Sebab-sebab pembiayaan Kewangan Politik di Malaysia memerlukan pengubahsuaian

dokumen-dokumen yang mirip
KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

DASAR ANTI RASUAH RGIS

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Regulasi pembiayaan politik ke arah iklim politik yang lebih adil dan telus

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI PEGANGAN. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Tarikh kuatkuasa: 01 Ogos 2015

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Kesetiaan kepada Syarikat

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (Pindaan 1/2017) MALAYSIA Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Transkripsi:

WANG DALAM POLITIK: Sebab-sebab pembiayaan Kewangan Politik di Malaysia memerlukan pengubahsuaian Bagaimana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat mengumpulkan dana yang diperlukan untuk membiayai kempen pilihan raya dan dilantik? Mengapa sesetengah ahli politik atau parti politik dapat menjana kempen yang lebih besar dan mantap? Apakah tuah atau nasib yang membantu seorang ahli politik lebih berjaya daripada yang lain? Kemungkinan adanya bisnes atau syarikat bisnes yang berkaitan dengan saya memberi sumbangan kepada parti politik yang berkuasa. Oleh demikian, berjayakah syarikat tersebut mendapat faedah daripada kontrak kerajaan? Risalah ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai bagaimana sumbangan wang politik berlaku di Malaysia (Apa), sebab-sebab mengapa ia bukan cara yang terbaik (Sebab) serta memberi cadangan supaya pengubahsuaian itu dapat memperbaiki tanggungjawab dan ketelusan (Bagaimana). Apa ertinya Terma Utama yang dipanggil Pembiayaan Kewangan Politik? Pembiayaan Kewangan Politik yang juga dikenali sebagai Dana Politik merujuk kepada sumber serta perbelanjaan kewangan bagi tujuan menjalankan aktiviti semasa pilihan raya atau pada masa lain. RM2.6 billion dalam Perhatian Apabila RM2.6 billion telah dimasukkan di dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, kita difahamkan bahawa ia adalah pendermaan daripada Timur Tengah. Najib yang juga presiden UMNO menegaskan bahawa dana kewangan awam tidak digunakan untuk kepentingan peribadi. Isu ini membangkitkan beberapa persoalan mengenai penggunaan wang bagi tujuan mempengaruhi proses pilihan raya dan mengakibatkan saranan Najib supaya diadakan pengubahsuaian untuk menangani hal berkaitan pembiayaan dana politik. Pengubahsuaian tersebut adalah keperluan utama, oleh sebab insiden tersebut, telah mendedahkan kelemahan dari segi kaedah pemerhatian atas soal pembiayaan kewangan politik di Malaysia. Ia juga telah menjurus kepada dua isu yang dipertikaikan sekian lama mengenai sistem politik kini. Pertama, ia mengesahkan kewujudan dana tabung untuk tujuan kurang sihat (slush funds) yang dikawali oleh individu tertentu atau pemegang amanah (trustee) parti politik. Kedua, ia memberi kepastian bahawa parti-parti politik di negara ini dibiayai oleh sumber asing daripada luar negara. 1 Wang dalam Politik.indd 1 28/12/2015 12:55:54 AM

Kewangan politik atau dikenali sebagai dana politik adalah pada hakikatnya wang yang digunakan bagi kempen pilihan raya. Bagaimanakah Malaysia melaksanakan Pembiayaan Kewangan Politik? Di Malaysia tiada ketelusan dan tanggungjawab yang wujud dari segi siapa pemberi dan siapa penerima dana politik tersebut. Hal ini berlaku di dalam kedua-dua pihak politik yang bertentangan. Kita memerlukan kaedah pemerhatian atas soal sumbangan kepada parti-parti politik supaya maruah sistem pilihan raya di Malaysia dapat dikembalikan untuk menjamin adanya pilihan raya yang bebas dan adil. Oleh yang demikian, pengubahsuaian perundangan segera yang relevan serta institusi yang berkenaan wajib diadakan supaya kita semua dapat makluman mengenai siapa yang harus diberi sokongan kewangan di antara parti politik serta bagaimana sokongan kewangan tersebut digunakan. Mengapakah parti-parti politik memerlukan kewangan? Bagaimanakah dana kewangan tersebut dibelanjakan? Wang diperlukan untuk membiayai kos menjana parti termasuk: Membiayai Pejabat Tetap Menjalankan Kajian Dasar dan Polisi Pendidikan Politik dan Kempen Menjalankan Kempen Pengiklanan Polisi Pergerakan Pengundi Membayar Pekerja Parti Bagaimana dan dari manakah ahli politik atau parti politik memperolehi dana? Secara amnya, pembiayaan kewangan politik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu sumber peribadi dan sumber awam. Di Malaysia, pembiayaan wang politik adalah menerusi sumber peribadi. Secara amnya, pembiayaan kewangan politik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu sumber peribadi dan sumber awam. Di Malaysia, pembiayaan wang politik adalah menerusi sumber peribadi. Apa Sebenarnya Masalah tersebut? Tugasan fungsi sistem politik di Malaysia mengalami masalah kelemahan mendalam iaitu politik wang. Ia menjurus kepada beli undi dalam pilihan raya umum atau pilihan dalaman parti. Ia juga merujuk kepada ahli politik atau parti politik berkecimpung dalam bisnes, dengan cara langsung (menerusi pemilikan 2 Wang dalam Politik.indd 2 28/12/2015 12:55:54 AM

