PERNIAGAAN BIDANG KEBERHASILAN:

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN. November Versi 1.0

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

MENYEDIAKAN PERUMAHAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR YANG BERKUALITI

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

TAFSIRAN. Kriteria dan Wajaran Markah Penilaian KPI HRMIS bagi Tahun 2017 adalah seperti berikut: KRITERIA

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Peluang Perniagaan Koperasi

Koperasi Pengangkutan

Daya Saing Koperasi. Meningkatkan. Melalui Kerjasama Strategik DIMENSIKOOP

Objektif korporat yang digariskan berupaya meletakkan FELCRA Berhad di landasan tepat untuk menjadi agensi pembangunan yang bersifat global dan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Bil 04/2010 Edisi APRIL

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

INDUSTRI AGROMAKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOPERASI

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Pengenalan kepada Ekonomi

Akaun Semasa Mudarabah

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

Akaun Pelaburan Waheed

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN EKONOMI PENTERNAK KAMBING DAN KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM RAUB, PAHANG

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

Pengenalan kepada Kewangan

DASAR DASAR PERTANIAN (DPN) DPN1 ( ) DPN2 ( ) DPN3 ( ) LATARBELAKANG SEKTOR PERTANIAN NEGARA

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

TAJUK PROJEK: PERLAKSANAAN KAEDAH KESIHATAN GEROMPOK DAN PEMBIAKAN KERBAU DI SABAH

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

SALINAN BORANG SISTEM PENDAFTARAN KONTRAKTOR LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) A. MAKLUMAT ASAS SYARIKAT

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Akaun Pelaburan Wafiyah

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

KEMUDAHAN BEKALAN AIR : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

Pendahuluan 3. Latar Belakang KOOP MKM 7 VISI & MISI 7. ISU dan Cabaran 8. Prestasi KOOP MKM Peta Strategi 10.

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SESI TAKLIMAT LAPORAN AKHIR KAJIAN PASARAN DOMESTIK AYAM DAGING PENEMUAN UTAMA & CADANGAN

Model Pengurusan Strategik

Akaun Pelaburan Wafiyah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PAKEJ KONTRAK MENTARI BEE

SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

Pengenalan kepada Pengurusan Strategik

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Bagaimana FTA AS-Malaysia akan jejas rakyat Malaysia1

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Universiti Malaysia PAHANG

PBAPP LABUR RM89.5 JUTA UNTUK PASTIKAN JAMINAN BEKALAN AIR DI PULAU PINANG

ANJAKAN PARADIGMA PEROLEHAN KOPERASI DI NEGERI SARAWAK

Transkripsi:

PERNIAGAAN BIDANG KEBERHASILAN: INDUSTRI AYAM PEDAGING afizah@mkm.edu.my Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan 34 BIL. 53 2017

Pengenalan Bidang Keberhasilan Negara Kenyataan Dasar Koperasi Negara dilihat pada dua perspektif, iaitu Makroekonomi dan Mikroekonomi. Dari sudut makro, sektor koperasi diletakkan sebagai penyumbang yang paling berkesan dalam pembangunan ekonomi negara. Sumbangan sektor koperasi kepada pendapatan negara juga dapat membuktikan bahawa gerakan koperasi di Malaysia begitu signifikan dalam pembangunan ekonomi negara. Bagi sudut mikro pula, koperasi dilihat sebagai pemangkin dalam pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Umum mengetahui, koperasi berkait rapat dengan aktiviti komuniti dan dapat menjana pertumbuhan ekonomi. Entiti perniagaan koperasi juga dilihat semakin kompetitif dan merupakan entiti yang membantu diri sendiri secara efektif. BIL. 53 2017 35

