KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

dokumen-dokumen yang mirip
SOALAN-SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 PT3 SEPTEMBER 2014

Pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

SOALAN-SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)MULAI TAHUN 2016

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

RENDAH DAN MENENGAH RENDAH

PELAPORAN KOMPONEN TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN

PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari

S I K A P PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 07 OKTOBER 2015 SJKC PEI YANG, BAKRI

@ Hak Cipta Lembaga Peperiksaan

Ujian Aptitud. Ujian Aptitud Am

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KOMPONEN PENJAMINAN KUALITI. Menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pencapaian murid

GARIS PANDUAN KEBERHASILAN

minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

BOLEH ATAU TIDAK GURU MENGGUNAKAN BUKU-BUKU DI PASARAN SEBAGAI INSTRUMEN PENILAIAN MURID?

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

PENGENALAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK) DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

INFO PROGRAM INTERVENSI MURID TAHUN 6 DAN PENGGUNAAN BAHAN INTERVENSI PPSMI MURID TAHUN 6 MATA PELAJARAN : SAINS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Dari Perspektif Kementerian Pendidikan Malaysia SEPTEMBER 2014

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAHUN 2014 INSTRUMEN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2.0 PENYATAAN MASALAH

O N.aurL. 2. Mesyuarat Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran. 3. Satu daripada 15 perakuan dalam Strategi Mencapai Dasar 60:40

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAHUN 2014 INSTRUMEN. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

@ Hak Cipta Lembaga Peperiksaan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAJIAN KESESUAIAN WAJARAN PENTAKSIRAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAKLIMAT PENTAKSIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MUAR 28 SEPTEMBER 2015 DEWAN PERDANA WAWASAN, PPD MUAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN KEBERHASILAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

JADUAL KERJA UJIAN BERTULIS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3(PT3) NEGERI JOHOR TAHUN 2014 BIL PELAN TINDAKAN TARIKH TINDAKAN CATATAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Transkripsi:

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP). Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata. Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012. Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya. Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama

pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS. Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS. Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS. Isu-isu pelaksanaan PBS Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuankesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah. Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks. Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah. LAMPIRAN 1 DAN 2 Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit. Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. LAMPIRAN 3 Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama. Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline. Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah. PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan

prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima. LAMPIRAN 4 PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolahsekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. LAMPIRAN 5 Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru. Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid. Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

Lampiran 1 DSP Sedia Ada Dipermudahkan kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid BAND 1 Tahu PERNYATAAN STANDARD B1 Mengetahui asas kemahiran geografi dan geografi negara Malaysia DESKRIPTOR B1D1 Mengetahui asas kemahiran geografi B1D2 Mengetahui pelbagai bentuk muka bumi B1D3 Mengetahui jenis cuaca dan iklim B1D4 Mengetahui jenis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar EVIDENS B1D1E1 Menyatakan kedudukan relatif sesuatu B1D1E2 Menyatakan arah mata angin B1D1E3 Menyatakan jarak mutlak dan jarak relatif B1D1E4 Mengenal pasti skala lurus B1D1E5 Mengenal simbol peta lakar B1D2E1 Menamakan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia B1D3E1 Menamakan jenis iklim di Malaysia B1D4E1 Menamakan tumbuhan semula jadi B1D4E2 Menamakan hidupan liar TEMA BAND DESKRIPTOR Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul: 1 Kedudukan Arah Jarak dan skala Menjelaskan kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan jelas. 2 Kedudukan Arah Jarak dan skala Simbol peta Mengaplikasi kemahiran geografi melibatkan perkara berikut dengan betul 3 dan tepat. Kemahiran Geografi Kedudukan Arah Jarak dan skala Simbol peta Peta topo Graf bar mudah 4 5 6 Mengorientasi kompas Mengukur jarak menggunakan skala Membina graf Mengaplikasikan dan menghubungkait kemahiran geografi dalam organisasi ruang atau lapangan mengikut prosedur yang betul dan tepat. Mentafsir dan menjelaskan maklumat dalam peta lakar dan bahan grafik dengan tepat relevan/sesuai dan terperinci Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geogarafi yang relevan dan jelas

Lampiran 2 Perbandingan Bilangan Pernyataan Deskriptor dan Evidens dalam DSP dengan Bilangan Pernyataan Deskriptor dalam Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Jumlah Bilangan Pernyataan Deskriptor dan Pernyataan Evidens Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Mata pelajaran DSP Panduan Perkembangan Pembelajaran DSP Panduan Perkembangan Pembelajaran DSP Panduan Perkembangan Pembelajaran Bahasa Melayu 46 18 46 18 50 18 Bahasa Inggeris 48 18 46 18 42 18 Matematik 125 18 195 18 151 12 Sains 129 24 160 30 178 24

Lampiran 3 PELAPORAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENTAKSIRAN SEKOLAH NAMA MURID: ALI BIN AHMAD GEOGRAFI TINGKATAN 1 TEMA BAND 1 BAND 2 BAND 3 BAND 4 BAND 5 BAND 6 KEMAHIRAN GEOGRAFI 12 Mac BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA 29 Mei CUACA DAN IKLIM 8 Ogos TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR 24 Okt

Lampiran 4 PMR merupakan Peperiksaan Pusat Mata pelajaran dalam PMR 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Science 4. Mathematics 5. Sejarah 6. Geografi 7. Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 8. Pendidikan Islam 9. Bahasa Tambahan Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab Bahasa Punjabi Lembaga Peperiksaan Menyediakan instrumen Menyediakan Peraturan Penskoran Melaksanakan penjaminan kualiti Melaksanakan verifikasi dan moderasi Mentadbir peperiksaan Memeriksan skrip jawapan calon Menguruskan penskoran Mengeluarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 Mata pelajaran 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Science 4. Mathematics 5. Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 6. Pendidikan Islam 7. Bahasa Tambahan Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab 8. Sejarah 9. Geografi Jenis instrumen Ujian Lisan & Ujian Bertulis Ujian Bertulis Pihak sekolah Mentadbir peperiksaan Memeriksan skrip jawapan calon Menguruskan penskoran Mengeluarkan keputusan Pelbagai instrumen Lembaga Peperiksaan Menyediakan instrumen Menyediakan Peraturan Penskoran Melaksanakan penjaminan kualiti Melaksanakan verifikasi dan moderasi

Lampiran 5 KRITERIA KEMASUKAN MURID KE PELBAGAI ALIRAN TINGKATAN 4 Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Sekolah (Pilihan) Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional Gred A bagi semua mata pelajaran Gred A bagi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Gred A/B bagi Science, Maths atau KHB Inventori Minat Kerjaya (IMK) Ujian Aptitud Khusus (UAK) Peratus CGPA Band (Pelaporan Perkembangan Pembelajaran) Gred (Pelaporan Pencapaian Akademik) Aliran menengah atas Minimum gred B bagi Science dan Mathematics (STEM)