Nama Projek: Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT)

dokumen-dokumen yang mirip
BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

OSS Case Study Awards 2010

OSS Case Study Awards 2010 Sistem elatihan

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

OSS Case Study. Sistem Penggiliran Agensi Pelancongan (SPAP)

BORANG PENCALONAN. ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS)

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

PANDUAN MENGISI BORANG

BORANG PENCALONAN. ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

YAYASAN USAHA MAJU IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN. a) Nama Jawatan : Pengurus Cawangan. b) Skim Perkhidmatan/Gred : Pegawai Tadbir Gred N41

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

MODEL INTEGRASI SISTEM CUTI KAKITANGAN DENGAN SISTEM LOGIN DI KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

Polisi Privasi. Pengenalan

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) JABATAN TENAGA KERJA (JTK) & PEJABAT TENAGA KERJA (PTK)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

Public Sector OSS Case Study Awards 2010

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

GARIS PANDUAN PENCALONAN

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

TAKLIMAT PROJEK PERLUASAN MyMESYUARAT DI AGENSI-AGENSI SEKTOR AWAM. Document Version

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004


DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2013 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

LAPORAN PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT JANUARI-JUN Prosedur Objektif Kualiti Pencapaian Catatan

~ 1 ~ 2. Apa itu Pangkalan Data. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Kumpulan Pelaksana Pengawal Keselamatan KP11 10

Sistem e-transit Modul Pergerakan

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HARI MISI KESINAMBUNGAN BISNES 2017 : JCORP INTRAPRENEUR 2.0 CHALLENGE

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PROFIL PERKHIDMATAN

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

Transkripsi:

LAPORAN PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) 2011 Nama Projek: Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) 1. Profil Kementerian / Jabatan / Institusi Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KKM atau nama asalnya Pusat Teknologi Maklumat (PTM) telah ditubuhkan pada tahun 1990 di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Bahagian ini telah diperbesarkan organisasinya pada Oktober 2004 setelah kelulusan penstrukturan PTM diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di mana nama PTM bertukar kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK). Pada Disember 2004, bahagianbahagian di bawah Ibu Pejabat KKM termasuk BTMK telah berpindah dari Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur ke Parcel E, Putrajaya dan pada Ogos 2008, nama BTMK telah ditukarkan kepada Bahagian Pengurusan Maklumat. Visi BPM Penyedia penyelesaian ICT yang komprehensif bagi menyokong transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan. Misi BPM Membantu pengurusan KKM merancang strategi yang boleh menyampaikan perkhidmatan kesihatan dengan cekap menggunakan teknologi maklumat terkini; Menyediakan prasarana teknologi maklumat yang selamat, tersedia dan diyakini oleh semua agensi KKM; dan Menjadi rujukan agensi lain dalam pengurusan tadbir urus ICT dalam perkhidmatan kesihatan. 1

Objektif BPM Memberi khidmat nasihat dari segi perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan khidmat perundingan projek ICT; Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan menggunakan teknologi ICT terkini; Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal bagi memperkukuhkan prasarana ICT KKM; Menyediakan mekanisme yang berkesan bagi memantau pelaksanaan projek ICT. Melaksanakan tadbir urus ICT yang diiktiraf. 2. Sinopsis Projek 2.1 Ringkasan / Keterangan SPAT mula dibangunkan pada bulan Ogos 2008 di mana aplikasi berasaskan sumber terbuka ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu SPAT Awam dan SPAT Dalaman. SPAT Awam digunakan oleh orang awam bagi memohon pekerjaan jawatan kumpulan sokongan di KKM manakala SPAT Dalaman digunakan oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Sumber Manusia (BSM) KKM bagi memproses permohonan pekerjaan tersebut. Laman Utama SPAT Awam (http://jobkkm.moh.gov.my) 2

