PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP 2.0) DAN BANTUAN YURAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO

dokumen-dokumen yang mirip
Murid yang layak memohon bantuan yuran adalah terdiri daripada:

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA 2012

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PANDUAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN (LEPASAN SEKOLAH)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

BORANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA (TPSEPK)

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

جباتن فربندهارأن TAKLIMAT WANG PENDAHULUAN RAMPAIAN (E59116) Jabatan Perbendaharaan JABATAN PERBENDAHARAAN KEMENTERIAN KEWANGAN.

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

1. Lampirkan sesalinan dokumen yang bertanda ( * ) bersama-sama borang permohonan ini. Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan.

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

GARIS PANDUAN PEMBERIAN GERAN KOMPUTER KEPADA STAF AKADEMIK

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

KERTAS KERJA AI 4 BINTANG (MARKAH PENUH 100%) OLEH UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)


Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

ULASAN: SENARAI SEMAK DOKUMEN PEMINJAM

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

KEWANGAN PROSEDUR UNIT PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN. Borang BPA 1/79, 1/79A, 2/79 & Borang Aturan-Aturan Kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPKP)

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

JUMLAH DIPOHON : RM TEMPOH BAYAR BALIK : BULAN

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

3. Apakah syarat-syarat untuk memohon Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas? Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

KEWANGAN. angkasa MUKA : 1 DARI 5 BIL. SEMAKAN : 7 TARIKH : UNIT : AKAUN DAN KEWANGAN TAJUK : PENYEDIAAN BAYARAN BILANGAN : PRO/KEW/PPK-01

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP08

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA

: PENGURUSAN ELAUN PELAJAR

CARTA ALIR PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) UNTUK PATI KATEGORI A (i)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

Lelaki Perempuan (b) Nombor Kad Pengenalan: ( Baru ) (c) Tarikh Lahir: (HH/BB/TTTT) Umur : tahun Agama: (d) Tempat Lahir: Kewarganegaraan: Bangsa:

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

CENTRE OF TECHNICAL EXCELLENCE SARAWAK BORANG PERMOHONAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

KTeractive. PROGRAM BANTUAN KESIHATAN sihat SELANGOR

PERMOHONAN BIASISWA WAKAF ILMU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) JENIS BIASISWA YANG DITAWARKAN


(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN

96, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR Tel : / 4399 / 4736 Fax : SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PEMBIAYAAN

LAMPIRAN C PENERANGAN TUGASAN PEGAWAI PARLIMEN NO TUGASAN UKURAN KERJA HASIL KERJA

Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

SOALAN LAZIM INSENTIFMREPC

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

SKIM PEMBIAYAAN AL-BAI U BITHAMAN AJIL KOPERASI MUSLIMIN

1. Surat Tawaran Pengajian 7. Slip Gaji Ibu/Bapa/Penjaga (Jika ada) 2. Sijil SPM/STPM/Matrik

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

Garis Panduan Pelaksanaan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH. Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

B. OBJEKTIF UMUM. Memahami maksud konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Yuran Majlis Peguam

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PENGENDALIAN PEMBAYARAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI

Transkripsi:

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP 2.0) PEMBERIAN GERAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO DAN BANTUAN YURAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO PENGENALAN Pemberian Geran Prasekolah Pendidikan Khas Swasta/NGO dan Bantuan Yuran Prasekolah Pendidikan Khas Swasta/NGO adalah antara inisiatif yang dirangka di bawah Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0). Kedua-dua inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Inisiatif ini bertujuan untuk mempertingkatkan bilangan pengambilan murid berkeperluan khas di prasekolah swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Selain itu, inisiatif ini juga adalah untuk menggalakkan penyertaan murid dalam Pendidikan Inklusif. Garis panduan ini dirangka khusus sebagai panduan dan rujukan semua pihak yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan kedua-dua inisiatif ini berjalan lancar. PEMBERIAN GERAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO Geran Prasekolah Pendidikan Khas Swasta/NGO adalah sebanyak RM 20,000 yang diberi secara one-off kepada sesebuah institusi prasekolah swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), bergantung kepada kriteria-kriteria berikut: A. KRITERIA Institusi 1. Prasekolah swasta/ngo yang menyediakan pendidikan atau menjalankan intervensi awal kepada murid berkeperluan khas. 2. Berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pelajaran Negeri. 3. Perakuan Pendaftaran dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. 4. Maklumat institusi telah dilengkapkan dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). 5. Mempunyai tenaga pengajar dengan kelulusan sekurang-kurangnya SPM dan 1 tahun pengalaman mengendali murid berkeperluan khas. 1

