ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

dokumen-dokumen yang mirip
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

Nota Editor 27 KANUN (1) Farid Sufian Shuaib dan Ainul Jaria Maidin 1 NOTA EDITOR

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif. undang) Undang-undang

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Ulasan Buku/Book Review

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

ULASAN BUKU PENGENALAN

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

AMALAN PERINTAH TAUBAT (ISTITABAH) BAGI PERMOHONAN KELUAR AGAMA ISLAM

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman.

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

Model Pengurusan Strategik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

[ULASAN BUKU] 25 KANUN (1) 141 ULASAN BUKU Nasimah Hussin et. al. (ed.) Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur (Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia, Jilid 13, 2007. 272 halaman, ISBN 978-983-62-9726-6. Pengulas: Ruzman Md. Noor ruzman@um.edu.my Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya PENDAHULUAN Penerbitan buku seumpama ini sangat penting sebagai rujukan untuk para ahli akademik, pengamal undang-undang, para pelajar dan orang awam. Buku ini bukan sahaja menjadi rujukan akademik yang baik malah dapat memberikan impak kepada pembuat polisi dan pihak berkuasa untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem kehakiman dan perundangan Islam di negara kita. Pada masa yang sama buku sebegini dapat mengisi kekurangan rujukan dalam bahasa Melayu sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa berkenaan. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2007 dan disunting oleh Dr. Nasimah Hussin, dari Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ulasan ini secara khusus terhadap jilid yang ke-13 dalam terbitan Siri Perkembangan Undangundang di Malaysia. Ulasan ini terbahagi kepada dua bahagian: bahagian pertama ulasan secara umum merangkumi semua bab, dan kedua, ulasan setiap bab secara khusus. ULASAN UMUM Buku ini mengandungi sembilan bab yang dikelompokkan kepada tiga bahagian; bahagian pertama Undang-undang Jenayah Islam, bahagian kedua, Undang-undang Keterangan Islam, dan bahagian ketiga, Undangundang Prosedur Jenayah. Makalah yang dimasukkan ke dalam buku ini menyentuh aspek sejarah perkembangan undang-undang, perbincangan hukum syarak yang relevan, peruntukan undang-undang yang terpakai, kes mahkamah syariah dan sivil serta ulasan yang bersifat kontemporari. Penulisan ini merupakan hasil penyelidikan ahli akademik yang pakar dalam bidang masing-masing, dengan mengguna pakai metodologi 9 Ulasan Buku Dr Ruzman.indd 141 6/7/13 9:31 AM

142 KANUN [JUN 2013] penyelidikan yang sesuai. Metodologi yang digunakan dalam buku ini dibahagikan kepada dua metode, iaitu pengumpulan data dan analisis data. Secara umumnya, penulisan dalam buku ini ialah hasil penyelidikan secara kualitatif dan data dalam penulisan buku ini bersifat data perpustakaan dan dokumentasi sedia ada yang terkumpul termasuk kes mahkamah syariah dan sivil. Bahan rujukan pula berautoriti walaupun terdapat banyak rujukan yang bersifat sekunder. Bahan berkenaan dianalisis secara historis, komparatif, induktif dan deduktif. Kebanyakan data dianalisis secara komparatif. Perbandingan antara pelbagai pandangan dalam hukum syarak, perbandingan antara undang-undang Islam dan sivil serta perbandingan dengan pemakaian di Pakistan. Analisis data berbentuk historis dibuat untuk menilai kesinambungan sejarah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga ke era mutakhir termasuklah proses sekularisasi perundangan di Malaysia. Pendekatan analisis data secara induktif pula dilakukan terhadap kes mahkamah serta realiti masyarakat untuk menyimpulkan prinsip umum yang dapat dipakai daripada kes berkenaan, seperti keperluan terhadap penerimaan keterangan dengar cakap yang berasaskan istihsan dan darurat. Sementara itu, analisis secara deduktif pula cuba untuk mengguna pakai teori umum sedia ada dengan mengenal pasti teori umum yang sudah kukuh, seperti teori keadilan Islam, teori jenayah Islam, teori akhlak dan hubungannya dengan jenayah, terutamanya dalam bab awal buku ini. Hasil dapatan daripada penyelidikan dan penulisan ini amat memuaskan meskipun tiada data bersifat kuantitatif serta tiada kaedah lapangan yang biasa dipakai dalam pengkajian sains sosial seperti ini. Buku ini dimulakan dengan topik yang umum berkaitan dengan konsep jenayah Islam dan disusuli dengan undang-undang Keterangan Islam dan prosedur. Kebanyakan perbincangan merujuk undang-undang substantif dan sebahagian lagi tentang undang-undang keterangan dan prosedur, iaitu pada bab akhir buku ini. Bab dalam buku ini disusun sedemikian rupa yang berperanan untuk saling lengkap-melengkapi dan menyeluruh. Pelaksanaan undang-undang Jenayah Islam telah menjadi isu dan polemik di kebanyakan Negara. Sering kali isu ini berbangkit disebabkan kefahaman dan penerimaan yang berbeza tentang konsep keadilan dan hak asasi manusia. Oleh sebab itu, bagi negara yang sudah menguatkuasakan undang-undang ini pun, persoalan asas ini masih berbangkit. Sementara itu, bagi negara umat Islam seperti Malaysia, persoalan metodologi penggubalan undang-undang juga masih lagi diperdebatkan. Secara umumnya, terdapat beberapa kelompok yang masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri dalam memahami, menggubal dan melaksanakan undang-undang jenayah Islam ini. Antaranya termasuklah tradisionalis, modernis dan sekularis. Buku ini telah berjaya mengetengahkan pendekatan Malaysia dari aspek proses penggubalan dan pelaksanaan undang-undang berkenaan dalam 9 Ulasan Buku Dr Ruzman.indd 142 6/7/13 9:31 AM

Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur 25 KANUN (1) Ruzman Md. Noor 143 ruang lingkup bidang kuasa yang diperuntukkan. Buku ini telah berjaya memberikan sedikit jawapan kepada proses islamisasi undang-undang jenayah Islam dan pelaksanaannya secara khusus dalam dunia moden hari ini. ULASAN KHUSUS Buku ini mengandungi sembilan bab dan dikelompokkan kepada tiga bahagian seperti yang berikut: 3.1- Bahagian pertama buku ini ialah berkaitan undang-undang jenayah Islam yang dipecahkan kepada empat bab seperti yang berikut: Bab 1- Konsep Jenayah dalam Islam dan Isu Semasa (Abdul Rahman Awang) Bab 2- Perkembangan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia (Hamid Jusoh) Bab 3-Kesalahan Berkaitan dengan Kesusilaan dan Moral dalam Undangundang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia: Satu Ulasan (Nasimah Hussin) Bab 4-Peruntukan undang-undang Mengenai Penghinaan terhadap Agama Islam di Malaysia (Shamrahayu A. Aziz) Dalam bab 1 penulis menghuraikan secara perbandingan antara konsep jenayah dalam Islam dengan konsep jenayah ciptaan manusia. Penulis telah menghuraikan beberapa perkara asas yang berkaitan dengan teori umum dan falsafah perundangan Islam. Namun begitu, pendekatan penulis adalah mendatar serta tidak membezakan istilah asas yang berkaitan perundangan Islam seperti hukum syarak, hukum Islam dan undang-undang Islam. Penulis menyentuh secara perbandingan antara undang-undang Islam dan undang-undang ciptaan manusia. Penulis telah menghuraikan secara panjang lebar tentang hubungan antara jenayah dan akhlak. Penekanan yang besar ini dibuat kerana akhlak merupakan salah satu komponen dalam agama Islam di samping aspek akidah dan hukum. Oleh sebab itu, ahli masyarakat tidak boleh mendakwa perbuatan salah mereka sebagai urusan peribadi yang tidak boleh dicampuri oleh pemerintah melalui penguatkuasaan undang-undang. Pada masa yang sama juga kebebasan yang diberikan kepada individu adalah tidak mutlak. Pemerintah yang mewakili masyarakakat boleh mengambil tindakan terhadap golongan ini kerana perbuatan mereka akan mengakibatkan bencana kepada semua. Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai rahmat kepada alam seluruhnya, maka undang-undang jenayah dapat menjadi mekanisme ke arah matlamat ini. 9 Ulasan Buku Dr Ruzman.indd 143 6/7/13 9:31 AM

