ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

dokumen-dokumen yang mirip
ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2-3

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PEKELILING PENDAFTAR

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

BORANG PEMBIAYAAN KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR(SMARTPHONES) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009


KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013


PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

DASAR PELETAKAN JAWATAN

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

BORANG PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

MEMORANDUM PENERIMAAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

Transkripsi:

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA ISI KANDUNGAN MUKA SURAT. TUJUAN 2. TAFSIRAN 3. BENTUK SANGKUTAN INDUSTRI 2 4. KELAYAKAN 2-3 5. TEMPOH 3 6. KEMUDAHAN DAN FAEDAH 3-4 7. KUASA MELULUSKAN 4 8. PANDUAN PEMILIHAN TEMPAT 4 9. TANGGUNGGJAWAB PEGAWAI 4-5 0. TATATERTIB DAN PENGLIBATAN DALAM PEKERJAAN 5. LAPORAN 5-6 2. IKATAN 6 3. PROSEDUR MEMOHON 6 4. HAK UNIVERSITI 7

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA TUJUAN. Cuti Sangkutan Industri bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai untuk menambahluas pengalaman ikhtisas atau profesional dalam industri bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan profesionalisme pegawai dalam bidang masingmasing. TAFSIRAN 2. Istilah yang digunakan dalam Syarat Syarat dan Peraturan Cuti Sangkutan Industri ini adalah seperti berikut; a) Pegawai merujuk kepada staf yang berkhidmat secara tetap di Universiti. b) Kelayakan Profesional merujuk kepada kelayakan yang menunjukkan kemahiran atau penguasaan dalam bidang seperti Ir., P.Eng., Sr., Ar. dan sebagainya. c) Jawatankuasa Eksekutif merujuk kepada Pihak Berkuasa Universiti yang meluluskan permohonan. d) Sektor Awam merujuk kepada syarikat atau agensi kerajaan. e) Sektor Swasta merujuk kepada syarikat atau agensi bukan kerajaan. f) Universiti merujuk kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia g) Urus Setia merujuk kepada Bahagian / Unit yang mengendalikan pengurusan Cuti Sangkutan Industri. h) Industri merujuk sesuatu tempat latihan boleh dilaksanakan

BENTUK SANGKUTAN INDUSTRI 3. Cuti Sangkutan Industri boleh dijalankan sama ada dalam bentuk latihan / pengalaman kerja di industri yang sesuai dengan bidang yang berkaitan dengan kepakaran pegawai bertujuan untuk: a) memperolehi pengalaman kerja bagi mendapatkan kelayakan profesional di dalam sesuatu bidang; atau b) memperolehi pengalaman kerja di industri bagi pegawai, di sektor awam ataupun sektor swasta; atau c) menambah dan meluaskan pengalaman pegawai dalam bidangnya atau meneroka bidang baru bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. KELAYAKAN 4. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk menjalani Cuti Sangkutan Industri sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: a) warganegara Malaysia; b) berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; c) disahkan dalam perkhidmatan; d) pada tarikh melapor diri selepas Cuti Sangkutan Industri, pegawai hendaklah mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya dua (2) tahun ; dan e) tidak ditahan kerja atau di bawah mana-mana prosiding jenayah di mahkamah atau tatatertib universiti. 5. Pegawai hendaklah sekurang-kurangnya telah kembali bertugas selama dua (2) tahun selepas cuti belajar atau cuti yang melebihi enam (6) bulan. 6. Bagi pegawai yang telah mendapat kelayakan profesional, pegawai berkenaan adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan ini. 2

