No. Rujukan Projek : KM2017010160 Urusetia Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Kuala Selangor Jalan Semarak 45000 Kuala Selangor Selangor Darul Ehsan. No Tel : 03-3289 1439 No Faks : 03-3289 3386 Tuan, Perkara : Sila rujuk Lampiran D - Sokongan Kebenaran Merancang - PINDAAN Surat daripada PEQ Consult Sdn.Bhd. rujukan no : PEQ/MDKS/BE/PT3625/KM002 bertarikh 25/01/2017 yang diterima melalui permohonan dalam talian pada 03/02/2017 serta pelan susunatur no.peq/mdks/be/pt3625-3662/km dan pelan ukur no. SG/SEL/183/SITE/AB adalah berkaitan. 2. Adalah dimaklumkan, bahawa hasil perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelan 1, yang diadakan pada 17/02/2017, pada dasarnya Syarikat tiada apa-apa halangan terhadap pelan susunatur cadangan pembangunan tersebut di atas berdasarkan kepada maklumat teknikal berikut :- i. Aras spot level 8.56m ODL hingga 34.04m ODL seperti yang ditunjukkan di dalam pelan ukur no.sg/sel/183/site/ab. ii. Pihak tuan perlu memasang paip masuk secara bersepadu dengan Lot PT 15792 yang dimajukan oleh Tetuan Barisan Elite Sdn Bhd / Tetuan Villa Avenue Housing Development Sdn Bhd.
Muka Surat : 2/6 iii. Syarat - syarat sepertimana yang dinyatakan di dalam surat terdahulu rujukan no: SYA/NPD/DD/KSL/IJOK/PT.3625/16(12747) bertarikh 20/12/2016 adalah dikekalkan. 3. SOKONGAN Kebenaran Merancang untuk tajuk pemajuan seperti di atas adalah sah untuk tempoh 2 tahun dari tarikh surat ini dan ; i. Jika kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti tajuk di atas tidak diperolehi dalam tempoh sahlaku sokongan, maka pemohon perlu memperbaharui sokongan Kebenaran Merancang daripada pihak operator bekalan air (Agensi Perakuan SPAN) dan mematuhi keperluan terkini pada masa tersebut. ii. Jika pihak pemaju membuat lanjutan untuk tempoh kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), maka pihak pemaju perlu mengemukakan permohonan lanjutan untuk sokongan Kebenaran Merancang bagi bekalan air daripada pihak operator bekalan air (Agensi Perakuan SPAN) sekiranya tempoh sokongan kelulusan yang diberikan sebelum itu telah melebihi 2 tahun dan mematuhi keperluan terkini pada masa tersebut. iii. Jika pemaju membuat sebarang pindaan untuk cadangan pemajuannya samada dalam tempoh sahlaku atau selepas tempoh sahlaku sokongan, maka pihak pemaju perlu mengemukakan semula permohonan untuk mendapatkan sokongan Kebenaran Merancang bagi bekalan air daripada pihak operator bekalan air (Agensi Perakuan SPAN) dan mematuhi keperluan terkini pada masa tersebut. 4. Pihak pemaju hendaklah mematuhi syarat syarat seperti dalam LAMPIRAN KM-A yang disertakan. Sekian, terima kasih. SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD. (AGENSI PERAKUAN SPAN)
Muka Surat : 3/6 Surat ini dicetak melalui sistem dan tidak memerlukan tandatangan. (SANUSI SULIEMAN) Ketua Perancangan & Kerja-kerja Kapital Bagi Pihak Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan Pelan 1 SS/RA/ZS/SZA/kh
Muka Surat : 4/6 s.k. 1. Irene Tan Siew Kee Pengarah Urusan PEQ Consult Sdn Bhd 5-1, Jalan 2/149B, Taman Sri Endah Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur 57000 Sri Petaling No Tel : 03-90589201 No Faks : 03-90589200 2. Barisan Elite Sdn. Bhd. 22-2, Jalan 10/116B, Kuchai Entrepreneur's Park, 58200 Kuala Lumpur No Tel : 03-7984 3221 No Faks : 03-7984 3220
Muka Surat : 5/6 s.d.k 1. En. Hairuddin Munip Pengurus Kanan SYABAS Wilayah Ibu Pejabat 2. Muhamad Miftahuddin Bin Mat Hayin Ketua Wilayah SYABAS Kuala Selangor SYABAS Wilayah Kuala Selangor 3. Kelvin Siew Weng Hoe Ketua Pengagihan SYABAS Wilayah Ibu Pejabat - Keputusan ini merujuk kepada mesyuarat JKP1 yang telah diadakan pada 17/02/2017 - Punca bekalan air dari Kolam Air Bukit Mayong
LAMPIRAN D Rujukan Kami : AIS/PCW/DVS/KSL/IJOK/PT.3625/17(02248) Muka Surat : 6/6 PERKARA : PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG PELAN SUSUNATUR BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN MELALUI PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA DI BAWAH SEKSYEN 204B KTN 1965, DI ATAS PT 3625 PT 3626, PT 3628 PT 3650, PT 3654 PT 3662, PT 3673 DAN PT 3674, MUKIM IJOK, DAERAH KUALA SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN BARISAN ELITE SDN BHD - PINDAAN