Teras Strategik I : Merangsang Penglibatan Koperasi dalam Sektor Ekonomi Bernilai Tinggi Perubahan persekitaran ekonomi serta politik tempatan dan antarabangsa memerlukan gerakan koperasi bergerak seiringan. Matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu disokong bersama oleh gerakan koperasi. Sektor perkhidmatan kewangan yang merupakan nadi gerakan koperasi negara, perlu diperkukuhkan untuk memastikan perkembangan sektor koperasi yang mantap. Dalam sektor pertanian, koperasi akan terlibat dalam pengeluaran makanan dan ternakan. Koperasi akan mendokong saranan kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan negara. Usaha ini digerakkan melalui: Industri Ayam Pedaging Industri ternakan ayam merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di negara kita dan banyak negara lain di dunia. Ayam juga merupakan jenis daging yang dimakan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia khususnya. Ternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu ayam pedaging, ayam penelur, ayam kampung, ayam pembiak baka, itik dan puyuh. Industri ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia. Berikut merupakan data statistik industri ternakan ayam di Malaysia. Dengan adanya data ini bagi menunjukkan mengenai begitu signifikannya industri ayam pada Malaysia. Data Statistik Ternakan Ayam i. Bilangan Ternakan Mengikut Negeri Pakatan strategik dan jaringan perniagaan dengan pihak ketiga dalam dan luar negara. Koperasi akan mendapat manfaat dari segi modal, teknologi dan pasaran. Perluasan aktiviti ekonomi dan peningkatan nilai tambah melalui aktiviti rantaian nilai dalam industri yang diceburi. Perluasan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka dan tidak terhad kepada keperluan anggota sahaja sama ada dalam dan luar negara dengan memanfaatkan kemudahan ICT. Aplikasi elemen teknologi hijau dalam perusahaan koperasi untuk menjamin kesejahteraan rakyat di samping menjana pendapatan baru. Pemberian pembiayaan untuk membolehkan koperasi membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk baru dan menambah nilai kepada produk yang sedia ada. ii. iii. Jadual 1 menunjukkan ternakan ayam merupakan paling tertinggi dengan catatan 289,996,253 ekor ayam dan penyumbang terbesar adalah negeri Johor. Penggunaan Hasilan Ternakan Ayam/Itik Pedaging bagi 2005-2014 Rajah 1 merupakan penggunaan hasil ternakan bagi daging ayam atau itik. Graf menunjukkan dari tahun 2005 hingga 2014 permintaan hasil ternakan daging ayam sentiasa meningkat. Ini menunjukkan permintaan bagi industri ayam ini sangat tinggi. Per Kapita Ayam/Itik Pedaging bagi 2005-2014 Rajah 2 pula menunjukkan merupakan penggunaan per kapita bagi daging ayam atau itik. Graf menunjukkan dari tahun 2005 hingga 2014 penggunaan per kapita daging ayam sentiasa meningkat. Ini menunjukkan permintaan dan penggunaan bagi industri ayam ini sangat tinggi. 36 BIL. 53 2017