Laman Utama SPAT Dalaman (http://10.22.120.64/moh) 2.2 Faedah kepada Orang Awam dan Kerajaan Selaras dengan perkembangan ICT terkini, penggunaan SPAT telah banyak membawa faedah kepada orang awam dan kerajaan. SPAT Awam yang dibuka sepanjang tahun membolehkan orang awam yang berminat untuk berkhidmat dengan KKM memohon jawatan secara online melalui Internet. Selain daripada itu, pemohon juga boleh mengemaskinikan maklumat permohonan, menyemak status pendaftaran permohonan, jadual temuduga dan keputusan temuduga melalui sistem ini. Pihak kerajaan terutamanya KKM mendapat banyak manfaat melalui penggunaan aplikasi ini di mana urusan pengambilan pekerjaan yang banyak melibatkan proses kerja kompleks seperti pemerolehan, tapisan, temuduga, kertas pertimbangan dan tawaran jawatan dapat dikomputerisasikan tanpa melibatkan penggunaan borang-borang manual yang melibatkan penggunaan kertas. 2.3 Kelebihan dan Keistimewaan Projek Antara kelebihan aplikasi ini ialah ianya berperanan sebagai bank data yang mengandungi maklumat pemohon-pemohon yang berminat untuk berkhidmat dengan KKM di mana maklumat permohonan ini boleh digunakan dalam urusan pengambilan pekerjaan oleh KKM apabila wujud keperluan pengisian 3

jawatan di KKM pada bila-bila masa. Aplikasi ini juga membolehkan orang awam untuk memohon jawatan secara terus kepada pihak KKM tanpa melalui agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 2.4 Faktor Projek Layak Untuk Memenangi Anugerah MYGOSS Projek ini layak memenangi Anugerah MYGOSS kerana penggunaan aplikasi ini sejak tahun 2009 telah banyak melicinkan urusan pengambilan pekerjaan di KKM, menjimatkan masa, kos dan tenaga. Pembangunan aplikasi ini menggunakan perisian berasaskan sumber terbuka ternyata telah banyak menjimatkan wang kerajaan dari segi kos pembangunan dan kos penyelenggaraan aplikasi. SPAT adalah layak untuk memenangi anugerah ini kerana aplikasi ini telah banyak membantu KKM ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada orang awam di Malaysia. Penggunaan sistem ini juga dapat meningkatkan motivasi orang awam dalam mendapatkan pekerjaan yang lebih stabil di mana aplikasi ini telah meningkatkan peluang pekerjaan kepada calon yang berkelayakan yang sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain daripada itu, penggunaan sistem ini juga telah meningkatkan produktiviti dan kecekapan pegawai KKM terutamanya pegawai BSM KKM dalam bidang ICT. 3. Teknologi Yang Digunakan Development tool yang digunakan dalam pembangunan SPAT ialah Netbeans di mana ianya merupakan salah satu Integrated Development Environment (IDE) yang mengandungi editor untuk source code, compiler, build automation dan debugger untuk membangunkan pelbagai jenis aplikasi berasaskan pengaturcaraan Java. Pangkalan data yang digunakan ialah MySQL versi 5 di mana ianya merupakan suatu sistem pengurusan pangkalan data berkeupayaan tinggi yang dapat 4

