Soalan 1: Rumusan. [30 markah]

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Soalan 1: Rumusan. [30 markah]"

Transkripsi

1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang akibat-akibat merokok dan langkah-langkah mengatasi gejala merokok. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan kebolehan untuk menangani wabak Sindrom Pernafasan Akut yang teruk (SARS) yang membunuh 500 mangsa secara efektif dan cepat, kini sedang bersiap sedia untuk membasmi penyakit yang telah membunuh lebih daripada empat juta manusia di seluruh dunia sepanjang tahun lalu. WHO sebelum ini memberi amaran jika penggunaan tembakau, khususnya dalam bentuk rokok dibiarkan dalam keadaan seperti sekarang ini, kematian tahunan akibat penggunaan tembakau dijangka mencecah 10 juta pada tahun Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis penyakit yang dihidapi oleh rakyat Malaysia berpunca daripada amalan merokok. 25 daripada jenis penyakit tersebut membawa maut. Hal ini termasuklah penyakit jantung, saluran pernafasan tersekat, angin ahmar dan kanser. Asap rokok turut menambahkan pencemaran udara di kawasan orang yang menghisap rokok. Sudah pasti keadaan ini mengganggu keselesaan awam, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat wanita yang mengandung. Bagi wanita yang mengandung pula, kesihatan bayi dalam kandungan akan terjejas sekiranya mereka mengamalkan tabiat merokok. Kemungkinan besar bayi tersebut meninggal dunia sebelum dilahirkan. Kebanyakan wanita membenci suami mereka menghisap rokok kerana bau yang tidak menyenangkan. Namun, timbul persoalan, mengapakah sesetengah wanita itu sendiri ada yang menghisap rokok? Ditinjau dari aspek agama, amalan merokok sememangnya dilarang memandangkan aktiviti tersebut banyak mendatangkan keburukan. Amalan merokok juga membawa pembaziran, lebih-lebih lagi kos membeli rokok pada masa kini adalah mahal. Gejala menghisap rokok perlu dikurangkan meskipun tidak dapat diatasi sepenuhnya, terutamanya dalam kalangan golongan remaja dan pelajar. Oleh itu, sebarang peningkatan penggunaan rokok harus ditangani. Sebenarnya peningkatan penggunaan rokok sangat berkait rapat dengan corak pemasaran agresif dan efektif syarikat gergasi rokok. (Dipetik dan diubah suai daripada Perang Antimerokok Sedunia' Massa, Jun 2013) 1

2 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a)- Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (iii) Berikan maksud corak pemasaran agresif dan efektif syarikat gergasi rokok. [2 markah] Pengarang ada menyatakan penyakit berbahaya boleh menimpa perokok. Nyatakan penyakit-penyakit tersebut. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan gejala merokok dalam kalangan pelajar masa kini? [4 markah] 2

3 Soalan 2 (b) Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PELAKON III : Bos, saya fikir perkara yang berlaku kepada Encik Domski itu bukan lakonan lagi. ARIF : Bukankah dia dah kata, segala-galanya benar. Lakonan atau bukan lakonan semuanya betul. Semuanya kehidupan. PELAKON III :Tapi bos, lakonan ke atau bukan lakonan ke, takkan kita nak biarkan saja, nak tengok saja orang tu berguling-guling di atas lantai tu mungkin dia sedang menderita tu. Jom kita pergi tengok. (Mereka menolong AZMIR, memicit-micit belakang badan dan kepalanya. Darah masih mengalir di pipi AZMIR) AZMIR : Kita sambung balik tadi, ya? PELAKON II : (Kepada Pelakon I). Setelah hampir pecah kepala, dia masih ingat tentang hujahnya. PELAKON III : Agaknya makin dihantukkan kepalanya tu, makin kuat ingatannya. PELAKON I : Betul ke? PELAKON II : Kalau nak tau cubalah tengok! (Perhatian mereka terarah pada AZMIR apabila dia mula bersuara) AZMIR :Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah pun mengalirlah membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti mengatakan bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang gila. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian. Orang yang menonton tidak tahu bahawa sebenarnya sedang mengalami dan menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung, yang tidak terucap dengan kata-kata lagi. Kata-kata sudah kehilangan makna. Kata yang bermakna adalah dengan menghantukkan kepalanya ke lantai. (Kesemua mereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR). Apakah saya sudah menjawab soalan saudara? (Sambil tersenyum ke arah PELAKON I). PELAKON I :(Semacam kagum bercampur bingung sambil menganggukkan kepalanya perlahanlahan). Ya, terima kasih. (Dipetik dari drama Bukan Gila oleh Shariff Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5) (i) (iii) Mengapakah PELAKON III mengatakan bahawa tindakan Encik Domski atau Azmir itu bukan lakonan? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh Azmir ketika mula mengalami kesakitan itu? Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain yang terdapat daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah] 3

