TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA KOD PROJEK: I-ECO/11 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR MADYA DR. SHAHRUL KAMARUDDIN AKADEMIA: PROFESOR DR. ISHAK ABD AZID DR. ABDUL RAHMAN OTHMAN DR. CHIN JENG FENG PROFESOR MADYA DR. CHIN YEE WHAH RAKAN INDUSTRI: CLASSA INDUSTRIAL (M) SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI TEMPOH: 15 OGOS 2011 15 NOVEMBER 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Objektif utama projek ini adalah untuk menggunakan alat dan teknik pembuatan bersandar untuk meningkatkan kecekapan dan menentukan aktiviti nilai tambah bagi memastikan syarikat boleh berdaya maju dan terus bersaing pada peringkat global. Di samping itu, projek ini juga akan memperkenalkan kaedah baharu dari aspek prosedur atau teknik pembuatan bersandar bagi pihak industri. Syarikat Classa Industrial (M) Sdn. Bhd. yang merupakan rakan industri dalam projek ini telah diberi pengetahuan terhadap usaha mengurangkan pembaziran dan penyelarasan nilai tambah aktiviti tersebut dalam semua aspek pembuatan lantai. Pemindahan ilmu kepada pihak industri telah dapat meningkatkan kualiti produk serta meminimumkan kos, masa, bahan mentah dan tenaga dalam proses pembuatan lantai yang seterusnya menjadikannya mampu bersaing dan maju di pasaran global.
2. IMPLEMENTASI PROJEK PERKARA BUTIRAN OBJEKTIF 1) Untuk memperkenalkan pengetahuan teknikal tentang satu alat dan teknik pembuatan bersandar dalam industri dan menjadikannya satu amalan harian. 2) Untuk menerima pakai alat dan teknik pembuatan bersandar bagi kemajuan aktiviti-aktiviti ke tahap yang seterusnya bagi industri pembuatan. 3) Untuk melaksanakan penyelesaian proses penambahbaikan alat dan teknik pembuatan bersandar dan meningkatkan keuntungan syarikat. 4) Untuk merekodkan dan menambah baik segala ilmu dan pengalaman daripada projek sebagai rujukan masa depan dan perkongsian ilmu. 5) Untuk berkongsi hasil dan pelajaran kepada industri lain dan memulakan program transformasi bersandar. AKTIVITI Peringkat 1: Peringkat 2: Peringkat 3: Peringkat 4: Peringkat 5: Pengetahuan asas mengenai alat dan teknik pembuatan bersandar. Permasalahan dan penyelesaian masalah bagi penambahbaikan yang berterusan. Penyediaan pelan pelaksanaan perintis. Prosedur bagi standard dan kawalan kebolehulangan. Pembelajaran proses dokumentasi, perkongsian dan penutupan. Industri: 1) Metodologi penambahbaikan bersandar telah diterima pakai di salah sebuah pusat pengeluaran. 2) Pengenalan konsep Lena six sigma. 3) Pengenalan konsep jig baharu. 4) Pengenalan konsep 5S di peringkat pengeluaran. OUTPUT IPTA: 1) Pengenalan parameter untuk pengelasan ultrasonik. 2) Pengiktirafan industri dan institusi lain membantu dari segi ilmu dan pengalaman sistem pembuatan bersandar. Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih diambil bekerja kerana mendapat pendedahan kepada alat dan teknik pembuatan bersandar. 2) Graduan pelatih memperoleh ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang cara menyelesaikan masalah terutama yang berkaitan dengan sistem pembuatan bersandar.
PEMEGANG TARUH & AGENSI 1) Universiti Sains Malaysia 2) Classa Industrial (M) Sdn. Bhd. Industri: 1) Peningkatan produktiviti melalui mengurangkan masa pemprosesan produk. 2) Peningkatan kualiti produk yang dihasilkan melalui pemprosesan dan prosedur yang lebih baik. 3) Peningkatan proses dan kecekapan. 4) Kesedaran dan kefahaman tentang pembuatan bersandar dari perspektif yang berkualiti telah meningkat 5) Peningkatan keselamatan persekitaran kerja. KEBERHASILAN IPTA: 1) Kedudukan dan kredibiliti universiti sebagai industri terkemuka yang berkaitan dengan pembekal pembuatan bersandar dicapai. 2) Pengiktirafan industri, terutamanya daripada MNC untuk membantu industri subkontraktor bagi mencapai akreditasi sehingga mencapai standard pembuatan antarabangsa. Pembangunan Modal Insan: 1) Peningkatan bakat graduan pelatih dalam bidang kejuruteraan dan pendedahan graduan pelatih kepada cabaran dan kaedah penyelesaian masalah secara kolaboratif dan global. 2) Tahap kesediaan kemahiran teknikal dan komunikasi graduan pelatih telah meningkat. 3) Graduan pelatih menamatkan pengajian ijazah sarjana di peringkat pascasiswazah.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek PROPOSAL 3 6 9 12 15 18 21 24 LAPORAN AKHIR B) Laporan Berkala Oleh Industri 6 9 12 15 18 21 24 LAPORAN AKHIR Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK Rakan Industri : Classa Industrial (M) Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 18 November 2014 Panel Penilai : 1) Dr. Marinah Awang (UPSI) 2) Profesor Madya Dr. Mohd Fareq Abd Malek (UNIMAP) ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri) SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2 A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 27% 25% B AKADEMIA (10%) 6% 6% C GRADUAN PELATIH (10%) 6% 6% D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 6% E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 19% 19% MARKAH KESELURUHAN (%) 65% 62% MARKAH SELEPAS KUMULATIF 64% PENILAIAN OLEH INDUSTRI: A) Penilaian Terhadap Akademia BIL PENILAIAN AKADEMIA SKALA PENILAIAN 1. Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri 3/5 2. Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri 3/5 3. Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5 4. Komitmen akademia terhadap projek 3/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan BIL PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN SKALA PENILAIAN 1. Sasaran objektif projek yang telah dicapai 3/5 2. Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri 4/5 C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih BIL PENILAIAN GRADUAN PELATIH SKALA PENILAIAN 1. Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek 3/5 2. Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu 3/5 3. Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan 2/5 4. Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5 Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Graduan telah menunjukkan dedikasi dan semangat ketika menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan. Mereka juga telah menunjukkan prestasi kerja secara profesional dan beretika. Syarikat Classa Industrial telah berpuas hati dengan cara kerja yang ditunjukkan dan mengharapkan mereka sentiasa maju jaya pada masa hadapan. Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Hasil daripada penilaian ke atas laporan kemajuan berkala, laporan akhir dan pemantauan panel penilai, projek ini didapati berada pada kategori jingga. Projek ini masih di peringkat penyelidikan dan projek perlu dipertingkatkan dan ditambah baik supaya pemindahan ilmu kepada industri boleh berlaku.
LAMPIRAN Lawatan panel penilai ke Classa Industrial (M) Sdn. Bhd. Teknik dan alat pembuatan bersandar yang telah dibangunkan akan meningkatkan persekitaran yang selamat
Sesi penerangan oleh ketua projek dan panel penilai mengenai projek yang telah dibangunkan Sesi penerangan mengenai objektif dan sasaran kerja yang perlu dicapai semasa pelatih berada di Classa Industrial (M) Sdn. Bhd.
Pelajar sedang meneliti proses kerja di Classa Industrial (M) Sdn. Bhd. untuk memperoleh maklumat mengenai penambahbaikan yang perlu dilakukan