Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

dokumen-dokumen yang mirip
2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 14 AUDIT DALAMAN

~I~~I Msci ~..I,.!~.~ I

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan. Kekerapan Keahlian Terma Rujukan (TOR)

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

LAPORAN KETUA JURUAUDIT AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2004 TAHUN 2015

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR MEDIA SOSIAL UNIVERSITI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (JURUTRENGKAS) GRED N17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

OPERASI PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANCELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) KOD DOKUMEN: UPM/OPR/HEPA/P001

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

PEJABAT STRATEGI KORPORAT & KOMUNIKASI (COSCOMM) PERMOHONAN MEMASANG BAHAN PUBLISITI (BILLBOARD/BANNER/BUNTING/POSTER)

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

Prosedur ini disediakan untuk menerangkan kawalan dokumen yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 UPSI meliputi:

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

2. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & PENGEMBANGAN ILMU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENERIMAAN PELAWAT LUAR NEGARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI

Transkripsi:

Tajuk: POLISI MEDIA Edisi 1.0 Nombor Fail UPM/PNC/BKK/POLISI MEDIA 01/2009 Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia Panduan Semua Kakitangan UPM Pihak Berkuasa Naib Canselor Pegawai Bertanggungjawab Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat Pejabat Bertanggungjawab Bahagian Komunikasi Korporat Tarikh Berkuatkuasa 15 April 2009 Tarikh Kajian Semula Tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pengurusan UPM Peraturan atau Perundangan Berkaitan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) 1 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

1.0 SKOP 1.0 Polisi ini digunapakai kepada semua kakitangan UPM. 2.0 URUS TADBIR 2.1 Lembaga Pengarah Universiti mempunyai kuasa untuk mengekalkan dan membina reputasi secara konsisten dengan strategi universiti, strategi komunikasi korporat dan polisi ini termasuk penjenamaan korporat, pemasaran, publisiti dan aktiviti penyampaian maklumat. Kuasa ini adalah sejajar dengan peruntukan di bawah Seksyen 16 di dalam AUKU pindaan 2009, bahawa Lembaga adalah badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi universiti. Selain itu, Seksyen 16(3) di dalam AUKU pindaan 2009 juga menambah lima kuasa tambahan kepada Lembaga iaitu: (a) mengadakan perancangan pengawasan yang strategik bercirikan pendidikan dan misi universiti; (b) menggalakkan pengurusan yang cekap; (c) membangunkan hubungan dengan masyarakat, sektor korporat dan industri; (d) memupuk hubungan global dan pengantarabangsaan; dan (e) memastikan pelaksanaan dan kepatuhan kepada Perlembagaan, undang-undang dan dasar-dasar Universiti. 3.0 JENIS KOMUNIKASI MEDIA 3.1 Perhubungan universiti dengan media boleh dikategorikan mengikut jenis komunikasi media seperti Pernyataan Awam, Pemasaran Media dan Berita, dan Komunikasi Korporat, seperti berikut: PERNYATAAN AWAM (a) Peraturan 18(4), Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surjac) 2000 [Akta 605] menyatakan pernyataan awam termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar 2 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya. PEMASARAN MEDIA DAN BERITA (b) pengeluaran kenyataan media, pernyataan dan bahan penerbitan promosi untuk program akademik, perkhidmatan universiti, pencapaian (termasuk pencapaian ahli akademik, kakitangan, pelajar atau graduan), aktiviti penyelidikan, perundingan, perkhidmatan profesional, pengkomersialan, pengiklanan serta acara yang dilaksanakan oleh universiti. KOMUNIKASI KORPORAT (c) komunikasi berkaitan isu umum kampus atau isu yang berkaitan kontroversi atau isu yang dikategorikan sensitif atau isu yang signifikan (terutamanya pengurusan krisis komunikasi dalam universiti) 4.0 PERNYATAAN AWAM 4.1 Objektif utama universiti ialah untuk mewujudkan, mengembang dan menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat. Justeru, perhubungan media dengan kakitangan universiti perlu dilaksanakan dengan konsisten, menggunakan kaedah dan cara komunikasi yang lebih profesional supaya universiti dapat menyalurkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat terutamanya berkaitan penemuan baharu melalui aktiviti penyelidikan dengan lebih berkesan; 4.2 Kakitangan universiti perlu memahami, menghayati dan mematuhi peraturan membuat pernyataan awam dan larangan bertindak sebagai seorang penyunting, dsb., dalam mana-mana penerbitan seperti terkandung di dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surjac) 2000 [Akta 605]: Membuat Pernyataan Awam 3 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