Pembiayaan daripada Kewangan Peribadi Memperoleh kewangan secara sah iaitu tidak melibatkan pemindahan sumber kerajaan untuk kegunaan mereka sendiri atau penderma mereka. Pembiayaan daripada Sumber Awam Pemindahan secara langsung atau tidak langsung sumber kewangan daripada kerajaan termasuk peruntukan bajet nasional dan dana sumber cukai. Sumbangan Bayaran Keahlian Kekayaan Peribadi Pemilikan Bisnes Pembiayaan secara langsung daripada sumber awam Pembiayaan secara tidak langsung daripada sumber awam Sumbangan wang atau barang daripada penyokong Daripada ahli Membiayai aktiviti parti Daripada keuntungan syarikat Subsidi tunai Pemindahan wang kepada parti atau calon Pengecualian daripada cukai Peluang subsidi untuk periklanan media, tempat mesyuarat dan lainlain. syarikat) atau tidak langsung (melalui pemegang amanah atau wakil proksi), yang mengakibatkan persaingan tidak sihat dalam sektor korporat. Masalah yang dihadapi ialah kaedah bagaimana dana yang diperolehi dibelanjakan. Adalah mustahil untuk memisahkan hal politik dengan hal pembiayaan dana. Individu-individu kaya serta bisnes-bisnes cuba merapatkan talian dengan parti-parti politik dengan tujuan mempengaruhi keputusan polisi atau dapat menceburi dalam projek-projek. Tidak boleh dinafikan bahawa individu-individu tersebut berhak menyokong mana-mana parti pilihan mereka. Namun tetapi, pembiayaan dan pendermaan politik di Malaysia kerap dikaitkan dengan isu kroni (kuncu), pilih kasih oleh kerajaan dan rasuah. Isu Pembiayaan Dana Politik : Dua Masalah Utama 1 Bagaimana dana pembiayaan diperolehi Sumber dana kepada Parti Politik / Calon Kegunaan dana oleh 2 Bagaimana dana dibelanjakan 3 Wang dalam Politik.indd 3 28/12/2015 12:55:55 AM

Peranan kewangan dalam politik merosakkan ekonomi serta menyumbang kepada tuduhan rasuah yang serius. Oleh yang demikian, keputusan politik bukan lagi di tangan rakyat namun dikuasai oleh segelintir individu-individu yang berpengaruh. Bagaimana Politik Wang memberi kesan kepada saya? Apabila politik bergantung kepada kewangan, ia tidak lagi bertunjang kepada ideologi, polisi, perkhidmatan kepada rakyat, kepentingan nasional atau kepimpinan negara. Seterusnya, politik hanya berkaitan dengan siapa yang lebih dapat mengumpul pembiayaan serta memberi sumbangan untuk memperolehi sokongan. Dalam parti pula, kewangan politik akan menjurus kepada perbentukan puakpuak. Objektif puak-puak ini ialah untuk mencari jalan memperkayakan diri. Dengan kewujudan pembiayaan politik di Malaysia dijalankan secara tersembunyi iaitu tiada kewujudan pengisytiharan mandatori yang dikenakan kepada penderma kewangan peribadi ke gelanggang politik. Dalam situasi ini pembiayaan politik oleh badan korporat tidak boleh dikenali sebagai sifat kedermawanan atau perkhidmatan nasional. Bisnes mendapat keuntungan daripada pembiayaan kepada ahli atau parti politik. Setiap tahun, berbilion Ringgit telah hilang disebabkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan. Ada kekurangan yang serius mengenai ketiadaan sifat tanggungjawab dan pentadbiran sumber nasional dan dana cukai serta lesen dan anugerah konsensi. Oleh yang demikian, cadangan projek yang besar kepada kerajaan menawarkan perkhidmatan terbaik dengan kos terendah tidak dipilih. Hal ini mungkin disebabkan perjanjian yang telah wujud antara bisnes dan parti. Kesudahannya, kerajaan terpaksa membayar kos yang tinggi untuk projek yang dibawah taraf. Semua ini akan mengakibatkan dua kesan kepada kita: 1. Sebagai pembayar cukai, secara langsung kita akan dibebani dengan kos tinggi projek yang mahal. 2. Sebagai warganegara, kita menderita oleh kerana perlaksanaan kemudahan awam yang kurang cekap dan menjurus kepada kos penyelenggaraan yang lebih tinggi. Sebagai pembayar cukai atau warganegara, tidakkah kita ingin tahu ke mana dana cukai disalurkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah ia diuruskan dengan penuh bertanggungjawab? Apa lagi, kita berhak mengetahui semuanya. Akibat politik wang meliputi pelbagai bidang. Ia melemahkan kepercayaan awam terhadap ahli politik dan cara pentadbirannya diuruskan. Malah ia akan menjurus kepada Malaysia menjadi kekurangan daya saing dalam arena antarabangsa kerana kos membuat bisnes akan meningkat. Oleh yang demikian, apa yang harus dilakukan? Kita akan bertanya Adakah jalan keluar? Soalan ini sah kerana perundangan serta institusi yang sedia ada bagi tujuan mengawasi kegiatan pilihan raya, tidak berkemampuan mengawal pembiayaan dana politik dengan adil. Politik ialah caturan: lebih banyak diperolehi, lebih baik iaitu undi atau wang. Oleh kerana itu, ahli atau parti politik tidak boleh dibenarkan mengawasi kegiatan sendiri. Hak pengawalan wajib diletakkan kepada institusi bebas, yang akan memperkuatkuasakan undang-undang serta panduan mengenai cara dana boleh diperolehi atau dibelanjakan. Parti politik seharusnya mendedahkan atau memberi maklumat mengenai sumber kewangan serta pembelanjaan mereka. 4 Wang dalam Politik.indd 4 28/12/2015 12:55:55 AM

