KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

dokumen-dokumen yang mirip
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SARJANA UTAMA/ PENSYARAH SEMENTARA/ TUTOR) Tahun

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2010 PANDUAN PELAKSANAAN PEMENTORAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Lampiran A2 PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

TAKLIMAT PENYEDIAAN DATA MPPSM, APC DAN PPC. Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin) Masa : 11:00 Pagi Tempat : Dewan Senat (UTMJB) Dewan Jumaah (UTMKL)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

GARIS PANDUAN KEBERHASILAN

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JAWATAN GRED 45/51/53

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI (GURU) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGURUSAN KURIKULUM

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

KOMPONEN KEBERHASILAN

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PTSS-PK-PPP-12 PENDAFTARAN KURSUS

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PENGURUSAN KURIKULUM

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

SOALAN LAZIM BIL. SOALAN JAWAPAN

NO. K/P - - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

TAFSIRAN. Kriteria dan Wajaran Markah Penilaian KPI HRMIS bagi Tahun 2017 adalah seperti berikut: KRITERIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2017 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (EIO) & JURUTEKNIK KOMPUTER (TSO) PERINGATAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

PK18 PENGURUSAN PENTAKSIRAN KOKURIKULUM. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Negeri Johor.

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL / PELAKSANA 1. NAMA :. NO. UKM(PER) :.

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

FORMAT PEPERIKSAAN PROFIL JAWATAN. kepada semua kakitangan dalam menjalankan tugas mereka seperti peralatan dan lain-lain

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

Padankan. Padankan. Padankan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

Transkripsi:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KANDUNGAN Muka Surat 1. Pendahuluan 1 2. Pengenalan 2 3. Proses Kerja Penilaian 4 4. Kaedah Penilaian 5 5. Penetapan Sasaran 6 6. Pemarkahan 9 7. Melebihi Sasaran 10 8. Integriti 11 9. Borang Keberhasilan 12 10. Lampiran 15 Lampiran A: Kesalahan Penulisan Sasaran 16 Keberhasilan Lampiran B: Contoh Kaedah Pemberian Markah 17 Lampiran C: Glosari 22

1.0 PENDAHULUAN Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025. PBPPP ini merupakan satu daripada Inisiatif Piagam Guru di bawah tanggungjawab Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) yang telah diluluskan oleh YBhg. Tan Sri KPPA melalui surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 5 November 2015. Surat arahan pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan oleh YBhg. Tan Sri KSU KPM bertarikh 20 November 2015. Pelaksanaan PBPPP bagi kumpulan guru dan pemimpin sekolah bermula pada tahun 2015 dan pelaksanaan menyeluruh kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula pada tahun 2016. Penilaian Komponen Keberhasilan (PKK) merupakan satu daripada komponen PBPPP. Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) PBPPP ini disediakan untuk panduan semua pihak dalam menilai prestasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). GPPKK ini menerangkan secara khusus terma dan syarat-syarat, prosedur dan kaedah pelaksanaan penilaian bagi mengelakkan kekeliruan. Diharapkan GPPKK ini dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan penilaian PKK PBPPP seperti yang dihasratkan.

2.0 PENGENALAN Penilaian komponen keberhasilan merupakan sebahagian daripada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Jumlah markah penilaian keberhasilan ialah 100%. Dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian ini menyumbang wajaran sebanyak 10%. Rajah 1 menunjukkan pecahan wajaran mengikut komponen dalam PBPPP. Rajah 1: Pecahan wajaran mengikut komponen dalam PBPPP Penilaian keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja utama (outcome) yang memberi impak berdasarkan Tugas dan Tempat Bertugas. Asas penilaian keberhasilan berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian. Ketiga-tiga perkara berikut perlu

dipertimbangkan secara profesional semasa membuat penilaian keberhasilan iaitu: a) usaha; dan/ atau - inisiatif dalam meningkatkan keberhasilan b) kesungguhan; dan/ atau - berusaha dengan penuh minat, tekun dan seikhlas hati c) keberkesanan tugas - hasil kerja yang memberi impak kepada organisasi

