ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAB, PERSATUAN & INDIVIDU UiTM CAWANGAN KEDAH 1. Objektif Anugerah 1.1. Menghargai jasa dan pengorbanan para mahasiswa UiTM Kedah. 1.2. Mengiktiraf pencapaian mahasiswa UiTM Kedah. 1.3. Menggalakkan penglibatan aktif dikalangan pelajar UiTM dalam semua aktivit pelajar. 1.4. Mewujudkan persaingan sihat dikalangan mahasiswa. 1.5. Mengharumkan nama UiTM Cawangan Kedah. 2. Jenis dan Kategori Anugerah Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan & Individu Cemerlang UiTM Cawangan Kedah dibahagikan mengikut kategori dan pecahan anugerah yang dipertandingkan bagi setiap kategori seperti berikut: 2.1. Anugerah Sukan i. Anugerah Siswa Terbaik ii. Anugerah Siswi Terbaik iii. Atlet Siswa Harapan UiTM Kedah iv. Atlet Siswa Harapan UiTM Kedah v. Anugerah Kelab Sukan Terbaik vii. Olahragawan UiTM Kedah viii. Olahragawati UiTM Kedah 2.2. Anugerah Jawatankuasa Pelajar i. Anugerah Jawatankuasa Pelajar Terbaik 2.3. Anugerah Kesukarelawanan 1
2.4. Anugerah Keusahawan 2.5. Anugerah Kebudayaan 2.6. Anugerah Pengantarabangsaan 2.7. Anugerah Inovasi 2.8. Anugerah Badan Beruniform 2
2.9. Anugerah Individu i. Anugerah Khas Rektor Ikon UiTM Kedah ii. Sijil Penghargaan (Semua Kategori) 3. Syarat Pencalonan 3.1. Pencalonan Individu (Pelajar) Anugerah Siswa/Siswi Terbaik, Anugerah Siswa/Siswi Harapan, Olahragawan & Olahragawati 3.1.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar UiTM Cawangan Kedah di peringkat Pra-Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. 3.1.2. Individu perlu mengisi Borang Pencalonan (Individu) Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan dan Individu UiTM Cawangan Kedah. 3.1.3. Penilaian adalah bermula pada 1hb Januari hingga 31 Disember tahun yang dinilai. 3.1.4. Bagi Pencalonan Siswa/Siswi/Atlet Harapan, hanya pelajar yang berada dalam tahun pertama pengajian sahaja layak dicalonkan. 3.1.5. Calon mesti mempunyai CGPA terkini sekurang-kurangnya 3.0. 3.1.6. Calon mempunyai rekod tatatertib/displin yang baik. 3.1.7. Borang pencalonan perlu disokong oleh Penasihat Kelab/Persatuan/Jawatankuasa yang disertai. 3.1.8. Borang pencalonan yang lengkap diisi mestilah diserahkan kepada pihak Urus Setia sebelum 1 Mac 2017. 3.1.9. Borang yang tidak lengkap atau lewat dihantar daripada tarikh tutup tidak akan diproses. 3.2. Pencalonan Individu (Staf) Anugerah Penasihat Terbaik 3.2.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua staf UiTM Cawangan Kedah yang memegang jawatan sebagai Penasihat Kelab/Persatuan/Jawatankuasa. 3.2.2. Borang Pencalonan (Individu) Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan dan Individu UiTM Cawangan Kedah perlu diisi oleh wakil Kelab/Persatuan/Jawatankuasa tersebut. 3.2.3. Penilaian adalah bermula pada 1hb Januari hingga 31 Disember tahun yang dinilai. 3.2.4. Borang pencalonan perlu disokong oleh Presiden Kelab/Persatuan/Jawatankuasa yang disertai. 3.2.5. Calon mempunyai rekod tatatertib/displin yang baik. 3.2.6. Borang pencalonan yang lengkap diisi mestilah diserahkan kepada pihak Urus Setia sebelum 1 Mac 2017. 3.2.7. Borang yang tidak lengkap atau lewat dihantar daripada tarikh tutup tidak akan diproses. 3
