MINIT MESYUARAT Persatuan Penduduk Saujana Impian Makmur Tarikh 6 Mac 2011 (Ahad) Masa 10.00pg 12.15 tgh Tempat No 1, Jalan Impian Senarai kehadiran sepertimana pada Lampiran 1 Bil. Isu / Perkara Tindakan / 1.0 Kata-Kata Aluan 1.1 1.2 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penduduk Impian Makmur, kerana dapat hadir ke mesyuarat pada kali ini. Kehadiran yang ramai di kalangan penduduk baru, menunjukkan bahawa komitmen dan sokongan adalah tinggi dari semua pihak, bagi membina semangat kejiranan, permuafakatan dan hidup bermasyarakat. 2.0 2.1 2.2 Perkara-perkara Berbangkit Isu Keselamatan Mesyuarat telah dimaklumkan mengenai beberapa kejadian kecurian yang telah berlaku, yang mana kekerapan berlaku pada masa siang dan ketika penduduk pergi bekerja. Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh seorang wakil dari sebuah syarikat kawalan keselamatan iaitu Syarikat Bertam, berhubung dengan cadangan untuk mengadakan kawalan keselamatan di Impian Makmur. Pihak syarikat telah mencadangkan dua pilihan iaitu kawalan keselamatan bagi tempoh 12 jam, ataupun 24 jam. Kadar yang akan dikenakan adalah berjumlah RM40 bagi setiap rumah, di mana pelekat kereta akan diberikan dan kutipan bayaran akan dibuat ke atas setiap penduduk oleh pihak syarikat. Mesyuarat bersetuju secara dasarnya supaya kawalan keselamatan diadakan bagi tempoh 12 jam pada waktu siang sahaja pada masa ini. Tempohnya akan dilanjutkan kepada 24 jam, mengikut keperluan semasa dan pertambahan jumlah penduduk. Pada masa kini, hanya terdapat lebih kurang 30-40 buah rumah telah dihuni. Jumlah keseluruhan rumah di Impian Makmur adalah 124 unit rumah. Syarikat Bertam telah diminta untuk memajukan kertas cadangan atau proposal bagi skop kerja kawalan keselamatan secepat mungkin, kepada Encik Mohd Ezan untuk tindakan selanjutnya. Pada masa yang sama, setiap penduduk di minta untuk proaktif mengambil langkah-langkah keselamatan ke atas rumah masing-masing. Kenali jiran masingmasing terutamanya yang baru berpindah, dan membuat laporan secepat mungkin sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Isu Kebersihan Pihak pemaju iaitu Bandar Subang Sdn Bhd akan diminta untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah mengikut jadual. Tindakan: Bendahari 1
Bil. Isu / Perkara Tindakan / 3.0 Penubuhan Persatuan Penduduk Dan Pembentukan Jawatankuasa Penaja 3.1 Penubuhan Persatuan Penduduk Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan satu persatuan penduduk di Impian Makmur, Saujana Impian. Nama persatuan yang telah cadangkan adalah Persatuan Penduduk Saujana Impian Makmur. Bagi memudahkan urusan penubuhan persatuan, penyediaan deraf perlembagaan dan segala urusan dengan Pendaftar Pertubuhan, maka mesyuarat bersetuju supaya satu Jawatankuasa Penaja dibentuk. 3.2 Pembentukan Jawatankuasa Penaja Berikut adalah senarai nama-nama Ahli Jawatankuasa Penaja bagi Persatuan Penduduk Saujana Impian Makmur, yang telah dicadangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. 1) Pengerusi : Dato Md Ali bin Ayat 2) Timbalan Pengerusi : Encik Mohd Shafik bin Mohd Taha 3) Setiausaha : Encik Mohd Nor Zamri bin Mat Amin 4) Bendahari : Encik Mohd Ezan bin Abd Mutalip 5) Ahli Jawatankuasa : Encik Shamsuddin bin Mustapha 6) Ahli Jawatankuasa : Encik Mohd Khairudin bin Johari 7) Ahli Jawatankuasa : Encik Noor Firdaus bin Kamar 8) Ahli Jawatankuasa : Encik Azemi bin Zainol 9) Juruaudit : Encik Ku Hamidi bin Ku Halim Maklumat lengkap mengenai Ahli Jawatankuasa Penaja adalah sepertimana di Lampiran 2. 3.3 Tabung Kewangan Persatuan Mesyuarat bersetuju supaya satu tabung atau akaun persatuan perlu diwujudkan, bagi tujuan melaksanakan segala aktiviti yang melibatkan penduduk Impian Makmur seperti jamuan, khairat kematian, sukan, kebajikan dan sebagainya. Kadar bayaran akan ditetapkan kemudian, bergantung kepada persetujuan semua penduduk. 4.0 4.1 Cadangan Perlaksanaan Jalan Sehala Oleh MPKj Mesyuarat telah diberitahu tentang cadangan MPKj untuk melaksanakan laluan jalan sehala bagi Jalan Impian Makmur dan Impian Makmur 3. Satu keputusan telah dibuat, yang mana semua ahli mesyuarat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Sehubungan dengan itu, satu surat rasmi dari persatuan yang mewakili penduduk, perlu dimajukan kepada pihak MPKj selewatlewatnya pada 15 Mac 2011. Tindakan : Setiausaha 2
