 KANUN [JANUARI 2018] ULASAN BUKU Siti Zubaidah Ismail (2016), Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, 219 hlm., ISBN 978-983- 46-1526-0 Mohd. Norhusairi Mat Hussin husaini@um.edu.my Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PENDAHULUAN Enakmen Tatacara Jenayah Syariah merupakan undang-undang yang memperihalkan prosedur pelaksanaan sesuatu kes jenayah yang merangkumi penguatkuasaan, pendakwaan, perbicaraan dan penghakiman. Undang-undang ini merupakan suatu aturan yang wajib diikuti oleh pegawai penguat kuasa agama, pendakwa syarii, peguam bela syarii dan hakim syarii yang bertugas di ahkamah syariah. Sebarang ketidakpatuhan prosedur atau tatacara boleh mencacatkan sesuatu prosiding kes yang akhirnya memberikan kesan terhadap perjalanan kes jenayah syariah. Kecacatan prosedur bukan sahaja menyebabkan keadilan yang diharapkan daripada sesuatu perbicaraan kes jenayah syariah tidak tercapai malahan terdapat pihak yang dizalimi. Undang-undang tatacara jenayah penting dalam menyediaan kaedah pelaksanaan Undang-undang jenayah substantif. Undangundang tatacara jenayah syariah ini berfungsi memandu perjalanan penguatkuasaan undang-undang, mengawal pendakwaan dan menentukan proses perbicaraan kes jenayah dijalankan secara adil. Sesuatu proses undang-undang yang hendak dilaksanakan perlu mempunyai prosedur, aturan dan tatakelola yang baik bagi menjamin keadilan sesuatu perbicaraan kes di mahkamah, khususnya kes jenayah. Tiga aspek utama perlu diberikan perhatian bagi melicinkan pentadbiran

30 KANUN (1) 165 keadilan jenayah ialah: 1. Membabitkan kuasa pegawai penguat kuasa agama, serta peranan dan fungsi Bahagian Penguatkuasaan untuk menjalankan tugas mereka menguatkuasakan undang-undang; 2. Berkenaan kuasa pendakwa syarii untuk mendakwa kes jenayah syariah yang melibatkan bahagian pendakwaan; 3. Kuasa mahkamah dan jabatan kehakiman syariah negeri untuk mentadbir, menguruskan dan membicarakan kes jenayah syariah. Perkembangan undang-undang syariah di negara ini perlahan berbanding dengan undang-undang sivil, khususnya pada zaman penjajahan dan pascapenjajahan. Pada peringkat awalnya, peruntukan tentang kaedah menangani kes jenayah syariah hanya terdapat secara umum dalam beberapa seksyen di bawah enakmen pentadbiran undangundang Islam yang awal dikanunkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa tiada undang-undang khusus berkenaan dengan undang-undang tatacara jenayah syariah pada peringkat awal. Selangor merupakan negeri pertama yang mengkanunkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syara secara menyeluruh yang dikenali sebagai Enakmen Pentadbiran Hukum Syara Negeri Selangor 1952. Di bawah enakmen ini hanya terdapat 17 seksyen yang berkaitan dengan tatacara jenayah syariah yang tidak mencukupi untuk mengendalikan kes jenayah pada ketika itu. Usaha ini kemudiannya diikuti pula oleh negeri lain dan atergubalnya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan lain-lain. Kesemua negeri ini menjadikan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri Selangor sebagai model untuk dijadikan rujukan. Oleh sebab negeri ini menggunakan enakmen negeri Selangor sebagai model, maka peruntukan berkenaan dengan tatacara jenayah juga sedikit dan terhad. Penggubalan undang-undang tatacara jenayah mengalami perkembangan dari semasa ke semasa, terutama pada era 80-an kerana bertambahnya peruntukan tentang prosedur jenayah seperti di Selangor. Meskipun berlaku pembaharuan, peruntukan ini masih dikekalkan dalam Enakmen Pentadbiran Hukum Syara negeri-negeri. Negeri Sembilan