7. Bagi staf akademik perlu mengajar dan melengkapkan sekurang-kurangnya satu () semester pengajaran dalam satu sesi pengajian yang sama sebelum memulakan Cuti Sangkutan Industri. TEMPOH 8. Tempoh Cuti Sangkutan Industri pegawai antara tiga (3) hingga 2 bulan sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai. Walaupun pegawai diluluskan Cuti Sangkutan Industri selama 2 bulan, namun ini tidak melayakkan pegawai dibayar elaun keluarga. KEMUDAHAN DAN FAEDAH 9. Pegawai layak dibayar elaun mengikut kadar dan syarat syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2005 dan pekeliling pekeliling semasa yang terpakai sahaja. 0. Pegawai hendaklah menunjukkan bukti penerimaan secara rasmi daripada tempat yang dipilih untuk menjalani Cuti Sangkutan Industri.. Pegawai juga hendaklah memaklumkan kepada pihak Universiti berkenaan apaapa juga honorium / sumbangan kewangan yang diterima daripada mana-mana pihak luar semasa Cuti Sangkutan Industri. 2. Pihak Universiti berhak membuat sebarang penyelarasan semula elaun yang diterima oleh pegawai sepanjang tempoh menjalani Cuti Sangkutan Industri. 3. Pegawai yang mengikuti Cuti Sangkutan Industri hendaklah menghabiskan semua cuti rehat yang beliau layak sebelum memulakan Cuti Sangkutan Industri tersebut. Cuti rehat dianggap luput sebaik sahaja pegawai memulakan Cuti Sangkutan Industri. 4. Bagi pegawai yang mengambil Cuti Sangkutan Industri melebihi sembilan (9) bulan dan mengikuti Cuti Sangkutan Industri di luar negara boleh dibenarkan mengambil cuti maksimum selama tujuh hari sebaik sahaja tamat Cuti Sangkutan Industrinya 3

sekiranya mempunyai baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sangkutan Industri. Kelayakan cuti rehat akan dikira mulai tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas semula. KUASA MELULUSKAN 5. Semua permohonan yang layak akan dipertimbangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif bagi mendapatkan kelulusan. PANDUAN PEMILIHAN TEMPAT 6. Pegawai yang ingin mengikuti Cuti Sangkutan Industri perlu mendapatkan tempat latihan yang memenuhi syarat-syarat berikut: a) boleh dilaksanakan di sektor awam atau sektor swasta; b) sekiranya dijalankan di sektor swasta, syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); c) tempat latihan hendaklah menyediakan pegawai berkelayakan profesional untuk menyelia; d) program Cuti Sangkutan Industri akan memberi nilai tambah (value added) kepada pegawai dan Universiti; e) mempunyai structured training programme yang sesuai dengan keperluan pegawai; dan f) latihan boleh dibuat di dalam atau di luar negara. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 7. Pegawai sedang menjalani Cuti Sangkutan Industri adalah bertanggungjawab mematuhi undang-undang peraturan serta arahan yang ditentukan tempat Cuti Sangkutan Industri dan masih terikat kepada peraturan Perkhidmatan Awam. 8. Pertukaran Tempat Cuti Sangkutan Industri i. Pegawai hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah dipersetujui di peringkat awal sehingga tamat latihan. 4

ii. Pegawai tidak dibenarkan menukar tempat latihan Cuti Sangkutan Industri yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran daripada Jawatankuasa Eksekutif. 9. Kerahsiaan Pegawai hendaklah menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi daripada latihan ini hanya untuk tujuan pembelajaran dalam latihan yang dikendalikan di masa akan datang tanpa mendedahkan maklumat sulit yang boleh menjejaskan firma tempat latihan yang bekenaan. Semua bahan yang dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat kebenaran daripada pegawai di tempat latihan. TATATERTIB DAN PENGLIBATAN DALAM PEKERJAAN 20. Pegawai dalam tempoh Cuti Sangkutan Industri tertakluk kepada Akta Badan- Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj), 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. 2. Pegawai yang menjalankan Cuti Sangkutan Industri tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa jua aktiviti secara langsung atau tidak langsung yang difikirkan oleh univesiti tidak berfaedah kepada pegawai dan universiti. LAPORAN 22. Pegawai yang melapor diri bertugas semula sebaik sahaja Cuti Sangkutan Industrinya tamat, mesti mengemukakan laporan dalam tempoh 30 hari selepas melapor diri. 23. Pegawai yang gagal menghantar laporan dalam tempoh yang ditetapkan tidak akan diberi pertimbangan untuk mendapatkan Cuti Sangkutan Industri pada masa hadapan dan boleh diambil tindakan tatatertib berdasarkan Akta 605. 24. Pegawai hendaklah mengemukakan laporan berdasarkan format yang ditetapkan oleh pihak Urus Setia. 5

25. Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) hendaklah berpuas hati dengan laporan yang disediakan untuk kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi pegawai (Akademik) / Pendaftar bagi pegawai (Bukan Akademik). IKATAN 26. Pegawai yang hendak mengikuti Cuti Sangkutan Industri dikehendaki membuat ikatan perjanjian dengan Universiti. Perjanjian Cuti Sangkutan Industri seperti dalam Lampiran. 27. Pegawai yang diluluskan Cuti Sangkutan Industri mesti menyempurnakan ikatan perjanjian dengan dua (2) orang penjamin sebelum memulakan Cuti Sangkutan Industri, membuat akujanji akan berkhidmat dengan Universiti selama tempoh; a) 2 bulan dari tarikh melapor diri untuk bertugas sekiranya Cuti Sangkutan Industri diambil dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan; atau b) 24 bulan dari tarikh melapor diri untuk bertugas sekiranya Cuti Sangkutan Industri diambil melebihi tempoh enam (6) bulan. 28. Kadar tuntutan ganti rugi akibat daripada perlanggaran mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian Cuti Sangkutan Industri dikehendaki untuk membayar RM30,000.00 atau kos sebenar (mengikut mana yang lebih tinggi) yang telah dibelanjakan oleh Universiti. PROSEDUR MEMOHON 29. Pemohon dikehendaki menggunakan borang permohonan seperti Lampiran 2 pemohon dikehendaki memohon sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tarikh memulakan Cuti Sangkutan Industri. 6

HAK UNIVERSITI 30. Universiti berhak meminda apa-apa peraturan dan peruntukan syarat-syarat di atas pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang makluman dan pegawai adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. 3. Universiti berhak menarik balik kelulusan Cuti Sangkutan Industri atau menamatkan Perjanjian Cuti Sangkutan Industri pegawai dengan memberi notis bertulis pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab. 7

Lampiran UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PERJANJIAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI Perjanjian ini diperbuat pada... haribulan... 20... DI ANTARA... No. Kad Pengenalan...yang beralamat di...... (Kemudian daripada ini disebut sebagai PEGAWAI sebagai pihak pertama; dengan UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (Kemudian daripada ini disebut sebagai UNIVERSITI) sebagai pihak kedua; DAN...(HURUF BESAR) No. Kad Pengenalan... yang beralamat di...... dan... (HURUF BESAR) No. Kad Pengenalan...yang beralamat di......(kemudian daripada ini disebut sebagai PENJAMIN-PENJAMIN ) sebagai pihak ketiga. DAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 97 yang beralamat di 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor (kemudian daripada ini disebut sebagai UNIVERSITI ) disatu pihak yang lain; BAHAWASANYA: (A) PEGAWAI adalah staf UNIVERSITI yang telah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan untuk memohon cuti bagi tujuan sangkutan di industri (kemudian daripada ini disebut sebagai cuti sangkutan di industri tersebut ); dan (B) UNIVERSITI telah bersetuju meluluskan permohonan cuti sangkutan di industri tersebut mengikut sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Cuti Sangkutan Di Industri / Syarat syarat dan Peraturan Cuti Sangkutan Industri yang dilampirkan di Lampiran Satu, Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut sebagai surat kelulusan tersebut ) tertakluk kepada syarat-syarat di dalam perjanjian ini. (C) PENJAMIN-PENJAMIN dan tiap-tiap seorang daripada mereka dengan ini secara bersama dan perseorangan berjanji dengan UNIVERSITI bahawa tiaptiap syarat dan arahan di bawah ini akan semuanya dipenuhi oleh PEGAWAI. (D) PENJAMIN-PENJAMIN bersetuju menjamin dan bertanggungjawab di atas segala kerugian yang ditanggung oleh UNIVERSITI disebabkan keingkaran PEGAWAI dalam melaksanakan syarat dan terima di dalam perjanjian ini. MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:

