UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014 DASAR BAHARU BERKAITAN STAF CUTI BELAJAR YANG MASIH BELUM MENYELESAIKAN PENGAJIAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bilangan 2 Tahun 2014 yang bersidang pada 17 Jun 2014 telah bersetuju untuk meluluskan dasar baharu berkaitan staf cuti belajar yang masih belum menyelesaikan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. 2. Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti memutuskan perkara-perkara seperti berikut:- 2.1. TINDAKAN CAGARAN Mana-mana staf yang masih belum menyelesaikan pengajian pada tarikh melapor diri bertugas di Universiti ini akan dikenakan tindakan membayar cagaran secara potongan gaji bulan. Sekiranya dalam tempoh yang ditetapkan (maksimum 12 bulan), staf berjaya dan lulus dalam pengajian, maka keseluruhan cagaran tersebut akan dipulangkan semula kepada staf berkenaan. Sekiranya staf masih gagal menyelesaikan pengajian selepas tempoh yang diberikan oleh Universiti, maka tindakan tuntutan gantirugi akan dikenakan terhadap staf tersebut dan jumlah cagaran yang telah dibayar sebelum itu akan diambilkira sebagai sebahagian daripada penyelesaian gantirugi. KADAR CAGARAN MELALUI POTONGAN GAJI STAF (MAKSIMUM 12 BULAN) PENGAJIAN DI LUAR NEGARA: Kadar Potongan Gaji RM 1000.00 sebulan PENGAJIAN DI DALAM NEGARA: Kadar Potongan Gaji RM 500.00 sebulan
2.2. PROSEDUR TUNTUTAN GANTIRUGI 2.2.1. Staf berjawatan tetap dan masih berkhidmat Tindakan potong gaji staf akan dilakukan tanpa menunggu proses rayuan di Jawatankuasa Rayuan Gantirugi Cuti Belajar. Sekiranya staf berjaya menyelesaikan pengajian dalam tempoh pembayaran gantirugi ini, maka tindakan potong gaji boleh diberhentikan. Staf yang telah diberhentikan pembayaran gantirugi atas sebab berjaya memperolehi PhD akan dikenakan tempoh ikatan selama 7 tahun atau mengikut baki tempoh perkhidmatan (mengikut mana yang terdahulu) yang akan dikira bermula dari tarikh beliau diberhentikan bayaran gantirugi. 2.2.2. Staf yang tidak lagi berkhidmat di UTHM Prosedur baharu ini akan melibatkan tawaran bayaran ansuran bulanan yang lebih fleksibel seperti dua (2) pilihan berikut:- PILIHAN 1 Bayaran Pertama Baki bayaran gantirugi 20% daripada keseluruhan jumlah gantirugi yang meliputi kos pentadbiran sebanyak 2% (dikira atas jumlah tuntutan gantirugi) dan kos guaman (jika ada) - perlu dibayar dalam tempoh 60 hari. 84 bulan ansuran dengan kadar bayaran minimum RM1,000.00 sebulan. PILIHAN 2 Staf membayar secara lump sum keseluruhan tuntutan dalam tempoh 60 hari DAN akan diberi diskaun sebanyak 30% serta pengecualian kos pentadbiran. -
3. Oleh yang demikian, semua staf yang sedang cuti belajar dan juga yang masih belum menyelesaikan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan sedaya-upaya untuk tidak dikenakan tindakan cagaran tersebut atau tindakan lain berdasarkan Perjanjian Cuti Belajar. 4. Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Julai 2014. Sila rujuk Lampiran 1 bagi maklumat lanjut. Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg.Prof./Dr/tuan/puan.Terima kasih. DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA Yang benar ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN Pendaftar s.k. - YBhg. Dato Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) - Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT) - Penolong Naib Canselor (Hubungan Universiti dan Industri) - Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit AHAR/nk/21.07.2014/pekeliling pengurusan universiti
LAMPIRAN 1 DASAR BAHARU BERKAITAN STAF CUTI BELAJAR YANG MASIH BELUM MENYELESAIKAN PENGAJIAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN Cagaran Staf yang melapor diri daripada cuti belajar dengan status belum selesai pengajian akan dikenakan cagaran melalui potongan gaji berkuatkuasa mulai bulan berikutnya selepas staf tersebut melapor diri bertugas. Bagi staf yang telah melapor diri sebelum tarikh penguatkuasaan dasar baharu ini, cagaran akan bermula pada tarikh kuatkuasa tersebut. Tempoh maksimum cagaran ialah selama 12 bulan. Jadual Cagaran adalah seperti di JADUAL A. Pelaksanaan prosedur ini akan dikawal selia oleh Pejabat Pendaftar dan juga Pejabat Bendahari. Sekiranya selepas tempoh maksimum, staf berkaitan masih gagal menyelesaikan pengajian, maka tindakan tuntutan gantirugi akan dikenakan terhadap staf dan jumlah cagaran yang telah dibayar sebelum itu akan diambilkira sebagai sebahagian daripada penyelesaian gantirugi yang akan diuruskan oleh Bahagian Perundangan. Prosedur Tuntutan Gantirugi STAF BERJAWATAN TETAP DAN MASIH BERKHIDMAT a. Prosedur baharu ini akan melibatkan notis tuntutan beserta tawaran ansuran secara berjadual (mengikut JADUAL B). b. Staf yang telah diberhentikan pembayaran gantirugi atas sebab berjaya memperolehi PhD akan dikenakan tempoh ikatan selama 7 tahun atau mengikut baki tempoh perkhidmatan (mengikut mana yang terdahulu) yang akan dikira bermula dari tarikh beliau diberhentikan bayaran gantirugi.
