BAB 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam


"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kajian Ringkas Berkenaan Isu Kad Diskaun Berbayar

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 2 PERATURAN PEMARKAHAN

Kesetiaan kepada Syarikat

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

INTEGRITI MENURUT HADITH NABI : KAJIAN APLIKASINYA TERHADAP. KEUTUHAN PERIBADI KAKITANGAN PENTADBIRAN UiTM SHAH ALAM BORANG SOAL SELIDIK OLEH

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

PERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU

BAB 19: HUTANG, INSURANS, DAN SAHAM

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Kod pengendalian perniagaan

M24/7 Bahan doa untuk Ogos 2015

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

TATATERTIB DAN SURCAJ. (Gambar)

PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA 2006 DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) 28 FEBRUARI 2008

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

IMAN Siapa yang Anda Percaya

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

:

HALAL, HARAM & SYUBHAT

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

TEKS UCAPAN KETUA CAWANGAN SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN & SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA KE-44 PADA 4 MEI 2016 KPDNKK SG PETANI

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

SUMBER HUKUM ISLAM 1

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA)

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

En. Safaee bin Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat Bachok Kelantan

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Serial Akhlak Muslim : Amanah

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 Kertas 2 2 ½ Jam. Dua jam tiga puluh minit. Disediakan oleh; Tasawwur Islam Sesi 2015

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM PERATURAN PEMARKAHAN SOALAN BERFORMAT SET 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TASAWWUR ISLAM

EKONOMI ISLAM. 2. Konsep Penguasaan - Manusia bebas bergerak seluas2nya dlm garis panduan yg disediakan oleh Allah

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM CTU151 6/23/2013

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Transkripsi:

Muka Surat 58(Info-Ekstra) BAB 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH Gejala Rasuah Definisi Rasuah Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah untuk dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya, rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah. Di dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu, dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a. ia telah berkata: Rasulullah S.A.W. telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukummenghukum. Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. i

Muka Surat 58(Info-Ekstra) Sabda Rasulullah S.A.W.: Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka. Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, atau keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: Meminta/Menerima Rasuah Menawar/Memberi Rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahguna Jawatan/Kedudukan Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Pandangan Islam Terhadap Rasuah Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi yang bermaksud: Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka. ii

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah S.W.T. sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : Allah S.W.T. melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya. Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini. Punca Berlakunya Rasuah 1. Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya, dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya. 2. Kelemahan kepemimpinan dan pengurusan organisasi. Kepemimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas, dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. 3. Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan, dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok, atau diumpan tanpa disedari. 4. Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. iii

Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. 5. Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti, dan sebagainya. Kesan-kesan Rasuah Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, hal ini menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat, dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan Presiden Marcos dari tampuk kepemimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. iv

Langkah-langkah Mengatasi Rasuah 1. Memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri. Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. 2. Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan. Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. 3. Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. 4. Memudahkan urusan menggunakan ICT. Prosedur diproses yang panjang, sukar, dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga, dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor, dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses. v