6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN MBE PROJEK SARJANA 1 PROGRAM SARJANA PTV (KERJA KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN PHD / SARJANA PENYELIDIKAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATANKUASA FKEE.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P001 PROSEDUR PENGENDALIAN KURSUS TANPA KREDIT (CEL)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN MBE PROJEK SARJANA 2 PROGRAM SARJANA PTV (KERJA KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PROSEDUR PROJEK TAHUN AKHIR (PTA) PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT FTSM, UKM

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK021

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Struktur Pengurusan Bank Item dan Peraturan Pemarkahan 4

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

CADANGAN SUKATAN PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) PEMBANTU MAKMAL KANAN GRED C22 TAHAP KECEKAPAN 3

Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta LAN-TC-01. Edisi Ke Dua. Disediakan Oleh Lembaga Akreditasi Negara

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SESI 2010/2011

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

Program Doktor Pendidikan Tinggi

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

Transkripsi:

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 PENGENALAN Sebagai memenuhi salah satu syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda, semua pelajar diwajibkan menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) sebagai salah satu daripada komponen pengajian. Satu laporan projek mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh fakulti perlu dihantar oleh semua pelajar untuk tujuan penilaian. Manual Pelaksanaan Projek Sarjana Muda ini dibentuk untuk menjelaskan standard pelaksanaan dan diguna pakai bersama dengan Peraturan Akademik (Program Sarjana Muda & Diploma) Universiti dan dokumen ISO 9001:2008 yang berkaitan. 2.0 DEFINISI Projek Sarjana Muda (PSM) merupakan satu kajian ilmiah yang sistematik dan terpimpin terhadap sesuatu bidang ilmu dan kemahiran dengan menggunakan prinsip serta konsep yang berkaitan dan teknik-teknik pembuatan dan penyelesaian masalah yang relevan. 3.0 MATLAMAT Matlamat PSM adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan sains, teknologi dan kejuruteraan serta meningkatkan kemahiran pelajar dalam proses penguasaan sesuatu ilmu, percambahan fikiran, penyelesaian masalah, perbincangan dan perundingan, kemahiran membuat keputusan dan bagi melahirkan graduan yang berketerampilan dan mahir. Matlamat ini perlu dicapai melalui kerja-kerja projek dan penyelidikan secara individu serta melalui penyediaan laporan teknikal secara sistematik dan profesional dengan menggabungkan pengetahuan akademik, kemahiran dan juga pengalaman yang telah dipelajari sepanjang tempoh pengajian. Di samping itu, PSM juga merupakan satu landasan bagi pelajar, staf akademik dan Universiti untuk mengembangkan dan membudayakan bidang penyelidikan di kampus. Para penyelidik/staf akademik boleh menggunakan kesempatan menyelia PSM untuk membantu memajukan penyelidikan masingmasing. Bermula dengan pemilihan bidang penyelidikan yang bersesuaian serta pemantauan pelaksanaan yang mantap, PSM mampu memberikan hasil yang bermanfaat. 4.0 OBJEKTIF PSM ini dirangka untuk membantu pelajar memperoleh pemahaman dan kemahiran dalam kaedah penyelidikan ilmiah dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing secara berdikari di bawah penyeliaan yang berterusan. 5.0 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir mata pelajaran ini, pelajar akan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari untuk: i. Mengguna dan memanfaatkan pengetahuan akademik serta pengalaman amali dalam pelaksanaan dan penyelesaian sesuatu masalah. Mengenalpasti permasalahan serta mengolah penyelesaian secara objektif, analitik, kritis dan sistematik.

