ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

dokumen-dokumen yang mirip
AKTA PENDIDIKAN Nordin Tahir 1

SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

Pendidikan (Pindaan) 1 D.R. 29/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996.

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

Konsep pendidikan Islam. Falsafah pendidikan Islam. Matlamat pendidikan dalam Islam

D.R. 35/95 RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA


Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

Bab 6: Kurikulum di Malaysia. Hasil Pembelajaran

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

SENARAI TUGAS GURU BESAR

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2009 DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

PERATURAN PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997*

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB 1 PENDAHULUAN. Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

CONTOH SOALAN IDA 152

BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Kumpulan Pelaksana Pengawal Keselamatan KP11 10

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

*Setiap salinan hendaklah disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

BAB 14 AUDIT DALAMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

Transkripsi:

BAB 2: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan sejarah pendidikan Islam zaman sebelum merdeka Menerangkan sejarah pendidikan Islam zaman selepas merdeka PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA ZAMAN SEBELUM MERDEKA Zaman Kerajaan Melayu Melaka Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku di sekitar tahun 630 Masehi, iaitu di Zaman hayat Rasulullah SAW atau dipertengahan abad ke 7 Masihi yang dibawa oleh saudagarsaudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum daripada itu. Dengan semangat dakwah Islamiah yang membara dan memikul tanggungjawab sebagai umat Islam, saudagarsaudagar tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini. Jika ditinjau sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke Tanah Melayu khususnya ahli sejarah berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat kedatangannya. Begitu juga dengan daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi atau menerima Agama Islam Dalam konteks Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak terdirinya Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka di mana tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari golongan pedagang, pengembara,

pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh. Mereka datang dari serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa dan Parsi. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu untuk singgah atau berdagang. Kehadiran mereka ini telah membantu golongan istana dan penduduk tempatan dengan hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam khasnya dalam Hukum Fiqh dan Pengajaran al Quran Pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru kemudian berkembang ke pondok-pondok selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi sekolah-sekolah agama. Haron Din dan Sobri Salamon (1988) menyatakan bahawa secara kasarnya perkembangan Pendidikan Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu mengalami empat tahap, iaitu; i ii iii iv Institusi Rumah Imam / Guru Institusi Pondok Institusi Madrasah Sistem sekular Sistem Pendidikan Islam di zaman ini telah mantap dari segi sifatnya, sukatan pelajarannya dan institusinya termasuklah para guru dan pelajar. Tulisan Jawi menjadi dasar dan bahasa pengantar. Namun kedatangan penjajah (Belanda, Portugis, Inggeris, Jepun) telah menganggu corak Pendidikan Islam. Penampilan pendidikan sekular Barat dan Jepun telah memaksa masyarakat Melayu khususnya Pendidikan Islam menerima pengaruhpengaruh luar yang tidak selaras dengan akidah dan keimanan Islam Zaman Penjajahan Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat secara halus melalui pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816 dengan penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang dirasakan oleh orang-

orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab masih kuat pengaruhnya. Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah Melayu yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan yang boleh mengenal angka dan huruf. Pada masa yang sama juga wujud sekolah pondok yang bertujuan untuk melahirkan imam-imam dan ulama-ulama. Sepanjang zaman penjajah, sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu sentiasa mengalami konflik dengan pendidikan missionary. Berbagai isu kontroversi dan prejudis sentiasa memecahkan masyarakat Melayu dalam hal-hal yang berkaitan akidah dan budaya hidup yang tulin. Pertelagahan ini timbul dalam masalah menyediakan tenaga profesional, teknokrat dan ulama sehingga mewujudkan satu pertembungan dualisme pendidikan antara agama dan dunia. Sekolah-sekolah Inggeris samada oleh kerajaan atau mubaligh telah membuka pintu seluasluasnya kepada anak-anak Melayu khususnya anak-anak orang berada di bandar-bandar. Proses pensekularisasi pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku dengan pesat dan radikal. Pengajian Agama Islam dan al-quran di Sekolah Melayu telah diketepikan dari jadual rasmi sekolah dan diarah supaya diajar pada waktu petang. Maka wujudlah jurang pemisah antara golongan moden dengan golongan tradisional. Golongan moden berpengaruh dan berkuasa sementara golongan tradisional sebaliknya. Dalam situasi kemajuan sekolah sekular, sekolah-sekolah agama terbiar. Pihak penjajah dengan taktik hal-hal agama adalah hak Raja-raja Negeri telah melupakan samasekali kewujudan sekolah-sekolah agama atau Arab. Sekolah-sekolah ini bergantung kepada pembiayaan Majlis atau Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Akibatnya kemudahan belajar terhad, biasiswa tidak diberikan dan kurikulum berbeza. Peperiksaan dikendalikan secara persendirian. Pengiktirafan sijil juga berbeza.