3.0 PROSES KERJA PENILAIAN Rajah 2 menunjukkan proses kerja penilaian komponen keberhasilan sepanjang tempoh penilaian. MULA Penetapan Sasaran Keberhasilan Pada Awal Tahun Perbincangan dan persetujuan antara PYD dengan PP1 dan PP2 bagi menetapkan bidang tugas dan sasaran keberhasilan PP1 & PP2 Melaksanakan Penilaian Pertama PP1 dan PP2 melaksanakan penilaian pada pertengahan tahun. PP1 key-in Skor Keberhasilan dalam Sistem e-prestasi. Menyerahkan Salinan Borang Keberhasilan kepada PYD. Pinda/ Gugur/ Tambah/ Kekal Semakan Sasaran PYD bersama PP1 dan PP2 berbincang dan menyemak semula sasaran (jika perlu). PP1 & PP2 Melaksanakan Penilaian Akhir TAMAT PP1 dan PP2 melaksanakan penilaian pada akhir tahun. PP1 key-in Skor Keberhasilan dan peratus melebihi sasaran dalam Sistem e-prestasi. Menyerahkan Salinan Borang Keberhasilan kepada PYD. Rajah 2: Carta Alir Proses Kerja Penilaian Keberhasilan

4.0 KAEDAH PENILAIAN Penetapan sasaran keberhasilan mestilah berdasarkan kepada tugas yang dilaksanakan oleh PYD. Pegawai Penilai (PP) berperanan menyelia dan membimbing dalam menentukan hasil kerja yang disasarkan. Penetapan sasaran keberhasilan mesti ditetapkan pada awal tahun sebelum penilaian pertama dilaksanakan. PP1, PP2 dan PYD hendaklah berbincang dan membuat persetujuan bersama bagi menetapkan sasaran keberhasilan berdasarkan bidang tugas yang akan dicapai dalam tahun penilaian. Penilaian sasaran keberhasilan mesti dilaksanakan dua kali dalam tempoh penilaian iaitu pada penilaian pertama (pertengahan tahun) dan penilaian akhir (akhir tahun). PP1, PP2 dan PYD boleh berbincang untuk menetapkan markah dengan adil, telus dan berintegriti bagi setiap sasaran keberhasilan PYD. Sasaran keberhasilan boleh dikekalkan, ditambah, digugur atau dipinda selepas penilaian pertama dengan persetujuan bersama antara PYD, PP1 dan PP2. Selepas perbincangan dengan PP2, skor penilaian dan peratus melebihi sasaran mesti dimasukkan ke dalam sistem e-prestasi oleh PP1 sahaja.

PP1 mesti menyimpan skor penilaian pertama dengan menekan (klik) simpan manakala skor penilaian akhir dan peratus melebihi sasaran mesti klik simpan dan klik hantar dalam sistem e-prestasi. PP1, PP2 dan PYD mesti menyimpan salinan Borang Keberhasilan selepas penilaian untuk tujuan rekod dan rujukan, semasa dan selepas tempoh tahun penilaian. Tempoh dan kaedah penyimpanan dokumen perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. 5.0 PENETAPAN SASARAN Penyataan sasaran keberhasilan mesti berdasarkan definisi penilaian iaitu hasil kerja utama PYD yang boleh diukur dan memberi impak kepada klien atau organisasi. Penulisan penyataan sasaran keberhasilan tidak melibatkan kerja rutin yang berbentuk proses tanpa ada keberhasilan. PYD mesti menetapkan sasaran keberhasilan sesuai dengan skop tugas dan tempat bertugas masing-masing merujuk kepada senarai tugas yang boleh dinilai dalam tempoh PYD menjalankan tugas serta mendapat persetujuan PP1 dan PP2. Bilangan bidang tugas dan sasaran keberhasilan serta nilai ukuran sasaran hendaklah bersesuaian mengikut kemampuan dan keboleh capaian dengan skop tugas PYD. Bilangan bidang tugas dan sasaran keberhasilan serta nilai ukuran hendaklah juga mengambil kira latar belakang dan matlamat organisasi. Setiap PYD mesti mencatat minimum lima (5) sasaran dan dicadangkan sasaran maksimum sebanyak dua puluh (20) sasaran.

