Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

dokumen-dokumen yang mirip
Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

Indeks Pembangunan Manusia. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

TINJAUAN DAN PROSPEK Ekonomi Malaysia

Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

Akaun Pelaburan Waheed

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Akaun Semasa Mudarabah

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Akaun Pelaburan Wafiyah

Pengenalan Makroekonomi

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Bab 8- Perubahan Penduduk T E M A 4 - D I N A M I K P E N D U D U K

MESEJ KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Pengenalan kepada Ekonomi

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

ACW Perakaunan Pengurusan II

Usaha Sama Inisiatif SPOTS. Menjamin Kemampanan Minyak Sawit dan Kebolehkesanan dengan Pekebun Kecil di Sabah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Akaun Pelaburan Waheed

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN

Keluaran Sentiasa Sama Dengan Pendapatan dan Perbelanjaan. Pendapatan Negara, Pendapatan Persendirian dan Pendapatan Boleh Guna

Melindungi anda pada waktu yang sukar

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KESTABILAN EKONOMI MAKRO UNTUK PERTUMBUHAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Masalah Menggunakan Data Pendapatan Negara Perkapita Sebagai Ukuran Taraf Hidup Antara Masa Dan Antara Negara

Tuan yang Di Pertua, DEW AN RAKYAT. M A LA YSIA. YB D ATUK HAJI DATU N ASRUN BIN DATU M A N SUR (SILAM ) 14 M ac 2016

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

1998 ANNUAL REPORT TINJAUAN PASARAN MODAL 1998 PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Akaun Pelaburan Wafiyah

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

Contoh Soalan SPM: Bahagian B

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

Bil 04/2010 Edisi APRIL

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (RM6)

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SENARAI JADUAL DAN CARTA


SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

Minda lestari : pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar (kulit keras)

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

DASAR DASAR PERTANIAN (DPN) DPN1 ( ) DPN2 ( ) DPN3 ( ) LATARBELAKANG SEKTOR PERTANIAN NEGARA

Akaun Pelaburan Bertempoh

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SELAMAT DATANG KE KULIAH 14 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

HHHC9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK. Pensyarah : Dr. Rozita Binti Amiruddin. Ahli Kumpulan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ACW Percukaian I

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

BAB 8: IMBANGAN PEMBAYARAN DAN MAKROEKONOMI

INDUSTRI AGROMAKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOPERASI

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Membina Perniagaan Gaya AirAsia

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan


SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Speech by Malaysia Prime Minister, Y.A.B Datuk Seri Najib Razak in the recent UMNO Convention Utusan Online

Transkripsi:

Perdagangan Antarabangsa oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Sepanjang tahun lepas eksport kasar negara tumbuh pada kadar 1.9%. Ini merupakan satu penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2014 yang mencatatkan pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi pada kadar 6.3%. Keadaan ini adalah sudah dijangka disebabkan oleh kelembapan ekonomi dunia. Kebanyakan negara-negara dunia menghadapi pertumbuhan ekonomi yang perlahan, termasuk sesetengah rakan dagang Malaysia. Pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan ini disebabkan oleh aliran dagangan dan modal global dunia yang perlahan. Punca utama mempengaruhi aliran dagangan dan modal dunia ini adalah disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi utama dunia, terutamanya minyak petroleum mentah. Dalam pada itu Malaysia bernasib baik kerana salah satu rakan dagang utama negara, Amerika Syarikat (AS) mengalami pertumbuhan ekonomi yang sihat. Maka permintaan untuk eksport dari Malaysia oleh AS terus tumbuh dengan sihat. Ini dibantu pula oleh nilai ringgit yang rendah dibandingkan dengan dolar AS. Jadi barangan Malaysia lebih murah jika dinilai di dalam dolar AS. Barangan import utama oleh AS dari Malaysia merupakan barangan perkilangan atau juga disebut barangan pembuatan, terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E). Majoriti dari barangan E&E ini pula terdiri dari semikonduktor yang mana Malaysia merupakan salah satu pengeluar utama dunia. Jika dilihat dari segi pembahagian eksport negara, barangan perkilangan mewakili 80.2% dari keseluruhan eksport Malaysia untuk tahun 2015. Selebihnya adalah terdiri dari barangan komoditi pertanian serta minyak dan gas. Eksport barangan E&E sahaja mewakili 35.6% daripada keseluruhan eksport untuk tahun 2015. Manakala 17.6% daripada keseluruhan eksport terdiri dari semikonduktor. Ini merupakan satu rahmat 1 Pandangan yang dikemukakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya mewakili pandangan MIER.