Sistem Pendidikan Pondok Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di rumah tok guru yang kebanyakannya tamat pengajian agama di Mekah. Apabila bilangan pelajar meningkat maka tempat pengajiannya dipindahkan ke masjid atau pun surau. Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negara-negara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya menjadi sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah. Terdapat juga yang masih meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama Arab. Contohnya Pengajian Pondok di Masjid al-muhammadi, di Kota Baharu telah berkembang menjadi Ma ahad al-muhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya Madrasah Al-Hamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang dahulunya Sekolah Pondok. Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab, pondok dan madrasah boleh menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negeri. ZAMAN SELEPAS MERDEKA Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali corak pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara. Pendidikan Islam telah berjalan di zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Dalam kedua-dua penyata tersebut, Pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan bersama di dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran (1961) dan telah memasukkan

matapelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu. Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada bulan Ogos 1955. Dasar ini bertujuan menyatupadukan kaum-kaum di Tanah Melayu di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta mengkaji semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang Pelajaran Tahun 1952. Jawatankuasa Khas ini di pengerusikan oleh Datuk Abd.Razak Hussin yang terkenal dengan Laporan / Penyata Razak pada tahun 1957. Dengan penguatkuasaan penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran kebangsaan terkenal sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan. Institusi ini juga tidak ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam. Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara terperinci kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah : i ii iii iv Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang murid atau lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah diajar Agama Islam Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri daripada mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat persediaan yang sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama Islam dengan syarat Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau lebih boleh membuat persediaan-persediaan bersama bagi pengajaran tersebut kepada murid-murid yang beragama Islam dalam sekolah-sekolah mereka

Matapelajaran Pengetahuan Agama Islam dicadangkan supaya dimasukkan kedalam senarai matapelajaran untuk Sijil Rendah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Peruntukan khas tentang pelajaran agama Islam dalam Laporan tersebut merupakan suatu langkah baru yang praktikal bagi menyusuli peruntukan khas tentang agama Islam dalam Perlembagaan Persekuatuan Tanah Melayu. Dalam bahagian satu, perkara 3 (1) perlembagaan tersebut ada menyebut Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Dari segi kenyataan Ordinan Pelajaran 1957 memperkukuhkan kedudukan pelajaran Agama Islam di sekolah bantuan kerajaan tetapi dari segi perlaksanaannya, Seksyen 49 itu menghadapi kesulitan. Oleh itu perlaksanaannya tidak dapat berjalan dengan licin. Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah rendah dan menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan diberikan perhatian oleh kerajaan. Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta 1996 : Guru Agama yang telah mendapat kebenaran layak dan bertanggungjawab mengajar Agama Islam. Namun bilangan yang beragama Islam harus berjumlah 15 orang murid atau lebih. Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk mengajar matapelajaran tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya diajar pada waktu persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan dengan mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran. Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang menganut

Agama Islam. Pengajaran dilakukan sekurang-kurangnya selama dua jam seminggu pada waktu pengajaran biasa atau waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan dalam hal atau keadaan tertentu [ seksyen 50(2) ]. Seksyen 51 pula menyatakan bahawa pengelola bagi sesebuah institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran agama selain Agama Islam tertakluk kepada syarat aktiviti pengajaran tersebut tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen [seksyen 51(a)]. Selain itu, mengikut [seksyen 51(b)] tiada murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali dengan kebenaran bertulis ibubapanya. Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan dikatakan Falasah Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah Pendidikann Islam. Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran sama-sama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi (umpamanya) telah diterapkan dengan Akidah dan Syariat Islamiah )

Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama di negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihak pihak berkuasa yang berlainan. Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada empat jenis iaitu : Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) Sekolah Agama Rakyat (SAR) SMKA, terletak di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan. SAN terletak di bawah penguasaan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri manakala SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Kementerian Pendidikan. Sekolahsekolah ini hanya bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan satu. Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu melalui Pejabat Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan pusat. Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dibuat oleh kementerian. Di samping itu terdapat pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini. Manankala pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Sekolah Agama Negeri (SAN) SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti Lembaga Pendidikan Islam Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian terdapat perbezaan di antara sekolah-sekolah tersebut. Sejak tahun

1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan dengan mengadakan peperiksaan SRP (1963) dan SPM (1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasuki Fakulti Pengajian Islam di UKM Sekolah Agama Rakyat (SAR) SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau Jawatankuasa sekolah masing-masing. Tidak ada sebuah badan berkuasa yang mewakili kerajaan menjalankan peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan sekolah-sekolah tersebut. SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama Islam Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu SAR digalakkan supaya mendaftar dengan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Pendaftaran ini bertujuan memudahkan pihak kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan nasihat. Walau bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan kurikulum pelajaran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama dari dalam dan luar negeri Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Pada tahun 2005 Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemindahan sekolah SAR/SMAR/SAN ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pengambialihan SAR/SMAR/SAN dengan dibuat melalui perjanjian. Sekolah sekolah berkenaan akan mendapat pelbagai kelebihan termasuk diberikan perhatian khusus dalam aspek pengurusan, keselamatan, dan penyelenggaraan oleh Kementerian. Sekolah juga akan mendapat bantuan penuh bagi membolehkan urusan pentadbiran pejabat, asrama dan pengajaran, serta geran perkapita dilaksanakan juga mendapat bantuan modal bagi menampung keperluan untuk menaik taraf dan membaiki kemudahan fizikal. Jawatan guru dan kakitangan diwujudkan secara hakiki. Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan sekolah dan gaji guru serta kakitangan sekolah dapat dikurangkan. Jawatan guru pula dimasukan dalam sistem gred guru kebangsaan. 2011 169 buah sekolah telah menjadi SABK.