TEMPOH CUTI SANGKUTAN DI INDUSTRI. Cuti sangkutan di industri tersebut hendaklah berkuatkuasa mengikut tempoh sebagaimana yang ditetapkan di dalam surat kelulusan tersebut (kemudian daripada ini disebut sebagai tempoh tersebut ). Walau bagaimanapun, UNIVERSITI boleh menamatkan perjanjian ini lebih awal pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut masih berkuatkuasa. TEMPOH IKATAN PERKHIDMATAN 2. Sebagai balasan kelulusan cuti sangkutan di industri tersebut, PEGAWAI dengan ini adalah terikat dengan perjanjian perkhidmatan dengan UNIVERSITI untuk tempoh: (a) selama 2 bulan sekiranya Cuti Sangkutan Industri diambil dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan atau 24 bulan daripada tarikh PEGAWAI melapor diri selepas tempoh cuti sangkutan di industri tersebut tamat. (b) selama 24 bulan sekiranya Cuti Sangkutan Industri diambil melebihi tempoh enam (6) bulan daripada tarikh PEGAWAI melapor diri selepas tempoh cuti sangkutan di industri tersebut tamat. ELAUN KHAS CUTI SANGKUTAN DI INDUSTRI 3. Dalam tempoh cuti sangkutan di industri tersebut berkuatkuasa, selain daripada gaji dan elaun-elaun yang PEGAWAI berkelayakan, PEGAWAI layak dibayar elaun mengikut kadar dan syarat syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2005 dan pekeliling pekeliling semasa yang terpakai sahaja tertakluk kepada syarat-syarat di dalam perjanjian ini.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 4. PEGAWAI dengan ini bersetuju bahawa: (a) akan memasuki dan dengan sesungguhnya menjalani program cuti sangkutan di industri tersebut mengikut sebagaimana yang diluluskan dan dikehendaki oleh UNIVERSITI mengikut butir-butir yang dinyatakan di dalam surat kelulusan tersebut; (b) PEGAWAI akan menyempurnakan dan menamatkan program cuti sangkutan di industri tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam surat kelulusan tersebut atau dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh UNIVERSITI dari semasa ke semasa; (c) mengisytiharkan kepada UNIVERSITI sekiranya PEGAWAI mendapat bantuan berbentuk kewangan yang serupa seperti yang diberikan oleh UNIVERSITI daripada pihak lain; (d) selain daripada laporan yang dinyatakan di perenggan 7 Perjanjian ini, PEGAWAI juga hendaklah menghantar laporan berkenaan cuti sangkutan di industri tersebut kepada UNIVERSITI sekiranya diminta dari semasa ke semasa; (e) mematuhi segala arahan-arahan UNIVERSITI yang berhubungan dengan perjanjian ini dari semasa ke semasa; (f) bersedia untuk dipanggil berkhidmat di UNIVERSITI pada bila-bila masa sekiranya khidmat PEGAWAI diperlukan oleh UNIVERSITI; (g) sepanjang tempoh cuti sangkutan di industri tersebut, PEGAWAI tidak akan mengambil bahagian dalam apa-apa juga kegiatan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang difikirkan oleh UNIVERSITI tidak berfaedah atau boleh memudaratkan PEGAWAI atau UNIVERSITI atau negara;

