2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

dokumen-dokumen yang mirip
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

TATACARA DAN PANDUAN PEMILIHAN Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka

PERATURAN PEPERIKSAAN

PENGISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (MPPUTM) BAGI SESI 2016/2017

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Perlembagaan Badan Pelajar Berdaftar. Nama badan pelajar : Persatuan Pelajar Sains Sukan Universiti Malaya. 1. Tujuan atau kepentingan badan pelajar :

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

AKTA PILIHAN RAYA 1958

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI


PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

NOTIS PENGISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SESI 2011/2012

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

MUKA SURAT BAHAGIAN A PERMULAAN

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Transkripsi:

2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

1

KANDUNGAN Bil. Perkara Mukasurat 1. Susunan Peraturan 2 5 2. Permulaan 6-7 3. Penetapan Pemilihan MPP 8 4. Jawatankuasa 9-13 5. Pemberitahuan Pemilihan 14 6. Penamaan Calon 15-20 7. Kempen Pemilihan 21 8. Pengundian 22-25 9. Penjumlahan Undi 26-28 10. Pengisytiharan Ahli MPP dan Pemilihan Pemegang Jawatan 29 11. Am 30 12. Jadual 1 31 13. Tatacara Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya 32-39 14. Rajah 1 40 15. Rajah 2 41 16. Rajah 3 42 2

PERATURAN-PERATURAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 1. Nama dan permulaan kuatkuasa 2. Tafsiran SESI 2017/2018 ------------------------------------------- SUSUNAN PERATURAN ------------------------------------------- BAHAGIAN I PERMULAAN BAHAGIAN II PENETAPAN PEMILIHAN MPP 3. Penetapan pemilihan MPP BAHAGIAN III JAWATANKUASA 4. Penubuhan Jawatankuasa 5. Kawasan pemilihan 6. Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 7. Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP 8. Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP 9. Jawatankuasa Audit Pemilihan MPP BAHAGIAN IV NOTIS DAN MAKLUMAN PEMILIHAN 10. Pengumuman tarikh pemilihan MPP 11. Penyiaran notis pemilihan 3

BAHAGIAN V PENAMAAN CALON 12. Jumlah ahli MPP 13. Kelayakan calon 14. Status pencalonan 15. Penamaan calon 16. Pencadang dan penyokong pencadangan calon 17. Pengesahan Penamaan calon 18. Pengumuman calon yang layak bertanding 19. Bantahan terhadap pencalonan 20. Rayuan terhadap keputusan bantahan pencalonan 21. Penarikan balik pencalonan 22. Pengumuman akhir calon yang layak bertanding 23. Calon menang tanpa bertanding BAHAGIAN VI KEMPEN PEMILIHAN 24. Kempen 25. Poster, kain rentang, dsb. BAHAGIAN VII PENGUNDIAN 26. Hari pengundian 27. Ketua Pusat Pengundian dan Pegawai Pusat Pengundian 28. Kebenaran masuk ke Pusat Pengundian, dsb. 29. Larangan pada hari pengundian, dsb. 30. Komputer pelayan dan komputer undi 31. Pengundian dan penjumlahan undi secara e-undi 4

BAHAGIAN VIII PENJUMLAHAN UNDI 32. Pusat Penjumlahan Undi 33. Ketua Pusat Penjumlahan Undi 34. Pengumuman keputusan penjumlahan undi 35. Bantahan dan rayuan keputusan pemilihan BAHAGIAN IX PENGISYTIHARAN AHLI MPP DAN PEMILIHAN PEMEGANG JAWATAN 36. Pengisytiharan 37. Pemegang jawatan MPP BAHAGIAN X AM 38. Keesahan perbuatan di dalam ketidakhadiran calon, dsb. 39. Pindaan atau pembatalan peraturan 40. Pengawasan keselamatan 41. Tindakan tatatertib 42. Pengundian oleh Pelajar Kurang Upaya 43. Etika Pakaian Sepanjang Pemilihan MPP 5

BAHAGIAN I Nama dan permulaan kuat kuasa PERMULAAN 1. Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pemilihan Tafsiran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya yang berkuat kuasa bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018. 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain Akta ertinya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]; aktif ertinya pelajar ijazah dasar yang mendaftar pada sesi pengajian semasa Pemilihan MPP diadakan e-undi ertinya sistem pemilihan MPP yang dijalankan secara elektronik; Fakulti termasuklah suatu Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut di Universiti; Jawatankuasa Audit ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(d); Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan 4; Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan 4; Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(c); kawasan Fakulti ertinya kawasan pemilihan yang dihadkan kepada pelajar ijazah dasar di Fakulti berkenaan; kawasan Umum ertinya kawasan pemilihan yang terbuka kepada keseluruhan pelajar ijazah dasar Universiti di Fakulti yang tertentu mengikut zon yang ditetapkan; 6

Ketua Pusat Pengundian ertinya pegawai Universiti yang dilantik di bawah peraturan 27; Ketua Pusat Penjumlahan Undi ertinya pegawai Universiti yang dilantik di bawah peraturan 33; komputer pelayan ertinya perkakasan dan perisian yang digunakan semasa pengundian yang mengandungi data-data berkaitan pengundian; komputer undi ertinya perkakasan dan perisian yang mempunyai aplikasi sistem e-kertas undi yang digunakan oleh pengundi untuk mengundi semasa pengundian; MPP ertinya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya; pelajar ijazah dasar ijazah dasar ertinya seseorang pelajar yang mengikuti kursus pengajian di Universiti untuk suatu, tetapi tidak termasuk seorang pelajar luar; pelajar luar ertinya seseorang pelajar ijazah dasar di Kampus di luar Malaysia atau seseorang pelajar yang mengikuti suatu program jangka pendek, sambilan, pembelajaran jarak jauh, program pertukaran atau bersekutu, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; pencadang calon ertinya wakil yang dilantik oleh calon di bawah peraturan 16; pengundi ertinya pelajar ijazah dasar Universiti yang berstatus aktif setakat tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP; pengundian ertinya proses pengundian yang ditentukan oleh Universiti; penjumlahan undi ertinya proses penjumlahan undi yang dilaksanakan oleh Ketua Pusat Penjumlahan Undi; peperiksaan termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian untuk memutuskan markah atau gred bagi sesuatu kursus tertentu atau sebahagian daripada kursus tertentu; Pusat Pengundian ertinya suatu kawasan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP untuk pengundian; sistem pengundian e-undi ertinya pengundian menggunakan sistem e-kertas undi; sistem pengundian manual ertinya pengundian menggunakan kertas undi; dan 7

zon ertinya seperti di Jadual 1. BAHAGIAN II Penetapan pemilihan MPP BAHAGIAN II PENETAPAN PEMILIHAN MPP 3. (1) Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan lain berkaitan dengan pemilihan MPP, Naib Canselor boleh (c) mengadakan, menangguhkan atau membatalkan pemilihan MPP atau mengadakan pemilihan semula MPP selepas berunding dengan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP; menentukan kawasan pemilihan; dan menetapkan bilangan wakil MPP di kawasan pemilihan. (2) Pemilihan MPP hendaklah diadakan pada semester perdana setiap tahun akademik. Tanpa mengenepikan perkara 2, pemilihan MPP perlulah diadakan dalam tempoh empat puluh lima hari dari tarikh pelajar mendaftar bagi semester perdana pertama setiap tahun akademik. 8

