BERTARIKH PADA... HARIBULAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA YANG DIWAKILI OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN UNIVERSITI...

dokumen-dokumen yang mirip
PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

b. Status pihak-pihak orang perseorangan/syarikat/badan berkanun/kerajaan persekutuan atau negeri/kerajaan asing/entiti asing c. Profil pihak-pihak

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Terma dan Syarat Kad Kredit MRCA Hong Leong ("Terma dan Syarat")

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

JADUAL FI DAN KOS PENTADBIRAN TIMBANG TARA PANTAS KLRCA

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Fasal-fasal yang dipinda

AKTA PILIHAN RAYA 1958

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Undang-Undang Malaysia

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERJANJIAN ini dibuat pada...haribulan... Diantara. yang beralamat di.. (selepas ini disebut sebagai Tuan..Beralamat...No.Kad

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

KANDUNGAN Kaedah-kaedah Timbang Tara KLRCA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

MEMORANDUM PENERIMAAN

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSI DAN UNIVERSITAS RIAU

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

MEMORANDUM PENERIMAAN

Transkripsi:

BERTARIKH PADA... HARIBULAN... 2013 DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA YANG DIWAKILI OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN UNIVERSITI... @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ PERJANJIAN PENYELIDIKAN (Nama Tajuk Penyelidikan Kajian) @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ 1

PERJANJIAN ini dibuat pada haribulan 2013 DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA yang diwakili oleh KEMENTERIAN DALAM NEGERI yang beralamat di Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya (selepas ini dirujuk sebagai KERAJAAN ); DAN UNIVERSITI..., sebuah UNIVERSITI yang ditubuhkan di bawah Akta... yang beralamat di... (selepas ini dirujuk sebagai UNIVERSITI ). BAHAWASANYA:- A. KERAJAAN melalui Kementerian Dalam Negeri berhasrat untuk melantik... untuk menjalankan suatu Penyelidikan Kajian yang bertajuk... (selepas ini dirujuk sebagai Kajian tersebut ). B. UNIVERSITI... bersetuju untuk menjalankan, menyiapkan dan menyerahkan hasil Kajian tersebut kepada KERAJAAN tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini. 2

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:- ARTIKEL 1 TAKRIF 1.1 Takrif Dalam Perjanjian ini melainkan konteksnya mengkehendaki maksud yang lain, dimana-mana terdapat ungkapan-ungkapan di bawah ianya memberi maksud seperti yang berikut: Kajian tersebut ertinya suatu Kajian yang bertajuk... Kos kajian ertinya kos menjalankan Kajian yang diperuntukan di dalam Perjanjian ini yang akan dibiayai sepenuhnya oleh KERAJAAN; KERAJAAN ertinya KERAJAAN Malaysia yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Kementerian Dalam Negeri dan hendaklah termasuk wakil-wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya; Laporan penyelidikan ertinya laporan-laporan yang ditetapkan di bawah LAMPIRAN C Perjanjian ini; UNIVERSITI ertinya UNIVERSITI... dan hendaklah termasuk pewaris, pemegang serah hak, pengganti, pentadbir dan wakil yang diberi kuasa; 3

Tempoh Perjanjian ertinya tempoh sepertimana yang diperincikan dalam Artikel 4.1 Perjanjian ini. Harta Intelek ertinya sebarang penciptaan intelektual, terutamanya rekaanrekaan teknologi, dan karya-karya yang di bawah Perlindungan Harta Intelek Laporan Kewangan ertinya laporan perbelanjaan yang digunakan untuk kegunaan kajian sahaja seperti perjalanan, sewaan, pembeliaan peralatan dan lain-lain yang berkenaan yang dihantar kepada Kerajaan untuk tujuan tuntutan. ARTIKEL 2 OBLIGASI DAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN 2.1 TERTAKLUK KEPADA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH PERJANJIAN INI KERAJAAN BERSETUJU:- (a) membiayai keseluruhan kos penyelidikan Kajian seperti yang ditetapkan di bawah Perjanjian ini; (b) membayar kos penyelidikan Kajian yang ditetapkan mengikut cara seperti yang dinyatakan di bawah Perjanjian ini; ARTIKEL 3 OBLIGASI DAN TANGGUNGJAWAB UNIVERSITI 4

