PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

dokumen-dokumen yang mirip
PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/ 2001 PERA TURAN PEMBA YARAN PELAJAR

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

2.1 Penuntut Baru ( Freshies ) Yuran Pendaftaran Yuran Berulang (Setiap Semester)

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

KADAR YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR PERDANA TEMPATAN SEMESTER /2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PASCASISWAZAH MOD KERJA KURSUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

KADAR YURAN PROGRAM KERJASAMA UMP-HsR JERMAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Kadar Yuran 1. Kadar yuran pengajian Program PJJ, UPM adalah berbeza mengikut peringkat pengajian:- i. Bacelor = RM180/kredit ii. MPPP = RM350/kredit

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

PERATURAN PEPERIKSAAN

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SEMUA SEMESTER TERMASUK TANGGUH LI SESI: JUN 2014

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

PEKELILING KEPADA PELAJAR BIL. 12/2009

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR BERPINDAH DARI POLITEKNIK LAIN BAGI SESI DISEMBER 2017

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)


JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN SEMESTER: 2 SESI: DISEMBER 2013

(Bilangan 1) Diterbitkan oleh : BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D.E

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2018

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

Transkripsi:

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR UTM.03/10.12/3 Jld 2 ( 40 ) 5hb. Jun, 2009 1.0 Tujuan 1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menerangkan Peraturan Pembayaran Pelajar yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa Universiti. 1.2 Pembayaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua bayaran yang diwajibkan ke atas pelajar seperti yang ditetapkan oleh Universiti. 2.0 Kaedah Bayaran 2.1 Pelajar Baru 2.1.1 Pelajar baharu kursus Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Program Pengajian Siswazah wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya 3 hari sebelum hari pendaftaran. (Sila rujuk Arahan Bayaran Pelajar Program Diploma/Sarjana Muda) 2.2 Pelajar Kanan 2.2.1 Pelajar Kursus Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pelajar kanan dari Kursus Diploma/Ijazah Sarjana Muda selain daripada ditaja sepenuhnya oleh penganjur yang bayarannya dibuat melalui Pejabat Bendahari Universiti ini diwajibkan menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada hari pertama selepas cuti pertengahan Semester. Bayaran boleh dibuat melalui kemudahan perbankan Internet FPX / CIMBClicks atau Bank Deraf / Kiriman Wang atas nama Bendahari, Universiti Teknologi Malaysia. 2.2.2 Pelajar Program Pengajian Siswazah Pelajar Kanan dari Program Pengajian Siswazah selain dari yang ditaja sepenuhnya oleh Penganjur dimana bayarannya dibuat melalui Pejabat Bendahari Universiti ini diwajibkan menjelaskan semua bayaran selewatlewatnya pada tarikh akhir pendaftaran matapelajaran Semester tersebut (dalam tempoh 2 minggu pendaftaran matapelajaran). Pelajar yang gagal mematuhi peraturan di atas akan dibatalkan atau tidak dibenarkan mendaftar matapelajaran pada Semester berkenaan. Pelajar kanan dibawah Skim Biasiswa/Pembantu Penyelidik/Pegawai Penyelidik dan kakitangan kontrak dan kakitangan UTM yang belum mendapat pengecualian yuran dari pihak Senat perlu mambayar semua yuran selewat-lewatnya sehari selepas cuti Pertengahan Semester. Pengecualian yuran hanya untuk yuran pelajaran sahaja.sekiranya pengecualian yuran diluluskan oleh pihak Senat, yuran-yuran lain perlu dijelaskan sendiri oleh pelajar. Pengecualian yuran diberi berdasarkan kepada prestasi pelajar dan ianya perlu dipohon selewat-lewatnya minggu pertama awal Semester dari pihak Senat melalui Pusat Pengajian Siswazah mulai Semester kedua pengajian. Lain-lain pengecualian/pengurangan yuran adalah tertakluk kepada peraturan yang diluluskan oleh pihak Universiti dari masa ke semasa.