Jadual 1: Bilangan Ternakan Mengikut Negeri MALAYSIA : BILANGAN TERNAKAN MENGIKUT NEGERI, 2014 E Malaysia: Livestock Population By States, 2014 E NEGERI Kerbau Lembu Kambing Bebiri Babi Ayam ltlk Burung Unta Puyuh Rusa State Buffalo Cattle Goat Sheep Swine Poultry Duck Ostrich Quill Deer Perlis 155 6,555 4,256 1,046 88 1,210,282 11,287 1,927 294 Kedah 7,611 66,653 49,161 9,711 617 47,732,31 7 800,209 14 443,674 835 Pulau Pinang 584 14,459 13,586 1,785 334,581 12,399,71 7 490,924 161,825 105 Perak 13,750 54,389 40,447 3,745 507,284 37,310,154 7,943,753 86,060 3,700 Selangor 1,392 22,353 22,309 3,476 266,144 21,750,880 28,689 202 133,326 773 N. Sembilan 3,087 44,438 44,819 17,845 593 19,507,388 19,850 94 204,130 1,525 Melaka 3,747 28,240 45,529 10,615 43,380 20,618,506 143,816 20 84,474 497 Johor 3,641 119,384 59,962 30,911 250,321 62,463,176 962,306 316 1,227,908 1,212 Pahang 13,730 129,915 36,992 17,514 3,205 13,785,240 17,597 456,960 3,135 Terengganu 9,591 91,816 30,357 5,086 5,497,432 26,147 33,609 122 Kelantan 5,916 95,740 40,902 33,785 604 1,536,928 58,413 23,580 201 W. Persekutuan na 513 255 90 Jumlah S. M sia Total For P. M sia 63,204 674,455 388,575 135,519 1,406,817 243,812,020 10,502,991 646 2,857,473 12,489 Sabah 52,892 70,382 52,065 2,108 77,555 5,571,223 45,506 Sarawak 6,847 16,160 15,097 2043 343,770 40,613,01 0 347,333 155,630 2,935 JUMLAH BESAR Grand Total 1 22,943 760,997 455,737 139,670 1,828,142 289,996,253 10,895,830 646 3,013,103 15,424 E :Anggaran(Estimate) : Tiada maklumat (Not Available) ( 000 m.t) 1,500 Malaysia : Penggunaan Daging Ayam/Itik, 2005-2014 Malaysia : Poultry meat Consumption 2005-2014 1,000 500 0 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 Rajah 1 : Penggunaan Hasilan Ternakan Ayam/Itik Pedaging (2005-2014) BIL. 53 2017 37

(kg) Malaysia : Penggunaan Per kapita Dg. Ayam/Itik, 2005-2014 Malaysia : Per capita Consumption of poultry meat, 2005-2014 50 40 30 20 10 0 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 Rajah 2: Penggunaan Penggunaan Per Kapita Ternakan ayam/itik pedaging (2005-2014) Keperluan Industri Ayam Pedaging Faktor Pertimbangan Penternakan Ayam Pedaging Pengeluaran daging ayam negara telah mencapai tahap sara diri sejak tahun 1981. Pada tahun 2006, aktiviti pengeluaran ayam daging tempatan menyumbangkan lebih kurang 70 peratus daripada keseluruhan bekalan daging negara. Walaupun memberi pulangan yang cepat, pemeliharaan ayam daging bukanlah satu pekerjaan yang mudah diusahakan. Pemeliharaan ayam daging terdedah kepada banyak faktor yang boleh mempengaruhi untung-rugi dan daya maju seseorang pengusaha. Antaranya adalah ketidakstabilan harga pasaran, harga input seperti makanan dan bahan binaan, cuaca yang berubah-ubah dan penyakit. Ayam juga memerlukan persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang baik. Pemeliharaan ayam memerlukan perancangan yang teliti bermula dari peringkat penubuhan ladang, pengurusan sehinggalah ke pasaran. Kos pengeluaran ayam pedaging telah meningkat sebanyak RM2.06 sekilogram iaitu dari RM1.61 pada tahun 1998 ke RM3.67 sekilogram pada tahun 2006. i. Baka anak ayam pedaging Perolehan baka ayam pedaging yang baik amatlah penting. Pemilihan baka yang berpotensi dan sesuai perlu diberi pertimbangan utama untuk jaminan hasil yang bermutu dan keuntungan. Pengurusan di peringkat anak penting dan agak rumit di dalam pengurusan ayam. Sesuatu perusahaan ayam tidak akan berjaya sekiranya anak ayam tidak diurus dengan sempurna. Penjagaan yang rapi diperlukan untuk mendapat faedah sepenuhnya dari potensi genetik sesuatu baka yang dipelihara. ii. Lokasi ladang Untuk membuka sesebuah ladang ayam daging, pengusaha hendaklah memilih lokasi yang sesuai. Pemilihan lokasi yang kurang sesuai boleh menjejaskan kecekapan operasi dan dayamaju perladangan. iii. Sistem pemeliharaan Ayam pedaging dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa. 38 BIL. 53 2017