Peraturan 18, Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surjac) 2000 [Akta 605] 18. (1) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain (a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan badan berkanun atau kerajaan tentang apa-apa isu; (b) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama badan berkanun atau kerajaan; (c) membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan badan berkanun atau kerajaan; (d) mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, samada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain. (2) Seseorang pegawai tidak boleh, samada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain (a) membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan badan berkanun atau kerajaan; (b) memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi badan berkanun; (c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan badan berkanun atau kerajaan; atau (d) menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian samada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain, melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri. 4 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

(3) Subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi apaapa ulasan, maklumat atau penjelasan yang dibuat, diberikan atau disebarkan jika kandungan ulasan, maklumat atau penjelasan itu telah diluluskan oleh Menteri. (4) Bagi maksud peraturan ini, pernyataan awam termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apaapa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya. Larangan Bertindak Sebagai Seorang Penyunting, dsb., dalam Mana-Mana Penerbitan Peraturan 19, Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] 19. Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting bagi, atau mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan, atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa sumbangan kewangan atau selainnya kepada, mana-mana penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar, majalah atau jurnal, tanpa mengambil kira cara surat khabar, majalah atau jurnal itu diterbitkan, kecuali penerbitan yang berikut: (a) (b) (c) (d) penerbitan jabatan; penerbitan profesional penerbitan organisasi sukarela yang tidak bercorak politik; dan penerbitan yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pengarah bagi maksud peraturan ini. 4.3 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605], Peraturan 18 dan 19, memperuntukan larangan yang jelas kepada pegawai awam terhadap pernyataan awam dan larangan bertindak sebagai seorang penyunting, dsb., dalam mana-mana penerbitan. Oleh itu, kakitangan universiti hendaklah bertanggungjawab terhadap pernyataan awam yang 5 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

dibuat dan hendaklah memastikan pernyataan awam tersebut tidak mempunyai kepentingan peribadi, tidak bersifat diskriminasi, tidak menyentuh dasar kerajaan, tidak menyentuh dasar universiti, tidak menghina mana-mana individu, tidak menjatuhkan maruah individu atau institusi, tidak menyentuh sensitiviti mana-mana agama, adat dan budaya, dan sentiasa konsisten dengan arahan membuat pernyataan awam; 4.4 Bahagian Komunikasi Korporat bertanggungjawab menyokong, menasihat dan membantu kakitangan universiti untuk berhubung secara efektif dan profesional dengan pihak media supaya pernyataan awam atau perhubungan yang dibuat dengan media tidak melanggar Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]; Permohonan Media 4.5 Semua permohonan daripada pihak media untuk mendapatkan komen atau ulasan daripada kakitangan universiti, pihak media berkenaan perlu merujuk terlebih dahulu kepada Bahagian Komunikasi Korporat. Kakitangan Diminta/Dihubungi Untuk Memberi Pernyataan Awam oleh Media 4.6 Kakitangan universiti yang diminta oleh media untuk memberi komen atau ulasan, maka kakitangan berkenaan hendaklah berhubung dengan Bahagian Komunikasi Korporat terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan, dan Bahagian Komunikasi Korporat akan memastikan bahawa sebarang pertanyaan atau maklum balas daripada universiti dapat diselaraskan dan dilaksanakan secara konsisten. Kakitangan Diminta Memberi Pernyataan Awam Secara Terus oleh Media 4.7 Sekiranya dalam situasi tertentu (contoh: semasa majlis), kakitangan universiti yang diminta memberi komen atau ulasan secara terus oleh pihak media, mereka hendaklah menahan diri daripada membuat sebarang pernyataan. Walaubagaimanapun, sekiranya di dalam situasi yang tidak dapat ditolak, kakitangan universiti hanya boleh memberi maklum balas berkaitan dengan bidang kepakaran profesional mereka sahaja seperti 6 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan profesional. Bagaimanapun, komen atau ulasan atau sebarang pernyataan awam yang dikeluarkan masih tertakluk kepada Akta Badan- Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. 4.8 Para penyelidik/pensyarah yang mana dalam semua keadaan mereka tidak boleh membuat apa-apa pernyataan tertentu kepada pihak lain berhubung hasil dan produk penyelidikan mereka sebelum mendapat pelepasan daripada Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) untuk berbuat demikian dengan tujuan supaya tidak menjejaskan harta intelek universiti. Permohonan Bahagian Komunikasi Korporat 4.9 Bahagian Komunikasi Korporat boleh meminta pandangan, ulasan atau komen daripada mana-mana kakitangan universiti untuk mendapatkan kepakaran profesional mereka dalam bidang berkaitan bagi tujuan memenuhi permintaan daripada pihak media, menganalisis isu-isu berkaitan, perkara-perkara yang berkaitan hal ehwal korporat atau penjenamaan universiti. 5.0 PEMASARAN MEDIA DAN BERITA 5.1 Bahagian Komunikasi Korporat bertanggungjawab terhadap penulisan dan penyebaran berita serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan media untuk menyokong strategi pemasaran universiti. 5.2 Antara peranan Bahagian Komunikasi Korporat selari dengan klausa 5.1, ialah menyokong promosi universiti melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan iaitu: (a) mengurus dan menyediakan kenyataan media dalam website (a) melaksanakan rancangan promosi melalui media (b) menawarkan khidmat nasihat kepada fakulti, institut, pusat dan PTJ yang lain terhadap isu-isu yang boleh memberi kesan terhadap imej dan reputasi PTJ (isu-isu yang berpotensi mendapat liputan media) 7 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

