PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN PEPERIKSAAN

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN DAN PENGAWAS PEPERIKSAAN UNIVERSITI

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

ARAHAN AM PEPERIKSAAN. Calon perlu melihat dan meneliti:

TAKLIMAT KETUA PENGAWAS/PENGAWAS PEPERIKSAAN

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA/KEDUA SESI 20_/20_ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS

NOTIS MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER I SESI 2014/2015 (PROGRAM PRASISWAZAH SEPENUH MASA)

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN DAN KAEDAH

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (PINDAAN PERTAMA)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEJARAH

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN

MUKA SURAT BAHAGIAN A PERMULAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2015

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

JADUAL KERJA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER III 2016/2017 1/6

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

Oleh : Unit Peperiksaan dan Penilaian Sektor Akademik Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor / 3588

more examination papers at :

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2.1 Penuntut Baru ( Freshies ) Yuran Pendaftaran Yuran Berulang (Setiap Semester)

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

(Bilangan 1) Diterbitkan oleh : BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D.E

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SEMESTER 1 SESI 1/2017 KOLEJ VOKASIONAL KPM (KV KPM)

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN LEMBAGA PEPERIKSAAN DAN PENGANUGERAHAN SIJIL/DIPLOMA POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

TATACARA PERMOHONAN PERTUKARAN INSTITUSI PENGAJIAN

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASASI UiTM

TAKLIMAT PEPERIKSAAN. i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) ii. Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

PANDUAN PENGAWASAN BAGI PEMBANTU PENGAWAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

PENTAKSIRAN TINGKATAN

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PK.UniMAP.(O).25

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

Semua calon hendaklah membaca dan mengambil perhatian terhadap peraturan dan arahan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) ini.

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PENGESAHAN PERINGATAN LISAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI BULAN MEI 2016 PERKHIDMATAN AKADEMIK

PANDUAN AM MENGISI BORANG LAPORAN PRESTASI TAHUNAN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

K E N Y A T A A N KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) & DIPLOMA AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2016/2017

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

JADUAL KERJA PEPERIKSAAN SEMESTER II SESSI 2014/2015

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

AKTIVITI PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN OLEH PELAJAR RPJJ

PERATURAN AKADEMIK (SARJANA MUDA DAN DIPLOMA)

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

JADUAL KERJA PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER I SESI 2014/2015

BORANG PERMOHONAN MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI

TAKLIMAT SISTEM AKADEMIK DAN PEPERIKSAAN

Transkripsi:

UNISEL-RG03-H02 PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN UNIT PEPERIKSAAN PEJABAT PENDAFTAR Mukasurat 0

ISI KANDUNGAN BAHAGIAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN 2 2.0 JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR...2 3.0 PERATURAN PEPERIKSAAN.2 ~ 6 3.1 Syarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan 3.2 Kehadiran Semasa Peperiksaan 3.3 Tatatertib dan Pemakaian 3.4 Peraturan di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan 3.5 Pelanggaran Peraturan Peperiksaan Akhir 4.0 KETIDAKHADIRAN PEPERIKSAAN. 6 ~ 7 4.1 Permohonan Peperiksaan Khas 4.2 Pengendalian Peperiksaan Khas 5.0 PEPERIKSAAN SEMULA.7 Mukasurat 1

