PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 14 AUDIT DALAMAN

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

MANUAL AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

CARTA ALIR PERLAKSANAAN AUDIT

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MANUAL AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALYSIA.

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PROGRAM UNIT AUDIT DALAM BAGI TAHUN 2009

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAHAGIAN 3 - PENGURUSAN BELANJAWAN

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS KUALITI (MKI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

AUDIT DALAMAN PMM-PK-PS-07

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) BAGI PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP32)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

JAWATAN : PEMBANTU JURUAUDIT (W22) TK3

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen : UPM/ISMS/SOK/P001 PROSEDUR PELAN TINDAK BALAS INSIDEN ICT

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN (W27) TK1

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PENGENDALIAN MESYUARAT

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

KLT-PK-04 MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP)

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/OPR/PNC-AD/P002. Prosedur ini menerangkan mengenai proses verifikasi yang dijalankan.

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

CADANGAN SUKATAN PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) PEMBANTU MAKMAL KANAN GRED C22 TAHAP KECEKAPAN 3

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

JAWATAN : JURUAUDIT (W41) TK1

PENGURUSAN Kod Dokumen: UPM/ISO-EMS/P010 PROSEDUR PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK

GARIS PANDUAN KEPERLUAN PERLAKSANAAN PROJEK

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

Apakah ISO? pengujudan piawai antarabangsa. yang bermaksud sama rata, seragam.

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

Transkripsi:

1. PENDAHULUAN Unit Audit Dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UAD) ditubuhkan sebagai badan bebas yang memberi perlindungan terhadap kepentingan UTHM melalui aktiviti pengauditan dan rundingan bagi penambahbaikan dan mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan kawalan dalaman dan tadbir urus UTHM dan Pusat Tanggungjawab di bawahnya. 2. PERANAN UAD adalah kawalan pengurusan yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Jawatankuasa Audit (JKA) dan Pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pengurusan UTHM). UAD membantu LPU, JKA dan Pengurusan UTHM meningkatkan keberkesanan dengan lebih sempurna melalui kaedah berikut: Mengenalpasti dan menilai risiko-risiko yang menghalang pencapaian objektif UTHM; Membantu meningkatkan keberkesanan sistem kawalan dalaman dengan memastikan wujudnya struktur pengurusan, serta penyeliaan secara berterusan bagi mengelak sebarang penyelewengan, pecah amanah dan kerugian kepada UTHM; Membantu meningkatkan kecekapan pengurusan tadbir urus dengan memastikan wujudnya amalan tadbir urus yang baik, sistem dan prosedur serta penyediaan aliran dan proses kerja yang efisyen bagi mengurangkan halangan terhadap pencapaian objektif UTHM; Menilai penjimatan, kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber-sumber UTHM bagi mengelak sebarang pembaziran, pemborosan, penyalahgunaan kuasa dan mencapai objektif yang ditetapkan; Melaporkan keberkesanan sistem kawalan dalaman dari segi pentadbiran dan pengurusan, perakaunan, pengkomputeran, teknologi maklumat atau perkara-perkara yang berkaitan dengan UTHM dan seumpamanya; dan Unit Audit Dalam UTHM 1 / 9

Memberikan laporan dengan syor-syor yang bertujuan untuk membaiki dan meningkatkan keberkesanan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan hal-hal berkaitan amalan tadbir urus melalui aktiviti audit yang dijalankan. 3. PROFESIONALISME UAD melaksanakan pentadbiran dan fungsi-fungsinya mengikut polisi yang dibentuk oleh kerajaan, LPU, JKA, Pengurusan UTHM dan akta-akta lain yang berkaitan. UAD juga mengutamakan pematuhan kepada Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 berkenaan Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan. Pelaksanaan aktiviti audit dalam dan profesionalisme adalah berasaskan kepada: Arahan-arahan dari pihak berkuasa UTHM; Manual Audit Dalam UTHM yang diluluskan oleh LPU dan JKA; International Professional Practice Framework - The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) yang merangkumi definisi audit dalam, kod etika dan piawaian International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing yang membentuk prinsip asas bagi amalan profesional audit dalam; dan Kod Etika UAD UTHM 4. KUASA Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, Juruaudit Dalam diberi kuasa penuh melalui polisi dan arahan kerajaan, LPU, JKA, Pengurusan UTHM dan akta-akta berkaitan untuk membolehkannya: Menemui mana-mana pegawai/kakitangan UTHM di semua peringkat untuk mendapatkan keterangan atau maklumat yang diperlukan; Memeriksa dan mendapatkan apa juga salinan dari buku, dokumen, rekod, minit mesyuarat dan lain-lain bentuk sumber maklumat manamana Pusat Tanggungjawab termasuk salinan digital tanpa kos; Unit Audit Dalam UTHM 2 / 9