4 Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amertam, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, Orang ini ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli yang Dipertuan, mengatakan dirinya dianiaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba? Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung kelapa sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca? Syahdan, maka berkenan Sultan Muzzafar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri (Dipetik daripada Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5) (i) Apakah maksud rangkai kata pekerjaan kami orang memegang negeri. [2 markah] Sultan Muzzafar Syah melakukan beberapa pekara setelah mendengar aduan orang Kelang. Nyatakan perkara-perkara tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika Sultan Muzzafar Syah terburu-buru mempercayai aduan orang Kelang itu? 4

5 Soalan 2 (d) - Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SAJAK AKU MEMBACA LAGI Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-mu di bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam kicauan burung desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-mu Aku mendongak langit membaca lagi di dalamnya pohon-pohon kayun rapuh daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur Aku membaca langit kutemui bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa Aku mendongak lagi menitis air mata langit membasahi bahasa Melayuku yang berdarah. Razali Mohd. Yussof Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Apakah maksud meratapi luka nasib bangsa? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengangkat martabat bahasa Melayu yang hampir tenggelam semula? Nyatakan tiga saranan anda. (iii) Huraikan dua bentuk sajak di atas. [4 markah] 5

6 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) ikhtisar ikhtisas (iii) menyekat (vi) menyumbat (iv) tembok (v) tebuk [6 markah] (b) Tulis ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut. Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah kepada orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak berkuasa seperti polis dan pengawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka. Kegiatan mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk menangkap mereka. Mereka sanggup menggadaikan maruah kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang negatif. Mereka digalakkan melakukan aktiviti yang sihat. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pada abad yang serba maju ini, muncul pelbagai masaalah dalam masyarakat dan kadangkala mencapai tahap yang dibimbangkan. Antara kebaikan berkerja sendiri adalah kebebasan untuk memilih tempat kerja dan membuat keputusan. (iii) Zat protin boleh terdapat daripada telur, ikan, susu dan daging. [6 markah] 6

7 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat yang menyalahi hukum tatabahasa. Semua kotak-kotak itu sudah mereka bawa dari dalam van. (iii) Pihak yang melemparkan ulasan itu sebenarnya mengambil berat kepada segala kepincangan yang berlaku. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. Aku dengan Anzalna bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa di adapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Anzalna telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Anzalna sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya lagi. [6 markah] 7

8 Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut. (i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib (iii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (v) Songket Berbenang karya Khairuddin Ayip (vi) Tirani karya Beb Sabariah (vii) Bima Sakti Menteri karya Sri Rohayu Mohd Yusop (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman (a) Bahagian peleraian merupakan pengakhiran sebuah cerita. Huraikan peleraian dalam novel yang telah anda kaji. [7 markah] (b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan konflik. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 8

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit SULIT UNIT PEPERIKSAAN PEJABAT PENDIDIKAN KOTA BELUD SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 1103/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 1 Mei 2017 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit JANGAN

Lebih terperinci

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Soalan 1: Rumusan [30 markah] SULIT 1 1103/2 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pelaburan kepada masyarakat serta usaha-usaha menggalakkan masyarakat membuat

Lebih terperinci

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017 SULIT PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 Ogos 2017 2½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

Soalan 1 Petikan Cerpen. [4 markah]

Soalan 1 Petikan Cerpen. [4 markah] Soalan 1 Petikan Cerpen [9 markah] Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Malam terakhir di Istanbul, Kak Chah yang

Lebih terperinci

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK 2 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna bijak. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG BAHASA MELAYU. Kertas 1. Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT 1103/1 PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG BAHASA MELAYU. Kertas 1. Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SULIT 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2017 2 ¼ Jam PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG 2017 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos Dua jam tiga puluh minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos Dua jam tiga puluh minit SEKOLAH MENENGAH ARAB DARUL FALAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan

Lebih terperinci

PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos SULIT PERCUBAAN SPM 2016 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua

Lebih terperinci

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM BAHASA MELAYU Kertas 1 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit 1.Kertas peperiksaan ini mengadungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2.Jawab soalan Bahagian A dan satu

Lebih terperinci

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] SULIT 1 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara melestarikan warisan seni budaya. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang

Lebih terperinci

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING 2 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita. Panjang huraian hendaklah

Lebih terperinci

Set 2 MODUL CEMERLANG SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Set 2 MODUL CEMERLANG SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1 Set 2 MODUL CEMERLANG SPM 2017 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan

Lebih terperinci

MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2016

MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2016 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2016 2 ½ jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2016 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian buat satu rumusan berkenaan langkahlangkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dan kekangan penggunaannya di Malaysia. Panjangnya

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM / 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM / 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 1103/ 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat soalan.