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Panduan dan Peraturan Peperiksaan Universiti Selangor (UNISEL) ini disediakan bertujuan untuk memberi makluman kepada calon peperiksaan berkaitan tatacara dalam menghadiri peperiksaan akhir di Unisel. 1.2 Panduan dan Peraturan Peperiksaan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Buku Peraturan Akademik Program Asas, Diploma dan Sarjana Muda Unisel, Buku Peraturan Tatatertib Pelajar atau mana-mana pekeliling/peraturan/arahan Universiti. 1.3 Panduan dan Peraturan Peperiksaan ini meliputi semua perkara yang melibatkan peraturan, tatatertib dan larangan yang berkaitan dengan urusan peperiksaan yang wajib dipatuhi oleh semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan. 2.0 JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR 2.1 Jadual peperiksaan akhir dikeluarkan oleh Universiti dan sebarang pindaan tertakluk kepada kelulusan Universiti; 2.2 Sekiranya berlaku pertindihan kursus dalam Jadual Peperiksaan Akhir Muktamad, pelajar wajib memaklumkan kepada Fakulti dalam tempoh seminggu sebelum peperiksaan bermula; 2.3 Pelajar WAJIB menyemak jadual peperiksaan akhir sebelum menduduki peperiksaan. Tiada peperiksaan gantian akan dibuat bagi sebarang kecuaian pelajar. 3.0 PERATURAN PEPERIKSAAN 3.1 Syarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan 3.1.1 Pelajar wajib mendaftar kursus berkenaan dan wajib dipapar di dalam Slip Peperiksaan; 3.1.2 Pelajar wajib memenuhi lapan puluh peratus (80%) kehadiran jam temu yang ditentukan bagi setiap kursus yang didaftarkan; 3.1.2 Sekiranya pelajar tidak memenuhi lapan puluh peratus (80%) kehadiran jam temu kuliah bagi mana-mana kursus dan telah disahkan oleh fakulti, pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir dan akan diberi nilai gred 0.00 (Gred F); 3.1.3 Kursus yang berkaitan akan dimaklumkan di dalam Slip Peperiksaan pelajar sebagai BARRED FROM EXAMINATION atau DIHALANG DARIPADA MENDUDUKI PEPERIKSAAN ; Mukasurat 2

3.1.4 Pelajar wajib membawa Kad Pelajar (Kad Matrik) dan Slip Peperiksaan; 3.1.5 Pelajar boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan sekiranya gagal membawa salah satu item tersebut; 3.1.6 Pelajar wajib menjelaskan yuran pengajian sebelum dibenarkan mencetak Slip Peperiksaan; 3.1.7 Pelajar wajib melengkapkan E-Course Teaching Evaluation (ECTE) sebelum dibenarkan mencetak Slip Peperiksaan; 3.1.8 Pelajar wajib mematuhi peraturan Etika Penampilan Pelajar seperti yang termaktub di dalam Buku Peraturan Tatatertib Pelajar Universiti Selangor. 3.2 Kehadiran Peperiksaan 3.2.1 Semua pelajar wajib menghadiri peperiksaan akhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan; 3.2.2 Pelajar yang tidak dapat menghadiri peperiksaan akhir boleh membuat permohonan Peperiksaan Khas seperti yang disebut dalam perkara 4.1 Permohonan Peperiksaan Khas; 3.2.3 Pelajar diminta berada di luar dewan/bilik peperiksaan tiga puluh (30) minit sebelum peperiksaan dimulakan; 3.2.4 Pelajar dilarang masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan sehingga di arahkan berbuat demikian; 3.2.5 Pelajar yang lewat lebih daripada tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan adalah dilarang masuk ke dewan/bilik peperiksaan dan seterusnya tidak boleh menduduki peperiksaan bagi kursus tersebut; 3.2.6 Pelajar yang lewat tetapi tidak melebihi tiga puluh (30) minit daripada waktu peperiksaan dimulakan akan dibenarkan menduduki peperiksaan tetapi tidak akan diberi tambahan masa menjawab peperiksaan; 3.2.7 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan dewan/bilik peperiksaan dalam masa tiga puluh (30) minit yang pertama dan lima belas (15) minit terakhir sesuatu peperiksaan. 3.3 Tatatertib dan Pemakaian 3.3.1 Semua pelajar dikehendaki berpakaian mengikut peraturan etika penampilan pelajar yang ditetapkan oleh Universiti; 3.3.2 Sekretariat Peperiksaan/Ketua Pengawas/Pengawas Peperiksaan boleh menghalang pelajar yang melanggar etika pemakaian daripada memasuki dewan/bilik peperiksaan; 3.3.3 Pelajar adalah dikehendaki mematuhi segala arahan Sekretariat Peperiksaan, Ketua Pengawas dan Pengawas Peperiksaan dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas sesuatu peperiksaan; Mukasurat 3

