SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

dokumen-dokumen yang mirip
Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA MUALAF MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN DAN SELANGOR

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

Sumber: Statistik Zakat, Puzat Zakat Negeri Sembilan.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

CABARAN INSTITUSI ZAKAT DALAM MENANGANI KEMISKINAN: PENGALAMAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

BAB 2 ASNAF FISABILILLAH

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR AGIHAN ZAKAT PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN OBJEKTIF

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 3 PENTADBIRAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN. bertanggungjawab dalam mengutip zakat dan mengagihnya kepada asnaf-asnaf yang

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Bab ini adalah kesimpulan daripada perbincangan di dalam bab-bab sebelumnya. Merujuk

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. mengenai zakat lazimnya menjurus kepada pentadbiran harta zakat. Selaras dengan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN AKADEMIK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAJUK LOKALISASI DALAM PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERSEPSI AMIL

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL 1. Azman Ab. Rahman 2 & Hairunnizam Wahid 3 Hairullfazli Mohammad Som 4

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

JIE Analisis Ekonomi Islam

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

vvvvvvvvvv MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEPANDU SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO KALI PERTAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Zakat ke atas Hartanah: Kajian Tekstual Terhadap Fatawa Jami'ah fi Zakah al- Iqar 1

Institusi terulung dalam sejarah Islam dan bertindak sebagai Perbendaharaan Negara Dikenali juga dengan nama Kementerian Kewangan pada masa kini.

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Nora`inan bt. Bahari Calon Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 19/Jun/ :05 AM 1

: 20 Mac Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penyelia Asrama N19.

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

SATU KAJIAN AWAL KEDUDUKAN MASJID Dl NEGERI PERLIS BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

YAYASAN NO. SYARIKAT: M

BAB 6. pendapatan dan (7) mengenalpasti kesan agihan zakat dari perspektif maqāṣid syarīah.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

TARIKH : 10 JUN 2007 MASA : 8.30 PG HINGGA 5.00 PTG DISAMPAIKAN OLEH: USTAZ ABDULLAAH BIN JALIL PENSYARAH FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

Ulasan Buku/Book Review

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

BAB 14 AUDIT DALAMAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

ISU SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG SIRI 19

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

1 February 2018 SEMUA KETUA JABATAN SEMUA AHLI AKADEMIK MEREKA YANG BERKENAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Insurans dan Takaful: Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENfBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAJUK KEBERKESANAN BANTUAN MODAL DALAM PENGAGIHAN ZAKAT: KES ASNAF FAKIR DAN MISKIN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Transkripsi:

162 Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 22 & 23 November 2016 SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN Azman Ab Rahman Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. E-mel: azman@usim.edu.my Syed Mohd Najib Syed Omar Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. E-mel: syednajib@usim.edu.my Hairullfazli Mohammad Som Pensyarah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam,Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. E-mel: hairullfazli@kuis.edu.my Siti Zulaikha Mokhtar Pembantu Penyelidik, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. E-mel: zulaikha211@gmail.com Abstrak Salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat ialah fi sabilillah. Pendekatan maqasid syariah dilihat sangat penting dalam pengagihan zakat kepada asnaf fi sabilillah bagi memastikan agihan zakat yang diberikan menepati pensyariatan dan hikmah tuntutan zakat. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai sama ada melengkapi keperluan asnaf berasaskan maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini akan membincangkan konsep maqasid syariah dalam konteks zakat serta menganalisis dan menilai skim agihan zakat kepada fi sabilillah berasaskan maqasid syariah di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi. Hasil kajian mendapati secara umumnya skim-skim yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Bahagian Baitumal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada fi sabilillah melengkapi setiap aspek maqasid syariah. Namun, semakan semula perlu dilakukan bagi memastikan skim-skim tersebut mengikut keutamaan lima prinsip maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi menilai setiap skim yang disediakan kepada 7 golongan asnaf dari semasa ke semasa agar selari dengan konsep maqasid syariah yang diutamakan dalam Islam. Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada pihak Majlis Agama Islam di setiap negeri dalam melaksanakan sistem pengagihan zakat asnaf fi sabilillah secara berkesan dan telus. Kata kunci: Fi sabilillah, Skim Agihan Zakat, Maqasid Syariah, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 1. Pendahuluan Allah SWT telah menetapkan kedudukan asnaf penerima zakat di dalam al-quran mengikut turutan iaitu asnaf fakir, miskin, amil, mualaf, ar-riqab, al-gharimin dan fi sabilillah. Sebagaimana dalam firman Allah SWT maksudnya: Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk memerdekakan hamba sahaya,