166 KANUN [JANUARI 2018] turut menggubal enakmen tatacara jenayahnya pada awal tahun 90-an yang kemudiannya diikuti oleh negeri lain seperti Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bagi mengawal selia perjalanan dan pelaksanaan undangundang tatacara jenayah syariah di negeri masing-masing. Rata-rata kandungan enakmen tatacara jenayah syariah, mempunyai lapan bahagian. Hanya negeri Kedah yang masih mengekalkan penggunaan enakmen tahun 1988 dengan beberapa pindaan. Pemakaian undang-undang negeri ini meliputi perkara yang melibatkan akidah, perlakuan tidak bermoral, penghinaan mahkamah, dan sebagainya. Terdapat juga kesalahan yang tidak dikategorikan dalam undang-undang jenayah syariah, khususnya kesalahan matrimoni dalam undang-undang keluarga Islam. Dalam konteks bidang kuasa mahkamah dan agensi penguat kuasa, bidang kuasa jenayah mahkamah syariah terbahagi kepada tiga aspek, iaitu bidang kuasa hakim kes jenayah, untuk mengendalikan bidang kuasa hukuman dan bidang kuasa tempatan. Bidang kuasa mahkamah syariah bagi menangani jenayah kes syariah dan perkara yang berkaitan dengannya seperti penguatkuasaan, peguam syarii dan sebagainya. Bidang kuasa mahkamah syariah terhad kepada orang Islam sahaja dan tidak boleh menyentuh hak dan kesalahan yang dilakukan oleh orang bukan Islam. Oleh itu, jika orang bukan Islam menjadi salah serta pihak dalam kes sepertiti khalwat, mukadimah zina, dan sebagainya, maka dia tidak boleh disiasat, dituduh, didakwa atau disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah syariah. Sseksyen 23, ordnan mahkamah syariah Sarawak 2001 menjelaskan bahawa tiada keputusan mahkamah rayuan syariah, mahkamah tinggi syariah atau mana-mana mahkamah rendah syariah boleh melibatkan mana-mana hak atau harta seseorang bukan Islam. Satu lagi bidang kuasa mahkamah syariah ialah mengeluarkan perintah bersaling, iaitu suatu perintah yang membabitkan apa-apa saman, waran tangkap, perintah atau penghakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah terhadap pihak yang berada di luar bidang kuasa tempatan. Tatacara pengeluaran dan pelaksanaan perintah bersaling adalah berdasarkan peruntukan undang-undang dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003. Tugas menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan

30 KANUN (1) 167 oleh agensi penguatkuasaan yang menyentuh bidang tugas Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Kajian menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 768 orang Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) di seluruh negara (data tahun 2012). Jumlah sumber manusia yang terhad ini menyukarkan urusan pengendalian penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah secara lebih cekap, ditambah pula dengan kekurangan latihan, prasarana, dan sebagainya. Pelibatan pihak polis dalam penguatkuasaan jenayah syariah dinyatakan secara jelas dalam Akta 560 yang memberikan kuasa kepada polis untuk turut terlibat sebagai agensi penguat kuasa undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Selain itu, pihak yang kena tuduh berhak untuk mendapatkan hak dibela sewaktu perbicaraan di mahkamah syariah menggunakan khidmat peguam syarii. Dalam undang-undang tatacara jenayah syariah, elemen merupakan perkara awal yang perlu diambil perhatian semasa menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah. Maklumat jenayah terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu maklumat lisan, maklumat bertulis dan maklumat melalui telefon. Ketiga-tiga maklumat ini memerlukan tatacara tertentu bagi memastikan maklumat yang disampaikan menepati kehendak undang-undang. Penyaluran maklumat kepada hakim syarii juga boleh dibuat melalui aduan. Aduan boleh dibuat secara lisan atau bertulis kepada hakim bahawa seseorang, sama ada secara lisan atau bertulis, sama ada diketahui ataupun tidak diketahui, melakukan atau bersalah atas suatu kesalahan, dengan tujuan supaya tindakan boleh diambil oleh hakim di Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah juga memperuntukkan kaedah aduan yang dibuat