KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

dokumen-dokumen yang mirip
1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KAPS-17 Kod Amalan Progam Pengajian Terbuka dan Jarak Jauh Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

POLISI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PASCA SISWAZAH SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

KAPS-14 Kod Amalan Anugerah Akademik Pengajian Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS-15 Kod Amalan Pengajian Doktoral Profesional SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

KAPS-13 Kod Amalan Program Luar (Pesisir/Khas) SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN SEMAKAN KURIKULUM

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

POLISI PENERBITAN BAB DALAM BUKU (BOOK CHAPTERS) UTM

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan. Kekerapan Keahlian Terma Rujukan (TOR)

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

KAPS-06 Kod Amalan Pentaksiran Pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

KAPS-01 Kod Amalan Jaminan Kualiti Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

SO, KPI/PI DAN SASARAN CAP e-pembelajaran BAGI TAHUN 2013

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DASAR e-pembelajaran NEGARA (DePAN)

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

- Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik Prasiswazah) Buku Panduan Pengajian Prasiswazah - Skema Program Pengajian

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Program Doktor Pendidikan Tinggi

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PROSEDUR PENGURUSAN JADUAL WAKTU KULIAH DAN AMALI

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PANDUAN PEMBANGUNAN PUTRAMOOC

Sekolah Pengajian Siswazah UTM Johor Bahru Johor Darul Ta zim

PETUNJUK PRESTASI 2017

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERTUKARAN PENDAFTARAN DARIPADA SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH OKTOBER 2004

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

AGENDA 5: PRESTASI PROSES, KEAKURAN DAN KEBERKESANAN SPK 5.3 Pencapaian Objektif Kualiti SPK LAPORAN WAKIL PENGURUSAN

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

PENAWARAN PROGRAM BACELOR SAINS PERTANIAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERKHIDMATAN UTAMA PENGAJIAN SISWAZAH

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AGENDA 5.5 (b): AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) TAHUN 2018 LAPORAN KETUA JURUAUDIT DALAMAN

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

Modul Pencapaian Pembelajaran Teradun (BL)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PENGAJIAN SISWAZAH

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN BARU DAN KURSUS BARU SERTA SEMAKAN PROGRAM PENGAJIAN DAN SEMAKAN KURSUS

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

MK.UiTM.FKM MANUAL KUALITI

DASAR PENERBITAN JURNAL

Transkripsi:

Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Cetakan Pertama 2009 (KAPS 01 KAPS 08) Pindaan Pertama 2012 (KAPS 09 KAPS 14) Pindaan Kedua 2012 (Semakan Pertama) Pindaan Ketiga 2018 (KAPS 01 KAPS 14) Sekolah Pengajian Siswazah, 1992 Kod Amalan Pengajian Siswazah (KAPS 01-14) Diluluskan Jawatankuasa Eksekutif Sekolah Pengajian Siswazah (4 Julai 2012) Diluluskan Mesyuarat JKTS Dasar dan Entiti Akademik (7 Mac 2018) Sekolah Pengajian Siswazah 81310 UTM Johor Bahru Johor Darul Ta zim

Visi UTM Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia. Visi SPS UTM akan menjadi sebuah universiti yang berasaskan kepada Pengajian Pasca siswazah dan sebuah pusat rujukan pendidikan siswazah Misi UTM Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah negara. Misi SPS Mewujudkan sebuah pusat pendidikan siswazah yang mempunyai ekosistem pembelajaran yang menawarkan program-program berkualiti dan memperkayakan pengalaman pelajar untuk berhadapan dengan dunia yang mencabar.

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 SKOP 1 3.0 DEFINISI 1 4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 2 5.0 PROSES DAN PELAKSANAAN 5 6.0 DOKUMEN LAIN YANG BERKAITAN 9 SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2