memaksimumkan kelajuan dan kestabilan di samping mengurangkan kos pangkalan data. Pembangunan SPAT adalah menggunakan Java Programming with Spring Framework yang berasaskan sumber terbuka manakala penghasilan laporanlaporan yang terdapat dalam SPAT pula adalah menggunakan aplikasi business intelligence yang turut merupakan aplikasi sumber terbuka iaitu JasperReport. SPAT telah dibangunkan berasaskan teknologi web di mana ianya boleh diakses oleh mana-mana pelayar (browser) menggunakan Internet. Walaubagaimanapun, SPAT Dalaman hanya boleh diakses melalui rangkaian MOH*NET sahaja untuk tujuan keselamatan data. 4. Kelebihan / Keunikan 4.1 Kelebihan Projek Berbanding Projek Lain SPAT merupakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk pemohon, pegawai dan kakitangan di BSM KKM dan untuk panel penemuduga. Dalam erti kata lain, fungsi dan modul yang terdapat dalam SPAT telah dibangunkan berdasarkan kehendak orang awam dan bagi memenuhi keperluan pegawai dan kakitangan BSM dan panel penemuduga. Selain daripada itu, SPAT juga dan mampu menghasilkan pelbagai jenis laporan yang diperlukan oleh KKM. Sebagai contoh, SPAT boleh menjana surat akuan pendaftaran atau surat penolakan pendaftaran, surat panggilan temuduga, surat keputusan temuduga dan surat tawaran lantik secara automatik tanpa perlu ditaip terlebih dahulu oleh pegawai atau kakitangan BSM KKM. Kesemua laporan dan surat yang telah dijana secara automatik oleh SPAT ini juga boleh disimpan dalam bentuk elektronik bagi tujuan rujukan pemohon dan pegawai serta kakitangan BSM KKM. SPAT merupakan satu aplikasi pengurusan yang amat stabil kerana ianya mampu memproses permohonan pekerjaan dalam kuantiti yang sangat 5

banyak tanpa sebarang permasalahan teknikal yang serius. Selain daripada itu, ianya juga tidak menjejaskan orang awam yang sedang memohon atau mengemaskinikan maklumat permohonan mereka sekiranya pada masa yang sama terdapat aktiviti pemprosesan bagi urusan pengambilan sedang dijalankan oleh BSM KKM. 4.2 Kelainan Konsep dan Idea Dari segi kelainan konsep dan idea, aplikasi ini melibatkan penggunaan dua (2) server berbeza di mana server SPAT Awam ditempatkan di Pusat Data KKM, MyLoca bagi mempercepatkan akses orang awam manakala server SPAT Dalaman ditempatkan di Pusat Data BPM, KKM bagi mempercepatkan akses pegawai di KKM dan untuk tujuan keselamatan data. SPAT juga mempunyai sedikit kelainan dari segi konsep di mana ianya melibatkan konsep replikasi data di mana data dari server SPAT Awam akan dihantar ke server SPAT Dalaman pada setiap malam. Proses replikasi data yang melibatkan penggunaan replication script dan task scheduler ini adalah bagi membolehkan data-data pemohon digunakan seterusnya untuk urusan pemerolehan, tapisan, temuduga, kertas pertimbangan, tawaran dan sebagainya oleh pihak BSM KKM. Penemuduga yang telah dilantik bagi setiap sesi temuduga juga tidak perlu mengakses ke sistem bagi mendapatkan maklumat pemohon kerana maklumat pemohon telah dimuat turun dalam format Excel yang boleh disimpan dalam notebook penemuduga. Selain daripada itu, penemuduga juga boleh terus memasukkan markah temuduga calon semasa sesi temuduga dijalankan tanpa perlu menggunakan borang atau memasukkan markah tersebut selepas temuduga berakhir. 4.3 Peningkatan Keberkesanan Penggunaan SPAT telah mengurangkan birokrasi bagi pemohon untuk memohon pekerjaan di KKM di mana pemohon tidak perlu ke BSM KKM secara fizikal bagi mendapatkan borang permohonan pekerjaan. Selain daripada itu, ianya juga telah banyak menjimatkan penggunaan kertas kerana 6

