BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

dokumen-dokumen yang mirip
BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 1: PENGENALAN. Malaysia. Pembelajaran bahasa asing ini telah berkembang dalam pembelajaran dari

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di IPT Selangor

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

PANDANGAN PENSYARAH MENGENAI PENGARUH KAEDAH PENGAJARAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PENGUASAAN KEMAHIRAN PENTERJEMAHAN PERKATAAN ARAB BERIMBUHAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA MOHD HARIS BIN SULAIMAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. beberapa cadangan bagi mengembangkan lagi kajian ini.

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB I PENGENALAN 1.0 Pendahuluan. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19 dengan terdirinya pengajian di pondok-pondok dan kemudian berkembang ke Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Perkembangan bahasa Arab semakin positif apabila pihak kerajaan memperkenalkan program J-Qaf (Pengajaran Jawi, al-qur an, bahasa Arab dan Fardu Ain) di peringkat sekolah rendah. Pada tahun 2000 pihak kerajaan juga telah diperkenalkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar. STAM diperkenalkan bagi menyelaras Sijil Tinggi Agama (STA/STU) seluruh negeri di Malaysia di bawah satu pensijilan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Kementrian Pelajaran Malaysia (LPKPM). Antara matlamat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga ialah untuk mendapatkan pengiktirafan bagi kemasukan pelajar aliran agama ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Timur Tengah khususnya Universiti Al-Azhar. Walaupun pengajian bahasa Arab telah lama bertapak di tanah air kita akan tetapi tahap penguasaan pelajar masih rendah. Penulis merasakan amat perlu dijalankan satu kajian dengan menumpukan kepada satu bab yang khusus dalam tatabahasa bahasa Arab bagi membolehkan sesuatu analisis dibuat dengan tepat kepada permasalahan yang timbul 1

tentang penguasaan pelajar terhadap imbuhan kata bahasa Arab dan juga tahap kefahaman pelajar terhadap perubahan makna dalam pengimbuhan kata bahasa Arab. 1.1 Penyataan Masalah. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan peperiksaan yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-azhar dan yang setaraf dengannya. Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia juga boleh melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga beberapa universiti tempatan yang lain. Memandangkan Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan tiket untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti maka inilah punca penulis ingin menjalankan kajian kepada para pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia. Konsep imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna yang terjadi dengan berlakunya pengimbuhan kata merupakan bab yang mesti difahami dan dikuasai oleh para pelajar, terutama para pelajar yang menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia yang akan melanjutkan pengajian ke universiti sama ada universiti dalam negeri atau universiti luar negeri di Timur Tengah. Berdasarkan pengalaman penulis beberapa permasalahan perlu dirungkaikan demi meningkatkan penguasaan pelajar dalam morfologi bahasa Arab dengan memfokuskan terhadap tajuk tertentu. Pengalaman penulis semasa mengajar dan memeriksa kertas ujian bahasa Arab memdapati bahawa para pelajar banyak melakukan kesilapan. Berdasarkan pengalaman-pengalaman tersebut, penulis mendapati bahawa pelajar tidak dapat menguasai dengan baik dalam bidang imbuhan kata bahasa Arab. Justeru itu 2

penulis ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang permasalahan pelajar. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan permasalahan ini berlaku dalam mencari jalan penyelesaian yang sesuai dan efektif demi meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Arab. Inilah penggerak utama kajian ini yang diharap dapat mendedahkan keadaan sebenar. Penulis telah mengenal pasti satu tajuk yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh para pelajar, iaitu tajuk imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna. Antara permasalahan yang ingin dirungkaikan dalam kajian ini ialah tahap penguasaan pelajar STAM terhadap imbuhan kata bahasa Arab dan juga tahap penguasaan terhadap makna dengan terjadinya pengimbuhan kata dalam bahasa Arab. Penulis juga berhasrat mencari punca permasalahan yang mengekang pelajar dalam menguasai imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna yang berlaku dalam kata bahasa Arab dengan terjadinya proses pengimbuhan. 1.2 Objektif Kajian. Dalam kajian yang dijalankan penulis telah mengariskan beberapa objektif kajian yang mesti dicapai setelah kajian disempurnakan, objektif tersebut ialah: 1. Mengkaji tahap penguasaan pelajar terhadap bentuk imbuhan kata bahasa Arab dan penguasaan terhadap perubahan makna disebabkan pengimbuhan dalam kata bahasa Arab. 2. Mengkaji faktor-faktor yang mengekang pelajar dalam menguasai imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan maknanya ketika proses pengimbuhan. 3. Mengenalpasti teknik dan cadangan untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap pengimbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna yang berlaku 3

