BAHASA MELAYU MODEN - SUMBANGAN TOKOH & PERTUBUHAN

dokumen-dokumen yang mirip
01 Yang manakah penyataan yang benar tentang perancangan korpus bahasa Melayu?

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN (Soalan Sebenar STPM: )

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

Biodata. Dahlia Janan PhD

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

Sebelum dan Selepas Merdeka

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

Ulasan Buku/Book Review

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: MAJLIS PERASMIAN PROJEK MUTIARA NEGERI SEMBILAN 2011 PADA: 17 NOVEMBER 2011 TEMPAT:

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Dengan Kerjasama: KURSUS BAHASA MELAYU BERAKREDITASI SEKTOR PERKHIDMATAN KEWANGAN. Tingkatkan Prestasi Kerjaya dengan Menguasai Bahasa Melayu

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 922 Sukatan Pelajaran

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Sistem Ahli. Pembentukan Parti Perikatan. Pilihan raya Negeri

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

PEMBAKUAN SEBUTAN. Pengenalan

Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan

Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

PERKAMUSAN DEFINISI MINGGU 9

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

KURSUS BAHASA MELAYU BERAKREDITASI SEKTOR PERKHIDMATAN KEWANGAN

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

ISHAK SAAT MOHD AZHAR BAHARI

1.3 STATUS & FUNGSI BAHASA MELAYU

Antara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagaimana yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995)

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Bil 07/2010 Edisi JULAI

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Siri Ceramah ARIF BUDIMAN. Prof Dr Mahsun Prof Dr Arndt Graf Datuk Al azhar Prof Dr tatiana Denisova

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29

Isi BAHAGIAN I LATAR BELAKANG DAN PERIBADI 1 BAHAGIAN II PENTADBIRAN BRITISH DAN PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR 75

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Nama : Tingkatan : Sekolah : HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUANKULA LUMUR BAB 1 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BELASUNGKAWA. Pendeta Dr. Muhammad Ariff Ahmad. Hadijah Rahmat

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2015 PEMINDAHAN TERBITAN RASMI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

BAB 8 KEBANGKITAN RAKYAT TEMPATAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

BAB 8: KEBANGKITAN SEMANGAT KEBAGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PEMBENTANGAN KERTAS YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

DASAR PENERBITAN JURNAL

2. Mata-mata pelajaran teras dan tambahan bagi peringkat Sekolah Menengah Atas dalam rancangan KBSM adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini :

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION. Tujuan Penubuhan UMNO. Perjuangan tokoh UMNO

BAB 1 PENGENALAN. pembentukan kata dalam akhbar harian bahasa Tamil. Seterusnya, pernyataan masalah,

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Bab 6: Kurikulum di Malaysia. Hasil Pembelajaran

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Transkripsi:

BAHASA MELAYU MODEN - SUMBANGAN TOKOH & PERTUBUHAN USAHA meninggikan martabat bahasa Melayu dijalankan oleh beberapa individu dan pertubuhan tertentu. Hal ini dibantu oleh perkembangan kesusasteraan Melayu yang sangat menyerlah, diterajui oleh cerdik pandai lulusan sekolah Melayu dan Arab. Sumbangan Tokoh (a) Zainal Abidin bin Ahmad (16.9.1895 hingga 23.10.1973) Zainal Abidin bin Ahmad (Za ba) dilahirkan di Seremban. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (bidang bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London (1953). Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di English College, Johor Bahru. Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies di London, dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Singapura. Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek (1924), dan penasihat Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) semenjak penubuhannya sehinggalah 1942. Beliau menghasilkan beberbapa buah buku tentang peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya. (i) Ilmu Mengarang Melayu (1934) Buku ini mengandungi 16 bab, memuatkan hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, dan loghat daerah. Buku yang diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi sehingga 1956 ini pertama kali dicetak dalam tulisan Rumi pada tahun 1962. (ii) Pelita Bahasa Melayu I (1940) Buku ini membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi. (iii) Pelita Bahasa Melayu II (1940) Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat rendah. (iv) Pelita Bahasa Melayu III (1940) Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi. (v) Daftar Ejaan Melayu (1941) Buku ini memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi, serta peraturan ejaannya. Beliau juga pernah ingin menerbitkan Kamus Bahasa Melayu tetapi digagalkan oleh O.T. Dussek. Za ba diberi gelaran Pendeta dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru (1956), gelaran Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Jun 1973). Malah beliau 1

dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Datuk dan kemudiannya Tan Sri oleh Yang di-pertuan Agong (1962). (b) Mohd Asraf bin Hj. Abd. Wahab (11.6.1927 hingga 6.11.1999) Mohd Asraf bin Hj. Abd. Wahab (Asraf) dilahirkan di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor. Pendidikan diperolehnya di sekolah Melayu di kampungnya (hingga 1937), High School Klang, Batu Road School, Kuala Lumpur, dan Victoria Institution (hingga 1949). Beliau pernah menjadi pemberita dan anggota Sidang Pengarang di Utusan Melayu, Singapura (hingga 1957), kemudian menjadi pengarang, ketua pengarang, dan pengurus di Oxford University Press. Beliau pernah bertugas sebagai perunding, pengurus redaksi, dan pengarah eksekutif firma McGraw Hill Far Eastern Publisher (1973-1977), dan kemudiannya menubuhkan syarikat penerbitan sendiri, Analekta Sdn. Bhd. (1977). Asraf mengetuai Asas 50 (1953) dengan konsep Seni untuk Masyarakat. Beliau pernah menjadi Setiausaha Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III (1956) dan panitia Lembaga Bahasa Melayu Singapura. Beliau dianggap sebagai perintis kerjasama bahasa Melayu serantau kerana mengusulkan sistem ejaan bersama Malaysia-Indonesia dalam Kongres itu. Beliau juga mengajarkan tatabahasa dan gaya bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Kolej Tunku Abdul Rahman. Pada awalnya beliau menumpukan perhatian kepada penulisan karya sastera yang bercorak kreatif, rencana dan kritikan. Pada awal 1970-an, barulah beliau mengkhusus dalam bidang bahasa. Beliau menghasilkan buku tatabahasa Melayu, antaranya Mari Kita Belajar Bahasa Buku 1, Kamus Progresif (Inggeris-Melayu), dan Bahasa Malaysia Baku KBSM. Huraiannya tentang empat pola ayat inti telah diterima dan dilaksanakan dalam sukatan pelajaran KBSR dan KBSM. Beliau turut terlibat dengan pembentukan sebutan baku bahasa Melayu (1980-an), menjadi pakar runding di Dewan Bahasa dan Pustaka, terlibat dengan projek Kamus Pelajar dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Sastera Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (1983), dan Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Sepanjang Masa oleh Persatuan Linguistik Malaysia (1997). Sumbangan Pertubuhan (a) Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888-1941) Pakatan ditubuhkan di Johor Bahru yang diasaskan oleh Abdul Rahman Andak. Badan ini merupakan badan bahasa dan sastera yang terawal di negara ini. Pada 7 April 1934, pakatan ini dikenali dengan nama Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-Buku Diraja, dengan tunjangan tahunan daripada Sultan Ibrahim. Tujuan penubuhannya untuk mengkaji dan menerbitkan buku-buku bahasa, sejarah dan kebudayaan, serta menggalakkan orang Melayu menerbitkan karya untuk memperkaya perbendaharaan sastera Melayu. Pakatan ini berjaya menerbitkan majalah Peredar, serta menerbitkan buku-buku, antaranya Jalan Basa Melayu (1937), Buku Katan (1936-1937), Perihal Tanah Jawa (1939), dan Peribahasa (1930). Selain itu, Pakatan turut mencipta istilah terjemahan, antaranya setiausaha (secretary), pejabat (office) dan kerja raya (public works) yang digunakan hingga sekarang. 2

(b) Pejabat Karang-Mengarang (1924) Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (1922), hasil cadangan O.T. Dussek (Pengetua MPSI) dan Zainal Abidin Ahmad (Za ba), dengan pembiayaan oleh Negeri-negeri Selat dan Negerinegeri Melayu Bersekutu. Pejabat beroperasi sehingga 1957 sahaja apabila peranannya diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Badan ini lebih banyak menumpukan perhatian kepada penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan kegiatan menterjemah buku, di samping penerbitan buku-buku umum. Sehingga 1941, Pejabat menerbitkan 85 judul buku teks sekolah. Sehingga 1957, Pejabat berjaya menerbitkan 64 judul buku terjemahan untuk perpustakaan sekolah dan bacaan umum, antaranya Cerita-cerita Sherlock Holmes, Sang Lomeri, Aladin dengan Lampu Ajaib, dan Cerita-cerita dari Istana Alhamra. Penterjemahan dilakukan oleh Abdul Kudus Muhammad, Abdul Rahman Yusof, Yazid Ahmad dan Ahmad Murad Nasaruddin. Buku-buku bahasa yang diterbitkan ialah hasil tulisan Za ba (lihat sumbangan Za ba di atas). (c) Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) (15 April 1934) Penubuhannya lebih kurang semasa dengan penubuhan semula Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa. Paspam berkembang di seluruh Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei. Jumlah ahlinya mencecah 12,000 orang. Za ba menjadi penasihat badan ini dari awal sehingga terhenti pada sebaik sahaja pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942). Tujuan penubuhannya untuk menggalakkan karang-mengarang dan baca-membaca dalam bahasa Melayu, meluaskan pengetahuan sejarah, adat resam dan bahasa Melayu, dan mahu menubuhkan perpustakaan untuk kegunaan ahli-ahlinya. Paspam telah mewujudkan Lembaga Bahasa (1938) yang berpusat di Batu Pahat yang diketuai oleh Bahanan bin Yusuf. Lembaga ini merangka lapan tugas: menerbitkan buku-buku adat Melayu menerbitkan sejarah negeri-negeri Melayu menerbitkan kamus membeli karangan-karangan menerbitkan almanak menyatukan satu sistem ejaan yang tetap untuk ahli-ahli mencipta istilah bahasa Melayu berdasarkan perkataan Inggeris. Walaupun begitu, Paspam hanya berhasil menerbitkan majalah bulanan, Pemberita Pejabat Paspam (1938), dan dua buah almanak, Taman Paspam (1940 dan 1941). Paspam bukan sahaja bergerak untuk kepentingan bahasa dan kebudayaan, tetapi kemudiannya turut terlibat dengan tujuan politik. Sahabat Pena (1949) tajaan Jaafar bin Haji Muhammad (Jimmy Asmara) kemudiannya menggantikan Paspam. 3