untuk membebaskan orang yang berhutang, untuk yang berada di jalan Allah dan untuk orang yang sedang di dalam perjalanan sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah al-tawbah: 60) Setiap negeri di Malaysia menyediakan skim-skim bantuan yang pelbagai untuk asnaf fisabilillah. Skim-skim yang disediakan adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. Artikel ini hanya akan meneliti skim agihan zakat yang disediakan kepada asnaf fisabilillah oleh LZS dan Bahagian Baitulmal MAIWP. Skim agihan zakat tersebut akan diteliti dari aspek maqasid syariah bagi memastikan bantuan yang diagihkan selari dengan prinsip syarak. Justeru, artikel ini akan membincangkan konsep maqasid syariah dalam konteks agihan zakat di Malaysia, di samping mengenal pasti dan menganalisis skim agihan zakat kepada fi sabilillah berasaskan maqasid syariah di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Artikel ini akan menilai sama ada skim bantuan yang disediakan mengikut keutamaan lima prinsip maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. 2. Metodologi Kajian Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data secara dokumentasi. Kaedah ini melibatkan kajian perpustakaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan tafsiran asnaf fi sabilillah dan konsep maqasid syariah menurut pandangan para fuqaha terdahulu dan kontemporari. Kaedah ini akan mengenal pasti skim yang disediakan kepada asnaf fi sabilillah di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Buku, jurnal, laporan tahunan, kertas kerja, majalah, akhbar dan internet merupakan rujukan yang digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Bagi menganalisis data yang telah diperoleh, metodologi yang digunakan ialah yang berbentuk analisis induktif, deduktif (istiqra i) dan komparatif (muqaranah). Cara yang digunakan ialah dengan menilai dan menganalisis skim bantuan zakat mengikut prinsip maqasid syariah untuk mencari titik persamaan dan perbezaan bagi aspek-aspek yang ditekankan dalam kajian ini. Seterusnya, aspek-aspek ini akan dinilai satu persatu. Penyelidik akan membandingkannya dan menganalisis sebelum mengeluarkan satu kesimpulan yang mantap. 3. Keputusan Kajian dan Perbincangan 3.1 Definisi Fi sabilillah Fisabilillah jika dilihat daripada segi definisi umum bermaksud tentera Islam yang berperang menentang golongan kafir (al-sarakhsi, 1986). Namun, perbahasan dan perbincangan terhadap definisi fisabilillah berlaku di kalangan ulama dulu dan kini sehingga membawa kepada pelbagai ijtihad. Terdapat ulama yang cuba membawa nafas baru dalam menafsirkan fi sabilillah bersesuaian dengan kehendak semasa dan bertepatan dengan roh serta maqasid syariah. Institusi-institusi zakat di Malaysia turut mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri dalam menetapkan definisi fisabilillah. Menurut LZS, fi sabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah 163