semua borang dan laporan adalah dalam bentuk elektronik dan tiada lagi masalah dari segi pengurusan fail fizikal yang sekaligus menjimatkan ruang kerja di BSM KKM. 4.4 Perkongsian Maklumat Maklumat yang terkandung dalam SPAT adalah sulit dan setakat ini ianya tidak digunakan untuk mana-mana tujuan lain selain daripada untuk urusan pengambilan pekerjaan di KKM sahaja. Walaubagaimanapun, perkongsian maklumat dalam pangkalan data SPAT dengan aplikasi lain yang memerlukan boleh dilaksanakan pada masa akan datang. 5. Inovasi 5.1 Penggunaan Teknologi atau Metodologi Secara Inovatif Pembangunan SPAT adalah berdasarkan metodologi Sistem Development Life Cycle (SDLC) di mana ianya melibatkan fasa analisis dan rekabentuk, pembangunan aplikasi, pengujian, UAT dan FAT, pemasangan dan implementasi. Setiap masa yang diperuntukkan bagi setiap fasa seperti dinyatakan di atas telah digunakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan pembangunan aplikasi dapat disiapkan dalam tempoh empat (4) bulan. Pembangunan SPAT turut melibatkan proses kawalan kualiti (quality control) di mana prosedur ISO 9000-3 bagi pembangunan aplikasi telah digunakan bagi memastikan SPAT benar-benar berkualiti tinggi tanpa menjejaskan kos dan jadual pembangunan yang telah ditetapkan. Disamping itu, pelaksanaan SPAT turut menyaksikan berlakunya beberapa program pengurusan perubahan (change management) di KKM di mana kakitangan dan pegawai di BSM KKM telah diberi pendedahan mengenai perubahan cara kerja yang telah dikomputerisasikan melalui penggunaan SPAT. 5.2 Keaslian atau Penambahbaikan Dari segi keaslian, pembangunan SPAT adalah berdasarkan proses kerja sedia ada di BSM KKM di mana urusan pengambilan pekerjaan di KKM ada 7

melibatkan urusan pemerolehan sebelum urusan tapisan calon dilaksanakan. Kebanyakan urusan pengambilan pekerjaan selain di KKM tidak mempunyai proses pemerolehan. Dalam erti kata lain, pengguna SPAT yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan BSM KKM tidak mempunyai masalah untuk menggunakan aplikasi ini kerana kebanyakan proses yang terlibat dalam urusan pengambilan seperti pendaftaran, pemerolehan, tapisan, temuduga, kertas pertimbangan, tawaran dan lantikan yang sebelum ini dilaksanakan secara manual boleh dilaksanakan melalui penggunaan SPAT. 5.3 Ciri-ciri / Fungsi yang Ketara Penerangan mengenai modul-modul yang mempunyai ciri-ciri atau fungsi ketara yang terdapat dalam SPAT adalah seperti berikut: Modul Pendaftaran Menyimpan maklumat berkaitan permohonan jawatan yang diisi sendiri oleh para pemohon yang terdiri daripada warganegara Malaysia. Skrin Modul Pendaftaran (SPAT Dalaman) Modul Pemerolehan Mengumpul maklumat calon-calon yang sah dari pangkalan data untuk sesuatu jawatan yang dinyatakan dalam pemerolehan. Calon yang berjaya 8

dalam proses pemerolehan akan diberikan status Layak Pemerolehan manakala calon yang tidak berjaya diberikan status Tidak Layak Pemerolehan. Skrin Modul Pemerolehan (SPAT Dalaman) Modul Tapisan Menyediakan kemudahan tapisan mengikut kriteria yang ditetapkan bagi jawatan tertentu. Modul ini membenarkan pengguna di BSM KKM membuat proses tapisan berulang kali dan akan memaparkan keputusan hasil tapisan tersebut di skrin aplikasi. 9

Skrin Modul Tapisan (SPAT Dalaman) Modul Temuduga Menyediakan kemudahan pengeluaran surat panggilan temuduga dan kemasukan maklumat berkenaan jadual temuduga oleh KKM. Panel temuduga juga boleh menyemak jadual, tempat dan senarai calon yang telah ditapis. Selain daripada itu, maklumat terperinci calon dan borang pengisian markah temuduga juga boleh dimuat turun ke komputer riba panel penemuduga. Keputusan hasil temuduga juga boleh dimuat naik melalui aplikasi ini. 10

Skrin Modul Temuduga (SPAT Dalaman) Modul Kertas Pertimbangan Menyenaraikan calon-calon yang diperakukan untuk lantikan dan simpanan berdasarkan keputusan temuduga yang diperolehi daripada panel penemuduga. Skrin Modul Kertas Pertimbangan (SPAT Dalaman) 11

