Set 2 MODUL CEMERLANG SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

dokumen-dokumen yang mirip
CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

SULIT 1103/2

Soalan 1 Rumusan (30 markah)

SULIT 1103/2 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

SULIT 1103/1 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

Soalan 1 Petikan Cerpen. [4 markah]

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit

MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2016

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah)

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ]

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju


UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

Soalan 1: Rumusan. [30 markah]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM / 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

SULIT 1103/2. Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos Dua jam tiga puluh minit

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

SULIT 1103/2. Soalan 1: Rumusan [30 markah]

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ]

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

Soalan 1 Rumusan. [ 30 Markah ]

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian


SULIT 1103/1 PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG BAHASA MELAYU. Kertas 1. Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MODUL CEMERLANG SET 2, 2017 Bahasa Melayu Kertas 2 Peraturan Pemarkahan UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Bahagian A: Imbuhan (10 markah)

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

2017 UPSR BAHASA MELAYU TIPS TAMBAHAN

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

mengajak waktu rehat membersihkan bilik darjah melontar mentertawakan menjadi marah menegur meminta maaf

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN MAC BAHAGIAN B. memberhentikan memperlahankan memandu. membawa mengucapkan mendengar

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Kesusasteraan Melayu (922)

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

BAHAGIAN A (80 markah) Jawab semua soalan PERTANIAN ORGANIK. Pertanian mesra alam Tiada penggunaan baja kimia

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

Markah yang diperoleh Page 3. (lihat halaman sebelah)


MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1/2 jam Dua jam tiga puluh minit

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

BM SPM PERCUBAAN 2016 PPD LIMBANG, SARAWAK PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2 /AR Soalan 1: Rumusan

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

Objektif taklimat ini :

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Latihan Peperiksaan 1

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Transkripsi:

1 Set 2 MODUL CEMERLANG SPM 2017 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2(b), soalan 2(c), soalan (2d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

2 Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang saranan-saranan kepada pengguna dalam mengawal perbelanjaan dan akibat-akibat sekiranya gagal mengawal perbelanjaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Isu kenaikan harga barangan heboh diperkatakan sehingga membimbangkan masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kenaikan harga barangan ini berpunca daripada permintaan yang melebihi penawaran. Oleh itu, para pengguna disarankan supaya membeli barang-barang yang diperlukan sahaja untuk menjimatkan perbelanjaan harian. Kenaikan harga barangan telah memberikan suatu tekanan kewangan yang serius kepada sebahagian besar pengguna. Sehubungan dengan itu, pengguna perlu menyusun strategi perbelanjaan harian termasuk belanja dapur untuk meredakan tekanan kewangan mereka. Pengguna pada mulanya akan terasa perit kerana banyak barangan terpaksa dilupakan berbanding semasa hidup senang. Sebagai pengguna, kita juga perlu mengubah cara berbelanja dengan mengawal perbelanjaan dan menguruskannya dengan bijaksana. Perubahan ini pasti dapat dilakukan sekalipun kita terpaksa mengorbankan kebiasaan yang sudah menjadi sebati seperti mengurangkan perbelanjaan makan di luar, berhenti daripada membeli barangan berjenama dan mengurangkan perbelanjaan bil telefon. Selanjutnya, para pengguna boleh mengambil langkah membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barangan yang diperlukan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pengguna tertipu oleh para peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dengan sesuka hati. Setiap pengguna yang bijak akan sentiasa melakukan penelitian terhadap perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran dan tidak membeli barangan yang bukan keperluan. Hal ini dapat diperkukuh dengan tindakan menyediakan senarai barangan keperluan sebelum keluar berbelanja. Seterusnya pendekatan yang diambil semakin berkesan sekiranya pengguna tidak mengikut jejak langkah orang yang mengamalkan gaya hidup mewah seperti penggunaan kad kredit secara sewenang-wenangnya. Faktor penggunaan kad kredit ini boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan penggunanya tidak dapat mengimbangi perbelanjaan mereka. Oleh itu, pengguna perlu mengelakkan belian secara kredit ketika berbelanja agar perbelanjaan berhemat dapat dilaksanakan. Kita semua mempunyai kesedaran bahawa kenaikan harga barangan memberi kesan langsung kepada kos sara hidup. Sebagai pengguna yang prihatin, sekarang bukanlah masa untuk kita bermewah-mewah malah kita sepatutnya membeli barangan dengan harga borong untuk mengawal perbelanjaan. Pengguna mesti sedar bahawa harga bahan api seperti minyak dan gas yang tidak menentu turut menyebabkan kenaikan harga barangan. Walaupun naik turun tersebut dalam kadar yang kecil namun impak yang dirasai oleh pengguna sangat besar. Jelaslah, kenaikan harga barangan ini akan menyebabkan sebahagian besar kehendak terpaksa dilupakan untuk memenuhi keperluan yang lebih utama dalam kehidupan kita. Dipetik dan diubah suai daripada Berbelanja Secara Berhemat oleh Siti Balqis Arif, Dewan Ekonomi, Mac 2014

3 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum [ 35 markah ] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Berikan maksud rangkai kata impak yang dirasai. [2 markah] Pengarang mengemukakan beberapa faktor kenaikan harga barangan. Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah] Kita hendaklah mengetahui hak kita sebagai pengguna. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperoleh apabila kita mengetahui hak- hak kita sebagai pengguna.? [4 markah]