(c) memantau saluran media, menilai dan melaporkan kepada universiti terhadap bahan-bahan yang diterbitkan (d) mewujudkan perhubungan berkesan dengan pihak media tempatan dan antarabangsa (e) membantu mana-mana kakitangan universiti mengenai kaedah menulis pandangan dan kritikan yang tepat dan berkesan (f) membantu pegawai akademik dan kakitangan universiti dalam membuat persediaan temubual bersama media termasuk memberikan latihan dan membuat pemantauan (g) menulis dan menilai kenyataan media (h) memantau prestasi dan kesan promosi melalui media terhadap universiti (i) membantu pengurusan kes kontroversi atau isu sensitif yang melibatkan media (pengurusan krisis komunikasi) 5.3 Bagi melicinkan pelaksanaan tanggungjawab dalam klausa 5.2 di atas, Naib Canselor boleh membenarkan kakitangan universiti memberi kenyataan kepada media, atau memetik pernyataan di atas kapasiti portfolio atau kepakaran mereka, bertujuan menyokong promosi melalui media (contoh iklan) atau aktiviti pemasaran universiti. Walaubagaimanapun, kebenaran yang diberikan oleh Naib Canselor tersebut tidak akan melepaskan kakitangan universiti untuk mematuhi Peraturan 18, Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. 5.4 Ketua PTJ bertanggungjawab memaklumkan kepada Naib Canselor atau Bahagian Komunikasi Korporat mengenai sebarang aktiviti termasuk aktiviti yang berpotensi menarik perhatian media yang dilaksanakan di peringkat PTJ masingmasing; 5.5 Dalam membangunkan dan menyelaras promosi melalui media, Bahagian Komunikasi Korporat bertanggungjawab melaksanakan penilaian secara berterusan terhadap nilai berita universiti. 8 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

5.6 Tertakluk kepada klausa 5.4, Bahagian Komunikasi Korporat juga bertanggungjawab memastikan liputan media dibuat secara menyeluruh terhadap Fakulti dan Institut yang menawarkan program pengajian dan menjalankan aktiviti penyelidikan. 6.0 KOMUNIKASI KORPORAT 6.1 Bahagian Komunikasi Korporat bertanggungjawab membantu Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan pegawai-pegawai utama universiti dengan memberikan nasihat strategik terhadap reputasi korporat dan imej universiti, termasuk menyelaras strategi komunikasi, membantu pengurusan isu-isu kritikal dan aktiviti komunikasi yang berkaitan. 6.2 Bahagian Komunikasi Korporat juga bertanggungjawab membantu Naib Canselor dalam melaksanakan operasi komunikasi korporat seperti berikut: (a) merancang dan melaksanakan komunikasi korporat dan perancangan media (b) menulis kenyataan media, ucapan, dan cadangan pendapat untuk pernyataan awam (c) mengadakan temu duga dan sidang media (d) menulis dan menerbitkan laporan tahunan (e) mewujudkan dan mengekalkan hubungan efektif dengan media tempatan dan antarabangsa terutamanya yang berkaitan dengan matlamat komunikasi korporat Naib Canselor (f) memantau hasil aktiviti komunikasi yang berkaitan dengan matlamat universiti (g) membantu pengurusan isu kritikal atau krisis komunikasi (h) membantu jurucakap rasmi universiti berkaitan perkaraperkara di atas. 9 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