1.0 PENGENALAN 1.1 Universiti adalah komited dalam menyediakan kaedah pembelajaran yang luwes yang mengambilkira kepelbagaian dalam mod pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia. 1.2 Kod amalan ini disediakan bagi menggalakkan pembangunan dan juga penggunaan e-pembelajaran sebagai satu kaedah dalam proses P&P di universiti ini. 1.3 Kod amalan ini juga bertindak sebagai panduan bagi memastikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan e-pembelajaran yang berkesan. 1.4 Kod amalan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sejajar dengan keperluan semasa dan kemajuan teknologi. 2.0 SKOP Kod amalan ini secara umumnya merangkumi semua aspek yang melibatkan pelaksanaan e-pembelajaran di universiti ini. Ianya terpakai untuk semua pengajian perdana sepenuh masa dan separuh masa program Sarjana dan program Kedoktororan. 3.0 DEFINISI 3.1 e-pembelajaran e-pembelajaran (e-learning) ialah penggunaan web dan lain-lain teknologi internet untuk meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran. SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1

3.2 Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System, LMS) Sistem Pengurusan Pembelajaran ialah suatu sistem yang membolehkan maklumat kursus, nota kuliah, kemudahan komunikasi dan lain-lain aktiviti pembelajaran diakses melalui rangkaian komputer universiti. 3.3 Massive Open Online Courses (MOOC) MOOC ialah kursus dalam talian yang menyediakan cara yang berpatutan dan fleksibel untuk mempelajari kemahiran baru, memajukan kerjaya diri dan menyampaikan pengalaman pendidikan berkualiti secara berskala. 4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Berikut disenaraikan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh setiap pihak yang terlibat dalam penggunaan dan perkembangan e- pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia. 4.1 Senat Universiti Pihak pengurusan universiti menerusi Senat bertanggungjawab menetapkan hala tuju dan polisi universiti khususnya yang berkaitan dengan penggunaan e-pembelajaran dalam proses P&P. 4.2 Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) 4.2.1 Menyediakan program latihan dan sokongan untuk pensyarah. 4.2.2 Menyediakan kemudahan dan sokongan kepada pensyarah dalam merekabentuk dan membangunkan bahan P&P multimedia. 4.2.3 Menyediakan manual, panduan penggunaan, garis panduan, tutorial dan sebagainya untuk kegunaan pensyarah. SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2

4.2.4 Memantau pelaksanaan dan perkembangan penggunaan e- pembelajaran di kalangan pensyarah dan mahasiswa dan melaporkannya kepada pihak universiti secara berkala. 4.2.5 Menyediakan indeks aktiviti yang menjadi penunjuk aras kepada aktiviti e-pembelajaran. 4.2.6 Menjalankan kajian keberkesanan program e-pembelajaran dan mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan. 4.2.7 Menyediakan kandungan bagi MOOC UTM selain mendapatkan kerjasama daripada fakulti dalam penyediaan kandungan tersebut. 4.3 Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat ICT) 4.3.1 Menyediakan program latihan dan sokongan untuk mahasiswa. 4.3.2 Menyediakan kemudahan komputer, perisian dan talian internet untuk kegunaan mahasiswa mencapai sistem e- pembelajaran universiti. 4.3.3 Mengurus, membangun dan memastikan infrastruktur teknologi, seperti komputer pelayan, perisian sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang digunakan, berfungsi dengan baik. 4.3.4 Mencari, mengkaji dan membangunkan teknologi-teknologi baru dan bersesuaian dengan keperluan P&P berasaskan penggunaan teknologi di universiti bersama pihak CTL. 4.3.5 Menjamin keselamatan data utama dalam sistem e- pembelajaran dan melakukan backup supaya data e- pembelajaran disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun (atau empat semester) bagi tujuan rujukan. 4.3.6 Memastikan Infrastruktur ICT yang disediakan dimasukkan dalam Pelan Pengurusan Risiko Bencana Alam agar individu yang menguruskan mengambil maklum berkaitan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sesuatu bencana. SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 3