kepada hakim. Menjadi kewajipan hakim yang menerima aduan tersebut agar memeriksa pengadu dan mengaarahkannya mengisi Borang 6. Walau bagaimanapun, jika hakim mempunyai keraguan yang munasabah tentang kebenaran sesuatu aduan, beliau boleh merekodkan sebab keraguan, mengangguhkan proses memaksa kehadiran orang yang diadu, menyiasat atau mengarahkan PPA membuat siasatan lanjut dan melaporkan hasil siasatan kepadanya. Pegawai terbabit hendaklah memastikan perbuatan salah yang diadu terletak di bawah bidang kuasa dan berlaku di wilayah kekuasaan mereka. Semasa menjalankan siasatan terhadap sesuatu kes, Pegawai Penguat Kuasa Agama boleh

168 KANUN [JANUARI 2018] membuat tangkapan dan rampasan, jika perlu. Pelaksanaan tatacara aduan dilaksanakan berdasarkan jenis maklumat yang diterima sama ada maklumat tersebut meliputi maklumat kesalahan tidak boleh tangkap dan maklumat berkenaan kesalahan boleh tangkap. Bagi elemen siasatan, tugas menyiasat merupakan tugas yang paling penting bagi PPA untuk memulakan penyiasatan sehinggalah penyediaan kertas siasatan dan penghantaran kertas siasatan kepada pendakwa syarii. Pada asasnya, pegawai masjid dan orang awam tidak boleh melakukan sebarang tangkapan, namun undang-undang tatacara memberikan panduan yang khusus berkenaan tangkapan yang dibuat oleh orang persendirian dan pegawai masjid bagi menjadikan tangkapan itu sah mengikut undang-undang. Tangkapan dibahagikan kepada penangkapan tanpa waran dan penangkapan dengan waran. Penggeledahan pula ialah satu kuasa yang diberikan kepada PPA oleh mahkamah untuk menyempurnakan tugasnya melakukan siasatan terhadap sesuatu kes. Penggeledahan bertujuan mendapatkan bukti yang relevan bagi membantu mengaitkan suspek dengan sesuatu kesalahan yang disyaki dilakukan oleh suspek. Semasa melakukan penggeledahan, PPA boleh membuat rampasan apa-apa sahaja barang yang mempunyai kaitan dengan kes yang disiasatnya sahaja. Dalam kes tertutudh yang ditahan selepas tempoh 24 jam berakhir, tertuduh tidak boleh dilaporkan, kecuali melalui bon atau jaminan atau perintah bertulis seorang hakim atau ketua PPA atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspector. Walau bagaimanapun, tidak semua eks boleh dijamin. Selain itu, Ketua Pendakwa Syarii dan pendakwa syarii ialah pihak yang terlibat dalam persiapan pendakwaan. Ketua Pendakwa Syarii dilantik oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Seksyen 183 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 1993 memberikan kuasa khusus kepada Ketua Pendakwa Syarie dari aspek kawalan dan arahan terhadap segala pendakwaan dan prosiding jenayah. Tugas pendakwaan akan bermula sebaik sahaja kertas siasatan yang disempurnakan oleh bahagian penguatkuasaan diserahkan ke bahagian pendakwaan. Dalam proses menguruskan kertas siasatan, bahagian pendakwaan mempunyai tatakelolanya yang tersendiri bermula dengan pendaftaran penerimaan kertas siasatan dan penyemakan kertas siasatan. Semakan

30 KANUN (1) 169 terhadap kertas siasatan biasanya melibatkan aspek utama seperti proses siasatan, kesaksian dan keterangan. Proses yang dilakukan ini bertujuan mengukuhkan proses pendakwaan sebelum proses pendakwaan dimulakan.setelah melakukan pertimbangan untuk pendakwaan, pihak pendakwaan perlu merangka pertuduhan yang sesuai bagi mengelakkan pertuduhan tersebut dianggap cacat dan ditolak oleh mahkamah. Kertas pertuduhan perlulah dan lengkap mengandungi butir yang mencukupi tentang sesuatu kesalahan yang didakwa terhadap orang yang kena tuduh. Undang-undang membenarkan pindaan dibuat pada sesuatu pertuduhan yang cacat. Walau bagaimanapun, pindaan yang dilakukan mestilah mengikut undang-undang yang digariskan dalam seksyen 83 dan seksyen 84 Akta 560. Apabila sesuatu kertas pertuduhan disempurnakan, maka bermulalah fasa perbicaraan. Dalam sesuatu