dengan terjadinya pengimbuhan dalam kata bahasa Arab kepada pihak yang bertanggung jawab menggubal dasar dan kurikulum. 1.3 Soalan Kajian. Dalam kajian yang dijalankan, penulis telah menyatakan bahawa beberapa persoalan penting yang harus dijawab apabila selesai kajian ini dijalankan. Soalan-soalan tersebut ialah: 1. Apakah tahap penguasaan pelajar terhadap imbuhan kata bahasa Arab dan terhadap perubahan makna yang berlaku disebabkan pengimbuhan dalam kata bahasa Arab? 2. Apakah faktor-faktor yang mengekang pelajar dalam menguasai imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan maknanya ketika proses pengimbuhan? 3. Apakah cara yang sesuai dan efektif bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap pengimbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna? 4

1.4 Kepentingan Kajian. Kajian ini amat penting dijalankan untuk mendapat satu keputusan yang baik demi meningkatkan mutu bahasa Arab para pelajar dengan memfokuskan kepada permasalahan dalam menguasai imbuhan kata dan perubahan makna yang berlaku dengan terjadinya pengimbuhan dalam kata kerja. Antara kepentingan kajian ini ialah: 1. Kajian ini dapat menunjukkan tahap penguasaan pelajar terhadap imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna yang berlaku dengan terjadinya pengimbuhan dalam kata bahasa Arab. Kemudian para pelajar dapat mengenal pasti tahap penguasaan mereka secara langsung para pelajar boleh mempertingkatkan penguasaan mereka. Kaedah ini amat berguna kepada pelajar dalam memperbaiki penguasaan mereka dalam bahasa Arab. 2. Kajian ini amat berguna bagi para guru yang mengajar pelajaran bahasa Arab khususnya yang terlibat secara langsung mengajar tajuk imbuhan kata bahasa Arab. Kajian ini dapat membantu para guru dalam memudahkan pelajar menguasai tajuk tersebut dan para guru boleh membuat kaedah pengajaran yang berkesan. 3. Hasil kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada pihak kementerian pendidikan yang mengubal dasar di peringkat kementerian dalam meningkatkan penguasaan para pelajar dalam pelajaran morfologi bahasa Arab. 4. Para pencinta kajian ilmiah juga dapat mengambil faedah daripada hasil kajian ini dan boleh merancang untuk menjalankan kajian seterusnya demi menbantu para pelajar, guru dan juga pihak pengubal dasar pendidikan dalam pengajian bahasa Arab. 5

1.5 Batasan Kajian. Ruang lingkup kajian ini hanya bertumpu kepada imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna yang berlaku dalam perkataan tersebut. Dalam kajian ini penulis telah membuat beberapa batasan kajian seperti dalam pemilihan sampel kajian. Penulis telah memilih di kalangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sahaja kerana para pelajar ini lebih sesuai untuk dijadikan sampel dalam kajian ini kerana mereka telah melalui tempoh dan proses pembelajaran morfologi bahasa Arab yang munasabah untuk dijadikan sampel. Para pelajar STAM juga merupakan peringkat sijil tertinggi sebelum melanjutkan pengajian keperingkat universiti. Tambahan pula, para pelajar STAM merupakan para pelajar yang akan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir, maka tahap penguasaan mereka terhadap imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna mesti dikuasai dengan baik. Penulis juga membataskan sampel kajian ini di beberapa sekolah Agama di sekitar negeri Perak. Sekolah yang dijadikan sampel ialah: 1. SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah, Taiping, Perak. 2. Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh, Perak. 3. Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Perak. 4. SABK Maahad Al-Mizan, Manong, Kuala Kangsar, Perak. Penulis memilih sekolah-sekolah tersebut kerana di sekolah tersebut mempunyai bilangan pelajar yang ramai sedang mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Sekolah tersebut juga merupakan sekolah-sekolah yang berpengalaman menawarkan pengajian STAM demi memastikan kajian ini berkualiti dan bermutu. 6