BAHAGIAN III BAHAGIAN III Penubuhan jawatankuasa JAWATANKUASA 4. Bagi tujuan pemilihan MPP, jawatankuasa berikut ditubuhkan: (c) (d) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP; Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP; Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP; dan Jawatankuasa Audit Pemilihan MPP. Kawasan pemilihan 5. (1) Bagi tujuan pemilihan MPP, Naib Canselor boleh menetapkan kawasan Umum dan kawasan Fakulti sebagai kawasan pemilihan. (2) Kawasan Umum adalah terbahagi kepada zon seperti di Jadual 1. (3) Setiap pemilihan di kawasan Fakulti adalah di bawah pengendalian Dekan atau wakilnya dan pemilihan di kawasan Umum di bawah pengendalian seorang pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor. (4) Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP boleh, dalam keadaan tertentu, menentukan pengendalian pemilihan di kawasan Fakulti atau kawasan Umum. Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 6. (1) Naib Canselor hendaklah melantik mana-mana Timbalan Naib Canselor atau pekerja Universiti untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (2) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah terdiri daripada (c) Pengerusi; Pendaftar; Bursar; 9

(d) (e) (f) (g) (h) Dekan Fakulti atau Timbalan Dekan sebagai wakil; Pengetua kolej kediaman; ketua yang menguruskan teknologi maklumat; ketua keselamatan; dan tidak lebih daripada tiga orang pekerja lain Universiti yang dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (3) Jika Pengerusi tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP atas apa-apa alasan, Naib Canselor boleh menamakan mana-mana ahli Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP untuk menjalankan kewajipan Pengerusi itu selama tempoh Pengerusi itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya. (4) Seorang Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi daripada kalangan pekerja Universiti. (5) Korum bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP ialah satu pertiga keahliannya. (6) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya satu kali sebelum pemilihan MPP dan boleh pada bila-bila masa yang difikirkan perlu oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (7) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa yang berikut (c) (d) (e) menentukan tarikh pemilihan MPP; menetapkan apa-apa jumlah wang yang perlu dibayar bagi tujuan pemilihan MPP; menentukan proses pembuangan undi Universiti sama ada secara sistem pengundian e-undi sepenuhnya atau sebahagiannya atau sistem pengundian manual; menentukan Pusat Pengundian; membentuk, menggubal dan merangka tatacara dan dasar pemilihan MPP; 10

(f) (g) mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya sesuai untuk memastikan pematuhan terhadap peruntukan-peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini dan semua dasar pemilihan MPP; mencadangkan kepada Naib Canselor untuk menangguh atau membatalkan pemilihan MPP, atas alasan yang munasabah; (h) membatalkan mana-mana calon yang didapati melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini; (i) (j) membuat keputusan muktamad mengenai perkara-perkara yang dipertikaikan dari tafsiran Peraturan-Peraturan ini; dan menjalankan apa-apa fungsi dan kuasa lain yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan ini. Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP 7. (1) Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP dari kalangan pekerja Universiti. (2) Seorang Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi dari kalangan pekerja Universiti. (3) Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP boleh mencadangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP untuk membentuk apa-apa jawatankuasa kecil lain bagi memastikan kelancaran penjalanan pemilihan. (4) Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa yang berikut (c) (d) merancang, mentadbir, menyelaras dan mengawal selia proses penjalanan pemilihan MPP dan semua perkara yang berkaitan dengannya; mengeluarkan apa-apa arahan mengenai penjalanan pemilihan MPP dan mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya patut bagi memastikan sesuatu pemilihan berjalan dengan lancar dan teratur; menentukan petugas, dokumentasi dan peralatan pemilihan yang berkaitan dengan pelaksanaan pemilihan MPP; mengambil tindakan yang difikir wajar terhadap mana-mana calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon, 11

mengikut mana-mana yang berkenaan, yang melanggar Peraturan-Peraturan ini, setelah memberi peluang untuk membuat penjelasan lisan; dan (e) menjadi tempat rujukan berhubung apa-apa kekeliruan dalam penjalanan pemilihan MPP. Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP 8. (1) Keanggotaan Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP hendaklah terdiri daripada Pengerusi dan dua orang pekerja lain Universiti yang dilantik oleh Naib Canselor. (2) Mana-mana anggota yang dilantik di bawah subperaturan (1) tidak boleh menjadi ahli dalam mana-mana jawatankuasa lain di bawah perenggan 4, dan (d). (3) Seorang Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi dari kalangan pekerja Universiti dengan syarat bahawa Setiausaha itu tidak boleh menjadi ahli atau setiausaha dalam mana-mana jawatankuasa lain di bawah perenggan 4, dan (d). (4) Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa yang berikut mendengar dan membuat keputusan berhubung rayuan daripada mana-mana calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon atau pengundi mengikut mana-mana yang berkenaan; memanggil mana-mana orang atau pelajar untuk mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan dengan bantahan berhubung penjalanan pemilihan MPP itu; dan (c) mengarahkan mana-mana Ketua Pusat Pengundian menyerahkan apa-apa dokumen berkaitan pemilihan MPP kepada Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP. (5) Keputusan Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP adalah muktamad. Jawatankuasa Audit Pemilihan MPP 9. (1) Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Audit Pemilihan MPP hendaklah dilantik oleh Naib Canselor dari kalangan pekerja Universiti selain daripada ahli jawatankuasa di bawah perenggan 4, dan (c). 12

(2) Seorang Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi dari kalangan pekerja Universiti dengan syarat bahawa Setiausaha itu tidak boleh menjadi ahli atau setiausaha dalam mana-mana jawatankuasa lain di bawah perenggan 4, dan (c). (3) Jawatankuasa Audit Pemilihan MPP hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa yang berikut (c) (d) (e) (f) (g) mengesahkan data pengundi; mengesahkan data penjumlahan undi; menghendaki mana-mana pakar (jika perlu), untuk mengesah dan memperakukan sistem pengundian; membuat pemeriksaan sistem pengundian di Pusat Pengundian sekurang-kurangnya sekali sebelum pengundian bermula; menentukan prosedur pengauditan; menjalankan pemantauan ke atas keseluruhan perjalanan proses pemilihan; dan mengenalpasti apa-apa kelemahan dalam penjalanan pemilihan dan mencadangkan langkah penambahbaikan kepada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. (4) Pengesahan yang dibuat oleh Jawatankuasa Audit Pemilihan MPP mengenai data pengundi dan data penjumlahan undi adalah muktamad. 13

