KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB KEEMPAT ANALISIS DATA. Di dalam usaha untuk memperincikan kemahiran tilawah al-qur an al-karim,

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Baghdadi, iaitu yang diterbitkan oleh Syihab Resources. Keberkesanan kaedah ini dinilai

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

SK (2) TAMAN KERAMAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI. Bab tiga disertasi ini akan memberi tumpuan kepada metodologi atau kaedah bacaan yang

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian

SENARIO SEMASA DAN STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN Oleh: Zulkifli Haji Mohd Yusoff 1 & Nur Atiyah binti Suratem 2


BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

Transkripsi:

KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan Membaca al-quran dengan betul dan fasih merupakan satu amalan yang dituntut dalam Islam 284. Membacanya sahaja sudah dikira satu ibadat dan diberikan ganjaran pahala yang banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T menjadikan kitab suci ini begitu sinonim dibaca oleh sebilangan besar umat Islam khususnya di Malaysia. 285 Oleh demikian, bagi memperoleh kesempurnaan bacaan al-quran serta pahala berlipat ganda dari Allah SWT, seseorang individu perlulah berkemampuan menguasai mana-mana teknik asas belajar al-quran yang dipelajari sedari kecil lagi. Dengan kemuculan pelbagai teknik belajar asas bacaan al-quran khususnya di Malaysia, ianya akan dapat menambahkan lagi kepelbagaian khazanah dalam ilmu pendidikan al-quran sekaligus memberi pilihan kepada kalangan masyarakat Islam Malaysia untuk memilih teknik manakah yang dirasakan sesuai menurut citarasa masing-masing asalkan mereka mampu membaca Kalamullah dengan baik. Namun, setiap teknik yang dihasilkan sudah pastinya akan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kajian ini secara khususnya menjelaskan dengan terperinci mengenai teknik bacaan al-quran yang digunapakai serta berkembang dalam sistem pendidikan al-quran di Malaysia iaitu teknik Iqra dan Al-Baghdadi. Teknik Iqra merupakan teknik yang digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di sekolah-sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia manakala teknik Al-Baghdadi pula adalah teknik belajar al-quran kontemporari yang diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin bin 284 Aderi, Pelaksanaan Kelas Kemahiran al-quran, 47. 285 Dr. Abdul Rahman bin Abd Ghani, Isu dan Masalah Semasa Dalam Pembacaan al-quran Masa Kini: Suatu Tinjauan. (Jurnal Darul Quran Jakim. Bil. 14, 2010), 1. 159

Hassanuddin bermula tahun 2009 sehingga kini. Seramai 60 orang responden dalam kalangan pelajar SK Segambut, KL dan ATCKL dipilih sebagai sampel bagi melihat perbezaan kemampuan mereka membaca al-quran dengan baik. 5.2 Penemuan Baru Hasil Dapatan Kajian Setelah melakukan kesemua analisis yang diperlukan samada dalam bentuk pemerhatian, temuramah, soal-selidik dan ujian lisan (shafawi) al-quran, penulis dapat rumus dan simpulkan beberapa penemuan baru yang diperolehi hasil dari dapatan kajian seperti berikut: 5.2.1 Kebolehan menyebut huruf-huruf Hijāiyyah dan tanda baris Hasil kajian ini mendapati bahawa responden yang mempelajari teknik Al-Baghdadi lebih berkemampuan menyebut dengan baik huruf-huruf Hijāiyyah beserta tanda baris yang pelbagai dengan nilai Min=21.9 dan SD=2.1 berbanding responden teknik Iqra yang memperoleh Min 20.5 dan SD=2.5. Sungguhpun begitu, hasil dari ujian bacaan mengenalpasti kebolehan responden menyebut huruf-huruf Hijāiyyah dan tanda baris menunjukkan kebanyakan responden agak lemah dalam menyebut dengan tepat dan betul nama-nama huruf tunggal Hijāiyyah. Justeru, penekanan terhadap sebutan sebenar huruf-huruf tunggal Hijāiyyah perlu diberikan memandangkan sebahagian besar responden terkesan dari pembelajaran yang memperkenalkan mereka terus kepada sebutan huruf-huruf Hijāiyyah berbaris di atas (fatḥah). Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan dengan jelasnya menunjukkan bahawa responden teknik Al-Baghdadi lebih baik pencapaiannya dari segi menyebut huruf-huruf Hijāiyyah dan tanda baris berbanding responden teknik Iqra. Justeru, teknik Al-Baghdadi lebih sesuai digunakan dalam sistem 160