Di Malaysia, kita terpaksa bermula daripada dasar pertama untuk menuntut pengubahsuaian. Tunjukkan Pecahan Isu-Isu di Malaysia Secara ringkas, enam isu utama yang melanda Malaysia hari ini ialah: Apa yang Patut Dipulihkan? Pendekatan tiga penjuru diperlukan untuk memperkukuhkan ketelusan serta akauntabiliti dalam pembiayaan dana politik supaya pemimpin-pemimpin berkemampuan muncul dan mengadakan suasana adil sewaktu pilihan raya. 1. Kajian semula perundangan 2. Pemulihan institusi 3. Pemantauan pilihan raya dalaman parti Fokus: Perlembagaan Persekutuan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pertubuhan 1966 Tujuan: Perundangan berkaitan harus dikaji semula untuk memastikan kawalan yang lebih mantap atas pembiayaan kewangan politik supaya perjalanan demokrasi terjamin Fokus: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pendaftar Pertubuhan Tujuan: Institusi-institusi mengawal parti-parti dalam sistem pilihan raya harus ada autonomi untuk mengawasi serta menguatkuasakan perundangan mengenai pembimbingan kewangan politik Fokus: Semua parti politik yang berdaftar Tujuan: Berusaha mengawasi pemilihan dalam parti bagi mengawal pembelian undi serta sifat penaungan kuasa Pengubahsuaian undangundang harus berdepan dengan isu had atau batas mengenai pendermaan dan perbelanjaan serta sumber dana tersebut dan pendedahan pembiayaan kewangan politik 5 Wang dalam Politik.indd 5 28/12/2015 12:55:55 AM