BAHAGIAN IV Pengumuman tarikh pemilihan MPP PEMBERITAHUAN PEMILIHAN 10. Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah mengisytiharkan tarikh berkenaan pemilihan MPP dan memaklumkan tarikh itu kepada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. Penyiaran notis pemilihan 11. (1) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah menetapkan tarikh bagi menyiarkan suatu notis pemilihan yang mengandungi butiran berikut: (c) (d) tarikh dan masa penamaan calon; tarikh dan masa mengundi; tempoh bantahan dan rayuan; dan apa-apa perkara lain yang berkaitan pemilihan MPP. (2) Setiap notis pemilihan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP atau wakilnya dan hendaklah dipamerkan di papan notis rasmi Universiti, di laman web yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP atau di tempat lain di Universiti yang mudah dilihat sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. 14

BAHAGIAN V Jumlah ahli MPP PENAMAAN CALON 12. Bagi maksud pemilihan MPP, Naib Canselor hendaklah menentukan jumlah ahli MPP mengikut cara yang berikut: bagi kawasan Fakulti, bilangan ahli MPP hendaklah sama dari setiap Fakulti; dan bagi kawasan Umum, bilangan ahli MPP hendaklah tidak lebih daripada setengah daripada bilangan ahli yang ditentukan di bawah perenggan. Kelayakan calon 13. (1) Bagi maksud pemilihan MPP, pelajar ijazah dasar yang memenuhi kriteria berikut layak untuk menjadi calon: (c) (d) pelajar ijazah dasar yang bukan pelajar luar Universiti; pelajar ijazah dasar Universiti yang berstatus aktif; pelajar ijazah dasar yang tidak pernah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib Universiti; pelajar ijazah dasar yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya setahun atau dua semester berdasarkan tempoh pengajian minimum bagi program pengajian yang diikutinya; (e) pelajar ijazah dasar yang telah menduduki peperiksaan pertamanya di Universiti dan- i) memperolehi keputusan peperiksaan dengan purata nilaian gred kumulatif (PNGK) tidak kurang daripada 2.75 pada peperiksaan yang terakhir didudukinya di Universiti sebaik sahaja sebelum pengisytiharan pemilihan; atau 15

ii) bagi pelajar ijazah dasar program MBBS dan program pengajian BDS, memperolehi sekurang-kurangnya Gred Lulus pada peperiksaan yang terakhir didudukinya di Universiti sebaik sahaja sebelum pengisytiharan pemilihan dan tidak pernah gagal atau mengulang manamana kursus di sepanjang tempoh pengajian yang telah dijalani. (2) Mana-mana pelajar ijazah dasar yang prosiding tatatertib terhadapnya masih belum selesai tidak layak menjadi calon, melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor. (3) Apa-apa kekeliruan berkenaan senarai pelajar berstatus aktif boleh dirujuk kepada bahagian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik Universiti untuk pengesahan status pelajar. Status pencalonan 14. (1) Mana-mana calon yang bertanding di dalam pemilihan MPP hendaklah bertanding atas kapasiti individu dan bukan mewakili mana-mana pertubuhan atau kumpulan orang sama ada di dalam atau di luar Kampus. (2) Seseorang calon hanya boleh bertanding bagi satu kawasan pemilihan sahaja. (3) Bagi kawasan Fakulti, calon hendaklah seorang pelajar ijazah dasar Fakulti berkenaan. (4) Bagi kawasan Umum, calon hendaklah seorang pelajar ijazah dasar Universiti di Fakulti yang tertentu mengikut zon yang ditetapkan. (5) Seseorang calon tidak boleh menjadi pencadang calon atau penyokong pencadangan calon kepada mana-mana calon yang lain. Penamaan calon 15. (1) Mana-mana pelajar ijazah dasar yang hendak bertanding untuk pemilihan MPP hendaklah membuat penamaan calon secara atas talian (online) berdasarkan proses dan tatacara yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. (2) Mana-mana pelajar yang berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan MPP hendaklah membuat bayaran cagaran dan apa-apa bayaran proses mengikut kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. 16

Pencadang dan penyokong pencadangan calon 16. (1) Mana-mana pelajar ijazah dasar Universiti dan berstatus aktif boleh menjadi pencadang dan penyokong pencadangan calon. (2) Pencadang dan penyokong pencadangan calon bagi kawasan Fakulti hendaklah terdiri daripada pelajar ijazah dasar Fakulti berkenaan. (3) Pencadang dan penyokong pencadangan calon bagi kawasan Umum adalah terbuka kepada semua pelajar ijazah dasar Universiti yang berstatus aktif di Fakulti yang tertentu mengikut zon yang ditetapkan. (4) Pencadang atau penyokong pencadangan calon bagi mana-mana calon tidak boleh menjadi pencadang atau penyokong pencadangan calon lain. (5) Pencadang dan penyokong pencadangan calon hendaklah mengesahkan status mereka sebagai pencadang dan penyokong pencadangan calon melalui sistem penamaan calon yang berkenaan. Pengesahan Penamaan Calon. 17. (1) Bagi calon kawasan Umum, penamaan calon yang berkenaan hendaklah disahkan oleh pegawai Universiti yang dilantik oleh Naib Canselor di bawah subperaturan 5(3). (2) Bagi calon kawasan Fakulti, penamaan calon yang berkenaan hendaklah disahkan oleh Dekan Fakulti berkenaan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Dekan Fakulti berkenaan. (3) Bagi maksud pengesahan penamaan calon, calon dikehendaki hadir bersama dengan pencadang dan penyokong pencadangan calon di hadapan pegawai yang dinyatakan di subperaturan (1) dan (2) di atas, di mana berkenaan. (4) Pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan penamaan calon seperti di subperaturan (1) dan (2) di atas hendaklah, setelah menyemak butir-butir di dalam sistem e-penamaan calon, membuat pengesahan secara atas talian (online) di dalam sistem penamaan calon tersebut berdasarkan proses dan prosedur yang ditetapkan. (5) Proses pengesahan penamaan calon sepertimana dinyatakan di subperaturan (1), (2) dan (3) di atas hendaklah dilaksanakan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. 17

