KERTAS KERJA SEMINAR ICT & KOMUNIKASI (SIKOM14) KOLEJ DATO ONN TARIKH (RABU) TEMPAT BILIK SENAT & BILIK MAJLIS, BANGUNAN CANSELORI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN EKSEKUTIF ICT DAN PENERBITAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ DATO ONN SESI 2013 / 2014 TEMA ICT & KOMUNIKASI DALAM ERA TRANSFORMASI
KERTAS KERJA SEMINAR ICT & KOMUNIKASI (SIKOM14) KOLEJ DATO ONN SESI 2013/2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk menjalankan program SEMINAR ICT & KOMUNIKASI (SIKOM14). 2.0 PENGENALAN Seminar ICT & Komunikasi (SIKOM14) merupakan salah satu program anjuran Eksekutif ICT & Penerbitan Kolej Dato Onn untuk memberi peluang kepada para pelajar IPTA, ahli-ahli akademik mahupun organisasi luar untuk membentangkan kertas konsep dan hasil penyelidikan mereka dalam bidang ICT dan Komunikasi. Matlamat Seminar ICT & Komunikasi 2014 ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemajuan dan potensi para pelajar mahupun mana-mana organisasi dalam mengekalkan penerbitan yang berprestij tinggi. Seminar ini juga adalah bertujuan untuk merealisasikan matlamat pendidikan di UKM iaitu untuk melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan, beretika dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa, selaras dengan wawasan universiti untuk membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia. Seterusnya, program sebegini juga belum lagi dianjurkan oleh mana-mana wakil antara kolej-kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia dan wakil Kolej Dato Onn berhasrat untuk mengadakan program ini dalam menyahut misi dan visi UKM untuk mengekalkan taraf kolej sebagai Kolej Akademik. Hal ini seterusnya dapat membuktikan bahawa Kolej Dato Onn masih menjadi kolej yang sentiasa mendapat tempat yang pertama antara semua kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia sejajarnya dengan moto kolej Pertama Dalam Semua. Walaupun warga Kolej Dato Onn mempunyai pelbagai bangsa dan agama, namun ini tidak menjadi halangan semasa bekerjasama menjayakan program ini. Tema bagi Seminar ICT dan Komunikasi (SIKOM14) ialah ICT & KOMUNIKASI DALAM ERA TRANSFORMASI. Tema ini dipilih bagi meluaskan lagi pengetahuan, input serta berkongsi pandangan terhadap isu jenayah siber antaranya yang semakin meluas dalam negara serta apa langkah keselamatan demi mencegahnya daripada barisan panel yang hebathebat belaka. Pemilihan tema ini dijalankan dengan penuh teliti melalui penilaian terhadap beberapa aspek. Antara aspek yang dinilai ialah aspek isu ICT dan Komunikasi terkini dan aspek penganjur program.
Penganjuran program ini juga dipercayai mampu untuk membantu pelajar memenuhi tuntutan lapan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Antara hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh peserta program ialah kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan maklumat, dan pembelajaran sepanjang hayat, nilai, sikap, etika dan profesionalisme, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, dan pendekatan saintifik kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, kemahiran pengurusan dan keusahawanan dan kemahiran kreatif dan inovatif dan ini akan mampu membantu pelajar menyiapkan diri untuk ke masa hadapan kelak. 3.0 MISI Melahirkan modal insan yang meiliki jati diri yang mapan, berkualiti, berilmu, bersahsiah tinggi, bertoleransi dan mampu berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain dalam memastikan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. 4.0 MATLAMAT Program ini dirancang dengan matlamat : 4.1 Melahirkan pelajar Kolej Dato Onn yang berdaya saing cemerlang dalam bidang akademik dan bersahsiah tinggi bagi menjadi individu terbilang kelak. 4.2 Memantapkan lagi keperibadian serta ilmu pengetahuan pelajar Kolej Dato Onn sejajar dengan isu-isu masa kini. 4.3 Melahirkan pelajar yang boleh menggarap pembelajaran sepanjang hayat melalui program pembudayaan ilmu. 5.0 OBJEKTIF 5..1 Menyediakan platform kepada pelajar untuk berkerjasama dengan pihak akademik dan pihak profesional dalam bidang ICT dan Komunikasi. 5..2 Mendedahkan pelajar kepada kajian dan kertas ilmiah terutama dalam bidang ICT dan Komunikasi. 5..3 Memantapkan lagi keperibadian serta ilmu pengetahuan pelajar dalam ICT dan Komunikasi sejajar dengan isu-isu masa kini. 5..4 Membuka platform kepada pelajar untuk bertukar pendapat dan berbincang mengenai penyelidikan dalam bidang ICT dan Komunikasi. 5..5 Melahirkan pelajar yang berdaya saing cemerlang dalam bidang akademik dan bersahsiah tinggi bagi menjadi individu terbilang kelak.
6.0 TEMA ICT & KOMUNIKASI DALAM ERA TRANSFORMASI 7.0 ANJURAN Eksekutif ICT dan Penerbitan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Dato Onn Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan Malaysia. 8.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : 26 Mac 2014 (Rabu) Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang 9.0 TEMPAT PROGRAM Tempat program yang dicadangkan ialah : Bilik Senat & Bilik Majlis Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan.
