KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 1 HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM 1.0 ASAS ANUGERAH ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM merupakan anugerah yang diberikan kepada staf pentadbiran yang mempamerkan keunggulan dalam prestasi kerja secara menyeluruh dan konsisten. Pentadbir terbilang juga boleh didefinisikan sebagai seorang yang dinamik dalam usaha dan penjanaan idea, penggerak transformasi serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan yang jitu serta berpotensi tinggi untuk diserlahkan ke peringkat yang lebih tinggi. 2.0 KRITERIA 2.1 Penilaian adalah berdasarkan kepada; 2.1.1 Staf yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun pada tarikh tutup pencalonan; 2.1.2 Staf yang menghasilkan penemuan/kaedah baru dalam pengurusan dan pentadbiran di Peringkat Jabatan / Universiti / Negeri / Kebangsaan / Antarabangsa ; 2.1.3 Penambahbaikan yang mempunyai impak yang tinggi terhadap pengurusan & pentadbiran; 2.1.4 Pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi; dan 2.1.5 Menjadi subject matter expert/ resource person kepada Jabatan / Universiti. 1
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 2 3.0 SYARAT SYARAT & PERATURAN 3.1 Terbuka kepada semua staf Pentadbiran lantikan tetap Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang telah disahkan dalam perkhidmatan merangkumi semua kumpulan perkhidmatan yang sedia ada di Universiti; 3.2 Memperolehi markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% dan ke atas bagi tempoh tiga tahun (bermula dari tahun 2015 hingga tahun 2017) ; 3.3 Ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pentadbir Universiti Awam masing-masing yang bernaung di bawah MASTI. 3.4 Mempunyai personaliti yang baik dan tidak terlibat dengan kes-kes tatatertib. 3.5 Pencalonan perlulah menggunakan borang yang telah disediakan dan hendaklah dikembalikan terus kepada Pengerusi/Presiden persatuan Universiti masing-masing. 3.6 Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan bersama dokumen berdasarkan senarai semak terlampir a. Curriculum Vitae (CV) dan bahan lain yang berkaitan b. Bahan bukti sumbangan dan pencapaian 3.7 Tarikh tutup pencalonan ialah pada 2 April 2018 (Isnin). 4.0 HADIAH 4.1 Sijil Penghargaan 4.2 Trofi 4.3 Wang Tunai Bernilai RM1,000.00 4.4 Diberikan kepada seorang penerima sahaja. 2
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 3 5.0 PROSEDUR PERMOHONAN DAN PEMILIHAN CALON 5.1 Kaedah permohonan adalah seperti berikut:- 5.1.1 Mencalonkan diri sendiri; atau 5.1.2 Dicalonkan oleh rakan sekerja ; atau 5.1.3 Dicalonkan oleh Ketua Jabatan 5.1.4 Semua pencalonan yang lengkap akan dikemukakan kepada Panel Penilai Anugerah Pentadbir Universiti Awam untuk tujuan pemilihan muktamad 5.1.5 Keputusan akhir yang telah dipersetujui oleh Panel Penilai Anugerah Pentadbir Universiti Awam akan dimaklumkan secara rasmi oleh Pendaftar kepada setiap calon yang terpilih melalui Ketua Jabatan calon. 6.0 PENUTUP Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada; Urusetia, Jawatankuasa Penilaian Anugerah Bahagian Pentadbiran Pendaftar, Aras 7, Jabatan Pendaftar, Canseleri, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. (u.p: Siti Salwa Md Padzil) Emel: ketua_bpp@um.edu.my Telefon: 03-79673254 Faks: 03-79673484 3
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 4 BORANG PENCALONAN ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM (Sila Gunakan Satu Borang Bagi Setiap Permohonan / Pencalonan) Gambar terkini berukuran passport 1. MAKLUMAT DIRI Nama Jawatan / Gred PTj Institusi Alamat Institusi : No. Telefon Emel Faks : : 2. MAKLUMAT PERKHIDMATAN Tempoh berkhidmat sebagai kakitangan Rekod perkhidmatan di Universiti Kelayakan akademik tertinggi : : : Kelayakan badan profesional (jika berkenaan) : 4
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 5 3. i) PENEMUAN / KAEDAH BAHARU DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DI PERINGKAT JABATAN / UNIVERSITI / NEGERI / KEBANGSAAN / ANTARABANGSA Bil. Perkara Peringkat ii) PENAMBAHBAIKAN YANG MEMPUNYAI IMPAK YANG TINGGI TERHADAP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DI PERINGKAT JABATAN / UNIVERSITI / NEGERI / KEBANGSAAN / ANTARABANGSA Bil. Perkara Peringkat 5
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 6 iii) SUMBANGAN MENERUSI KREATIVITI DAN INOVASI DI PERINGKAT JABATAN / UNIVERSITI / NEGERI / KEBANGSAAN / ANTARABANGSA Bil. Perkara Peringkat iv) SUBJECT MATTER EXPERT/ RESOURCE PERSON KEPADA DI PERINGKAT JABATAN / UNIVERSITI / NEGERI / KEBANGSAAN / ANTARABANGSA Bil. Perkara Peringkat *Sila gunakan lampiran sekiranya ruang tidak mencukupi 6
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 7 4. PENGAKUAN PEMOHON & PENGESAHAN KETUA JABATAN Bahagian A: Pengesahan Pemohon Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar. Saya memahami bahawa sekiranya ada antara maklumat atau dokumen sokongan yang disertakan didapati palsu, permohonan saya akan terbatal dengan sendirinya. --------------------------------------------- -------------------------------------- Tandatangan pemohon Tarikh: Tandatangan & Cop Rasmi Ketua Jabatan ------------------------------------------ ---------------------------------------- Tandatangan Ketua Jabatan Tarikh: Bahagian B: Pengesahan Pencalonan Oleh Pengerusi/Presiden Persatuan Saya mengesahkan staf ini merupakan ahli persatuan untuk dicalonkan bagi anugerah kategori di atas berasaskan pencapaian beliau yang cemerlang dan membanggakan dalam kategori tersebut. Cop Rasmi: --------------------------------------------- -------------------------------------- Tandatangan: Tarikh: 7
KONVENSYEN HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 8 5. UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA Nama penerima & cop: Tarikh _ 8