perbicaraan, pendakwa perlu mengambil berat tentang beban pembuktian dan bidang kuasa mahkamah sebelum sesuatu perbicaraan jenayah dilakukan. Oleh sebab Ketua Pendakwa Syarii mempunyai bidang kuasa untuk mengawal semua kes pendakwaan jenayah, maka mahkamah perlu memastikan pendakwa syarii yang memulakan kes tersebut mendapat izin bertulis daripada Ketua Pendakwa Syarii. Seseorang pendakwa syarii yang tidak mempunyai izin bertulis daripada Ketua Pendakwa Syarii tidak boleh memulakan kes pendakwaan. Kehadiran tertuduh sangat penting semasa hari perbicaraan dibacakan supaya pertuduhan terhadapnya. Dalil al-quran, undang-undang yang berkuat kuasa dan Arahan Amalan JKSM dijadikan panduan oleh mahkamah untuk menerima kesaksian dalam sesebuah kes jenayah syariah. Sama seperti dalam kes tuntutan mal, pemeriksaan saksi yang dijalankan dalam kes jenayah syariah juga harus meliputi tiga jenis pemeriksaan, iaitu pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Pemeriksaan perlu bagi menjadikan keterangan saksi kompeten untuk mendakwa mahupun membela tertuduh di mahkamah. Selain itu, setiap perbicaraan yang dijalankan perlu direkodkan dalam satu fail supaya tiada rekod keterangan, pembuktian dan perbicaraan diabaikan bagi menjamin proses keadilan dapat dilaksanakan. Mahkamah akan membuat keputusan sama ada pihak pendakwa berjaya mengemukakan kesnya ataupun tidak apabila pendakwa

170 KANUN [JANUARI 2018] mengemukakan semua keterangan yang diperlukan untuk menegakkan kesnya. Pada peringkat ini, pendakwa sepatutnya membawakan semua saksi dan pembuktian untuk dinilai oleh mahkamah. Pada peringkat ini jugalah tertuduh dipanggil untuk membela diri sekiranya mahkamah mendapati pendakwa berjaya membuktikan kesnya dan mahkamah memutuskan kes itu wujud. Dalam keadaan tertentu, tertuduh boleh menggunakan kecualian am dan pembelaan alibi sekiranya wujud bukti yang relevan. Kedua-dua hak ini diperuntukkan dalam undangundang, khususnya di bawah Bab 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Meskipun kes selesai dibicarakan, perkara berbangkit daripada perbicaraan sangat penting untuk diambil perhatian kerana boleh memberikan kesan terhadap perbicaraan sesuatu kes. Antara perkara berbangkit daripada perbicaraan termasuklah pemindahan kes, penamatan pendakwaan, penangguhan perbicaraan, hak mahkamah untuk mengemukakan soalan kepada tertuduh, penukaran hakim semasa perbicaraan dan perbicaraan pada hari cuti. Semua perkara berbangkit ini telah dinyatakan secara jelas dalam undang-undang tatacara jenayah syariah di setiap negeri. Pihak yang terlibat dalam perbicaraan perlu mengambil berat terhadap perkara ini untuk mengelakkan berlakunya pertikaian terhadap prosiding jenayah di mahkamah syariah. Dalam konteks penghakiman dan hukuman, para hakim perlu mengambil berat untuk menjaga peraturan tentang penghakiman kerana hakim berperanan menentukan kesahihan fakta yang dibawa oleh sesuatu pihak dalam kes yang dibicarakan. Antara ciri penghakiman yang baik, termasuklah: 1. Penghakiman disertakan dengan alasan penghakiman; 2. Huraian tentang prinsip undang-undang atau nas yang dipakai dalam penghakiman; 3. Penghakiman tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek; 4. Menjawab isu atau hujah yang ditimbulkan oleh sesuatu pihak; 5. Merujuk semua peruntukan undang-undang dan nas yang berkait dengan isu yang ditimbulkan. Alasan penghakiman ialah huraian mahkamah tentang nas dan