(6) Apa-apa pindaan ke atas maklumat penamaan calon di dalam sistem penamaan calon yang berkenaan hendaklah dilakukan sebelum penamaan calon disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa. Tiada apaapa pindaan boleh dibuat selepas pengesahan penamaan calon telah dilakukan menurut subperaturan (5) di atas. Pengumuman calon yang layak bertanding 18. Selepas tamat tempoh penamaan calon, senarai nama calon mengikut kawasan pemilihan yang dipertandingkan akan dipaparkan di laman web yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP atau di papan notis rasmi Universiti atau di tempat lain di Universiti yang mudah dilihat sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. Bantahan terhadap pencalonan 19. (1) Mana-mana pelajar ijazah dasar Universiti boleh mengemukakan bantahan terhadap pencalonan seseorang calon secara atas talian (online) berdasarkan proses, tatacara dan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. (2) Bantahan terhadap sesuatu pencalonan boleh dibuat berdasarkan alasan yang berikut: seseorang calon itu tidak layak atau telah hilang kelayakan untuk dipilih menjadi ahli MPP; seseorang calon mengemukakan maklumat palsu dalam dokumen penamaan calon; (c) dokumen penamaan calon tidak mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini; (d) seseorang calon itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini. (3) Setiap bantahan boleh dikenakan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP dan hendaklah dibayar kepada Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti. (4) Panel Bantahan, yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP yang dilantik oleh Naib Canselor, selepas tamat tempoh bantahan, hendaklah membuat keputusan mengenai keesahan setiap bantahan dan memaklumkan calon dan pelajar yang mengemukakan bantahan itu mengenai keputusan bantahan tersebut. Keputusan dan 18

pemakluman mengenai bantahan yang dibuat menurut perenggan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) berdasarkan proses, tatacara dan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. Bilangan Panel Bantahan boleh ditentukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (5) Jika sesuatu bantahan diputuskan sah, pencalonan calon yang berkenaan hendaklah ditolak. 6) Pembayaran yang dibuat menurut sub-peraturan (3) di atas tidak akan dikembalikan sama ada bantahan diterima atau ditolak. Rayuan terhadap keputusan bantahan pencalonan 20. (1) Mana-mana pelajar ijazah dasar yang telah membuat bantahan di bawah peraturan 19 dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat di bawah subperaturan 19(4), boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut secara atas talian (online) berdasarkan proses, tatacara dan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. (2) Mana-mana calon yang pencalonannya ditolak di bawah subperaturan 19(5) boleh mengemukakan rayuan terhadap penolakan pencalonannya secara atas talian (online) berdasarkan proses, tatacara dan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. (3) Setiap rayuan boleh dikenakan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP dan hendaklah dibayar kepada Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti. (4) Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP hendaklah, selepas tamat tempoh rayuan yang dibuat menurut peraturan ini, membuat keputusan mengenai keesahan setiap rayuan dan memaklumkan pembantah dan calon yang berkenaan mengenai keputusan rayuan tersebut. Keputusan dan pemakluman mengenai rayuan yang dibuat menurut perenggan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) berdasarkan proses, tatacara dan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. (5) Jika sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subperaturan 20(1) diterima, pencalonan calon akan ditolak. Jika sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subperaturan 20(2) diterima, pencalonan calon akan dikekalkan. (6) Pembayaran yang dibuat menurut sub-peraturan (3) di atas tidak akan dikembalikan sama ada rayuan diterima atau ditolak. 19

Penarikan balik pencalonan 21. (1) Seseorang calon boleh menarik diri daripada pemilihan MPP pada bilabila masa secara atas talian (online) sebelum senarai muktamad calon yang layak bertanding di bawah peraturan 22 diumumkan. Wang cagaran dan wang proses yang dibayar menurut subperaturan 15(2) akan dikembalikan. (2) Penarikan diri yang dibuat selepas senarai muktamad calon yang layak bertanding di bawah peraturan 22 diumumkan tidak akan diterima. Wang cagaran dan wang proses yang dibayar menurut subperaturan 15(2) tidak akan dikembalikan. Pengumuman akhir calon yang layak bertanding 22. Selepas keputusan rayuan di bawah subperaturan 20(4) diumumkan, senarai muktamad calon yang layak bertanding akan dipaparkan di laman web pelajar yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP atau di papan notis rasmi Universiti atau di tempat lain di Universiti yang mudah dilihat sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. Calon menang tanpa bertanding 23. (1) Sekiranya bilangan calon yang bertanding bagi kawasan Fakulti sama dengan atau kurang daripada jumlah wakil yang diperuntukkan bagi kawasan Fakulti itu, calon berkenaan akan diisytiharkan menang tanpa bertanding. (2) Sekiranya bilangan calon yang bertanding bagi kawasan Umum sama dengan atau kurang daripada jumlah wakil yang diperuntukkan bagi kawasan Umum itu, calon berkenaan akan diisytiharkan menang tanpa bertanding. 20

BAHAGIAN VI Kempen KEMPEN PEMILIHAN 24. (1) Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP hendaklah bertanggungjawab bagi menyelia dan memantau kempen pemilihan. (2) Calon, pencadang calon, penyokong pencadangan calon dan manamana pelajar ijazah dasar Universiti boleh berkempen mengikut cara dan dalam tempoh yang ditetapkan, tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Perlembagaan Universiti, Kaedah- Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Kod Tatakelakuan Aktiviti-aktiviti Politik Di Dalam Kampus Universiti Malaya dan tatacara lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. Poster, kain rentang, dsb. 25. Tiada calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon boleh mencetak, mempamer atau mengedar apa-apa poster atau kain rentang, bagi tujuan kempen tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. 21

BAHAGIAN VII Hari pengundian PENGUNDIAN 26. (1) Pengundian hendaklah dijalankan pada tarikh, masa dan di Pusat Pengundian seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP dalam notis pemilihan. (2) Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP bolehlah mempamerkan suatu notis yang mengandungi panduan mengundi di kawasan Pusat Pengundian sebelum pengundian dimulakan. (3) Setiap pengundi hendaklah mengemukakan kad pelajar atau apa-apa bukti lain yang mengesahkan status pengundi itu sebagai pelajar ijazah dasar Universiti semasa proses pendaftaran sebelum dibenarkan mengundi. (4) Jika berlaku apa-apa pertikaian semasa hari pengundian, Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP atau Ketua Pusat Pengundian hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai pertikaian itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membolehkan pemilihan dijalankan. Ketua Pusat Pengundian dan Pegawai Pusat Pengundian 27. (1) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah melantik seorang pekerja Universiti sebagai Ketua Pusat Pengundian yang hendaklah mengawalselia proses pengundian di Universiti. (2) Ketua Pusat Pengundian tidak boleh menjadi ahli dalam mana-mana jawatankuasa yang ditubuh di bawah peraturan 4. (3) Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP hendaklah melantik pekerja Universiti sebagai Pegawai Pusat Pengundian untuk membantu dalam proses pemilihan. Kebenaran masuk ke Pusat Pengundian, dsb. 28. (1) Tiada sesiapa boleh berada di Pusat Pengundian melainkan dengan kebenaran Ketua Pusat Pengundian. 22

