Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

dokumen-dokumen yang mirip
Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pengenalan Makroekonomi

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Pengenalan kepada Ekonomi

Indeks Pembangunan Manusia. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.


Akaun Semasa Mudarabah

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Topik. Persekitaran dan Sistem Ekonomi PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

NURASIKIN BINTI ANUAR (A134764) Bank Vietnam. Pengenalan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

Kriteria Belanjawan Modal

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Amanah Saham Panduan Pelabur

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017


PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

Akaun Pelaburan Waheed

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

EPPE 2213 EKONOMI MONETARI DASAR MONETARI Di SRI LANKA

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN

FEDERALISME FISKAL. Perlunya Federalisme Fiskal

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI SPM2004/A/S1

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 8: Pasaran Wang dan Analisis Keluk LM

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

EPPE 2213 EKONOMI MONETARI DASAR MONETARI (NETHERLAND)

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

Masalah Menggunakan Data Pendapatan Negara Perkapita Sebagai Ukuran Taraf Hidup Antara Masa Dan Antara Negara

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

JKE Kewangan Antarabangsa

A B C D A B C D A B C D. 3757/ Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu SULIT

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

BAB 6 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN. SPM2004/A/S4(a) 5 markah

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

Aliran Fizikal Aliran dalam bentuk wang tunai seperti pendapatan faktor pengeluaran (SUFK) perbelanjaan penggunaan(c), tabungan (S)

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

ECN3005 Prinsip Makroekonomi 3(3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi topik yang berkaitan dengan isu asas ekonomi agregat.

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

Akaun Pelaburan Waheed

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

TINJAUAN DAN PROSPEK Ekonomi Malaysia

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Kesetiaan kepada Syarikat

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Melindungi anda pada waktu yang sukar

Inovasi dan Perubahan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Kesannya Kepada Pengguna

CHAPTER 4 PENGARUH EKONOMI KE ATAS KELUARGA DAN PENGGUNA

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM /1 PERCUBAAN EKONOMI KERTAS 1 MIKROEKONOMI ANEKA PILIHAN DAN ESEI

Jadual Permintaan Pasaran - menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti sesuatu barang yang diminta oleh semua pengguna dalam pasaran tertentu

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil.

Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Disemak pada 23 Mei 2016

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Fungsi harga di dalam ekonomi pasaran bebas adalah penting untuk pengagihan sumber secara efisien. Harga merupakan faktor utama di dalam hukum permintaan dan penawaran. Hukum permintaan mengatakan bahawa kuantiti permintaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan akan meningkat sekiranya harga menurun, dengan syarat lain-lain faktor yang mempengaruhi permintaan tidak berubah. Yakni hukum permintaan menunjukkan perhubungan negatif di antara harga dan kuantiti permintaan. Sebaliknya, hukum penawaran menunjukkan perhubungan positif di antara harga dan kuantiti penawaran terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan, dengan syarat lainlain faktor yang mempengaruhi penawaran tidak berubah. Kuantiti penawaran terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan akan meningkat sekiranya harga barangan atau perkhidmatan tersebut meningkat. Hukum permintaan dan penawaran ini nampak mudah tetapi merupakan suatu konsep yang penting di dalam ekonomi dari segi pengagihan sumber yang efisien. Hukum permintaan dan penawaran relevan untuk kebanyakan barangan atau perkhidmatan dilihat secara individu. Hukum permintaan dan penawaran juga sah jika barangan dan perkhidmatan dilihat secara kumpulan atau agregat. Ini adalah merupakan asas kepada ekonomi makro. Sesebuah ekonomi itu berfungsi hasil dari interaksi di antara dua sektor, iaitu isi rumah dan firma. Isi rumah menawarkan faktor pengeluaran dan firma menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk membuat pengeluaran barangan atau permintaan. Barangan atau perkhidmatan ini pula di minta oleh isi rumah untuk penggunaan. 1 Pandangan yang dikemukakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya mewakili pandangan MIER.

