Borang Penyertaan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi NAMA KUMPULAN NAMA DAERAH & NEGERI PENGURUS PASUKAN SENARAI NAMA PESERTA BIL NAMA NO. I/C 1 2 3 4 5 6 7 8 9 PERHATIAN : Sila hantar semula borang yang telah lengkap kepada AJK PERTAMA setiap negeri yang berkaitan atau melalui faks 03-2202 8531 atau email kepada tarekatmsia@gmail.com sebelum 25 Mac 2017. Untuk maklumat lanjut hubungi : 03-2698 5768 / 03-2698 8768 / 03-2691 2539 (PERTAMA).
HAFLAH ZIKIR PERDANA SEDUNIA 2017 ISLAM IS PEACE PERTANDINGAN MARHABAN PIALA DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI KERTAS PANDUAN ANJURAN: PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA ULUL ALBAB CENTRE OF EXCELLENCE
TAJUK 1. K e r t a s panduan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. DIKEMUKAKAN OLEH 2. Kertas ini dikemukakan oleh Lajnah Dakwah Pusat, Persatuan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA). NAMA PROGRAM 3. Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. TEMA 4. Bersama dalam Cinta LATAR BELAKANG 5. Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan Selamat Datang dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan kaedah untuk mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini. 6. Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan Rasullullah SAW. dari Mekah ke Madinah. Berbeza dengan marhaban, kalimah selawat adalah ucapan taufiqi yang diajarkan oleh Allah SWT. Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh dalam kalangan masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda Rasulullah SAW. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah SWT. 7. Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul SAW., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan majlismajlis kesyukuran serta khatam al-quran. Ia mengandungi puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT. 8. Kumpulan marhaban ini biasanya hanya dimonopoli oleh golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan. Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali. TUJUAN PERTANDINGAN 9. Menyedari bahawa marhaban adalah merupakan antara warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, pihak PERTAMA berhasrat untuk memperkembangkan seni ini kepada seluruh masyarakat Islam yang ada di malaysia ini. Justeru, Pertandingan Marhaban ini dirangka untuk dilaksanakan.
10. Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam kepada masyarakat. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang watannya. 11. Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan kepada umum riwayat hidup Rasulullah SAW. Yang mempunyai sifat-sifat mulia lagi terpuji dan mengenai sejarah perjuangannya dalam menegakkan Islam, supaya masyarakat dapat mengamalkannya dalam kehidupan. 12. MATLAMAT Menjana pembangunan modal insan agar masyarakat terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam, menguatkan rasa cinta kepada kepada Nabi Muhammad S.A.W dan pengenalan budaya bangsa yang luhur dan murni. 13. OBJEKTIF 1. Memberi satu wadah dan peluang kepada masyarakat untuk terlibat dengan aktiviti kokurikulum; 2. Memperkuat dan mengembalikan penghayatan masyarakat Islam khasnya kepada budaya melalui aktiviti kokurikulum; 3. Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam di dalam masyarakat; 4. Memperkenal kembali seni marhaban dan selawat kepada masyarakat sebagai salah satu medan dan metod dakwah; 5. Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi; dan 6. Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput ditelan zaman. 14. PENYERTAAN 14.1 Penyertaan terbuka kepada lelaki Islam seluruh Malaysia. 14.2 Penyertaan juga terbuka kepada semua murid Islam warganegara Malaysia dari Sekolah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan/ Majlis Agama Negeri / Yayasan Negeri / Sekolah swasta / Madrasah dan lain-lain. 14.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan Marhaban yang tidak lebih daripada 8 orang bagi setiap kumpulan termasuk pembaca rawi. 14.4 Kumpulan yang menjadi johan dan naib johan di peringkat negeri akan mewakili negeri berkenaan ke peringkat zon (separuh akhir) dan johan bagi setiap zon akan pergi ke peringkat akhir kebangsaan.
15. MASA 8.00 pagi 4.30 petang 16. TEMPAT 17. TARIKH 16.1 Peringkat saringan Seluruh negeri 16.2 Peringkat zon (separuh akhir) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 16.3 Peringkat akhir Masjid Putra, Putrajaya 17.1 Peringkat Saringan 1 April 2017 : Negeri Sembilan & Melaka 8 April 2017 : Selangor & Kuala Lumpur 15 April 2017 : Johor & Putrajaya 22 April 2017 : Terengganu & Pahang 29 April 2017 : Kelantan & Kedah 6 Mei 2017 : Pulau Pinang & Perak 13 Mei 2017 : Sabah & Sarawak 17.2 Peringkat Zon ( Separuh Akhir ) : Johan & Naib Johan setiap negeri. 8 Julai 2017 : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 17.3 Peringkat Akhir : Johan bagi setiap zon di peringkat separuh akhir. 30 Julai 2017 : Masjid Putra, Putrajaya. 18. TARIKH TUTUIP BORANG PENYERTAAN Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada PERTAMA melalui faks ditalian 03-2202 8531 atau email kepada tarekatmsia@gmail.com setiap negeri sebelum 25 Mac 2017. 19. PENUTUP Diharap Pertandingan Marhaban Piala Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna seperti yang telah dirancang disamping dapat mencapai kesemua objektif yang dirangka. Disediakan oleh ; Lajnah Dakwah Pusat, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia, PERTAMA.