i iv. Berdikari dan berkeyakinan dalam penyelesaian masalah di bawah penyeliaan. Merancang, membuat keputusan, perundingan, pengurusan dan pemantauan. v. Menyampaikan hasil kerja projek akademik secara lisan dan bertulis dengan sempurna dan mengikut format yang ditetapkan. vi. v Membolehkan pelajar menyempurnakan projek dalam jangka masa dan perancangan yang ditetapkan. Oleh yang demikian, aspek pengurusan masa dan disiplin pelajar dapat ditingkatkan. Mengguna dan memperluaskan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang kerjaya. 6.0 KATEGORI PSM Pelajar digalakkan menjalankan projek yang berkaitan dengan keperluan dan/atau permasalahan industri yang boleh dikaji atau diselidik untuk menambah baik proses dan sistem sedia ada. Projek ini boleh dijalankan berasaskan kepada industri atau ujikaji makmal. Bentuk PSM terdiri daripada salah satu atau kombinasi daripada perkara-perkara berikut: i. Penyelidikan: Projek berbentuk penyelidikan akan tertumpu kepada sesuatu kelakuan, fenomena atau ciri-ciri sesuatu kejadian atau proses. Hasil projek ini adalah dalam bentuk data, pemerhatian dan seterusnya tafsiran yang boleh meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap subjek kajian atau penyelidikan tersebut. Rekabentuk: Merupakan projek yang melibatkan penghasilan sebuah rekabentuk atau produk dalam bentuk konsep, model, atau prototaip. Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan teknik-teknik rekabentuk yang praktikal. Hasil projek ini adalah satu rekabentuk atau model fizikal. Inovasi: Pelajar boleh menjalankan projek yang berkaitan dengan penghasilan dan pengubahsuaian sesuatu yang terkini terhadap bahan, mesin, peralatan atau sistem yang sedia ada bagi meningkatkan prestasi sistem tersebut. i Kajian kes: Melibatkan kajian mengenai sesuatu kes atau topik tertentu. Kajian boleh merangkumi segala aspek atau faktor yang boleh memberi kesan terhadap topik atau kes berkenaan. Hasil projek ini ialah dalam bentuk satu rumusan kritikal terhadap aspek atau faktor kajian. 7.0 TAHAP DAN SKOP PROJEK Pengalaman serta kemahiran yang diperoleh semasa pelaksanaan PSM akan membolehkan pelajar memahami, menggabung dan mengguna teknik serta metodologi yang lebih sesuai di peringkat yang lebih tinggi. Projek yang dilaksanakan oleh pelajar mestilah memenuhi tahap yang telah ditetapkan oleh fakulti dan Universiti. 8.0 PENYELIAAN DAN PENGENDALIAN PSM Proses penyeliaan dan pengendalian PSM adalah seperti di bawah: 8.1 Penyeliaan PSM i. Setiap pelajar yang telah mendaftar mata pelajaran PSM perlu melaksanakan PSM di bawah penyeliaan staf akademik mengikut tajuk yang telah dipilih oleh pelajar serta mematuhi jadual pelaksanaan yang ditetapkan.

i iv. Setiap tajuk PSM mestilah di bawah penyeliaan staf akademik yang mempunyai pengetahuan dalam bidang yang berkenaan. Penyelia utama adalah daripada staf akademik fakulti yang berkenaan. Beliau dibenarkan untuk mencadang perlantikan Penyelia Bersama kepada fakulti jika perlu. Bilangan pelajar yang akan diselia oleh setiap Penyelia ditetapkan oleh fakulti supaya tugas penyeliaan PSM dapat diagihkan secara sama rata kepada semua staf akademik. Ini juga untuk memastikan setiap pelajar akan mendapat perhatian atau bimbingan yang sewajarnya. v. Semua kegiatan yang berkaitan dengan PSM hendaklah dipantau oleh jawatankuasa PSM peringkat fakulti. Penyeliaan adalah satu proses yang berterusan. Berjaya atau tidak sesuatu projek adalah bergantung kepada tahap penyeliaan yang diberikan oleh penyelia dan prestasi pelajar masing-masing. 8.2 Skop Tanggungjawab Skop tanggungjawab pelaksanaan PSM adalah tertakluk kepada dokumen Prosedur Pelaksanaan Projek Sarjana Muda dalam Manual Prosedur Kerja (RPP 07). 8.2.1 Tanggungjawab Fakulti Fakulti adalah bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap pelaksanaan PSM. Antara tanggungjawab fakulti adalah seperti berikut: i. Melantik pengerusi, penyelaras dan ahli Jawatankuasa PSM. Meluluskan polisi berkaitan pelaksanaan PSM di peringkat fakulti. i Menawarkan mata pelajaran PSM pada tahun akhir sesi pengajian. iv. Melantik penyelia utama dan penyelia bersama PSM. v. Menguruskan hal-hal berkenaan penukaran penyelia PSM. vi. Meluluskan tajuk projek yang dikemukakan oleh penyelia dan pelajar. v Memastikan tahap dan kualiti projek sesuai dengan peringkat pengajian. vi Melantik panel penilai tajuk (jika berkenaan) dan panel penilai seminar PSM mengikut kepakaran bidang masing-masing berdasarkan projek yang dijalankan. ix. Menguruskan surat kebenaran ke tapak projek atau makmal projek. x. Mengutamakan keselamatan pelajar semasa menjalankan projek samada di dalam kampus ataupun di luar kampus. xi. Mewujudkan rangkaian serta hubungan dengan pihak industri bagi tujuan pelaksanaan PSM. x Melulus atau membatalkan keputusan PSM sehingga mesyuarat pengesahan keputusan peperiksaan peringkat fakulti. xi Merancang dan mengenalpasti jumlah peruntukan kewangan pengurusan PSM.