Modul Tawaran Menjana surat tawaran kepada setiap calon yang dilantik dan surat pemberitahuan kepada calon simpanan dan gagal. Skrin Modul Tawaran (SPAT Dalaman) Modul Semakan / Pertanyaan Menyediakan kemudahan semakan atas talian bagi status pendaftaran, jadual temuduga dan keputusan temuduga. Skrin Modul Semakan (SPAT Awam) 12

Skrin Modul Semakan / Pertanyaan (SPAT Dalaman) Modul Executive Information Sistem (EIS) / Laporan Menjana laporan dan statistik bagi membantu pihak pengurusan atasan KKM membuat keputusan dan memantau urusan pengambilan pekerjaan di KKM. Skrin Modul Laporan (SPAT Awam) 13

Skrin Laporan Pada Modul Tawaran (SPAT Dalaman) 5.4 Teknologi Enabling Bagi Menghasilkan Inovasi dan Penyelesaian Berkesan SPAT telah dibangunkan berdasarkan arkitektur teknologi berasaskan web di mana aplikasi ini boleh diakses oleh mana-mana pelayar (browser) menggunakan talian Internet. Teknologi ini membolehkan ianya diakses sepanjang masa dan di semua lokasi yang mempunyai kemudahan Internet. Disamping itu juga, pembangunan SPAT adalah menggunakan perisian sumber terbuka di mana ianya tidak melibatkan kos penggunaan lesen yang sekaligus telah banyak menjimatkan wang kerajaan. Perisian sumber terbuka ini juga adalah mudah untuk difahami, dipelajari dan dipraktikkan memandangkan terdapat banyak forum atau sokongan komuniti (community support) yang boleh membantu dalam pembangunan aplikasi berasaskan sumber terbuka seperti SPAT ini. Open Source Competence Center (OSCC) MAMPU merupakan salah satu badan yang banyak menghasilkan panduan, memberi bantuan teknikal, mengkoordinasikan dan memantau pelaksanaan dan pembangunan perisian berasaskan sumber terbuka dalam sektor kerajaan di Malaysia. Dengan adanya panduan dan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak 14

termasuk OSCC, aplikasi SPAT mempunyai potensi untuk terus berdaya saing bagi meningkatkan produktiviti dan efisiensi pihak KKM dalam urusan pengambilan kakitangan serta boleh ditambahbaik dan diperluaskan penggunaannya pada masa akan datang. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, SPAT turut mempunyai mekanisme bagi memudahkan panel penemuduga untuk menjalankan sesi temuduga dan memasukkan markah keputusan temuduga tanpa perlu mengakses ke aplikasi SPAT. Hal ini adalah kerana terdapat banyak sesi temuduga yang diadakan di luar fasiliti KKM yang tidak mempunyai kemudahan atau akses kepada Internet. Mekanisme ini merupakan satu penyelesaian berkesan SPAT bagi melancarkan urusan temuduga di lokasilokasi yang tidak mempunyai kemudahan Internet. 6. Kualiti / Pengiktirafan 6.1 Piawaian Kebangsaan atau Antarabangsa yang Digunakan Pembangunan SPAT adalah berdasarkan Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) di mana kod-kod standard yang digunakan dalam DDSA turut digunakan dalam pangkalan data SPAT. Sebagai contohnya, kod bagi senarai agama dan jenis ketidakupayaan adalah berdasarkan kod DDSA. 6.2 Metodologi Projek SPAT telah dibangunkan menggunakan metodologi SDLC di mana ianya bermula dengan fasa analisis dan rekabentuk, pembangunan aplikasi, pengujian, UAT dan FAT, pemasangan dan implementasi. Metodologi SDLC ini merupakan satu metodologi pembangunan aplikasi yang standard dan stabil serta telah banyak dan Berjaya digunakan dalam projek-projek ICT yang lain. 6.3 Keberkesanan Kos SPAT telah dibangunkan dengan kos pembangunan aplikasi sebanyak RM168,000.00. Keberkesanan kos pembangunan SPAT ini adalah seperti di Jadual 1.0. 15