(Lembaga Zakat Selangor, 2016(b)). Bahagian Baitulmal MAIWP pula telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-51 yang telah bersidang pada 13 Mac 1999 iaitu mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya (Azman Ab Rahman et. al., 2015). 3.2 Konsep Maqasid Syariah Alal al-fasi mendefinisikan maqasid syariah dengan maksud objektif yang datang dari syariah dan rahsia-rahsia yang diletakkan oleh Allah bagi setiap hukum-hakamnya ( Alal al- Fāsi, 1966). Matlamat utama syariat Islam diciptakan adalah untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia dan menolak keburukan. Para fuqaha mentafsirkan kebaikan (maslahah) dan keburukan (mafsadah) di sini merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi (Al-Syatibi, 1996). Allah SWT menjelaskan di dalam al-quran bahawa perutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk membawa kebaikan dan rahmat bagi sekalian alam: Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah Al-Anbiyaa : 107) Al-Syatibi menjelaskan ayat di atas bagi menguatkan hujahnya bahawa rahmat adalah cerminan pada meraih kebaikan (maslahah) dan menghindari keburukan (mafsadah) di sebalik tujuan misi kerasulan Nabi Muhammad SAW ke dunia (JAKIM, 2015). Dalam konteks agihan zakat kepada asnaf fisabilillah, setiap skim yang disediakan perlu dinilai supaya seiring dengan kehendak syarak dan dapat memenuhi setiap keperluan asnaf serta mencapai kemaslahatan. Al-Ghazali telah mengkategorikan maqasid syariah kepada tiga (3) maslahah iaitu keperluan dharuriyyah, keperluan hajiyyah dan keperluan tahsiniyyah. Keperluan daruriyyah adalah unsur-unsur yang tanpanya kehidupan manusia di dunia ini akan menjadi rosak dan tidak teratur. Keperluan hajiyyah pula adalah unsur-unsur yang memudahkan kehidupan manusia. Sementara itu, keperluan tahsiniyyah adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan maruah, adab, tingkah laku, moral dan etika yang membawa kepada kesempurnaan hidup. Kesejahteraan dan kebahagiaan seseorang individu dan masyarakat akan terjamin seandainya ketiga-tiga maslahah ini dapat dipenuhi dengan cara yang seimbang. Al-Ghazali seterusnya menapis keperluan tersebut ke dalam pemeliharaan lima unsur penting (Al-Dharuriyyat Al- Khams) iaitu agama (Ad-Din), nyawa (An-Nafs), akal (Al- Aql), keturunan (An-Nasl) dan harta (Al-Mal) (Al-Ghazali, 1901). Al-Syatibi menyatakan bahawa matlamat utama syariah Islam merangkumi lima (5) komponen yang sangat penting iaitu memelihara agama (ad-din), jiwa (al-nafs), akal (al- `Aql), keturunan (al-nasl) dan harta (al-mal). ini begitu sempurna untuk dilaksanakan oleh masyarakat muslim dalam pelbagai situasi dan keadaan (Al-Syatibi, 1996). Secara ringkasnya, al-daruriyyat al-khams ini merupakan satu pemeliharaan yang begitu sempurna untuk dilaksanakan oleh masyarakat muslim dalam pelbagai situasi dan keadaan. Kesyumulan al-daruriyyat al-khams ini menunjukkan bahawa Islam amat 164