4.4 Dekan Fakulti 4.4.1 Menyediakan sokongan dari segi kemudahan komputer yang dilengkapi dengan rangkaian komunikasi termasuk capaian kepada internet bagi kegunaan staf akademik dan juga mahasiswa. 4.4.2 Melengkapkan bilik-bilik kuliah dengan kemudahan berasaskan teknologi yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. 4.4.3 Menyediakan sokongan dan motivasi yang bersesuaian kepada staf akademik dalam penggunaan e-pembelajaran atau pembangunan bahan P&P digital. 4.4.4 Membentuk jawatankuasa penyelarasan e-pembelajaran di peringkat fakulti yang diketuai oleh Dekan bagi memantau pelaksanaan e-pembelajaran di fakulti. 4.4.5 Mengambil tindakan penambahbaikan susulan berdasarkan laporan pemantauan. 4.5 Staf Akademik 4.5.1 Menyediakan nota atau bahan P&P yang bersesuaian dengan silabus kursus dan memasukkan ke dalam sistem e- pembelajaran untuk rujukan mahasiswa. 4.5.2 Bekerjasama dengan pihak CTL sebagai pakar rujuk atau pakar isi kandungan bagi tujuan mereka bentuk dan membangunkan bahan P&P multimedia interaktif bagi kursus kendalian masing-masing. 4.5.3 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam kursus kendalian masing-masing di dalam sistem e-pembelajaran. 4.5.4 Melibatkan diri secara aktif di dalam sistem e-pembelajaran bagi kursus kendalian masing-masing. SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 4

4.5.5 Mengemaskini dan mempertingkatkan bahan pembelajaran yang disediakan. 4.6 Mahasiswa 4.6.1 Mengambil bahagian aktif dalam penggunaan aktiviti pembelajaran yang telah disediakan melalui sistem e- pembelajaran. 4.6.2 Tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan bagi tujuan-tujuan lain selain daripada untuk tujuan pembelajaran. 5.0 PROSES DAN PELAKSANAAN 5.1 Mod Pelaksanaan E-pembelajaran yang dilaksanakan di UTM adalah merupakan pendekatan tambahan/sampingan kepada kaedah pembelajaran konvensional. Ia juga selalu dipanggil kaedah hibrid atau blended learning. Ini bermakna e-pembelajaran tidak boleh menggantikan kaedah pertemuan dalam bilik kuliah. Dalam erti kata lain, pensyarah dan mahasiswa masih perlu bersemuka di dalam bilik kuliah mengikut masa dan waktu kuliah yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. 5.2 Tahap Pelaksanaan Pelaksanaan e-pembelajaran UTM dijalankan di semua peringkat pengajian (diploma dan ijazah) dan mengandungi kategori berikut: Kategori 1: Penyediaan maklumat Rangka Kursus. Semua kursus yang ditawarkan mesti mempunyai Rangka Kursus yang boleh diakses oleh mahasiswa di awal semester. SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 5

Kategori 2: Penyediaan bahan P&P seperti nota kuliah, soalan-soalan latihan, sumber rujukan dan lain-lain bahan berkaitan. Ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dimulai dengan nota untuk kursus tahun pertama. Kategori 3: Penyediaan modul pengajaran dan pembelajaran interaktif berasaskan penggunaan teknologi multimedia. 5.3 Pemantauan Standard Bagi menjamin pelaksanaan e-pembelajaran di universiti memenuhi matlamat yang ditetapkan, bahan yang dimasukkan mestilah yang terkini dan memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh Fakulti. Misalnya, maklumat Rangka Kursus perlu dimasukkan selewatlewatnya pada minggu kedua selepas kuliah bermula. Bagi nota kuliah pula, perlulah dimasukkan secara berterusan sepanjang semester. 5.4 Bahasa Bahasa yang digunakan bagi bahan e-pembelajaran yang dibangunkan boleh dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bergantung pada bahasa pengantar bagi kursus tersebut. 5.5 Capaian oleh Mahasiswa Semua mahasiswa aliran perdana (Sarjana dan Kedoktoran) yang berdaftar di universiti secara automatik boleh menggunakan sistem e- pembelajaran. Mahasiswa yang bukan berada dalam aliran perdana juga berpeluang menggunakan sistem e-pembelajaran UTM tetapi berdasarkan permintaan oleh staf akademik yang berkaitan. Sistem e- pembelajaran UTM boleh dicapai sama ada dari dalam kampus mahupun luar kampus dengan menggunakan nama pengguna (user ID) dan kata laluan (password) yang dibekalkan kepada setiap mahasiswa yang berdaftar. SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 6

