Kumpulan Dekon: Saya dari Tanjung Penaga. Marzuki Ali. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2015, 287 halaman, ISBN

dokumen-dokumen yang mirip
Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Bahasa Malaysia (910)

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

Ulasan Buku/Book Review

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KESUSASTERAAN MELAYU

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Kesusasteraan Melayu (922)

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 922 Sukatan Pelajaran

SYARAT & PERATURAN HADIAH SASTERA SINGAPURA 2018

ULASAN BUKU PENGENALAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ASPEK SENI BAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

HADIAH KEWARTAWANAN MALAYSIA MPI-PETRONAS 2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PENDAHULUAN. adanya bahasa, barulah sesebuah komunikasi itu dapat berjalan dengan lancar.

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

Alunan Gurindam Nazam di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

CHIA CHONG YANG A143398

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TEKNOLOGI AUDIO & DIGITAL PENGGUNAAN AUDIO DALAM APLIKASI MULTIMEDIA

Bahasa Malaysia (910)

MODUL PERNIAGAAN KOMIK KETUHANAN PERTAMA NEGARA

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MATSUO BASHO. Penterjemah. Leyla Shuri. Darma Mohammad ITBM. Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SKP2101 BERSEMUKA1-27 OGOS Dr Zatul Himmah Adnan2016 1

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Penilaian Pengguna Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Modul

Model Pengurusan Strategik

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

Transkripsi:

94 Kumpulan Dekon: Saya dari Tanjung Penaga Marzuki Ali Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2015, 287 halaman, ISBN 978-983-49-0193-6 Tinjauan buku ini adalah tentang kumpulan dekon Saya dari Tanjung Penaga karya Marzuki Ali yang telah memenangi Kategori Drama Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015-2016. Tumpuan adalah kepada peragaan tentang bentuk skrip dekon itu sendiri yang bersifat relatif baharu dalam konteks penerbitan skrip drama pentas dan sebagai genre teater. Kumpulan ini memuatkan tujuh buah skrip drama pentas berbentuk dekon, setiap satu berjudul: Keranamu Azizah, Seri Panggung, Saya dari Tanjung Penaga, Apologia Sang Panitera, Ponen Si Bayan, Villa di Bukit Bendera Atawa Permata Bonda, dan Banglo No. 410. Kumpulan dekon setebal 287 halaman ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada tahun 2015 dengan harga RM30.00. Skrip berjudul Seri Panggung telah disiarkan dalam Dewan Sastera Bil. 5 2017 dan bersambung kepada keluaran berikutnya. Dalam catatan kaki di laman sesawang DBP (http://dwn.dbp.my/?p=369), skrip yang tersiar ini dipetik daripada Dewan Sastera Oktober 2011. Pada bahagian kulit belakang buku ini, dinyatakan bahawa dekon atau deklamasi lakon adalah genre persembahan teater yang dipelopori oleh Sasterawan Negara A. Samad Said. Manakala, skrip-skripnya pula berlatarkan masyarakat Pulau Pinang, dengan memberikan tumpuan kepada tokoh-tokoh yang berasal dari negeri itu, seperti P.Ramlee, Syed Syeikh al-hadi dan Noordin Hassan serta bidang seni persembahan termasuklah bangsawan dan boria. Pada bahagian Kata Pengantar oleh Nur Afifah Vanitha Abdullah, pembaca diperkenalkan dengan dekon serta penglibatan Marzuki Ali dalam perkembangan genre persembahan ini secara ringkas. Berdasarkan kategori genre yang dipersembahkan, subjek dan watak-watak yang mahu dihidupkan oleh penulis kumpulan dekon ini menyediakan bahan bacaan fiksyen yang sarat dengan pengetahuan tentang sejarah dan isu-isu khusus berkaitan dengan tokoh dan peristiwa yang diangkat. Pada kulit belakang, digunakan perkataan merakamkan yang dipercayai, ada maksud dan pembawaan yang khusus mahu dihantar oleh penulis tentang kisah dan tokoh yang diangkat di dalam kisah yang termuat dalam setiap satu skrip. Rakaman yang dibuat oleh penulis melalui dekon-dekon ini ialah mencatat dan mencorakkan semula peristiwa dan maklumat mahu pun fakta dan tokoh yang telah dipilih khusus dan berpusatkan perkembangan seni dan sastera di Pulau Pinang. Skrip dekon dalam kumpulan ini adalah karya yang ditulis berdasarkan fakta atau peristiwa yang pernah berlaku sekitar dunia seni dan sastera Malaysia. Beberapa skrip memasukkan fakta yang boleh dirujuk sama ada daripada sumber sejarah atau pun kesusasteraan, dan kemudian disokong oleh olahan atau refleksi mahu pun perspektif penulis terhadap hal yang diutarakan. Olahan atau penulisan semula peristiwa dan fakta yang dikemukakan dalam bentuk skrip telah menunjukkan tentang pengalaman mendalam dan luas penulis terhadap subjek atau tokoh yang dibincangkan. Pembaca yang mempunyai pengetahuan dalam bidang atau subjek yang menjadi sumber asas kepada dekon-dekon ini pasti dapat