menekankan kepada pemeliharaan dan perlindungan terhadap diri dan setiap warga muslim dan bukan muslim, selagi mana mereka berada di bawah naungan Islam. 3.3 Skim Zakat Asnaf Fi Sabilillah di Selangor LZS telah menyediakan sebanyak 19 skim bantuan untuk asnaf fi sabilillah. Agihan bagi asnaf fi sabilillah adalah bagi menampung keperluan aktiviti-aktiviti dakwah, pendidikan dan pengembangan syiar Islam. Antara skim bantuan yang disalurkan kepada asnaf fisabilillah adalah seperti di dalam jadual 1 berikut (Sumber: LZS, http://www.zakatselangor.com.my/jenis-bantuan-umum/, 1.10.2016): Bil. Skim Zakat 1. Umum Pelajaran 2. Kepada Persatuan/Badan Islam 3. Bina/Baik Pulih Sekolah Agama 4. Dermasiswa Belajar Di Luar Negara 5. Penerapan Nilai-Nilai Islam 6. Dermasiswa Huffaz Al-Quran 7. Pembinaan/Baik Pulih Institusi Agama 8. Pembinaan Baik Pulih Masjid 9. Pembinaan Baik Pulih Surau 10. Karpet Masjid/Surau 11. Pembinaan Baik Pulih Surau Sekolah 12. Dermasiswa Kecil Pelajar SAMR/T 13. Keperluan Sekolah 14. Peralatan Masjid/Surau 15. Pendidikan/Penerbitan 16. Banjir 17. Kebakaran 18. Dermasiswa Pelajar Cemerlang 19. Ribut Jadual 1: Skim Zakat Asnaf Fisabilillah di Selangor Demi memenuhi keperluan semasa, LZS membuat inovasi dalam agihan zakat dengan mewujudkan lima program teras iaitu Pembangunan Institusi Agama, Insan, Pendidikan, Sosial dan Ekonomi. Penyaluran wang zakat juga diperkukuhkan melalui lima program ini dan mampu menstrukturkan kembali keperluan asnaf (Nurul Aqilah Jalaludin et. al., 2016). LZS telah mengambil peranan dan tanggungjawab untuk mengagihkan dana zakat yang ada bagi memenuhi keperluan pembangunan institusi agama di Selangor melalui Pembangunan Institusi Agama. Di bawah Pembangunan Insan, pelbagai pengisian dirangka demi memperbaiki aspek spiritual asnaf melalui pelbagai kursus serta latihan berkala dan berterusan. Pembangunan Pendidikan pula mensasarkan perubahan bermula dari generasi kedua iaitu anak-anak asnaf, agar mereka dapat dibentuk 165

menjadi generasi yang cemerlang dan mampu pula membebaskan diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan. Melalui Pembangunan Sosial, tumpuan diberikan kepada keperluan asasi, tempat tinggal dan kebajikan asnaf agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Selain itu, bantuan zakat yang disalurkan melalui Pembangunan Ekonomi bertujuan meningkatkan pendapatan para asnaf agar mereka dapat keluar daripada kemiskinan seterusnya mampu menjadi pengeluar zakat suatu hari nanti (Hailani Muji Tahir, 2010). 3.4 Analisis Skim Agihan Zakat Fi sabilillah LZS Mengikut Maqasid Syariah Skim bantuan zakat yang disediakan kepada asnaf fi sabilillah di Selangor dianalisis berdasarkan lima prinsip asas dalam maqasid syariah. Analisis ini dijalankan bagi mengenal pasti setiap skim bantuan zakat yang disediakan agar selari dengan aspek maqasid syariah yang diutamakan dalam Islam. Penetapan skim agihan zakat berdasarkan kepada maqasid syariah melalui pengekstrakan ontologi kaedah dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat boleh dilihat dalam carta 2 di bawah (Azman Ab Rahman et. al., 2016): Carta 2: Klasifikasi Utama Maqasid Syariah Pembahagian skim agihan zakat kepada fisabilillah perlu dilaksanakan mengikut lima kepentingan asas yang utama bermula daripada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Aspek pemeliharaan agama merupakan aspek pertama yang perlu dititikberatkan di bawah Pembangunan Institusi Agama dan aspek pemeliharaan nyawa merupakan aspek kedua di bawah Pembangunan Insan. Pembangunan Pendidikan merupakan perkara ketiga di bawah aspek pemeliharaan akal dan pemeliharaan keturunan merupakan aspek keempat di bawah Pembangunan Sosial. Aspek pemeliharaan harta merupakan aspek kelima di bawah Pembangunan Ekonomi. Jadual 3 di bawah menunjukkan pembahagian skim agihan zakat kepada fi sabilillah di Selangor mengikut maqasid syariah: Agama Nyawa Akal Keturunan Harta 166