Sasaran keberhasilan PYD berikut dibenarkan kurang daripada lima sasaran keberhasilan iaitu: a. PPP baharu dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) b. PPP yang berada dalam Jawatan Kumpulan dan layak dinilai pada tahun semasa c. PPP yang berada dalam tempoh pemantauan dasar pemisah (exit policy) Setiap sasaran keberhasilan mesti mengandungi maklumat berikut: a Penggunaan Kata kerja Menggunakan perkataan yang bersifat perbuatan/ amalan seperti memastikan, mencapai, melaksanakan, mengemas kini, mengurangkan, mengurus, merancang, menyelia, memperaku, menjalankan dan seumpama dengannya. b Penyataan ukuran Nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran keberhasilan. Penyataan ukuran mestilah mengandungi: i. Kuantiti; dan/ atau ii. iii. iv. Kualiti; dan/ atau Kos; dan/ atau Masa.

c Tujuan sasaran Tujuan sesuatu sasaran keberhasilan adalah bagi memperlihatkan hasrat/ matlamat/ penerangan terhadap hasil kerja. d Peringkat sasaran Tahap/ peringkat penglibatan yang akan dicapai. Setiap penyataan sasaran keberhasilan mesti mengandungi maklumat a, b dan c. Walau bagaimanapun, maklumat tambahan d boleh dinyatakan jika perlu. Penetapan setiap sasaran perlu disesuaikan mengikut jawatan dan bidang tugas yang dijalankan. Contoh sasaran keberhasilan : Penolong Kanan Kokurikulum a b c d Memastikan 10 orang murid mewakili sekolah dalam aktiviti kokurikulum ke peringkat daerah Catatan: a. Contoh kesalahan penulisan sasaran keberhasilan seperti Lampiran A.

6.0 PEMARKAHAN PP1 dan PP2 mesti berbincang dan memuktamadkan markah penilaian keberhasilan bagi setiap sasaran. Jadual 1 menunjukkan tahap keberhasilan dan julat markah mengikut skor penilaian. Jadual 1: Tahap Keberhasilan dan Julat Markah Mengikut Skor Tahap Keberhasilan Julat Markah Skor Cemerlang Baik Sederhana Lemah 76-100 4 51-75 3 26-50 2 0-25 1 Kaedah pengiraan markah purata pencapaian keberhasilan seperti berikut: Jumlah Markah Bagi Setiap Sasaran Jumlah Bilangan sasaran = Purata Pencapaian Keberhasilan Jika seseorang PYD diarahkan berpindah atau tidak dapat mencapai sasaran disebabkan faktor-faktor luar jangka dan penilaian masih dilaksanakan di organisasi asal, penetapan sasaran perlu diselaraskan sehingga tarikh akhir arahan tersebut.

7.0 MELEBIHI SASARAN Semasa penilaian akhir, setiap sasaran keberhasilan mesti dinilai sama ada melebihi sasaran atau tidak. Jadual 2 menunjukkan kriteria penentuan melebihi sasaran. Kaedah penetapan melebihi sasaran adalah seperti berikut: a) Pencapaian melebihi sasaran perlu memenuhi salah satu kriteria asas; b) Mencapai sasaran keberhasilan, PP boleh mempertimbangkan melebihi sasaran jika memenuhi salah satu kriteria tambahan; Jadual 2: Kriteria melebihi sasaran keberhasilan Bil Kriteria Penyataan Penerangan 1 melebihi kuantiti sasaran Melebihi bilangan/ peratus yang disasarkan 2 melebihi kualiti sasaran Melebihi standard/ objektif kualiti yang ditetapkan 3 Asas mengurangkan masa sasaran Mengurangkan tempoh seperti jam/ minggu/ bulan 4 mengurangkan kos sasaran Menjimatkan kewangan 5 Tambahan Nota: menerima penghargaan/ pengiktirafan/ anugerah Surat/ sijil/piala/ pingat/ anugerah/ pengiktirafan/ perakuan yang diperoleh daripada pelbagai pihak berdasarkan hasil kerja tahun semasa. Sekiranya sesuatu sasaran keberhasilan itu tidak dicapai, PYD tidak layak untuk dipertimbangkan melebihi sasaran.

