BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

SENARAI KANDUNGAN BAB PENDAHULUAN HALAMAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Model Pengurusan Strategik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN KEPERLUAN PERLAKSANAAN PROJEK

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT Y.B. DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI [ TITIWANGSA 1

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

BAB 1 PENDAHULUAN KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU)

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penyelidikan keatas pengurusan bahan buangan dalam industri pembinaan telah menjuruskan bagaimana amalan kerja-kerja sediada

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan.

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

1.1 Terma Rujukan (Terms of Reference - TOR) adalah kandungan utama yang diperlukan di dalam Dokumen Pelawaan.

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan kelulusan peruntukan daripada kerajaan bagi membolehkan pembinaan bangunan-bangunan baru yang lebih selesa yang merangkumi ruang pejabat atau tempat bertugas serta perumahan yang lebih selesa setelah selesai menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam tidak terjejas dan diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. PDRM amat berharap dengan adanya kemudahan perumahan yang selesa yang merupakan keperluan asas setiap manusia sebagai tempat berteduh dari panas dan hujan, memberi perlindungan keselamatan dan menjalankan aktiviti-aktiviti harian akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan oleh anggota-anggotanya kepada masyarakat. Penyediaan tempat bertugas dan kediaman yang selesa, infrastruktur yang baik, kebolehsampaian kepada kemudahankemudahan dan pengurusan komuniti yang baik akan mempengaruhi dalam

2 meningkatkan keselesaan kehidupan, peningkatan prestasi aktiviti-aktiviti dan kesempurnaan kehidupan bermasyarakat. Peningkatan keselesaan kehidupan ini secara umumnya berkait rapat dengan rekabentuk rumah, susunatur bangunan dan penyediaan kemudahankemudahan infrastruktur dan juga kemudahan awam. Peningkatan prestasi aktiviti pula secara umumnya adalah peningkatan kualiti kerja bagi ibubapa dan peningkatan prestasi pembelajaran bagi anak-anak mereka. Manakala peningkatan kesempurnaan kehidupan bermasyarakat pula adalah peningkatan perhubungan antara ahli-ahli komuniti perumahan itu sendiri dan dengan komuniti luar di sekelilingnya. 1.2 Latar Belakang Kajian. Pasukan Polis Diraja Malaysia yang mempunyai sejarah sejak 1807 adalah sebuah pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan dalaman negara sebagaimana yang diperuntukan dibawah seksyen 3 Akta Polis 1967. Peranan besar yang dimainkan ini menyebabkan keanggotaan keseluruhannya mencapai 92,061 personel yang ditempatkan di seluruh Malaysia. Bagi mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam melaksanakan tugas yang sangat berat dan mencabar, segala bentuk kemudahan kerja dan kebajikan hendaklah diberi tumpuan yang sepenuhnya. Sebagai satu bentuk keperluan asas, penyediaan perumahan amat penting terutamanya bagi sesetengah kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Pulau Pinang, Johor Bharu dan Shah Alam dan Kota Kinabalu, Sabah di mana kadar sewa rumah di kawasan ini adalah melebihi Imbuhan Tetap Perumahan yang dibayar oleh kerajaan.

3 Charles (1977), mendefinasikan bahawa perumahan kepada seseorang individu dan manusia sejagat, memberi gambaran mengenai sesuatu struktur fizikal yang dapat dilihat dan dikenali sebagai tempat kediaman yang berasingan kepada seseorang individu dan keluarganya serta berfungsi sebagai tempat perlindungan kepada manusia dari sebarang bahaya dan ancaman. Oleh yang demikian, tidak hairanlah semenjak tahun 1969 iaitu selepas kejadian berdarah 13/5/1969, pembesaran dan penambahan kekuatan PDRM menyebabkan penyediaan perumahan kepada pegawai-pegawai dan anggota meningkat dengan banyaknya. Namun begitu, peruntukan yang terlalu kecil iaitu lebih kurang 70% daripada jumlah permohonan yang dibuat diluluskan di dalam setiap perancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia oleh kerajaan bagi penyediaan perumahan polis telah menyebabkan hasrat pucuk pimpinan PDRM tidak dapat disempurnakan. Kekurangan peruntukan ini menyebabkan masih ramai pegawai dan anggota terpaksa menyewa rumah yang mengenakan kadar sewa yang melebihi peruntukan Imbuhan Tetap Perumahan yang dibayar oleh kerajaan. Ini bermakna perbezaan yang berlaku terpaksa dibayar menggunakan wang gaji yang diterima yang sepatutnya digunakan bagi memenuhi lain-lain keperluan seperti belanja dapur dan juga perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak mereka. Sehingga tahun 2005, masih terdapat 26,242 anggota pangkat rendah diseluruh Malaysia yang terpaksa menyewa di luar disebabkan perumahan yang sepatutnya disediakan oleh PDRM gagal dilaksanakan dan setengahnya tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Kegagalan ini menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan RM 71.80 juta setahun bagi membayar Imbuhan Tetap Perumahan kepada anggota-anggota polis ini.