Memeriksa semua rekod UTHM, buku, minit mesyuarat, dokumen, wang tunai, barang-barang dan lain-lain harta atau aset UTHM yang tertakluk kepada audit; Menyemak dan menilai dasar, rancangan, peraturan dan rekod Universiti; Mendapatkan nasihat dan panduan daripada mana-mana pegawai/kakitangan Universiti atau daripada mana-mana pegawai/kakitangan di dalam perkhidmatan kerajaan atau badan profesional mengenai bidang dan skop audit yang diaudit; dan Bebas dan tidak terhalang untuk memeriksa, menyemak dan mendapatkan sebarang maklumat daripada pihak berkuasa UTHM. LPU, pihak Pengurusan UTHM dan kakitangan UTHM berkewajipan dan dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya kepada JKA dan Juruaudit Dalam untuk membolehkannya melaksanakan kewajipan-kewajipannya dengan wajar dan saksama. Juruaudit Dalam bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diperolehi dikendalikan dengan penuh hati-hati, kerahsiaan, kejujuran dan ketelusan seperti yang digariskan dalam kod etika profesional Juruaudit Dalam. Juruaudit Dalam dan semua pihak yang menjalankan tugas audit adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. Bagaimanapun, UAD adalah bertanggungjawab memastikan segala maklumat disimpan dengan baik dan elemen rahsia terpelihara dan mematuhi akta-akta serta prosedur berkenaan penyimpanan maklumat yang digunapakai di UTHM. 5. ORGANISASI Ketua UAD bertanggungjawab melaporkan hal-hal pentadbiran (contohnya urusan sumber manusia, kewangan dan lain-lain perkara) kepada Naib Canselor dari semasa ke semasa. Manakala bagi pelaporan fungsi pengauditan, Ketua UAD bertanggungjawab melaporkannya secara terus kepada JKA melalui Mesyuarat JKA yang dikendalikan sekurangkurangnya empat (4) kali setahun. JKA akan membincangkan perkara-perkara yang dibentangkan dan memperakukan tindakan yang perlu sebelum melaporkan kepada LPU. Selain itu, Ketua UAD juga boleh menghubungi dan merujuk kepada ahliahli JKA dari masa ke semasa mengikut keperluan. Unit Audit Dalam UTHM 3 / 9

Perlantikan staf UAD adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh UTHM. Segala hal-hal berkaitan penggajian staf, kemudahan, imbuhan dan sebagainya adalah mengikut garispanduan yang digunapakai oleh UTHM. Penilaian prestasi tahunan Ketua UAD dan staf UAD adalah berdasarkan format penilaian prestasi yang dipersetujui oleh JKA dan Naib Canselor UTHM. 6. BADAN BEBAS DAN BEROBJEKTIF Aktiviti UAD akan kekal bebas daripada campur tangan Pengurusan UTHM termasuklah hal-hal yang melibatkan pemilihan tajuk auditan, kandungan auditan, skop auditan, prosedur auditan, kekerapan pengauditan, masa auditan atau sebarang kandungan laporan yang membenarkan UAD bertindak secara bebas dan berobjektif. UAD tidak terlibat secara langsung mahu pun berkuasa ke atas operasi atau mana-mana aktiviti bagi perkara yang telah diaudit. Oleh yang demikian, UAD tidak akan terlibat dalam melaksanakan kawalan dalaman, penggubalan prosedur, pembangunan sistem, penyediaan rekod atau sebarang penglibatan lain yang boleh menjejaskan pertimbangan Juruaudit Dalam di masa akan datang. Bagaimanapun UAD adalah tidak dihalang untuk dijemput sebagai penasihat kepada aktiviti-aktiviti tersebut sebagaimana yang digariskan di dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998. Walau bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh bercanggah dengan peraturan Universiti dan mengkompromi kepentingan dan kebebasannya sebagai Juruaudit Dalam. Keterlibatan UAD dalam proses khidmat nasihat yang diberi adalah dalam lingkungan skop penasihatan bagi tujuan mengelak kesilapan dan kesalahan serta kepada pematuhan peraturan yang betul tanpa penglibatan sepenuhnya dan secara langsung di dalam membuat keputusan bagi pihak pengurusan. Juruaudit Dalam perlu menunjukkan tahap profesional yang paling tinggi dan berobjektif dalam mengumpul, menilai dan menyampaikan maklumat berkaitan pengauditan yang sedang dijalankan. Juruaudit Dalam perlu membuat penilaian yang seimbang bagi semua keadaan yang berkaitan dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan sendiri atau orang lain dalam membuat pertimbangan. Unit Audit Dalam UTHM 4 / 9

