DASAR PENERBITAN JURNAL

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PENERBITAN JURNAL ILMIAH. 18JULAI 2017 IPG Kampus Ilmu Khas

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

POLISI PENERBITAN BAB DALAM BUKU (BOOK CHAPTERS) UTM

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

Garis Panduan PENERBITAN. Institut Pengurusan Penyelidikan

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Polisi Pen erbitan KUIS 2017 ( Rev. 4 ) POLISI PENERBITAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR. (Pindaan sehingga Mei, 2017) Disediakan oleh:

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP09

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN DAN TATACARA PENERBITAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

GARIS PANDUAN DANA LONJAKAN PENERBITAN (DLP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

FUNGSI PENERBIT UNIVERSITI JENIS PENERBITAN UNIVERSITI. Klasifikasi penerbitan Universiti adalah seperti berikut

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN BESTARI PERDANA (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LESTARI (PINDAAN TAHUN 2016)

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

GARIS PANDUAN PENERBITAN PUSAT KAJIAN KECEMERLANGAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Garis Panduan GERAN DANA UCS (DUCS) (PINDAAN 2017) Bahagian Penyelidikan & Inovasi UCS Kampus Puncak Alam (03) /4179

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP08

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

Nama calon * :.. UKM (PER) * :.. Jawatan * :... No. Telefon Bimbit dan No. Tel Pejabat * :... TANDAKAN SEMAKAN ADA ( ) DAN TIADA (X) (diisi oleh BSM)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Program Doktor Pendidikan Tinggi

PUSAT PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PINDAAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN TENAGA PELAWAT AKADEMIK KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKIM TENAGA PELAWAT AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P003

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

GARIS PANDUAN GERAN BESTARI

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

TAKLIMAT PENULISAN BAB DALAM BUKU (CHAPTERS IN BOOK)

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan


IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

BORANG PENILAIAN KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGHADIRI PERSIDANGAN DENGAN PEMBIAYAAN FAKULTI Senarai Semak

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Borang Penerbitan Karya Asli / Bahan Terbitan Umum

Transkripsi:

DASAR PENERBITAN JURNAL KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) Kelulusan oleh: 1. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan & Persidangan (JKPPP) (25 Mei 2017). 2. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan KUIS (JPK) (26 Julai 2017). Tarikh 2 Jun 2017 Disediakan oleh: Jawatankuasa Penerbitan Jurnal KUIS (JPJK) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)

SENARAI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN... 1 1.2 FOKUS/NICHE PENERBITAN JURNAL KUIS... 1 2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB... 2 2.1 JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PENERBITAN DAN PERSIDANGAN (JKPPP)... 2 2.1.1 Pelantikan Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan (JKPPP)... 2 2.1.2 Bidang Tugas... 2 2.2 JAWATANKUASA PENERBITAN JURNAL KUIS (JPJK)... 3 2.2.1 Pelantikan Jawatankuasa Penerbitan Jurnal KUIS (JPJK)... 3 2.2.2 Tempoh pelantikan... 3 2.2.3 Bidang Tugas... 3 2.3 KETUA PENERBITAN JURNAL KUIS... 3 2.3.1 Pelantikan Ketua Penerbitan Jurnal KUIS... 3 2.4 KETUA EDITOR... 4 2.4.1 Pelantikan Ketua Editor... 4 2.4.2 Tempoh pelantikan... 5 2.4.3 Syarat-Syarat pelantikan... 5 2.4.4 Bidang Tugas... 5 2.5 PELANTIKAN SIDANG EDITOR... 6 2.5.2 Tempoh pelantikan.... 6 2.5.3 Syarat-syarat pelantikan... 6 2.5.4 Bidang tugas... 6 2.6 PELANTIKAN PENILAI/PEWASIT... 6 2.6.1 Pelantikan Penilai/pewasit... 6 2.6.2 Tempoh pelantikan.... 6 2.6.3 Syarat-syarat pelantikan... 7 2.6.4 Bidang tugas... 7 3.0 PENERBITAN JURNAL... 8 3.1 PENGURUSAN JURNAL... 8 3.2 KRITERIA JURNAL... 8 3.2.1 Jangkamasa... 8 3.2.2 ISSN/E-ISSN... 8 3.2.3 Kawalan Kualiti... 9 3.2.4 Ketepatan Masa... 9 3.2.5 Subjek (bidang)... 9 3.2.6 Editorial... 9 3.2.7 Garis panduan penyerahan manuskrip... 9 3.2.8 Konvensyen Editorial... 9 3.2.9 Bahasa... 9 3.2.10 Laman web Jurnal... 10 3.2.11 Etika penerbitan... 10 3.2.12 Pengarang... 10 3.2.13 Sidang Editor... 10 3.2.14 Sitasi Jurnal... 10 ii