(2) Bilangan pengundi yang dibenarkan masuk ke Pusat Pengundian pada satu-satu masa akan ditentukan oleh Ketua Pusat Pengundian. (3) Semua calon, pencadang calon dan penyokong pencadangan calon hendaklah mematuhi semua prosedur yang dibuat dan arahan yang diberikan oleh Ketua Pusat Pengundian yang berkenaan dari semasa ke semasa. (4) Ketua Pusat Pengundian hendaklah memastikan ketenteraman di Pusat Pengundian. (5) Jika mana-mana orang menimbulkan kacau ganggu, kegusaran atau sebagainya yang pada pandangan Ketua Pusat Pengundian boleh mengganggu kelancaran proses pengundian, Ketua Pusat Pengundian atau mana-mana Pegawai Pusat Pengundian boleh mengarahkan orang itu meninggalkan Pusat Pengundian dengan serta merta. (6) Kuasa yang diberi di bawah subperaturan (5) tidak boleh dilaksanakan sehingga boleh menafikan hak seseorang pelajar ijazah dasar untuk mengundi. Larangan pada hari pengundian, dsb. 29. (1) Tiada calon, pencadang calon, penyokong pencadangan calon atau pengundi boleh dibenarkan untuk (c) (d) menjalankan sebarang bentuk kempen sama ada bercetak atau lisan pada hari pengundian di dalam Kampus; menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sesebuah kumpulan; berkelakuan tidak sopan di kawasan Pusat Pengundian; mengganggu kelancaran proses pengundian dengan apa jua cara termasuklah (i) (ii) (iii) (iv) berusaha meraih atau merayu undi; mengedar senarai nama calon kepada pengundi; membuat bising atau sebarang gangguan di sekitar Pusat Pengundian; atau mengganggu atau menghalang Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP atau Pegawai Pusat Pengundian daripada menjalankan tugas. 23

(e) (f) mengundi lebih daripada sekali; atau membawa apa-apa dokumen atau barang terlarang seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP ke dalam Pusat Pengundian kecuali dokumen atau barang yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. (2) Calon, pencadang calon, penyokong pencadang calon atau manamana pengundi bolehlah membuat aduan mengenai perkara di bawah peraturan ini kepada Ketua Pusat Pengundian. (3) Ketua Pusat Pengundian hendaklah memutuskan perkara-perkara berhubung dengan aduan yang diterima di bawah subperaturan (2). (3) Mana-mana calon, pencadang calon, penyokong pencadang calon atau pengundi yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pusat Pengundian di bawah subperaturan (3) boleh mengemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. Komputer pelayan dan komputer undi 30. (1) Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP hendaklah menyediakan komputer pelayan dan komputer undi yang mencukupi bagi setiap Pusat Pengundian. (2) Sebelum pengundian dimulakan, Jawatankuasa Audit Pemilihan MPP hendaklah mengesahkan di dalam kehadiran calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon bahawa setiap komputer pelayan yang akan digunakan semasa pengundian tidak mempunyai apa-apa data berkenaan pengundian; dan setiap komputer undi yang disediakan tidak mengandungi apaapa aplikasi lain kecuali sistem e-kertas undi dan sistem itu belum digunakan untuk tujuan pengundian. (3) Jawatankuasa Audit Pemilihan MPP hendaklah memperakukan kesahihan komputer pelayan dan komputer undi setelah berpuas hati dengan kesahihan komputer pelayan dan komputer undi yang disediakan di Pusat Pengundian. (4) Sekiranya tiada calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon hadir semasa pengesahan di bawah subperaturan (2), Ketua Pusat Pengundian boleh meneruskan proses pengundian tersebut sehingga tamat. 24

(5) Ketua Pusat Pengundian hendaklah menutup sistem aplikasi e-undi selepas tamat tempoh pengundian, sama ada calon, penyokong calon atau penyokong pencadangan calon hadir atau tidak hadir. Pengundian dan penjumlahan undi secara e-undi 31. (1) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP boleh menentukan pengundian dan penjumlahan undi dilaksanakan secara e-undi. (2) Pengundian secara e-undi hendaklah dibuat dengan menggunakan komputer undi. (3) Seseorang pengundi hendaklah mengundi mengikut tatacara dan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (4) Aplikasi sistem e-kertas undi adalah sulit dan hendaklah dikendalikan secara terkawal dan digunakan pada hari pengundian. (5) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah menentukan tempat dan proses penjumlahan undi. (6) Mana-mana calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon boleh mengemukakan bantahan secara bertulis terhadap penjumlahan undi kepada Ketua Pusat Pengundian atau wakilnya. (7) Bantahan di bawah subperaturan (6) boleh dibuat selepas pengumuman keputusan penjumlahan undi; atau selepas keputusan penjumlahan undi dipamerkan, tertakluk kepada apa-apa bayaran yang ditentukan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (8) Selepas tamat tempoh pengundian, Ketua Pusat Pengundian hendaklah memastikan segala peralatan, perkakasan, perisian atau dokumen berkaitan pengundian disimpan di tempat yang selamat. 25

BAHAGIAN VIII Pusat penjumlahan undi PENJUMLAHAN UNDI 32. (1) Penjumlahan undi hendaklah dijalankan di tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (2) Tiada mana-mana orang dibenarkan berada di pusat penjumlahan undi kecuali setelah mendapat kebenaran Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. (3) Walau apa pun subperaturan (2), orang yang berikut adalah dibenarkan berada di dalam pusat penjumlahan undi: Ketua Pusat Penjumlahan Undi; Semua ahli Jawatankuasa yang dilantik di bawah peraturan 4; (c) (d) pekerja Universiti yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP atau Ketua Pusat Penjumlahan Undi; dan calon, pencadang calon dan penyokong pencadangan calon. Ketua Pusat Penjumlahan Undi 33. (1) Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah melantik seorang Ketua Pusat Penjumlahan Undi dari kalangan pekerja Universiti. (2) Ketua Pusat Penjumlahan Undi hendaklah (c) (d) melantik mana-mana pekerja Universiti untuk membantu dalam penjumlahan undi; menjumlahkan keseluruhan undi dari semua Pusat Pengundian; mengesahkan sistem aplikasi e-undi di setiap pusat pengundian telah ditutup; dan menyediakan kemudahan yang perlu untuk membolehkan penjumlahan undi berjalan dengan lancar. 26