xiv. Mengesahkan penerimaan tesis berjilid PSM serta mengedarkan tesis tersebut ke perpustakaan xv. Memastikan tesis PSM pelajar mematuhi kualiti yang ditetapkan oleh fakulti masing-masing. 8.2.2 Tanggungjawab Jawatankuasa PSM Penubuhan Jawatankuasa PSM adalah bertujuan untuk membantu fakulti dalam mengurus pelaksanaan PSM. Antara tanggungjawab jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut: i. Mengumpul dan memaklumkan tajuk projek yang bersesuaian dengan bidang penyelidikan fakulti. Memaklumkan tajuk yang telah diluluskan kepada pelajar. i Memperuntukkan penyelia dan tajuk kepada pelajar yang mendaftar mata pelajaran PSM. iv. Memastikan pengagihan pelajar bagi setiap penyelia adalah bersesuaian dengan keperluan fakulti. v. Mengadakan sesi taklimat PSM pada minggu pertama semester bermula. vi. Memastikan prosedur pelaksanaan PSM mengikut jadual kerja yang ditetapkan. v Menyelaras markah seminar (panel) dan penyelia. vi Menyediakan buku log PSM. ix. Mengelolakan seminar PSM pada setiap semester. x. Membincangkan dan mengambil maklum bagi isu-isu berbangkit berkaitan permasalahan PSM dari pihak pelajar dan penyelia. xi. Membentangkan cadangan penyelesaian isu-isu berbangkit berkaitan PSM kepada Jawatankuasa Akademik. 8.2.3 Tanggungjawab Penyelia PSM Pelantikan Penyelia PSM bertujuan untuk membimbing, memantau dan menasihati pelajar dalam melaksanakan PSM masing-masing. Antara tanggungjawab Penyelia PSM adalah seperti berikut: i. Mencadang dan menyerahkan tajuk dan sinopsis projek kepada Jawatankuasa PSM mengikut tarikh yang ditetapkan. Mempertimbangkan tajuk dan sinopsis projek yang dicadangkan oleh pelajar. i Memaklumkan sebarang pertukaran tajuk atau pelajar kepada Jawatankuasa PSM. iv. Mendapatkan persetujuan ketua makmal yang berkenaan jika pelaksanaan projek memerlukan ruang, penggunaan alatan atau pembelian. v. Meluluskan kebenaran penulisan tesis dalam Bahasa Inggeris.

vi. Menyemak dan memperakui kertas kerja seminar PSM. v Menilai hasil Laporan PSM I dan Draf Akhir PSM, dan menyerahkan markah kepada Jawatankuasa PSM mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh fakulti. vi Memeriksa dan mengesahkan buku log PSM. ix. Mengeluarkan surat peringatan dan amaran sekiranya pelajar tidak memenuhi jam pertemuan. x. Mencadangkan kepada Jawatankuasa Akdemik untuk menghalang pelajar daripada menghadiri seminar sekiranya tidak memenuhi jam pertemuan. xi. Menguruskan perolehan bahan mentah dan peralatan yang diperlukan semasa pelaksanaan projek. 8.2.4 Tanggungjawab Pelajar Pelajar adalah bertanggungjawab untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh fakulti. Tanggungjawab pelajar adalah seperti berikut: i. Mendaftar subjek PSM I dan PSM II (jika berkenaan). Memilih atau mencadangkan tajuk PSM. i Memastikan pertemuan dengan penyelia sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu. iv. Mengisi dan melengkapkan buku log. v. Mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sebelum berbincang dengan penyelia. vi. Menyedia dan menghantar kertas kerja seminar, laporan PSM I dan draf akhir PSM pada tarikh yang ditetapkan kepada penyelia dan panel penilai. v Menulis tesis dengan berpandukan kepada Buku Panduan Menulis Tesis, UTHM. vi Menyedia dan menghantar 3 salinan tesis berjilid dan salinan dalam bentuk cakera padat kepada fakulti. ix. Mendapatkan pengesahan penyelia untuk buku log, kertas kerja seminar, laporan PSM I serta draf akhir PSM. x. Menghantar laporan dan kertas kerja seminar kepada penilai sebelum tarikh seminar. xi. Membentang hasil projek di seminar. x Membantu penyelia menguruskan perolehan bahan mentah dan peralatan yang diperlukan semasa pelaksanaan projek. xi Memaklumkan sebarang isu dan aduan melalui jawatankuasa PSM untuk dipanjangkan kepada Fakulti.

