PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

BUKU PERATURAN KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PINJAMAN KEWANGAN DAN SUMBANGAN PERSATUAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN KEBUDAYAAN KAKITANGAN YAYASAN SELANGOR (PINDAAN 01 APRIL 2016)

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN 1. NAMA Nama pertubuhan ini ialah Badan KHAIRAT Kematian Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Selepas ini disebut sebagai KHAIRAT 2. ALAMAT Alamat dan tempat urusan KHAIRAT ialah d/a Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Jalan Suarasa 1, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor, Darul Ehsan atau di tempat yang lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Alamat dan tempat urusan KHAIRAT tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftaran Pertubuhan. 3. TUJUAN 3.1 Mengendali pengurusan jenazah serta perkuburan dan hal-hal yang berkaitan dengan kematian, 3.2 Memberi bantuan kewangan kepada ahli atau tanggungan ahli bila berlaku kematian di antara mereka, 4. KEAHLIAN 4.1 Keahlian KHAIRAT ini terbuka kepada semua penduduk yang berugama Islam yang baligh, yang berakal, berumur melebihi 16 tahun keatas dan bermastautin dalam Kariah Masjid Bandar Tun Hussein Onn. 4.2 Sesaorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftarkan namanya, nama-nama tanggungannya, lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha. Mesyuarat Jawatankuasa berkuasa melulus atau menolak permohonan menjadi ahli. Walau bagaimana pun Mesyuarat Ahli Jawatankuasa boleh memberi mandat kepada Pengerusi dan Setiausaha untuk meluluskan permohonan keahlian ini. 5. WANG PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN 5.1 Wang pendaftaran adalah sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja) bagi ahli, isteri, kedua-dua ibubapa, mertua dan lima (5) orang anak, Ahli keluarga yang melebihi bilangan tersebut, tambahan sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima sahaja) dikenakan. 5.2 Wang pendaftaran hanya perlu dibayar oleh ahli sekali sahaja seumur hidup. 5.3 Ahli dikehendaki membayar yuran tahunan sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia: Enam puluh sahaja) setahun kepada Bendahari atau mana-mana wakil Jawatankuasa mengikut 1

kawasan yang tertentu dan pembayaran hendaklah dibuat pada setiap 1hb Januari pada setiap tahun. Setiap yuran tahunan adalah bagi tempoh kalendar berakhir pada 31hb Disember. 5.4 Bendahari akan memberikan peringatan pertama kepada ahli yang didapati tidak membayar yuran tahunan pada 30 haribulan Jun untuk menjelaskan yuran tahunan. Notis peringatan terakhir akan menyusuli pada 30hb September. 5.5 Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan salepas notis peringatan terakhir sehingga 31hb Disember tanpa sebarang sebab yang munasabah akan dianggap telah berhenti dari menjadi ahli dan akan hilang segala haknya dalam KHAIRAT dan namanya akan dipotong dalam Buku Daftar Keahlian, 5.6 Ahli-ahli yang telah diluluskan dan disahkan keahliannya akan diberikan sebuah buku Perlembagaan. Butir-butir peribadi ahli dan tanggungan akan didaftar dan disimpan didalam buku daftar keahlian 6. YURAN PENTADBIRAN Untuk belanja yang mustahak bagi mentadbir, sebanyakrm10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja) dari yuran tahunan setiap ahli boleh digunakan dan baki dari yuran tahunan tersebut bolehlah digunakan untuk tujuan KHAIRAT ini. 7. HAK KEAHLIAN 7.1 Ahli-ahli yang telah berdaftar adalah berhak mengundi dan diundi untuk memegang jawatan di dalam KHAIRAT. 7.2 Semua ahli-ahli yang berdaftar berhak menikmati faedah bantuan pengurusan jenazah dan lain-lain faedah seperti yang dinyatakan dari masa kesemasa. 8. MASUK SEMULA MENJADI AHLI Seseorang yang telah terlucut keahliannya dan telah diterima rayuannya boleh menjadi ahli semula dengan syarat menyelesaikan segala tunggakan jika ada. 9. URUSAN KEMATIAN 9.1 Kesemua urusan kos pengurusan jenazah adalah seperti di dalam Jadual 1 bagi ahli dan isteri-isteri yang berdaftar adalah berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima puluh sahaja ) manakala bagi tanggungan Ahli yang berdaftar pula adalah separuh (50%) dari kos sebenar bagi pengurusan jenazah. Kos sebenar ditunjukkan didalam lampiran. 9.2 Bantuan Kewangan akan dikeluarkan apabila berlaku kematian saperti dibawah: I. Atas kematian ahli sendiri RM500.00, II. Atas kematian isteri/suami isteri RM500.00, 2