3.3. Pencalonan Kelab/Persatuan Anugerah Kelab Terbaik, Pasukan Terbaik 3.3.1. Penyertaan adalah terbuka kepada kelab/persatuan yang berdaftar di UiTM Cawangan Kedah. 3.3.2. Kelab/Persatuan berkenaan perlu mengisi Borang Pencalonan (Kelab/Persatuan) Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan dan Individu UiTM Cawangan Kedah. 3.3.3. Penilaian adalah bermula pada 1hb Januari hingga 31 Disember tahun yang dinilai. 3.3.4. Borang pencalonan perlu disokong oleh Penasihat Kelab/Persatuan/Jawatankuasa yang disertai. 3.3.5. Borang pencalonan yang lengkap diisi mestilah diserahkan kepada pihak Urus Setia sebelum 1 Mac 2017. 3.3.6. Borang yang tidak lengkap atau lewat dihantar daripada tarikh tutup tidak akan diproses. 4. Kriteria Anugerah 4.1. Merit setiap Pencalonan Individu (Pelajar dan Staf) 4.1.1. Penglibatan dalam Kelab/Persatuan/Sukan Bil Jawatan Merit 1. Presiden/Ketua Pasukan 50 2. Naib Presiden/Penolong Ketua Pasukan 40 3. Setiausaha 30 4. Bendahari 20 5. Exco 10 6. Ahli 5 4.1.2. Pencapaian dalam Kelab/Persatuan/Sukan 1. Antarabangsa 50 2. Kebangsaan 30 3. Negeri/UiTM Malaysia 20 4. Kampus 10 5. Kelab/Persatuan 5 4
4.1.3. Penerima Anugerah (selain daripada Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan & Individu UiTM Cawangan Kedah) 1. Antarabangsa 50 2. Kebangsaan 30 3. Negeri/UiTM Malaysia 20 4. Kampus 10 5. Kelab/Persatuan 5 4.1.4. Lain-lain sumbangan kepada aktiviti kampus 1. Sumbangan Perkhidmatan (aktiviti selain kelab/persatuan/sukan berkenaan) 10 4.2. Pencalonan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform/Pasukan 4.2.1. Penganjuran aktiviti. 1. Antarabangsa 50 2. Kebangsaan 30 3. Negeri/UiTM Malaysia 20 4. Kampus 10 5. Kelab/Persatuan 5 4.2.2. Jumlah Penglibatan pelajar/staf/komuniti setempat 1. >500 orang 50 2. 400 499 orang 30 3. 300 399 orang 25 4. 200 299 orang 20 5. 100 199 orang 15 6. 50 99 orang 10 7. 1 49 orang 5 5
4.3. Anugerah Individu 4.3.1. Anugerah Khas Rektor Calon bagi Anugerah Khas Rektor dinilai daripada Pemenang Anugerah Siswa dan Siswi Terbaik (bagi Kategori Sukan Pemenang Olahragawan dan Olahragawati) setiap kategori (16 orang calon). Hanya seorang pelajar akan diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Khas Rektor. 4.3.2. Sijil Penghargaan Diberikan kepada pelajar yang menunjukkan sifat kepimpinan, berdisplin dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam aktiviti pelajar namun tidak layak dicalonkan dalam kategori anugerah yang dipertandingkan. 5. Hadiah bagi setiap anugerah 5.1. Pencalonan Individu (Pelajar dan Staf) 5.1.1. Sijil 5.1.2. Cenderahati 5.1.3. Wang tunai bernilai RM100.00 5.2. Pencalonan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform/Pasukan 5.2.1. Sijil 5.2.2. Cenderahati 5.2.3. Wang tunai bernilai RM300.00 5.3. Anugerah Khas Rektor 5.3.1. Sijil 5.3.2. Cenderahati 5.3.3. Blazer 5.3.4. Wang Tunai bernilai RM300.00 5.4. Sijil Penghargaan 5.4.1. Sijil 5.4.2. Cenderahati 6. Hal-hal yang Tidak Dinyatakan 6.1. Perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat dan kriteria pencalonan Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan dan Individu UiTM Cawangan Kedah ini adalah tertakluk kepada budi bicara pihak Urus Setia dan Jawatankuasa Pemilihan. 6.2. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan dan pihak Urus Setia adalah MUKTAMAD. 6
RINGKASAN PECAHAN ANUGERAH: BIL KATEGORI ANUGERAH PENCALONAN INDIVIDU PENCALONAN KELAB 1. SUKAN i. Anugerah Siswa Terbaik ii. iii. iv. Anugerah Siswi Terbaik Anugerah Siswa Harapan Anugerah Siswi Harapan v. Anugerah Penasihat Terbaik (Staf) vi. vii. Olahragawan Olahragawati i. Anugerah Pasukan Terbaik ii. Anugerah Kelab Terbaik 2. JAWATANKUASA PELAJAR 3. KESUKARELAWANAN 4. KEUSAHAWANAN 5. KEBUDAYAAN 6. PENGANTARABANGSAAN 7. INOVASI 8. BADAN BERUNIFORM i. Anugerah Siswa Terbaik ii. iii. iv. Anugerah Siswi Terbaik Anugerah Siswa Harapan Anugerah Siswi Harapan v. Anugerah Penasihat Terbaik (Staf) 9. ANUGERAH INDIVIDU ii. Anugerah Khas Rektor iii. Sijil Penghargaan 7