9.0 KAEDAH PELAKSANAAN Untuk melicinkan proses penyeliaan PSM, satu sistem yang merangkumi penggunaan buku log, seminar, kertas kerja seminar dan laporan projek diperlukan. 9.1 Buku Log Buku Log merupakan dokumen penting mengenai ringkasan kerja yang dilakukan sepanjang pelaksanaan PSM dan perlu diisi oleh pelajar. Buku log hendaklah dibawa oleh pelajar semasa perjumpaan dengan penyelia. Penyelia perlu menyemak catatan pada setiap kali perjumpaan. 9.2 Seminar PSM Setiap pelajar yang mendaftar PSM dikehendaki membentangkan hasil projek mereka dalam sesi seminar yang akan ditetapkan oleh fakulti. Seminar ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu Seminar I dan Seminar II. Pada Seminar I, pelajar dikehendaki membentangkan kajian awal projek manakala pada Seminar II, pelajar perlu menerangkan hasil kajian mereka. Pelajar perlu berada dalam bilik seminar sepanjang sesi seminar mereka bagi mendengar pembentangan pelajar lain, bukan hanya hadir pada waktu pembentangan mereka sahaja. Sesi pembentangan adalah 10 minit dan soal jawab selama 10 minit. Pembentangan projek semasa seminar adalah wajib bagi setiap pelajar yang mendaftar mata pelajaran PSM. Pelajar yang tidak membentangkan projek mereka semasa seminar dianggap GAGAL dalam mata pelajaran tersebut. Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar semasa Seminar PSM dikendalikan. 9.3 Pelaksanaan PSM Pelaksanaan PSM adalah merujuk kepada syarat berikut: i. Pelajar tahun akhir kursus Ijazah Sarjana Muda hanya dibenarkan mengambil PSM setelah memenuhi kredit minimum yang ditetapkan oleh fakulti. i iv. PSM dikendalikan dalam dua semester lazim iaitu PSM I dan PSM II. Kedua-dua bahagian dinilai secara berasingan dan selanjar. PSM I dan PSM II ditawarkan kepada pelajar dalam 2 semester berturutan pada tahun akhir pengajian. Gabungan dapatan PSM I dan PSM II dilaporkan dalam satu laporan Projek Sarjana Muda di akhir pengajian pelajar. Syarat khas pelaksanaan PSM adalah seperti berikut: (a) PSM I merupakan prasyarat kepada PSM II. (b) Pelajar tidak dibenarkan tarik diri (TD) pada PSM II kecuali atas sebabsebab yang dibenarkan oleh fakulti. (c) PSM I dan PSM II mesti dilaksanakan secara berturutan kecuali untuk kes-kes tertentu. (d) Sekiranya pelajar gagal PSM I, pelajar berkenaan dimestikan Ulang Kursus (UK) dengan tajuk yang sama atau tajuk baru. (e) Pelajar yang ditangguhkan atau menangguhkan pengajian selama satu semester selepas PSM I dibenarkan meneruskan PSM II apabila mendaftar pada semester berikutnya.