Penulis mengambil 100 orang pelajar daripada empat sekolah tersebut untuk dijadikan persampelan. 1.6 Kajian Terdahulu. Kajian imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna merupakan kajian yang menarik dan penting untuk dijalankan kajian tambahan pula kajian yang dijalankan mengkaji tahap penguasaan pelajar demi memastikan para pelajar dapat menguasai dengan baik terhadap imbuhan kata bahasa Arab dan perubahan makna. Terdapat juga pengkaji yang menjalankan kajian berkaitan imbuhan dan makna. Penulis juga menjalankan penelitian kepada kajian-kajian terdahulu yang pernah dijalankan sebagai panduan dan kesinambungan terhadap kajian yang telah dijalankan. Antara pengkaji yang menjalankan berkaitan imbuhan dan makna dalam kata bahasa Arab ialah Azhari Muhamed Ali iaitu daripada Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau telah menyiapkan kajian beliau pada tahun 2000. Kajian beliau yang bertajuk: "Morfem-morfem dalam Kata Kerja Bahasa Arab: Ciri-ciri dan makna leksikalnya". Menurut beliau makna kata kerja bahasa Arab terlalu luas untuk dibincangkan dan dalam penulisan beliau hanya menyatakan yang kebiasaan digunakan sahaja oleh kebanyakan masyarakat dalam Bahasa Arab. Menurut beliau juga Al-Raḍiyy menyatakan bahawa: Ketahuilah bahawa makna-makna yang tersebut pada bab yang lalu adalah yang sering digunakan sahaja, bilangan sebenar bagi setiap wazan tersebut tidak dapat ditentukan. Kadang-kadang terdapat satu wazan imbuhan yang mana maknanya sangat banyak sehingga tidak dapat dikaedahkan dengan sistematik. (Azhari Muhamed Ali, 2000:150). 7

Walau bagaimanapun beliau hanya mengkaji terhadap imbuhan kata kerja bahasa Arab sahaja tanpa menyentuh terhadap imbuhan kata nama bahasa Arab. Beliau juga tidak menjalankan kajian terhadap penguasaan pelajar terhadap imbuhan kata kerja bahasa Arab dan perubahan makna. Terdapat juga kajian yang berkaitan dengan ishtiqqa:t bahasa Arab yang telah dijalankan oleh Salamiah binti Ab. Ghani daripada Universiti Kebangsaan Malaysian. Kajian yang beliau jalankan adalah kajian perbandingan antara al-asma: al-mushtaqqa:t dalam bahasa Arab dan kata nama terbitan dalam bahasa Melayu. Kajian tersebut telah siap sempurna pada tahun 2003. Dalam kajian tersebut, beliau lebih memfokuskan kepada perbezaan dari sudut jenis, pola, fungsi dan makna al-mushtaqqat dalam keduadua bahasa tersebut. Kajian tersebut juga turut mengkaji persamaan konsep al-asma: almushtaqqa:t dalam bahasa Arab dan kata nama terbitan dalam bahasa Melayu. Dalam kajian beliau contoh-contoh al-asma: al-mushtaqqa:t diambil daripada ayat-ayat al- Quran, syair Arab dan sumber-sumber lain. Metode kajian yang beliau gunakan dalam kajian tersebut ialah metode kajian perpustakaan. Dapatan kajian tersebut mendapati bahawa terdapat banyak perbezaan antara bahasa Arab dan bahasa Melayu dalam konsep al-asma: al-mushtaqqa:t dan kata nama terbitan khususnya dalam pembahagian mushtaqqat, pola kata, dan fungsinya. Kajian tersebut merupakan kajian yang amat berguna untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Kajian konstrastif amat berguna untuk mencari persamaan dan perbezaan untuk memudah penutur asal sesuatu bahasa mempelajari bahasa sasaran tersebut. Walaupun tidak dinafikan bahawa bahasa Arab dan bahasa Melayu terdapat banyak perbezaan kerana kedua bahasa tersebut bukan daripada bahasa serumpun. 8