2.2.3 Pelajar Yang Tamat Biasiswa Atau Sedang Memohon Perlanjutan Biasiswa Pelajar yang ditamatkan biasiswa atau sedang memohon perlanjutan biasiswa sekiranya kelulusan permohonan perlanjutan biasiswa dari penganjur tidak diterima pada hari pertama selepas cuti pertengahan semester mereka dikehendaki menjelaskan sendiri semua bayaran pada hari kedua selepas cuti pertengahan Semester. 2.2.4 Pelajar Berpenganjur Yang Tidak Ditaja Sepenuhnya Oleh Penaja Pelajar-pelajar berkenaan hendaklah menjelaskan perbezaan yang tidak akan ditaja oleh penaja selewatlewatnya pada hari pertama selepas cuti pertengahan Semester. 3.0 Tindakan Terhadap Pelajar Yang Gagal Menjelaskan Pembayaran 3.1 Kategori pelajar seperti di para 2.1.1, 2.2.1, 2.2.2, 2.2.3 dan 2.2.4 yang gagal menjelaskan semua bayaran atau mendapatkan pengecualian selepas tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan antaranya seperti berikut. 3.1.1 Didenda sebanyak RM10.00 3.1.2 Ditahan daripada membuat pra pendaftaran dan pendaftaran sebenar matapelajaran 3.1.3 Ditahan daripada menduduki peperiksaan 3.1.4 Ditahan keputusan peperiksaan 3.1.5 Ditahan daripada menghadiri kuliah 3.1.6 Digantung pengajian 3.1.7 Diberhentikan 3.1.8 Ditahan transkrip dan sijil 4.0 Peraturan Pembayaran Bagi Semester III 4.1 Jenis Yuran Yang Dikenakan 4.1.1 Yuran Pelajaran Yuran Pelajaran yang dikenakan mengikut Jumlah Jam Kredit yang diambil seperti berikut :- Jenis Kursus Diploma/Integrasi Kadar Yuran RM15.00 setiap kredit Ijazah Sarjana Muda a. Bidang Teknologi RM45.00 setiap kredit b. Bidang Sains Gunaan RM40.00 setiap kredit c. Bidang Sastera Iktisas RM35.00 setiap kredit 4.1.2 Yuran Perkhidmatan UTM Jumlah yang dikenakan adalah sama seperti bayaran Semester I & II. Walaubagaimanapun, pelajar yang mengikuti Latihan Industri dalam Semester III dan tidak mendiami asrama pada semester tersebut diberi pengecualian 25% ke atas komponen bayaran Perkhidmatan Perpustakaan dan Pusat Kesihatan. Pelajar yang ingin mendapatkan pengecualian bayaran tersebut hendaklah mengemukakan surat sokongan dari pihak fakulti yang mengesahkan pelajar mengikuti Latihan Industri pada semester berkenaan. 4.1.3 Yuran Asrama 4.2 Cara Pembayaran Mengikut perkiraan berdasarkan tempoh Semester III. Pelajar diwajibkan menjelaskan semua yuran di atas semasa membuat pra-pendaftaran /pendaftaran matapelajaran.pelajar yang gagal menjelaskan pembayaran tidak dibenarkan mendaftar matapelajaran pada Semester tersebut. Pelajar yang telah menjelaskan pembayaran tetapi menarik diri atau mengurangkan jumlah jam kredit yang diambil, tidak berhak menuntut pemulangan bayaran selepas tarikh rasmi pendaftaran matapelajaran.