(h) PEGAWAI akan menjaga nama baik UNIVERSITI dengan menjaga tatakelakuan PEGAWAI sepanjang menjalani tempoh cuti sangkutan di industri tersebut; dan (i) PEGAWAI akan sentiasa mematuhi undang-undang atau peraturanperaturan yang terpakai sama ada di UNIVERSITI atau di Malaysia atau di mana-mana tempat lain PEGAWAI ditempatkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang atau tindakan tatatertib sekiranya melanggar mana-mana peruntukan tersebut. TANGGUNGJAWAB UNIVERSITI 5. Sebagai balasan bagi perkara-perkara tersebut di atas, UNIVERSITI dengan ini bersetuju: (a) membayar kepada PEGAWAI, gaji serta elaun-elaun yang layak diperolehi oleh PEGAWAI sepanjang cuti sangkutan di industri tersebut kecuali elaun pentadbiran yang PEGAWAI berkelayakan sebelum cuti sangkutan di industri tersebut diluluskan. (b) walau apa pun peruntukan perjanjian ini seperti yang disebutkan di atas, UNIVERSITI berhak untuk tidak memenuhi tanggungjawab yang disebutkan dalam perenggan 5(a) di atas sekiranya PEGAWAI menerima bantuan kewangan yang serupa daripada pihak lain melainkan setelah mendapat kelulusan Naib Canselor dan setelah pelarasan mengenai bantuan kewangan tersebut dibuat oleh UNIVERSITI.

CUTI REHAT 6. Sekiranya PEGAWAI mengikuti Cuti Sangkutan Industri melebihi: (a). tiga (3) bulan, PEGAWAI hendaklah menghabiskan semua cuti rehat yang beliau layak sebelum memulakan Cuti Sangkutan Industri tersebut bagi mengelakkan cuti rehat tersebut luput. (b). sembilan (9) bulan dan mengikuti Cuti Sangkutan Industri di luar negara boleh dibenarkan mengambil cuti maksimum selama tujuh hari sebaik sahaja tamat Cuti Sangkutan Industrinya yang dikira daripada cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sangkutan Industri. Kelayakan cuti rehat akan dikira mulai tarikh PEGAWAI melapor diri untuk bertugas semula. LAPORAN 7. PEGAWAI hendaklah mengemukakan laporan lengkap aktiviti PEGAWAI sepanjang tempoh cuti sangkutan di industri tersebut dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas PEGAWAI melapor diri di UNIVERSITI. PEGAWAI yang gagal menghantar laporan dalam tempoh yang ditetapkan tidak akan diberi pertimbangan untuk mendapatkan Cuti Sangkutan Industri pada masa hadapan dan boleh diambil tindakan tatatertib berdasarkan Akta 605. PENAMATAN PERJANJIAN 8. Adalah dipersetujui bahawa, jika dalam tempoh cuti sangkutan di industri tersebut, PEGAWAI melanggar mana-mana peruntukan di dalam perjanjian ini atau enggan mematuhi arahan-arahan yang disampaikan oleh UNIVERSITI kepada PEGAWAI, maka UNIVERSITI boleh menamatkan perjanjian ini dan menuntut gantirugi sebagaimana dinyatakan di perenggan 9(2) perjanjian ini, dan dengan itu, tanpa menyentuh tanggungjawab UNIVERSITI di dalam Perjanjian ini, PEGAWAI terhenti daripada menerima apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini.