Berikut adalah situasi semasa di Malaysia dan pengubahsuaian atau pemulihan yang dicadangkan secara terperinci: 1. Kajian Semula Perundangan Pindaan atas perundangan yang ada serta undang-undang baru harus dicipta bagi memantapkan ketelusan dan akauntabiliti pembiayaan kewangan politik. Perundangan Kelemahan Sedia Ada Cadangan Untuk Memperbaikinya Perlembagaan Persekutuan Perdana Menteri berpengaruh tinggi atas pelantikan ahli jemaah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini tentu akan menjejas autonomi SPR dan kesaksamaannya. Pindaan Perlembagaan Persekutuan mesti memelihara kebebasan dan kesaksamaan SPR. Akta Kesalahan Pilihan Raya (Election Offences Act 1954) Tiada undang-undang yang menghadkan jumlah yang boleh diterima parti daripada individu, badan korporat dan penderma ketiga yang ada kaitan politik. Tiada tuntutan mandatori untuk mengisytiharkan identiti penderma tanpa nama. Had yang wujud mengenai pembelanjaan oleh parti dalam pilihan raya hanyalah sewaktu jadual rasmi tempoh pilihan raya sahaja. Tiada had bagi pembelanjaan di luar waktu rasmi pilihan raya. Undang-undang baru mesti merangkumi peraturan mengenai peruntukan dana bagi kempen serta had pembelanjaan setiap parti. Ia juga termasuk kewajipan memberi maklumat serta laporan mengenai sumber dan pembelanjaannya. Undang-undang ini akan memantapkan keupayaan penguat-kuasaan dan kemampuan SPR. Undang-undang tersebut harus menghadkan jumlah yang boleh didermakan kepada partiparti. Ia melibatkan pendermaan berbentuk pinjaman tunai atau barangan seperti tuan sponsor barangan, tempat dan perkhidmatan. Ia merangkumi kesemua jenis penderma iaitu individu, syarikat dan badan ketiga yang ada kaitan politik dengan parti. Penderma tidak bernama harus diharamkan untuk mengelakkan pembiayaan tersembunyi. Akta Pertubuhan 1996 Isu utama yang memerlukan pengubahsuaian atau pemulihan ialah mengenai pendedahan peruntukan. Keperluan pelaporan dan pendedahan awam atas pembiayaan kewangan politik dan pembelanjaan adalah minima. Calon dikehendaki memberi laporan teliti atas sumber kewangan dan perbelanjaan sewaktu tempoh pilihan raya tetapi ia dikecualikan di luar tempoh berkempen. Peruntukan mengenai membuat laporan yang sedia ada sangat asas (basic) dan tiada dikenakan penyeliaan yang sempurna. Oleh yang demikian, peruntukan membuat pendedahan umum adalah lemah. Kini parti politik yang berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1996 adalah di bawah skop Pendaftar Pertubuhan. Akta ini harus dipinda untuk memantapkan kebebasan serta kesaksamaan Pendaftar Pertubuhan. Undang-undang baru diperlukan bagi mengawasi tingkah laku penderma kewangan. Ia termasuk pembiayaan pemilihan dalaman parti politik dan bukan hanya untuk pilihan raya persekutuan atau negeri. Parti-parti serta calon-calon harus diwajibkan memberi laporan terperinci mengenai sumbangan dan perbelanjaan. Kekerapan laporan mesti lebih tinggi sewaktu tempoh pilihan raya dan kurang di luar tempoh tersebut. Pengubahsuaian atau pemulihan ini mesti berupaya memberi segala maklumat yang kemaskini kepada pengetahuan umum. Ahli atau orang umum harus dapat memperolehi maklumat tersebut dengan senang. 6 Wang dalam Politik.indd 6 28/12/2015 12:55:55 AM

2. Pemulihan Institusi-institusi Institusi awam yang berperanan mengawasi sistem pilihan raya harus diberi peningkatan atas aspek kebebasan serta kesaksamaan supaya mereka dapat menjalankan tugas tanpa takut atau pilih kasih. Institusi-institusi Kelemahan kini Cadangan untuk memperbaikinya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pendaftar Pertubuhan SPR dan Pendaftar Pertubuhan kini kurang berkuasa bagi mengambil tindakan secara bebas terhadap parti-parti yang melanggar peraturan pilihan raya. Hal ini berlaku kerana Pendaftar Pertubuhan jatuh di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri dan mengakibatkan ianya di bawah penunjuk pihak eksekutif. Kedua, institusi tersebut tiada keupayaan penuh bagi menentukan pematuhan kepada peraturan-peraturan pembiayaan kewangan politik yang sedia ada. Hal ini disebabkan mereka tidak berkuasa menjalankan siasatan dengan bebas atau membuat audit. Pengubahsuaian atau pemulihan harus memantapkan kebebasan dan juga saksamaan mengenai perlantikan ahli dan membuat laporan serta keupayaan pengawasan dan penguatkuasaan. Kebebasan dan kesaksamaan SPR harus dilindungi dan diberi peranan mendaftar serta mengawasi parti-parti politik. Pemulihan harus menambahbaikan kebebasan serta kesaksamaan kedua-dua badan tersebut. Ini termasuk kaedah penerimaan laporan serta perlaksanaan tugas-tugas. Parti-parti seharusnya berdaftar dan diletak di bawah naungan SPR dan bukan di bawah naungan Pendaftar Pertubuhan. 3. Pengawasan Pilihan Raya Dalaman Parti Perlaksanaan yang relevan untuk mengawasi pilihan raya dalaman parti amat diperlukan. Semua parti politik yang berdaftar Kelemahan kini Pilihan raya dalaman parti adalah di bawah kuasa dan pentadbiran perlembagaan parti itu sendiri. Hampir tiada pengawasan mengenai perbelanjaan dan pembiayaan wujud. Pemantauan atas pilihan raya dalam parti adalah penting bagi mengawal pembiayaan kewangan politik. Ini kerana jumlah yang disalurkan sewaktu pilihan raya parti kadangkala melebihi apa yang digunakan sewaktu pilihan raya umum. Kegiatan ini lumrah seperti membeli undi, dengan cara jamuan makan, pemberian buah tangan, pemberian wang tunai dan konsesi ekonomik. Ini menjurus kepada pengwujudan puak-puak di mana kebolehan pemberian kontrak lebih penting daripada unsur kebolehan kepemimpinan. Cadangan untuk memperbaikinya Penguasaan luaran bagi mengawasi perjalanan pilihan raya dalaman parti diperlukan daripada tahap akar umbi hingga atas kepada tahap pucuk pimpinan. Pada tahap aktiviti dalaman parti, akauntabiliti serta ketelusan mengenai pembiayaan dan perbelanjaan yang dikendalikan untuk perlantikan bagi kedudukan pimpinan parti harus diwujudkan. Ianya harus merangkumi perbelanjaan yang dikendalikan, sebelum, sewaktu dan selepas pemilihan parti. 7 Wang dalam Politik.indd 7 28/12/2015 12:55:55 AM