5.0 Pelajar Yang Mengikuti Kursus Tanpa Ijazah 5.1 Jenis Yuran Yang Dikenakan 5.1.1 Yuran Pelajaran yang dikenakan adalah mengikut jumlah Jam Kredit yang diambil seperti berikut :- Kursus Tanpa Ijazah 5 jam kredit atau kurang Melebihi 5 jam kredit Diploma/Integrasi RM112.50 RM225.00 Ijazah Sarjana Muda A. Bidang Teknologi RM350.00 RM700.00 B. Bidang Sains Gunaan RM330.00 RM660.00 C. Bidang Sastera Iktisas RM275.00 RM550.00 5.2 Cara Pembayaran Pelajar diwajibkan menjelaskan semua yuran Pelajaran yang dikenakan semasa membuat pendaftaran. Walau bagaimanapun yuran-yuran kecil yang lain tidak dikenakan bayaran. 6.0 Pelajar Yang Mengikuti Kursus Separuh Masa & Semester Lanjutan 6.1 Pelajar Kursus Diploma/Sarjana Muda 6.1.1 Pelajar Kursus Diploma/ Sarjana Muda yang mengikuti Semester Lanjutan (melebihi tempoh Pengajian) yang mengambil 5 jam kredit atau kurang dikenakan separuh yuran pelajaran dari kadar biasa manakala lain-lain yuran perlu dijelaskan sepenuhnya. 6.1.2 Pelajar Kursus Sarjana Muda/Diploma yang berdaftar tahun akhir (Semester Lanjutan) yang telah menyempurnakan semua syarat-syarat kursus kecuali latihan praktik dikehendaki menjelaskan semua yuran kecuali yuran pelajaran bagi semester berkenaan. 6.2 Pelajar Program Pengajian Siswazah 7.0 Peraturan Umum 6.2.1 Pelajar yang mengikuti program pengajian siswazah secara separuh masa dikenakan Yuran Pelajaran 60% daripada kadar biasa manakala yuran-yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya. 6.2.2 Pelajar Program Pengajian Siswazah yang telah menghantar tesis dan menunggu penilaian/peperiksaan akan diberi pengecualian yuran pengajian secara automatik untuk Semester berikutnya dengan syarat telah memenuhi tempoh lazim Semester pengajian pelajar terlibat. 6.2.3 Pelajar Program Pengajian Siswazah yang sedang menulis tesis tetapi menggunakan Semester Lanjutan dari Semester lazim yang ditetapkan dan disahkan menggunakan kemudahan Universiti yang minimum boleh dipertimbangkan untuk permohonan pengecualian sebahagian yuran pelajaran melalui Dekan Pusat Pengajian Siswazah, manakala yuran-yuran lain perlu dijelaskan sendiri oleh pelajar. 7.1 Penarikan Diri Dari Asrama Semasa Pengajian 7.1.1 Pelajar yang berhenti atau menarik diri dari mendiami asrama dikehendaki menjelaskan pembayaran Yuran Asrama sepenuhnya. Sebaliknya pelajar yang telah menjelaskan bayaran di atas tidak berhak menuntut pemulangan. 7.1.2 Pelajar yang mendiami asrama masa cuti juga tertakluk kepada Peraturan 7.1.1. 7.2 Tuntutan Yuran Pengajian Bagi Kes Khas 7.2.1 Tindakan Tatatertib Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib samada diberhentikan atau digantung pengajian dikehendaki menjelaskan semua bayaran bagi Semester dimana tarikh hukuman dikuatkuasakan.

7.2.2 Menarik Diri Dari Mengikuti Kursus Pelajar berdaftar (termasuk pelajar yang telah membuat pra-pendaftaran matapelajaran) yang menarik diri dari mengikuti kursus setelah semester bermula dikehendaki menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan. Pelajar baru yang diluluskan menarik diri oleh Universiti (Pejabat Pendaftar-Pengurusan Akademik atausekolah Pengajian Siswazah) di dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pendaftaran adalah layak mendapatkan semula sebahagian daripada yuran yang telah dijelaskan. Tuntutan hendaklahdikemukakan ke Pejabat Bendahari dengan mengemukakan surat kelulusan Universiti dan salinan asalresit bayaran.tiada pemulanagn diberi sekiranya permohonan menarik diri diluluskan selepas tempoh di atas. 7.2.3 Penangguhan Pengajian/Cuti Sakit. 8.0 Peringatan Kepada Pelajar Pelajar yang mendaftar dan diluluskan permohonan penangguhan pengajian/cuti sakit oleh pihak berkuasa Universiti pada sesuatu semester dikehendaki menjelaskan yuran seperti berikut :- a) Jika kelulusan diberi sebelum cuti Pertengahan Semester berakhir, mahasiswa dikehendaki menjelaskan separuh dari Yuran Pelajaran. b) Sekiranya kelulusan diberi setelah cuti pertengahan Semester berakhir, mahasiswa dikehendaki menjelaskan keseluruhan Yuran Pelajaran. c) Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan untuk perkara (a) dan (b) di atas termasuk Yuran Asrama mengikut kiraan sebenar menduduki asrama. Pelajar adalah diminta menyedari akan tanggungjawab serta kesan perlaksanaan Pekeliling ini seperti yang dinyatakan di atas dan di Lampiran A. 9.0 Status Pekeliling Pekeliling ini menggantikan Pekeliling Bendahari Bil.1/1997 bertarikh 13hb Mac, 1997. 10.0 Peraturan Pembayaran ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa. Bendahari UniversitiTeknologi Malaysia