6. Enrolmen murid berkeperluan khas tidak kurang daripada 3 orang. 7. Memenuhi syarat verifikasi KPM. Pengusaha Institusi 1. Pemohon merupakan pengusaha prasekolah. 2. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. 3. Bebas daripada sebarang tindakan mahkamah dan tindakan tatatertib. Premis 1. Lokasi premis hendaklah memenuhi syarat dan piawaian dalam penubuhan prasekolah oleh Ketua Pendaftar. 2. Menyediakan kemudahan OKU yang sewajarnya. Akaun Bank Hendaklah menggunakan akaun semasa/simpanan atas nama institusi. B. CARA MEMOHON 1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Geran Prasekolah Pendidikan Khas Swasta/NGO (Borang G1PKhas) yang boleh didapati melalui Unit Pendidikan Swasta di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). 2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Swasta di PPD dengan menyertakan: a) Salinan kad pengenalan pemohon. b) Salinan Perakuan Pendaftaran KPM. c) Salinan penyata bank terkini atau slip bank akaun semasa / simpanan atas nama institusi yang disahkan oleh bank. d) Satu salinan resit yuran pendaftaran bagi tiga orang murid berkeperluan khas. e) Salinan kad OKU murid berkeperluan khas atau salinan pengesahan doktor. 3. Semua salinan dokumen ini hendaklah disahkan oleh Majikan / Ketua Kampung / JKKKP / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas. 2

C. LAWATAN VERIFIKASI Lawatan Verifikasi akan dilakukan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke atas prasekolah swasta/ngo yang mengemukakan permohonan yang lengkap bagi memeriksa kelayakan dan mengesahkan butiran atau perkara-perkara yang dikemukakan pemohon adalah benar. D. SOKONGAN JPN Permohonan yang telah diverifikasi dan didapati layak akan dibincangkan dalam Mesyuarat Verifikasi Permohonan Geran Peringkat JPN yang dipengerusikan oleh Pengarah/Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri/Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas untuk mendapatkan status sokongan. E. KELULUSAN Permohonan yang telah mendapat SOKONGAN di peringkat JPN akan dibincangkan dalam Mesyuarat Verifikasi Permohonan Geran Peringkat KPM. Ahli mesyuarat ini adalah Jawatankuasa GTP 2.0 peringkat Bahagian Pendidikan Swasta yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta untuk tujuan mendapatkan KELULUSAN. F. PEMBAYARAN 1. Pembayaran Geran Permulaan kepada permohonan yang berjaya akan dilaksanakan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke dalam akaun semasa / simpanan institusi sebaik sahaja permohonan diluluskan dan proses penyediaan dokumen pembayaran selesai. 2. Pengusaha dikehendaki mengembalikan Surat Akuan Penerimaan (Borang G2PKhas) kepada Bahagian Pendidikan Swasta (BPS) sebagai pengakuan telah menerima wang geran tersebut. G. PERJANJIAN 1. Pengusaha dikehendaki menandatangani Perjanjian Penerimaan Geran Permulaan Pendidikan Khas sebagai persetujuan bahawa kewangan akan digunakan atas perbelanjaan yang dibenarkan sahaja. 3

2. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas atau Ketua Unit Pendidikan Swasta di JPN boleh bertindak sebagai wakil pihak kerajaan dan mana-mana pegawai Unit Pendidikan Swasta JPN boleh bertindak sebagai saksi kerajaan. 3. Dokumen perjanjian ditandatangani dalam dua (2) salinan. Salinan pertama hendaklah disimpan oleh pengusaha manakala salinan kedua hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pendidikan Swasta (BPS). 4. Kos memati setem (stamping) ke atas dokumen perjanjian adalah di bawah tanggungan pengusaha prasekolah. H. PERBELANJAAN 1. Umumnya perbelanjaan adalah dibenarkan ke atas perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid berkeperluan khas, menambah baik pengurusan prasekolah serta mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran. 2. Pengusaha TIDAK BOLEH menggunakan wang geran untuk apa-apa bentuk pelaburan atau simpanan tetap bertujuan mendapatkan keuntungan tunai. 3. Perbelanjaan TIDAK dibenarkan ke atas penggantian kos pembelian atau perkhidmatan yang telah dilakukan sebelum tarikh penerimaan geran misalnya bayaran deposit menyewa premis, deposit perkhidmatan bekalan elektrik dan bekalan air dan sebagainya. 4. Walau bagaimanapun, pengusaha BOLEH menggunakan wang geran ini bagi menyelesaikan baki ansuran bayaran yang masih ditanggung selepas tarikh penerimaan geran bagi barangan atau perkhidmatan yang dibeli secara ansuran selagi memenuhi kriteria perbelanjaan yang dibenarkan seperti di bawah. 5. Pengusaha hendaklah membelanjakan keseluruhan wang geran ini dalam tempoh masa 18 bulan dari tarikh perjanjian penerimaan geran permulaan berkuat kuasa. 4