Tiga tuntutan mengenai inisiatif pemulihan pembiayaan kewangan politik: Mengubal Akta Parti Politik * Kerajaan telah dahulu mencadangkan undang-undang tersebut tetapi belum lagi dibentangkan dalam Parlimen. * Undang-undang ini mesti mengharamkan wang tersembunyi dan pembiayaan dari sumber asing, menghadkan pendermaan dan perbelanjaan politik, mengadakan laporan untuk pendedahan awam serta pengenalan panduanpanduan bagi kerajaan sementara dan mengharamkan pemilikan bisnes oleh parti. Memperkuasakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) * Autonomi serta kesaksamaan SPR mesti dilindungi. * SPR ditugaskan bagi pendaftaran dan pengawasan parti-parti politik. Memperkenalkan Pembiayaan Awam * Pembiayaan cara baru ini dihasilkan daripada sumber kewangan awam. Ia diperuntukkan kepada semua parti politik sama ada dalam kerajaan atau pembangkang. * Pembiayaan awam akan banyak mengurangkan bergantung kepada pembiayaan dari sumber persendirian terutama daripada individu yang kaya serta badan korporat yang ada kepentingan. Cara ini akan meningkatkan kesaksamaan antara parti baru dan lama serta calon-calon bebas. 1. Bagaimana pemulihan institusi boleh dilakukan bagi memantapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? SPR atau Badan Pengurusan Pilihan Raya (BPPR) ialah institusi utama untuk mengendalikan pengawasan sistem pilihan raya. Tiga model atau contoh dicadangkan: 8 Wang dalam Politik.indd 8 28/12/2015 12:55:55 AM

Badan Pengurusan Pilihan Raya (Model BPPR) 1. Bebas BPPR sebagai institusi bersendirian dan bebas daripada pengaruh pihak eksekutif kerajaan. SPR di Malaysia adalah dibawah eksekutif kerajaan. 2. Cara Kerajaan Pilihan raya dikendalikan oleh pihak Kementerian (umpamanya, Kementerian Dalam Negeri) dan/atau Majlis Tempatan. 3. Berstruktur Pengawasan polisi dibawah pemerhatian BPPR dan bebas daripada pengaruh eksekutif kerajaan. Pengendalian BPPR seperti model kerajaan. Isu-isu berkaitan 1 2 3 4 Perlantikan Kriteria calon Tempoh keahlian Akauntabiliti Ahli SPR memasuki SPR dalam SPR SPR 1.1 Perlantikan Ahli SPR Pembentukan Jawatankuasa Perlantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (JPSPR) Perdana Menteri Ketua Pembangkang Kerusi Parliamentary Select Committee for Electoral Matters (PSC) Ahli pembangkang Jawatan Tinggi dalam PSC Ketua Hakim Pengerusi Malaysian Human Rights Commission (SUHAKAM) Presiden Malaysia Bar Council Penambahan seorang wakil daripada kalangan umum yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman mengenai pengurusan pilihan raya. Jawatankuasa pemilihan ini bukan jawatankuasa tetap Parlimen. Penambahan wakil ini memerlukan perubahan dalam Parlimen. 9 Wang dalam Politik.indd 9 28/12/2015 12:55:56 AM

Proses perlantikan JPSPR akan membuat pengistiharan umum mengenai kekosongan yang timbul. Calon-calon akan menapis kelayakan calon. Perbincangan awam akan diadakan mengenai calon-calon terpilih iaitu sekurangkurangnya tiga calon bagi setiap kekosongan. JPSPR akan melaporkan calon yang dipilih ke Parlimen untuk mendapat persetujuan Dewan dan seterusnya dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk persetujuan. 1.2 Kriteria Calon Memasuki SPR Pembatasan Perundangan Seseorang tidak boleh dilantik sebagai ahli SPR jika: 1. Warganegara a Ahli parti b Beliau pegawai atau c Memegang jawatan berdaftar pekerja parti berdaftar atau yang dilantik ahli akaun parti berkenaan d telah pada bila-bila masa dalam tempoh sepuluh tahun 2. Kesaksamaan i Menjadi pegawai ii Telah memegang iii Telah dinamakan atau pekerja seperti jawatan tersebut sebagai penderma para (b) di atas di dalam daftar penderma-penderma 1.3 Kelayakan Tempoh Ahli SPR Tempoh jawatan 6 Tahun Pesuruhjaya Pilihan Raya harus dilantik untuk tempoh enam tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya sepanjang enam tahun lagi. Ini membolehkan satu kitaran penuh pilihan raya. 10 Wang dalam Politik.indd 10 28/12/2015 12:55:56 AM