LAMPIRAN 1 PERKARA-PERKARA PENTING UNTUK DIAMBIL PERHATIAN/ TINDAKAN OLEH PELAJAR 1. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menjelaskan semua bayaran bagi setiap Semester pada tarikh yang ditetapkan mengikut Pekeliling Bendahari Bil.2/2009 (Peraturan Pembayaran Pelajar) sehinggalah mereka menamatkan pengajian di UTM. 2. Pengeluaran bil tuntutan kepada pelajar merupakan proses pentadbiran sahaja. Sekiranya pelajar tidak menerima bil tuntutan, mereka masih tertakluk kepada tindakan mengikut Pekeliling Bendahari Bil. 2/2009 (Peraturan Pembayaran Pelajar) para 3.0 yang telah diedarkan kepada pelajar. 3. Surat tuntutan pembayaran yuran tertunggak akan dikeluarkan kepada pelajar berpenganjur jika biasiswa / pinjaman mereka belum diterima untuk makluman/ semakan / tindakan pembayaran (jika berkenaan). 4. Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat mengenai tunggakan yuran melalui laman web my.utm.my atau datang terus ke Kaunter Unit Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari. 5. Yuran / hutang yang perlu dijelaskan oleh pelajar meliputi semua bayaran termasuk yuran pengajian (Yuran Pelajaran, Yuran Asrama, Yuran Perkhidmatan UTM, Yuran Aktiviti, Yuran Haluan Siswa, Yuran Kokurikulum, Yuran Pendaftaran, Yuran Alumni, Yuran Peperiksaan, Yuran Perkhidmatan Komputer dan lain-lain termasuk Pinjaman Tabung.) 6. Pelajar berpenganjur yang menerima biasiswa pelajaran mereka terus dari penganjur dianggap sebagai pelajar persendirian bagi maksud bayaran yuran yang ditetapkan dan tertakluk kepada tindakan yang dinyatakan terdahulu. 7. Pelajar yang memohon perlanjutan biasiswa melalui HEMA dan kelulusan mengenainya tidak diperolehi sebelum cuti pertengahan Semester akan dianggap pelajar persendirian dan mereka dikehendaki menjelaskan sendiri semua yuran pengajian. 8. Pelajar yang digantung pengajian dianggap telah menggunakan satu Semester pengajian dan mereka dikehendaki menjelaskan semua bayaran Semester dimana pelajar telah mendaftar matapelajaran, sebelum diterima meneruskan pengajian pada Semester berikutnya. 9. Pelajar yang telah membuat pra-pendaftaran matapelajaran dan layak meneruskan pengajian pada Semester berikutnya tetapi tidak bercadang meneruskan pengajian mereka kerana menarik diri atau memohon penangguhan pengajian, dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Dekan Fakulti dan disalinkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar atau Sekolah Pengajian Siswazah dan Bendahari dengan segera untuk pelarasan rekod serta tindakan berkaitan. Pelajar yang gagal berbuat demikian (sebelum Semester bermula atau sebelum tarikh akhir pendaftaran matapelajaran) masih dianggap sebagai pelajar berdaftar dan dikehendaki menjelaskan semua bayaran untuk Semester berkenaan. 10. Pelajar kanan (para 2.2) dibenarkan menjelaskan bayaran secara ansuran sebelum tarikh akhir pembayaran yang telah ditetapkan. Semua pembayaran yuran perlu dijelaskan secara tunai di kaunter pembayaran Bendahari (Bahagian Pelajar) atau melalui lain-lain kaedah yang dinyatakan. 11. Pelajar berpenganjur yang mendaftar semula setelah menangguh pengajian atau digantung pengajian perlu memohon semula biasiswa / pinjaman melalui Unit Biasiswa / Pinjaman, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA). 12. Pelajar baharu adalah ditakrifkan sebagai pelajar semester pertama bagi kursus baru (peringkat lebih tinggi) yang ditawarkan. Pejabat Bendahari (Unit Kewangan Pelajar) Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Johor Bahru No. Telefon : 07-5531320 Faks : 07-5530073