pendidikan al-quran terhadap golongan kanak-kanak terutama terhadap kelompok yang besar. 5.2.2 Kebolehan membaca perkataan atau kalimah Responden yang mempelajari teknik Al-Baghdadi menunjukkan tahap kemampuan mereka membaca perkataan atau kalimah adalah lebih baik berbanding responden teknik Iqra. Ini dapat dibuktikan dengan hasil analisis yang menunjukkan nilai Min responden Al-Baghdadi adalah 19.79 dan SD=2.7. Bagi responden teknik Iqra, dapatan kajian menunjukkan tahap keupayaan mereka membaca perkataan atau kalimah adalah sedikit lemah dengan nilai Min=17.46 dan SD=2.8. Justeru, teknik Al-Baghdadi lebih praktikal untuk diaplikasi kepada generasi kanak-kanak hari ini berbanding teknik Iqra dalam usaha untuk memahirkan golongan kanak-kanak membaca al-quran dengan baik. 5.2.3 Kebolehan membaca ayat al-quran Dari sudut pengujian terhadap kemampuan membaca ayat al-quran, keputusan analisis juga berpihak kepada responden teknik Al-Baghdadi dengan nilai Min=18.7 dan SD=3.0. Nilai Min responden teknik Iqra pula adalah 16.46 dengan SD=4.1. Dapatan ini menunjukkan responden yang mempelajari teknik Al-Baghdadi lebih baik tahap penguasaan mereka dalam membaca ayat-ayat al-quran. 5.2.4 Penguasaan hukum tajwid Bagi pengukuran tahap seterusnya iaitu terhadap keupayaan membaca ayat al-quran dengan hukum tajwid, responden teknik Al-Baghdadi juga dilihat berkemampuan menguasainya dengan nilai Min yang diperolehi adalah 16.86 dan SD=3.2 manakala responden teknik Iqra memperoleh nilai Min=14.16 dan SD=4.4. Dapatan ini menjelaskan bahawa dengan mempelajari teknik Al-Baghdadi, kanak-kanak secara tidak langsung 161

diajarkan dengan hukum-hukum tajwid asas terutamanya hukum mad, Nun mati dan tanwīn, hukum Mim mati, qalqalah dan sebagainya. 5.2.5 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berkesan Kaedah pengajaran dan pembelajaran teknik Al-Baghdadi di peringkat asas yang menggunakan alat ketuk sebagai alat bantu mengajar hakikatnya menggalakkan pelajar untuk terus mendisiplinkan bacaan al-quran mereka dengan memberi hak kepada hurufhuruf al-quran dengan satu huruf bersamaan satu ketukan yang akhirnya menghasilkan tempo bacaan yang teratur dan seragam. Justeru, pada hemat penulis, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan melalui teknik Al-Baghdadi ini sememangnya sangat sistematik dan berkesan. 5.2.6 Kaedah pengajaran yang seronok dan menceriakan Jelas terbukti bahawa teknik belajar membaca al-quran melalui teknik Al-Baghdadi sememangnya seronok dan menceriakan. Dengan dapatan yang diperolehi menunjukkan 36.6% responden Al-Baghdadi mengatakan mereka sangat seronok mempelajari teknik Al- Baghdadi, 13.4% mengatakan seronok dan tiada dalam kalangan 30 orang responden mengatakan tidak seronok. Hal ini terbukti dengan dapatan kajian yang mendapati responden teknik Al-Baghdadi berkeupayaan menguasai keempat-empat tahap pengukuran yang dijalankan. Di samping itu, bahan bantu mengajar yang digarap dengan begitu baik sekali menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran bertambah ceria. Teknik Al-Baghdadi juga mampu merubah persepsi orang ramai yang suatu ketika dahulu mengatakan bahawa belajar al-quran adalah sesuatu yang susah dan merumitkan. Ada pula yang takut-takut untuk menghadiri kelas-kelas al-quran kerana bimbang dirotan oleh Tuan Guru akibat 162