untuk Malaysia kerana barangan E&E yang dieksport adalah banyak dari segi kuantitinya, walaupun pada hakikatnya barangan E&E yang dieksport mempunyai nilai tambah yang rendah. Persoalan mengapa barangan perkilangan E&E mempunyai nilai tambah yang rendah adalah kerana Malaysia bergantung kepada komponen utama yang diimport untuk proses pembuatan barangan siap seterusnya. Malaysia tergolong di dalam jaringan rantaian nilai global (GVC). GVC merupakan satu konsep pembuatan yang efisien yang diamalkan oleh kebanyakan negara dunia kini. Ianya efisien kerana barangan input untuk pembuatan di peroleh dari sumber yang termurah dan tiada keperluan untuk memiliki teknologi berkenaan yang mungkin mahal dan kita tidak mempunyai kepakarannya. Malaysia, dengan apa cara sekali pun, perlu meneruskan penglibatan di dalam proses pembuatan yang melibatkan GVC ini kerana ianya merupakan sumber tukaran asing yang sedia ada. Namun, dua cabaran perlu di tangani untuk kelangsungan persaingan masa hadapan. Pertama, Malaysia perlu berusaha untuk meningkatkan dan memiliki teknologi penting lebih-lebih lagi yang melibatkan input utama kepada barangan pembuatan. Dengan pemilikan teknologi ini, bukan sahaja dapat meningkatkan nilai tambah kepada barangan yang dieksport, malahan juga ianya menjamin pengeluaran yang berterusan. Kedua, persaingan global kini menjadi semakin sengit. Apa jua model yang diamalkan oleh mana-mana negara dan menjadi kisah kejayaan mampu diikuti oleh negara lain. Jadi kita perlu berwaspada terhadap pendatang baru yang akan menjadi pesaing sekiranya negara tidak melonjakkan diri kepada tahap pengeluaran yang lebih tinggi. Ini sudah tentu mampu dilakukan hanya dengan pemilikan teknologi. Jika negara gagal melonjak ke tahap yang lebih tinggi di dalam proses pengeluaran, maka sudah tentu pendatang baru lebih kompetitif dari segi kos. Keadaan sedemikian akan menyebabkan barangan kita tidak lagi mampu bersiang di persada dunia. Dalam pada itu, usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang melibatkan pelbagai bidang dan kategori perlu juga diteruskan, terutamanya yang melibatkan pembangunan produk dan proses.