4 Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden- Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DOKTOR: (Sambil menghampiri AZMIR. AZMIR kelihatan gusar). Assalamualaikum. Saya Doktor Razi. Maafkan saya jika saya mengganggu. Encik Azmir ialah sahabat saya. Saya datang ni nak bawa dia balik ke tempat rehatnya. (Beralih kepada AZMIR) Encik Azmir, apa khabar sekarang? Sudah tiga hari Encik Azmir tidak balik ke tempat rehat yang kita sediakan. Rakan-rakan yang lain amat bimbang akan Encik Azmir. Mari kita pulang, ya? AZMIR: (Kelihatan takut dan tiba-tiba menjadi semacam orang bodoh). Saya tidak mahu pulang. (Sambil menggelengkan kepala). Saya rasa bahagia berehat di sini. DOKTOR: Saya rasa kita pulang dulu. Encik Azmir perlu berehat sikit sahaja. Selepas itu, Encik Azmir boleh keluar semula. Kepala pun dah luka semula. Kita balik bubuh ubat dulu, OK? (Para pembantu memegang tangan AZMIR untuk dibawa pergi. Dia meronta-ronta tidak mahu pergi.) AZMIR: Saudara-saudara tolong saya. Orang-orang ini hendak mengurung saya di tempat yang tidak ada kesejahteraan. Saudara-saudara mesti percaya akan cakap saya. Cakap saya semuanya betul. Mereka ini penipu. Cakap mereka manis, tapi dalam hati mereka jahat. (ARIF dan para pelakon memperlihatkan rasa simpati kepada AZMIR) Dipetik daripada Bukan Gila oleh Sharif Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Azmir kelihatan ketakutan dan meronta-ronta? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus kita lakukan untuk menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah? [3 markah] Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan drama itu. [4 markah]

5 Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Tengah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita Maka kata Awi Dicu, benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang lagi. Maka segala orang Siam pun kembalilah. Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sasbadi Sdn. Bhd) Berikan maksud tiada terlawan. [2 markah] Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh penduduk Melaka untuk mengusir tentera Siam daripada perairan Melaka? [3 markah] Maka kata Awi Dicu, benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang lagi. Pada pendapat anda wajarkah Awi Dicu kembali ke Siam? Berikan alasan anda. [3 markah]

6 Soalan 2 (d) - Sajak Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. GELANGGANG Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjungi amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. ONN MALINI Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

7 Berdasarkan rangkap kedua dalam sajak, mengapakah penyajak mengatakan bahawa kita perlu memelihara gelanggang ini? [2 markah]. Pada rangkap keempat, penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari. Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan hubungan tersebut sentiasa terpelihara?. [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

8 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (iv) (v) (vi) bergerak pantas kemudahan awam kualiti makanan memupuk kesedaran peluang keemasan persetujuan ramai [6 markah] (b) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud asalnya. (c) Murid sekolah berasa gembira. Cuti persekolahan selama sebulan setengah telah bermula. Lelaki itu menerima Anugerah Dekan sebentar tadi. Lelaki itu abang kawan saya. Rakan saya selalu mengulang kaji pelajaran di dalam kelas. Rakan saya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. [6 markah] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat agar memberikan sumbangan kewangan kepadanya untuk mengubat di luar negara. Pelbagai filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee telah disiarkan oleh stesyen televisyen swasta itu untuk mengingat pemergiannya. Encik Firdaus akan bacakan pelbagai maklumat yang terdapat dalam suratkhabar pada setiap pagi sementara menunggu kedatangan pemandunya.

9 [6 markah] (d) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Sederet kedai-kedai telah hangit terbakar dalam satu kejadian kebakaran petang semalam. Pelanggan berkeliaran keluar supaya menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat. Di masa pasukan bomba tiba, kedai-kedai tersebut sudah musnah ditelan api. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. Pada suatu malam ibu telah menyuruhku ke kedai. Kebetulan aku ingin ke rumah Tiara kerana hendak meminjam buku latihan Sejarah. Aku keluar untuk dua tujuan sekali gus, bagus juga kerana aku tidak membuang masa. Aku memang rapat dengan Tiara sejak di bangku sekolah rendah lagi. Banyak perkara yang kami lakukan bersama, sama ada belajar mahupun bermain. Hubungan kami begitu erat dan keluarga kami juga akrab. Ibu Tiara terpaksa bekerja keras selepas kematian ayahnya kerana menyara enam orang anak yang masih bersekolah. Ibunya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang. Untuk menambah pendapatannya dia membuat kuih untuk dihantar ke gerai atau di kantin tempat dia bekerja. Saya sedih melihat kesukaran hidup keluarga Tiara tetapi Tiara sekeluarga tentulah lebih sedih lagi tetapi mereka tabah mengharungi hidup. [6 markah]

10 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Pantai Kasih karya Azman Nordin Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip Tirani karya Beb Sabariah Silir Daksina karya Nizar Parman Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (a). Salah satu pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah pengajaran tentang simpati. Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan pengajaran tentang simpati dalam sebuah novel yang anda pelajari. (b). Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel. [7 markah] Huraikan dua pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda kaji. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT