Kesannya Kepada Pengguna

dokumen-dokumen yang mirip
Wawancara Berita Minggu bersama Encik Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA. Siri Pemikiran FOMCA - 6

Siri Pemikiran FOMCA - 5 Wawancara Berita Minggu bersama Encik Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA

PERUBAHAN. BERMULA DENGAN SAYA KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN Terbitan. Consumer Research and Resource Centre ( H)

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Berurusan dengan Pengantara Takaful

WANG: Bayar Hutang atau Simpan?

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Meneliti Realiti Persaraan Anda

SEKALUNG PENGHARGAAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Pengenalan Makroekonomi

Tip Keselamatan Perbankan Internet

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Pengurusan Kewangan: Kemahiran Untuk Semua Orang

Jualan Kredit Murah Tetapi Membebankan? Jualan Kredit 01Mengapa memilih jualan kredit? 02 Apakah hak pengguna melalui jualan kredit?

PERUBAHAN. BERMULA DENGAN SAYA KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN Terbitan. Consumer Research and Resource Centre ( H)

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Polisi Privasi. Pengenalan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

Bijak Berbelanja Menjelang Musim Perayaan EDISI MEI Tip Pengurangan Premium Insurans / Sumbangan Takaful Kereta Anda

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

RAKAN KEWANGAN ANDA. ISSN Bil 11/14 KKDN: PP 16897/05/2013 (032581) NOVEMBER Pupuk Tabiat Kewangan Kepada Kanak- Kanak

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

Liberalisasi Insurans Motor. Fahami Tentang MEI 2017 EDISI. Biro Insurans Motor (Motor Insurance Bureau) Menjana Pendapatan Tambahan

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Kepentingan pengurusan kewangan

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Model Pengurusan Strategik

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Orang Muda dan Kereta

FACT SHEET

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pengenalan kepada Ekonomi

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

HHHC9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK. Pensyarah : Dr. Rozita Binti Amiruddin. Ahli Kumpulan

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA TUANTEOKOKSEONG[RASAH]

SIARAN MEDIA PRESS RELEASE KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

RAKAN KEWANGAN ANDA. ISSN Bil 5/14 KKDN: PP 16897/05/2013 (032581) MEI Berhemat Menggunakan Pinjaman Pendidikan

Produk. Teknologi. Perkhidmatan. Dihantar Di Seluruh Dunia. THE BLUE BOOK. Merayajan 50 tahun kecermerlangan

SYNERGY CARDS SDN BHD

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Beban Hutang INGGIT. Menangani. Golongan Berpendapatan Rendah EDISI JAN Fahami Klausa Barang Yang Dijual Tidak Boleh Dikembalikan

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs)

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Transkripsi:

Siri Pemikiran FOMCA - 14 Kesannya Kepada Pengguna Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Siri Pemikiran FOMCA - 14 Kesannya Kepada Pengguna Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

ISBN Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) No. 4, Jalan SS1/22A 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan MALAYSIA FOMCA 2015 Cetakan Pertama Februari 2015 Dicetak oleh: Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No.5B Tingkat 2 Jalan Pipit 2 Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Jaya Selangor Darul Ehsan

G S T - K e s a n n y a K e p a d a P e n g g u n a GST Kesannya Kepada Pengguna ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ GST - bukan penentu utama harga. Pengguna perlu manfaat panduan beli-belah disedia kerajaan Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 menimbulkan pelbagai reaksi. Perkara yang membimbangkan orang ramai adalah kenaikan harga barang yang melampau. Bagaimana orang ramai patut menggunakan hak mereka apabila berdepan dengan peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga daripada paras sepatutnya? Ikuti temu bual wartawan BH, Mahanum Abdul Aziz dan Luqman Arif Abdul Karim bersama Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj bagi mengupas persoalan ini. Apakah perkara yang menjadi kebimbangan pengguna berikutan pelaksanaan GST? Perkara pertama adalah kenaikan harga terutama di tengah-tengah suasana peningkatan kos sara hidup ketika ini. Ada dua jenis kenaikan harga berikutan pelaksanaan GST. Pertama, disebabkan GST dan kedua berikutan aktiviti pengambilan untung berlebihan. Kebimbangan kami adalah peniaga akan mengambil kesempatan menaikkan harga melebihi paras sepatutnya. 1

