Ujian Anthropometrik Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian 4 : Ketinggian Berdiri (Standing Height) : Ketinggian duduk (Sitting Height) : Panjang Depa (Armspan) : Berat Badan
UJIAN 1 KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)
UJIAN 1 : KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT) 1. Definisi : Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi berdiri tanpa alas kaki. (tidak memakai kasut dan stoking) 2. Rasional : Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan. Contoh :- Atlet bola keranjang, bola jaring, pendayung dan perenang mempunyai kelebihan dari segi ketinggian manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah. 3. Objektif : Mendapatkan ukuran ketinggian murid dalam posisi berdiri. 4. Peralatan : Pita Pengukur (2 m) Pita penanda Papan klip A4 @ Sesiku L panjang Nota: Pegawai : Memerlukan 3 orang pegawai penguji di setiap stesen. - Prosedur (Pegawai menilai pelakuan peserta) - Penguji (Membaca ukuran) - Pencatat
5. Prosedur STANDING HEIGHT : 5.1 Pita pengukur dilekatkan secara menegak pada permukaan dinding yang rata setinggi dua meter. 5.2 Murid berdiri tanpa memakai alas kaki membelakangi dinding dengan kepala, bahu, punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat di dinding. Pita pengukur berada di tengah-tengah bahagian belakang badan. 5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak tangan mesti rapat di sisi peha. 5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik dan menahan nafas sambil memandang ke hadapan. 5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian atas kepala. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 untuk bahagian tinggi diletakkan rapat pada dinding bersudut 90 darjah secara menegak pada bahagian atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa ukuran diambil). 5.6 Bacaan perlu diambil pada paras papan klip A4 di atas kepala murid. 6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1 cm.
MENGUKUR TINGGI BERDIRI
UJIAN 2 KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)
UJIAN 2 : KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT) 1. Definisi : Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi duduk melunjur. 2. Rasional : Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan dan bahagian bawah badan memberi kesan terhadap tahap pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu. Contoh :- Atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang Panjang manakala atlet berbadan rendah mendapat kelebihan dalam acara angkat berat. 3. Objektif : Mendapatkan nisbah (panjang kaki) diukur dari bahagian atas dan bawah badan semasa posisi duduk melunjur. 4. Peralatan : Pita Pengukur (2 m) Pita Penanda Papan Klip A4 @ Sesiku L panjang Nota: Pegawai : Memerlukan 3 orang pegawai penguji di setiap stesen. - Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) - Penguji (Membaca ukuran) - Pencatat
5. Prosedur SITTING HEIGHT : 5.1 Pita pengukur dilekatkan secara menegak pada permukaan dinding yang rata setinggi dua meter. 5.2 Murid duduk membelakangi dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat ke dinding dan pita ukur berada di tengah-tengah bahagian belakang badan. 5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat dan melunjur dengan lurus. 5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik dan menahan nafas sambil memandang ke hadapan. 5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 untuk bahagian tinggi diletakkan rapat pada dinding bersudut 90 darjah secara menegak pada bahagian ukuran dibuat). atas kepala (Pastikan punggung murid tidak terangkat semasa 5.6 Bacaan dicatat pada paras papan klip A4 di atas kepala murid. 6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1 cm
MENGUKUR TINGGI DUDUK
UJIAN 3 PANJANG DEPA (ARMSPAN)
UJIAN 3 : PANJANG DEPA (ARMSPAN) 1. Definisi : Jarak mendepa dari hujung jari tangan kanan ke hujung jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras bahu. 2. Rasional : 2.1 Untuk mendapatkan ukuran panjang depa. 2.2 Ukuran panjang depa armspan boleh memberi kesan terhadap pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu. Contoh : Atlet renang dan peninju yang ukuran depa tangannya panjang mempunyai kelebihan. Atlet angkat berat memerlukan depa yang pendek. 3. Objektif : Mendapatkan ukuran panjang, lengan semasa mendepa. 4. Peralatan : Pita pengukur (3 m) Pita penanda Papan Klip A4 Nota: Pegawai : Memerlukan 3 orang pegawai penguji di setiap stesen. - Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) - Penguji (Membaca ukuran) - Pencatat 5. Prosedur ARMSPAN :
5.1 Pita pengukur dilekatkan secara melintang pada permukaan dinding yang rata sepanjang tiga (3) meter. Bacaan sifar (0) pada pita ukur hendaklah dilekatkan berada pada penjuru dinding. 5.2 Murid berdiri membelakangi dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat pada dinding. Kedua-dua belah kaki berada dalam posisi rapat. 5.3 Murid mendepakan kedua belah tangan pada paras bahu dan selari dengan pita pengukur yang dilekatkan secara melintang pada permukaan dinding. Posisi tapak tangan mesti menghadap ke hadapan. 5.4 Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki menarik nafas dan tahan nafas serta memandang ke hadapan. 5.5 Ukuran diambil dari bahagian hujung jari tangan kiri hingga ke bahagian paling hujung jari tangan kanan, (jika ada kecacatan anggota tangan, ukur pada bahagian paling hujung anggota tangan). Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 diletakkan rapat pada dinding bersudut 90 darjah secara menegak di bahagian hujung jari yang bertentangan dengan jari di hujung penjuru dinding. 5.6 Bacaan dicatat pada paras mata penguji. 6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir 0.1 cm.
MENGUKUR PANJANG DEPA
UJIAN 4 BERAT BADAN
UJIAN 4 : BERAT BADAN 1. Definisi : Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan lengkap berpakaian sukan tanpa alas kaki. 2. Rasional : Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapaian sukan dan permainan tertentu. Contoh : Atlet acara larian dan berbasikal jarak jauh memerlukan badan yang ringan. 3. Objektif : Mendapatkan bacaan berat badan. 4. Peralatan : Alat penimbang berat yang standard. Nota: Pegawai : Memerlukan 3 orang pegawai penguji di setiap stesen. - Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) - Penguji (Membaca ukuran) - Pencatat
5. Prosedur BERAT BADAN : 5.1 Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata. 5.2 Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0). 5.3 Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak di tengahtengah alat penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke hadapan. ( Pastikan murid memakai pakaian yang ringan). 6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.5 kg. ** (Pastikan tiada benda dalam poket peserta semasa menimbang) MENIMBANG BERAT BADAN