Piagam Unit Audit Dalam UTHM perlu dibentangkan dan disemak semula kepada JKA dari semasa ke semasa bagi menerangkan fungsi bebas dan kuasa UAD dalam menjalankan tanggungjawabnya. Piagam ini seterusnya diperakukan dan diluluskan oleh JKA dan LPU. 7. TANGGUNGJAWAB UAD diberi tanggungjawab untuk mengkaji, menganalisa, menyiasat, menilai dan memberi pendapat, pandangan serta cadangan ke atas mana-mana aspek, aktiviti, fungsi atau operasi UTHM. Untuk tujuan tersebut, UAD akan melaksanakan tugas-tugas pengauditan berdasarkan perkara berikut:- Mengkaji semula pelaksanaan polisi dan aktiviti UTHM dan pusat tanggungjawab di bawahnya dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan adalah berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan dan dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik; Menilai kebergantungan dan integriti maklumat dan kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti, mengukur, mengelaskan dan melaporkan maklumat tersebut; Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi; Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut; Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan sama ada UTHM mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai; Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut; Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang untuk meningkatkan penggunaan sumber yang efisyen serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan; Unit Audit Dalam UTHM 5 / 9

Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program untuk memastikan sama ada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan, dan telah dilaksana sepertimana yang dirancangkan; Menyelaras tugas UAD dengan Audit Luar; Menjadi penasihat dan pemerhati dalam pembangunan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek: i. Ciri-ciri kawalan dalaman; ii. iii. Ciri-ciri ketepatan; dan Keupayaan merekod dokumentasi supaya sistem yang dimajukan ini dapat membantu UTHM mencapai matlamatnya. Membantu Universiti meningkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan serta pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan kewangan ke arah memperolehi prestasi cemerlang dalam Penarafan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan oleh Jabatan Audit Negara. Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Naib Canselor dan JKA untuk pertimbangan dan kelulusan; Melaporkan kepada pihak pengurusan sesiapa yang sepatutnya mengambil tindakan atas sesuatu teguran audit; Melaporkan kakitangan yang didapati melakukan penyelewengan; Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh UTHM telah mengambil kira pandangan audit sebelumnya berdasarkan laporan-laporan audit yang diedarkan; Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit mengenainya; dan Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada JKA yang meliputi perkara berikut: i. Tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan audit dalam yang penting; ii. Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit; iii. Penyelarasan Audit Dalam dan Audit Luar untuk mengelakkan pertindihan; Unit Audit Dalam UTHM 6 / 9