Tahun Bilangan Kos (RM) Jumlah (RM) Permohonan 2009 206750 RM1.20 RM 248,100.00 2010 155456 RM1.20 RM 186,547.20 2011 166242 RM1.20 RM 199,490.40 (Jan-Okt) Jumlah 528,448 RM 3.60 RM 634,137.60 Jadual 1.0 Kos Permohonan Pekerjaan di KKM Nota: Pengiraan kos diatas adalah untuk kos cetakan borang permohonan dan kos helaian kertas yang boleh dikategorikan seperti berikut: Helaian x Kos Jumlah (RM) Kertas Yang Dicetak Borang Permohonan 8 helai x RM0.10 RM 0.80 Surat Akaun Pendaftaran 1 helai x RM0.10 RM 0.10 Surat Panggilan Temuduga 1 helai x RM0.10 RM 0.10 Surat Keputusan Temuduga 1 helai x RM0.10 RM 0.10 Surat Tawaran Lantik / Simpanan 1 helai x RM0.10 RM 0.10 Jumlah 12 helaian RM 1.20 Jadual 2.0 Perincian dan Keterangan Kos Jadual 1.0 menunjukkan kos yang telah berjaya dijimatkan melalui penggunaan SPAT yang tidak lagi menggunakan kertas atau borang yang dicetak untuk setiap pemohon. Berdasarkan Jadual 1.0, SPAT telah berjaya mencapai keberkesanan kos sejak tahun pertama perlaksanaannya iaitu pada tahun 2009 di mana jumlah penjimatan adalah sebanyak RM248,100.00 berbanding kos pembangunan sebanyak RM 168,000.00. Sehingga Oktober 2011, sebanyak RM466,137.60 (RM634,137.60 RM 168,000.00) telah berjaya dijimatkan melalui penggunaan SPAT. 16

6.4 Peningkatan Produktiviti dan Keberkesanan Dari segi peningkatan produktiviti dan keberkesanan, didapati SPAT telah banyak memudahkan proses kerja urusan pengambilan pekerjaan di KKM di mana urusan pemerolehan, tapisan, temuduga dan penyediaan kertas pertimbangan adalah secara automatik melalui SPAT. Pegawai dan kakitangan hanya perlu mencetak surat akuan pendaftaran / penolakan, surat panggilan temuduga, surat keputusan temuduga dan surat tawaran lantik dari SPAT tanpa perlu menaip keseluruhan surat-surat tersebut. Mekanisme ini telah mengurangkan beban kerja pegawai dan kakitangan di BSM KKM. Selain daripada itu, masalah kesilapan typo error juga dapat dielakkan. Selain daripada itu, semakan status bagi setiap peringkat yang terlibat dalam urusan pengambilan pekerjaan di KKM dapat dibuat dengan pantas melalui penggunaan SPAT. 6.5 Kepakaran Kakitangan SPAT merupakan satu aplikasi sumber terbuka yang bercirikan mesra pengguna (user friendly) di mana ianya boleh digunakan dengan mudah oleh pegawai dan kakitangan BSM walaupun ada segelintir daripada mereka yang tidak begitu mahir dalam ICT. Selain daripada itu, pasukan programmers di BPM KKM turut mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan aplikasi menggunakan sumber terbuka di mana sistem ini pernah ditambahbaik secara dalaman oleh pihak BPM KKM. 6.6 Keberkesanan Projek dan Kejayaan Pelaksanaan Keberkesanan dan kejayaan SPAT dapat dilihat melalui penggunaan aplikasi ini secara berterusan dari tahun 2009 sehingga kini di mana semua urusan pengambilan pekerjaan bermula dari pendaftaran permohonan sehingga cetakan surat tawaran lantik dapat dilaksanakan melalui sistem ini. Selain daripada itu, ramai pemohon yang memohon melalui sistem ini berjaya ditawarkan pekerjaan untuk berkhidmat di KKM. 6.7 Tahap Bantuan dan Sokongan Projek Dari segi tahap bantuan dan sokongan projek, pelbagai mekanisme telah diwujudkan bagi membantu setiap pihak yang terlibat dalam penggunaan 17