9. Maka dalam tiap-tiap hal yang demikian PEGAWAI dan PENJAMIN-PENJAMIN secara bersama dan perseorangan adalah bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi penerima-penerima pemberian hak mereka, membayar balik kepada UNIVERSITI gantirugi sebanyak... atau semua wang yang telah dibayar kepada PEGAWAI atau bagi pihaknya secara gaji, elaun-elaun atau selainnya dan semua wang yang telah dibelanjakan atau tanggungannya telah diterima oleh UNIVERSITI secara yuran, tambang dan lain-lain yang bersangkutan dengan atau disebabkan oleh perjanjian ini mengikut mana yang lebih banyak. TUNTUTAN GANTIRUGI 0. () Adalah dipersetujui bahawa jika PEGAWAI: (a) meninggalkan program cuti sangkutan di industri tersebut sebelum tamat tempoh yang ditetapkan tanpa persetujuan UNIVERSITI; atau (b) melanggar mana-mana peruntukan perjanjian ini; atau (c) dibuang kerja oleh UNIVERSITI dalam tempoh cuti sangkutan di industri tersebut; atau (d) telah meletak jawatan dan meninggalkan UNIVERSITI dalam tempoh cuti sangkutan di industri tersebut atau dalam tempoh ikatan perkhidmatan PEGAWAI masih berkuatkuasa; (2) Maka dalam tiap-tiap hal yang demikian PEGAWAI hendaklah membayar kepada UNIVERSITI gantirugi sebanyak Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Ribu Sahaja (RM30,000.00) atau kos sebenar (mengikut mana yang lebih tinggi) yang telah dibelanjakan oleh Universiti.

PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG. Perjanjian ini hendaklah sentiasa tertakluk dan ditafsirkan mengikut undangundang Malaysia iaitu Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj), 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. PENYAMPAIAN NOTIS 2. Apa-apa notis atau makluman atau tuntutan berkaitan perjanjian ini hendaklah dianggap sah dan telah disampaikan pada tarikh dan hari yang dicatatkan di dalam akuan penerimaan sekiranya dibuat secara bertulis dan disampaikan dengan tangan atau pos berdaftar ke alamat seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian ini. SURAT KELULUSAN 3. Adalah dipersetujui bahawa Surat Kelulusan Cuti Sangkutan Industri Rujukan:...bertarikh...hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian penting perjanjian ini.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, pihak-pihak kepada perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas. DITANDATANGANI OLEH )... PEGAWAI ) Di hadapan )... (tandatangan saksi) Nama Saksi :... No. Kad Pengenalan:... Pekerjaan:... Alamat:......... DITANDATANGANI OLEH )... PENDAFTAR bagi pihak ) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ) ONN MALAYSIA ) Di hadapan )... (tandatangan saksi) Nama Saksi :... No. Kad Pengenalan:... Pekerjaan:... Alamat:.........

DITANDATANGANI OLEH ) PENJAMIN pertama ) Di hadapan ) Nama Saksi :... No. Kad Pengenalan:.... Pekerjaan:... Alamat:............ (Tandatangan Saksi) DITANDATANGANI OLEH ) PENJAMIN kedua ) Di hadapan ) Nama Saksi :... No. Kad Pengenalan:... Pekerjaan:... Alamat:............ (Tandatangan Saksi)

Lampiran 2 UTHM.PP/PI-05/2009 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) BORANG PERMOHONAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (Catatan : Borang ini mengandungi 5 muka surat yang bercetak). Nama : 2. Jawatan/Gred : 2. No. Pekerja : Jabatan/Fakulti/Pusat : 3. Bidang Kepakaran Penyelidikan : 4. Penempatan Industri yang lalu (jika ada) : Tarikh Mula : Tempoh (bulan) : 5. Penempatan Industri yang dipohon sekarang : Tarikh Mula : Tempoh (bulan) : 6. Rancangan Pengajian/Penyelidikan yang dicadangkan semasa mengikuti program Penempatan Industri : a. Industri/Tempat Pengajian : b. Penyelia : c. Rancangan Pengajian/Penyelidikan : (Sila kemukakan rancangan pengajian/penyelidikan dengan terperinci di atas kertas yang berasingan) d. Hubungan rancangan pengajian/penyelidikan pemohon dengan pengajaran atau penyelidikannya serta faedah kepada Universiti dan negara:

