MANUAL PENGGUNA Aplikasi Mudah Alih KPM ekeberadaan Guru (e-operasi) PERANAN: PENTADBIR SEKOLAH Hakcipta Terpelihara 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia
KANDUNGAN 1.0 Pengenalan...- 2-2.0 Kategori Pengguna...- 2-2.1 Pengetua/Guru Besar...- 2-3.0 Muat Turun... Error! Bookmark not defined. 4.0 Penyataan Penafian...- 2-5.0 Proses Kerja Aplikasi Mudah Alih KPM e-keberadaan Guru (e-operasi). - 3-6.0 Antara Muka Aplikasi Mudah Alih ekeberadaan Guru...- 4-6.1 Laman Utama Aplikasi Mudah Alih ekeberadaanguru...- 4-6.2 Sah Keberadaan...- 5-6.3 Proses Pengesahan Keberadaan...- 6-6.4 Laporan...- 7-6.5 Senarai Laporan...- 8-6.6 Pengenalan...- 9-6.7 Hubungi...- 10-7.0 Log Keluar...- 11 - - 1 -
1.0 Pengenalan Aplikasi Mudah Alih KPM ekeberadaan Guru adalah sub modul keberadaan guru yang diambil daripada sistem eoperasi bagi membantu pihak pentadbir dalam melaksanakan proses pengesahan keberadaan guru dengan lebih mudah dan cepat. Sasaran utama pengguna aplikasi mudah alih ini adalah pihak Pentadbir Sekolah yang dilihat sentiasa bergerak di luar premis sekolah. Dengan adanya aplikasi mudah alih ini, proses pengesahan keberadaan yang perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pendaftaran dapat dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana tanpa perlu berada di permis. 2.0 Kategori Pengguna Sasaran pengguna utama modul ini ialah Pengetua dan Guru Besar sekolah. Perincian adalah seperti berikut: 2.1 Pengetua/Guru Besar 2.1.1 Hanya Pengetua/Guru Besar yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini. 3.0 Muat Turun Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Google Play Store untuk pengguna android, Apple Store untuk pengguna ios dan Microsoft Store untuk pengguna Windows. Selain daripada itu, aplikasi ini juga boleh dimuat turun melalui gerbang Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) di url http://gamma.malaysia.gov.my/#/home. 4.0 Penyataan Penafian PENAFIAN: Pengguna aplikasi web bertanggungjawab untuk merahsiakan pengenalan identiti pengguna masing-masing. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan pengenalan identiti pengguna dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna. - 2 -
5.0 Proses Kerja Aplikasi Mudah Alih KPM e-keberadaan Guru Mul *Pegawai Daftar Keberadaan Guru (Pembantu Tadbir) telah lakukan proses daftar keberadaan guru dan membuat pengesahan pada laman sesawang https://eoperasi.moe.gov.my. PGB Membuat semakan maklumat keberadaan yang didaftar oleh Pegawai Daftar Keberadaan Guru Membuat pengesahan Data Keberadaan Guru di dalam sistem Tamat Petunjuk: PGB : PENGETUA / GURU BESAR - 3 -
6.0 Antara Muka Aplikasi Mudah Alih ekeberadaan Guru 6.1 Laman Utama Aplikasi Mudah Alih ekeberadaan Guru 6.1.1 Laman utama Aplikasi Mudah Alih ekeberadaan Guru memaparkan Log Masuk ke aplikasi tersebut. Pengguna boleh log masuk dengan mengisi Login ID, Kata laluan dan No KP. Butiran tersebut adalah sama seperti yang digunakan untuk log masuk ke dalam sistem e-operasi. 6.1.2 Klik butang Log Masuk untuk mengakses kedalam sistem. - 4 -
6.2 Sah Keberadaan 6.2.1 Setelah berjaya log masuk, pilih menu SAH KEBERADAAN untuk mengesahkan keberadaan guru. 6.2.2 Sila pilih tarikh untuk mengesahkan keberadaan guru. Tarikh yang dipaparkan adalah hanya untuk tempoh 30 hari sahaja. - 5 -
6.3 Proses Pengesahan Keberadaan 6.3.1 Setelah tarikh yang dikehendaki dipilih, No KP, nama dan sebab keberadaan guru akan dipaparkan. Untuk makluman, hanya guru yang didaftarkan keberadaannya sahaja akan disenaraikan. Pentadbir haruslah menyemak senarai yang didaftarkan dan kemudian klik pada column TINDAKAN PENTADBIR pada guru yang hendak disahkan keberadaannya. Jika guru tersebut hadir ke sekolah seperti biasa, maklumat keberadaan guru tersebut akan disahkan secara automatik apabila pengesahan dilakukan. 6.3.2 Klik butang SAHKAN KEBERADAAN UNTUK HARI INI bagi membuat pengesahan keberadaan guru tersebut. - 6 -
6.4 Laporan 6.4.1 Pilih menu LAPORAN untuk jana laporan guru yang diperlukan. Paparan seperti diatas akan dipaparkan. 6.4.2 Pilih tahun, bulan dan guru yang berkenaan. Kemudian tekan butang PAPAR. - 7 -
6.5 Senarai Laporan 6.5.1 Laporan Keberadaan Guru mengikut bulan akan dipaparkan. - 8 -
6.6 Pengenalan Klik PENGENALAN 6.6.1 Pilih menu pengenalan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Aplikasi Mudah Alih KPM ekeberadaan Guru (e-operasi). - 9 -
6.7 Hubungi 6.7.1 Klik pada menu hubungi. Paparan seperti diatas akan dipaparkan. - 10 -
7.0 Log Keluar 7.0.1 Klik pada menu MORE dan paparan untuk LOGOUT akan dipaparkan. 7.0.2 Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan KELUAR bagi menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini adalah langkah keselamatan agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan. - 11 -