DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

dokumen-dokumen yang mirip
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN STAF BAHARU (SKIM N) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI (GURU) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 9/2010

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

2. Sungguhpun begitu, jika hanya terdapat satu peringkat penyeliaan, maka penilaian

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PINDAAN KALI PERTAMA DILULUSKAN OLEH MESYUARAT PENGURUSAN EKSEKUTIF BIL.19/2016 BERTARIKH 29 JUN 2016 DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

SESI PERKONGSIAN SEKSYEN KENAIKAN PANGKAT PEJABAT PENDAFTAR. 11 April 2018

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

1. Berapa lama biasa masa yang diambil untuk mengisi sesuatu jawatan? 2. Adakah jawatan diwujudkan dulu atau skim perkhidmatan diwujudkan dulu?

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

Universiti Malaysia PAHANG

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

Q & A Majlis Ramah Mesra Staf Cuti Belajar & Telah Lapor Diri bersama Pengurusan Universiti

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAB 6 PENGURUSAN ASET

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

Transkripsi:

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1.0 TUJUAN Dasar ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai UPSI supaya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan seragam. Dasar ini dibuat berasaskan Panduan Pertukaran Dalaman, Perkeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 dan Garis Panduan Pertukaran Dalaman seperti diperakukan oleh Minit Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Bil. 1 Tahun 2003. 2.0 LATAR BELAKANG Pertukaran merupakan salah satu fungsi pengurusan sumber manusia yang penting. Pegawai akan dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang sekiranya ditempatkan di jawatan yang bersesuaian dengan kompetensinya. Urusan pertukaran yang tidak dilaksanakan dengan baik akan memberikan kesan yang negatif bukan sahaja kepada UPSI tetapi kepada pegawai yang terlibat. 3.0 TAFSIRAN 3.1 Pendaftar bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah kementerian atau jabatan di peringkat ibu pejabat atau Ketua Perkhidmatan mengikut mana yang berkenaan, dalam konteks ini adalah Pendaftar UPSI; 3.2 Ketua PTj bermaksud Ketua Pusat Tanggungjawab di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sama ada Ketua yang mengetuai Fakulti, Jabatan, Institut, Pusat atau Bahagian di dalam UPSI; 3.3 Pertukaran bermaksud perpindahan seseorang pegawai yang diluluskan oleh Pendaftar atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendaftar ke suatu jawatan dalam perkhidmatan, skim perkhidmatan dan gred yang sama, sama ada di PTj yang sama atau berlainan. Urusan ini tidak termasuk penempatan seseorang pegawai yang baru dilantik, memangku, dinaikkan pangkat, ditukar sementara ataupun dipinjamkan; 1

3.4 Pertukaran Setara bermaksud pertukaran yang telah dipersetujui secara bersama antara PTj dan di antara pegawai yang hendak bertukar atau ditukarkan serta di antara Ketua PTj yang berkaitan; 3.5 Pertukaran Dalaman PTj bermaksud pertukaran yang di lakukan di dalam PTj yang besar di mana pegawainya sama ada pegawai kumpulan P&P atau Pelaksana dalam skim yang sama ditukarkan antara Unit di dalam PTj berkenaan atas tujuan perkembangan kerjaya, memperkayakan dan meluaskan tugas (job enrichment and job enlargement) dan bukannya bersifat hukuman; 3.6 PTj bermaksud Pusat Tanggungjawab atau Fakulti, Jabatan, Institut, Pusat atau Bahagian di dalam UPSI. 4.0 OBJEKTIF PERTUKARAN 4.1 Pertukaran dapat membantu memperkaya dan memperluaskan tugas (job enrichment and job enlargement) kepada pegawai dan boleh menyumbang ke arah: 4.1.1 peningkatan produktiviti seseorang pegawai dan seterusnya PTj tempat mereka berkhidmat; 4.1.2 menambah serta mempelbagaikan pengalaman, pendedahan dan proses pembelajaran di kalangan pegawai terlibat yang mana proses ini amat berguna untuk kemajuan kerjaya mereka; 4.1.3 membendung rasa bosan bertugas di satu tempat dan menjalankan tugas yang sama dalam tempoh masa yang panjang; 4.1.4 memperluaskan lagi networking pegawai kerana ini dapat membantu mempermudahkan mereka melaksanakan tugas jawatan masing-masing; 4.1.5 mencegah sebarang kemungkinan berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah; 4.1.6 memberi peluang kepada pegawai diselia oleh penyelia yang berbeza supaya penilaian prestasi mereka dapat dibuat dengan lebih saksama; 2