Pengumuman keputusan penjumlahan undi 34. (1) Apabila penjumlahan undi telah selesai, Naib Canselor atau Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, mengumumkan keputusan penjumlahan undi. (2) Sekiranya bilangan undi di antara calon bagi sesuatu kawasan pemilihan adalah sama banyak, pengundian semula bagi kawasan pemilihan tersebut hendaklah dilakukan pada suatu tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (3) Sekiranya keputusan pengundian semula di bawah subperaturan (2) adalah sama banyak, penambahan satu undi hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP dan cara itu hendaklah dilakukan di hadapan calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon. (4) Sekiranya berlaku proses pengundian semula menurut subperaturan (2), keputusan penjumlahan undi bagi kawasan pemilihan berkenaan hendaklah ditangguhkan. Setelah selesai proses pengundian semula tersebut, Naib Canselor atau Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, mengumumkan keputusan penjumlahan undi bagi kawasan pemilihan tersebut. Bantahan dan rayuan keputusan pemilihan 35. (1) Mana-mana calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon atau pengundi yang tidak berpuas hati dengan keputusan penjumlahan undi calon di bawah peraturan 34 boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyatakan alasannya kepada suatu Panel Bantahan yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP yang dilantik oleh Naib Canselor dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan dalam notis pemilihan di bawah peraturan 11. (2) Setiap bantahan hendaklah dikenakan bayaran pada kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP dan hendaklah dibayar kepada Bursar atau wakil Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti. Resit bagi pembayaran yang dibuat di bawah subperaturan ini hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan bantahan yang dibuat di bawah subperaturan (1). (3) Panel Bantahan hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas tamat masa bantahan, membuat keputusan mengenai bantahan itu dan hendaklah memaklumkan kepada pembantah dan orang yang dibantah, mengenai keputusan dan alasan keputusannya. 27

(4) Jika sesuatu bantahan diterima oleh Panel Bantahan, kemenangan seseorang calon yang dibantah hendaklah disifatkan sebagai telah terbatal. (5) Bagi maksud mesyuarat Panel Bantahan, korum bagi Panel tersebut ialah Pengerusi dan satu pertiga daripada keahliannya. (6) Pembayaran yang dibuat menurut sub-peraturan (2) di atas tidak akan dikembalikan sama ada bantahan diterima atau ditolak. (7) Mana-mana calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon atau pengundi yang tidak berpuas hati dengan keputusan Panel Bantahan yang dibuat di bawah subperaturan (3) boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP. (8) Setiap rayuan dikenakan bayaran mengikut jumlah sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP yang hendaklah dibayar kepada Bursar Universiti atau wakil Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti. (9) Rayuan yang dibuat di bawah subperaturan (6) hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP bersama resit bayaran dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (10) Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas tamat masa rayuan, membuat keputusan mengenai rayuan itu dan hendaklah memaklumkan kepada perayu mengenai keputusan dan alasan keputusannya. (11) Pembayaran yang dibuat menurut sub-peraturan (8) di atas tidak akan dikembalikan sama ada rayuan diterima atau ditolak. 28

BAHAGIAN IX BAHAGIAN IX PENGISYTIHARAN AHLI MPP DAN PEMILIHAN PEMEGANG JAWATAN Pengisytiharan 36. (1) Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP atau mana-mana pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP hendaklah mengisytiharkan calon yang berjaya di dalam pemilihan MPP. (2) Pengisytiharan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat secara bertulis dan dipamerkan di laman web yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana MPP atau di papan notis yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP dengan seberapa segera yang boleh selepas keputusan terhadap bantahan atau rayuan dibuat di bawah peraturan 35. Pemegang jawatan MPP 37. (1) Calon yang berjaya di dalam pemilihan MPP adalah membentuk MPP dan hendaklah memilih sesama mereka seorang Yang Dipertua; seorang Naib Yang Dipertua; (c) seorang Setiausaha; (d) seorang Bendahari; dan (e) pemegang bagi jawatan lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor. (2) Lantikan MPP hendaklah dibuat dalam tempoh 1 tahun kalendar akademik. (3) Bagi pelanjutan tempoh MPP dan pelantikan Caretaker: Naib Canselor boleh menggunakan kuasa budi bicaranya untuk melanjutkan tempoh pelantikan MPP sedia ada untuk menjalankan tugas sementara (Caretaker) sehingga MPP baru dilantik. Naib Canselor boleh mengikut budi bicaranya melantik mana-mana pelajar untuk menjalankan tugas sementara (Caretaker) sehingga MPP baru dilantik. 29

BAHAGIAN X BAHAGIAN X AM Keesahan perbuatan di dalam ketidakhadiran calon, dsb 38. Tiada sesuatu perbuatan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa perbuatan atau keputusan itu telah dilakukan atau dibuat semasa ketidakhadiran calon, pencadang calon atau penyokong pencadangan calon jika perbuatan atau keputusan itu telah dilakukan atau dibuat dengan suci hati. Pindaan atau pembatalan peraturan 39. Naib Canselor boleh meminda atau membatalkan mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan dan tatacara di bawah Peraturan ini. Pengawasan keselamatan 40. Pemantauan dan pengawasan keselamatan perjalanan keseluruhan pemilihan MPP hendaklah menjadi tanggungjawab pegawai yang dipertanggungjawabkan mengenai hal ehwal keselamatan Universiti. Tindakan tatatertib 41. Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan- Peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Pengundian oleh Pelajar Kurang Upaya 42. Bagi pelajar kurang upaya yang cacat penglihatan yang dikenal pasti sahaja, Naib Canselor atau Pegawai Pusat Pengundian akan membantu pelajar berkenaan untuk membuang undi di pusat pengundian yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. Etika Pakaian Sepanjang Pemilihan MPP 43. Semua pelajar hendaklah mematuhi kod etika pakaian Universiti Malaya sepanjang Pemilihan MPP. Sebarang pakaian yang menutup muka adalah tidak dibenarkan 30