5.6 Indeks Aktiviti Bagi menjamin tahap penggunaan sistem e-pembelajaran adalah aktif sepanjang semester, suatu penunjuk aras yang dikenali sebagai indeks capaian minimum (ICM) akan digunakan bagi mengukur sejauh mana sistem e-pembelajaran bagi sesuatu kursus itu dimanfaatkan oleh mahasiswa dan juga staf akademik. 5.7 Harta Intelek dan Hakcipta Terdapat dua pendekatan atau model yang boleh dipraktikkan di peringkat universiti berkaitan dengan isu hak cipta bahan P&P yang disediakan oleh staf akademik. Model yang akan digunakan adalah bergantung pada cara bagaimana bahan tersebut dibangunkan. 5.7.1 Sekiranya staf akademik menerima bantuan dalam bentuk khidmat nasihat daripada perekabentuk pengajaran (instructional designer) atau bantuan daripada staf pembangunan multimedia, hakcipta terhadap bahan yang dihasilkan adalah milik bersama antara pensyarah dan universiti. Dalam hal ini universiti berhak menggunakan bahan tersebut untuk diajar oleh staf lain selain daripada staf yang membangunkannya dengan membayar sedikit royalti. Sebarang keputusan untuk mengkomersilkan bahan tersebut hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua belah pihak. 5.7.2 Sekiranya pensyarah diberikan ganjaran seperti pengurangan beban tugas, geran atau upah untuk membangunkan bahan P&P, di samping bantuan daripada instructional designer atau staf pembangunan multimedia, hakcipta terhadap bahan yang dihasilkan adalah milik universiti. Pensyarah bagaimanapun masih boleh menggunakan komponen dalam bahan pengajaran (nota, slaid, latihan dll.) untuk kegunaan lain seperti dalam SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 7

pengajaran di kelas, penerbitan, seminar dan sebagainya. Ianya bagaimanapun tidak boleh digunakan di institusi 5.8 Ganjaran dan Motivasi Penyediaan bahan P&P dalam bentuk digital untuk menyokong pelaksanaan e-pembelajaran memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga staf akademik. Sebagai balasan, universiti akan menyediakan insentif dan ganjaran kepada staf akademik yang menggunakan teknologi untuk membantu pengajaran mereka. Ini termasuklah: i. Pengiktirafan yang sewajarnya dalam proses kenaikan pangkat. ii. Mengiktiraf kerja-kerja membangunkan bahan pengajaran multimedia sebagai suatu beban tugas. iii. Sokongan dalam bentuk khidmat nasihat daripada instructional designer atau staf pembangunan multimedia. iv. Penghargaan dan insentif kepada staf akademik yang telah berjaya membuktikan kesungguhannya dalam meningkatkan peluang pembelajaran yang lebih baik menerusi penggunaan teknologi. SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 8

6.0 DOKUMEN YANG BERKAITAN i. Kod Amalan Jaminan Kualiti Pengajian Siswazah (KAPS-01) ii. Kod Amalan Pembangunan, Rekabentuk dan Semakan Kurikulum Program Pasca Siswazah (KAPS-02) iii. Kod Amalan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pasca Siswazah (KAPS-03) iv. Kod Amalan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pasca Siswazah (KAPS-04) v. Kod Amalan Infrastuktur, Peralatan dan Persekitaran Pengajian Siswazah (KAPS-05) vi. Kod Amalan Penaksiran Pembelajaran Pasca Siswazah (KAPS-06) vii. Proses Kerja e-pembelajaran SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 9

PROSES KERJA E-ELEARNING PROSES E-PEMBELAJARAN 2 minggu sebelum semester mula fakulti masukkan nama pensyarah & kursus ke dalam sistem AIMS (1 salinan ke SPS & CTL) 1 minggu sebelum kuliah CICT akan muatnaik kursus ke dalam e-learning dari AIMS Pensyarah mula masukkan notes Pemantauan oleh fakulti Minggu 1 3 Kuliah CICT akan muatnaik kursus ke dalam e-learning dari AIMS (update secara automatik) Semakan 1 kemajuan e-learning oleh CTL pada minggu ke 9 (Semakan L1) **cadangan minggu ke 6 Laporan Kemajuan e-learning oleh CTL dibentangkan di JAPSU Semakan 2 kemajuan e-learning oleh CTL pada minggu ke 17 (Semakan L1 & Course notes) SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 10