Kembali kepada situasi perdagangan antarabangsa kini, separuh tahun yang kedua 2015 melihat eksport negara bertukar arah mencatatkan pertumbuhan positif di suku ketiga dan keempat setelah merekodkan pertumbuhan yang negatif untuk dua suku pertama. Suku keempat 2015 mencatatkan pertumbuhan 8.1% jika dibandingkan dengan suku keempat 2014 (yakni pertumbuhan tahunan). Ini adalah lebih baik dari pertumbuhan tahunan untuk suku ketiga yang mencatatkan kadar 5.5%. Bulan Oktober 2015 mencatatkan nilai lebihan dagangan terbesar dalam tempoh dua tahun dengan nilai RM12.2 bilion. Ini bermakna terdapat momentum peningkatan permintaan untuk barangan eksport Malaysia. Keadaan ini dikaitkan dengan pemulihan ekonomi yang lebih kukuh untuk sesetengah negara maju, terutama yang menjadi rakan dagang Malaysia. Eksport keseluruhan barangan perkilangan meningkat sebanyak 6.5% setahun untuk tahun 2015, sedikit lebih rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 7.1% untuk tahun 2014. Manakala, eksport kedua-dua sektor galian dan pertanian mencatatkan pertumbuhan tahunan yang negatif untuk tahun 2015. Di dalam sektor pertanian, eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit dan getah asli menguncup pada kadar tahunan masing-masing -5.5% dan -11.9%. Manakala di dalam sektor galian, gas asli cecair dan minyak petroleum mentah menguncup dengan kadar yang tinggi masing-masing -26.2% setahun dan -20.3% setahun. Penguncupan eksport komoditi-komoditi pertanian dan galian tersebut adalah disebabkan oleh kejatuhan harga masing-masing, walaupun sesetengah komoditi yang dieksport mengalami kenaikan kuantiti. Untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang perdagangan antarabangsa, kita perlu juga melihat pencapaian import. Jumlah import tumbuh pada kadar tahunan yang kecil 0.4% pada tahun lepas, berbanding dengan kadar tahunan yang lebih besar 5.3% pada tahun 2014. Pertumbuhan import yang perlahan adalah baik untuk meningkatkan lebihan dagangan negara. Namun, kita juga perlu mengambil perhatian bahawa sesetengah barangan yang diimport adalah penting untuk proses pengeluaran negara. Contohnya, pengeluar Malaysia terlibat di dalam jaringan GVC perlu mengimport barangan yang menjadi input kepada proses pengeluaran mereka. Bermakna, jika

mereka mengurangkan import barangan input, pengeluaran mereka juga akan berkurangan mungkin melambangkan kekurangan permintaan antarabangsa. Barangan import dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu barangan modal, barangan perantaraan dan barangan penggunaan. Barangan modal digunakan untuk proses pengeluaran, seperti jentera dan barangan-barangan berkaitan. Barangan perantaraan merupakan barangan yang menjadi input kepada proses pengeluaran. Manakala, barangan penggunaan merupakan barangan akhir atau barangan siap yang digunakan oleh pengguna. Pada tahun lepas, import barangan modal mencatatkan pertumbuhan tahunan yang amat kecil, 0.1% berbanding dengan import barangan penggunaan yang mencatatkan pertumbuhan tahunan yang tinggi, 24.2%. Manakala, import barangan perantaraan menguncup pada kadar -2.2% setahun. Secara umumnya, boleh dirumuskan bahawa keadaan ini tidak berapa sihat. Tanpa barangan modal, kapasiti pengeluaran tidak dapat ditingkatkan. Justeru, pengeluaran (dan eksport) semasa dan akan datang dijangka tidak akan meningkat. Manakala, pengurangan import barangan perantaraan bermakna mungkin pengeluaran (dan eksport) akan datang terjejas. Pertumbuhan import barangan penggunaan pula menunjukkan kejayaan dasar untuk meningkatkan permintaan domestik yang perlu untuk pertumbuhan ekonomi kerana kelembapan ekonomi global. Apakah langkah yang perlu diambil untuk pengurusan ekonomi negara? Yang pasti, import barangan modal dan barangan perantaraan adalah di luar bidang kawalan kita yang rata-rata bergantung kepada keadaan ekonomi global. Pertumbuhan penggunaan perlu di teruskan, maka sudah pasti import juga akan turut meningkat. Manakala dasar gantian import pula adalah kurang berkesan untuk jangka panjang. Oleh yang demikian opsyen yang terbaik adalah peningkatan produktiviti pengeluaran. Import barangan penggunaan bukan sahaja akan terus meningkat, yang juga turut melambangkan kesejahteraan rakyat, malahan harganya akan ditentukan oleh pasaran dunia. Inilah apa yang dipanggil hukum satu harga.

Keupayaan teknologi dan modal insan perlu ditingkatkan setanding, kalau tidak lebih baik, dengan negara maju yang lain sekiranya Malaysia berhajat untuk mencapai status negara maju seperti yang disasarkan. Inilah juga kaedah untuk menangani masalah peningkatan kos sara hidup yang sering diperkatakan.