95 menangkap atau menggaitkan nama tokoh, tempat mahu pun peristiwa yang diolah kembali oleh penulis dalam bentuk skrip drama pentas dengan teknik pengolahan yang segar. Antologi atau kumpulan skrip berbentuk dekon ini adalah pertama seumpamanya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah badan yang diamanahkan terhadap bahasa dan bahasa sastera kebangsaan di negara ini. Penampilan luarannya sederhana, lukisan pemandangan laut luas kebiru-biruan, langit berawan dan pulau. Tidak ada keterangan tentang pelukis grafiknya, sepatutnya tidak dikesampingkan. Sekali imbas, judul dan kulit luarnya membawakan imej sebuah novel atau kemungkinan besar karya dengan nostalgia. Dalam konteks penyelidikan sastera dan kesusasteraan, kehadiran kumpulan dekon ini agak lewat berbanding dengan kemunculan teater dalam bentuk dekon yang mula berkembang di Sabah, atau lebih tepat lagi, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu sejak pertengahan tahun 1990-an. Kumpulan dekon ini bakal menjadi rujukan mutakhir tentang konsep bentuk dekon itu sendiri serta sumber skrip, memandangkan terlalu kurang skrip-skrip dekon yang telah di pentaskan, diterbitkan semula untuk pembacaan umum. Suatu yang unik tentang kumpulan dekon ini ialah kandungannya yang menggabungkan bentuk penulisan skrip dan perenggan-perenggan novel, memberikan khalayak pembaca kefahaman terhadap sama ada tokoh, bentuk-bentuk seni persembahan tertentu, serta retrospektif terhadap sesuatu isu dan peristiwa yang diolah menjadi skrip persembahan pentas. Salah sebuah skrip berjudul Apologia Sang Panitera, mengangkat peristiwa dan watak yang berkaitan dengan novel terkenal, Diakah Salmah? karangan Mohammad Rashid Talu. Penulisan ini memberikan penjelasan atau perspektif baharu terhadap pengarang novel tersebut, atau suatu usaha lembut membalas kritikan yang pernah dilontarkan terhadap tokoh tersebut atau membetulkan keadaan dengan menjelaskan isu-isu tertentu kepada pembaca, khusunya tentang watak terkenal, Salmah. Sebuah lagi skrip dekon yang mengangkat tokoh sastera ialah Banglo No. 410 menampilkan Syed Syeikh Al-Hadi, pengarang novel Hikayat Faridah Hanum. Skrip dekon Keranamu Azizah menceritakan kembali tentang perjalanan seni legenda filem tanah air, Tan Sri P.Ramlee; Seri Panggung adalah tentang primadona dan pahit-manis hidup anak seni yang terlibat dengan bangsawan semasa di bawah jajahan tentera Jepun pada tahun 1940- an; Ponen Si Bayan memaparkan kisah hidup seorang tokoh seni, secara khususnya dalam bidang tarian; dan skrip ke enam dalam kumpulan dekon ini ialah Villa di Bukit Bendera Atawa Permata Bonda membawakan kedukaan seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan satu-satunya anak yang beliau ada. Skrip ini membawakan kisah hidup atau drama tentang segelintir masyarakat yang sukar untuk membuat pilihan antara kemewahan, kerjaya dan kasih sayang serta keluarga. Tidak dapat dikesan tokoh atau peristiwa khusus daripada skrip ini selain daripada judul dan latarnya yang mengangkat antara tempat pelancongan tertua di Malaysia iaitu Bukit Bendera. Sumber karya kepada kumpulan skrip dekon ini adalah dunia sastera, filem dan seni persembahan, suatu bidang yang menjadi latar belakang kepada penulisnya iaitu Marzuki Ali @Azam bin Awang. Marzuki Ali merupakan penyair dan aktivis teater yang dikenali baik di Malaysia mahu pun negara serantau. Beliau merupakan salah seorang penulis untuk bab dalam buku kecil Deklamasi Lakon (Dekon) Majlis Kebudayaan Universiti Awam Malaysia (MAKUM); Diskusi Mencari Arah & Wajah Dekon yang disunting oleh Andika Aziz Hussin, Ahli Majlis Kebudayaan Universiti Awam Malaysia (MAKUM) UMS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, yang diterbitkan sekurang-kurangnya dua tahun selepas