STAF YANG TIDAK LAGI BERKHIDMAT DI UTHM a. Prosedur baharu ini akan melibatkan tawaran bayaran ansuran bulanan yang lebih fleksibel mengikut JADUAL C. b. Staf yang telah meletak jawatan di Universiti ini dan telah dikenakan tindakan gantirugi boleh dipertimbangkan untuk berkhidmat semula di Universiti ini. Hutang kepada Universiti tersebut akan ditangguhkan pembayarannya dan staf akan dikenakan tempoh ikatan perkhidmatan selama 10 tahun yang dikira dari tarikh mula bertugas semula di Universiti ini. PENGUATKUASAAN Dasar berkenaan cagaran dan kaedah tuntutan gantirugi ini berkuatkuasa mulai 01 Julai 2014 dan ianya terpakai kepada semua staf cuti belajar yang telah melapor diri sebelum atau selepas tarikh kuatkuasa tersebut. Dasar ini juga membatalkan dasar terdahulu yang digunapakai oleh Universiti.
JADUAL A JADUAL CAGARAN DALAM TEMPOH MAKSIMUM 12 BULAN SELEPAS STAF MELAPOR DIRI BERTUGAS ( TIDAK SELESAI ) KADAR CAGARAN MELALUI POTONGAN GAJI STAF KADAR JUMLAH YANG DIKEMBALIKAN JIKA SELESAI DALAM TEMPOH 12 BULAN PENGAJIAN DI LUAR NEGARA : KADAR POTONGAN GAJI RM 1,000.00 SEBULAN PENGAJIAN DI DALAM NEGARA : 100% KADAR POTONGAN GAJI RM 500.00 SEBULAN
JADUAL B JADUAL BAYARAN ANSURAN GANTIRUGI UNTUK STAF TETAP DAN MASIH BERKHIDMAT JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI TEMPOH BAYARAN BALIK (Tertakluk Kepada Baki Tempoh Perkhidmatan) * Mengikut mana Yang Terdahulu Tidak lebih daripada RM51,000-00 5 TAHUN ( 60 BULAN ) Lebih daripada RM51,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM101,000.00 7 TAHUN ( 84 BULAN ) Lebih daripada RM101,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM151,000.00 10 TAHUN ( 120 BULAN ) Lebih daripada RM151,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM201,000.00 12 TAHUN ( 144 BULAN) Lebih daripada RM201,000.00 15 TAHUN ( 180 BULAN)
JADUAL C JADUAL BAYARAN GANTIRUGI UNTUK STAF YANG TIDAK LAGI BERKHIDMAT DI UTHM PILIHAN 1 Bayaran Pertama Baki bayaran gantirugi 20% daripada keseluruhan jumlah gantirugi yang meliputi kos pentadbiran sebanyak 2% (dikira atas jumlah tuntutan gantirugi) dan kos guaman (jika ada) - perlu dibayar dalam tempoh 60 hari. 84 bulan ansuran dengan kadar bayaran minimum RM1,000.00 sebulan. PILIHAN 2 Staf membayar secara lump sum keseluruhan tuntutan dalam tempoh 60 hari DAN akan diberi diskaun sebanyak 30% serta pengecualian kos pentadbiran. -