3.2.15 Pengindeksan Jurnal... 10 4.0 PERATURAN PEMBAYARAN... 11 4.1 PEMBAYARAN TERHADAP ARTIKEL YANG DITULIS... 11 4.2 HONORARIUM KEPADA PENILAI/PEWASIT... 11 5.0 PERATURAN PENCETAKAN NASKAH JURNAL... 12 iii

1.0 PENDAHULUAN Dokumen ini bertujuan untuk memberi keterangan berkaitan dasar penerbitan jurnal di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan juga menjadi garis panduan kepada warga akademik, warga pentadbiran dan para pelajar berhubung perkara berkaitan dengan penerbitan jurnal. Penerbitan jurnal oleh fakulti/pusat KUIS mestilah melalui Penerbit KUIS bagi menjaga kualiti jurnal yang diterbitkan sekaligus menjaga imej KUIS. 1.2 FOKUS/NICHE PENERBITAN JURNAL KUIS Setiap jurnal terbitan KUIS harus memberi fokus kepada kriteria seperti berikut:- i. Membangun dan meningkatkan peradaban insan bagi kepentingan universiti, negara dan ummah. ii. iii. iv. Menyumbang kepada pembangunan ilmu berlandaskan al-quran dan al- Sunnah. Mengetengahkan, menyumbang dan berkongsi idea, hasil dapatan dan penemuan baru dalam penyelidikan terkini dalam membantu menyelesaikan masalah ummah dan memberi manfaat kepada akademik. Menjadi rujukan, dikenali, boleh dilihat dan dirujuk oleh ahli akademik dan pelajar. 1

2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 2.1 JAWATANKUASA PENYELIDIKAN, PENERBITAN DAN PERSIDANGAN (JKPPP). 2.1.1 Pelantikan Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan (JKPPP) Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan (JKPPP) dilantik oleh Rektor KUIS dan dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan). Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada Pengarah RMC, Timbalan Pengarah RMC, Timbalan Dekan Akademik fakulti/pusat, Ketua Penerbitan, Inovasi & Pemasaran, setiausaha mesyuarat. dan Penolong Pendaftar RMC sebagai 2.1.2 Bidang Tugas i. Memantau aktiviti penyelidikan, penerbitan, dan pembangunan disemua peringkat termasuk jaringan/kerjasama dengan pihak luar. ii. Menetapkan syarat dan garis panduan untuk penyelidikan dan penerbitan. iii. Menggalakkan Pusat Kecemerlangan, Fakulti, dan penyelidik untuk mendapatkan dana dan jaringan luar untuk tujuan penerbitan. iv. Meluluskan permohonan aktiviti penyelidikan, penerbitan dan pembangunan fakulti/pusat. 2