3.3.4 Pelajar dikehendaki mengangkat tangan jika memerlukan perkhidmatan (bantuan) atau hendak keluar ke tandas; 3.3.5 Pelajar dikehendaki berada di tempat masing-masing selepas tamat tempoh sesuatu peperiksaan hingga diarah bersurai oleh Ketua Pengawas; 3.4 Peraturan dalam Dewan/Bilik Peperiksaan 3.4.1 Pelajar perlu mematuhi peraturan di dalam dewan/bilik peperiksaan seperti berikut : i. meletakkan Kad Matrik (Kad Pelajar) dan Slip Peperiksaan di atas penjuru kiri meja atau kerusi (Flip Chair); ii. mendengar dengan teliti arahan am berkaitan peraturan peperiksaan oleh Ketua Pengawas sebaik sahaja pelajar telah memasuki dewan/bilik peperiksaan; iii. mematikan telefon bimbit dan meletakkannya di bawah kerusi atau meja peperiksaan. Perbuatan meletak telefon bimbit di dalam poket atau di mana-mana bahagian badan adalah satu kesalahan dan boleh didakwa sebagai perilaku untuk cubaan meniru; iv. melengkapkan maklumat di muka hadapan buku jawapan dan potong keratan slip kehadiran setelah diarahkan oleh Ketua Pengawas; v. tidak membuka kertas soalan peperiksaan yang telah diedarkan sebelum arahan berbuat demikian; vi. membaca dengan teliti arahan yang dicetak pada muka hadapan soalan peperiksaan; vii. memastikan telah menerima kertas soalan yang betul dan sempurna. Pelajar diminta untuk mengangkat tangan dan memaklumi Pengawas Peperiksaan sekiranya terdapat masalah dengan kertas soalan tersebut; viii. menjawab soalan selepas diarahkan oleh Ketua Pengawas; ix. tidak makan, minum dan merokok; x. memastikan skrip jawapan disusun, diikat dengan sempurna dan dikutip oleh Pengawas Peperiksaan. 3.4.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk atau membuat perkara berikut sebelum memasuki dewan/bilik peperiksaan : i. memakai smartwatch ii. membawa masuk penutup kalkulator iii. membawa masuk sebarang kertas - kertas tambahan akan di berikan oleh pengawas peperiksaan jika di perlukan iv. membawa masuk pencil case - hanya lutsinar sahaja di benarkan Mukasurat 4

3.4.3 Pelajar yang memohon untuk ke tandas boleh diperiksa oleh Pengawas Peperiksaan (sama jantina) sekiranya diminta untuk pemeriksaan badan (body check) apabila memasuki tandas. Perbuatan menyorokkan atau membaca nota di dalam tandas adalah sebahagian daripada Penyelewengan Akademik (salah laku peperiksaan). 3.4.4 Pelajar yang sakit atau mempunyai masalah kesihatan semasa peperiksaan perlu memaklumkan Pengawas Peperiksaan. 3.4.5 Pelajar tidak boleh melakukan perbuatan yang boleh didakwa atas Penyelewengan Akademik (salah laku peperiksaan) berikut semasa peperiksaan : i) mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain, kecuali yang diberi kuasa oleh Pemeriksa Peperiksaan ke dalam atau ke luar dari sesuatu peperiksaan; atau menerima apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan kecuali, seseorang pelajar boleh, semasa dia di dalam bilik peperiksaan menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh pemeriksa atau Lembaga Pemeriksa, dan diberi kuasa oleh Presiden dan Naib Canselor Unisel; ii) Menulis, atau menulisnya melalui orang lain apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain tubuh badannya atau di atas pakaiannya; iii) Berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan melalui apa-apa jura cara; iv) Menipu atau cuba menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan. 3.4.6 Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar kertas jawapan yang tidak digunakan semasa peperiksaan, kertas jawapan yang telah diconteng atau kertas soalan peperiksaan melainkan dengan arahan Ketua Pengawas. 3.4.7 Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang dokumen atau buku atau peralatan yang dipinjamkan oleh universiti kepada pelajar untuk tujuan menjawab soalan peperiksaan. Mukasurat 5

