Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

dokumen-dokumen yang mirip
ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

Undang-Undang Malaysia

TAKLIMAT PENGENALAN SUBMODUL PENGURUSAN TATATERTIB. Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

D.R. 50/96 RANG UNDANG-UNDANG PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1996

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Teks Ulasan Negara Malaysia Dalam Laporan Tip 2008: MALAYSIA (SENARAI PEMERHATIAN TINGKAT 2)

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Undang-Undang Malaysia

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

Undang-Undang Malaysia

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

BAB II PROFIL MAHKAMAH SYARIAH SHAH ALAM SELANGOR. A. Sejarah Singkat Mahkamah Syariah Shah Alam Selangor

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

ULASAN BUKU PENGENALAN

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Aduan Kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tentang Pencabulan Hak Asasi Manusia oleh Polis Dalam Mengendalikan Perhimpunan Aman BERSIH 5

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

D.R. 7/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Nota Editor 27 KANUN (1) Farid Sufian Shuaib dan Ainul Jaria Maidin 1 NOTA EDITOR

Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001: PEKELILING NO. 1/2018

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : A-05(S)-62-03/2014 & A-05(S)-80-03/2014

PERANAN JAKSA PENDAMAI. Oleh. Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Untuk menjawab soalan ini, terlebih dahulu kita perlu tahu perbezaan di antara Brunei dan Malaysia dari segi perundangan.

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

D.R. 7/2010 RANG UNDANG-UNDANG PERSAINGAN 2010

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

Transkripsi:

128 [ULASAN BUKU] Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN 978-983-46-1554-3 Pengulas: Jasri Jamal jasri@ukm.edu.my Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. PENDAHULUAN Buku yang dibahagikan kepada 14 bab ini mengandungi undangundang substantif bagi undang-undang jenayah syariah dan juga undang-undang prosedur jenayah syariah di mahkamah syariah pada masa ini. Berdasarkan Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997, gabungan kedua-dua undang-undang tersebut menjadikan buku ini unik dan menarik untuk dibaca kerana menjawab persoalan berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Tujuan undang-undang jenayah Islam dibentuk adalah untuk menjaga lima matlamat asas yang diperlukan oleh setiap manusia, iaitu menjaga nyawa, iman, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, setiap larangan yang dikenakan adalah untuk menjaga kemaslahatan masyarakat umum secara keseluruhannya. Antara perkara yang dilarang termasuklah perbuatan mengintip seperti yang dinyatakan dalam Surah al-hujurat, ayat 12 kerana merupakan suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, jika sesuatu kesalahan itu perlu dibuktikan, maka perbuatan mengintip dibenarkan mengikut situasi dan keadaan kes tersebut. Orang awam juga digalakkan untuk mencegah kesalahan jenayah syariah berdasarkan prinsip amar makruf nahi mungkar yang selari dengan konsep hisbah atau hikmah seperti yang dianjurkan oleh Islam. Ulasan buku 1 19 Jun 2017. indd.indd 128

29 KANUN (2) 129 Undang-undang jenayah Islam digunakan sejak zaman keagungan empayar Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat. Malahan pihak British campur tangan dalam hal ehwal Islam dengan menggubal undang-undang Islam untuk masyarakat Islam seperti penggubalan Mohammedan Law, statut untuk umat Islam seperti Must Pray in Mosque on Friday di Perak dan The Muhammaden Enactment 1904 diperkenalkan di negeri-negeri Melayu. Meskipun Sultan memiliki kuasa tertinggi dan dibantu oleh mufti, undangundang Islam hanya terhad untuk orang Islam sahaja. Tambahan pula, British meminggirkan mahkamah syariah dari hierarki mahkamah sivil. Maka, lahirlah dua sistem keadilan, iaitu mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Sistem undang-undang jenayah dari Barat yang diperkenalkan ternyata mengenepikan undang-undang jenayah Islam di Malaysia. Dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, berlaku pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri berkenaan dengan Islam seperti dalam Jadual 9 Senarai Negeri dan perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Kes Mamat bin Daud merupakan contoh klasik tentang pengasingan kuasa mahkamah di Malaysia. Negeri-negeri tidak mempunyai kuasa terhadap undang-undang jenayah jika tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan hal ini menjadikan mahkamah syariah sebagai mahkamah kekeluargaan untuk orang Islam sahaja. Penjelasan yang menarik dan relevan terhadap kedudukan undang-undang jenayah Islam di Malaysia dibincangkan dalam bab Kuasa Perundangan Negeri dan Bidang Kuasa berhubung dengan Islam, serta Undang-undang Islam. Dihuraikan kuasa perundangan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan bidang kuasa yang diberikan kepada negeri-negeri, terutama yang berhubung dengan undang-undang jenayah Islam. Dalam perbincangan yang berkaitan dengan Jadual 9, Senarai Negeri, peruntukan tersebut perlu dilihat secara tak eksklusif tetapi inklusif berfokuskan undang-undang Islam dan undang-undang keluarga kerana syariah merupakan perintah, larangan, panduan dan prinsip yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia. Perkara asas syariah terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu kepercayaan, hubungan moral dan etika, Ulasan buku 1 19 Jun 2017. indd.indd 129

