BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA KUALITI UPM KALI KE-31

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Soal selidik secara atas talian ini merangkumi 2 bahagian seperti berikut, iaitu:

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

Model Pengurusan Strategik

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

LAPORAN PENYELIDIKAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

HMT Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN. mencukupi, barulah sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan baik.

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUALITATIF

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

Transkripsi:

BAB IV METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan. Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Bab ini akan menjelaskan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian yang dijalankan. Penulis telah merancang dengan teratur metodologi kajian dan strategistrategi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data melalui kaedah-kaedah tertentu. Bab ini juga akan membincangkan dengan terperinci beberapa perkara penting dalam metodologi dan strategi yang digunakan dalam menyiapkan kajian ini, antaranya ialah: 1. Populasi dan pensampelan. 2. Instrumen kajian. 3. Prosedur pengumpulan data. 4. Teknik penganalisis data. Metodologi kajian dan strategi yang disusun untuk mendapatkan maklumat dan data untuk mencapai objektif dan matlamat kajian seperti yang dijelaskan dalam rajah 3.1 berikut. 138

CARTA ALIR PROSES KAJIAN Kajian Awal 1. Mengenal pasti permasalahan dan bidang kajian. 2. Mengenal pasti populasi dan pensampelan yang sesuai. Penyediaan Borang Soal selidik dan Soalan Ujian Soal selidik, Ujian dan Pemerhatian Pengumpulan Data Analisis Data Keputusan Rumusan dan Cadangan Rajah 4.1: Carta alir proses kajian yang dijalankan 139

4.2 Populasi dan Pensampelan. Populasi merujuk kepada sekumpulan individu, objek atau benda kejadian yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji. Menurut Rohana Yusof, (2004:105), setiap individu atau objek dalam sesuatu populasi berkemungkinan berbeza-beza dalam banyak segi, namun ianya mestilah mempunyai tidak kurang daripada satu ciri yang sama. Manakala persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan daripada suatu populasi sebagai mewakili populasi tersebut. Penulis telah memilih populasi kajian ini daripada lima buah sekolah menengah yang menawarkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di daerah Perak. Manakala persampelan, penulis telah mengambil sebahagian pelajar daripada empat buah sekolah tersebut dan bentuk persampelan adalah berdasarkan kaedah Rawak Mudah. Sekolah-sekolah tersebut ialah: 3.2.1 SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah. 3.2.2 Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah. 3.2.3 Sekolah Menengah Al-Hidayah. 3.2.4 SABK Maahad Al-Mizan. 140

Berikut adalah bilangan borang soal selidik dan soalan ujian yang diagihkan dan bilangan yang diterima mengikut sekolah. Rajah 4.2: Jadual Agihan dan Terimaan Borang Soal Selidik dan Ujian. Nama Sekolah Bilangan Sampel 1 SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah. 30 2 Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah. 25 3 Sekolah Menengah Al-Hidayah. 25 4 SABK Maahad Al-Mizan. 20 Jumlah 100 4.3 Instrumen Kajian. Penulis mengunakan sampel kajian ini terhadap pelajar STAM di beberapa sekolah agama di sekitar negeri Perak. Dalam kajian ini penulis mengunakan beberapa instrumen dalam mengumpulkan data, antaranya ialah: 1. Soal selidik. 2. Ujian bertulis. 3. Kaedah pemerhatian. 141