Umur Bersara 70 Tahun Umur persaraan ialah usia 70 tahun. Perlantikan kepada SPR harus berperingkat untuk membolehkan kesenambungan memori institusi. 1.4 Akauntabiliti SPR Penubuhan Parliamentary Select Committee (PSC) Untuk mencerminkan komposisi keahlian Dewan Menerima laporan-laporan tahunan SPR selepas pilihan raya peringkat persekutuan atau negeri Membuat penyelidikan mengenai sistem dan proses pilihan raya berdasarkan input SPR Kesemua perbincangan serta pendapatan dibuka kepada pengetahuan umum 2. Bagaimana melaksanakan Pengubahsuaian Perundangan serta memperkenalkan undang-undang baharu: Akta Parti Politik (APP)? Akta Parti Politik (APP) ialah perundangan baharu yang akan memberi kesan kepada Perlembagaan Persekutuan dan perundangan-perundangan lain yang berkaitan. Ia akan menjalinkan perangkaan yang lebih komprehensif dan standard bagi mengawasi pembiayaan kewangan politik. Undang-undang baru ini dijangka akan bergabung atau meminda Seksyen-seksyen terpilih dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958 dan Akta Pertubuhan 1966. Undang-undang baru ini akan menentang lapan kelemahan asas yang sedia ada. 1.Kawalan terhadap parti-parti politik 2. Batasan pendermaan politik 3.Menghadkan pembelanjaan politik 4.Peluang pembiayaan 5.Kehendak mengadakan laporan 6.Kehendak pengetahuan umum 7.Mengawal pembiayaan pilihan parti 8.Panduan untuk kerajaan sementara 11 Wang dalam Politik.indd 11 28/12/2015 12:55:56 AM

Sila beri maklumat yang lebih lanjut mengenai APP dan bagaimana impaknya kepada kewangan politik? 2.1 Pengawasan atas parti-parti politik Apakah pembaharuannya? Fungsi-fungsi: SPR akan mengambil alih tugas pendaftaran dan penguasaan partiparti politik yang kini di bawah Pendaftar Pertubuhan Pendaftaran parti politik Menyelia dan memudahkan hal parti Menerima, meneliti serta menyimpan dokumen yang disalurkan oleh parti politik Mengumumkan informasi tertapis partiparti politik tertapis parti-parti politik Menguatkuasakan dan memastikan patuh kepada APP Perangkaan baru mengenai panduan parti politik akan diwujudkan: Yang di-pertuan Agong (Pelindung) Parlimen (Badan Pengawasan) Pesuruhjaya SPR (membuat keputusan) Pengerusi SPR (Kustodian atau penjaga) Urus Setia (Eksekutif) Parti-parti politik (Eksekutif) 12 Wang dalam Politik.indd 12 28/12/2015 12:55:57 AM

2.2 Had atau batasan pendermaan politik APP akan memperkenalkan peraturan bagi menyemai akauntabiliti serta ketelusan pembiayaan kewangan politik. Ia merangkumi pendermaan dalam bentuk tunai atau kebendaan. Tubuhkan senarai penderma sah dan tidak sah Parti-parti serta calon-calon mesti mengumumkan identiti penderma > RM50 dalam satu sumbangan atau berganda Menghadkan jumlah RM10,000 untuk setiap penyumbang setahun Menghadkan jumlah RM100,000 untuk setiap badan korporat setahun atau RM500,000 daripada kumpulan syarikat-syarikat yang dimiliki majoriti pemilik saham Meletakkan had RM50,000 setahun daripada penderma ketiga (TPA) Pendermaan kepada parti politik mesti disalurkan terus ke akaun parti Parti-parti atau calon-calon individu mesti mengeluarkan resit bagi semua sumbangan Terma third-party actors (TPAs) digunakan untuk menerangkan badan bukan politik atau sesiapa yang meminta pendermaan serta membuat belanjawaan yang berkaitan dengan kempen pilihan raya, contohnya, badan aktiviti politik, dana kempen kesatuan, think tank, yayasan dan lain-lain. 2.3 Had atau batasan ke atas belanjawan politik Batasan jumlah terhad akan dikenakan kepada calon, parti-parti politik dan TPA yang boleh dibelanjakan di dalam tempoh pilihan raya dan di luar tempoh tersebut. 13 Wang dalam Politik.indd 13 28/12/2015 12:55:57 AM