3.1 TERTAKLUK KEPADA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH PERJANJIAN INI UNIVERSITI BERSETUJU:- (a) menyiapkan dan menyerahkan Kajian tersebut kepada KERAJAAN mengikut tempoh yang ditetapkan dan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak di bawah Perjanjian ini; (b) mengawal selia pelaksanaan Kajian tersebut agar menepati dan mencapai semua objektif Kajian; (c) bertindak sebagai penyelaras Kajian tersebut; (d) memantau perjalanan dan kemajuan Kajian dan hal-hal berkaitan dengannya dari semasa ke semasa; (e) (f) (g) menyediakan laporan penyelidikan mengikut jadual seperti mana di LAMPIRAN C yang telah ditetapkan oleh KERAJAAN di bawah Perjanjian ini; menyediakan dan mengemukakan laporan kewangan seperti di LAMPIRAN D berhubung dengan kajian kepada KERAJAAN sekiranya diarah berbuat demikian; dan (h) melaporkan hasil Kajian tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh KERAJAAN di bawah Perjanjian ini. ARTIKEL 4 TEMPOH PERJANJIAN 4.1 Perjanjian ini adalah berkuatkuasa selama... ( ) bulan (selepas ini disebut sebagai Tempoh Perjanjian mulai dari tarikh... hingga... 5

ARTIKEL 5 PELANJUTAN PERJANJIAN 5.1 Sebarang permohonan pelanjutan Perjanjian ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pemandu Penyelidikan KDN. 5.2 Sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai Persetujuan, Perjanjian ini hendaklah tamat secara automatik pada tarikh penamatan Perjanjian. ARTIKEL 6 BENTUK KAJIAN.1 Sepanjang tempoh Perjanjian ini, UNIVERSITI akan menyiap dan menyerahkan hasil Kajian tersebut kepada KERAJAAN sebagaimana yang ditetapkan dan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak di LAMPIRAN A. ARTIKEL 6 NILAI KAJIAN 6.1 Nilai keseluruhan Kajian adalah ditetapkan sebanyak Ringgit... (RM xxxxxx) sahaja akan dibiayai sepenuhnya oleh KERAJAAN mengikut cara pembayaran yang dinyatakan di LAMPIRAN B. 6.2 Nilai kajian ini boleh diubah oleh KERAJAAN dan KERAJAAN mempunyai budi bicara untuk menyemak kembali nilai keseluruhan atau sebahagian yang akan di bayar kepada UNIVERSITI. 6

ARTIKEL 8 PEMBAYARAN 7.1 Semua pembayaran adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia. 7.2 Sebagai balasan ke atas kajian yang dilaksanakan oleh UNIVERSITI berkenaan dengan Kajian tersebut, KERAJAAN akan dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh KERAJAAN menerima invois atau tuntutan UNIVERSITI, membuat pembayaran kepada UNIVERSITI secara bayaran berperingkat sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak seperti di dalam jadual bayaran yang ditetapkan di LAMPIRAN B. Bayaran Kajian akan dibayar bila mana setiap peringkat laporan penyelidikan yang dikemukakan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu Penyelidikan KDN ini sebagaimana yang terkandung di dalam LAMPIRAN B. 7.3 Segala pembayaran berperingkat yang dibuat oleh KERAJAAN kepada UNIVERSITI tidak boleh dianggap sebagai melepaskan UNIVERSITI ke atas tanggungjawab UNIVERSITI melaksanakan kesemua obligasinya di dalam Perjanjian ini. 7.4 KERAJAAN berhak dengan alasan yang munasabah menahan bayaran kepada UNIVERSITI dengan mengemukakan notis bertulis kepada KERAJAAN sekiranya KERAJAAN percaya bahawa kemajuan UNIVERSITI tidak setaraf/sepadan dengan jumlah bayaran yang perlu dibuat pada tarikh tertentu. Ini termasuk juga kelewatan oleh UNIVERSITI dalam mengemukakan laporan mengikut Jadual Pelaksanaan Kajian yang telah ditetapkan di dalam LAMPIRAN C. 7.5 Walau bagaimanapun, UNIVERSITI boleh di dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan notis bertulis tersebut memohon kepada KERAJAAN untuk semakan semula keputusan menahan pembayaran kepada UNIVERSITI dengan cara menyerahkan dokumendokumen dan bukti-bukti lain yang mengesahkan tuntutan UNIVERSITI 7