2.2 JAWATANKUASA PENERBITAN JURNAL KUIS (JPJK) 2.2.1 Pelantikan Jawatankuasa Penerbitan Jurnal KUIS (JPJK) Jawatankuasa Penerbitan Jurnal KUIS (JPJK) dilantik oleh Rektor KUIS dan dipengerusikan oleh Pengarah RMC. Ahli-ahli terdiri daripada Ketua Penerbitan Jurnal KUIS, Timbalan Pengarah RMC, Ketua Editor Jurnal fakulti/pusat dan Pegawai Pembangunan Penyelidikan RMC sebagai setiausaha. 2.2.2 Tempoh pelantikan Tempoh pelantikan mengikut keperluan dari masa ke semasa. 2.2.3 Bidang Tugas i. Pelaporan ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan (JKPPP). ii. Merancang dan memantau penerbitan jurnal yang diterbitkan oleh fakulti/pusat. iii. Meluluskan atau menolak mana-mana manuskrip/artikel yang dikemukakan berdasarkan kriteria penerbitan ilmiah KUIS. iv. Menentukan kriteria bagi sesuatu artikel untuk boleh diterbitkan di bawah penerbitan jurnal KUIS. v. Menentukan dan mengkaji dasar Penerbitan Jurnal dari masa ke semasa. 2.3 KETUA PENERBITAN JURNAL KUIS 2.3.1 Pelantikan Ketua Penerbitan Jurnal KUIS Ketua Penerbitan Jurnal KUIS dilantik oleh Rektor KUIS. 3

2.3.2 Tempoh pelantikan Tempoh minimum lantikan adalah dua (2) tahun dan mengikut keperluan dari masa ke semasa. 2.3.4 Syarat-Syarat pelantikan i. Terdiri daripada pegawai akademik yang bergiat aktif dalam bidang penulisan atau berkaitan. ii. Berkhidmat di KUIS dan sekurang-kurangnya berjawatan Pensyarah Kanan. 2.3.5 Bidang Tugas i. Melapor kepada Pengarah RMC ii. iii. Memantau penerbitan jurnal KUIS. Melakukan penilaian terhadap jurnal yang diterbitkan di KUIS. iv. Menentukan kriteria bagi penerbitan jurnal untuk boleh diterbitkan di bawah penerbitan jurnal KUIS. v. Mengkaji dan menentukan Dasar Penerbitan Jurnal KUIS dari masa ke semasa. vi. vii. Merancang untuk meningkatkan sitasi jurnal KUIS Merancang penarafan jurnal terbitan KUIS ke peringkat nasional dan antarabangsa melalui jaringan kerjasama dengan IPT atau institusi lain yang berkaitan. 2.4 KETUA EDITOR 2.4.1 Pelantikan Ketua Editor Ketua Editor Jurnal fakulti/pusat dilantik oleh Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) KUIS dengan syor daripada fakulti/pusat. 4

2.4.2 Tempoh pelantikan Tempoh minimum lantikan adalah tiga (3) tahun dan mengikut keperluan dari masa ke semasa. 2.4.3 Syarat-Syarat pelantikan i. Berkhidmat di KUIS, DAN ii. iii. Terdiri daripada sama ada pensyarah kanan yang bergiat aktif menulis dalam bidang berkaitan, ATAU Pensyarah yang aktif dan pengalaman menulis artikel jurnal dalam bidang berkaitan. 2.4.4 Bidang Tugas i. Melapor kepada Timbalan Dekan Akademik fakulti dan Ketua Penerbitan Jurnal KUIS ii. Merancang, mengurus dan memantau urusan penerbitan jurnal bermula dari penerimaan artikel sehingga ke proses akhir penerbitan. iii. Melakukan penilaian peringkat pertama untuk setiap penerimaan artikel yang diterima sama ada artikel diterima atau tidak. iv. Meluluskan atau menolak mana-mana artikel yang dikemukakan berdasarkan kriteria Penerbitan KUIS. v. Melantik penilai atau pewasit yang bersesuaian dan berkaitan bagi setiap artikel yang diterima. vi. Menyelaras dan menjalankan tugas-tugas penyuntingan artikel. vii. Pembacaan pruf. viii. Memastikan artikel yang diterbitkan berkualiti dan menepati kriteria artikel jurnal. 5