96 Bengkel Dekon MAKUM pada 17 Mac 2006 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Tulisan beliau dalam buku kecil tersebut berjudul Seni Pengarahan Dekon memberikan takfiran dan huraian lengkap tentang pengarahan dalam pementasan dekon. Buku ini bukan untuk edaran umum, untuk bacaan lanjut tentang dekon, masyarakat boleh merujuk buku Prosedur Pementasan Dekon MAKUM yang diselenggarakan oleh Andika Aziz Hussin terbitkan Institut Terjemahan dan Buku Nalaysia Berhad (ITBM) pada tahun 2013. Penulisan skrip-skrip dekon ini, oleh Marzuki Ali memberikan dua situasi, pertama sebagai salah seorang tokoh yang terlibat dalam pengukuhan dekon dalam drama dan teater di Malaysia, beliau mempunyai suatu kedudukan yang sesuai untuk memantapkan lagi dekon dengan menghasilkan skrip yang bertepatan dengan takrifan yang telah dipersetujui oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dekon. Penerbitan seperti ini merupakan usaha untuk memperkenalkan skrip berbentuk dekon kepada masyarakat, untuk dijadikan rujukan sama ada dalam bentuk kajian mahu pun dipentaskan. Kehadiran skrip-skrip ini yang dinamakan sebagai dekon akan memberikan ruang untuk perbincangan dan pemahaman tentang ciri-ciri khusus yang membentuk sesebuah dekon di antara bentuk-bentuk skrip drama pentas yang lain seperti monolog, monodrama, drama sejarah, drama realisme dan sebagainya. Situasi kedua adalah tentang usaha penulis untuk membawa kembali tokoh hebat sama ada yang masih hidup atau telah tiada dalam bidang masing-masing. Tokoh-tokoh tersebut dengan latar belakang, pemikiran dan persekitaran serta imej yang mereka tonjolkan melalui karya dan keperibadian masing-masing diolah kembali oleh penulis ke dalam bentuk baharu dan menemui khalayak pembaca dan (bakal) penonton yang baru. Khalayak drama dan teater akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh daripada bidang kesusasteraan dan perfileman selain pengetahuan yang lebih mendalam terhadap aspek seni pentas melalui skrip-skrip yang menumpukan perhatian kepada isu, dilema dan belakang tabir kerja-kerja pementasan. Penulis skrip dekon ini sentiasa memberikan latar belakang dan maklumat dalam konteks kisah yang dibina, jika tidak selengkapnya, cukup untuk membaca khalayak mengenali dan memahami persoalan dan pemikiran yang mahu dipersembahkan. Fakta dan maklumat ini sebenarnya mendorong pembaca untuk merujuk dan membuat pembacaan lanjut tentang sesuatu tokoh dan peristiwa yang disebut. Dorongan sebegini adalah sangat positif dalam konteks penghasilan sebuah teks kreatif. Walau pun tinjauan ini bukan berbentuk analisis secara ilmiah tetapi berdasarkan pembacaan terhadap skrip-skrip drama pentas yang termuat dalam kumpulan dekon Saya dari Tanjung Penaga ini, terdapat sekurang-kurangnya dua idealisme utama yang dapat dikesan iaitu teaterikalisme dan persejarahan baru. Dramatis lain yang kerap memasukkan salah satu atau kedua-dua idealisme ini ke dalam skrip mereka termasuklah Noordin Hassan, Zakaria Ariffin, Dinsman dan Anuar Nor Arai. Persepktif ini dibawakan dengan baik sesuai pengalaman penulis sendiri dalam bidang teater dan persembahan puisi. Kumpulan dekon ini bukan sahaja membawakan bentuk penulisan skrip drama pentas yang baru, tetapi lebih daripada itu ialah membawa sekali khalayak pembaca mahu pun penonton, apabila dipentaskan, beberapa aspek, kesusasteraan, pengalaman teater dan sejarah, atas maklumat dan fakta yang dimasukkan dan diolah menjadi sebahagian daripada skrip penceritaan. Usaha penulisan yang berbentuk retrospektif dan nostalgia khususnya yang melibatkan tokoh sebenar seperti yang dilakukan oleh penulis kumpulan dekon ini, adalah sesuatu yang wajar dipuji kerana pembaca akan mendapat maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan

97 tokoh tersebut secara tidak langsung. Penulisan sebegini juga menuntut cabaran untuk memastikan gambaran dan penceritaan yang dibina itu tidak akan mencetuskan pertikaian atas benar atau salah huraian yang diturunkan itu. Setiap pembaca bakal mendapat pengalaman yang berbeza daripada pembacaan skrip-skrip yang dirakamkan di sini berdasarkan pengalaman masing-masing dengan tokoh-tokoh yang dihidupkan melalui watak-watak dalam kumpulan dekon ini. Pengalaman beberapa kali menonton teater-teater karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan (Noordin Hassan), membaca skrip-skrip drama pentas yang dihasilkan oleh beliau serta meneliti juga ulasan, kritikan dan pandangan para sarjana dan pemerhati sastera dan seni budaya terhadap tokoh ini, menyebabkan secara tidak langsung dapat dikesan nuansanuansa Noordin Hassan dalam dekon Saya dari Tanjung Penaga (hal. 83-123.) Judul dekon ini sendiri mirip bunyinya dengan judul memoir Noordin Hassan, Saya, dari Hujung Kota yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1996. Seawal bahagian Senarai Watak, pembaca akan menemui watak-watak yang juga kerap muncul dalam drama-drama Noordin Hassan antaranya ialah watak LEMBAGA BERTOPENG Pelakon (Disentuh Bulan Pun- LEMBAGA), BADUT (PROFESOR), JIMA (JIWA MERDEKA) Penyair Buta, dan watak-watak wartawan. Walaupun watak-watak tersebut tidak sama seratus peratus tetapi pembaca yang mengenali karya Noordin Hassan akan dapat mengenali skrip daripada mana asal-usul watak dan perwatakan serta kisah yang berkaitan. Begitu juga dengan komponen puisi yang termuat, di mana ada antara lirik-lirik tersebut sangat kuat pautannya kepada puisi-puis yang termuat dalam beberapa nashkah drama Noordin Hassan. Keupayaan seperti ini menuntut pemerhatian, pemahaman dan penghayatan yang mendalam dan teliti terhadap tokoh yang dirakamkan hingga pembaca merasakan seperti sedang membaca suatu karya yang kemungkinan besar dihasilkan oleh Noordin Hassan sendiri. Hasrat buku ini adalah untuk memastikan genre dekon terus berkembang. Melalui penerbitan skrip yang lengkap seperti ini, penggiat dan khalayak teater boleh merujuk dan memahami bentuk dan ciri-ciri khusus dekon serta mempunyai pilihan bahan berbanding genre teater sedia ada untuk dibawa ke pentas. Suatu perkara yang perlu disebutkan di sini adalah, terdapat gangguan dalam membaca dan menghayati beberapa buah skrip yang ditulis menggunakan bahasa Melayu yang dibentuk mengikut latar belakang. Ia akhirnya melibatkan kemurnian bahasa itu sendiri daripada tatabahasa dan laras yang melentur mengikut keperluan skrip secara keterlaluan. Dialog-dialog tersebut khususnya daripada dekon Seri Panggung, Apologia Sang Panitera dan Banglo No. 410 masing-masing untuk watak JENERAL MIGAMI, BENG SENG dan TUAN SYEIKH AL-HADI ditulis dalam slanga Jepun, Cina dan Arab. Selain daripada itu, sehingga selesai membaca tujuh buah skrip yang ditampilkan dalam pendekatan pengucapan dialog yang panjang dan kerapkali juga meleret hingga mengurangkan tekanan ke arah klimaks dan konflik. Tiada resolusi terhadap masalah yang bukan permasalahan tetapi hanyalah suatu jawapan dan penerangan mahu pun penjelasan terhadap sesuatu isu dan persoalan. Rata-rata masih diperlukan banyak lagi skrip seumpama ini untuk diterbitkan jika teater berbentuk dekon mahumengukuhkan bentuk dan kehadirannya dalam kalangan genre teater sedia ada serta masyarakat yang melanggan teater sebagai sebahagian daripada budaya hidup mereka.

98 Fazilah Husin Program Minor Seni Persembahan Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor. fazilahh@upm.edu.my