bahawa kerja-kerja yang telah dilakukan setaraf/ sepadan dengan bayaran yang dijangkakan. 7.6 KERAJAAN boleh di atas budi bicaranya memberi pertimbangan dalam membuat keputusan tentang permohonan semakan semula tersebut. Keputusan KERAJAAN berkenaan dengan permohonan semakan semula UNIVERSITI akan dibuat dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh permohonan semakan semula tersebut diterima dari UNIVERSITI dan KERAJAAN akan memberi sebab-sebab ke atas keputusan yang telah dibuat. 7.7 Sekiranya permohonan UNIVERSITI tidak diterima oleh KERAJAAN, UNIVERSITI boleh mengemukakan rayuan pertimbangan dalam tempoh masa (30) hari dari tarikh penerimaan keputusan KERAJAAN menahan pembayaran kepada UNIVERSITI. KERAJAAN boleh diatas budibicaranya memberi pertimbangan sama ada membenarkan rayuan tersebut atau tidak dan keputusan KERAJAAN adalah muktamad. ARTIKEL 8 AKSES DAN PEMERIKSAAN REKOD 8.1 KERAJAAN, melalui wakil yang dilantik mempunyai hak pada masa yang wajar untuk mengadakan pemeriksaan bagi melihat perkembangan dan pengurusan rekod Kajian. Jika pemeriksaan di buat oleh KERAJAAN di premis UNIVERSITI atau mana-mana premis lain di mana Kajian tersebut di buat, pihak UNIVERSITI perlu memberi akses dan mengarahkan kakitangannya untuk menyediakan bantuan di mana wajar kepada KERAJAAN atau wakil yang dilantik untuk membuat pemeriksaan. 8

ARTIKEL 9 PENYERAHAN DAN PENYEMPURNAAN 9.1 Kerja-kerja mengenai Kajian tersebut hendaklah diserahkan/ disiapkan mengikut Jadual Pelaksanaan Kajian yang telah ditetapkan di dalam LAMPIRAN C. 9.2 Sekiranya UNIVERSITI tidak berupaya menamatkan Kajian tersebut atas alasan yang tidak munasabah, maka KERAJAAN berhak menuntuk ganti rugi pada kadar yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemandu Penyelidikan KDN. ARTIKEL 10 PENAMATAN 10.1 Tanpa apa-apa sekatan, KERAJAAN mempunyai hak dengan serta merta menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis bertulis kepada UNIVERSITI sekiranya UNIVERSITI:- 10.1.1 Melanggari apa-apa obligasi atau gagal mematuhi mana-mana terma atau syarat-syarat Perjanjian ini yang mana sekiranya kemungkiran tersebut boleh diperbetulkan, tidak diperbetulkan oleh UNIVERSITI di dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh UNIVERSITI menerima notis bertulis daripada KERAJAAN memberitahu berlakunya kemungkiran dan seterusnya mengarahkan kemungkiran tersebut diperbetulkan; 10.1.2 Tidak cekap, bersalah di atas kecuaian melampau (gross misconduct) dan/atau apa-apa kecuaian besar di dalam melaksanakan obligasinya berkenaan dengan Kajian tersebut;atau 10.1.3 Gagal mematuhi amaran bertulis oleh KERAJAAN kepada UNIVERSITI bagi UNIVERSITI melaksanakan obligasi yang bersesuaian dan sepatutnya dilakukan oleh UNIVERSITI di bawah Perjanjian ini. 9