Pembangunan Institusi Agama Kepada Persatuan/ Badan Islam Bina/Baik Pulih Sekolah Agama Dermasiswa Huffaz Al- Quran Pembinaan/Baik Pulih Institusi Agama Pembinaan Baik Pulih Masjid Pembinaan Baik Pulih Surau Pembangunan Insan Pembangunan Pendidikan Umum Pelajaran Dermasiswa Belajar Di Luar Negara Dermasiswa Kecil Pelajar SAMR/T Keperluan Sekolah Pendidikan/ Penerbitan Dermasiswa Pelajar Cemerlang Pembangunan Sosial Banjir Kebakaran Ribut Pembangunan Ekonomi Karpet Masjid/Surau Pembinaan Baik Pulih Surau Sekolah Peralatan Masjid/Surau Penerapan Nilai-Nilai Islam 10 0 6 3 0 Jadual 3: Skim Agihan Zakat Kepada Fi sabilillah di Selangor Mengikut Maqasid Syariah. Berdasarkan jadual 3 di atas, sebanyak 10 skim daripadanya adalah bantuan untuk Pembangunan Institusi Agama bagi aspek pemeliharaan agama. Aspek pemeliharaan akal mempunyai bilangan skim agihan zakat kedua tertinggi iaitu sebanyak 6 skim. Sebanyak 3 skim dikategorikan sebagai aspek pemeliharaan keturunan. Walau bagaimanapun, untuk aspek pemeliharaan nyawa dan harta, tiada skim yang diperuntukkan di bawahnya. 3.5 Skim Zakat Asnaf Fi Sabilillah di Wilayah Persekutuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), melalui pihak Baitulmal telah 167

mengagihkan 6 jenis skim bantuan zakat kepada asnaf fi sabilillah di Wilayah Persekutuan melalui Pembangunan Asnaf, Pembangunan Akademik dan Pembangunan Ummah. Jenis Skim Zakat yang disediakan oleh pihak Baitulmal, MAIWP kepada asnaf fi sabilillah adalah seperti jadual 4 (MAIWP, http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat, 1.10.2016): Bil. Skim Zakat 1. Perubatan 2. Am Persekolahan 3. Peralatan Persekolahan 4. Am Pelajaran 5. Galakan Hafaz Al-Quran 6. Kepada Agensi-agensi Kebajikan Jadual 4: Skim Zakat Asnaf Fi sabilillah di Wilayah Persekutuan Bahagian Baitulmal MAIWP telah mengagihkan skim bantuan perubatan melalui Pembangunan Asnaf. Di bawah Pembangunan Akademik, Baitulmal MAIWP menyediakan 4 skim bantuan kepada asnaf fi sabilillah iaitu Am Persekolahan, Peralatan Persekolahan, Am Pelajaran dan Galakan Hafaz Al-Quran. Melalui Pembangunan Ummah, 1 skim disediakan untuk asnaf iaitu skim bantuan kepada agensi-agensi kebajikan untuk menjalankan aktiviti dakwah dan keagamaan. 3.6 Analisis Skim Agihan Zakat Fi Sabilillah Mengikut Maqasid Syariah di Wilayah Persekutuan Penyelidik mengklasifikasikan jenis dan bentuk skim bantuan zakat yang disediakan kepada asnaf fi sabilillah oleh Bahagian Baitulmal MAIWP berdasarkan lima prinsip dalam maqasid syariah. Prinsip-prinsip tersebut adalah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Model agihan zakat berdasarkan Maqasid Syariah diringkaskan seperti dalam jadual 5 di bawah: Agama Nyawa Akal Keturunan Harta Galakan Hafaz Al-Quran kepada Agensi-agensi Kebajikan Perubatan Am Persekolahan Peralatan Persekolahan Pelajaran Am 168