JADUAL BAYARAN UNTUK PELAJAR LEPASAN STPM/MATRIKULASI/SETARAF BAGI PROGRAM DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN BIL JENIS BAYARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (RM) 1.0 YURAN SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN 1. Yuran Haluan Siswa 300.00 2. Yuran Pendaftaran 20.00 3. Yuran Alumni 100.00 4. Yuran Kokurikulum 300.00 5. Yuran Program Khas Profesional UTM 200.00 6. Yuran Hemat Diri 200.00 7. Yuran Pemeriksaan Kesihatan 80.00 2.0 YURAN BERULANG (PER SEMESTER) 8. Yuran Aktiviti & Khairat Pelajar 25.00 9. Yuran Khidmat Pelajar 60.00 10. Yuran Perkhidmatan UTM 110.00 11. Yuran Perkhidmatan Komputer 20.00 12. Yuran Program Hedstart 30.00 Yuran Pelajaran 13. Bidang Teknologi 700.00 Bidang Sains Gunaan 660.00 14. Bidang Sastera Iktisas 550.00 Yuran Kolej (Jumlah sebenar ditetapkan mengikut sewaan satu semester) RM 4.00/hari (RM 536/semester) RINGKASAN JUMLAH BAYARAN (Tidak termasuk yuran Kolej Kediaman) (a) (b) (c) Semua Program Sarjana Muda (Bidang Teknologi) 2,145.00 Semua Program Sarjana Muda (Bidang Sains Gunaan) 2,105.00 Semua Program Sarjana Muda (Bidang Sastera Iktisas) 1,995.00 Yuran di atas adalah tertakluk kepada pindaan.

ARAHAN BAYARAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA/SARJANA MUDA Para pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran yuran pengajian dan asrama seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran melalui salah satu dari kaedah berikut sahaja :- 1. Deposit Tunai di BANK ISLAM MALAYSIA BHD (Bill Presentment) Bayaran PENUH yuran pengajian calon pelajar baharu boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam seluruh Malaysia dengan mengisi Slip Pembayaran Bil yang boleh didapati di bank. Pelajar dikehendaki mengisi butir-butir nama, no kad pengenalan, nombor telefon, jumlah bayaran serta bayar kepada UTM dengan lengkap. Contoh Slip Pembayaran Bil adalah seperti berikut :- No. Resit Sila masukkan maklumat nombor resit dan tarikh bayaran semasa membuat pendaftaran secara atas talian di web e-daftar.. Sila ambil maklum bahawa pelajar dikehendaki membayar caj bank mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak Bank Islam (M) Bhd.. Sila rujuk alamat laman sesawang ini http://www.bankislam.com.my/home/locator/untuk maklumat cawangan Bank Islam berhampiran anda. 2. Perbankan Internet (CIMBClicks). Pelajar juga boleh membuat pembayaran yuran menggunakan kemudahan perbankan internet CIMBClicks atau JOMPay (kod bil 7872). Sila masukkan maklumat nombor resit dan tarikh bayaran semasa membuat pendaftaran secara atas talian. No. Resit

3. LAIN-LAIN MAKLUMAT a) Kadar terperinci yuran pelajaran bagi Program Sarjana Muda adalah seperti berikut :- BIDANG DAN FAKULTI PENGAJIAN KADAR YURAN (RM) BIDANG TEKNOLOGI FAKULTI :- 1.1 Alam Bina 1.2 Kejuruteraan Awam 1.3 Kejuruteraan Mekanikal 1.4 Kejuruteraan Elektrik 1.5 Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga 1.6 Geoinformasi & Harta Tanah 1.7 Biosains dan Kejuruteraan Bioperubatan a) Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio-Perubatan) 700.00 BIDANG SAINS GUNAAN FAKULTI :- 2.1 Sains 2.2 Pendidikan 2.3 Komputeran 2.4 Biosains dan Kejuruteraan Bioperubatan a) Sarjana Muda Sains (Biologi Industri) b) Sarjana Muda Sains (Biologi) c) Sarjana Muda Sains (Pengurusan Ekuin) 2.5 UTM Razak School 660.00 BIDANG SASTERA IKTISAS FAKULTI :- 3.1 Pengurusan 550.00 b) Pendaftaran pelajar akan disekat sekiranya yuran tidak dijelaskan sepenuhnya. c) Pembayaran biasiswa/pinjaman pelajar adalah melalui akaun bank seperti berikut :- i) Bagi pelajar yang akan mendaftar di Kampus Johor Bahru, anda dikehendaki membuka akaun simpanan di manamana cawangan CIMB. ii) Bagi pelajar yang akan mendaftar di Kampus, Kuala Lumpur, anda dikehendaki menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad bagi urusan pembayaran pinjaman/biasiswa. Urusan pembukaan akaun simpanan pelajar akan dilakukan oleh pihak BIMB dan UTM pada hari pendaftaran. Sehubungan itu pelajar adalah diminta supaya menyediakan satu salinan kad pengenalan bagi tujuan tersebut.