10.2 DENGAN SYARAT BAHAWA KERAJAAN boleh menamatkan Perjanjian ini di atas UNIVERSITI dan/atau kakitangannya tidak dapat melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini kerana sakit atau tercedera. 10.3 KERAJAAN juga dengan memberi empat belas (14) hari notis bertulis kepada UNIVERSITI berhak menamatkan Perjanjian ini jika KERAJAAN mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa UNIVERSITI atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya, sama ada dengan atau di luar pengetahuan UNIVERSITI melakukan perbuatan yang melanggari Undang-undang Malaysia, dengan syarat penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh hak-hak KERAJAAN untuk mendapatkan balik ganti rugi dan lain-lain hak yang diperuntukan di bawah Perjanjian ini dan dibawah mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai. ARTIKEL 11 PEMBERIAN TIDAK JUJUR DAN PEMBAYARAN KOMISEN 11.1 Pihak UNIVERSITI adalah dilarang dari membuat tawaran, memberi atau bersetuju untuk memberi mana-mana pegawai Kerajaan apa-apa pemberian atau sebarang bentuk balasan atau hadiah sebagai dorongan untuk atau kerana melakukan atau bersetuju untuk melakukan apa-apa perbuatan yang berkait rapat dengan perolehan atau pelaksaan Perjanjian ini dan/atau mana-mana Perjanjian lain dengan Kerajaan Malaysia. 11.2 Jika terdapat berlaunya perlanggaran syarat ini oleh pihak UNIVERSITI, ejen atau kakitangannya (sama ada dengan atau di luat pengetahuan UNIVERSITI) berhubung dengan perjanjian ini dan atau mana-mana Perjanjian lain dengan Kerajaan sehingga terjumlah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, maka pihak KERAJAAN mempunyai hak untuk menamatkan Perjanjian ini dan mendapatkan apa-apa ganti rugi dari UNIVERSITI yang timbul akibat penamatan Perjanjian ini. 10

ARTIKEL 12 PENAMATAN ATAS KEPENTINGAN NEGARA 12.1 Tanpa mengambil kira mana-mana klausa Perjanjian ini, KERAJAAN boleh menamatkan Perjanjian ini, tanpa memberikan apa sebab-sebab, dengan memberikan notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari sebelum penamatan tersebut kepada UNIVERSITI jika KERAJAAN mendapati penamatan tersebut wajar dilakukan atas kepentingan negara, keselamatan negara dasar KERAJAAN atau kepentingan awam. 12.2 Bagi maksud klausa ini, kepentingan negara, kepentingan keselamatan negara, dasar KERAJAAN atau kepentingan awam hendaklah ditetapkan dan ditentukan oleh KERAJAAN sendiri dan penetapan dan penentuan itu hendaklah bagi apa-apa maksud dan tujuan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan dalam apa-apa sekalipun. ARTIKEL 13 IKLAN 13.1 Mana-mana teks untuk akhbar (press release) atau apa-apa komunikasi yang hendak disiarkan oleh atau di dalam mana-mana media berkenaan dengan Kajian tersebut perlu mendapat kelulusan bertulis daripada KERAJAAN. ARTIKEL 14 HAKCIPTA LAPORAN DAN HAK MILIK KAJIAN 14.1 Segala asal-usul, sumber, rujukan atau perkembangan dokumen, laporan dan maklumat-maklumat rahsia/sulit yang diperolehi oleh UNIVERSITI di dalam melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini hendaklah didedahkan kepada KERAJAAN secara terperinci. 11