kesalahan dalam bacaan. Kini, persepsi sebegini tidak lagi berlaku sekiranya belajar membaca al-quran dengan teknik Al-Baghdadi. 5.2.7 Pengulangan dan latihtubi Pengulangan dan latihtubi yang banyak mampu memantapkan lagi keupayaan seseorang individu menguasai sesuatu pelajaran. Begitu juga dengan teknik Al-Baghdadi yang menekankan pengulangan beratus-ratus kali dalam satu-satu sukatan pelajaran. Tujuan pengulangan beratus-ratus kali ini juga adalah untuk membiasakan pelajar terus mengenali huruf dan sebutan tanpa mengeja lagi. Sekalipun pengulangan yang banyak dilakukan, ianya tidaklah disedari oleh kalangan pelajarnya yang secara tidak langsung menjadikan situasi sebegini menggunakan pendekatan Minda Bawah Sedar (Subconcious Mind). 5.3 Cadangan dan Saranan Berdasarkan kepada dapatan kajian, penulis ingin menyarankan beberapa cadangan dan pandangan yang dirasakan perlu demi kebaikan masa depan pendidikan al-quran di Malaysia terutama dalam kalangan kanak-kanak seperti berikut: 5.3.1 Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya mengkaji minat murid-murid terhadap mata pelajaran al-quran kerana tahap keupayaan mereka untuk menguasainya adalah ditentukan juga oleh minat mereka. Justeru, sebagai satu saranan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, teknik Al-Baghdadi amatlah sesuai diaplikasi kepada murid-murid bermula di peringkat rendah pengajian. Ini bagi memberi keseronokan belajar kepada kanak-kanak kerana penggunaan alat ketuk nya mampu menjana minat dan ketajaman minda mereka. Berkemungkinan agak sukar untuk merubah teknik bacaan al-quran sedia ada memandangkan ianya sudah lama diaplikasi dan digunapakai di dalam silibus pengajian al- 163

Quran KBSR dan KSSR. Walaubagaimanapun, sebagai permulaan, adalah lebih baik sekiranya teknik ini diaplikasi terhadap kumpulan pelajar yang masih lemah tahap penguasaan membaca al-quran mereka menerusi bengkel-bengkel pemantapan bacaan al- Quran yang diadakan khususnya di musim cuti sekolah. 5.2.2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Pihak Jakim haruslah berganding bahu membantu membanteras gejala buta al-quran dalam kalangan pelajar dan masyarakat Muslim dengan mempelbagaikan lagi program-program kemasyarakatan yang berlatarbelakangkan al-quran seperti menawarkan kelas-kelas pengajian tahsin al-quran menerusi teknik Al-Baghdadi sebagai salah satu dari teknik belajar membaca al-quran kontemporari yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ini adalah bagi mengambil secebis manfaat hasil dari kajian yang penulis jalankan. Penulis berpendapat, sekiranya masyarakat Muslim mempunyai perasaan seronok apabila belajar membaca al-quran di peringkat kecil lagi, sudah pasti mereka sukar untuk meninggalkan pembacaan al-quran mereka apabila dewasa kelak. Secara tidak langsung gejala buta al- Quran akan dapat dikurangkan. 5.3.3 Ibubapa Ibubapa memainkan peranan yang besar untuk membimbing anak-anak mereka supaya pandai membaca al-quran. Mereka tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab mengajar al-quran di bahu guru-guru sekolah sahaja. Pemantauan ibubapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca al-quran di rumah juga perlu agar ilmu bacaan al-quran yang diterima oleh anak-anak mereka dapat dimahirkan lagi. Sekalipun ibubapa tidak mempunyai ruang masa untuk berbuat demikian, pilihan alternatif di pusat-pusat pengajian al-quran yang tumbuh bagai cendawan di luar sana tersedia untuk menerima anak-anak 164