4.3.1 Soal Selidik. Kajian berbentuk soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular digunakan dalam kalangan penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan mudah. Melalui soal selidik maklumat berhubung dengan responden boleh dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau atau bimbang. Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama mengenai latar belakang responden antara soalan yang terkandung ialah jantina, sumber dorongan, mula mempelajari bahasa Arab dan pencapaian subjek bahasa Arab dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala bahagian kedua mengenai proses pembelajaran dan pengajaran pelajaran sarf bahasa Arab yang terdiri daripada tiga belas soalan. Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan kerana dia hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa jawapan yang diberikan (Syed Arabi: 1998:135). Proses soal selidik dijalankan dengan penerangan ringkas daripada penulis tujuan soal selidik dilakukan dan menyatakan bahawa segala maklumat peribadi adalah dirahsiakan. Soalan ini bukanlah ujian dan tidak terdapat jawapan benar atau salah. Responden diberi masa selama dua puluh minit untuk menjawab. Soalan soal selidik lebih tertumpu untuk mendapatkan data tentang latar belakang responden dan reaksi mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran morfologi bahasa Arab dan imbuhan kata bahasa Arab. Borang soal selidik ini disediakan sebanyak 100 set. Contoh borang soal selidik seperti dalam Lampiran A. 142

4.3.2 Ujian Bertulis. Sebanyak enam puluh tujuh soalan telah dibentuk yang terdiri daripada lima bahagian yang merangkumi imbuhan kata kerja bahasa Arab dan juga imbuhan kata nama bahasa Arab dan perubahan makna yang terjadi setelah berlaku pengimbuhan kata. Bahagianbahagian tersebut ialah: 4.3.2.1 Pola Kata Kerja Berimbuhan. Soalan bahagian tersebut adalah untuk menguji penguasaan responden terhadap pola kata kerja berimbuhan. Sebanyak sepuluh kata kerja berimbuhan yang terdiri daripada pelbagai bentuk pola kata kerja berimbuhan telah dipilih bagi menguji keupayaan responden mengenal pasti dan menentukan pola kata kerja berimbuhan. 4.3.2.2 Kata Asal Kata Kerja. Soalan bahagian tersebut adalah untuk menguji penguasaan responden terhadap kata asal bagi kata kerja berimbuhan. Sebanyak sepuluh kata kerja berimbuhan telah dipilih bagi menguji keupayaan responden menentukan kata asal bagi kata kerja tersebut. 4.3.2.3 Makna Kata Kerja Berimbuhan. Soalan bahagian tersebut adalah untuk menguji penguasaan responden terhadap makna kata kerja berimbuhan. Sebanyak tujuh belas kata kerja berimbuhan telah dipilih dan diletakkan dalam ayat bagi menguji keupayaan responden memberikan makna yang 143

paling tepat berdasarkan konteks ayat setelah berlaku pengimbuhan pada kata kerja tersebut. 4.3.2.4 Pola Kata Nama Berimbuhan. Soalan bahagian tersebut adalah untuk menguji penguasaan responden terhadap mengenali bentuk kata nama tertentu berdasarkan penggunaan pola kata nama tersebut. Sebanyak empat belas pilihan jawapan telah disediakan terhadap soalan berkaitan dengan kata nama berimbuhan untuk ditentukan dengan meletakkan pada ruang yang telah disediakan mengikut penggolongan kata nama berimbuhan tertentu. 4.3.2.5 Pembentukan Kata Nama Berimbuhan. Soalan bahagian tersebut adalah untuk menguji penguasaan responden terhadap pembentukan kata nama berimbuhan. Sebanyak enam belas ayat berserta kata asal disediakan bagi menguji keupayaan responden membentuk kata nama berimbuhan yang bersesuaian untuk mendapatkan makna yang dikehendaki berdasarkan konteks ayat. Responden diminta mengubah kata asal kepada golongan kata nama berimbuhan yang besesuaian berdasarkan kontek ayat. Bentuk soalan ujian bertulis adalah berbentuk subjektif iaitu pelajar mesti menulis sendiri jawapan pada ruang yang disediakan tanpa pilihan jawapan disediakan. Penulis memilih bentuk soalan tersebut bagi mendapatkan data yang berkualiti dan mengelakkan daripada responden meneka jawapan pilihan yang disediakan. 144