4 Menurut Abdul Hakim dan Ishamudin (1995), walaupun masaalah projek sakit ini kadang kala menjadi tajuk ataupun perkara yang dibangkitkan hanya bersifat sementara tetapi menjadi tanggungjawab kita memastikan perkara ini tidak berlaku pada masa hadapan. Pengurusan yang efektif adalah penting bagi permasaalahan projek ini berpanjangan dan terdapat juga projek ditamatkan kontraknya oleh pihak kerajaan. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan semasa menjalankan kerja pembinaan terutamanya sistem pengurusan di tapak bina, pengurusan bahan dan pengurusan kewangan. Jadual 1.1: Statistik Perumahan PDRM sehingga Disember 2005 Perjawatan Kekuatan Dasar Penyediaan Bilangan Kekurangan PDRM PDRM Perumahan sejumlah 90% Perumahan Sediada Bilangan Perumahan 92,061 88,911 82,855 56,613 26,242 Sumber: Bahagian Bangunan, Jabatan Logistik, Bukit Aman. Sekiranya sesuatu langkah yang drastik dalam penyediaan perumahan polis ini tidak diambil, masaalah kekurangan penawaran perumahan ini akan menjadi lebih meruncing akibat daripada kenaikan kadar sewaan dan taraf hidup yang semakin tinggi di bandar. Keadaan ini berkemungkinan akan menyebabkan anggota-anggota polis ini terjebak di dalam aktiviti yang tidak sihat seperti penerimaan rasuah dan menjalankan perniagaan secara haram tanpa mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi PDRM untuk mendapat wang tambahan bagi membolehkan mereka ini bergerak mengikut dan selari dengan arus perbandaran ini. Keadaan ini bukan hanya mencemarkan imej pasukan tetapi juga menimbulkan anggapan serong atau negatif masyarakat awam kepada PDRM seterusnya menjadikan jurang pergaulan antara masyarakat dan polis semakin jauh.

5 Jadual 1.2 : Kadar Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kepada Pegawai Kanan dan Anggota Pangkat Rendah. Bil Pangkat Kadar Imbuhan Tetap Perumahan Mengikut Pangkat (RM) 1. Ketua Polis Negara 2,500.00 2. Timbalan Ketua Polis Negara 2,000.00 3. Pesuruhjaya Polis 1,600.00 4. Timbalan Pesuruhjaya Polis 1,300.00 5. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis 900.00 6. Penolong Pesurujaya Polis 700.00 7. Penguasa Polis 575.00 8. Timbalan Penguasa Polis 500.00 9. Penolong Penguasa Polis 450.00 10. Inspektor Polis 420.00 11. Sub- Inspektor 300.00 12. Sarjan Mejar 300.00 13. Sarjan 275.00 14. Kopral, Lans Kopral dan Konstable 230.00 Atas kesedaran inilah, sejak tahun 1989 di bawah pucuk pimpinan YDH Tan Sri Rahim Noor selaku Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu telah menjadikan penyelesaian tempat bertugas dan perumahan pegawai dan anggota sebagai satu agenda yang utama. Matlamat ini bukan hanya untuk memenuhi 90 peratus perumahan anggota menjelang tahun 2000 tetapi juga ditumpukan kepada peningkatan prestasi kerja di samping menumpukan kepada dasar integrasi polis bersama masyarakat dapat diwujudkan. Dengan kemudahan tempat bertugas dan perumahan yang baik serta komprehensif, adalah diharapkan anggapan negatif terhadap pasukan polis dapat dikikis, penyaluran maklumat akan lebih cepat dan