mereka mempelajari bacaan al-quran dengan baik. Dengan kerjasama yang diberikan dari pihak ibubapa diharap akan dapat membantu mengurangkan peratusan pelajar-pelajar yang lemah dan buta al-quran. 5.3.4 Guru-guru al-quran Peranan guru-guru khususnya guru-guru al-quran dalam usaha mendidik anak-anak supaya pandai membaca al-quran sememangnya suatu usaha yang amat murni. Justeru, sebagai satu saranan ke arah penambahbaikan, guru-guru al-quran seharusnya lebih kreatif menarik lagi minat kanak-kanak untuk terus pandai membaca al-quran dengan menggunakan medium terkini yang mampu menjadikan kelas pengajian al-quran lebih ceria dan menyeronokkan. Ini kerana kemampuan kanak-kanak menguasai al-quran juga turut bergantung kepada cara dan bagaimana guru-guru mengajar. 5.3.5 Individu Muslim Sebagai seorang individu Muslim, adalah lebih baik diperbaiki lagi tahap bacaan al-quran mereka dari masa ke semasa. Tidaklah cukup dengan pengajian al-quran yang diterima di sekolah sahaja, malahan amalan membaca al-quran secara berterusan akan dapat membantu lidah untuk fasih membaca Kalam-Nya di samping mampu menjadikan diri individu itu berperibadi dan berperwatakan mulia. 5.3.6 Masyarakat Muslim Kelas-kelas dan pusat-pusat pengajian al-quran semakin banyak dibuka hingga ke hari ini dengan menawarkan pengajian al-quran yang terdiri dari teknik belajar membaca al-quran yang pelbagai. Justeru, inilah masanya untuk mereka memantapkan lagi keupayaan membaca al-quran sekalipun ada dalam kalangan orang dewasa yang baru hendak bermula mengenali huruf-huruf Hijāiyyah. 165

5.3.7 Media massa Media massa juga memainkan peranan yang besar kepada masyarakat dalam menyampaikan kepelbagaian maklumat. Justeru, penambahan program-program ilmiah terhadap ilmu bacaan al-quran perlulah dikaji dan dipelbagaikan cara serta bentuk persembahannya agar keperluan rohani masyarakat Muslim lebih terisi menerusi pengisian yang disampaikan. Dengan pendedahan ilmu al-quran dari mereka yang pakar di bidang ini menerusi kaca televisyen contohnya secara tidak langsung akan dapat merapatkan lagi penonton dengan al-quran sekaligus menjadikan mereka lebih berusaha untuk mentadabburkannya. 5.4 Penutup Sebelum mengakhiri penulisan ini, suka untuk penulis mengingatkan kepada diri sendiri serta umat Islam di luar sana agar sentiasa berusaha memperbaiki mutu bacaan al-quran dari semasa ke semasa. Buanglah jauh-jauh perasaan malu untuk belajar al-quran sekalipun baru mahu bermula di lewat usia. Sentiasalah juga membaca serta mentadabbur Kalam-Nya agar ianya dapat memberi syafaat kepada diri kita di akhirat kelak bertepatan dengan sabda Baginda s.a.w: Bacalah al-quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pertolongan) kepada tuan (yang membacanya). 286 Semoga dengan sumbangan yang kecil melalui penulisan ini akan dapat membantu memartabatkan lagi keagungan dan kegemilangan al-quran sepertimana yang telah berlaku dalam lipatan sejarah dunia Islam di zaman silam. Āmīn Yā Rabb al- Ālamīn. 286 Hadith riwayat al-nawawi, Bab Faḍl Qirati al-qurān wa Sūrah al-baqarah. Lihat Al-Nawawi, Ṣaḥīh Muslim, 6:90. 166