BULETIN PENGAJIAN AM BENGKEL PENGENALAN CIDOS DAN LMS Bengkel Pengenalan CIDOS dan LMS versi 2.5 (JPA) telah dilaksanakan selama sehari pada 7 Julai 2014 iaitu hari Jumaat bermula pukul 2.30 hingga 5.00 petang. Bengkel CIDOS dan LMS ini mengambil tempat di Makmal Bahasa 1. Seramai 13 pensyarah JPA hadir untuk mempelajari CIDOS dan LMS versi baru ini kerana ia berbeza dengan CIDOS versi lama iaitu 2.0 yang telah digunakan sebelum ini. Puan Arnie Chiah LiLing selaku Pegawai Cidos dan e-learning JPA telah menghadiri taklimat CIDOS dan LMS versi 2.5 yang baru ini kerana ia mempunyai format yang berbeza dan bertanggungjawab untuk menyampaikan pelaksanaan system CIDOS baru ini kepada pensyarah-pensyarah lain di JPA. Bengkel selama 2 jam ini meliputi aspek menyediakan platform untuk membuat subjek dan kelas masing-masing. Selain itu, menambah pelajar masing-masing untuk dimasukkan ke dalam platform yang telah disediakan. Para pensyarah juga belajar untuk mencantikkan laman platform CIDOS masingmasing. Para pensyarah juga belajar bagaimana untuk meletak nota, membuat penilaian untuk pelajar dan mencipta forum untuk berkomunikasi dengan pelajar.
Para pensyarah JPA sibuk mempraktikkan penggunaan laman CIDOS versi Para pensyarah sedang khusyuk mendengar taklimat
Program iftar Pusat Islam Al-Kauthar Politeknik Nilai telah mengadakan Program Berbuka Puasa (Iftar) Pelajar bersama jemaah di masjid-masjid persekitaran dan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Hasanah di Beranang sepanjang bulan ramadhan al-mubarak. Sasaran peserta yang akan mengikuti program ini ialah pelajarpelajar yang tinggal di asrama, terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih secara bergilir-gilir untuk mengikuti program ini pada setiap hari sabtu sepanjang bulan ramadhan. Program Iftar pelajar bersama jemaah masjid telah dilaksanakan pada 5 dan 12 Julai 2014, dan pusat jagaan warga emas (Nur Hasanah) pada 19 Julai2014 (setiap hari Sabtu). Pelaksanaan program adalah bermula daripada pukul 5:00 petang hingga pukul 10:00 malam. Pusat Islam Al-Kauthar Politeknik Nilai telah mengadakan Program Berbuka Puasa (Iftar) Pelajar bersama jemaah di masjid-masjid. LOKASI : Masjid Bandar Baru Nilai 05/7/2014 Masjid Sultan Abdul Samad,KLIA12/7/2014 Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang19/7/2014
Pengisian Program i. Majlis iftar pelajar bersama jemaah masjid terpilih dan warga emas di Pusat Jagaan Nur Hasanah. ii. Solat Maghrib berjemaah. iii. Solat Isyak berjemaah. iv. Solat sunat terawih berjemaah. v. Agihan sumbangan kepada masjid serta pusat jagaan warga emas. vi. Bersurai. Program bubur lambuk
Program bubur lambuk.
KURSUS PENULISAN ARTIKEL ILMIAH Unit Latihan Pendidikan Lanjutan (ULPL) bersama Unit Penyelidikan PNS telah menganjurkan Kursus Penulisan dan Bengkel Penulisan Ilmiah di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Kursus ini terbuka kepada semua pensyarah PNS daripada semua jabatan. Jabatan Pengajian Am (JPAM) telah menghantar para pensyarah bagi menyertai Kursus Penuliasan Ilmiah ini. Kursus Penulisan Artikel Ilmiah yang dianjurkan ini adalah bertujuan: Memberi pendedahan awal kepada para pensyarah berkenaan dengan penulisan artikel ilmiah dan penyediaan kertas kerja untuk dibentangkan dalam seminar. Menanam minat dan budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah PNS, khususnya pensyarah di JPAM Kursus Penulisan Artikel Ilmiah Siri (1) telah diadakan seperti maklumat yang berikut: Tarikh: 24 Julai 2014 Hari: Khamis Masa: 8:30 pagi 5:00 ptg Tempat: Bilik ULPL, Blok Pentadbiran PNS. Seramai enam orang peserta daripada Jabatan Pengajian Am(JPAM) telah menyertai kursus ini. Impak/Pencapaian Objektif Pensyarah JPAM: Menghasilkan kertas kerja untuk dibentangkan dalam Seminar RICE 2014. Jabatan/Organisasi : Memenuhi keperluan Key Performent Indicator (KPI) Politeknik Nilai, seperti yang telah ditetapkan dalam sasaran Jabatan.