Hadkan belanjawan parti politik berdasarkan pendapatan kewangan yang diterima setiap tahun Luar Tempoh Pilihan Raya Mengenakan tiada perbelanjaan sewaktu tiada kempen di antara hari parlimen atau dewan negeri dibubarkan dan hari pencalonan TPA tidak dibenar membelanjakan wang melebihi 20% dari pendapatan yang diperolehi oleh parti bergabung Dalam Tempoh Pilihan Raya Menghadkan perbelanjaan parti politik berdasarkan atas jumlah calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya Mengenalkan panduan baru perbelanjaan bagi calon-calon dengan mengambil kira jumlah pengundi serta saiz geografi kawasan pengundian TPA tidak dibenarkan untuk membelanjakan melebihi 20% daripada kos perbelanjaan yang dihadapi oleh parti bergabung setiap tahun 2.4 Peluang mendekati pembiayaan awam dan persendirian Tujuan APP ialah untuk menggalakkan pembiayaan kewangan politik yang berterusan menerusi gabungan pembiayaan awam dan persendirian parti-parti politik. Ia sepatutnya tidak bergantung kesemuanya kepada kedua-dua kaedah tersebut. Rasional bagi mengadakan panduan untuk pembiayaan persendirian 14 Wang dalam Politik.indd 14 28/12/2015 12:55:57 AM

Walau bagaimanapun, semua perundangan mengenai pertimbangan atas hal persendirian mestilah berpatutan dan bertimbang rasa. Jika tidak, ia akan menggalakkan parti-parti membuat kaedah pengiraan akaun kreatif yang akan menjurus kepada amalan yang direka untuk mencapai tahap maksimum mengenai had-had yang dikenakan. Oleh itu, apakah perundangan mengenai pembiayaan kewangan peribadi? Perundangan atas Pembiayaan Kewangan Persendirian Menghalang parti-parti politik daripada memiliki bisnes-bisnes untuk keuntungan Wakil-wakil yang dipilih dikehendaki membuat pengisytiharan awam mengenai aset-aset sebelum memegang jawatan dan kerap memperbaharuinya selepas itu Wakil-wakil yang dipilih tidak dibenarkan berkecimpung di dalam bisnes-bisnes yang membuat keuntungan semasa memegang jawatan awam Bisnes-bisnes untuk keuntungan ialah organisasi yang mengharapkan keuntungan daripada operasinya dan hanya mengambil berat tentang kepentingan sendiri. Bisnes-bisnes tidak beruntungan ialah organisasi yang memberi fokus kepada servis awam, dan hanya menitikberatkan wang untuk keperluan aktiviti sendiri. Apa lagi yang diperlukan untuk menggalakkan kesaksamaan? Peraturan mengenai pembiayaan persendirian akan menjurus kepada menghadkan kebolehan partiparti atau calon mendapati pembiayaan bebas. Oleh yang demikian, kita harus mengadakan sumber pendapatan alternatif bagi menjana aktiviti politik. Penyelesaiannya ialah bagi memperkenalkan kaedah yang adil dan munasabah bagi membiayai kos menjana parti sewaktu kempen pilihan raya. Skim pembiayaan yang dicadangkan untuk Malaysia ialah: Hak * Pembiayaan kewangan tahunan ialah berdasarkan jumlah undi popular yang diterima dalam pilihan raya lampau. Parti akan menerima RM4 setahun bagi setiap undi yang diperolehi. Edaran * Pembiayaan kewangan awam diedarkan setiap setengah tahun dan dibayar kepada parti-parti politik atau terus kepada calon bebas. 15 Wang dalam Politik.indd 15 28/12/2015 12:55:57 AM

Laporan * Penerima pembiayaan kewangan awam harus mengemukakan akaun yang diaudit kepada APP. Laporan ini mesti merangkumi balance sheet. Kegagalan mengemukakan laporan pada waktu yang ditetapkan akan mengakibatkan kehilangan peruntukan. Pendedahan * SPR akan mengeluarkan laporannya mengenai hal ini dan ia akan didedahkan untuk pengetahuan awam. Apakah keuntungan yang mungkin diperolehi dan risikonya mengenai Pembiayaan Awam? Hujah menyokong pembiayaan awam 1. Ia semulajadi dan keperluan kos demokrasi. 2. Ia berkemampuan menyekat pengaruh wang politik dan membendung rasuah. 3. Kerajaan boleh menggalakkan atau mengarah sesuatu kehendak seperti adakan lebih calon wanita. 4. Ia memantapkan ketelusan mengenai kewangan calon atau parti dan membendung rasuah. 5. Jika calon atau parti hanya bergantung kepada pembiayaan persendirian, ia akan mewujudkan ketidaksamaan politik dalam kerajaan. 6. Parti politik serta calon memerlukan sokongan bagi menghadapi kos kempen yang meningkat. 7. Dalam masyarakat yang rendah pendapatan, orang awam tidak berupaya menyumbang kepada parti politik. Hujah menentang pembiayaan awam 1. Ia menjauhkan lagi jurang di antara kepimpinan elit (pemimpin, calon) dengan warga biasa (ahli parti, penyokong, pengundi). 2. Ia memperkukuhkan status sedia wujud dan calon yang berkuasa. 3. Pembayar cukai terpaksa menyokong parti politik atau calon yang mereka tidak mempersetujui. 4. Pembiayaan untuk parti politik akan memakan peruntukan ke sekolah, hospital serta menyumbang kepada ahli politik yang kaya. 5. Parti politik dan calon tiada lagi boleh membuat keputusan dan mengumpul dana. 6. Parti politik menghadapi kemungkinan menjadi sebahagian cawangan kerajaan dan bukan lagi sebahagian masyarakat sivil. 2.5 Keperluan Pelaporan APP akan memantapkan cara laporan yang sedia ada bagi parti-parti dan calon-calon, satu-satunya tindakan utama untuk menambahbaikkan pembiayaan kewangan politik. Perundangan baru ini ialah: Kawalan *Parti-parti politik, calon dan TPA mesti melaporkan kepada SPR. Parti-parti terlibat * Parti-parti politik, calon-calon dan TPA dikehendaki melaporkan hal kewangan. 16 Wang dalam Politik.indd 16 28/12/2015 12:55:57 AM