Bil. Isu / Perkara Tindakan / 5.0 Cadangan Mewujudkan Surau Sementara 5.1 Keperluan surau untuk tujuan solat berjemaah telah dibangkitkan, memandangkan pembinaan surau di tapak cadangan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Oleh itu, mesyuarat bersetuju supaya surau sementara diwujudkan. Pihak pemaju akan dihubungi untuk mendapatkan pandangan mereka, berhubung dengan rumah-rumah yang dipunyai oleh syarikat tertentu. Tindakan : Timbalan Pengerusi 6.0 Hal-hal Lain. Semua ahli mesyuarat telah dijemput hadir ke rumah Encik Mohammad Nubli, untuk majlis kenduri. Encik Mohd Khairudin juga telah menjemput semua untuk hadir ke majlis kenduri di rumah beliau no. 24, Jalan Impian Makmur 4/2, pada 19 Mac 2011. 7.0 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12:15 tengahari. Disediakan Oleh: Disahkan Oleh :. En. Mohd Nor Zamri bin Mat Amin Setiausaha Dato Md Ali Bin Ayat Pengerusi Kenali Jiran Anda. Hidup Sepakat Membawa Berkat. 3
LAMPIRAN 1 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK SAUJANA IMPIAN MAKMUR Tarikh : 6 Mac 2011 (Ahad) Masa : 10.00 pagi Tempat : No. 1, Jalan Impian Bil. Nama No. Rumah Jalan Impian Makmur (IM) No HP 1 Mohd Suhaimi bin Yunus No. 1 Jalan IM 4/1 019-239 5970 2 Nazri bin Nordin No. 2 Jalan IM 4/1 013-392 4292 3 Dato Md Ali bin Ayat No. 3 Jalan IM 4/1 012-223 8647 4 Mohd Nor Zamri bin Mat Amin No. 9 Jalan IM 4/1 013-306 9120 5 Mohd Safrizal bin Che Omar No. 12 Jalan IM 4/1 013-610 2528 6 Mohamed Kutty bin Saithu No. 13 Jalan IM 4/1 019-221 6401 7 Ahmad bin Hassan No. 19 Jalan IM 4/1 012-242 1303 8 Mat Azuha bin Deris No. 22 Jalan IM 4/1 019-594 9102 9 Shamsuddin bin Mustapha No. 23 Jalan IM 4/1 012-544 3636 10 Mohd Dasuki bin Ahmad No. 25 Jalan IM 4/1 016-373 5367 11 Mohd Khairudin bin Johari No. 24 Jalan IM 4/2 013-634 5746 12 Ahmad Jamil bin Rojikan No. 30 Jalan IM 4/2 012-603 2676 13 Rashidi bin Baharon No. 33 Jalan IM 4/2 019-271 0371 14 Mohd Ezan bin Abd Mutalip No. 1 Jalan IM 4/3 012-283 9930 15 Mohd Fazli Pang bin Abdullah No. 3 Jalan IM 4/3 012-224 8583 16 Muhammad Nubli bin Mohd Suhaimi No. 4 Jalan IM 4/3 016-311 4654 17 Nurul Hisyam bin Ismail No. 7 Jalan IM 4/3 012-670 9502 18 Mohammed Zekri bin Ghazali No. 8 Jalan IM 4/3 019-354 0242 19 Ku Hamidi bin Ku Halim No. 10 Jalan IM 4/3 019-4106178 20 Mohd Khairul Anwar bin Mohammad No. 13 Jalan IM 4/3 012-618 0891 21 Azman bin Salleh No. 14 Jalan IM 4/3 012-629 0048 22 Noor Firdaus bin Kamar No. 15 Jalan IM 4/3 012-325 5365 23 Mohd Shahir bin Mohd Zin No. 27 Jalan IM 4/3 013-341 8965 24 Mohd Sani bin Majid No. 28 Jalan IM 4/3 012-512 1803 25 Nik Ismadi bin Nik Ghazali No. 29 Jalan IM 4/3 013-220 6007 26 Mohd Shafik bin Mohd Taha No. 35 Jalan IM 4/3 013-645 3396 27 Azemi bin Zainol No. 2 Jalan IM 019-5751089 28 Nor Azmi bin Mohd Yusof No. 26 Jalan IM 012-334 5982 29 Mohammad Zubir bin Ahmad Jamalullail No. 28 Jalan IM 019-262 3082 4
LAMPIRAN 2 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN PENDUDUK SAUJANA IMPIAN MAKMUR Bil. Jawatan Nama Rumah No HP 1 Pengerusi Dato Md Ali bin Ayat No. 3, Jln Impian 012-223 8647 2 Timbalan Pengerusi Encik Mohd Shafik bin Mohd Taha 3 Setiausaha Encik Mohd Nor Zamri bin Mat Amin 4 Bendahari Encik Mohd Ezan bin Abd Mutalip 5 Ahli Jawatankuasa Encik Shamsuddin bin Mustapha 6 Ahli Jawatankuasa Encik Mohd Khairudin bin Johari No. 35, Jln Impian No. 9, Jln Impian No. 1, Jln Impian No. 23, Jln Impian No. 24, Jln Impian Makmur 4/2 013-645 3396 013-306 9120 012-283 9930 012-544 3636 013-634 5746 7 Ahli Jawatankuasa Encik Noor Firdaus bin Kamar No. 15, Jln Impian 8 Ahli Jawatankuasa Encik Azemi bin Zainol No. 2, Jln Impian Makmur 9 Juruaudit Encik Ku Hamidi bin Ku Halim No. 10, Jln Impian 012-325 5365 019-5751089 019-4106178 5