S i r i P e m i k i r a n F O M C A - 1 4 Kerajaan mempunyai mekanisme untuk membendungnya menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Saya difahamkan, kerajaan juga memantapkan penguatkuasaan dengan meningkatkan jumlah penguat kuasa. Usaha itu perlu diterjemahkan di lapangan bagi memastikan pengambilan untung berlebihan tidak berlaku. Perkara kedua berkenaan kenaikan harga sebenar berikutan pelaksanaan GST. Banyak spekulasi timbul seperti harga rumah akan naik dan harga rumah tidak akan meningkat, harga kereta meningkat dan harga kereta tidak meningkat. Kerajaan perlu memastikan perkara yang sepatutnya berlaku. Contohnya, jika harga kereta akan turun, pastikan harga kereta patut turun. 2

G S T - K e s a n n y a K e p a d a P e n g g u n a Bagaimana pula dengan senarai barang yang dikenakan GST pada kadar sifar? Kerajaan sangat mengambil berat mengenai rakyat, terutama golongan miskin dan sederhana, dengan sesetengah barang dikenakan GST berkadar sifar bagi melindungi mereka daripada kesan GST. Isunya, bagaimana perkara ini diterjemahkan kepada rakyat memandangkan rakyat tidak mampu menghafal jenis barang yang dikategorikan dalam kumpulan barang yang dikenakan GST pada kadar sifar. FOMCA mencadangkan barang yang dikenakan kadar sifar perlu ada penanda khusus, iaitu dengan ditandai warna berbeza bagi memudahkan rakyat mengenali barang yang dikenakan GST kadar sifar. Contohnya, mi kuning dikategori dalam kumpulan barang GST kadar sifar. Pengguna tidak akan tahu jenis mi kuning yang macam mana. Jika ada mi yang berwama hijau, adakah ia akan dikenakan GST. Pengguna mesti dapat mengenal pasti barang yang dikenakan GST atau sebaliknya dengan tepat dan mudah kerana kemungkinan keputusan membeli barang adalah 3

S i r i P e m i k i r a n F O M C A - 1 4 dengan memilih barang yang tidak dikenakan cukai. Jadi manfaat kerajaan melaksanakan GST kadar sifar perlu dimanfaat oleh pengguna. Kalau tidak, ia tidak bermakna meskipun kerajaan melaksanakan GST pada kadar sifar. Apakah saranan FOMCA bagi membendung kegiatan menaikkan harga berlebihan? FOMCA bimbang dengan kemungkinan harga meningkat Iebih tinggi daripada sepatutnya. Orang ramai perlu mempunyai kaedah untuk membuat aduan. Kami cadangkan pusat panggilan hotline ditubuhkan bagi membolehkan pengguna membuat aduan bukan saja mengenai kenaikan harga tetapi juga terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga yang melampau. Paling penting kerajaan perlu telus dalam menjalankan penyiasatan terhadap aduan. Siasatan perlu dilakukan, dan jika betul, ia perlu dimaklumkan kepada pengguna mengenai tindakan yang diambil. Jika peniaga secara berterusan melakukan penipuan harga, denda perlu dikenakan. Bagi rakyat, sebarang aktiviti pengambilan untung yang melampau perlu ditangani sepenuhnya yang mana keadaan itu akan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kerajaan amat serius untuk menangani keuntungan berlebihan oleh peniaga. 4

G S T - K e s a n n y a K e p a d a P e n g g u n a FOMCA menyokong usaha kerajaan untuk mengeluarkan panduan beli-belah mengenai harga barang apabila GST dikenakan. Dengan panduan beli-belah itu, pengguna boleh tahu jangkaan harga barang selepas pelaksanaan GST. Pengguna juga boleh tahu kadar kenaikan harga sesuatu barang berikutan pelaksanaan GST dan membantu mengenal pasti jika ada barang yang dijual melebihi harga sepatutnya. Macam mana kenaikan harga boleh berlaku? Ada kekeliruan mengenai pengiraan GST. Sebenarnya, ada pengiraan khusus untuk GST di setiap peringkat rantaian bekalan. Kadar enam peratus itu tidak dikenakan di semua peringkat, sebaliknya ada pengiraan khusus di setiap peringkat. Jadi, caj bersih yang akan dikenakan bergantung kepada berapa banyak rantaian bekalan dilalui. Jika ia membabitkan satu rantaian bekalan, harga mungkin rendah. Kesan pelaksanaan GST ialah barang yang sebelum ini tidak dikenakan cukai akan dikenakan cukai. Perkhidmatan yang sebelum ini tidak dicaj, kini akan dicaj. Oleh sebab itu, sudah tentu akan ada kesan. Apa yang kerajaan lakukan untuk mengurangkan kesan itu adalah dengan memperkenal GST kadar sifar ke atas barang asas utama. Secara umumnya, 5

S i r i P e m i k i r a n F O M C A - 1 4 akan berlaku peningkatan harga dan kenaikan itu bersifat sekali saja dan kemudian keadaan kembali stabil. Saya rasa yang paling bahaya adalah memberitahu pengguna harga akan turun kerana GST adalah untuk semua barang dan ada yang dikecualikan GST. Sudah pasti akan ada kesan daripada pelaksanaan GST, cuma kita tidak tahu kadar kesannya. Apakah nasihat FOMCA kepada pengguna? Pengguna perlu mengguna mekanisme yang disediakan, seperti melihat senarai barang yang dikenakan GST kadar sifar serta menggunakan panduan beli-belah. Jika pengguna tidak puas hati dengan harga barang, segera membuat aduan supaya kerajaan boleh mengambil tindakan. Perkara penting yang perlu pengguna tahu ialah kenaikan harga barang didorong oleh dua faktor, iaitu kesan daripada pasaran dan GST. Pengguna tidak boleh mengenal pasti dengan tepat sama ada kenaikan harga barang adalah benar-benar disebabkan pasaran atau GST. Persepsi kini harga barang akan meningkat dengan pelaksanaan GST. Justeru, FOMCA berpendapat komunikasi dengan orang ramai mengenai persepsi kenaikan harga adalah penting. Kerajaan perlu memantau perkara ini kerana ada dua kesan GST iaitu kesan sebenar dan kesan persepsi. Kesan persepsi sangat sukar dan boleh membuat keadaan bertambah buruk. Kerajaan perlu menangani kesan persepsi dengan bijak. Adakah FOMCA berpendapat pengguna tidak boleh beranggapan bahawa kenaikan harga barang disebabkan GST semata-mata? Itulah persepsi yang bakal wujud dalam kalangan orang ramai apabila GST dilaksanakan. Sebenarnya, ketika ini kenaikan harga barang didorong oleh pelbagai faktor. Justeru, komunikasi penting untuk mengatasi masalah persepsi ini. Pengguna juga akan terus yakin dengan persepsi itu memandangkan ada jualan pra GST yang mana mengukuhkan persepsi harga barang akan naik. Adakah benar harga barang akan naik atau sebaliknya? Keadaan sedemikian sebenarnya mewujudkan persekitaran tidak sihat yang 6

G S T - K e s a n n y a K e p a d a P e n g g u n a mana memberi tanggapan salah kepada pengguna. Saya lihat perkara ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan sebelum GST dilaksanakan. Adakah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan sudah cukup untuk melindungi hak pengguna? Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan mampu melindungi hak pengguna apabila GST dilaksanakan sekiranya ia dikuatkuasakan dengan tegas. Apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015, kerajaan akan menggunakan mekanisme margin keuntungan bersih. Bagi memastikan perubahan harga berdasarkan GST, maka perniagaan tidak dibenarkan menaikkan kadar margin keuntungan bersih dalam tempoh 18 bulan, iaitu tiga bulan sebelum GST dan 15 bulan selepas GST dilaksanakan. Bagi pengguna, apa yang penting mereka perlu membuat aduan jika berlaku kenaikan harga yang melampau. Untuk memudahkan mereka membuat perbandingan tentang harga sesuatu barang sebelum dan selepas GST dilaksanakan, maka mereka boleh menggunakan buku Panduan Harga Pengguna. Pengguna boleh membuat aduan sekiranya ada peniaga yang mengenakan harga tidak seperti mana yang disyorkan dalam Panduan Harga Pengguna tersebut. Macam mana pendapatan daripada GST disalurkan balik kepada rakyat? Dua isu berhubung perkara ini. Pertama, kenapa kita bayar cukai. Sebenarnya, GST mempunyai perspektif berbeza dari segi perbelanjaan. Kita bayar cukai bagi menikmati kualiti hidup lebih baik. Setiap kali kerajaan bercakap mengenai rasionalisasi, jangkaan ialah wang yang dijimatkan itu akan dikembalikan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Saya rasa ini perkara penting, ia bukan sebab GST. Ia adalah macam mana pendapatan kerajaan dikumpul dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat. Rakyat 7