Lebih terperinci

SULIT 1103/2 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

SULIT 1103/2 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2017 2 ½ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

SULIT 1103/1 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) 1 SULIT 1103/1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2017 2 ¼ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 Dua jam lima belas

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 Baca petikan brikut dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia serta kekangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah)

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah) Soalan 1 : Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah pengurusan masa dengan berkesan dan kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar. Panjang

Lebih terperinci

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit 1 Set 1 MODUL POTENSI CEMERLANG SPM 2017 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3.

Lebih terperinci

SULIT 1103/2. Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

SULIT 1103/2. Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri seorang pengetua sekolah yang cemerlang dan kesan-kesan jika pengetua tidak mempunyai

Lebih terperinci

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT Soalan 1: Rumusan [30 markah] Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan pelaburan dalam saham amanah kepada masyarakat dan langkah menggalakkan masyarakat

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ]

Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani tekanan belajar dan kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi dalam

Lebih terperinci

1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1/2 jam Dua jam tiga puluh minit

1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1/2 jam Dua jam tiga puluh minit 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1/2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan anda hendaklah

Lebih terperinci

SULIT 1103/2

SULIT 1103/2 NAMA : TINGKATAN :.. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU KERTAS 2 DAERAH TANGKAK BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 OGOS 2 ½ jam Dua jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

Soalan 1 Rumusan (30 markah)

Soalan 1 Rumusan (30 markah) Soalan 1 Rumusan (30 markah) Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. Panjang

Lebih terperinci

SULIT 1103/2. Soalan 1: Rumusan [30 markah]

SULIT 1103/2. Soalan 1: Rumusan [30 markah] Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat dan manfaat-manfaatnya.

Lebih terperinci

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah] Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedahfaedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjangnya rumusan

Lebih terperinci

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SOALAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR 1 Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Lebih terperinci

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos 2012 2 Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2012 PERCUBAAN PENILAIAN

Lebih terperinci

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA) TEMUBUAL MELALUI TELEFON

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA) TEMUBUAL MELALUI TELEFON ID Penemubual: - Kementerian Kesihatan Malaysia Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa (FASA 3) SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA)

Lebih terperinci

Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit] SULIT 2 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit] Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan di sekolah. Huraikan pendapat anda

Lebih terperinci

Bahagian A. [ 30 markah ]

Bahagian A. [ 30 markah ] Bahagian A. Gambar rajah di bawah menunjukkan persediaan-persediaan yang diperlukan oleh seseorang sebelum memasuki alam pekerjaan. Huraikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang diperlukan

Lebih terperinci

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ]

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ] 2 PT3/02 Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ] 1) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa.

Lebih terperinci

Soalan 1 Rumusan. [ 30 Markah ]

Soalan 1 Rumusan. [ 30 Markah ] Soalan 1 Rumusan [ 30 Markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kepentingan muzik dan usaha- usaha menggalakkan remaja menceburkan diri dalam bidang muzik. Panjangnya

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 (PPT) 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2012 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 TINGKATAN 5 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan

Lebih terperinci

Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN

Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN ID Penemubual: - Kementerian Kesihatan Malaysia Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia Penilaian Kempen Tak Nak Dan Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN Soalan

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 SEPTEMBER 2009 2 ¼ jam 1103/1 (PPcb) PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Lebih terperinci

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ] Bahagian A (i) - Ringkasan [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan

Lebih terperinci

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA)

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA) ID Penemubual: - Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa (FASA 2) SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA) ID: Bandar/ Negeri DP DB BP

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) ARAHAN: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa paling sesuai daripada senarai diberikan.

Lebih terperinci

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 BAHASA MELAYU Kertas 1 UNTUK KEGUNAAN

Lebih terperinci

1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos/September 2016 2!/2jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA www.banksoalanspm.net PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2016 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

Lebih terperinci

SULIT 2 02/2 Bahagian A(i)-Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk meningkatkan tabiat membaca dalam

Lebih terperinci

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional FRASA (8 markah) Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit SMK SIJANGKANG JAYA 42500 TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 1103/2 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN

Lebih terperinci

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (PENAMBAHAN)

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (PENAMBAHAN) ID Penemubual: - Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa (FASA 2) SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (PENAMBAHAN) ID: Bandar/ Negeri DP DB BP Strata

Lebih terperinci

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA 1 PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA A. CARA PEMERIKSAAN BAHAGIAN A Pemeriksaan secara holistik berpandukan kriteria penskoran yang ditetapkan.