2 1 3 0 0 Jadual 5: Skim Agihan Zakat Kepada Fi sabilillah di Wilayah Persekutuan Mengikut Maqasid Syariah Jadual 5 menunjukkan pembahagian skim bantuan zakat Bahagian Baitulmal MAIWP mengikut maqasid syariah. Terdapat 6 skim secara umumnya yang disediakan oleh Bahagian Baitulmal MAIWP kepada asnaf fi sabilillah. Sebanyak 3 skim daripadanya adalah bantuan kepada asnaf fi sabilillah untuk tujuan pendidikan iaitu bantuan am persekolahan, bantuan peralatan persekolahan dan bantuan am pelajaran. Aspek pemeliharaan akal mempunyai bilangan skim agihan zakat yang paling tinggi. Aspek pemeliharaan agama memiliki bilangan kedua tertinggi iaitu sebanyak 2 skim. Antaranya ialah bantuan galakan hafaz al-quran dan bantuan kepada agensi-agensi kebajikan. Sebanyak 1 sahaja skim yang dikategorikan sebagai aspek pemeliharaan nyawa iaitu bantuan perubatan. Tiada skim yang diperuntukkan di bawah aspek pemeliharaan keturunan dan harta. 3.7 Analisis Perbandingan Skim Agihan Zakat Kepada Fi Sabilillah Mengikut Maqasid Syariah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Berdasarkan jadual 3 dan 5, penyelidik mendapati LZS menyediakan lebih banyak skim bantuan zakat untuk asnaf fi sabilillah berbanding skim yang disediakan Bahagian Baitulmal MAIWP. Sebanyak 19 skim diagihkan oleh LZS manakala Bahagian Baitulmal MAIWP mengagihkan 6 skim sahaja. LZS didapati menyediakan skim bantuan dalam aspek pemeliharaan agama lebih banyak berbanding aspek yang lain. Terdapat 10 skim diperuntukkan oleh LZS bagi tujuan memelihara agama iaitu bantuan kepada persatuan/ badan Islam, bantuan bina/baik pulih sekolah agama, dermasiswa huffaz al-quran, pembinaan/baik pulih institusi agama, pembinaan baik pulih masjid, pembinaan baik pulih surau, bantuan karpet masjid/surau, pembinaan baik pulih surau sekolah, bantuan peralatan masjid/surau dan program penerapan nilai-nilai Islam. Walau bagaimanapun, aspek pemeliharaan agama menduduki posisi kedua tertinggi di dalam skim agihan zakat kepada fi sabilillah mengikut maqasid syariah oleh Bahagian Baitulmal MAIWP. Sebanyak 2 skim diperuntukkan bagi tujuan memelihara agama iaitu bantuan galakan hafaz al-quran dan bantuan kepada agensi-agensi kebajikan. Skim-skim yang disediakan Bahagian Baitulmal MAIWP didapati turut disediakan oleh LZS di bawah aspek ini. Aspek pemeliharaan akal mempunyai bilangan skim agihan zakat kedua tertinggi di Selangor manakala Bahagian Baitulmal MAIWP telah menyediakan bilangan skim paling banyak bagi tujuan pemeliharaan akal. Terdapat dua skim yang sama di Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu bantuan umum pelajaran dan bantuan keperluan sekolah. Skimskim lain berbeza namun matlamat adalah sama untuk pemeliharaan akal. Walaupun akal lebih diutamakan berbanding nasab keturunan dan harta, namun agama dan nyawa lebih utama untuk dipertahankan. nyawa perlu dilihat semula secara terperinci kerana tiada skim diperuntukkan oleh LZS dan hanya 1 skim disediakan oleh Bahagian Baitulmal MAIWP di bawah aspek pemeliharaan nyawa iaitu bantuan perubatan. nyawa menjadi 169