aplikasi ini. Panduan pengisian borang permohonan dan panduan temuduga bagi rujukan pemohon ada diletakkan di aplikasi SPAT Awam. URL bagi panduan tersebut adalah seperti berikut: http://jobkkm.moh.gov.my/mohjob/manual_pengguna_spat.pdf http://jobkkm.moh.gov.my/mohjob/panduan_temu_duga.pdf Sekiranya pemohon masih mempunyai kesukaran atau permasalahan, mereka boleh menghubungi pegawai di BSM KKM melalui surat menyurat, telefon, emel dan faks. Sekiranya berlaku permasalahan teknikal pada aplikasi SPAT, aduan akan dikemukakan ke Helpdesk BPM dan tindakan penyelesaian akan diambil oleh pegawai yang bertanggungjawab di BPM KKM. 6.8 Pengiktirafan oleh Pengguna SPAT telah dilancarkan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia pada April 2009 dan mula digunakan untuk urusan pengambilan kakitangan kumpulan Sokongan II di Hospital Kuala Lumpur dan kemudiannya diperluaskan untuk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Ibu Pejabat KKM, Jabatan Kesihatan Pahang dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Pengguna yang terdiri daripada orang awam, pegawai dan kakitangan BSM KKM serta panel penemuduga didapati berpuas hati dengan penggunaan SPAT di mana ketiga-tiga kategori pengguna ini didapati masih menggunakan aplikasi SPAT sehingga sekarang. Penggunaan yang berterusan ini menunjukkan bahawa sistem ini diterima dan diiktiraf oleh pengguna SPAT. 6.9 Pencapaian Sasaran yang Telah Ditetapkan Penggunaan SPAT telah menyokong pencapaian sasaran piagam pelanggan BSM KKM di mana urusan pengambilan pegawai Kumpulan Sokongan di bawah perwakilan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dapat diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan daripada proses pemerolehan sehingga surat lantikan dikeluarkan. Malahan, terdapat juga situasi di mana urusan pengambilan ini dapati diselesaikan dalam tempoh kurang daripada tiga (3) bulan. 18

6.10 Perkongsian Pasaran Dari segi perkongsian pasaran, konsep dan fungsi SPAT boleh digunakan oleh agensi-agensi lain samada di sektor kerajaan atau swasta terutamanya dalam bidang pengurusan sumber manusia (human resources) yang melibatkan aktiviti pengambilan kakitangan. Selain daripada itu, maklumat permohonan yang terkandung di pangkalan data SPAT juga boleh digunakan oleh agensi lain yang turut sama terlibat dalam bidang penawaran pekerjaan di mana pemohon yang tidak disenaraipendek untuk berkhidmat di KKM boleh diberi peluang untuk mendapatkan tawaran pekerjaan di agensi lain sekiranya memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, pemohon pekerjaan terutamanya untuk jawatan gunasama tidak perlu lagi mengisi borang permohonan yang berlainan sekiranya ingin memohon pekerjaan dengan agensi-agensi lain sekiranya agensi tersebut mempunyai integrasi dengan pangkalan data SPAT. 6.11 Beridentitikan Malaysia SPAT adalah beridentitikan Malaysia di mana borang-borang dan laporanlaporan yang dihasilkan adalah dalam Bahasa Melayu dan permohonan melalui SPAT hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja yang mempunyai kelayakan minimum UPSR dan setaraf. Selain daripada itu, pemohon boleh menyemak status pendaftaran permohonan, jadual temuduga dan keputusan temuduga mereka di laman web aplikasi SPAT dengan hanya menggunakan No. Kad Pengenalan (Baru) mereka. Selain daripada itu, SPAT juga adalah berkonsepkan 1Malaysia di mana borang permohonan SPAT tidak memerlukan pemohon memasukkan maklumat bangsa bagi memastikan tiada diskriminasi bangsa dalam proses pemilihan kakitangan untuk berkhidmat di KKM. 19