S i r i P e m i k i r a n F O M C A - 1 4 mendapat manfaat daripada membayar cukai dengan kemudahan asas lebih baik. Jika kerajaan mengumpul duit tetapi tidak menjaga kebajikan golongan miskin, apa tujuan mengutip duit. Isu kedua ialah laporan Ketua Audit Negara mengenai banyak ketirisan dan rasuah. Kerajaan kenakan cukai tetapi rasuah dan ketirisan berlaku. lni satu lagi perkara membabitkan persepsi. Memang benar akan berlaku kenaikan harga tetapi kerajaan perlu pastikan tidak berlaku kebocoran atau ketirisan. Orang ramai perlu melihat kepada kemajuan dalam kualiti hidup. Keyakinan rakyat amat penting. 8

G S T - K e s a n n y a K e p a d a P e n g g u n a Kerajaan mengumumkan harga beberapa barang akan jatuh berikutan pelaksanaan GST. Adakah benar harga barang berkenaan akan turun? Apa pendapat FOMCA mengenai perkara ini? Harga barang yang dijangka turun adalah beberapa barang yang terkandung dalam kumpuian indeks harga pengguna (IHP). Secara teori, beberapa barang dalam kumpulan IHP akan mencatatkan penurunan harga. Berdasarkan pengiraan, memang akan ada barang yang mengalami penurunan harga, namun yang membimbangkan adalah tingkah laku peniaga di pasaran. Contohnya, harga petrol naik 20 sen, kalau mengikut pengiraan, kesan kepada syarikat adalah minima sekali, tetapi peniaga menaikkan sehingga 20 sen segelas Nescafe. Jadi, harga akhir sudah tidak mengikut pengiraan yang dibuat, sekali gus menunjukkan hasil daripada pengiraan tidak sama dengan tingkah laku peniaga di pasaran. Keadaan ini yang menjadi kebimbangan apabila GST dilaksanakan. Tambahan pula, dengan persepsi bahawa harga barang akan meningkat, padahal ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga. Justeru, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ini. Apa yang penting penguatkuasaan di peringkat awal penting bagi mengukuhkan keyakinan rakyat bahawa kerajaan mengambil berat bagi menangani masalah itu. Bagaimana pula dengan tingkah laku pengguna yang tidak melihat semula resit selepas membeli barang?. Jika anda pergi ke restoran makanan segera, dalam resit dinyatakan cukai dikenakan. Pada peringkat awal pelaksanaan GST, pengguna perlu membiasakan diri melihat resit. Bagi barang berkadar sifar, pengguna perlu pastikan mereka tidak dicaj GST. Pengguna perlu meneliti resit bagi memastikan pengiraan yang dibuat secara keseluruhan tidak termasuk barang berkadar sifar. GST adalah sistem cukai yang sangat telus kerana caj yang dikenakan tercatat dalam resit. Jika 9