keutamaan berbanding pemeliharaan akal, keturunan dan harta. Bagi tujuan pemeliharaan keturunan, LZS menyediakan sebanyak 3 skim bantuan. Antaranya bantuan banjir, bantuan kebakaran dan bantuan ribut. Tiada skim diperuntukkan oleh Bahagian Baitulmal MAIWP di bawah aspek ini. Dari sudut pemeliharaan harta, LZS dan Bahagian Baitulmal MAIWP tidak memperuntukkan sebarang skim. Berdasarkan jadual di atas, skim agihan zakat fi sabilillah LZS dan Bahagian Baitulmal MAIWP didapati menepati konsep maqasid syariah, namun perlu menilai dan mengkaji semula skim bantuan zakat yang telah dijalankan. Penambahbaikan dan semakan semula jumlah skim bantuan zakat berdasarkan keutamaan dalam lima aspek pemeliharaan berdasarkan al-dharuriyyat al-khams yang bemula daripada pemeliharaan agama, nyawa, keturunan, akal dan harta boleh dilaksanakan untuk memastikan sistem pengagihan zakat menepati konsep maqasid syariah. Sebagai contoh, LZS telah meletakkan keutamaan kepada aspek pemeliharaan agama kerana bantuan-bantuan yang diagihkan di bawah aspek ini mempunyai bilangan tertinggi. Walau bagaimanapun, di Wilayah Persekutuan, aspek pemeliharaan agama yang menjadi keutamaan dalam prinsip maqasid syariah berada di tempat kedua dengan bilangan sebanyak 2 skim. 4. Kesimpulan Pelaksanaan maqasid syariah terhadap semua aspek kehidupan amat penting bagi mencapai matlamat setiap perkara yang disyariatkan. Bagi memastikan skim bantuan diurus dengan baik, adil dan amanah, semua agensi pemberi bantuan perlu menjadikan maqasid syariah sebagai dasar agihan bantuan dengan mengambil kira lima aspek keutamaan dalam al- Dharuriyyat al-khams bermula daripada pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta. Penambahbaikan dan semakan semula jumlah skim dan kadar bantuan berdasarkan keutamaan dalam lima aspek pemeliharaan ini amat penting dengan mengambil kira faktor kehendak semasa dan keperluan penerima bantuan serta ekonomi negara. Rujukan Buku Azman Ab Rahman & Hasanah Abd Khafidz, 2015. Ensiklopedia Asnaf dan Skim Agihan Zakat di Malaysia. Bandar Baru Nilai: USIM Press. Azman Ab Rahman & Muhammad Ridhwan Ab Aziz, 2016. Pembasmian Kemiskinan Berdasarkan Maqasid Syariah. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Al-Fasi, `Alal, 1966. Maqasid al-syar`iyyah al-islamiyyah Wa Makarimaha. Rabat: Matabi al-risalah. Al-Ghazali, Abu Hamid. 1901. Al-Mustasfa min Ilm al-usul. (1st Ed.). Egypt: Al-Matba ah al-amiriyyah Al-Sarakhsi, Muhammad Ahmad, 1986. al-mabsut. Beirut. Dar al-ma rifah. Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa Ibn Muhammad al-lakhmi, 1996. Al-Muwafaqat fi Usul al-syariah. Beirut: Dar al-ma rifah. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 2015. Indeks Syariah Malaysia Model Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Putrajaya. 170

Kertas Kerja Ahmad Wifaq Mokhtar. 2016. Parameter (al-dhawabit) Maqasid al-shariah Dalam Pentadbiran Negara. Kertas Kerja Seminar Nasional Maqasid Al-Shari ah 2016: Maqasid al-shariah & Fiqh Demokrasi. Shah Alam. Hailani Muji Tahir. 2009. Pentafsiran dan Perlaksanaan Agihan Zakat Fisabilillah Mengikut Keperluan Semasa Di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Pengagihan Zakat Di Bawah Asnaf Fisabilillah. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid, 2016. Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Atas Status Anak Negeri. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Dan Kewangan Islam 2016. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Laman Sesawang Lembaga Zakat Selangor, 2016(a). Jenis Agihan Zakat. http://www.zakatselangor.com.my/jenis-bantuan-umum/ (diakses pada 1 Oktober 2016). Lembaga Zakat Selangor, 2016(b). Penerima Agihan Zakat. http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/ (diakses pada 1 Oktober 2016). Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, 2016. Agihan Zakat. http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat 171