7. Potensi 7.1 Potensi Projek untuk Dieksport, Menghasilkan Peluang Pekerjaan atau Meningkatkan Ekonomi Penggunaan SPAT telah terbukti telah memberikan peluang pekerjaan kepada orang awam di Malaysia yang bersesuaian dan berkelayakan dengan jawatan yang ditawarkan. Selain daripada itu, ianya turut memberikan peluang kepada penjawat awam dan swasta yang ingin meningkatkan taraf hidup mereka dengan memohon pekerjaan yang lebih bersesuaian dengan kelayakan mereka memandangkan SPAT turut mempertimbangkan permohonan dari penjawat yang masih berkhidmat di sektor awam secara sambilan, KPSL dan juga untuk penjawat swasta. Dengan adanya peningkatan peluang pekerjaan ini, sektor pengurusan kesihatan di Malaysia dapat berkembang maju dan berjalan lancar yang sekaligus akan meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di Malaysia. 7.2 Potensi Pelaksanaan Yang Lebih Luas Penggunaan SPAT bagi membolehkan permohonan pekerjaan oleh warganegara Malaysia boleh diperluaskan pelaksanaannya di mana ianya boleh juga digunakan untuk pengambilan jawatan-jawatan lain. Walaubagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada dasar, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan urusan pengambilan pekerjaan sektor awam di Malaysia di mana sekarang ini ianya adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 7.3 Faedah Kepada Industri Lain Pada Masa Hadapan SPAT boleh diubahsuai berdasarkan keperluan agensi kerajaan yang lain bagi membolehkan agensi tersebut melaksanakan sendiri urusan pengambilan pekerjaan di agensi mereka. SPAT juga boleh dimanfaatkan penggunaannya oleh sektor swasta seperti dalam industri pembuatan, perkhidmatan, perhotelan, perkilangan dan sebagainya bagi membolehkan 20

mereka mendapatkan sumber tenaga manusia yang benar-benar berkelayakan untuk berkhidmat di agensi mereka. 7.4 Strategi Pembangunan dan Menerajui Persaingan Dari aspek strategi pembangunan dan bagi menerajui persaingan, aplikasi ini boleh ditambahbaik dari masa ke semasa menggunakan perisian sumber terbuka. Penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan aplikasi dapat berfungsi selaras dengan kehendak dan keperluan semasa pengguna pada masa tersebut. 7.5 Bidang-Bidang Yang Dikenalpasti Untuk Peluasan / Penambahbaikan Untuk tujuan peluasan dan penambahbaikan, aplikasi SPAT boleh dipertingkatkan dengan penggunaan laporan statistik yang lebih menarik. Selain daripada itu, aplikasi SPAT juga boleh dibangunkan semula dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan sumber terbuka yang lebih popular, lebih mudah difahami atau yang lebih dikuasai pada masa kini iaitu menggunakan PHP. 8. Kandungan Tempatan Aplikasi SPAT telah dibangunkan sepenuhnya 100% di Malaysia di mana ianya melibatkan kepakaran warga tempatan Malaysia. Sehingga ke hari ini sebanyak 528,448 bilangan permohonan telah diterima oleh KKM melalui aplikasi SPAT Awam dan sebanyak 4044 calon telah ditawarkan lantikan bagi berkhidmat di KKM. Tawaran lantikan ini adalah berdasarkan kekosongan dan pengisian yang diperlukan oleh pihak KKM dan bilangan permohonan yang sangat banyak tersebut menunjukkan bahawa wujud persaingan sengit di kalangan pemohon dan hanya pemohon yang layak sahaja yang dipertimbangkan untuk berkhidmat di KKM. Dari aspek tambah nilai di Malaysia, aplikasi ini banyak memberikan manfaat kepada orang awam di Malaysia memandangkan permohonan pekerjaan melalui SPAT hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. 21