Kekerapan laporan Laporan informasi * Luar tempoh pilihan raya: Parti-parti dikehendaki membuat laporan setiap tahun (tidak termasuk calon-calon). * Waktu pilihan raya: Parti-parti dan calon-calon dikehendaki membuat laporan pendek dan komprehensif dalam 14 hari tarikh pencalonan. * Pengumuman identiti penderma yang menyumbang RM500 atau lebih dalam satu pendermaan atau berganda. Kesahihan laporan * Semua laporan mesti diaudit oleh juru audit bebas sebelum dikemukakan kepada SPR. Dana tabung kurang sihat * Tidak dibenarkan. 2.6 Keperluan pengisytiharan (pendedahan) awam Keperluan pengisytiharan awam berjalan seiring dengan kewajiban membuat laporan mengenai pembiayaan serta perbelanjaan untuk menjamin ketelusan. Adalah kesalahan di sisi undang-undang bagi penjawat awam bersikap tidak adil terhadap penderma parti pembangkang. Pengisytiharan awam akan merangkumi laporan parti-parti politik, calon-calon dan TPA. SPR bertanggungjawab membuat laporan kewangan untuk kalangan awam. Mengadakan pendaftaran atas talian atau arkib bagi merakamkan pengumuman parti politik. SPR dikehendaki mengisytiharkan laporan kewangan yang diterima tanpa pengubahsuaian. Dalam tempoh pilihan raya: SPR dikehendaki mengisytiharkan laporan rumusan pada setiap hari dan komprehensif dalam jangka 31 hari semasa hari pencalonan. Luar tempoh pilihan raya: pengisytiharan tahunan mesti dibuat dalam tempoh 31 hari pada bulan pertama tahun. 17 Wang dalam Politik.indd 17 28/12/2015 12:55:57 AM

2.7 Pembiayaan Pilihan Raya Dalaman Parti Selain daripada mengawal pembiayaan kewangan parti dan calon, PPA akan berkuasa mengawasi pilihan raya dalaman parti. Nanti, apa sebab-sebabnya pilihan raya dalaman parti mesti dikawal? Ini ialah permasalahan genting kerana pemilihan parti diterajui oleh puak-puak yang mengamalkan politik wang, ketuanan kuasa serta pencari-pencari imbuhan. Ia menjurus kepada pembelian undi dan akan menghancurkan integriti parti-parti politik. Perundangan dan pengawalan yang sedia ada tidak langsung menyentuh perkara ini. Secara prinsip, pembiayaan kewangan politik yang dilaksanakan di peringkat nasional harus diadakan untuk pilihan raya dalaman parti juga. Parti-parti mesti mengemukakan laporan audit peserta kepada SPR Had pendermaan bagi pilihan parti serupa dengan pilihan raya nasional Had belanjawan bagi pilihan parti serupa dengan pilihan raya nasional Keperluan laporan (sewaktu dan selepas pilihan raya parti) serupa dengan pilihan raya nasional Keperluan pengisytiharan (sewaktu dan selepas pilihan raya parti) serupa dengan pilihan raya nasional 2.8 Panduan mengenai Kerajaan Sementara Kini tiada panduan atau struktur perangkaan mengenai hal ini. APP yang dicadangkan melarang kerajaan sementara (kerajaan yang sedia ada sementara menunggu pilihan raya) mengisytiharkan imbuhanimbuhan pilihan raya, rancangan pembangunan dengan menggunakan sumber negara. Kawalan SPR akan bertanggungjawab sebagai badan bagi mengawasi kerajaan sementara. Melarang kerajaan sementara melancarkan program-program pembangunan apabila Parlimen/Dewan dibubarkan. Peranan kerajaan sementara 18 Wang dalam Politik.indd 18 28/12/2015 12:55:57 AM

Senarai Badan-badan Bukan Kerajaan yang Menyokong Cadangan Pemulihan 19 Wang dalam Politik.indd 19 28/12/2015 12:55:58 AM

20 Wang dalam Politik.indd 20 28/12/2015 12:55:58 AM