6 penglibatan orang awam dalam mencegah jenayah ke arah membentuk negara yang aman akan menjadi lebih senang dan lancar dapat dicapai. Sehingga ini, iaitu selepas 5 tahun tempuh yang ditetapkan oleh PDRM berakhir, hasrat menyediakan 90% perumahan yang selesa tidak tercapai. Didapati masaalah kekurangan kemudahan ini masih ketara disebabkan terdapatnya projek pembangunan yang diluluskan dan dilaksanakan tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Malah ada sebahagiannya terbengkalai dan ditinggalkan oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Bagi merealisasikan matlamat ini, kajian akan dibuat bagi mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan berlakunya kegagalan dalam penyediaan perumahan kepada pegawai dan anggota PDRM. Beberapa cadangan penyelesaiannya yang difikirkan mampu untuk memastikan senario ini tidak berterusan akan dicadangkan di akhir kajian ini. 1.3 Pernyataan Masaalah Penyediaan kemudahan perumahan yang selesa kepada anggota-anggota merupakan satu objektif yang perlu dicapai oleh PDRM ke arah memastikan anggota-anggota yang diarahkan bertugas disesatu tempat terutamanya di bandar besar dapat tinggal dan mendiami rumah yang sesuai sebagai tempat berlindung semasa panas dan hujan. Ianya juga perlu menjadi tempat di mana ahli keluarga mereka hidup dengan sempurna dan membesar dengan sebaik-baiknya. Walaubagaimanapun terdapat beberapa projek pembangunan PDRM telah mengalami kelewatan dalam kerja-kerja penyiapannya, malah terdapat juga

7 beberapa projek yang terbengkalai samada di peringkat permulaan kerja-kerja fizikal mahupun pada tahap kerja pembinaan telah mencapai 95%. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan pucuk pimpinan PDRM mengarahkan supaya satu kajian secara menyeluruh dibuat bagi memastikan kelewatan dan kejadian projek terbengkalai ini tidak berterusan dalam pelaksanaan projek PDRM yang akan datang. 1.4 Matlamat Dan Objektif Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti masaalah yang dihadapi dalam menyediakan kemudahan perumahan kepada pegawai dan anggota PDRM meliputi peringkat perancangan dan pelaksanaan projek tersebut. Ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan di atas, objektif kajian telah dikenalpasti termasuk: i. Mengenalpasti isu dan maasalah yang dihadapi dalam menyediakan perumahan kepada pegawai dan anggota polis; ii. Mengenalpasti faktor-faktor menyumbang kepada permasaalahan yang berlaku; dan iii. Mengenalpasti kaedah untuk mengurangkan kepada masaalah yang berlaku.

8 1.5 Skop Kajian Skop kajian akan memberi fokus kepada masalah yang berlaku dalam penyediaan kemudahan perumahan PDRM. Kajian ini akan melibatkan semua pihak yang terlibat dalam merancang dan melaksanakan projek perumahan PDRM seperti Perunding Pengurusan Projek yang dilantik oleh kerajaan untuk memantau kemajuan pelaksanaan projek di peringkat pembinaan dan juga agensi pusat yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Kajian akan melibatkan perbincangan mengenai kaedah pelaksanan projek perumahan PDRM sediada. Satu set Borang Soalselidik akan diagihkan kepada individu yang dikenalpasti terlibat dalam pelaksanaan projek perumahan PDRM samada di peringkat perancangan yang melibatkan pegawai daripada agensi pusat dan mereka yang terlibat di peringkat pelaksanaan iaitu pemaju, perunding dan juga kontraktor. Borang Soalselidik yang diagihkan akan memberi penekanan ke atas isu dan masaalah yang berlaku; faktor yang menyebabkan dan kaedah untuk mengurangkan masalah daripada berterusan. 1.6 Justifikasi Kajian Kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti satu kaedah yang sesuai di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek perumahan PDRM ke arah memastikan objektif PDRM untuk menyediakan kemudahan perumahan kepada 90% daripada kekuatan anggotanya tercapai. Kegagalan yang berlaku ke atas sebahagian daripada projek perumahan termasuk sesetengahnya terpaksa di bawa