Setiap sasaran keberhasilan yang melebihi sasaran mestilah disertakan dengan bukti seperti surat/ sijil/ piala/ pingat/ anugerah/ minit mesyuarat dan seumpamanya. Kaedah pengiraan peratus melebihi sasaran adalah seperti berikut: Bilangan Sasaran Yang Melebihi Sasaran Jumlah Bilangan Sasaran X 100 = Peratus Melebihi Sasaran Peratus melebihi sasaran yang diperoleh daripada borang keberhasilan format MS Excel mestilah dipindahkan ke ruang Peratus Melebihi Sasaran dalam sistem e-prestasi oleh PP1. 8.0 INTEGRITI Semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan penilaian ini mesti melaksanakannya dengan penuh berintegriti. Perbincangan yang telus antara PP dengan PYD mesti dilaksanakan. Antara perkara yang mesti dielakkan dalam melaksanakan penilaian ini adalah: i. PP tidak menyemak/ tidak berbincang/ tidak membimbing PYD dalam menetapkan sasaran. ii. Menetapkan sasaran yang lebih rendah daripada sepatutnya untuk mendapatkan tahap melebihi sasaran. iii. PP menetapkan sasaran pada tahap yang tidak munasabah iv. PYD menetapkan markah penilaian kendiri. v. Melaksanakan penilaian secara tidak profesional. vi. Bersikap sambil lewa dalam melaksanakan penilaian. vii. Memberi markah tanpa merujuk Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan. viii. Gagal mengemukakan bukti pencapaian apabila diperlukan.

Semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PBPPP perlu mematuhi P.U. (A) 246 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 seperti berikut: i. Perkara 4(2)(e) kurang cekap atau kurang berusaha; ii. iii. iv. Perkara 4(2)(f) tidak jujur atau tidak amanah; Perkara 4(2)(g) tidak bertanggungjawab; dan Perkara 4(2)(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya. 9.0 BORANG KEBERHASILAN Rajah 3 ialah format Borang Keberhasilan yang mesti digunakan semasa menetapkan sasaran keberhasilan untuk mendapatkan skor penilaian keberhasilan dan peratus melebihi sasaran. Templat borang ini dibekalkan dalam format MS Excel (versi 2007 dan ke atas) boleh digunakan sepanjang tempoh penilaian tahun semasa.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG KEBERHASILAN TAHUN :... NAMA PYD GRED JAWATAN NO.K.P. JAWATAN TEMPAT BERTUGAS BIL BIDANG TUGAS SASARAN KEBERHASILAN PENILAIAN PERTAMA PENILAIAN AKHIR MELEBIHI SASARAN CATATAN a b c d e f g a Bilangan Sasaran Jumlah Markah h i Peratus Pencapaian k Skor j Pengesahan *tandatangan & tarikh PENILAIAN PERTAMA PENILAIAN AKHIR PP1 PP2 PYD Rajah 3: Borang Keberhasilan Berikut ialah maksud bagi istilah-istilah yang terdapat dalam Borang Keberhasilan:

a b c d e Bidang tugas bermaksud skop tugas PYD. Tiada penetapan khusus berkaitan bidang tugas. Sasaran keberhasilan bermaksud hasil kerja utama PYD yang boleh diukur dan memberi impak kepada klien atau organisasi Penilaian Pertama bermaksud markah pencapaian atau peningkatan semasa penilaian pertama pada pertengahan tahun penilaian. Penilaian Akhir bermaksud markah pencapaian atau peningkatan pada akhir tahun penilaian. Melebihi Sasaran bermaksud melebihi sasaran yang telah disasarkan. f g h i j k Catatan bermaksud makluman hasil semakan semula sasaran sama ada kekal, pinda, gugur atau tambah selepas penilaian pertama. Bilangan Sasaran bermaksud bilangan keseluruhan sasaran keberhasilan yang dinilai. Jumlah Markah bermaksud markah keseluruhan pencapaian atau peningkatan sasaran keberhasilan yang dinilai. Peratus Pencapaian bermaksud purata markah keberhasilan bagi sasaran yang dinilai dan pencapaian peratus melebihi sasaran. Skor bermaksud skor penilaian berdasarkan tahap keberhasilan. Skor bagi penilaian pertama dan penilaian akhir mesti dipindahkan dalam Sistem e-prestasi oleh PP1. Ruangan peratus melebihi sasaran. Peratus ini mesti dipindahkan ke dalam Sistem e-prestasi pada ruang Peratus Melebihi Sasaran.