JADUAL 1 Zon bagi Kawasan Umum Zon A1 Zon S2 Zon A2 Zon S1 31

TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA BAGI SESI 2016/2017 [Dibuat di bawah peraturan 6(7)(e), Peraturan-Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Sesi 2016/2017] 1. TATACARA PENAMAAN CALON (1) Calon yang berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan MPP hendaklah membayar wang cagaran sebanyak RM50.00 dan bayaran wang proses sebanyak RM10.00 di Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis Pemilihan MPP yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (2) Calon yang telah membuat pembayaran wang cagaran dan wang proses tersebut akan diberikan akses untuk memasuki sistem e- penamaan calon mulai dari tarikh pembayaran tersebut dibuat sehingga satu jam sebelum tempoh penamaan calon tamat. (3) Apabila calon mengakses sistem e-penamaan, calon dikehendaki: (c) memilih kawasan pemilihan yang ingin ditandingi; menamakan pencadang dan penyokong pencadangan calon; dan membuat perakuan bahawa segala butiran yang terkandung di dalam sistem e-penamaan calon adalah tepat dan benar. (4) Calon yang tidak memenuhi kelayakan seperti yang ditetapkan di peraturan 13 Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP, secara automatiknya tidak layak memohon sebagai calon. (5) Pencadang dan penyokong pencadangan calon hendaklah mengesahkan status mereka sebagai pencadang dan penyokong pencadangan calon di dalam sistem e-penamaan calon. (6) Pada hari penamaan calon, calon dikehendaki hadir bersama dengan pencadang dan penyokong pencadangan calon di hadapan pegawai yang dinyatakan di sub-peraturan 17(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP, di mana berkenaan. Bagi tujuan penamaan calon, penyokong calon dibenarkan untuk berhimpun secara aman di luar lingkungan 50 meter dari tempat penamaan calon. (7) Pegawai yang dinyatakan di sub-peraturan 17(1) dan (2) Peraturan- Peraturan Pemilihan MPP dikehendaki menyemak butir-butir di dalam 32

sistem e-penamaan calon dan membuat pengesahan secara atas talian (online) di dalam sistem e-penamaan calon tersebut. Pegawai tersebut dikehendaki mencetak dokumen penamaan calon yang telah disahkan untuk ditandatangani oleh pegawai tersebut, calon, pencadang dan penyokong pencadangan calon. Dokumen yang telah lengkap ditandatangani akan disimpan oleh pegawai yang diberi kuasa masingmasing dan satu salinan diserahkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. (8) Urusan yang dinyatakan di perenggan (6) dan (7) di atas hendaklah disempurnakan dalam tempoh di antara jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi pada hari penamaan calon. (9) Selepas tamat tempoh penamaan calon, senarai nama calon mengikut kawasan pemilihan yang dipertandingkan akan dipaparkan di laman web yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP atau di papan notis rasmi Universiti atau di tempat lain di Universiti yang mudah dilihat sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. 2. TATACARA BANTAHAN PENAMAAN CALON (1) Mana-mana pelajar ijazah dasar yang berhasrat untuk membantah ( Pembantah ) pencalonan seseorang calon dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM 25.00 untuk setiap bantahan kepada Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti di Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaya. (2) Pembantah yang telah membuat pembayaran wang bantahan akan diberikan akses untuk memasuki sistem e-penamaan calon untuk membuat bantahannya dalam tempoh 2 jam yang ditetapkan. (3) Selepas tamat tempoh bantahan, keesahan setiap bantahan akan diputuskan secara atas talian (online) dan keputusan bantahan akan dimaklumkan kepada calon dan Pembantah melalui emel mereka masing-masing dan dipaparkan di laman web yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP dalam tempoh dua jam setengah selepas tamat tempoh bantahan. 3. TATACARA RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN BANTAHAN PENAMAAN CALON (1) Mana-mana Pembantah yang tidak berpuashati dengan keputusan bantahan atau calon yang pencalonannya telah ditolak dan berhasrat untuk merayu ( Perayu ) terhadap keputusan tersebut dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM25.00 untuk setiap rayuan kepada 33

Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti di Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaya. (2) Perayu yang telah membuat pembayaran wang rayuan akan diberikan akses untuk memasuki sistem e-penamaan calon untuk membuat rayuannya dalam tempoh satu jam yang ditetapkan. (3) Selepas tamat tempoh rayuan, keesahan setiap rayuan akan diputuskan secara atas talian (online) dan keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada calon dan Perayu melalui emel mereka masingmasing dan dipaparkan di laman web yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP dalam tempoh dua jam selepas tamat tempoh rayuan. 4. TATACARA KEMPEN (1) Wakil Calon Wakil calon ialah pelajar ijazah dasar yang dilantik oleh calon dari Fakulti/Pusat/Akademi yang sama atau dari zon yang sama dengan calon bagi mana-mana kawasan pemilihan MPP dan akan dikenali sebagai "Wakil Calon Kempen"; dan Tugas Wakil Calon Kempen adalah untuk menjalankan kerjakerja yang bersangkutan dengan kempen pemilihan MPP seseorang calon itu dan juga sebagai pemerhati di pusat pengundian sahaja. (2) Pelantikan (c) (d) Setiap calon boleh melantik tidak melebihi tujuh (7) orang Wakil Calon Kempen; Bagi tujuan pelantikan Wakil Calon Kempen, calon hendaklah mengisi BORANG 8; Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP akan mengeluarkan tanda nama khas bagi setiap Wakil Calon Kempen sebagai tanda pengenalan diri; dan Wakil Calon Kempen hendaklah terdiri daripada pelajar ijazah dasar yang tidak mempunyai rekod kesalahan tatatertib. 34

(3) Pihak yang dibenarkan berkempen (c) (d) (e) (f) Calon, pencadang calon, penyokong pencadangan calon dan Wakil Calon Kempen dibenarkan berkempen; Calon hendaklah memastikan bahawa pencadang calon, penyokong pencadangan calon dan Wakil Calon Kempen hanya berurusan dengan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP dan tidak melibatkan pihak luar atau pihak dalam Universiti bersabit dengan Pemilihan MPP; dan Calon, pencadang calon, penyokong pencadangan calon dan Wakil Calon Kempen yang ingin mengadakan kempen berbentuk pidato umum hendaklah memohon secara bertulis dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. Permohonan dan jadual kempen hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Jawatankuasa Pelaksana MPP bagi kempen yang ingin diadakan di semua tempat terbuka di dalam Kampus selain di Fakulti dan kolej kediaman. Sekiranya kempen pidato umum tersebut ingin diadakan di kawasan Fakulti, kebenaran bertulis daripada Dekan Fakulti yang berkenaan hendaklah diperolehi sekurang-kurangnya dua (2) jam sebelum kempen diadakan. Sekiranya kempen pidato umum tersebut ingin diadakan di kawasan kolej kediaman, kebenaran bertulis daripada Pengetua kolej kediaman yang berkenaan hendaklah diperolehi sekurangkurangnya dua (2) jam sebelum kempen diadakan. Pembesar suara, pelaung suara, penguat suara atau alat seumpamanya yang lain dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan kempen dalam tempoh berkempen sahaja di kawasan terbuka sahaja. (4) Kawasan Kempen Kawasan kempen merujuk kepada Kampus Universiti Malaya atau mana-mana kawasan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP; Kawasan-kawasan yang dilarang adalah perpustakaan, dewan peperiksaan, surau, Balai Islam, bilik bacaan, bilik-bilik penghuni dan blok koridor kolej kediaman; 35