Proses soal selidik dijalankan dengan penerangan ringkas daripada penulis tujuan ujian bertulis dijalankan dan menyatakan bahawa ujian ini bukanlah untuk menguji pelajar tetapi untuk mendapatkan data dalam menyiapkan penulisan kajian ilmiah dalam menyiapkan pengajian sarjana di Universiti Malaya. Responden diberi masa selama satu jam untuk menjawab. Soalan ujian tersebut disediakan sebanyak 100 set. Contoh soalan ujian bertulis seperti dalam Lampiran B. 4.3.3 Pemerhatian. Metode pemerhatian ialah satu cara pengumpulan data dengan mengkaji secara langsung terhadap responden dan penyelidikan yang dilakukan dapat dirahsiakan. Metode ini ialah satu teknik penyelidikan yang sering digunakan. Penulis juga menggunakan metode ini dalam menjalankan kajian. Penulis akan membuat pemerhatian dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan untuk mendapatkan data mengenai proses pengajaran dan pembelajaran morfologi bahasa Arab dan mendapatkan data mengenai reaksi dan tindak balas responden terhadap pengajaran dan pembelajaran morfologi bahasa Arab. Penggunaan metode ini adalah bertujuan untuk mendapatkan data yang saling melengkapi dengan data daripada metode yang lain. 4.4 Prosedur Pengumpulan Data. Sebelum menjalankan kajian di sesuatu populasi penulis telah meminta kebenaran bertulis untuk menjalankan kajian tersebut daripada pengetua sekolah berkenaan. 145

Penulis juga memaklumkan bahawa bentuk kajian adalah soal selidik dan ujian bertulis dan meminta satu masa yang sesuai untuk penulis menjalankan kajian tersebut. Dengan kebenaran daripada pengetua sekolah dan kerjasama guru mata pelajaran morfologi bahasa Arab penulis dapat menjalankan kajian tersebut dengan efektif. Responden diberi masa dua puluh minit untuk menjawab soalan soal selidik dan satu jam untuk menjawan soalan ujian bertulis. Responden juga diberi peluang untuk bertanya sekiranya terdapat soalan yang kurang jelas atau tidak difahami. Sesi menjawab soalan terbahagi kepada dua sesi, sesi pertama ialah soalan soal selidik dan sesi kedua soalan ujian bertulis. Sesi pertama dijalankan soal selidik dengan taklimat ringkas daripada penulis dan masa yang diperuntukkan hanya dua puluh minit. Setelah selesai ujian soal selidik dijalankan kertas jawapan soal selidik akan dikutip terlebih dahulu daripada responden sebelum ujian bertulis dijalankan. Manakala sesi kedua adalah ujian bertulis dengan taklimat ringkas daripada penulis dan masa yang diperuntukkan hanya satu jam sahaja. 4.5 Teknik Penganalisis Data. Data yang dikumpulkan melalui set soal selidik dan ujian bertulis telah diproses dengan menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial, iaitu SPSS versi 18.0 dan Microsoft Excel untuk mendapatkan natijah daripada data yang diperoleh. Penulis menggunakan dua kaedah tersebut kerana penggunaan SPSS versi 18.0 dan Microsoft Excel. Penggunaan perisian tersebut akan memudahkan penulis menganalisis dengan tepat data yang 146

diperolehi dan dapat menjimatkan masa. Data yang telah dianalisis akan dibentangkan dengan bantuan rajah, graf dan carta bagi memudahkan memahami hasil kajian tersebut. Dalam menganalisis data ujian bertulis penulis telah menggunakan kaedah kajian tindakan iaitu dengan mengkategorikan jawapan pelajar kepada beberapa kategori sebelum menganalisis data menggunakan SPSS versi 18.0. Penulis mengkategorikan jawapan pelajar kepada tiga kategori: betul, salah dan tidak menjawab. Terdapat juga jawapan yang dikategorikan kepada empat kategori iaitu: betul, salah baris, salah dan tidak menjawab. Bahagian ini untuk jawapan yang memerlukan responden menjawab berserta baris perkataan. 147