6.3 Semasa melaksanakan pengurusan isu-isu kritikal atau krisis Komunikasi, Bahagian Komunikasi Korporat boleh mendapatkan maklumat secara terus (contoh data, laporan dsb.) daripada PTJ berkenaan bagi membantu persediaan pernyataan awam untuk Naib Canselor atau mana-mana Jurucakap Rasmi Universiti yang diberi kuasa oleh Naib Canselor. Semua Ketua PTJ hendaklah memberi kerjasama dan memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat, jelas dan tidak mempunyai sebarang keraguan; 6.4 Bahagian Komunikasi Korporat akan membuat semakan terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Perundang-Undangan mengenai apa-apa isu atau pernyataan semasa mengendalikan krisis komunikasi dalam universiti sebelum disebarkan kepada pihak media atau mana-mana pihak luar. 6.5 Ketua PTJ bertanggungjawab memaklumkan kepada Naib Canselor atau Bahagian Komunikasi Korporat mengenai sebarang isu atau peristiwa yang berlaku di PTJ masing-masing yang boleh menjejaskan reputasi dan kepentingan universiti. 7.0 JURUCAKAP UNIVERSITI Naib Canselor Sebagai Jurucakap Universiti Utama 7.1 Naib Canselor merupakan Jurucakap Universiti Yang Utama terhadap perkara-perkara yang berkaitan urus tadbir, pelan strategi dan pengurusan universiti. Naib Canselor mempunyai keutamaan dalam semua komunikasi media dan boleh melaksanakan sebarang kuasa yang diperuntukan di bawah polisi ini. Timbalan Naib Canselor Sebagai Jurucakap Rasmi Universiti 7.2 Timbalan Naib Canselor dilantik oleh Naib Canselor sebagai Jurucakap Rasmi Universiti dan diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk menyampaikan pendirian universiti terhadap isu-isu korporat yang mempunyai impak terhadap universiti atau isu yang signifikan dengan 10 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

portfolio masing-masing atau situasi yang berkaitan kontroversi atau isu-isu sensitif yang berlaku di dalam universiti (terutamanya yang berkaitan dengan portfolio). Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Sebagai Jurucakap Rasmi Universiti 7.3 Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat dilantik oleh Naib Canselor sebagai Jurucakap Rasmi Universiti dan diberi kuasa oleh Naib Canselor, untuk menyampaikan maklumat aktiviti universiti atau menyampaikan pendirian universiti terhadap isu-isu yang berkaitan kontroversi atau isu-isu sensitif yang berlaku di dalam universiti. Bagaimanapun sebarang kenyataan secara bertulis atau lisan yang dikeluarkan hendaklah berunding dan mendapat persetujuan daripada Naib Canselor terlebih dahulu. Ketua Bahagian Komunikasi Korporat boleh memohon Timbalan Naib Canselor atau pegawaipegawai kanan universiti untuk memberi maklumat yang berkaitan bagi mengurus isu-isu berkaitan kontroversi atau pengurusan krisis komunikasi. Jurucakap 7.4 Naib Canselor boleh memberi kuasa samada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana kakitangan universiti yang lain (contoh: Dekan Fakulti, Pengarah Institut, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ketua Pentadbiran, Pasca Siswazah, Ketua Pentadbiran, Pra Siswazah) bertindak sebagai Jurucakap bagi pihak universiti terhadap isuisu umum atau isu-isu spesifik yang berkaitan dengan portfolio masing-masing. Perhubungan Media 7.5 Tertakluk kepada perkara di atas, Jurucakap Rasmi Universiti diberi kuasa untuk berhubung dengan media atau memberikan kenyataan media setelah mendapat nasihat daripada Bahagian Komunikasi Korporat, tanpa kelulusan lanjut daripada Naib Canselor terhadap perkara-perkara yang mana Naib Canselor telah memberi 11 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009

kuasa tertentu terhadap kedudukan mereka, samada secara lisan atau pun bertulis. 7.6 Sekiranya Naib Canselor tidak memberi kuasa tertentu yang berkaitan dengan kedudukan masing-masing, Jurucakap Rasmi Universiti perlu berunding dengan Naib Canselor terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan kepada media. 7.7 Dalam kes krisis komunikasi tertentu, di mana komunikasi dengan Naib Canselor tidak dipraktikkan di bawah klausa 7.6, Jurucakap Rasmi Universiti perlu berbincang dengan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat sebelum membuat kenyataan kepada media. 7.8 Pertanyaan daripada media tentang hal ehwal korporat universiti, perlu merujuk kepada Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat terlebih dahulu. Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat akan menyelaras penyebaran maklumat korporat berkaitan atau menamakan pegawai bertanggungjawab setelah berunding dengan Naib Canselor. 7.9 Semua isu atau krisis yang melibatkan perundangan, Jurucakap Rasmi Universiti atau Jurucakap Universiti perlu mendapatkan nasihat atau pandangan terlebih dahulu daripada Bahagian Perundangan Universiti ; 7.9 Terma rujukan terhadap Jurucakap Rasmi Universiti hanya untuk tujuan polisi ini sahaja dan jawatan ini tidak rasmi digunakan oleh mana-mana pegawai lain dalam perhubungan media melainkan diberi kelulusan oleh Naib Canselor atau pegawai yang diberi kuasa oleh Naib Canselor. 8.0 PELANGGARAN POLISI 8.1 Mana-mana kakitangan universiti yang tidak mematuhi polisi ini dan memberikan kesan negatif kepada reputasi dan kepentingan universiti, maka kakitangan berkenaan boleh diambil tindakan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. 12 Polisi Media 15 April 2009 : Edisi 01/2009