130 serta hubungan sesama manusia. Kuasa perundangan yang diberikan kepada negeri-negeri tentang undang-undang jenayah Islam terhad dan tidak boleh melangkaui undang-undang jenayah di bawah Senarai Persekutuan. Sementara itu, dalam konteks bidang kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman, kuasa menghukum kesalahan jenayah syariah negeri-negeri sangat terhad. Oleh itu, mahkamah syariah negeri hendaklah diberikan kuasa autonomi untuk menentukan jenis dan takat hukuman. Selain itu, terdapat undang-undang persekutuan yang membataskan hukuman mahkamah syariah, iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 1988 yang mengehadkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman denda RM5000 atau tiga tahun penjara atau enam kali sebatan sebagai hukuman maksimum. Keadaan ini menunjukkan bahawa halangan utama pelaksanaan undang-undang Islam bukannya disebabkan oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi undang-undang persekutuan yang berkaitan dengan undang-undang jenayah Islam, iaitu Akta 355. Undang-undang prosedur yang diguna pakai di mahkamah syariah kini yang melalui prosedur undang-undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan merupakan sebahagian daripada Kanun Prosedur Jenayah Akta 593 yang terpakai di mahkamah sivil dengan sedikit pengubahsuaian supaya selari dengan undangundang syariah. Akta ini amat penting kerana jika sesuatu undangundang substantif diadakan, pelaksanaannya adalah mengikut undang-undang prosedur. Hal ini berkaitan dengan cara atau proses perjalanan sebelum perbicaraan, semasa perbicaraan dan selepas perbicaraan, serta prosedur pelaksanaan sesuatu hukuman. Namun, jika sesuatu undang-undang prosedur tidak diikuti aturannya, maka tidak menjadikan sesuatu kesalahan jenayah syariah itu terbatal dan tidak dibicarakan di mahkamah syariah. Hakim mahkamah syariah mempunyai budi bicara dalam hal ini untuk meminta supaya ketidakpatuhan sesuatu undang-undang prosedur diikuti. Di samping itu juga, Islam turut memberikan pandangan tentang kebebasan peribadi (human right) yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak. Islam menetapkan bahawa kebebasan peribadi Ulasan buku 1 19 Jun 2017. indd.indd 130

29 KANUN (2) 131 hendaklah selari dengan prinsip akhlak dalam Islam. Oleh itu, jika kebebasan peribadi melangkaui batasan syariah dan undangundang, maka sesuatu hukuman perlu dikenakan kepada mereka. Islam sememangnya mengiktiraf hak individu dan orang awam selagi perbuatan tersebut tidak bertentangan dengan prinsip syariah yang dinyatakan. Islam juga turut mengiktiraf konsep kejiranan yang amat diperlukan oleh masyarakat untuk menghalang perlakuan jenayah berlaku di kawasan mereka. Malahan, Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa menjadi kewajiban seseorang untuk memberikan maklumat tentang perlakuan jenayah syariah kepada pihak berwajib. Undang-undang juga memperuntukkan bahawa orang ramai berkewajipan membantu siasatan dan memberikan maklumat yang tepat kepada pihak yang bertanggungjawab seperti polis, penguat kuasa agama, dan lain-lain. Penguat kuasa agama pula merupakan agensi penguat kuasa undang-undang jenayah syariah yang berada di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Kuasa perundangan yang diberikan kepada penguat kuasa agama adalah sama seperti polis tetapi hanya terhadap Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan undang-undang Islam yang lain seperti kuasa menangkap, menggeledah, menyita, memanggil dan memeriksa saksi. Hasil siasatan akan dibawa oleh pihak pendakwa syarii ke mahkamah syariah. Pentadbiran organisasi dan kuasa jabatan penguat kuasa agama perlu dipertingkat seperti PDRM yang termaktub dalam Akta Polis. Walau bagaimanapun, kuasa penguat kuasa agama terhad dalam negeri yang melantiknya sahaja dan tidak boleh melepasi sempadan negeri yang ditetapkan. Begitu juga kuasa memanggil saksi dari negeri lain untuk memberikan keterangan di negeri tersebut. Pihak penguat kuasa agama tidak boleh memaksa saksi dari negeri lain datang untuk memberikan keterangan. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam butiran 1, Senarai Negeri dalam jadual ke-9 menyatakan bahawa mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang yang beragama Islam sahaja. Hal ini bermakna orang bukan Islam tidak tertakluk di bawah hukuman mahkamah syariah. Melihat situasi kini, peruntukan Ulasan buku 1 19 Jun 2017. indd.indd 131