14.2 UNIVERSITI dengan ini memberi waranti bahawa KERAJAAN adalah satu-satunya pemilik benifisial kepada segala hak dan kepentingan di dalam kesemua dokumen, laporan dan maklumat-maklumat rahsia/sulit yang diperolehi oleh UNIVERSITI di dalam melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini dan UNIVERSITI dengan ini bebas untuk menyerahkan hak ke atas dokumen, laporan, maklumat-maklumat rahsia/sulit tersebut kepada KERAJAAN tanpa apa-apa tuntutan pihak ketiga, lien, beban, sekatan atau halangan dan UNIVERSITI dengan ini bebas dari apa-apa duti atau obligasi kepada pihak ketiga yang bercanggah dengan Perjanjian ini. 14.3 Segala dokumen, laporan dan maklumat-maklumat rahsia/sulit yang diperolehi oleh UNIVERSITI di dalam melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini menjadi hak milik KERAJAAN tidak kira sama ada hasil kajian tersebut digunakan atau tidak, dan tidak boleh digunakan oleh universiti dalam apa jua bentuk termasuk pembentangan kajian kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat persetujuan bertulis daripada KERAJAAN. 14.4 KERAJAAN mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan hasil-hasil kajian dalam mana-mana penerbitan. ARTIKEL 15 TANGGUNG RUGI/INDEMNITI 15.1 UNIVERSITI hendaklah menanggung rugi KERAJAAN di atas apa-apa kerugian yang dialami oleh KERAJAAN yang disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian UNIVERSITI dan/atau pekerja-pekerja atau di atas apaapa tuntutan atau liabiliti atau saman prosiding yang dibawa terhadap KERAJAAN oleh mana-mana pihak ketiga yang telah disebabkan oleh kelalaian atau peninggalan UNIVERSITI dan/atau pekerja-pekerjanya termasuklah penyalahgunaan hak cipta atau paten dan plagiat. ARTIKEL16 FORCE MAJURE 12

16.1 KERAJAAN atau UNIVERSITI adalah tidak dipertanggungjawabkan bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan obligasi masing-masing sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian ini jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan darurat seperti rusuhan dan kekacauan awam, mogok, kebakaran, taufan, peperangan, bahaya laut atau kerana sebab-sebab atau bahaya yang diluar kawalan mana-mana pihak yang menyebabkan pelaksanaan Perjanjian ini menjadi mustahil. 16.2 Sekiranya mana-mana pihak di dalam Perjanjian ini gagal melaksanakan obligasi masing-masing sebagaimana yang diperuntukan di dalam Perjanjian ini berikutan dari sebab-sebab yang dinyatakan di atas, pihak yang gagal tersebut hendaklah memberi notis bertulis kepada pihak yang satu lagi menyatakan sebab-sebab kegagalan dengan terperinci. Pelaksanaan Perjanjian ini akan digantung sepanjang tempoh sebabsebab tersebut berlaku. Sekiranya sebab-sebab berikut berpanjangan untuk tempoh lebih daripada sembilan puluh (90) hari, maka Perjanjian ini bolehlah ditamatkan dengan persetujuan kedua-dua pihak. ARTIKEL 17 UNDANG-UNDANG TERPAKAI BAGI PERJANJIAN 17.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undangundang Malaysia dan kedua-dua pihak kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia. ARTIKEL 18 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN 18.1 Apa-apa pertikaian antara pihak-pihak di dalam Perjanjian ini (kecuali dalam hal KERAJAAN melaksanakan sepenuhnya budi bicaranya di bawah Perjanjian) hendaklah dirujuk kepada Jawankuasa Penyelesaian Pertikaian yang diwakili oleh: 18.1.1 Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebagai Pengerusi: 13