III. IV. Atas kematian anak yang belum berkahwin, anak tiri tinggal serumah dan anak angkat yang berdaftar RM300.00, Atas kematian ibu/bapa, ibu/bapa mertua RM300.00 Ibu/bapa tiri yang tinggal serumah RM300.00, Disamping itu, Ahli Jawatankuasa juga boleh menimbangkan untuk memberikan sumbangan tambahan yang lain 9.3 Bantuan Kewangan akan dibayar cuma ke atas kematian ahli dan tanggungan-tanggungan ahli yang namanya ada di dalam daftar yang disimpan oleh Setiausaha dengan syarat ada surat mati yang sah. Atas kematian tanggungan, bantuan akan dibayar kepada ahli dan atas kematian ahli sendiri, bantuan akan dibayar kepada warisnya. 10. PENTADBIRAN 10.1 PEGAWAI 10.1.1 Kuasa tertinggi di dalam KHAIRAT terletak di atas Mesyuarat Agung. Di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ahli-ahli hendaklah memilih ahli-ahli jawatankuasa untuk mentadbirkan perjalanan harian KHAIRAT. Mereka ini akan memegang jawatan selama dua tahun. Ahli-ahli Jawatankuasa itu mengandungi: a) Seorang Pengerusi, b) Seorang Naib Pengerusi, c) Seorang Setiausaha, d)seorang Penolong Setiausaha, e) Seorang Bendahari, f) Seorang Penolong Bendahari, dan g)empat belas orang ahli Jawatankuasa biasa. 10.1.2 Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa dan tiap-tiap pegawai lain yang menjalankan tugas-tugas eksekutif KHAIRAT ini hendaklah warganegara Malaysia. 10.1.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula setiap dua tahun. 10.1.4 Penasihat KHAIRAT secara otomatis disandang oleh Nazir Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor, 10.1.5 Ahli-Ahli Jawatankuasa akan kehilangan jawatannya yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sekiranya tidak hadir tanpa sebab atau tanpa kebenaran sebanyak tiga kali berturut-turut di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa. 3

10.2 TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB PEGAWAI 10.2.1 Pengerusi hendaklah menjadi Pengerusi di dalam segala Mesyuarat Jawatankuasa, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas. 10.2.2 Naib Pengerusi akan membantu Pengerusi menyelia urusan pentadbiran KHAIRAT. Dalam masa ketiadaan Pengerusi dia akan mempengerusikan segala mesyuarat dan juga menjalankan tugas Pengerusi 10.2.3 Setiausaha akan menguruskan segala surat menyurat bagi pihak KHAIRAT, menyimpan segala peringatan-peringatan mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung, menjaga buku-buku peringatan tentang perjalanan KHAIRAT, mengadakan daftar bagi ahli-ahli dan menjalankan tugas-tugas lain yang patut diselenggarakan oleh Setiausaha. Rekod daftar ahli-ahli hendaklah mengandungi butir-butir seperti berikut: a) Nombor pendaftaran ahli, b) Nama Ahli, c) Tarikh menjadi ahli, d) Umur dan tarikh lahir, e) Nombor kad pengenalan, f) Alamat tempat tinggal, g) Pekerjaan, h) Nama-nama tanggungan, i) Nama waris 10.2.4 Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam menjalankan kerja-kerjanya dan menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha. 10.2.5 Bendahari akan menerima segala yuran yang ditetapkan oleh KHAIRAT, menyimpan rekod-rekod yuran dan buku kira-kira wang masuk dan keluar serta menyediakan perkara-perkara berikut: a) Penyata kira-kira bulanan, b) Penyata kira-kira tahunan berakhir pada 31hb Disember. Penyata kira-kira ini hendaklah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan, c) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai ditangannya tidak lebih dari RM1,500.00( Ringgit Malaysia : Satu Ribu Lima Ratus sahaja)pada satu-satu ketika dan semua wang yang lebih daripada itu hendaklah dimasukkan ke dalam Bank yang telah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa. 4

d) Ia bertanggung jawab berkenaan dengan segala wang yang diterima dan dibayar serta di beri kuasa menandatangani cek bagi pihak KHAIRAT bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha 10.2.6 Penolong Bendahari akan membantu Bendahari dalam menguruskan kerja-kerjanya dan menjalankan tugas Bendahari ini semasa ketiadaan Bendahari 10.2.7 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa dan membantu pegawai-pegawai yang di atas itu menjalankan tugas-tugas mereka. 11. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 11.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin selepas berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac tiap-tiap tahun. Notis mesyuarat termasuk salinan lapuran tahunan dan penyata kira-kira yang telah diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira hendaklah diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari sebelum diadakan mesyuarat. 11.2 AgendaMesyuarat Agung Tahunan ialah: a) Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu, b) Menerima lapuran Jawatankuasa, c)menerima Penyata kira-kira KHAIRAT, bagi tahun yang lalu, d) Memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa untuk dua (2) tahun berikutnya, e) Memilih dan melantik Pemeriksa Kira-kira untuk dua (2) tahun berikutnya dan f) Lain-lain hal. 11.3 Mesyuarat Agung Tahunan hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang berjumlah tidak kurang dari dua kali ganda dari jumlah Ahli Jawatan Kuasa. 11.4 Sekiranya gagal mendapat korum ahli-ahli yang dikehendaki, Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dipanggil semula dalam tempuh satu bulan dan kehadiran yang ada pada masa ketika itu adalah mencukupi bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. 12. MESYUARAT AGUNG KHAS 12.1 Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa apabila difikirkan mustahak oleh Mesyuarat Jawatankuasa atau mestilah diadakan oleh Setiausaha dalam tempoh 30 hari setelah menerima permintaan bertulis yang ditandatangani beramai-ramai oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang menerangkan tujuan dan sebab-sebab perlu diadakan mesyuarat itu, 12.2 Notis dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum diadakan mesyuarat. 5