9.4 Kertas Kerja Seminar Pelajar dikehendaki mengemukakan kertas kerja seminar dalam Bahasa Inggeris dan perlu mendapat pengesahan daripada penyelia sebelum dihantar kepada Panel Penilai. Format penulisan kertas kerja seminar adalah berdasarkan format penulisan yang telah ditetapkan oleh fakulti. 9.5 Laporan PSM I dan Draf Akhir PSM Laporan PSM I dan Draf Akhir PSM perlu dikemukakan oleh pelajar kepada penyelia untuk penilaian. i. Laporan PSM I (a) Format penulisan perlu merujuk kepada Buku Panduan Menulis Tesis, UTHM. Kandungan laporan sekurang-kurangnya perlu meliputi Pengenalan, Kajian Literatur, dan Metodologi Kajian. (b) Laporan PSM I mestilah dikemukakan kepada penyelia dalam bentuk spiral binding yang seragam dengan format muka hadapan yang ditetapkan oleh fakulti. Draf Akhir PSM 10.0 PENILAIAN PSM (a) Draf ini merangkumi penulisan PSM lengkap mengikut Buku Panduan Menulis Tesis, UTHM. Kandungan draf sekurang-kurangnya perlu meliputi Pengenalan, Kajian Literatur, Metodologi Kajian, Keputusan dan Perbincangan, Kesimpulan dan Cadangan. (b) Draf akhir PSM mestilah dikemukakan kepada penyelia untuk penilaian dalam bentuk spiral binding yang seragam mengikut format yang sama seperti format tesis. (c) Penjilidan draf akhir dalam bentuk tesis (berkulit keras) hanya boleh dilakukan setelah draf akhir memenuhi kriteria yang ditetapkan dan mendapat pengesahan daripada penyelia. Penulisan Laporan PSM I dan Draf Akhir PSM adalah dalam Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun penulisan tesis dalam Bahasa Inggeris dibenarkan dan perlu mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan di fakulti. Kelewatan penghantaran laporan PSM I dan draf akhir PSM membolehkan panel penilai memberi markah sifar 0. Secara umumnya penilaian PSM dilakukan oleh Penyelia dan Panel Penilai Seminar PSM. 10.1 Item Penilaian Perkara-perkara yang dinilai di dalam PSM adalah seperti berikut: PSM I Bil. Item Penilai Taburan Pemarkahan 1. Pembelajaran Berterusan Penyelia 5% 2. Buku Log Penyelia 15 % 3. Laporan PSM I Penyelia 50 % 4. Penilaian Lestari Panel Penilai Seminar 5 % 5. Seminar Panel Penilai Seminar 10 % 6. Laporan PSM I Panel Penilai Seminar 15 %

PSM II Bil. Item Penilai Taburan Pemarkahan 1. Penilaian Lestari Penyelia 5% 2. Buku Log Penyelia 10 % 3. Draf Akhir PSM II Penyelia 50 % 4. Seminar Panel Penilai Seminar 10 % 5. Kertas Seminar & Draf Akhir Panel Penilai Seminar 25 % 10.2 Interpretasi Gred Pemberian gred bagi hasil kerja PSM perlulah selari dengan kriteria kualiti yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah: Jadual 1: Gred penilaian hasil kerja PSM GRED CIRI-CIRI PENCAPAIAN HASIL KERJA A+, A & A- kemampuan menganalisa dan mengkritik yang tinggi serta merujuk kepada kajian terdahulu sangat kritis dan mampu mengaplikasikan konsep secara jelas dan tepat melalui penyampaian (secara teks atau lisan) sumber rujukan meluas, terkini dan mampu menggunakannya dengan berkesan pemahaman dalam bidang kajian yang sangat mendalam dan pencapaian keseluruhan yang melebihi jangkaan B+ & B mampu menganalisa dan mengkritik permasalahan berupaya mengaplikasi konsep dalam apa yang disampaikan sumber rujukan yang memadai tetapi mampu mengaitkannya dengan apa yang disampaikan pemahaman yang baik dalam bidang kajian dan berkemampuan untuk menyampaikan hujah-hujah secara lojik dan teratur B- & C+ kemampuan analitik dan kritis tidak begitu memuaskan sumber rujukan yang terhad dan tidak berkesan perbincangan berbentuk umum dan pemahaman konsep sekadar di tahap permukaan C & C- isi kandungan penyampaian dimuatkan hanya kerana diminta untuk berbuat demikian penyampaian tidak sistematik dan kurang terperinci perbincangan adalah umum, tidak teratur dan tiada kesinambungan dalam huraian yang dibuat D isi kandungan penyampaian dimuatkan secara ala kadar pemahaman konsep tidak jelas perbincangan yang sangat umum dan tiada analisis pengetahuan sangat lemah dan hanya bersifat permukaan E tiada tanda-tanda pemahaman dalam apa yang disampaikan tidak menunjukkan penguasaan konsep yang betul bukti usaha yang minimum 11.0 HAK CIPTA & HARTA INTELEK Setiap pelajar perlu mematuhi peraturan hak cipta dan harta intelek yang telah ditetapkan oleh Universiti. i. Segala penemuan baru, reka bentuk atau paten adalah menjadi hak milik Universiti. Walau bagaimanapun, Universiti boleh menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik bersama penyelidik dan/atau penganjur luar.