S i r i P e m i k i r a n F O M C A - 1 4 dibuat secara menyeluruh, pengguna akan tahu kerana ia tertera di dalam resit. Bagi barang GST berkadar standard, ia tidak menjadi masalah untuk dikira secara menyeluruh. Bagaimanapun, bagi barang GST berkadar sifar, pengguna perlu peka kerana mereka tidak perlu membayar GST. Apakah persediaan pengguna bagi menghadapi GST? Pengguna perlu menguruskan kewangan dengan baik, tidak kira sama ada GST dilaksanakan atau tidak. Kalau pengurusan kewangan sudah teruk, ia akan lebih teruk lagi apabila GST dilaksanakan. Pengguna sepatutnya sensitif kepada iklan atau taktik-taktik pemasaran yang mendorong kepada peningkatan perbelanjaan. Dalam persekitaran yang mencabar, pengguna perlu berbelanja secara berhemat. Kita tidak boleh mengelak daripada GST. Gunalah panduan beli-belah. Jika tidak berpuas hati, sila buat aduan. Peranan kerajaan ialah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan terbuka dan bersedia menerima aduan serta proaktif dalam bertindak balas terhadap aduan. Sejauh mana pelaksanaan GST mampu mengubah persepsi pengguna dari segi mempertahan hak mereka? Jika GST tidak diuruskan dengan baik ia akan menimbulkan banyak masalah. Suka atau tidak, maklumat yang disebarkan di laman siber banyak yang tidak betul mengenai GST. Ini menggambarkan sudah ada pemikiran negatif - terhadap GST. Kerajaan perlu serius mengenai perkara ini dan menguruskannya dengan baik. Penguatkuasaan perlu dilaksanakan dengan baik dan paling penting reaksi pengguna perlu diuruskan dengan baik. Jika harga ikan tenggiri meningkat, orang ramai akan marah kepada GST dan kerajaan perlu menjelaskan perkara ini. Jika harga barang meningkat, pengguna akan menyalahkan GST. Jika harga turun, orang ramai tidak akan kata ia disebabkan GST. Kerajaan perlu menguruskan perkara ini dengan baik. 10

G S T - K e s a n n y a K e p a d a P e n g g u n a Berdasarkan pemantauan FOMCA, turun naik harga tidak menentu. Ada barang yang harganya boleh meningkat sehingga RM3, tetapi boleh jatuh semula tahun berikutnya. Faktor luaran mempengaruhi pergerakan harga. Orang biasa tidak akan tahu faktor yang mendorong kenaikan dan kejatuhan harga. Kerajaan belum menyediakan pendidikan sepenuhnya kepada rakyat bagi menyediakan mereka untuk berdepan dengan pasaran. Kalau tahap pemahaman orang ramai tinggi mengenai pasaran, mereka akan tahu faktor yang mendorong kepada pergerakan harga. Jadi tidak akan timbul perasaan untuk marah kepada kerajaan jika harga barang meningkat. GST hanya salah satu komponen yang menjadi penentu kepada pergerakan harga, tetapi ia bukan penyumbang utama kepada turun naik harga barang. Berita Harian, 4 Disember 2014 11

8 Hak Asas Kita Hak Untuk Mendapat Keselamatan Hak Untuk Mendapat Maklumat Hak Untuk Mendapat Kemudahan Asas Hak Untuk Menyuarakan Pendapat Hak Untuk Mendapat Gantirugi Hak Untuk Membuat Pilihan Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan Pengguna Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Profil FOMCA Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia atau nama akronimnya, FOMCA merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang bergerak secara sukarela dan tidak mencari keuntungan, bebas daripada isu-isu perkauman, keagamaan dan sebarang parti politik. FOMCA telah ditubuhkan pada 10hb Jun 1973 sebagai persatuan gabungan bagi beberapa persatuan-persatuan negeri pada masa itu. Kini FOMCA mempunyai 15 ahli gabungan di seluruh negara. Objektif FOMCA adalah untuk menguatkan dan mengukuhkan pertubuhan pergerakan pengguna di Malaysia; meneliti isu-isu serta berjuang untuk hakhak pengguna; berjuang melalui kuasa beli pengguna yang mengikut keperluan untuk pembangunan yang menjamin sosio ekonomi yang adil dan kualiti alam sekitar yang lebih baik; dan mengkoordinasi dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna di Malaysia. Untuk mencapai objektif tersebut, FOMCA menjalankan pelbagai program pendidikan kepenggunaan dan menerbitkan risalah untuk kesedaran pengguna; bertindak memberi perlindungan kepada pengguna di semua peringkat; menyebarkan maklumat kepada pengguna; dan mengkoordinasikan tindakan pengguna melalui kempen dan sebagainya. Falsafah FOMCA adalah untuk mewujudkan suasana dan sifat berdikari di kalangan pengguna, dengan merealisasikan moto Perlindungan Paling Berkesan Adalah Perlindungan Kendiri. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) No. 4, Jalan SS1/22A, 47300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel: 03-7876 2009 / 7875 6370/62 Faks: 03-7877 1076 E-mel: fomca@fomca.org.my Laman sesawang: www.fomca.org.my