12.3 Mesyuarat Agung Khas hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang berjumlah tidak kurang dari 2 kali ganda jumlah ahli-ahli Jawatankuasa. 13. MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA 13.1 Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali dan boleh diadakan juga pada bila-bila masa, jika difikirkan perlu oleh Pengerusi atau 1/3 dari Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa. 13.2 Notis dan Agenda untuk Mesyuarat Jawatankuasa itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua Ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat diadakan. 13.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh tidak kurang dari setengah jumlah Ahli Jawatankuasa 13.4 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa boleh melantik Ketua Biro-biro bagi menjalankan tugas-tugas yang dirasakan perlu bagi tujuan melaksanakan tanggungjawab yang diarahkan oleh Ahli Jawatankuasa KHAIRAT 13.5 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa boleh melantik pemangku bagi jawatan-jawatan yang kosong kerana ahli-ahli Jawatankuasa yang ditamatkan perkhidmatan, berhenti atau meninggal dunia. 14. PEMECATAN AHLI JAWATANKUASA Pemecatatan Ahli-ahli Jawatankuasa dan pilihan penggantinya boleh dilakukan didalam Mesyuarat Agung Khas. 15. PEMERIKSA KIRA-KIRA Dua orang yang bukannya dari kalangan Ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan KHAIRAT sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka dikehendaki memeriksa penyata kewangan KHAIRAT bagi setahun dan membuat lapuran untuk tindakan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka boleh juga memeriksa kira-kira KHAIRAT pada bila-bila masa juga jika difikirkan perlu oleh Pengerusi. Sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap tahun kira-kira KHAIRAT hendaklah dikemukakan untuk diaudit oleh Pemeriksa Kira-kira yang telah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan yang diluluskan terlebih dahulu oleh Pendaftar Pertubuhan. 16. PENAMA Seorang ahli boleh menamakan sebagai seorang yang akan menerima wang bantuan daripada golongan yang disebut ini iaitu suami, isteri, anak (termasuk anak angkat), cucu, ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua, menantu, saudara seibu dan sebapa, atau anak kepada bapa atau ibu saudara seibu atau sebapa kepada ahli dengan syarat seseorang ahli boleh menamakan 6

mana-mana orang lain dengan bertulis yang ditandatangani sendiri di hadapan dan disaksikan oleh seorang Jaksa Pendamai atau Magistret atau Pendaftar. 17. SALINAN PERLEMBAGAAN Tiap-tiap ahli hendaklah diberi dengan percuma satu salinan Perlembagaan KHAIRAT ini apabila diterima menjadi ahli. Salinan tambahan Perlembagaan ini boleh diminta dengan bayaran sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia : Lima sahaja ) bagi setiap satu salinan. 18. REKOD DAFTAR AHLI Ahli-ahlinya boleh memeriksa rekod untuk dirinya sendiri dengan syarat memberitahu Setiausaha lima (5) hari terlebih dahulu. Ahli-ahli yang ada kemusykilan terhadap mana-mana pegawai KHAIRAT atau KHAIRAT ini boleh mengemukakan kemusykilan ini di dalam Mesyuarat Agung dan keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad. Bekas ahli atau mereka yang ada bersangkutan dengan KHAIRAT ini boleh mengemukakan kemusykilan didalam mesyuarat Agung melalui ahli KHAIRAT. 19. KUASA MELULUSKAN PERBELANJAAN 19.1 Sesuatu perbelanjaan yang tidak melebihi daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus sahaja) boleh dibenarkan oleh Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha dan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya, 19.2 Sesuatu perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu sahaja) boleh dibenarkan oleh Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha dan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya, 19.3 Sesuatu perbelanjaan yang tidak lebih daripada RM80,000.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Puluh Ribu Sahaja ) tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih dahulu oleh Mesyuarat Ahli Jawatankuasa, 19.4 Sesuatu perbelanjaan yang lebih daripada RM80,000.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Puluh Ribu Sahaja) tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih dahulu oleh Mesyuarat Agung. 19.5 Walau bagaimana pun pembayaran bantuan yang ditetapkan oleh Fasal 9 di atas tidak tertakluk kepada sekatan ini dan boleh dibayar seterusnya jika syarat-syarat mendapatkan bantuan telah disempurnakan. 20. PEMECATAN AHLI Ahli-ahli yang sengaja melanggar Perlembagaan KHAIRAT ini atau berkelakuan tidak baik sehingga mencemarkan nama baik atau mendatangkan kerugian kepada KHAIRAT ini boleh dipecat daripada menjadi ahli oleh Mesyuarat Jawatankuasa. Sebelum dipecat ahli itu mestilah diberitahu dengan bertulis tentang sebab-sebab dia hendak dipecat dan diberi peluang untuk memberi apa-apa 7