Keperluan Penternakan 1) Perumahan Ayam pedaging memerlukan persekitaran pemeliharaan yang selesa untuk pertumbuhan yang baik. Perumahan yang disediakan hendaklah lengkap dengan persekitaran dalaman dan luaran yang memberikan keselesaan kepada ayam dengan kadar kos binaan yang paling ekonomik. 2) Jenis Reban Pengusaha hendaklah mempertimbangkan beberapa faktor, antaranya ialah jenis reban samada terbuka atau tertutup, Kedudukan binaan reban dan reka bentuk reban. 3) Makanan dan Minuman Makanan ayam perlu sesuai dengan peringkat pertumbuhan untuk pembesaran yang baik. Tempoh dan jenis makanan diberi akan mempengaruhi kecekapan kos pengeluaran. Bekalan air minum bersih perlu sentiasa ada. Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku kerana kekurangan air. Pengambilan air bergantung kepada keadaan suhu alam keliling, kelembapan kandungan makanan, pengambilan makanan dan pergerakan. Ayam akan minum dua kali ganda dalam keadaan suhu yang panas daripada keadaan suhu biasa. Lazimnya ayam akan minum dua kali ganda jumlah berat makanan yang dimakan. 4) Kesihatan Ayam yang sihat serta bermutu mempunyai ketahanan melawan penyakit yang baik. Adalah penting penternak memeriksa kesihatan ayam setiap hari supaya tindakan awal mengawal pencemaran dapat diambil. Program kesihatan ternakan adalah melalui biosekuriti, pelalian dan rawatan. Bagaimanapun kadangkala kumpulan ayam masih diserang penyakit dan perlu dirawat. Sekiranya berlaku demikian, penternak dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan ketentuan jenis penyakit dan perubatan yang bersesuaian. BIL. 53 2017 39

Peluang Koperasi dalam Industri Ayam Pedaging a. Skim Kontrak Perusahaan ayam di negara ini telah maju setapak lagi dengan wujudnya sistem integrasi ternakan ayam daging. Pemeliharaan ayam daging berkontrak adalah sebahagian daripada sistem integrasi ternakan ayam tersebut. Di dalam sistem integrasi ternakan ayam daging, beberapa komponen seperti ladang ayam pembiakan dan penetasan, pengilang makanan ternakan, kesihatan ternakan, loji pemprosesan, pengembangan dan pemasaran ayam adalah dikawal oleh sesebuah syarikat yang besar yang juga dikenali sebagai integrator. Pemeliharaan ayam daging biasanya dilakukan oleh penternak secara kontrak di bawah kelolaan integrator tersebut. Antara integrator yang wujud di Malaysia ialah Kentucky Fried Chicken (KFC), Pertanian Charoen Pokphand (CP), Goldkist, Leong Hup, Cargill dan Malayan Flour Mills (MFM) b. Kontrak sebagai penternak dan integrator Peranan koperasi dalam integrasi ayam daging Peranan koperasi dalam integrasi ayam daging ini adalah sebagai seorang penternak. Peranan koperasi memelihara anak-anak ayam dengan makanan dan lain-lain input yang telah dibekalkan oleh integrator. Tetapi sebelum dibekalkan dengan segala input yang disebutkan, penternak mestilah menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator terlebih dahulu. Kandungan kontrak Penternak hendaklah bersetuju memelihara anakanak ayam dengan menggunakan makanan, ubatubatan dan mematuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh integrator. Harga anak ayam dan makanan termasuk harga ayam akan ditetapkan. Jika bersetuju dengan syarat-syarat dan harga anak ayam, makanan dan harga ayam daging yang akan dibeli semula oleh integrator, penternak akan diminta menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator. Tempoh kontrak Ada yang mengikat kontrak untuk 1 atau 2 tahun. Tetapi, jika baik dari segi prestasi pemeliharaan ayam daging tersebut, kontrak tersebut boleh diperbaharui selepas tamat. Tetapi jika didapati tidak memelihara ayam-ayam daging dengan baik, selalu cuai dan rugi, kontrak boleh dibatalkan bila-bila masa oleh pihak integrator. Kaedah mendapatkan kontrak Produk keluaran CP Koperasi mestilah mempunyai tanah yang sesuai dan yang boleh dimasuki oleh lori. Jika tidak terdapat jalan yang sesuai, sukar bagi lori untuk masuk menghantar anak ayam dan makanan ke reban. Koperasi juga mestilah mempunyai modal yang cukup untuk mendirikan reban mengikut panduan daripada pihak integrator, membeli peralatan bekas makanan dan minuman dan lain-lain serta kemudahan air dan api. Tetapkan temujanji untuk pihak integrator pergi melihat tanah yang di cadangkan sebagai tapak ternakan ayam daging kontrak tersebut. 40 BIL. 53 2017