3.5 Pelanggaran Peraturan Peperiksaan Akhir 3.5.1 Seseorang pelajar yang didapati melanggar mana-mana arahan atau peraturan peperiksaan boleh kenakan prosedur Tatatertib Pelajar. 3.5.2 Pelajar yang telah dibuktikan meniru, cuba meniru atau memberi tiru akan dikenakan Prosedur Tatatertib dan boleh dijatuhkan hukuman berdasarkan Keputusan Jawatankuasa Tatatertib pelajar. 4.0 KETIDAKHADIRAN PEPERIKSAAN Semua pelajar wajib menduduki peperiksaan akhir. Pelajar yang tidak hadir akan diberi nilai gred 0.00 (Gred F) tanpa mengambilkira markah kerja kursus. 4.1 Permohonan Peperiksaan Khas 4.1.1 Peperiksaan Khas boleh diadakan dengan kelulusan Universiti untuk pelajar-pelajar dalam situasi berikut : i) Pelajar semester akhir yang berada dalam Kedudukan Baik (KB), tetapi gagal dalam Dua (2) kursus pada semester akhir atau manamana semester dengan syarat kursus berkenaan telah diambil setiap kali ia ditawarkan; atau ii) Pelajar yang gagal menduduki peperiksaan akhir dengan sebab cuti sakit, kematian, atau kecemasan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Akademik Fakulti/Jabatan. 4.1.2 Pelajar yang mempunyai tunggakan yuran tidak boleh memohon Peperiksaan Khas; 4.1.3 Pelajar yang cuai dalam menyemak jadual peperiksaan akhir juga tidak boleh memohon Peperiksaan Khas; 4.1.4 Pelajar yang memohon Peperiksaan Khas perlu melengkapkan Borang Permohonan Peperiksaan Khas dan dihantar kepada Fakulti dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam daripada tarikh sesuatu kursus berjalan; 4.1.5 Setiap permohonan pelajar perlu dilampirkan dengan dokumen sokongan seperti Sijil Cuti Sakit, Sijil Kematian atau dokumen sokongan lain yang berkaitan; 4.1.6 Kursus yang telah diluluskan untuk Peperiksaan Khas akan diberi Gred Sementara Tidak Lengkap (IC) sehingga markah sebenar diperolehi selepas pelajar menduduki Peperiksaan Khas. Mukasurat 6

4.2 Pengendalian Peperiksaan Khas 4.2.1 Peperiksaan Khas akan dijalankan dalam tempoh dua (2) minggu pertama kuliah semester berikutnya; 4.2.2 Pelajar yang telah diluluskan untuk menduduki Peperiksaan Khas perlu menyemak status permohonan di portal pelajar yang dipapar bersama Jadual Peperiksaan Khas; 4.2.3 Pelajar yang telah diluluskan untuk menduduki Peperiksaan Khas, wajib menduduki Peperiksaan Khas mengikut ketetapan Universiti; 4.2.4 Pelajar yang gagal menduduki Peperiksaan Khas akan diberi nilai gred 0.00 (Gred F); 4.2.5 Markah Peperiksaan Khas akan diambilkira seperti berikut : i) Bagi pelajar semester akhir, markah Peperiksaan Khas sahaja akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan HPNG dengan Gred maksimum C; ii) Bagi pelajar yang tidak hadir disebabkan cuti sakit, kematian dan kecemasan, markah Peperiksaan Khas akan menentukan markah peperiksaan akhir dan markah kerja kursus adalah kekal. 4.2.6 Pelajar perlu membayar wang proses sebanyak RM50.00 untuk menduduki peperiksaan khas tersebut dan perlu dijelaskan sebelum menduduki peperiksaan; 4.2.7 Pelajar wajib membawa clearance slip yang diperolehi daripada Pejabat Kewangan untuk menduduki peperiksaan. 5.0 PEPERIKSAAN SEMULA Universiti berhak mengadakan Peperiksaan Semula pada bila-bila masa sekiranya perlu dalam keadaan seperti berikut:- i) Berlaku kebocoran soalan peperiksaan akhir; ii) Calon tidak dapat menduduki peperiksaan akhir kerana bencana alam; iii) Arahan Naib Canselor. Mukasurat 7