(c) (d) Calon, pencadang calon, penyokong pencadangan calon dan Wakil Calon Kempen boleh berkempen dalam bilik kuliah dengan kelulusan Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Akademi untuk tempoh tidak melebihi sepuluh (10) minit seorang dengan syarat tiada kuliah/tutorial sedang berjalan dan bilik kuliah itu tidak digunakan untuk kuliah atau tutorial yang berikutnya; dan Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab ke atas apaapa yang berlaku kepada mana-mana p e l a j a r a t a u apaapa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap mana-mana pelajar yang mengadakan kempen di luar Kampus. (5) Larangan sewaktu Berkempen Sebarang ucapan yang menyentuh peribadi orang perseorangan atau kumpulan, menghasut untuk melakukan keganasan dan kerosakan baik pada diri mahupun pada harta benda dan isu-isu seperti perkauman serta agama adalah dilarang; (c) (d) Sebarang paksaan, ugutan dan deraan dalam apa jua bentuk terhadap orang perseorangan sama ada secara fizikal atau mental adalah dilarang; Calon, pencadang calon, penyokong pencadangan calon, Wakil Calon Kempen dan mana-mana pelajar tidak dibenarkan memberi sebarang hadiah/cenderamata bagi tujuan meraih undi; dan Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi Kod Tatakelakuan Aktivitiaktiviti Politik Di Dalam Kampus Universiti Malaya sepanjang menjalankan sebarang aktiviti kempen. (6) Tempoh Kempen Semua calon Pemilihan MPP dibenarkan untuk berkempen dalam tempoh seperti yang telah ditetapkan dalam notis Pemilihan MPP yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. (7) Poster, Biodata, Manifesto dan Kain Pemidang Calon hendaklah mempunyai biodata dan manifesto untuk berkempen; Calon, pencadang calon, penyokong pencadangan calon atau Wakil Calon Kempen tidak dibenarkan mencetak, 36

mempamer atau mengedar apa-apa poster, kain pemidang, atau menggunakan apa-apa bentuk sebaran lain bagi tujuan kempen tanpa kebenaran terlebih dahulu dari Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP; (c) (d) Poster, kain pemidang, kertas biodata dan manifesto calon hendaklah dicetak oleh calon atas kos dan perbelanjaan calon sendiri setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP; Bagi maksud penyediaan poster, kain pemidang, kertas biodata dan manifesto, calon hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut: (i) Poster: Hanya mengandungi gambar, nama, nombor calon, fakulti dan kawasan pemilihan calon; Mengikut format di Rajah 1; (c) Saiz poster tidak boleh melebihi saiz kertas A4; (d) Warna poster adalah bebas; (e) Tidak boleh mengandungi apa-apa logo atau simbol; dan (f) Satu poster hanya untuk satu calon sahaja. (ii) Kain Pemidang: Hanya mengandungi gambar, nama, nombor calon, fakulti dan kawasan pemilihan calon; Mengikut format di Rajah 2; (c) Saiz kain pemidang tidak boleh melebihi 4 meter panjang dan 1 meter lebar; (d) Warna kain pemidang adalah bebas; (e) Tidak boleh mengandungi apa-apa logo atau simbol; dan (f) Satu kain pemidang hanya untuk satu calon sahaja. (iii) Biodata dan Manifesto: Biodata dan Manifesto hendaklah dicetak di atas kertas bersaiz A4 mengikut format di Rajah 3; Hendaklah dicetak di atas kertas berwarna putih sahaja; (c) Manifesto hendaklah mengandungi pernyataan mengenai hal ehwal akademik dan kebajikan pelajar; dan (d) Tidak boleh mengandungi apa-apa logo atau simbol. 37

(e) (f) (g) (h) Mana-mana poster, kain pemidang, biodata dan manifesto yang tidak mematuhi syarat-syarat seperti dinyatakan di perenggan (d) di atas boleh diturun atau ditanggalkan oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan mengenai hal ehwal keselamatan Universiti. Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas manamana pelajar yang cuba menghasut supaya menurunkan dan merosakkan poster, kain pemidang, biodata dan manifesto mana-mana calon; Poster boleh digantung dengan cara yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. Penggunaan cat, gam dan apa-apa bahan di dinding bangunan/bahagian bangunan tidak dibenarkan; G ambar bagi tujuan poster dan kertas biodata hendaklah menggunakan gambar sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP; dan Calon adalah bertanggungjawab untuk memastikan poster, kain pemidang, biodata dan manifestonya diturunkan atau ditanggalkan dalam tempoh dua puluh empat jam (24) selepas hari pengundian. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan wang cagaran calon dilucuthak. (8) Aduan Terhadap Pelanggaran Tatacara Kempen (c) Mana-mana pelajar yang ingin membuat aduan tentang pelanggaran tatacara kempen oleh mana-mana pelajar boleh memuatturun borang aduan yang disediakan di laman web yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan bukti-bukti dan diserahkan ke kaunter di Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni untuk diuruskan oleh pihak berkuasa yang dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP. Pihak berkuasa yang dilantik untuk menguruskan aduan tersebut boleh membuat keputusan berhubung aduan tersebut. 5. TATACARA BANTAHAN TERHADAP KEPUTUSAN PEMILIHAN Mana-mana pelajar yang berhasrat untuk membantah ( Pembantah ) keputusan Pemilihan menurut Peraturan 35 (1) Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM 25.00 bagi setiap bantahan kepada Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti. 38

Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis di atas borang yang ditetapkan dan disyaratkan bersama dengan resit pembayaran bantahan kepada Panel Bantahan yang ditubuhkan di bawah Peraturan 35 Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP. 6. TATACARA RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN PEMILIHAN Mana-mana Pembantah yang tidak berpuas hati dengan keputusan bantahan atau calon yang kemenangannya terbatal kerana bantahan diterima, dan berhasrat untuk merayu ( Perayu ) menurut Peraturan 35 (7) Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap rayuan kepada Bursar atau pekerja Universiti yang diberi kuasa oleh Bursar Universiti. Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis di atas borang yang ditetapkan dan disyaratkan bersama dengan resit pembayaran rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP menurut Peraturan 35 (9) Peraturan-Peraturan Pemilihan MPP. 39

RAJAH 1 Format Poster 40

RAJAH 2 Format Kain Pemidang 41