Perbelanjaan HANYA DIBENARKAN bagi keperluan yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas seperti berikut: 1. Kemudahan Infrastruktur Mesra OKU - Melengkapkan peralatan / kelengkapan institusi mesra OKU seperti lerengan (ramp), tandas OKU, handrail, permukaan laluan bertekstur, tempat letak kereta OKU. 2. Alat Bantu Komunikasi ( Augmentative Alternative Communication - AAC) seperti Hearing Aids, Tablet, FM System, Go Talk, Picture Board dan lain-lain. 3. Peralatan Khas dan Bahan Pembelajaran Intervensi: a) Bahan bercetak seperti carta pembelajaran/kit pembelajaran, buku bacaan bergred dan lain-lain. b) Peralatan permainan bagi merangsang pertumbuhan otot dan koordinasi seperti Tactile Square, Softy Building Blocks Bubble Beater, Hoop-La, Touch Sensitive Balls, Spine Balls dan sebagainya. c) Bahan Teraputik. d) Bahan-bahan pembelajaran interaktif. e) Alat Sokongan - Kerusi roda, mesin Braille, Magnifier CCTV, Magnifying Glass, tongkat dan sebagainya. 4. Kursus dan Latihan a) Membiayai kos latihan jangka pendek guru-guru atau latihan dalaman dianjurkan oleh pengusaha. b) Membiayai bahan dan keperluan kursus atau latihan. I. LAPORAN PERBELANJAAN 1. Pengusaha dikehendaki mengemukakan laporan perbelanjaan yang telah dibuat kepada Unit Pendidikan Swasta, JPN dan sesalinan kepada Bahagian Pendidikan Swasta (BPS) dan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) secara berkala sebelum 30 Jun dan 31 Disember atau setelah kesemua amaun geran dibelanjakan mengikut yang mana lebih dahulu. 5

2. Laporan perbelanjaan hendaklah menggunakan Borang G3PKhas dan Borang G4PKhas yang dibekalkan dan hendaklah disertakan bersama-sama salinan resit pembelian. J. PEMERIKSAAN PERBELANJAAN 1. Pemeriksaan perbelanjaan geran permulaan ini akan dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Swasta (BPS) dan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dengan bantuan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bertujuan memantau prestasi dan kepatuhan perbelanjaan yang dilakukan oleh pengusaha. 2. Laporan Pemeriksaan Perbelanjaan Geran Permulaan akan disediakan dan dikemukakan kepada Pejabat Pengurusan dan Pelaksanaan (DMO) bagi dipanjangkan kepada peringkat atasan Kementerian Pelajaran (KPM) apabila diperlukan. K. TARIKH TUTUP PERMOHONAN Tarikh tutup permohonan geran iaitu tarikh akhir pemohon menghantar permohonan kepada JPN atau PPD adalah pada 30 September tahun semasa. L. PANDUAN KEGUNAAN BORANG 1 BORANG G1PKhas Borang Permohonan Geran Prasekolah Pendidikan Khas Swasta/NGO 2 BORANG G2PKhas Borang akuan penerimaan/kemasukan wang Geran Prasekolah Pendidikan Khas Swasta/NGO 3 BORANG G3PKhas Borang laporan perbelanjaan Geran Prasekolah Pendidikan Khas Swasta/NGO oleh pengusaha 4 BORANG G4PKhas Senarai perbelanjaan Geran Prasekolah Pendidikan Khas Swasta/NGO oleh pengusaha 6

CARTA ALIR PEMBERIAN GERAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO MULA Prasekolah Swasta/NGO Lengkapkan borang Pengusaha terima geran JPN / PPD Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Proses dan Verifikasi Layak Tamat Bahagian Pendidikan Swasta Tamat Lulus? Proses Pembayaran Geran Bahagian Pendidikan Khas Rekod dan Pemantauan 7