Terdapat juga pengkaji yang menjalankan kajian berkaitan kata kerja dalam kata bahasa Arab ialah Hashim bin Mat Zin daripada Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tajuk kajian beliau ialah: Penguasaan kata kerja bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah menengah. Beliau telah menyiapkan kajian beliau pada tahun 2009. Beliau menjalankan kajian terhadap kata kerja bahasa Arab dan menyentuh lima bahagian penting dalam perbahasa kata kerja, iaitu: a. Pembahagian kata kerja berdasarkan masa dan bilangan. b. Pembahagian kata kerja berdasarkan imbuhan dan makna. c. Pembahagian kata kerja berdasarkan penggunaan huruf illaṯ. d. Pembahagian kata kerja berdasarkan objek. e. Pembahagian kata kerja berdasarkan ja:mid dan mutasarrif. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, beliau mendapati bahawa kebanyakan kesilapan yang dilakukan oleh responden ialah dalam bentuk membezakan antara pola kata kata kerja, perubahan makna yang terjadi dengan berlaku penambahan huruf dalam kata kerja dan terdapat juga kesilapan yang dilakukan responden dalam perubahan kata kerja dari sudut bilangan dan gender. Kajian beliau terhadap kata kerja dengan membincangkan lima perkara dalam perbahasan kata kerja adalah sangat besar dan luas. Perbincangan dengan tajuk yang besar dibimbangi tidak dapat memfokuskan dengan baik dan terperinci. Dalam kajian yang penulis jalankan akan menumpukan kepada imbuhan kata bahasa Arab dengan meliputi perbincangan imbuhan kata kerja dan makna dan juga perbahasa 9

imbuhan kata nama. Kajian tersebut menumpukan terhadap imbuhan dan makna dengan menggabungkan imbuhan kata kerja dan imbuhan kata nama. 1.7 Rangka Kajian. BAB I Bab pertama penulis akan membincangkan mengenai pengenalan kajian yang dijalankan. Dalam bab ini penulis akan membincangkan beberapa perkara berkaitan tentang pengenalan kajian, iaitu: pendahuluan, penyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, kajian terdahulu, rangka kajian dan kesimpulan mengenai pengenalan kajian. BAB II Dalam bab kedua penulis akan membincangkan mengenai kajian berkaitan. Penulis akan membincangkan berkaitan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), silibus pengajian morfologi bahasa Arab dan penulis juga melaporkan mengenai latar belakang populasi kajian iaitu empat sekolah agama di negeri Perak. BAB III Dalam bab ketiga penulis akan membincangkan berkaitan landasan teori kajian. Penulis akan membincangkan mengenai konsep imbuhan kata dalam bahasa Arab, imbuhan kata nama bahasa Arab dan juga imbuhan kata kerja bahasa Arab. 10

BAB IV Dalam bab keempat penulis akan membincangkan mengenai metodologi kajian. Penulis akan membincangkan berkaitan metodologi kajian yang digunakan dalam menjalankan dan menyiapkan kajian. Bahagian ini penulis akan menjelaskan mengenai populasi dan pensampelan, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan juga teknik penganalisis data. BAB V Bab kelima penulis melaporkan tentang laporan kajian berdasarkan data yang telah dianalisis. Laporan tersebut meliputi laporan terhadap latar belakang responden dan keadaan pengajaran dan pembelajaran pelajaran morfologi bahasa Arab. Penulis akan membuat laporan kajian terhadap penguasaan pelajar terhadap imbuhan kata nama dan perubahan makna dan juga laporan terhadap penguasaan pelajar terhadap imbuhan kata kerja dan perubahan makna. BAB VI Dalam bab keenam penulis akan menbincangkan mengenai rumusan, cadangan dan kesimpulan. 11

1.8 Kesimpulan. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada penulis khususnya dalam meneroka khazanah ilmu pengetahuan tentang ilmu bahasa Arab yang amat luas dan agung khususnya ilmu morfologi bahasa Arab. Penulis juga amat berharap semoga hasil kajian ini mampu memberikan sumbangan yang besar kepada para penuntut ilmu bahasa Arab dalam menguasai ilmu-ilmu Islam yang amat luas dan juga para guru yang mengajar tatabahasa bahasa Arab dapat faedah daripada hasil kajian ini. Penulis juga berharap semoga kajian ini bermutu tinggi dan natijah daripada kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak kementerian dalam mengubal pengajaran morfologi bahasa Arab. Penulis juga berharap semoga kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti yang telah dirancang dan dipermudahkan segala urusan. Penulis juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak yang menjayakan kajian ini terutamanya penyelia yang telah banyak mencurahkan ilmu yang sangat berfaedah dan amat tinggi nilainya. Penghargaan ucapan terima kasih penulis ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang banyak membantu menyelesaikan kajian ini. Budi baik kalian semoga mendapat balasan yang berganda daripada Allah SWT. 12