132 tersebut menyukarkan penguatkuasaan terhadap orang bukan Islam seperti dalam kes khalwat, penyebaran dakyah palsu, ajaran sesat, penghinaan terhadap agama Islam oleh orang bukan Islam atau bersubahat untuk melakukan kesalahan jenayah syariah. Maka, penguatkuasaan jenayah syariah kurang berkesan kerana orang bukan Islam tidak boleh dituduh dan dikenakan hukuman jenayah oleh mahkamah syariah. Penulis mencadangkan supaya peruntukan berkaitan dengan orang bukan Islam yang dibicarakan di mahkamah sivil boleh dihukum melalui peruntukan Kanun Keseksaan. Hal ini penting bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Selain itu, undang-undang substantif dan undang-undang prosedur yang saling memerlukan turut dibincangkan. Undangundang substantif yang bersifat komprehensif tidak mungkin mencapai keadilan yang sewajarnya. Setiap negeri di Malaysia mempunyai undang-undang substantif yang dinamakan undangundang jenayah syariah yang lebih kurang sama dengan negeri yang lain. Undang-undang substantif dirujuk sebagai undang-undang jenayah bagi sesuatu perbuatan. Oleh itu, undang-undang perlu digubal dengan baik, jelas dan sempurna supaya dapat menjaga keadilan hak orang yang dituduh. Penulis mengambil contoh Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 perihal perkara budi bicara hakim mahkamah syariah untuk menentukan sesuatu proses penyiasatan dan perbicaraan jenayah adalah wajib atau direktori semata-mata. Pegawai penguat kuasa agama dibenarkan untuk memulakan penyiasatan jenayah apabila menerima maklumat tentang jenayah daripada orang awam. Penguat kuasa agama juga dibenarkan untuk memulakan sesuatu siasatan tanpa sebarang maklumat oleh orang awam jika melibatkan kesalahan yang lazim apabila si pelaku ditangkap. Dalam proses penyiasatan, pegawai mempunyai kuasa untuk menangkap, menggeledah, menyita dan memeriksa saksi atau individu yang mengetahui tentang fakta kes siasatan. Peruntukan tersebut boleh dikaji dalam Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Selain itu, polemik sama ada pihak polis mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam turut dijelaskan. Ulasan buku 1 19 Jun 2017. indd.indd 132

29 KANUN (2) 133 Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan agensi penguat kuasa undang-undang yang utama di negara kita. Oleh sebab itu, pegawai polis mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang luas berkaitan dengan apa-apa juga undang-undang yang sedang dilaksanakan, termasuklah undang-undang jenayah syariah. Akta Polis 1967 (Pindaan 1988) memperuntukkan kuasa yang amat luas kepada PDRM dan menjadikan pihak PDRM mempunyai tugas untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah kerana undangundang-undang tersebut berdasarkan undang-undang bertulis dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 160 (2). Malahan, pihak polis turut membantu penguat kuasa agama menjalankan tugas dengan memberikan sokongan logistik dan melindungi penguat kuasa dalam operasinya. Contohnya, PDRM aktif menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan gerakan al-arqam yang diharamkan. Aspek pendakwaan di mahkamah syariah didapati banyak merujuk undang-undang prosedur. Ketua pendakwa syarii yang mengetuai barisan pendakwa di mahkamah syariah mempunyai kuasa yang luas sama ada untuk memulakan sesuatu prosiding, menjalankan atau menghentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mahkamah syariah. Pelantikan pendakwa syarii diperuntukkan di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam. Ketua dan pendakwa syarii boleh memulakan pendakwaan di mahkamah tinggi syariah, manakala penguat kuasa agama dan pengadu boleh memulakan pendakwaan di mahkamah rendah syariah. Kuasa ketua pendakwa syarii adalah sama dengan kuasa Peguam Negara dalam proses pendakwaan di mahkamah sivil. Akta Prosedur Jenayah Syariah perlu mempunyai peruntukan yang jelas tentang penyelarasan kuasa antara mahkamah untuk memberikan kebenaran kepada pengadu membuat pendakwaan kes jenayah. Penulis turut menyatakan orang yang dituduh merupakan suspek atau orang yang disyaki dan belum lagi terbukti kesalahannya oleh mahkamah. Islam amat memberikan perhatian terhadap pemeliharaan maruah suspek. Salah satu hak utama orang yang disyaki berdasarkan anggapan seseorang sebagai tidak bersalah. Kaedah fiqah yang bermaksud seseorang dianggap tidak bersalah Ulasan buku 1 19 Jun 2017. indd.indd 133

134 merupakan prinsip asas sehingga dibuktikan sebaliknya. Undangundang juga memberikan hak kepada orang yang disyaki seperti hak untuk berunding dengan peguam, hak untuk dibawa ke mahkamah, hak untuk mendapat amaran dan hak terhadap perbicaraan berulang, hak untuk dibebaskan dengan ikat jamin, hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil, hak untuk turut hadir di mahkamah, hak untuk diberikan laporan maklumat pertama, hak untuk memeriksa balas saksi dan hak membuat rayuan. KESIMPULAN Bahasa yang digunakan dalam buku ini mudah difahami dan sesuai dibaca oleh masyarakat umum, meskipun pembaca tidak mempunyai latar belakang undang-undang. Karya ini harus dimiliki oleh masyarakat Islam di Malaysia untuk memahami kedudukan undang-undang jenayah Islam dan isu jenayah syariah di Malaysia. Ulasan buku 1 19 Jun 2017. indd.indd 134