Di dalam proses interaksi di antara isi rumah dan firma ini, harga merupakan isyarat terpenting yang digunakan oleh kedua-dua sektor ini untuk membuat keputusan. Keputusan yang dibuat oleh kedua-dua sektor tersebut, yakni isi rumah dan firma, akan memastikan segala sumber di dalam ekonomi diagihkan secara efisien atas alasan bahawa setiap isi rumah dan firma lazimnya membuat suatu keputusan yang rasional. Inilah asas ekonomi pasaran bebas yang bermula dari setiap individu di dalam ekonomi membuat keputusan yang rasional untuk kepuasan diri sendiri, dan secara kolektifnya seluruh ekonomi akan mendapat manfaat kesan dari pengagihan sumber yang efisien. Maka sudah pasti kita ingin melihat isyarat harga memainkan peranan pengagihan sumber yang efisien di dalam ekonomi Malaysia. Berdasarkan senario di atas, jelas bahawa kenaikan dan penurunan harga memainkan peranan. Walau bagaimanapun, ramai yang bertanggapan bahawa kenaikan harga sesuatu yang buruk dan penurunan harga pula sesuatu yang baik. Atau sekurangkurangnya mungkin ramai yang mengaitkan dengan kenaikan harga komoditi merupakan sesuatu yang baik kerana ianya sebagai sumber eksport. Ini persis apa yang berlaku sekarang dengan kejatuhan harga minyak. Oleh itu, suatu pengajaran yang perlu kita fahami bahawa kenaikan harga atau apa yang selalu disebut sebagai inflasi ada buruk-baiknya. Begitu juga dengan penurunan harga, ada buruk-baiknya. Penurunan harga pula disebut sebagai deflasi, yang tidak sepopular rakan sejawatnya, inflasi. Atau mungkin ramai yang tidak menyedari tentang deflasi atau sekurang-kurangnya tidak memikirkan bahawa deflasi sesuatu yang buruk. Namun demikian, ramai yang menyedari bahawa kenaikan harga disukai oleh pengeluar, tetapi tidak disukai oleh pengguna. Marilah kita cuba selami fungsi harga sebagai isyarat pasaran dan seterusnya memahami buruk-baiknya kenaikan dan juga penurunan harga. Terdapat dua perkara penting yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan fungsi harga sebagai isyarat pasaran. Pertama, untuk mendapatkan satu isyarat yang boleh dipercayai, harga pasaran mestilah bebas bergerak. Dengan kata lain, harga cuma

ditentukan oleh pasaran tanpa campur tangan mana-mana pihak. Jika sekira terdapat campur tangan, maka kesahihan isyarat mungkin tergugat. Kedua, kestabilan harga adalah jauh lebih penting daripada semata-mata memfokuskan kepada sama ada turun atau naiknya harga sesuatu barangan atau perkhidmatan. Dari sudut makroekonomi, kedua-dua inflasi dan deflasi perlu diawasi. Namun, kestabilan paras harga perlu diberi keutamaan. Kebanyakan negara-negara maju biasanya meletakkan kestabilan harga sebagai sasaran utama dasar permintaan agregat, sama ada dasar fiskal atau dasar kewangan, melebihi sasaran pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi selalunya dikatakan berkait rapat dengan inflasi. Jadi kesan kadar inflasi yang tinggi boleh meneutralkan pertumbuhan ekonomi. Jika ini berlaku, maka pertumbuhan ekonomi akan menjadi suatu ilusi. Umpamanya, ramai memperkatakan bahawa Rizab Persekutuan (FED) akan menaikkan kadar faedah Amerika Syarikat (AS). Ini adalah kerana ekonomi AS telah lama berkembang dan FED mula risau tentang kemungkinan kenaikan kadar inflasi. Namun demikian, Pengerusi Rizab Persekutuan AS (FED), Janet Yellen baru-baru ini membayangkan kemungkinan FED tidak menaikkan kadar faedah AS pada Mac ini. Ini merupakan satu berita baik sementara untuk Malaysia kerana permintaan untuk eksport dari Malaysia dijangka terus meningkat. Sementara itu, ekonomi zon euro pada tahun lepas bukan sahaja tidak berkembang dengan signifikan namun mereka juga menghadapi kadar inflasi yang rendah, yakni hampir sifar. Faktor ini menjadi suatu kebimbangan umum di zon euro yang turut memberi tekanan ke bawah kepada pertumbuhan ekonomi dunia. Ini merupakan satu bukti bahawa kebimbangan tentang deflasi juga penting seperti mana kebimbangan inflasi. Berbalik kepada situasi di dalam negara berhubung dengan kestabilan harga, sama ada dilihat dari sudut makro atau dari perspektif mikro atau industri. Dari sudut makroekonomi, paras harga dilihat secara umum di mana paras harga ini mewakili satu harga di dalam ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi berpanjangan akan mendedahkan ekonomi kepada risiko inflasi yang tinggi dan berterusan. Keadaan ini akan mendedahkan ekonomi kepada pertumbuhan yang tidak benar. Jika kadar