18.1.2 Dua (2) orang wakil yang dilantik oleh pihak KERAJAAN; dan 18.1.3 Satu (1) orang wakil yang dilantik oleh pihak UNIVERSITI. 18.2 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah merujuk kepada pihak bebas dan arif mengenai bidang kepakaran yang berkenaan untuk memberi nasihat dan pandangan berkaitan terhadap pertikaian. Segala kos, yuran dan tanggungan lain terhadao pihak bebas ini hendaklah ditanggung bersama oleh kedua-dua belah pihak. 18.3 Sekiranya ada hal-hal pertelingkahan ataupun tuntutan yang dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian tidak dapat dipersetujui oleh keduadua belah pihak dalam masa tiga puluh (300 hari, mana-mana pihak merujuk pertikaian berkenaan kepada Timbang tara. 18.4 Setiap ahli Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian termasuklah Pengerusi hanya mempunyai satu undi bagi setiap orang. 18.5 Apa-apa keputusan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah mengikat pihak-pihak yang bertikai. ARTIKEL 19 TIMBANGTARA 19.1 Jika berlaku apa-apa pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau bersangkutan dengan Perjanjian ini atau pelanggaran atau penamatan berkenaan Perjanjian ini yang tidak dapat diselesaikan secara aman/baik oleh pihak-pihak yang terlibat, pertikaian atau tuntutan tersebut hendaklah dirujuk kepada penimbangtara yang dipersetujui oleh kedua pihak yang terlibat atau sekiranya tiada persetujuan, hendaklah dicalonkan, atas permintaan atau permohonan oleh Pengarah Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) dan apa-apa rujukan akan dibuat kepada Akta Timbangtara 2005. Keputusan yang diberikan oleh penimbangtara adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak yang terlibat. 14

19.2 Pendengaran mana-mana timbangtara hendaklah dijalankan di Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur dengan menggunakan kesemua kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di Pusat tersebut atau mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh penimbangtara dan dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat. 19.3 Penimbangtara yang dilantik hendaklah terdiri daripada satu (1) atau dua (2) orang sahaja. ARTIKEL 20 PENYERAHAN HAK PERJANJIAN 20.1 UNIVERSITI TIDAK BOLEH menyerahkan hak dan obligasi di bawah Perjanjian ini kepada mana-mana orang/pihak ketiga tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada KERAJAAN. ARTIKEL 21 PINDAAN-PINDAAN 21.1 Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui Perjanjian Tambahan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. ARTIKEL 22 KERAHSIAAN MAKLUMAT 22.1 Semua maklumat yang diberikan oleh satu pihak dianggap sebagai rahsia dan sulit dan hendaklah disimpan oleh pihak yang menerima maklumat tersebut semasa atau selepas Kajian tersebut tamat. Setelah Perjanjian ini tamat diatas apa-apa sebab sekalipun, UNIVERSITI hendaklah menghantar kepada KERAJAAN kesemua laporan-laporan, 15

maklumat kewangan, kertas-kertas kerja, disk-disk komputer dan pitapita rakaman atau lain-lain bahan, salinan-salinan dan segala hasil kerja UNIVERSITI di dalam melaksanakan obligasinya di dalam Kajian tersebut. 22.2. Bagi tujuan Perjanjian ini, maklumat Rahsia di bawah Perjanjian ini bermaksud semua maklumat (sama ada berkenaan komersial, kewangan, teknikal atau sebagainya). ARTIKEL 23 KOS DAN DUTI SETEM 23.1 Tiap-tiap pihak kepada Perjanjian ini adalah masing-masing bertanggungjawab ke atas kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan Perjanjian ini. ARTIKEL 24 NOTIS 24.1 Apa-apa tuntutan, notis, pertanyaan, komunikasi yang dikehendaki diberi di bawah Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan diserahkan secara sendiri atau melalui pos berdaftar atau telex atau faks ke alamatalamat berikut:- KERAJAAN Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Blok D1, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 Putrajaya Tel : 03-8886 3299 Faks: 03-8888 3836 UNIVERSITI (Alamat lengkap) Tel : XXX Faks: XXX 16