Lampiran A: KESALAHAN PENULISAN SASARAN KEBERHASILAN Penulisan sasaran keberhasilan yang tidak sesuai digunakan kerana tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin berbentuk proses, tiada memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama adalah seperti berikut: BIL. SASARAN KEBERHASILAN KESALAHAN 1 Memastikan kehadiran murid ke sekolah 2 Mengurus peserta pasukan bola baling sekolah 3 Mengajar mata pelajaran moral bagi kelas 3A pada penggal pertama 4 Pengurusan kebersihan dan keselamatan sekolah 5 Melaksanakan ujian psikometrik 6 Menggubal Teaching Learning Outcomes (TLO) 7 Memeriksa buku latihan murid 8 Bertugas sebagai Setiausaha PIBG Sekolah 9 Menghadiri mesyuarat guru 10 Memastikan semua kertas jawapan peperiksaan murid diperiksa 11 Menghadiri kursus dan mesyuarat 12 Mengemas kini HRMIS 13 Merancang dan menyediakan takwim sekolah 14 Menulis rancangan mengajar 15 Guru membantu pihak pentadbir dalam melaksanakan kerja pengurusan 16 Menghias rumah sukan semasa temasya sukan tahunan sekolah 17 Mencuci dan menghias kelas 18 Bertugas sebagai pengacara majlis rasmi sekolah 19 Mengajar kelas tambahan pada sebelah malam 20 Membuat garisan padang untuk latihan sukan olahraga 21 Menghantar murid yang sakit ke rumah pada minggu bertugas - Tiada penyataan yang boleh diukur - Kerja rutin yang berbentuk proses - Tiada memberi impak kepada klien dan organisasi - bukan hasil kerja utama

Lampiran B: CONTOH KAEDAH PEMBERIAN MARKAH Contoh Sasaran Keberhasilan 1: Memastikan 20 daripada 30 orang murid tahun 5A mendapat Gred A dalam mata pelajaran Matematik pada peperiksaan akhir tahun. a) Situasi 1 TAHAP KEBERHASILAN JULAT MARKAH JUMLAH SASARAN Cemerlang 76-100 16-20 murid Baik 51-75 11-15 murid Sederhana 26-50 6-10 murid Lemah 0-25 0-5 murid Sekiranya 15 orang murid telah mendapat keputusan A dalam peperiksaan akhir tahun, PYD layak mendapat markah dalam julat antara 51 75. PP dan PYD mesti berbincang dalam menentukan markah sebenar yang akan dicapai dengan mempertimbangkan secara objektif hasil pencapaian murid dan penilaian profesional terhadap usaha/ kesungguhan/ keberkesanan tugas. Hasil perbincangan, PP telah bersetuju menetapkan markah 80 bagi sasaran ini setelah membuat semua pertimbangan. Sasaran ini tidak layak mendapat melebihi sasaran kerana gagal memenuhi kriteria asas melebihi sasaran.

b) Situasi 2 Sekiranya 15 orang murid telah mendapat keputusan A dalam peperiksaan akhir tahun, oleh itu kaedah pengiraan markah berdasarkan peratus ialah: 15 murid X 100 = 75% 20 murid PYD layak mendapat markah dalam julat antara 75%. PP dan PYD mesti berbincang dalam menentukan markah sebenar yang akan ditetapkan dengan mempertimbangkan secara objektif hasil pencapaian murid dan penilaian profesional terhadap usaha/ kesungguhan/ keberkesanan tugas. Hasil perbincangan, PP telah bersetuju menetapkan markah 80 bagi sasaran ini setelah membuat semua pertimbangan. Sasaran ini tidak layak mendapat melebihi sasaran kerana gagal memenuhi kriteria asas melebihi sasaran keberhasilan. c) Situasi 3 Sekiranya 20/20 orang murid tahun 5A mendapat Gred A dalam mata pelajaran matematik pada peperiksaan akhir tahun seperti yang disasarkan. Hasil perbincangan, PP telah bersetuju menetapkan markah 100 bagi sasaran ini dan layak mendapat melebihi sasaran setelah mendapati sasaran ini memenuhi salah satu daripada kriteria tambahan melebihi sasaran keberhasilan.

Contoh Sasaran Keberhasilan 2: GARIS PANDUAN PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Mendapat Pingat Emas dalam acara lompat jauh (B15) Perempuan kejohanan olahraga peringkat daerah. TAHAP KEBERHASILAN JULAT MARKAH SASARAN Cemerlang 76-100 Pingat Emas Baik 51-75 Pingat Perak Sederhana 26-50 Pingat Gangsa Lemah 0-25 Tiada pingat Sekiranya pencapaian murid dalam pertandingan lompat jauh (B15) Perempuan kejohanan olahraga peringkat daerah adalah pingat gangsa, PYD layak mendapat markah dalam julat antara 26-50. PP dan PYD mesti berbincang dalam menentukan markah sebenar yang akan ditetapkan dengan mempertimbangkan secara objektif hasil pencapaian pingat dan penilaian profesional terhadap usaha/ kesungguhan/ keberkesanan tugas. Hasil perbincangan, PP telah bersetuju menetapkan markah 70 bagi sasaran ini setelah membuat semua pertimbangan. Sasaran ini tidak layak mendapat melebihi sasaran kerana gagal memenuhi kriteria asas melebihi sasaran keberhasilan.