c. Kebaikan skim kontrak Tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan projek. Koperasi hanya perlu membiayai pembinaan reban dan peralatan serta bekalan api dan air. Sebagai seorang penternak kontrak, tidak perlu bimbang ke mana ayam daging yang telah cukup umur dan beratnya hendak dijual. Ini kerana pihak integrator akan membeli semula ayam-ayam daging yang telah diternak. Masalah turun naik harga yang sentiasa berlaku tidak akan menjejaskan kerana akan dibayar dengan harga di ladang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak. Bekalan anak ayam, makanan, ubatubatan dibekalkan secara kredit. Inputinput ini akan dibayar kepada integrator selepas ayam dijual kepada integrator tersebut. Apabila kontrak telah ditandatangani dan reban serta peralatan-peralatan lain telah disediakan, anak ayam dan makanan akan terus dihantar ke reban. Projek Peternakan Ayam Pedaging oleh Koperasi Pekebun Kecil Johor Wilayah Selatan Berhad (KOPRIS) Peternakan ayam pedaging merupakan projek ekonomi kedua yang menyumbang kepada pulangan yang memuaskan kepada KOPRIS. Projek ini telah dimulakan sejak tahun 2012 hingga kini. Reban ayam yang digunakan untuk ternakan ayam ini berasal dari kandang kambing yang tidak digunakan sejak projek kambing dihentikan. Kos membaik pulih dan menaik taraf menjadi reban ayam diperolehi dari bantuan SKM sebanyak RM160,000.00. Kuantiti yang dapat diternak ialah sebanyak 45,000 ekor. Manakala kredit untuk bekalan, makanan dan ubatan diperolehi secara berpayung di bawah integrator Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), yang juga bertindak sebagai pemasar. Memandangkan projek ini menguntungkan, tambahan dua unit kandang lagi telah dibina dan telah memulakan penternakannya mulai Februari 2015. Kos bagi membina dua unit ladang ini adalah dari lebihan wang peruntukan tanaman tebu (SKM). Projek ternakan ayam pedaging yang dijalankan oleh KOPRIS di Pengkalan Batu, Mersing BIL. 53 2017 41

Kesimpulan Cabaran masa kini gerakan koperasi berhadapan dengan pelbagai cabaran baru dari dalam dan luar yang mempengaruhi prestasinya. Perubahan dalam ekonomi, politik dan persekitaran termasuklah proses liberalisasi pasaran, kemunculan teknologi baru dan perkembangan ICT menuntut koperasi memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing dan daya tahan. Tahun 2009 merupakan titik permulaan anjakan baru pembangunan sosioekonomi negara dengan pengenalan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Kerajaan juga telah memperkenalkan Model Baru Ekonomi pada tahun 2010 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Perkembangan ini membawa cabaran baru untuk menggerakkan koperasi supaya berperanan lebih berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan taraf kehidupan anggota tetapi juga untuk sama-sama membantu kerajaan dalam merealisasikan agenda pembangunan negara. Penglibatan koperasi dalam bidang ekonomi bernilai tinggi, terutamanya dalam aktiviti nilai tambah boleh menjana kekayaan kepada koperasi, memberi manfaat kepada anggota dan menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan negara. 42 BIL. 53 2017

BIL. 53 2017 43