9 ke mahkamah menyebabkan berlakunya kegagalan untuk mencapai objektif PDRM. 1.7 Metodologi Kajian Metodologi Kajian dibahagikan kepada 2 iaitu kajian ilmiah melalui rujukan ke atas jurnal dan buku serta agihan borang soalselidik yang terdiri daripada 4 bahagian selaras dengan matlamat dan objektif kajian kepada responden yang terlibat secara langsung dalam projek pembinaan. Jawapan yang diperolehi akan dianalisis menggunakan Purata Indek sebelum diterjemahkan kepada bentuk rajah dan jadual.

10 MASALAH YANG BERLAKU KAJIAN LITERATUR Isu Dan Masalah Faktor Yang Menyumbang Kepada Masalah Berlaku Kaedah Mengurangkan Masalah Yang Berlaku Pengumpulan Data Data Primer Data dan maklumat yang diperolehi daripada responden yang terlibat dalam kajian. Data diperolehi melalui agihan Borang Data Sekunder Data yang diperolehi dari pelbagai sumber perpustakaan, majalah artikel, jurnal dan laman web. ANALISA DATA KEPUTUSAN DIPEROLEHI RUMUSAN DAN CADANGAN Rajah 1.1 : Kaedah Metodologi Kajian

11 1.8 Susunan Tesis Kandungan tesis ini akan dibahagikan kepada enam (6) bab, lampiran, jadual dan juga carta. Bab 1 akan dibahagikan kepada pengenalan kepada tajuk tesis, latar belakng kajian, pernyataan masaalah, matlamat dan objektif kajian, justifikasi kajiandan metodologi kajian. Bab 2 pula akan membincangkan mengenai dasar kerajaan dalam penyediaan perumahan kepada anggota PDRM. Perbincangan akan melibatkan persetujuan YAB Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1994 untuk membeli beberapa projek perumahan di Lambah Klang bagi mengatasi masaalah perumahan PDRM, dasar, tatacara pentadbiran, kaedah pelaksanan dan kesan yang diperolehi melalui penyediaan perumahan kepada anggotanya. Bab 3 pula akan membincangkan mengenai masaalah yang dihadapi dalam penyediaan perumahan PDRM. Bab ini akan dibahagikan kepada pengenalan, definasi mengenai anggota PDRM, definasi perumahan dan definasi projek gagal yang diperolehi daripada jurnal, buku dan juga laman web dan rumusan Dalam Bab 4 pula akan membincangkan mengenai metodologi kajian yang akan dipecahkan kepada tajuk kecil mengenai kajian yang dilakukan, responden yang terlibat, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisa data. Penemuan dan analisa akan dibincangkan dalam Bab 4. Bab ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pengenalan, isu dan masalah yang berlaku, faktor yang menyumbang kepada masalah yang berlaku, kaedah untukmnegurangkan masalahyang berlaku di peringkat pelaksanaan projek dan juga rumusan.

12 Penemuan dan analisa akan dibincangkan dalam Bab 5 yang akan menbincangkan setiap data yang diperolehi daripada responden dan diterjemahkandalam bentuk jadual, rajah dan carta yang bersesuaian bagi membolehkan gambaran yang dijelaskan dapat diberikan. Bab 5 ini juga dibahagikan kepada pengenalan, penemuan dan analisa yang dibuat melaluidata yang diperolehi. Rumusan dan cadangan akan dibincangkan dalam Bab 6 yang akan dibahagikan kepada pengenalan, rumusan ke atas isu yang dikenalpasti, rumusan ke atas faktor penyebab yang dikenalpasti, rumusan ke atas kaedah yang akan mengurangkan masalah yang berlaku dan cadangan.