pertumbuhan ekonomi bersamaan dengan kadar inflasi, maka pertumbuhan ekonomi benar adalah sifar. Kadar inflasi yang dilaporkan sering menggunakan indeks harga pengguna (IHP) sebagai ukurannya. IHP merupakan indeks kepada harga-harga barangan dan perkhidmatan terpilih yang digunakan oleh sebuah isi rumah tipikal. Purata isi rumah akan menggunakan bakul barangan dan perkhidmatan tersebut di dalam kehidupan seharian mereka. Perubahan IHP ini diibaratkan sebagai naik-turun paras harga di dalam ekonomi dari perspektif pengguna. Harga setiap barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi mengalami turun naik bergantung kepada permintaan dan penawaran mereka. Jika kebanyakan barangan dan perkhidmatan mengalami kenaikan harga, maka IHP keseluruhan akan naik, iaitu paras harga umum meningkat. Namun, isyarat harga setiap barangan dan perkhidmatan adalah penting untuk membantu pengguna dan pengeluar membuat keputusan. Pengguna perlu membuat keputusan pembelian mereka, manakala pengeluar akan membuat keputusan pengeluaran mereka. Keputusan yang baik sama ada oleh pengguna atau pengeluar adalah penting untuk sesebuah ekonomi membuat pengagihan sumber secara efisien. Ini adalah bergantung kepada sejauh manakah harga-harga barangan dan perkhidmatan yang berkaitan memberi isyarat yang boleh dipercayai. Bagi sebuah ekonomi yang mempunyai sistem kawalan memusat, perubahan harga barangan dan perkhidmatan tidak memberi makna yang penting berbanding dengan sebuah ekonomi yang lebih bersifat desentralisasi. Bagi sebuah ekonomi pasaran bebas, kita ingin melihat harga barangan dan perkhidmatan memainkan peranan mereka untuk membantu pengeluar dan pengguna membuat keputusan yang rasional. Akhirnya, segala sumber di dalam ekonomi akan diagihkan secara lebih efisien. Kesan akhirnya adalah ekonomi tersebut akan mengalami pertumbuhan benar yang baik dan ini seterusnya akan diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat jelata.

Selari dengan pencapaian status negara maju yang kita tujui, kebergantungan kepada sistem penentuan harga memusat perlu dihakis. Perlu diingat bahawa ekonomi akan menentukan harga secara lebih efisien dengan syarat segala sistem pengeluaran dan pengagihan adalah efisien. Oleh itu perbelanjaan awam perlu disalurkan ke arah memperbaiki sistem pengeluaran dan pengagihan supaya isyarat harga berfungsi dengan efisien. Pada masa yang sama, perbelanjaan awam yang bertujuan untuk mengawal harga secara terus melalui penguatkuasaan perlu dikurangkan kerana ianya mengganggu kecekapan sesebuah ekonomi dan memberi implikasi jangka panjang yang negatif.