144 KANUN [JUN 2013] Makalah ini juga menyentuh tentang pembahagian jenayah dalam Islam yang dibahagikan kepada hudud, qisas dan takzir. Klasifikasi ini dibuat secara deskriptif bersama-sama dalil tanpa membuat analisis tentang pendekatan semasa. Bab 2 buku ini merupakan lanjutan daripada bab 1 dengan penekanan kepada perkembangan sejarah serta isu semasa. Bahagian awal makalah ini juga menyentuh tentang konsep dan pembahagian jenayah Islam seperti bab 1. Penulis menghuraikan dan membuat analisis secara panjang lebar tentang perkembangan undang-undang ini dengan membuat pendekatan historis. Penulis telah menghuraikan perkembangan sejarah ini berasaskan kefahaman dan fakta bahawa undang-undang jenayah Islam telah dilaksanakan pada satu masa dahulu dan jika tidak dengan kedatangan penjajah undangundang ini pasti wujud dalam wajah yang berbeza daripada apa yang wujud pada masa kini. Bab 3 penulisan dalam buku ini cuba mengupas isu pokok yang sangat substantif, sekurang-kurangnya dalam konteks negara Malaysia yang bidang kuasanya terhad bagi orang Islam, iaitu persoalan akhlak dan moral serta kaitannya dengan jenayah Islam. Penulis melihat isu ini dari sudut hukum Islam dan peruntukan undang-undang berkaitan akhlak berkenaan. Islam memberikan penekanan dan perhatian utama kepada persoalan akhlak dan pemerintah diberikan kuasa untuk campur tangan melalui kuat kuasa undangundang. Penguatkuasaan ini menepati keperluan amr ma ruf wa nahyu an al-munkar meskipun sering dipertikaikan kerana dianggap bertentangan dengan hak asasi manusia serta menceroboh soal peribadi. Penulis juga menekankan keperluan untuk menguatkuasakan undangundang bagi isu ini kerana akhlak merupakan salah satu komponen dalam agama Islam. Pada prinsipnya semua perbuatan maksiat yang diharamkan oleh Islam boleh diambil tindakan undang-undang. Walau bagaimanapun penulis tidak menghuraikan lebih lanjut persoalan ini kerana pemerintah sudah tentu tidak berupaya untuk menguatkuasakan semuanya dan memilih kesalahan tertentu sahaja yang melibatkan kepentingan awam. Penulis juga membuat perbandingan dengan undang-undang awam khususnya bekaitan dengan zina dan minum arak serta pendekatan keduanya yang berbeza dalam menangani kesalahan ini. Penulis seterusnya menghuraikan bidang kuasa mahkamah syariah berkaitan kesalahan jenayah syariah berkaitan moral dan kesusilaan ini. Perbincangan bermula dengan bidang kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 pindaan 1984. Merujuk tajuk bab ini, fokus penulis hanya kepada kesalahan seksual dan salah laku moral. Penulis menegaskan bahawa kedudukan yang ada ini masih jauh daripada menepati keperluan hukuman hudud yang terdapat dalam Islam, bahkan 9 Ulasan Buku Dr Ruzman.indd 144 6/7/13 9:31 AM

Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur 25 KANUN (1) Ruzman Md. Noor 145 terdapat kesalahan tertentu yang sama jenisnya, boleh dikenakan hukuman lebih berat dalam Kanun Keseksaan. Oleh sebab itu, penulis mencadangkan akan keperluan bidang kuasa yang lebih tinggi bagi Mahkamah Syariah untuk menghampiri hukuman hudud sebenarnya. Penulis juga mencadangkan agar orang bukan Islam yang terlibat bersama-sama orang Islam dalam kesalahan berkenaan, dihukum di bawah undang-undang khusus atau melalui pindaan kepada peruntukan dalam Kanun Keseksaan. Bab 4 merupakan kupasan yang lebih khusus kepada sejenis kesalahan sahaja dan berbeza dengan bab sebelum ini yang menyentuh sekelompok kesalahan dalam kategori yang sama. Dalam bab ini penulis hanya menyentuh tentang kesalahan penghinaan terhadap Agama Islam di Malaysia. Penulis berasa bahawa kajian khusus kepada isu ini penting kerana kedudukan agama Islam itu sendiri yang amat mulia dan kedudukannya yang istimewa yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan kedudukan tersebut Islam dikira sebagai agama Persekutuan dan agama yang dominan dalam Negara ini. Perkara penting yang diketengahkan oleh penulis ialah pihak berkuasa negeri mempunyai bidang kuasa untuk menentukan apa-apa perbuatan yang termasuk dalam kesalahan penghinaan terhadap agama Islam sebagai salah satu bentuk kesalahan di bawah jenayah syariah. Limitasi hanya dikenakan terhadap hukuman yang boleh dijatuhkan kepada pesalah berkenaan berdasarkan Akta peringkat Persekutuan. Terdapat pelbagai bentuk peruntukan sama ada secara nyata atau tidak berkaitan penghinaan terhadap agama Islam. Penulis membuat analisis tentang peruntukan bagi kesalahan ini dalam pelbagai statut dan peruntukan. Terdapat peruntukan yang dengan nyata menyebut tentang penghinaan agama Islam ini. Sementara itu, elemen perbuatan yang boleh membawa kepada kesalahan ini boleh wujud secara langsung atau tidak langsung yang boleh ditafsirkan sebagai penghinaan kepada agama Islam. Penulis mencadangkan bahawa antara cara mengenal pasti jenayah ini adalah dengan menilai sama ada perbuatan seseorang itu telah mencederakan atau menyinggung perasaan orang Islam atau tidak. Peruntukan ini sangat subjektif dan skopnya luas sehingga penulis mencadangkan supaya diwujudkan garis panduan untuk menentukan elemen jenayah ini. Penulis berpendapat bahawa murtad boleh dianggap sebagai perbuatan menghina agama Islam. Begitu juga antara perbuatan yang termasuk dalam kategori kesalahan ini ialah menghina Al-Quran/al-Sunnah, undang-undang Islam, ungkapan suci dan pegawai agama Islam. Termasuk juga dalam kategori ini mencemar tempat ibadat, menceroboh tanah perkuburan, pengembangan ajaran agama lain kepada Muslim, tidak menghormati bulan Ramadan dan penerbitan keagamaan. Penulis juga menyentuh kes di mahkamah yang relevan untuk menyokong ulasan beliau. 9 Ulasan Buku Dr Ruzman.indd 145 6/7/13 9:31 AM

146 KANUN [JUN 2013] Bahagian 3.2 (bahagian kedua buku) ini berkaitan dengan undang-undang keterangan Islam yang dipecahkan kepada empat bab seperti yang berikut: Bab 5- Undang-undang Keterangan Islam dan Perkembangan Pelaksanaannya di Malaysia (Hamid Jusoh) Bab 6- Tazkiyah al-syuhud (Hamid Jusoh) Bab 7- Al-Qarinah: Pemakaiannya dalam Litigasi Mal dan Jenayah (Zulfakar Ramlee) Bab 8- Kebolehterimaan Keterangan Dengar Cakap sebagai Satu Cara Pembuktian di Mahkamah Syariah (Afridah Abas) Bab 5 merupakan pelengkap undang-undang substantif berkaitan jenayah syariah. Bab ini dan beberapa bab berikutnya menyentuh tentang undang-undang keterangan Islam. Undang-undang ini berfungsi sebagai mekanisme untuk mencapai keadilan agar pihak yang mendakwa mempunyai cukup bukti dan pihak yang dituduh tidak dizalimi serta masyarakat dapat dilindungi oleh undang-undang. Penulis memulakan tulisan bab ini dengan konsep umum undangundang keterangan Islam dan bersama-sama dengan dalil pemakaian kaedah pensabitan dalam Islam seperti iqrar, syahadah dan sumpah. Hal ini diikuti dengan kaedah kitabah, qarinah, pendapat pakar, maklumat peribadi hakim dan undian. Seterusnya penulis menghuraikan secara ringkas kronologi perkembangan undang-undang ini bermula pada zaman undang-undang Melayu lama di Melaka hingga ke era masa kini. Menurutnya, setiap negeri sudah mempunyai undang-undang khusus berkaitan keterangan Islam ini. Penulis juga membuat analisis tentang metodologi penggubalan undangundang ini disertai dengan huraian terhadap struktur dan kandungan undangundang ini secara perbandingan antara negeri. Walaupun undang-undang ini berasaskan kerangka Akta Keterangan 1950, namun proses yang sesuai telah dijalankan untuk menjadikannya menepati kehendak hukum syarak. Hasil analisis perbandingan ini penulis merumuskan bahawa terdapat dua bentuk model undang-undang ini, iaitu negeri yang mengikut model negeri Kedah dan yang mengikut model Wilayah Persekutuan. Perbezaan ketara kedua-dua model ini berkaitan dengan peruntukan pemeriksaan saksi di samping perbezaan istilah dan aspek teknikal. Penulis menyarankan agar penyeragaman undang-undang ini dibuat berdasarkan model Wilayah Persekutuan. Bab 6 secara lebih spesifik cuba menghuraikan salah satu aspek dalam undang-undang keterangan Islam, iaitu berkaitan tazkiyyah al-syuhud. Salah satu kaedah pembuktian yang utama ialah syahadah atau kesaksian. Pensabitan sesuatu kes bergantung pada kewujudan bukti dengan darjah pembuktian yang tertentu. Oleh sebab itu, adalah amat penting saksi yang 9 Ulasan Buku Dr Ruzman.indd 146 6/7/13 9:31 AM

Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur 25 KANUN (1) Ruzman Md. Noor 147 membawa sesuatu maklumat itu merupakan orang yang boleh dipercayai dan tidak berbohong. Proses untuk memastikan sifat adil dan kredibiliti saksi ini disebut sebagai tazkiyyah al-syuhud. Bab ini merupakan bab pelengkap bagi bab sebelumnya dalam aspek syahadah. Bab 7 penulis menyentuh secara khusus salah satu kaedah pembuktian yang sangat penting, iaitu al-qarinah. Penulis memulakan dengan soal kepentingan bukti diikuti dengan definisi qarinah serta dalil penerimaannya dalam hukum syarak. Penulis membuat analisis terhadap kedudukan qarinah dalam undang-undang Mahkamah Syariah. Bab 8 pula merupakan usaha penulis untuk mencari ruang dalam hukum syarak bagi membolehkan keterangan dengar cakap diterima sebagai keterangan (admissible). Oleh itu, penulis telah membuat analisis secara perbandingan antara perbincangan ulama, undang-undang keterangan di mahkamah syariah dan Akta Keterangan 1950. Bahagian 3.3 (bahagian ketiga buku ini), hasil tulisan Shamrahayu A. Aziz berkaitan dengan undang-undang prosedur jenayah dan hanya mengandungi satu bab, iaitu bab 9. Penulisan bab ini hanya berkaitan dengan kuasa Pegawai Penguatkuasa Agama. Makalah ini dikira melengkapkan proses perundangan berkaitan jenayah Syariah. Pendekatan yang dibuat merujuk peruntukan Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Latar belakang tajuk ini untuk menjelaskan apakah pegawai penguat kuasa agama (PPA) benar-benar mempunyai kuasa untuk menangani kes pelanggaran kesalahan jenayah syariah. Isu kuasa ini berbangkit terutama apabila kekerasan tertentu terpaksa digunakan untuk menguatkuasakan undang-undang. Begitu juga apabila terdapat tanggapan bahawa isu Syariah ini adalah sensitif, halus dan semata-mata isu agama. KESIMPULAN Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dalam era kontemporari masih menjadi polemik di negara umat Islam. Isu berkaitan yang masih diperdebatkan melibatkan soal hak asasi manusia, hak peribadi, hak wanita, keadilan sejagat, hukuman yang adil, hak bukan Islam, klasifikasi jenayah Islam serta metodologi reformasi perundangan Islam semasa. Buku ini tidak menyentuh isu ini secara langsung kerana lebih menekankan persoalan perkembangan sejarah serta pendekatan semasa dalam konteks bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia. Rangkuman buku ini ialah aspek undang-undang jenayah substantif, undang-undang keterangan dan prosedur yang didasari oleh perbincangan hukum syarak yang minimal. Meskipun penulisan ini masih belum lengkap namun usaha sebegini amat besar dan mesti disusuli dengan kajian dan penulisan lanjut. Pada masa yang sama, penulisan ini juga memaparkan satu hakikat bahawa proses 9 Ulasan Buku Dr Ruzman.indd 147 6/7/13 9:31 AM

148 KANUN [JUN 2013] islamisasi perundangan jenayah Islam di Malaysia masih jauh daripada sempurna dan memerlukan ijtihad kontemporari yang menyeluruh. Suatu hakikat yang penting ialah penulis dalam buku ini berusaha untuk mengisi kekosongan penulisan seumpamanya serta mengambil kira kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama rasmi dan dominan di Malaysia bersama-sama dengan limitasi bidang kuasa yang ada. Begitu juga semua penulis cuba mengusulkan langkah penambahbaikan yang masih dapat dilakukan seperti penyeragaman undang-undang, peningkatan bidang kuasa jenayah syariah, penyediaan garis panduan peruntukan undang-undang yang lebih jelas dan beberapa isu teknikal. 9 Ulasan Buku Dr Ruzman.indd 148 6/7/13 9:31 AM