penjelasan yang ada dengan bertulis atau dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan khas untuknya. Jika dua per tiga (2/3) ahli-ahli Jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa mengundi menyokong pemecatan, maka ahli itu dipecat dengan serta-merta. Walaupun demikian ahli itu boleh, jika tidak puas hati, merayu kepada Mesyuarat Agung. 21. BERHENTI MENJADI AHLI Ahli yang hendak berhenti menjadi ahli KHAIRAT ini hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha. dan membayar segala hutang-hutangnya. 22. PELABURAN Lima puluh peratus (50%) daripada kumpulan-kumpulan wang KHAIRAT yang tidak segera dikehendaki untuk memberi sumbangan ahli-ahli bolehlah digunakan untuk pelaburan dalam sekuriti amanah dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum syarak atau dengan persetujuan Pendaftar Pertubuhan atas syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan bagi membeli tanah. Kesemua hasil dari aktiviti pelaburan ini hendaklah dimasukkan ke dalam kumpulan-kumpulan wang KHAIRAT intuk digunakan bagi kemajuan KHAIRAT dan bantuan ahli-ahli. 23. PEMEGANG AMANAH 23.1 Tiga orang pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh KHAIRAT. Seorang ahli yang memegang jawatan Setiausaha atau Bendahari dalam KHAIRAT ini tidak boleh dilantik menjadi Pemegang Amanah 23.2 Suatu salinan ketetapan melantik seseorang Pemegang Amanah yang ditandatangani oleh Pemegang Amanah yang dilantik dan disahkan oleh Setiausaha hendaklah dihantarkan kepada Pendaftar. 23.3 Seseorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung Khas oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau lain-lain sebab yang dia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau perlucutan jawatan bagi Pemegang Amanah maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung Khas. 24. TAFSIRAN Mesyuarat Ahli Jawatankuasa boleh memberi tafsiran kepada Perlembagaan ini dan memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. Keputusan Jawatankuasa itu adalah muktamad. 8

25. PINDAAN PERLEMBAGAAN Segala perubahan atau pindaan Perlembagaan ini hendaklah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan oleh ahli-ahli yang hadir dengan suara terbanyak, akan tetapi, pindaan kepada undang-undang yang akan mengurangkan bantuan yang ditetapkan dalam undang-undang ini hanya boleh dibuat dengan persetujuan tiga per empat (3/4) daripada jumlah ahli KHAIRAT dengan cara undi sulit. Permohonan untuk perubahan atau pindaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar di dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan hendak membuat perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai dari tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. 26. PEMBUBARAN KHAIRAT ini tidak boleh dibubar melainkan dengan persetujuan tiga per empat (3/4) daripada ahli-ahli KHAIRAT di dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan khusus untuknya. Apabila keputusan telah diambil untuk membubarkan KHAIRAT ini, maka segala hutang dan tanggungan yang sah hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut keputusan Mesyuarat Agung Khas untuk membubarkan KHAIRAT ini. Pembubaran ini hendaklah diberitahu kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempuh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran. 9

BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN LAMPIRAN 1 : KOS BAGI PENGKEBUMIAN BIL PERKARA JUMLAH ( RM ) 1 Upah Traktor menggali lubang kubur 100.00 2 Upah penggali liang lahat 300.00 3 Solat & bacaan Talqin 150.00 4 Mandi / kapan & kain kafan 400.00 5 Pengurusan tanah perkuburan 200.00 JUMLAH RM1,150.00 NOTA : 1. Perkhidmatan pengangkutan van jenazah adalah percuma di dalam kawasan Bandar Tun Hussein Onn. Bagi perkhidmatan di luar kawasan kariah, bayaran perkhidmatan van jenazah adalah berjumlah RM2.00/KM 2. Kos yang dinyatakan di atas adalah sah berdasarkan kos semasa dan Ahli Jawatankuasa boleh mengubahnya mengikut kesesuaian semasa apabila dirasakan perlu. 10