BANTUAN YURAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran di prasekolah swasta dan NGO layak menerima bantuan yuran bergantung kepada kriteria yang telah ditetapkan. A. KRITERIA Kelayakan Murid Murid yang layak memohon bantuan yuran adalah terdiri daripada: 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur antara 4+ tahun hingga 5+ tahun 3. Telah disahkan sebagai murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan. 4. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad OKU. 5. Nama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). Kelayakan Bantuan Yuran 1. Kelayakan murid untuk menerima bantuan yuran adalah berdasarkan pendapatan perkapita isi rumah. 2. Pendapatan perkapita isi rumah adalah dikira berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah (gaji pokok ibu dan bapa / penjaga) yang dibahagikan dengan bilangan tanggungan yang berumur di bawah 18 tahun termasuk ibu bapa / penjaga. 3. Nilai maksimum bantuan yuran berdasarkan pendapatan perkapita adalah seperti jadual di bawah : Jadual 1: Kadar kelayakan bantuan yuran berdasarkan pendapatan perkapita Pendapatan Perkapita Tidak melebihi RM 300 Tidak melebihi RM 400 Tidak Melebihi RM 500 Melebihi RM 500 Nilai Maksimum Bantuan Yuran Sebulan RM500.00 RM400.00 RM300.00 Tidak Layak 8

4. Nilai bantuan yuran yang diberikan adalah berdasarkan yuran sebenar yang dibayar oleh murid, tetapi tidak melebihi nilai maksimum seperti Jadual 1. 5. Jika kadar yuran sebenar adalah lebih tinggi daripada nilai maksimum bantuan yuran, maka lebihan perbezaan yuran adalah di bawah tanggungan ibu bapa / penjaga. 6. JPN akan membuat semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengesahkan maklumat pendapatan yang dikemukakan Kelayakan Institusi Prasekolah swasta/ngo yang layak mengemukakan permohonan bantuan yuran murid hendaklah: 1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 2. Perakuan pendaftaran belum tamat tempoh. 3. Prasekolah swasta/ngo yang menyediakan pendidikan dan menjalankan intervensi awal kepada murid berkeperluan khas. 4. Maklumat institusi telah dilengkapkan dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) 5. Mempunyai akaun semasa / simpanan yang aktif atas nama prasekolah swasta/ngo. Tempoh Bantuan Bantuan yuran ini adalah dibayar sebagai one-off bagi tempoh pembelajaran dari Januari hingga Oktober (10 bulan) dalam tahun semasa. B. CARA PERMOHONAN Pengusaha 1. Mendapatkan Borang Permohonan (Borang Y1Khas) di JPN / PPD. 2. Mengedarkan Borang Y1Khas kepada ibu bapa / penjaga. 3. Memastikan kesemua borang permohonan adalah lengkap. Borang permohonan yang tidak lengkap perlu dikembalikan kepada ibu bapa / penjaga. 9

4. Mengumpul dan menghantar permohonan kepada PPD berserta dokumen berikut: i. Salinan Perakuan Pendaftaran KPM. ii. iii. iv. Salinan penyata akaun bank atas nama institusi yang disahkan oleh bank. Pastikan akaun bank masih aktif. Surat akuan / pengesahan pengusaha sekiranya institusi menggunakan akaun pertubuhan atau agensi induk yang menaunginya. Surat akuan / pengesahan pengusaha sekiranya kadar yuran bulanan yang dipungut lebih rendah daripada kadar yang tertera di dalam Perakuan Sementara Pendaftaran. v. Surat pengesahan doktor bertauliah atau /sijil pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) bagi murid. vi. Semua salinan dokumen ini hendaklah disahkan oleh Majikan / Ketua Kampung / JKKKP / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. C. Pemohonan Ibu Bapa / Penjaga 1. Mengisi borang permohonan (Borang Y1Khas) dengan lengkap. 2. Mengemukakan surat pengesahan pengamal perubatan /sijil pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) murid. 3. Mendapatkan pengesahan daripada Majikan / Ketua Kampung / JKKKP / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. 4. Menghantar Borang Y1Khas yang telah lengkap kepada prasekolah masingmasing. D. KELULUSAN Permohonan yang telah lengkap serta memenuhi kriteria akan diangkat ke Mesyuarat Verifikasi peringkat KPM untuk tujuan kelulusan. 10