Contoh Sasaran Keberhasilan 3: GARIS PANDUAN PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Menyediakan laporan akademik yang sangat lengkap untuk tujuan dialog prestasi peringkat daerah. TAHAP KEBERHASILAN JULAT MARKAH PENCAPAIAN SASARAN Cemerlang 76-100 Sangat lengkap Baik 51-75 Lengkap Sederhana 26-50 Kurang lengkap Lemah 0-25 Tidak lengkap Setelah PP menyemak laporan akademik yang disediakan dan mendapati laporan berkenaan berada pada peringkat lengkap, oleh itu PYD layak mendapat markah dalam julat antara 51-75. PP mendapati PYD tidak menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan ini. Oleh itu PP dan PYD mesti berbincang dalam menentukan markah sebenar yang akan ditetapkan dengan mempertimbangkan secara objektif hasil laporan dan penilaian profesional terhadap usaha/ kesungguhan/ keberkesanan tugas. Hasil perbincangan, PP telah bersetuju menetapkan markah 60 bagi sasaran ini setelah membuat semua pertimbangan. Sasaran ini tidak layak mendapat melebihi sasaran kerana gagal memenuhi kriteria asas melebihi sasaran keberhasilan.

Contoh Sasaran Keberhasilan 4: GARIS PANDUAN PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Mengurangkan 80% kesalahan disiplin berkaitan vandalisme di sekolah. TAHAP KEBERHASILAN JULAT MARKAH PENCAPAIAN SASARAN Cemerlang 76-100 61% - 80% Baik 51-75 41% - 60% Sederhana 26-50 21% - 40% Lemah 0-25 0% - 20% Hasil semakan menunjukkan bahawa PYD telah mencapai sasaran untuk mengurangkan kesalahan disiplin berkaitan vandalisme di sekolah sebanyak 82%. Ini menunjukkan bahawa semua usaha yang dilaksanakan oleh PYD telah memberi impak yang berkesan. Hasil penilaian menunjukkan bahawa PYD layak mendapat markah cemerlang antara 76 100. PP mendapati PYD telah menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan ini. Oleh itu PP dan PYD mesti berbincang dalam menentukan markah sebenar yang akan ditetapkan dengan mempertimbangkan secara objektif hasil pengurangan kes disiplin dan penilaian profesional terhadap usaha/ kesungguhan/ keberkesanan tugas. Hasil perbincangan, PP telah bersetuju menetapkan markah 100 bagi sasaran ini dan layak mendapat melebihi sasaran kerana telah memenuhi kriteria asas melebihi sasaran keberhasilan.

Lampiran B: GLOSARI Lampiran ISTILAH Peningkatan Sasaran Pencapaian Sasaran Usaha yang Dilaksanakan Melebihi Sasaran Melebihi Kualiti Sasaran Melebihi Kuantiti Sasaran Mengurangkan Masa Sasaran Mengurangkan Kos Sasaran Penghargaan/ Pengiktirafan/ Anugerah Kerja Rutin Integriti MAKSUD Sebarang bentuk kemajuan dan perkembangan pengetahuan/ kemahiran/ nilai/ amalan dan tingkah laku klien Kejayaan mencapai hasil kerja yang telah ditetapkan Inisiatif yang dilakukan ke arah mencapai hasil kerja Kejayaan melebihi hasil kerja yang telah ditetapkan Kejayaan melebihi standard yang ditetapkan Kejayaan melebihi jumlah yang disasarkan Kejayaan mengurangkan tempoh seperti jam/ minggu/ bulan dalam mencapai sasaran Kejayaan mengurangkan kos / kewangan dalam mencapai sasaran Menerima surat/ sijil/ piala/ pingat/ anugerah/ pengiktirafan/ perakuan yang diperoleh daripada pelbagai pihak berdasarkan hasil kerja tahun semasa Tugas/ aktiviti yang lazim dilaksanakan yang melibatkan proses sebelum mencapai sasaran/ objektif sebenar Kejujuran, adil, ketulusan dan kebertanggungjawaban