10.0 PUBLISITI Penyertaan bagi program ini adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA, ahli akademik mahupun mahupun organisasi luar. Antara langkah yang akan diguna untuk mempromosikan program ini ialah melalui paparan iklan di Digital Board UKM, poster, banner dan bunting. Seterusnya, program ini akan disiarkn melalui laman web kolej, group facebook kolej, e-warga serta e-pelajar UKM. Malah, hebahan akan turut dilakukan melalui radio-radio tempatan bagi memastikan para peserta ataupun kepada individu yang berminat mendapat berita serta informasi terkini berkaitan program. 11.0 CADANGAN PERASMI Perasmian Pembukaan 1. YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 2. YB Dato' Jailani Johari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 3. YBhg. Datuk Mohamed Thajudeen Bin Abdul Wahab Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Malaysia 12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah Peserta = 40 orang Jumlah Pembentang = 20 orang Jumlah Urusetia = 65 orang Jumlah VIP = 25 orang JUMLAH = 150 orang 13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B
15.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C 16.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat-menyurat: Pejabat Pentadbiran Am Kolej Dato Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. ( u/p: Nur Amira binti Zulkifli 017-371 8137) Tel: 03-8291 5103 / Faks: 03-8921 5117 Emel : naz_amira93@yahoo.com.my
STRUKTUR ORGANISASI SEMINAR ICT DAN KOMUNIKASI (SIKOM14) KOLEJ DATO ONN SESI 2013/2014 Penaung YBhg. Prof. Tan Sri. Dato Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor UKM LAMPIRAN A Pengerusi YBhg. Prof. Dato Ir. Dr. Othman A. Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Penyelaras Tn.Hj Musa Zainal Abidin Othman Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM Penasihat Kehormat Prof. Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal Pengetua Kolej Dato Onn Timbalan Penasihat Kehormat Prof Madya Dr. Jasri Bin Jamal Timbalan Pengetua Kolej Dato Onn Felo Penasihat En. Muhammad Adnan Bin Pitchan Ketua Eksekutif Pelajar Siti Nurhani Binti Ghazali
Ketua Pengarah Nur Amira Binti Zulkifli Timbalan Ketua Pengarah 1 Ezi Halizah Binti Mohd Muzli Timbalan Ketua Pengarah 2 Muhammad Fuad Bin Abd. Kadir Setiausaha Siti Nursyafiqah Binti Yaacob Bendahari Muhammad Fadhil Bin Saroni Jawatankuasa Penjadualan & Persidangan Sharmine Amira Anathasia Binti Jahari Jawatankuasa Protokol Mohamad Naufal Bin Mohd Nasrullah Antezem Jawatankuasa Kertas Kerja & Prosiding Mohamad Zulzafri Bin Kusaini Jawatankuasa Pemasaran Sarveswaran Pillai a/l Chandra Segaran Jawatankuasa Jamuan Nur Hedayah Nasheema Binti Hussin Jawatankuasa Sambutan & Pendaftaran Norarifah Izzati Binti Abdul Razak
Jawatankuasa Publisiti Muhammad Sufi Bin Musa Jawatankuasa Teknikal, Multimedia & TTK Muhammad Irfan Bin Zainal Abidin Jawatankuasa Sijil & Cenderamata Nurul Syuhadah Binti Shamsudin
LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM TARIKH / MASA PERKARA TEMPAT 26 Mac 2014 (Rabu) 8.00 9.00 pagi 9.00 9.30 pagi Pendaftaran peserta / Ketibaan VIP, Perasmi Majlis Perasmian Ucapan Ketua Pengarah Ucapan Pengetua KDO Ucapan Perasmi Bilik Senat, Canselori UKM 9.30 10.30 pagi 10.30 11.00 pagi 11.00 1..30 petang 1.30 2.45 petang 2.45-4.30 petang 4.30 5.00 petang 5.00 5.30 petang 5.30 petang Ucaptama Minum Pagi Pembentangan Selari I Makan Tengahari dan Solat Pembentangan Selari II Majlis Penutupan Minum Petang Bersurai Bilik Senat & Bilik Majlis Bilik Bankuasi (Aras 2) Bilik Senat & Bilik Majlis Bilik Senat, Canselori UKM Bilik Bankuasi (Aras 2)
LAMPIRAN C BELANJAWAN Anggaran Pendapatan BIL PERKARA RM Pendapatan / sumbangan Sumbangan Kolej Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) Lain-lain sumbangan 200 500 4 700 JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 5 400 Anggaran Perbelanjaan BIL PERKARA RM 1. Jamuan 2 625 VIP Minum pagi : 25 org x RM 5 Tengah hari : 25 org x RM 13 Minum petang : 25 org x RM 5 125 325 125 Pembentang / Urusetia : Minum pagi : 85 org x RM 4 Tengah Hari : 85 org x RM 10 Minum Petang : 85 org x RM 4 340 850 340 Peserta Minum pagi : 40 org x RM 3 Tengah hari : 40 org x RM 7 Minum petang : 40 org x RM 3 120 280 120
2. Sijil dan Cenderamata 1 105 Cenderamata Perasmi Cenderamata TNC HEPA Cenderamata Pengetua Cenderamata Ucaptama Goodie Bags Pembentang/Peserta 60 org x RM 12 Sijil (Peserta & Urusetia) 85 org x RM 1.00 100 100 50 50 720 85 3. Publisiti Banner : RM 40 x 1 Backdrop : RM 60 x 2 1 210 40 120 Bunting : RM 25 x 6 150 Baju F1 urusetia : RM60 x 15 900 4. Sambutan dan Pendaftaran Tag Nama Urusetia/Peserta: RM 3 x 85 org 255 5. Tugas-tugas Khas dan Keselamatan 205 JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 5 400