iv. Perancangan kerja audit; dan v. Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja audit; 8. STANDARD AMALAN AUDIT DALAM UTHM Juruaudit Dalam mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi standard tingkah laku yang mulia, bersih dan amanah serta professional dalam perhubungannya dengan auditi. Bagi mengekalkan keyakinan auditi, tingkah laku ini hendaklah sentiasa terkawal dan utuh. Antara amalan yang perlu diikuti sepanjang masa adalah :- Juruaudit Dalam mestilah bertindak secara bebas, adil dan saksama. Justeru itu, Juruaudit Dalam tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau individu atau terpengaruh oleh kepentingan peribadi. Keutuhan memerlukan Juruaudit Dalam menghayati prinsip keadilan dan kebenaran. Ia juga menuntut Juruaudit Dalam berpegang kepada prinsip objektiviti, mematuhi standard tingkah laku profesional, membuat keputusan berasaskan prinsip profesional dalam menjalankan tugas. Menggunakan hemat yang munasabah bagi mendapatkan cukup fakta termasuklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang dikemukakan oleh auditi atau pihak-pihak lain sebagai bukti sahih bagi menyokong pendapat dan kesimpulan audit. Berhati-hati dalam menggunakan maklumat yang telah diperolehi semasa melaksanakan tugas dan tidak menggunakan maklumat Rahsia untuk sebarang faedah persendirian atau dengan cara apa sekalipun yang diketahui akan menjejaskan kepentingan dan nama baik Universiti. Kesimpulan Juruaudit Dalam setelah mengambilkira maklumat, pandangan yang dikemukakan oleh auditi, mestilah dibuat secara adil dan saksama. Laporan yang dibuat hendaklah mendedahkan fakta-fakta penting yang diketahui jika tidak didedahkan akan menyelewengkan laporan ke atas perkara sebenar atau akan menutupi amalan yang bersalahan dengan undang-undang Juruaudit Dalam bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesional pada setiap masa dan perlu mengamalkan due Unit Audit Dalam UTHM 7 / 9

professional care dalam menjalankan tugas dan melaporkan penemuan audit. Bagi melaksanakan tanggungjawab profesionnya, Juruaudit Dalam hendaklah berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara berterusan selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa. 9. RANCANGAN AUDIT TAHUNAN Ketua UAD akan mengemukakan rancangan audit tahunan kepada JKA sekurang-kurangnya sekali setahun untuk semakan dan kelulusan. Rancangan audit tahunan merangkumi tajuk pengauditan, jadual kerja audit serta keperluan bajet dan sumber bagi tahun berikutnya. Ketua UAD akan memaklumkan sebarang batasan sumber, perubahan pengauditan dan kesan-kesannya kepada JKA. Rancangan audit tahunan disediakan berdasarkan keutamaan kepada audit universe menggunakan kaedah penilaian risiko, kawalan dalaman dan proses pentadbiran. Rancangan audit tahunan juga mengambilkira cadangan atau permintaan daripada JKA dan Pengurusan UTHM. Sebarang perubahan ke atas rancangan audit tahunan yang telah diluluskan akan dimaklumkan kepada JKA melalui laporan aktiviti secara berkala. 10. PELAPORAN DAN PEMANTAUAN Satu laporan bertulis akan disediakan dan dikeluarkan oleh Ketua UAD atau wakil yang dilantik setelah berakhirnya proses pengauditan dan diagihkan mengikut kesesuaian. Keputusan atau cadangan yang dikeluarkan oleh UAD akan dimaklumkan kepada JKA. Laporan audit akhir dikeluarkan terdiri daripada maklumbalas daripada pihak yang diaudit dan tindakan yang telah dan akan diambil bagi penemuan-penemuan audit dan cadangan-cadangan khusus yang dinyatakan oleh UAD. UAD bertanggungjawab menjalankan susulan ke atas penemuan dan cadangan yang dinyatakan sepertimana yang dipersetujui. Penemuanpenemuan penting akan kekal sebagai isu terbuka sehingga ianya diselesaikan. Unit Audit Dalam UTHM 8 / 9

11. PENAMBAHBAIKAN UAD MELALUI PERLAKSANAAN QUALITY ASSURANCE REVIEW (QAR) UAD juga akan mengadakan semakan secara dalaman terhadap kerjakerja yang telah dilaksanakan dan juga keseluruhan pentadbiran UAD. Ianya selari dengan perlaksanaan QAR di Unit Audit Dalam. Tujuan semakan dan penilaian ini adalah untuk memastikan UAD beroperasi dan berfungsi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. 12. PENILAIAN BERKALA Ketua UAD akan melapor secara berkala kepada LPU, JKA dan pihak Pengurusan Universiti mengenai tujuan, kuasa dan tanggungjawab pengauditan serta prestasi ke atas rancangan audit tahunan tersebut. Laporan tersebut mengandungi isu pendedahan risiko, isu kawalan dalaman, isu tadbir urus dan lain-lain perkara yang diperlukan atau dicadangkan oleh LPU, JKA dan pihak Pengurusan Universiti. Diluluskan oleh:. Prof. Madya Dr. Arham bin Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Audit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tarikh:. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tarikh: Unit Audit Dalam UTHM 9 / 9