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 Nama: Kelas: 1249/2 Sejarah Kertas 2 September 2011 2½ jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 SEJARAH Kertas 2 1 2 4 9 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN

Lebih terperinci

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016 Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016 Isi Maksud Kata Tanya Jenis-jenis soalan: Literal Inferens Penilaian Penghayatan Semantik Kata Tanya Maksud Apa Memerlukan jawapan yang mengandungi

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PRAPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 02/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2012 2 Jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. BAHAGIAN A Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 25, diberi empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu merupakan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul dan lorek bujuran berangka (1,2,

Lebih terperinci

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah) Bahagian 1: Imbuhan (10 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan yang disediakan.

Lebih terperinci

Bahasa Malaysia (910)

Bahasa Malaysia (910) Bahasa Malaysia (910) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 33 123 calon. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 73.01%, menurun sebanyak 0.26% berbanding

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit SULIT NAMA : TINGKATAN :.. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Lebih terperinci

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur Tingkatan 4 Pendidikan Moral Soalan struktur. Kekayaan bumi ini boleh musnah akibat tindakan manusia yang tamak dan yang tidak percaya kepada kuasa Tuhan yang mencipta alam ini. (a) Berdasarkan pernyataan

Lebih terperinci

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos jam

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos jam 02/2 Bahasa Melayu Ogos 2011 2 jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 BAHASA MELAYU

Lebih terperinci

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU SULIT 0212 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2008 2jam PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR TEMPAT PERUMAHAN AWAM SERI SABAH 3A & 3B, CHERAS, KUALA

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 02/2 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SKEMA BAHASA MELAYU SET A Kertas 1 dan Kertas 2 1 [ Lihat sebelah PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA

Lebih terperinci

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

SMK DESA CEMERLANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SMK DESA CEMERLANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU SULIT 1103/1 Peperiksaan Percubaan SPM Tingkatan 5 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos/ 2017 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit SMK DESA CEMERLANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.Kertas soalan

Lebih terperinci

Masa: I jam JUL BAHASA MALAYSIA III UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JUMLAH : GRED : April2008

Masa: I jam JUL BAHASA MALAYSIA III UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JUMLAH : GRED : April2008 Angka Giliran: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2007 12008 JUL 301 - April2008 BAHASA MALAYSIA III Masa: I jam Markah yang diperoleh Soalan Bahagian A: Karangan (60 markah) Soalan

Lebih terperinci

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1103/1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

PEPERIKSAAN PRASPM 2013 NSKP 2013 SULIT 1 PEPERIKSAAN PRASPM 2013 1103/1(PP) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Bahasa Melayu Kertas 1 Peraturan Pemarkahan Ogos UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT.Kegunaannya

Lebih terperinci

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB 6: ETIKA KRISTIAN BAB 6: ETIKA KRISTIAN Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian terdiri daripada perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia. Agama Kristian Agama Kristian adalah agama monotheis

Lebih terperinci

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELAYU Kertas 1 UNTUK

Lebih terperinci

(3) bagai isi dengan kuku (4) seperti air dalam kolam. (5) bagai cembul dengan tutup (6) air dicencang tiada putus

(3) bagai isi dengan kuku (4) seperti air dalam kolam. (5) bagai cembul dengan tutup (6) air dicencang tiada putus MEMADANKAN PERIBAHASA ( 10 MARKAH ) Arahan : Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA : KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 KBK 5 NAMA : KBK : 5 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. 2. Tuliskan nama anda

Lebih terperinci

2011

2011 ... -. Bahasa Melayu Kertas 1 September 2011 Peraturan Pemarkahan MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAANPERCUBAAN SIJIL PELAJAR

Lebih terperinci

Bahasa Melayu Kertas 2 September 2009 2 ½ jam UJIAN EXCEL 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan markah ini SULIT dan Hak Cipta

Lebih terperinci

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak BESAR dan kecil Oleh Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Joji, seorang murid tahun 5 menghadapi masalah menulis huruf