4.1.7 membolehkan pegawai melihat organisasi di mana mereka ditempatkan dari perspektif yang berbeza dan dengan itu mereka diharap dapat mencuba pendekatan baru yang boleh mempertingkatkan lagi keberkesanan organisasi berkenaan; dan 4.1.8 memberi peluang kepada pegawai mendapatkan tugas yang sesuai dengan minat, kebolehan, latihan dan pengalaman mereka supaya mereka dapat mencapai penghasilan kerja yang maksimum. 5.0 DASAR PERTUKARAN 5.1 Pendaftar boleh menggunakan dasar pertukaran berikut sebagai panduan dalam melaksanakan urusan pertukaran supaya ia teratur dan seragam: 5.1.1 menukarkan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan sensitif; 5.1.2 menukarkan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi tidak melebihi 8 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan bukan sensitif. Walaubagaimanapun, untuk pertukaran dalaman boleh dilaksanakan bagi pegawai yang telah berkhidmat sekurangkurangnya 3 tahun; 5.1.3 Pegawai yang dinaikkan pangkat adalah perlu ditukarkan selepas kenaikan pangkat ditentukan sebagai tindakan perkongsian kepakaran anggota yang berkelayakan dan berprestasi tinggi; 5.1.4 seseorang pegawai itu boleh ditukarkan sama ada atas arahan Pendaftar ataupun atas permintaan pegawai itu sendiri yang dipersetujui oleh Pendaftar berdasarkan kepentingan perkhidmatan tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang dinyatakan di perenggan 5.1.1 dan 5.1.2 di atas; dan 5.1.5 tidak menggunakan pertukaran sebagai hukuman kecuali pertukaran tersebut dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib yang sedang diambil terhadap pegawai berkenaan; 3

5.1.6 Notis pertukaran hendaklah dalam tempoh yang munasabah atau tidak kurang dari 15 hari sebelum tarikh pertukaran bagi memudahkan pegawai yang ditukar dan pegawai yang menggantikan mempunyai masa mencukupi bertukar ilmu dan penyerahan tugas; 5.1.7 Pertukaran biasa akan hanya dilaksanakan dua (2) kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. 6.0 KATEGORI JAWATAN 6.1 Untuk maksud pertukaran, setiap jawatan yang disandang oleh seorang pegawai itu boleh dikategorikan seperti berikut: 6.1.1 Jawatan Sensitif: iaitu jawatan yang dibekalkan dengan kuasa dan: i. terlibat secara langsung dengan pelanggan semasa menguatkuasakan undang-undang; ii. terlibat secara langsung dengan pelanggan semasa memproses sesuatu permohonan yang boleh menghasilkan pulangan kewangan atau apa-apa bentuk habuan; iii. iv. penyandangnya dikehendaki menjalankan tugas membuat bayaran kepada atau membuat kutipan hasil daripada pelanggan; dan penyandangnya membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan budi bicara sama ada seseorang itu layak atau tidak layak mendapat sesuatu, atau telah / tidak melanggar sesuatu peraturan atau undang-undang. 6.1.2 Jawatan Bukan Sensitif: Semua jawatan yang tidak memiliki ciri-ciri jawatan sensitif seperti yang dinyatakan di perenggan 6.1.1 di atas dikategorikan sebagai jawatan bukan sensitif. 7.0 KLASIFIKASI PERTUKARAN Pertukaran boleh diklasifikasikan kepada tiga (3) kategori seperti berikut: 7.1 Melalui arahan Pendaftar, bagi pertukaran dalam mengikut tempoh seperti di perenggan 5 di atas. 4

7.2 Demi kepentingan perkhidmatan: 7.2.1 Seseorang pegawai boleh ditukarkan pada bila-bila masa dengan tidak terikat kepada perkara 5.1.6 dan 5.1.7, antaranya adalah seperti kes-kes berikut: i. Keputusan pihak berkuasa tatatertib; ii. iii. Keperluan mendesak di PTj kerana berlakunya kekosongan atau kewujudan PTj berkenaan; dan Kes-kes lain yang difikirkan perlu oleh Pendaftar bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan kepada Pegawai atau PTj. 7.3 Atas permohonan pegawai: 7.3.1 Setiap pegawai boleh memohon bertukar apabila telah memenuhi asas yang ditetapkan di perenggan 5. Pendaftar boleh memutuskan sama ada hendak meluluskan permohonan tersebut atau sebaliknya, tertakluk kepada adanya kekosongan jawatan atau kesesuaian pegawai di organisasi yang dipohon oleh mereka. 7.3.2 Pendaftar boleh menimbangkan kriteria yang boleh diambil kira untuk sesuatu permohonan pertukaran dengan memberi wajaran tertentu. Antara kriteria yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut: i. tempoh perkhidmatan di jawatan sekarang; ii. masalah kesihatan pegawai atau keluarga pegawai; iii. kekosongan jawatan; iv. permasalahan pegawai; dan v. tempoh permohonan. 8.0 PERTUKARAN YANG DILARANG Pegawai berprestasi rendah atau yang mempunyai masalah tatatertib tidak boleh ditukar sehingga masalah tersebut diselesaikan, kecuali pertukaran itu merupakan sebahagian daripada langkah pemulihan atau proses tindakan tatatertib ke atas pegawai berkenaan. Tindakan menukarkan pegawai berprestasi rendah atau yang mempunyai masalah tatatertib adalah tidak wajar dan tidak 5