2.5 PELANTIKAN SIDANG EDITOR 2.5.1 Pelantikan Sidang Editor Sidang editor dilantik oleh Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) dengan syor daripada Ketua Editor Jurnal fakulti/pusat. 2.5.2 Tempoh pelantikan. Tempoh minimum lantikan adalah dua (2) tahun dan mengikut keperluan dari masa ke semasa. 2.5.3 Syarat-syarat pelantikan i. Terdiri daripada ahli akademik yang bergiat aktif dan berpengalaman dalam bidang penulisan artikel jurnal, DAN ii. iii. iv. Berkhidmat di dalam atau di luar KUIS, DAN Mempunyai PhD, DAN Pakar dalam bidang berkaitan. 2.5.4 Bidang tugas i. Membantu tugas-tugas Ketua Editor. ii. Pembacaan pruf. 2.6 PELANTIKAN PENILAI/PEWASIT 2.6.1 Pelantikan Penilai/pewasit Penilai/pewasit dilantik oleh Ketua Editor Jurnal fakulti/pusat. 2.6.2 Tempoh pelantikan. Tempoh lantikan adalah sekurang-kurangnya dua (2) bulan atau mengikut keperluan. 6

2.6.3 Syarat-syarat pelantikan i. Terdiri daripada ahli akademik yang bergiat aktif dan berpengalaman dalam bidang penulisan artikel jurnal, DAN ii. iii. iv. Berkhidmat di dalam atau di luar KUIS, DAN Mempunyai PhD, DAN Pakar dalam bidang berkaitan. 2.6.4 Bidang tugas i. Menilai dan menentukan artikel yang bersesuaian dan berkualiti untuk diterbitkan. ii. Memastikan kesahihan kandungan artikel yang hendak diterbitkan berdasarkan kepada rujukan-rujukan yang diperakui. iii. Memberi saranan kepada Ketua Editor samada menerima atau menolak artikel yang diwasit dengan mengemukakan rasional berkaitan. 7

3.0 PENERBITAN JURNAL Setiap fakulti/pusat yang ingin menerbitkan Jurnal baharu atau ingin menukar nama jurnal atas justifikasi tertentu hendaklah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan (JKPPP) beserta dokumen lengkap menyatakan dengan jelas kriteria penerbitan jurnal seperti bahagian 3.2. 3.1 PENGURUSAN JURNAL Pengurusan sesuatu Jurnal perlu memenuhi kriteria Jurnal (rujuk bahagian 3.2) dan mempunyai Ketua Editor dan sidang editor yang dilantik oleh Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan). Selain daripada itu, jurnal juga perlu mempunyai laman web khusus untuk memudahkan proses penghantaran, pewasitan dan penerbitan artikel. Jumlah minima artikel yang perlu diterbitkan untuk setiap siri adalah sebanyak lima (5) hingga enam (6) artikel. 3.2 KRITERIA JURNAL 3.2.1 Jangkamasa Jurnal berwasit perlu diterbitkan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun tanpa gagal. Jurnal perlu diindeks sekurang-kurangnya dalam MyJurnal atau badan pengindeks lain. Selepas tiga tahun jurnal diindeks di MyJurnal, sesebuah jurnal itu berpeluang untuk di indeks di MyCite dan seterusnya di Scopus, Web of Science (WoS) dan lain-lain institusi pengindeks tempatan dan antarabangsa. 3.2.2 ISSN/E-ISSN Setiap jurnal mestilah mempunyai International Standard Serial Number (ISSN) atau E-ISSN yang didaftarkan di Malaysia. Hak cipta semasa jurnal 8