UTHM.PP/PI-05/2009 e. Persetujuan Institusi dan Penyelia untuk menerima pemohon menjalankan program Penempatan Industri yang dicadangkan : (Sila kemukakan surat persetujuan) f. Sebab-sebab memilih Institusi/Tempat Pengajian/Penyelidikan yang dicadangkan : 7. Jika 6(f) di luar Malaysia, sila beri sebab-sebab: Mengapa perlu ke luar Malaysia? 8. Butir-butir biasiswa, bantuan, hadiah atau bantuan pengajian/penyelidikan yang telah ditawarkan ataupun dipohon : Tarikh Tandatangan Pemohon 9. PENGESAHAN OLEH PEGAWAI UNIT PERKHIDMATAN, CUTI DAN PERSARAAN, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PEJABAT PENDAFTAR Adalah dengan ini disahkan bahawa, Buku Perkhidmatan bagi Yg. Bhg. Prof./Tuan/Puan telah disemak dan diakui maklumat-maklumat yang diberikan oleh pegawai di atas adalah benar. Tarikh ( ) Tandatangan & Cop Jawatan

0. ULASAN DAN PENGAKUAN DEKAN/KETUA JABATAN UTHM.PP/PI-05/2009 a. Hubungan rancangan penyelidikan/pengajian pemohon dengan pengajaran atau penyelidikannya dan faedahnya kepada negara, Universiti dan staf berkenaan. b. Samada tempat yang dipohon terbaik sekali untuk rancangan yang dikemukakan. c. Samada pemohon dapat dibebaskan daripada tanggungjawab di Jabatan bagi tempoh yang dipohon. d. Pandangan lain (jika ada) : Tarikh ( ) Tandatangan & Cop Jawatan

GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI. Menyediakan kertas cadangan dalam tiga (3) muka surat mengenai permohonan menjalani Cuti Sangkutan Industri. 2. Menyediakan cadangan penuh maklumat yang perlu disediakan seperti berikut: 2. Keperluan Cuti Sangkutan Industri bagaimana cadangan anda boleh memenuhi keperluan pembangunan kerja anda. Apakah faedah kepada pelajar, universiti dan negara. 2.2 Deskripsi keseluruhan cadangan. Anda nyatakan objektif, apakah yang hendak dicapai dan bagaimana anda mengukur pencapaian tersebut. Jelaskan aktiviti Cuti Sangkutan Industri dan terangkan apakah yang akan anda lalui. 2.3 Hasil yang dijangkakan. Terangkan jangkaan anda samaada pada pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan 2.4 Jelaskan bukti menerangkan hasil yang dijangkakan. 2.5 Relevannya aktiviti Cuti Sangkutan Industri anda dengan keadaan semasa terutama untuk menambahbaik pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di universiti. 2.6 Lain-lain faedah sekiranya ada. 2.7 Menyediakan maklumat bagi dua (2) orang rujukan yang boleh memberi ulasan mengenai cadangan Cuti Sangkutan Industri anda. Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar Tahun 20

CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI Mula Permohonan Perakuan / Sokongan Ketua PTj Tidak Lulus Ya Kebenaran tempat sangkutan industri Tidak Lulus Ya Pengesahan maklumat perkhidmatan oleh Pejabat Pendaftar Maklumkan kepada pemohon Tidak Maklumat Disahkan Tamat A Ya

A Perakuan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) / Pendaftar Pertimbangan / Kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Keluarkan surat keputusan Tidak Keputusan Jawatankuasa Eksekutif Tamat Lulus Keluarkan surat tawaran Staf menjalani sangkutan industri Menghantar laporan akhir Lakukan pembetulan Perakuan Ketua PTj Tidak Sokong Tidak Ya Kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa / Pendaftar Tamat Ya

Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dari e-book ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam system yang boleh diperbaiki, atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau dengan mana-mana alat, elektronik, mekanikal, fotokopi, perakaman atau sebaliknya, tanpa keizinan dari Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Di sediakan oleh : Unit Pengembangan Kompetensi Bahagian Pengurusan Organisasi dan Kompetensi Pejabat Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 07-453 726/736 Unit Pengembangan Kompetensi UTHM http://pendaftar.uthm.edu.my