adil kerana tindakan itu dianggap sebagai memindahkan masalah pegawai kepada PTj lain. 9.0 TANGGUNGJAWAB PENDAFTAR Sebelum mengeluarkan sesuatu arahan pertukaran, Pendaftar dan pegawai yang diberi kuasa dinasihatkan supaya memberi perhatian kepada perkara berikut: 9.1 mengagihkan kuasa membuat pertukaran kepada pegawai tertentu berdasarkan kepada gred pegawai yang hendak ditukarkan dan tempat mereka akan ditukarkan. Perwakilan kuasa ini perlu secara bertulis dan dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan; 9.2 Walau apa pun peruntukan di perkara 9.1, pertukaran dalaman yang diturunkan kuasa kepada Ketua Ptj hendaklah memaklumkan senarai nama pegawai yang bertukar berkenaan kepada Pendaftar, tertakluk kepada perenggan 5 di atas; 9.3 menyediakan program latihan dan sistem penggantian yang sesuai untuk memastikan kebolehan dan kemahiran yang ada pada pegawai yang akan ditukarkan itu dikongsi bersama oleh pegawai yang lain; 9.4 menukarkan pegawai dengan berhati-hati supaya tidak memberi kesan yang serius ke atas tugas yang akan ditinggalkan; 9.5 memastikan pegawai yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat seperti suami isteri, adik-beradik atau anak-beranak tidak ditempatkan bertugas di bawah penyeliaan secara langsung oleh salah seorang daripada mereka; 9.6 menentukan peruntukan kewangan adalah mencukupi untuk membayar kos pertukaran pegawai mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; 9.7 memastikan pegawai yang akan bertukar: 9.7.1 mematuhi arahan pertukaran yang dikeluarkan. Mana-mana pegawai yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib kecuali pegawai mempunyai alasan yang munasabah dan diterima oleh Pendaftar; 9.7.2 menyediakan Nota Serah Tugas yang lengkap untuk melicinkan pengambilalihan tugas oleh pegawai pengganti; 6

9.7.3 mengembalikan semua barangan serta peralatan yang diperuntukkan kepadanya ditempat pegawai bertugas; dan 9.7.4 menyediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pegawai di bawah seliaan mereka yang telah memenuhi syarat ditetapkan. 9.8 memastikan pegawai yang mengetuai sesebuah PTj mematuhi dan melaksanakan arahan pertukaran yang dikeluarkan; dan 9.9 membentuk Panel Pertukaran supaya urusan pertukaran dan isu lain berkaitan dengannya dapat diuruskan dengan lebih mantap seperti berikut: i. Pendaftar ~ Pengerusi Ahli: ii. Ketua Bahagian Sumber Manusia iii. iv. 10.0 PENGARUH LUAR Ketua Bahagian Govenan Dua orang pegawai yang difikirkan perlu oleh Pengerusi untuk hadir v. Pegawai Perjawatan BSM ~ Urus Setia *Wakil persatuan boleh dijemput turut hadir untuk memberi pandangan Pegawai adalah dilarang menggunakan apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar bagi menyokong permohonan mereka untuk bertukar atau sebaliknya. 11.0 PENGECUALIAN Pendaftar hanya boleh menimbang pengecualian seseorang pegawai daripada ditukarkan atau meluluskan permohonan pembatalan sesuatu arahan pertukaran atas alasan pegawai akan meninggalkan jawatan yang disandangnya dalam tempoh kurang dari setahun dari tarikh kuat kuasa pertukaran yang dicadangkan seperti bersara, ditamatkan perkhidmatan, dilantik ke jawatan lain dan dinaikkan pangkat, atau telah diluluskan cuti yang tempohnya tidak kurang daripada enam bulan. 12.0 TARIKH KUAT KUASA Dasar ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya diluluskan Universiti melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UPSI. 7

13.0 PEMAKAIAN 13.1 Dasar ini terpakai untuk semua Skim di UPSI yang perjawatannya memerlukan pertukaran dalaman dilaksanakan; dan 13.2 Pendaftar boleh membuat pengubahsuaian ke atas Dasar ini demi kepentingan perkhidmatan. Bahagian Sumber Manusia Disember 2014 HZAR 8