E. PEMBAYARAN BANTUAN YURAN 1. Bantuan yuran murid akan dibayar terus kepada pengusaha prasekolah masing masing. 2. Surat pemberitahuan bahawa bantuan yuran telah dimasukkan ke akaun institusi berserta senarai murid yang layak (Borang Y2Khas) akan diedarkan melalui JPN negeri masing-masing. 3. Pengusaha dikehendaki menyemak akaun masing-masing bagi memastikan wang bantuan yuran telah dimasukkan. 4. Pengusaha dikehendaki mengembalikan borang akuan atau pengesahan penerimaan (Borang Y3Khas) kepada Bahagian Pendidikan Swasta sebaik sahaja wang bantuan yuran dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. 5. Pengusaha perlu membayar/memulangkan kepada murid/ibu bapa/penjaga jumlah yuran yang telah mereka bayar terlebih dahulu sebelum bantuan diterima. 6. Ibu bapa/penjaga perlu menandatangani Borang Y2Khas sebagai pengesahan penerimaan bantuan yuran prasekolah. 7. Sekiranya murid institusi swasta yang lain, amaun yuran bagi bulan berikutnya hendaklah dikembalikan kepada murid untuk bayaran yuran di institusi barunya. Pengusaha hendaklah mengisi Borang Y8Khas yang dibekalkan dan mengemukakan sesalinan kepada Bahagian Pendidikan Swasta (BPS). F. PEMULANGAN BANTUAN YURAN 1. Segala pemulangan semula bantuan yuran kepada kerajaan hendaklah dibuat menggunakan cek / Money Order / Postal Order atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA serta melengkapkan Borang Y6Khas dan mengembalikannya kepada Bahagian Pendidikan Swasta (BPS) melalui PPD/JPN. Sertakan juga salinan helaian Borang Y2Khas yang mengandungi nama murid berkenaan. 2. Pemulangan bantuan yuran akan berlaku atas perkara-perkara berikut; i. Murid yang menerima bantuan yuran telah berhenti - kembalikan jumlah bantuan bermula bulan selepas mereka berhenti hingga bulan Oktober. 11

Contohnya: Murid berhenti pada 23 Mei, maka bantuan yuran yang perlu dipulangkan adalah bantuan yuran bulan Jun hingga Oktober. ii. Murid yang menerima bantuan yuran bertukar ke prasekolah KPM, prasekolah KEMAS atau prasekolah PERPADUAN - kembalikan jumlah bantuan bermula bulan selepas mereka bertukar hingga bulan Oktober. Contohnya: Murid bertukar pada 15 April 2013, maka bantuan yuran yang perlu dipulangkan adalah bantuan yuran bulan Mei hingga Oktober. iii. Sebab-sebab lain yang diarahkan oleh kerajaan (Kementerian Pelajaran Malaysia). G. PENGURUSAN DOKUMEN 1. Pengusaha hendaklah menyerahkan Senarai Murid Layak menerima bantuan yuran (Borang Y2Khas) kepada Penyelia/Pegawai Unit Pendidikan Swasta di PPD masing-masing sebaik selesai urusan menandatangani penerimaan oleh ibu bapa/penjaga. 2. Penyelia/Pegawai Unit Pendidikan Swasta di PPD hendaklah mengumpul Senarai Murid Layak menerima bantuan yuran (Borang Y2Khas) dan menyerahkan kepada Ketua Unit Pendidikan Swasta di JPN. 3. Ketua Unit Pendidikan Swasta di JPN hendaklah mengumpul Senarai Murid Layak menerima bantuan yuran (Borang Y2Khas) dari semua daerah dan menyerahkan kepada Bahagian Pendidikan Swasta (BPS) dan sesalinan kepada Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas). H. TARIKH TUTUP PERMOHONAN Tarikh tutup permohonan bantuan yuran murid prasekolah berkeperluan khas ialah tarikh akhir pengusaha menyerahkan borang permohonan kepada Penyelia/Pegawai Unit Pendidikan Swasta di PPD iaitu pada 1 Mei tahun semasa. 12

I. PANDUAN KEGUNAAN BORANG 1 BORANG Y1 Borang permohonan bantuan yuran murid. 2 BORANG Y2 Senarai nama murid yang layak menerima bantuan yuran. 3 BORANG Y3 Borang akuan penerimaan / kemasukan wang bantuan yuran oleh pengusaha. 4 BORANG Y4 Surat pengusaha memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga. 5 BORANG Y5 Surat ibu bapa/penjaga mewakilkan pihak lain menerima pihaknya. 6 BORANG Y6 Borang maklumat pemulangan bantuan / lebihan bantuan yuran. 7 BORANG Y7 Senarai kawalan tadika satu negeri yang menerima bantuan yuran. 9 BORANG Y8 Borang maklumat murid bertukar ke prasekolah swasta yang lain. 13

BANTUAN YURAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SWASTA/NGO MULA Prasekolah Swasta/ NGO Pengagihan borang kepada ibu bapa Terima borang dan dokumen sokongan Lengkap? Ya Pembayaran Tidak Hantar ke PPD / JPN JPN / PPD Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Ya Silang Periksa LHDN Layak? Tamat Tidak Terima dan proses borang permohonan Bahagian Pendidikan Swasta Proses BPS Proses Pembayaran Geran Bahagian Pendidikan Khas Rekod dan Pemantauan 14