Hak cipta penulisan laporan adalah menjadi kepunyaan penulis. 12.0 PERATURAN PENYERAHAN PSM BERJILID i. Pelajar dikehendaki menyerahkan tiga (3) naskah Laporan PSM berjilid kepada fakulti dalam tempoh yang ditetapkan dan memenuhi kehendak Peraturan Akademik (Program Sarjana Muda dan Diploma) untuk agihan seperti berikut: (a) (b) (c) 1 naskah untuk Fakulti (diserahkan di Pusat Sumber FKMP) 1 naskah untuk Perpustakaan UTHM (diserahkan di Pusat Sumber FKMP) 1 naskah untuk Penyelia PSM. i iv. Pelajar juga perlu menyediakan satu naskah Laporan PSM berjilid kepada Penyelia Bersama dan penaja (jika ada). Warna kulit (kod warna) PSM berjilid adalah mengikut warna rasmi fakulti. Kegagalan untuk mematuhi warna yang sepatutnya boleh menyebabkan tesis tidak diterima oleh fakulti. Panduan untuk menyediakan Laporan PSM berjilid diberi dalam Buku Panduan Menulis Tesis, UTHM. Penyelia PSM bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pelajar seliaannya mengemukakan PSM berjilid mengikut format yang betul dan lengkap. v. Kesemua naskah PSM berjilid hendaklah diserahkan kepada fakulti setelah disahkan oleh penyelia di dalam borang penyerahan Laporan PSM berjilid sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan oleh fakulti. Laporan PSM berjilid yang diserahkan lewat dari tarikh tersebut tidak akan diterima. vi. Laporan PSM berjilid hanya disediakan setelah proses penilaian selesai dilakukan. Walau bagaimanapun, pihak fakulti akan menggantung keputusan ijazah pelajar sekiranya; (a) (b) Pelajar gagal mengemukakan Laporan PSM berjilid pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya Laporan PSM berjilid dihantar selepas tarikh yang ditetapkan, gred markah pelajar boleh diturunkan mengikut keputusan mesyuarat Peperiksaan peringkat fakulti. Laporan PSM berjilid yang dikemukakan tidak menepati format yang telah ditetapkan oleh Universiti. v Sekiranya Laporan PSM berjilid masih belum dihantar pada tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Peperiksaan / Keputusan Peperiksaan peringkat universiti, pelajar akan diberikan keputusan GAGAL kecuali dengan kebenaran khas Jawatankuasa Pengajian Peperiksaan / Keputusan Peperiksaan. 13.0 BAHAGIAN AM i. Pihak Fakulti berhak menyemak dan menilai semula mana-mana Laporan PSM berjilid yang difikirkan perlu sehingga tarikh akhir mesyuarat peperiksaan di fakulti. Sebarang perubahan keputusan akan disahkan dalam mesyuarat Peperiksaan peringkat fakulti. Plagiat adalah satu kesalahan akademik yang berat. Pelajar diingatkan supaya tidak memplagiat hasil kajian penyelidik lain. Penyelia bertanggungjawab untuk memastikan tiada unsur-unsur plagiat dalam hasil kerja PSM pelajar.

i iv. Penyelia PSM boleh mencadangkan kepada pihak fakulti untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pelajar sekiranya terdapat sebarang bentuk penyelewengan semasa melaksanakan kerja yang berkaitan dengan PSM. Pihak Universiti berhak memperbaiki peraturan ini dari masa ke semasa. 14.0 RUJUKAN 1. Buku Panduan Menulis Tesis, UTHM. 2. Peraturan Akademik (Program Sarjana Muda & Diploma) UTHM. 3. Dokumen MS ISO 9001 : 2008.