24.2 Apa-apa tuntutan, notis, pertanyaan atau komunikasi seperti yang tersebut di atas:- 24.2.1 sekiranya diserah secara sendiri dianggap telah diserahkan pada masa penyerahan tersebut; atau 24.2.2 sekiranya melalui pos berdaftar prabayar atau pos biasa dianggap telah diterima pada hari perniagaan yang kelima setelah ia diposkan;atau 24.2.3 sekiranya melalui telegram atau telex atau faks dianggap telah diterima pada hari perniagaan sebaik-baik sahaja ia dihantar dan sekiranya melalui telex atau faks, tertakluk kepada nota pengesahan penerimaan. ARTIKEL 25 MASA 25.1 Masa yang disebut di dalam Perjanjian ini hendaklah menjadi pati kepada Perjanjian ini. ARTIKEL26 KETIDAKSAHAN 26.1 Sekiranya mana-mana terma, syarat, stipulasi dan peruntukan di dalam Perjanjian ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di atas apa-apa sebab, ketidaksahan atau ketidakkuasaan itu tidak akan melibatkan lain-lain terima, syarat, stipulasi dan peruntukan di dalam Perjanjian ini, setiap klausa dan perenggan di dalam Perjanjian ini dianggap sebagai berasingan dan boleh dibahagikan. ARTIKEL 27 LAMPIRAN-LAMPIRAN 17

27.1 Lampiran hendaklah dibacakan, ditafsirkan dan dijadikan sebahagian daripada Perjanjian ini. [RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG] PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, kedua- dua pihak kepada Perjanjian ini yang bertindak melalui wakil-wakil yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu telah menyebabkan Perjanjian ini ditandatangani atas nama mereka masing-masing pada hari, bulan dan tahun yang pertama tertulis di atas. 18

Ditandatangani untuk dan bagi ) pihak KERAJAAN Malaysia ) di hadapan )... YBHG. DATO SRI ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD RADZI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI.......... EN. TANASENGRAN SINNATHAMBI SETIAUSAHA BAHAGIAN BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK KEMENTERIAN DALAM NEGERI Ditandatangani untuk dan bagi pihak ) UNIVERSITI... ) di hadapan )... Tandatangan... Tandatangan 19

LAMPIRAN A (hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini ) Kajian Penyelidikan 20

LAMPIRAN B (hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini ) Jadual Pembayaran Penyelidikan Kajian Peringkat Kemajuan Kajian Peratusan Pembayaran Dibenarkan Jumlah Peruntukan Yang Perlu Dibayar (Ringgit) Tandatangan Perjanjian 20% RM Laporan Awal (Inception Report) 40% RM Laporan Kemajuan (Interim Report) 30% RM Laporan Akhir (Final Report) 10% RM JUMLAH 100% RM 21

LAMPIRAN C (hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini ) Jadual Laporan Penyelidikan Kajian Dikemukakan Kepada KERAJAAN Bil. Nama Laporan Tarikh dikemukakan kepada KERAJAAN Bilangan laporan yang perlu dikemukakan 1. Laporan Awal (Inception Report) 5 salinan 2. Laporan Kemajuan(Interim Report) 5 salinan 3. Draf Laporan Akhir (Draft Final Report) 5 salinan 4. Laporan Akhir (Final Report) 5 salinan 22

LAMPIRAN D (hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini ) Jadual Laporan Kewangan Penyelidikan Kajian Dikemukakan Kepada KERAJAAN Bil. Nama Laporan Tarikh dikemukakan kepada KERAJAAN Bilangan laporan yang perlu dikemukakan 1. Laporan Kewangan Awal (Bersama-sama Laporan Awal (Inception Report)) 5 salinan 2. Laporan Kewangan Pertengahan (Bersama-sama Laporan Kemajuan(Interim Report)) 5 salinan 3. Laporan Kewangan Akhir (Bersama-sama Draf Laporan Akhir (Draft Final Report)) 5 salinan 4. Laporan Kewangan Keseluruhan (Bersama-sama Laporan Akhir (Final Report)) 5 salinan 23

24