30 KANUN (1) 171 autoriti yang digunakan bagi menyokong keputusan sesuatu kes yang dipertikaikan dalam prosiding dengan mengaitkannya dengan undang-undang yang dipakai. Alasan penghakiman penting kerana menggambarkan kewibawaan hakim dan mahkamah. Alasan yang tidak jelas dan ringkas boleh mencacatkan sesuatu penghakiman kes, malah boleh menyebabkan rayuan dibenarkan apabila pesalah mengemukakan rayuannya. Kes Mokhtar bin Pingat lwn Pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Selain itu, persoalan yang berkaitan dengan hukuman turut dibincangkan. Antara faktor yang diambil kira untuk menjatuhkan hukuman termasuklah kepentingan awam, hukuman yang mencukupi untuk menginsafkan pesalah, hukuman yang sepadan dengan kesalahan yang dilakukan, dan sebagainya. Pertimbangan ini perlu bagi seseorang hakim untuk menjatuhkan hukuman supaya hukuman yang dijatuhkan menginsafkan pesalah dan masyarakat tidak mengulangi kesalahan yang sama. Faktor umur, keinsafan pesalah, kekerapan melakukan kesalahan, pendapatan pesalah dan faktor lain yang dikira bersesuaian juga perlu diambil kira oleh hakim sebelum menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Hukuman penjara pula terbahagi kepada dua, iaitu hukuman penjara bagi kesalahan yang sebenar dan hukuman penjara kerana gagal membayar denda yang dikenakan. Hukuman sebat rotan pula dikhususkan untuk kesalahan yang dianggap berat seperti kesalahan seksual yang melibatkan persetubuhan luar nikah atau zina, mukadimah zina atau perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan haram. Selain itu, hukuman sebat turut dikenakan terhadap perbuatan sumbang mahram, muncikari, meminum minuman yang memabukkan, dan sebagainya. Hukuman sebat ini dijalankan secara terperinci dalam undang-undang tatacara jenayah di setiap negeri. Semasa menjatuhkan hukuman, antara kuasa dan perintah sampingan yang boleh dilakukan oleh mahkamahtermasuklah kuasa untuk melepaskan tertuduh dengan syarat atau tanpa syarat. Pertimbangan ini boleh dibuat untuk manfaat tertuduh yang terdiri daripada pesalah muda atau pesalah kali pertama. Mahkamah juga boleh mengaward pampasan sekiranya mahkamah mendapati aduan, maklumat dan pertuduhan tersebut remeh dan menyusahkan tertuduh. Sejumlah

172 KANUN [JANUARI 2018] pampasan tidak melebihi RM1000 boleh diperintahkan dibayar kepada tertuduh oleh pengadu dan pemberi maklumat. Selain pemenjaraan, mahkamah boleh membuat perintah komital kepada tertuduh supaya ditemaptkan di rumah pemulihan. Walau bagaimanapun, rumah pemulihan itu mestilah rumah kebajikan atau pusat bimbingan Islam yang diluluskan oleh majlis selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan seperti yang difikirkan munasabah untuk manfaat pesalah. Rayuan dan muraajaah pula merupakan satu prosiding pascahukuman atau perbicaraan di mahkamah yang lebih tinggi daripada keputusan di mahkamah yang mengeluarkan perintah. Kedua-dua pihak sama ada pesalah mahupun pendakwa syarii mempunyai hak untuk merayu seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Undang-undang tatacara jenayah syariah menetapkan had masa merayu ialah selama 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan dan dikemukakan kepada pendaftar di mahkamah yang mengeluarkan keputusan tersebut. Proses rayuan mestilah dimulai dengan pemfailan notis rayuan dan sebarang lanjutan masa untuk penghantaran notis rayuan dibuat melalui mahkamah. KESIMPULAN Buku ini ternyata mengisi kelompangan rujukan tatacara jenayah syariah di Malaysia, apatah lagi ditulis dalam bahasa Melayu.Buku ini sangat relevan dirujuk oleh pelbagai pihak untuk memahami tatacara dan prosedur jenayah syariah di Malaysia kerana menggunakan rujukan yang berantoriti yang menggabungkan kitab fiqh klasik dan penulisan terkini daripada pelbagai sumber rujukan. Setiap prosedur dalam undang-undang tatacara jenayah syariah perlu diperhalusi dan diikuti satu per satu bagi mencapai keadilan menurut syariat Islam. Meskipun undang-undang tatacara jenayah syariah seolah-olah banyak membincangkan persoalan teknikal yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak, namun tatacara tersebut sangat penting untuk membantu mahkamah menegakkan keadilan kepada semua pihak.