(d) Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan didaftarkan pada tahun 1951. Antara pengasasnya ialah Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaludin Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera. Tujuan penubuhannya untuk memperjuangkan dan mempertinggi bahasa. kebudayaan dan kesusasteraan Melayu. Ahli-ahli mempelajari dan menulis karangan-karangan sastera, pengetahuan dan peradaban, mengadakan syarahan dan perdebatan tentang sastera dan bahasa. Karangan ahli-ahli diberikan bayaran yang sepatutnya dan dilindungi dari segi undang-undang. Pertubuhan ini berjuang dalam bidang kesusasteraan dengan konsep Seni untuk Masyarakat. ASAS 50 menggubah dan membaharui perkataan-perkataan untuk memperkaya bahasa, dan turut menjayakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) I (Singapura: 12.4.1952), KBPM II (Seremban: 28.12.1953 hingga 2.1.1954) dan KBPM III (Universiti Malaya, Singapura: 16 hingga 21.12.1958). Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam KBPM II, membentangkan kertas kerja tentang ejaan dalam KBPM III, dan mencadangkan sebuah badan bahasa seperti Balai Pustaka di Indonesia, yang kemudiannya mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka di Johor Bahru (1956). (e) Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kerajaan. Taraf itu ditukarkan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959). Dengan itu, DBP mendapat autonomi untuk menggubal dasar-dasar yang khusus, serta menyusun pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan sendiri. Badan ini terletak di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat DBP mengikut Akta DBP 1959 adalah untuk: memperkembangkan dan memperkaya bahasa kebangsaan memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain menstandardisasikan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah teknik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Perancangan dan pelaksanaan fungsi bahasa di DBP terletak di bawah Jabatan Bahasa. DBP menjalankan penyelidikan ilmiah dari segi linguistik dan sosiolinguistik yang dijadikan input dalam pembakuan dan pemantapan korpus bahasa, iaitu dari aspek sebutan, ejaan, istilah, tatabahasa, laras bahasa dan gaya bahasa. Bagi aspek tatabahasa, misalnya, DBP menetapkan Tatabahasa Dewan sebagai buku pegangan. Bahagian Peristilhan bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu. Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai jawatankuasa istilah. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (mulai 1975). Mereka menggunakan Pedoman Pembentukan Istilah (1975) hasil kerjasama dengan Indonesia sebagai panduan membina istilah. Bank Istilah juga telah diwujudkan. Istilah-istilah yang dibina didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan disebarkan dari semasa ke semasa. Pada tahun 1991, telah dicipta hampir 400,000 patah istilah yang mencakupi lebih 300 bidang ilmu. 4

DBP juga bertanggungjawab menyusun dan menerbitkan pelbagai jenis kamus. Kamus-kamus yang diterbitkan terdiri daripada kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan; kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan; kamus umum pelbagai bahasa seperti Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina; kamus istilah dalam pelbagai bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi, contohnya Kamus Istilah Sains Am (1988); kamus khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan, peribahasa, dan lain-lain lagi.; glosari seperti Glosari Istilah Sains Nuklear (1993), dan tesaurus yang meliputi tesaurus umum, tesaurus konsep, dan tesaurus bidang khusus. Sebagai badan pelaksana bahasa, DBP bertanggungjawab melaksanakan usaha meningkatkan penguasaan, penggunaan dan pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pendidikan, dan bahasa budaya tinggi kepada semua sektor pengguna bahasa Melayu. Tugas dijalankan dengan mengadakan pelbagai kegiatan penggalakan, pengawasan, khidmat nasihat serta penyebaran maklumat bahasa baku melalui pelbagai media. Antaranya, telah dilaksanakan Gerakan Cintailah Bahasa Kita untuk sektor pendidikan, awam, swasta dan masyarakat umum di peringkat pusat dan negeri. Kesimpulannya, DBP sebuah badan yang dipertanggungjawabkan sebagai pengemudi dalam proses perancangan bahasa Melayu. Proses yang dijalankan ialah pengekodan, pemupukan, dan penilaian. 5