hendaklah dimiliki oleh Penerbit Fakulti/ Penerbit KUIS. Permohonan ISSN/E-ISSN hendaklah melalui Penerbit KUIS di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). ISSN perlu dimohon sekiranya penerbitan jurnal secara bercetak dan E- ISSN perlu dimohon sekiranya penerbitan jurnal secara atas talian. 3.2.3 Kawalan Kualiti Jurnal mengamalkan proses pewasitan artikel (blind review) sebelum diterbitkan. Tempoh proses pewasitan dinyatakan dengan jelas. 3.2.4 Ketepatan Masa Jurnal menyatakan dan mematuhi frekuensi dan bulan penerbitan dengan jelas. 3.2.5 Subjek (bidang) Jurnal menyatakan bidang atau subjek dengan jelas sebagai panduan kepada pengarang. 3.2.6 Editorial Jurnal menyenaraikan sidang editor beserta afiliasi yang lengkap. 3.2.7 Garis panduan penyerahan manuskrip Jurnal menyatakan garis panduan mengenai proses penyerahan manuskrip dengan jelas sebagai panduan kepada pengarang. 3.2.8 Konvensyen Editorial Jurnal menyatakan maklumat bibliografik yang lengkap iaitu Tajuk, Abstrak, Katakunci, Rujukan dan afiliasi penuh semua pengarang. 3.2.9 Bahasa i. Jurnal dalam Bahasa Inggeris - setiap artikel perlu menyediakan Tajuk, Abstrak dan Katakunci dalam Bahasa Melayu. i. Jurnal dalam Bahasa Melayu - setiap artikel perlu menyediakan Tajuk, Abstrak dan Katakunci dalam Bahasa Inggeris. ii. Jurnal dalam Bahasa Arab - setiap artikel perlu menyediakan Tajuk, Abstrak dan Katakunci dalam Bahasa Inggeris. 9

3.2.10 Laman web Jurnal Jurnal mempunyai laman web dan memaparkan maklumat yang dikemaskini. URL Laman web setiap jurnal fakulti/pusat perlu lah sama dan ditadbir oleh seorang pentadbir laman web. 3.2.11 Etika penerbitan Jurnal menyediakan dan menyatakan etika penerbitan yang lengkap mengikut Standard Committee on Publication Ethics (COPE) dalam laman web jurnal. 3.2.12 Pengarang Kepelbagaian pengarang dalam satu isu dan kepelbagaian afiliasi dikalangan pengarang perlu dalam sesebuah jurnal bagi mencapai kualiti dalam penulisan jurnal. 3.2.13 Sidang Editor Kepelbagaian sidang editor di peringkat nasional dan antarabangsa perlu bagi memastikan jurnal yang diterbitkan berkualiti dan setanding jurnal lain. 3.2.14 Sitasi Jurnal Jurnal mendapatkan dan menyatakan sitasi dalam pangkalan data (cth: MyJurnal, MyCite, WOS, SCOPUS, ISI) dengan jelas. 3.2.15 Pengindeksan Jurnal Jurnal perlu diindeks dalam MyJurnal atau pangkalan data pengindeksan serantau dan antarabangsa lain yang diiktiraf dengan memenuhi kriteriakriteria badan pengindeksan tersebut. 10

4.0 PERATURAN PEMBAYARAN 4.1 PEMBAYARAN TERHADAP ARTIKEL YANG DITULIS Kadar bayaran yang dikenakan kepada penulis adalah tertakluk kepada kategori jurnal seperti jadual dibawah: Kategori Kadar Bayaran Berwasit RM100 - RM150 per artikel (USD23 USD34.5 per artikel)* Berindeks di peringkat nasional RM150 - RM200 per artikel (cth: MyJurnal, MyCite) (USD34.5 USD46 per artikel)* Berindeks di peringkat RM400 - RM500 per artikel antarabangsa sahaja (USD92 USD115 per artikel)* Berindeks peringkat antarabangsa Percuma (SCOPUS, ISI,WoS) *Tertakluk kepada kadar semasa pertukaran matawang asing. 4.2 HONORARIUM KEPADA PENILAI/PEWASIT Honorarium kepada penilai/pewasit dipertimbangkan kepada aspek kepakaran penilai/pewasit, komen yang diberikan dan ketepatan masa. Kadar honorarium adalah RM100 - RM150 per artikel. Kadar honorarium kepada penilai/pewasit adalah tertakluk daripada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Persidangan (JKPPP) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan KUIS (JPK) dari masa ke semasa. 11

5.0 PERATURAN PENCETAKAN NASKAH JURNAL Semua jurnal bercetak perlu mendapatkan permohonan permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan merupakan prasyarat permohonan ISSN. Jurnal bercetak juga hendaklah melalui Penerbit KUIS dan mematuhi polisi penerbitan KUIS serta proses penerbitan manuskrip dari semasa ke semasa. 12