Lebih terperinci

Detik terbaik henti merokok

Detik terbaik henti merokok Detik terbaik henti merokok Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee SALAM Ramadan al-mubarak! Kita kini sekali lagi dalam dakapan bulan Ramadan, iaitu bulan yang dijanjikan keberkatan oleh Allah. Sudah pasti

Lebih terperinci

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 02Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 042 // Menyemai Bahasa Menuai Budi Abstrak Norazlina Abdul Jalil norazlina_abdul_jalil@moe.edu.sg Zulaina Zulkifli Sekolah Menengah Naval Base zulaina_zulkifli@moe.edu.sg

Lebih terperinci

1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 1 1 B 11 A 21 A 31 A 2 B 12 B 22 C 32 A 3 C 13 A 23 C 33 D 4 D 14 B 24 D 34 B 5 D 15 D 25 B 35 C 6 C 16 B 26 A 36 B 7 D

Lebih terperinci

IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. BUKU A Setiap item dari SOALAN 1 hingga SOALAN 23, diberi empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu merupakan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul dan lorek bujuran berangka (1, 2, 3

Lebih terperinci

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM SULIT BAHASA MELAYU KERTAS 2 MASA2JAM 0212 MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian, Ke Arah Keberkesanan Jaksa Pendamai Menjalankan Tugas dan Tanggungjawabnya (Ipoh Perak, Jun 1993) ---------------------------------------------------------------------------- oleh Dato Abdul Hamid bin

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SET B BAHASA MELAYU 2 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI KEDAH DARUL AMAN MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat. BAHAGIAN B FRASA (8 markah) ARAHAN : Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di tempat kosong yang

Lebih terperinci

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 SEPTEMBER 2007 2 ¼ jam LOGO DAN NAMA SEKOLAH 1103/1 (PPT) PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014 (Percubaan) 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2014 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014 BAHASA MELAYU Kertas 1 TINGKATAN 5 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan

Lebih terperinci

SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 www.lamanbahasa.wordpress.com Ogos 2014 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL

Lebih terperinci

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) SOALAN 1 5 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang

Lebih terperinci

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. LOGO SEKOLAH Nama Sekolah UJIAN BERTULIS 2 Jam ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015 BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan

Lebih terperinci

BM SPM PERCUBAAN 2016 PPD LIMBANG, SARAWAK PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2 /AR Soalan 1: Rumusan

BM SPM PERCUBAAN 2016 PPD LIMBANG, SARAWAK PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2 /AR Soalan 1: Rumusan BM SPM PERCUBAAN 206 PPD LIMBANG, SARAWAK PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2 /AR3 206 Soalan : Rumusan Markah penuh 30 markah dibahagi kepada: (a) Isi : 20 markah (b) Bahasa: 0 markah (a) Isi (20 markah) Nota:

Lebih terperinci

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM KEMAHIRAN MENDENGAR & TUTUR Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi

Lebih terperinci

LOGO DAN NAMA SEKOLAH

LOGO DAN NAMA SEKOLAH 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 September 2007 LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN Peraturan pemarkahan ini mengandungi 11 halaman

Lebih terperinci

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 200412005 Mac 2005 PGT 303 - Pengantar an dan Kajian Tindakan Masa : 2 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA

Lebih terperinci

www.lamanbahasa.wordpress.com 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Percubaan 2014 2 jam ½ BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 KERTAS 2 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa Insan Di Bawah Cahaya Ilahi Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita l-hasan meriwayatkan, bahawa

Lebih terperinci

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) 26 KANUN (1) [ULASAN Dura PERUNDANGAN] Diyana Kamal 147 AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) Dura Diyana Kamal durakamal@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Lebih terperinci

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah Format Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Komponen Markah Peratusan Masa Kertas 1 Karangan Bergambar 15 15% 40min Kertas 2 Penggunaan Bahasa & Kefahaman

Lebih terperinci

JUL 401- Bahasa Malaysia IV

JUL 401- Bahasa Malaysia IV I Angka Giliran: Angka Giliran: (dengan perkataan) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003 /2004 Februari/lvfac 20M JUL 401- Bahasa Malaysia IV Masa: 2 jarrt Sila pastikan

Lebih terperinci

Prosedur Kloz. Kaedah Menjawab. Contoh Prosedur Kloz

Prosedur Kloz. Kaedah Menjawab. Contoh Prosedur Kloz Prosedur Kloz Kaedah Menjawab Contoh Prosedur Kloz Akhbar merupakan bahan bacaan yang amat berguna kepada kita. Akhbar mudah didapati dan (1) berpatutan. Akhbar memuatkan pelbagai (2) dan sesuai untuk

Lebih terperinci